Penantiannya sejak menduduki UPSR Ramadhan lalu juga berakhir hari ini.....Alhamdulillah...
"Ibu, RM50 yang cikgu bagi ni Nabil ambik, tapi hadiah yang ini Nabil tak nak. Bagilah adik!"
(He..he..he..Patutlah dia tak nak. Beg dan alat-alat tulis di dalamnya serba serbi cap Mickey Mouse)
.
Cikgu ni pun agak-agaklah sikit.....mentang-mentang dia seorang sahaja lelaki Melayu Terakhir!!!! Sebenarnya murid yang dapat nombor 1 sampai 6 yang menerima hadiah tadi semua perempuan, kecuali Nabil seorang (nombor 2). Agaknya cikgu dia tak ingat ada terselit budak lelaki bersuara garau yang seorang ni, semua sekali harung dibaginya hadiah cap Mickey Mouse.
.
"Nasib baik tak 'pink in colour', Awwwww....I tak rela you!" Dia melawak.......
Hmmmmm....alahai....
Dah jadi rezeki Nuha Eiman........
"Nabil nak hadiah apa dari ibu?"
"Tak payah susah-susah lah bu, bawak Nabil makan di Shushi King pun dah cukup!"
Gambar Atas: Si kidal, Nabil dan kakaknya Diba...Semoga ibu juga dapat menggembirakan kamu kali ini...
Dan ini, "Expresso Cheeze" dari warung Secret Recipe, hadiah dari keluarga Nabil untuk cikgu-cikgu yang mengajar dia, sebagai tanda terima kasih....pandai-pandai faraidhkanlah cikgu ya!
Ada sedikit urusan berkenaan hal ehwal wanita sebenarnya.
Sajalah....macam biasa...lepak-lepak di salon, nak manja-manja dengan para 'beutician' muda berjari mulus itu dan belai-belaikan diri....'pedicure-menicure' mana-mana yang patut....urut-urut mana yang lesu....isi semula reseptor-reseptor hormon estrogen yang semakin mengurang.....ha..ha..ha....
Tak payah tunjuk lebih-lebihlah gambarnya....nanti ada yang takut dan terngigau malam!!!
Ibu sempat 'join' dua kali baling saja...ambil 'turn' abah yang dah memang banyak 'strike'!
Ini baru gaya pilih bola....gaya yang lain belum tunjuk...(baca: tak sanggup tunjuk!).
Dahlah tu...tunjuk lebih-lebih nanti mendatangkan fitnah...wakaka...
Nak 'shoping' lebih-lebih dengan anak-anak ni, memang sangat tak memberangsangkan.....anak sulung saya yang pendiam ni, hobinya tak ada lain selain membaca.....tak kira di mana-mana... Yang saya pernah cerita orangnya sangat
Inilah yang diulitnya ke mana-mana sahaja....
"Hey Dia, kita kat Ipohlah ni sayang, bukan di Kyoto!"
Dan...apa lagi cikgu-cikgu, tinggalkan dulu kerja-kerja atas meja tu....mari kita berhari raya dari rumah ke rumah. Eh...
Kelas kedua. Cikgu xiiinam pilih
Kelas ketiga. Nasi goreng...Roti jala lagi......oh tidak, cikgu xiiinam ambil separuh keping
Seterusnya, "Cikgu, nasi kandar cikgu" Owwwhhh.....belum masa untuk makan nasi. Cikgu ambil
Kelas seterusnya, Waaaaaah...cikgu xiiinam tak boleh tahan lagi,
Kelas terakhir, cikgu xiiinam makan
Baki biskut deepavali pun ada....
Okey cikgu-cikgu, mari kita sambung kerja. Buka semula fail-fail, laptop, dan segala mak nenek kerja tu.....kerja dengan senyummmmmmm.
....dari Insyirah (kiri) , dan TheConfused (kanan).
Tak kiralah jenama apapun....yang penting ada
Sedang enak berfoya-foya dengan yang baru,......saat mahu menyiapkan makan malam tadi....tiba-tiba mataku tertancap sesuatu di celah-celah sayuran itu...nampak tak warna merah cokelat di sudut kiri bawah itu?
(Nampak benar jarang masak...jarang buka ruang simpanan sayur tu) Inilah akibatnya menyuruh budak lelaki masukkan barang dalam peti sejuk....main sumbat saja!!!!

Pertandingan mereka batik 'teknik ikat dan celup'...Terhasillah 24 rekaan batik, dari jauh memang nampak sama. Gambar progress tak payah tunjuklah...banyak sangat. Karya ini akan difremkan, dan dijual atau dijadikan cenderamata kepada VIP yang datang ke sekolah!
Pertandingan 'menggubah buah-buahan dan cokelat'...
Pertandingan Persembahan Lagu Patriotik...
Pertandingan memasak...
Pertandingan Meja Hidangan....
Tayang lagi sekali...bukan kerana ini
Dahlah...cukup. Nanti panjang sangat pulak ceritanya.
Tukang kemas dan tukang cuci...
Tukang hidang dan tukang buat air
Tukang...errrr.....................

Siap 'catwalk' lagi....
Gaya mengalahkan cikgu kat tengah tu...
Diakhiri penyampaian hadiah kepada semua murid yang terlibat...sebagai penghargaan. 3 juruacara Satu Malaysia (RIMUP) di tepi tu mengendalikan majlis...

