Suka tak?

20090123

CUTI, LIMAU MANDARIN DAN AKU....

Jumaat. 23 Januari.
Bangun pagi rasa nak demam. Tapi, dah terbayang wajah anak murid, pergilah sekolah…
Nasib baik, cuti seminggu bermula esok.
…………………………………
8.10 pagi. Dahi mula panas.
Ini, bekalan latihan untuk murid-murid saya sepanjang cuti.

“Cikguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Tak nak kerja rumah lagi! Dah banyaaaakkk”. Murid saya merayu.
“Cikgu tak bagi kerja rumah. Cikgu bagi kerja sekolahsaja” Saya bertegas dalam lembut..
“Cikgu kezammmmmmsss!!” Ya, nak jadi cikgu memang kena kejam sikit.

Nota: Lihat. Sebiji limau mandarin pemberian seorang murid Cina setakat jam 8.10 pagi
………………………………………
10.00 pagi. Demam makin terasa.
Ini bekalan kerja untuk si cikgu pula, sepanjang cuti! Nama saja cuti!
Nota: Lihat. Limau mandarin itu telah bertambah. Pemberian 2 orang murid Cina lagi setakat jam 10.10 pagi.
………………………………………………………………….

2.00 petang. Memang sah aku demam. Hidung mulai berair.
Saya masih di sini. Sekolah lain 12.30 dah balik. Dasar sekolah saya memang balik pukul 2 petang walau kelas habis pukul 1.30, termasuk Hari Jumaat. Maklumlah, kami semua perempuan. Nak bagi laluan kepada orang lelaki untuk ke Masjid. Tak naklah menyesakkan trafik….nanti lambat pula mereka nak dengar khutbah Jumaat.

Lepas ni terpaksa cuti seminggu. Lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tak sabar nak mengajar semula. Lesson plan untuk 6 kelas pada 2.2.2009 sudah siap…he..he…
Nota: Lihat. Limau mandarin pemberian murid Cinaku semakin banyak. Baik aku balik cepat. Kalau terus menonggok kat sini, mau satu bakul limau kena bawa balik nanti…he..he..
……………………………………………….
Sebelum balik, jengah Nadia dan budak-budak taekwondo sekejap.



………………………………………………………..
4.00 petang. Aku demam sungguh!!! Maka, bermulalah episod bermanja-manja…..pada siapa lagi nak bermanja kannnnzzzz!!!! Hach…hach….haaaaaaaaaaaaaaaaaaachummmm! SSyyrrrooooot! Ahhh…

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...