Suka tak?

20090127

Lagi....Cuti, Limau Mandarin dan Itik Nila....

Petang Khamis. Sebenarnya saya dah ‘tertelan’ 3 biji limau mandarin pemberian Mrs Tan. Subuh Jumaat sudah terasa lain macam. Tapi buat tidak peduli kerana banyak tugas menanti di sekolah.

Tiba waktu petang, terkulai. Malam , dek panasnya suhu, hingga sedikit maracau menjelang dinihari. Suami terpinga-pinga tatkala tengah malam buta, isterinya menuduh;

“Abah abehkan kuih cakoi ibu ya?”
“Bila pulak abang beli kuih cakoi?”
Dalam suhu panas itu, fikiran berbalam-balam, terpandang-pandang kuih cakoi yang saya tolak dengan lembut semasa Miss Lim CY mempelawa di sekolah pagi itu…walaupun terkecur juga tengok dia mencecah kaya…entah dari nyonya mana dia beli…..tak tergamak nak menjamahnya…tak sangka pulak…kiranya dah masuk kategori kempunanlah ni..

Sabtu. Hanya ditemani gebar tebal dan laptop. Ingat nak baca novel ‘Ayat-ayat Cinta’ karya Pak Habibburrahman El Shirazy, meski berapa kali sudah saya ulang membacanya. Tidak jemu-jemu kerana membacanya seperti menghadiri sebuah kelas agama. Tapi, semakin jauh saya membacanya, kepala semakin pening sehingga termuntah-muntah…

“Dah demam tu, tak payahlah nak baca novel berat lagi,bu. Bawak-bawaklah berehat.” Tegur suami saya.
Sebagai isteri yang menurut kata, saya berhenti membaca. Dosa lawan suami tau! He..he..he…



Bertemankan laptop, saya pasang pula DVD Filem Ayat-ayat Cinta, arahan bapak Hanung Bramantyo. Bukan mahu mengagungkan karya orang seberang, berbanding filem tempatan. Tapi saya memang terkagum dengan usaha karyawan itu mengadaptasi sebuah novel berjiwa menjadi sebuah filem, meski banyak babak di dalam novel itu ditiadakan dalam filem. Sinematografi sangat berkesan. Watak-watak dilakonkan dengan cemerlang….hingga saya terasa seperti turut berlakon dalam filem itu…di antara Aisya gadis Jerman, Maria gadis Kristian Mesir, Nurul anak Indonesia dan Noura yang mencintai Pak Fahri yang ganteng dan berdagu lekuk itu, errrrrrrrseharusnya Fahri memilih saya……………..hah…hah..hah… begitulah rendahnya tahap IQ dan EQ seorang wanita yang sedang ‘kedemaman…’ ngeh…ngeh…ngeh…

Kunjungan mak mertua, walaupun sebentar ‘memaksa’ saya menjadi manja…he..he..he.
.
“Kome ade terlior nak makan ape-ape ‘Ghomelah’?” Mak ni memang suka tanya soalan begitu pada orang demam…

“Err…lempeng pisang!” Itu pulak yang terpacul dari bibir, meski tak terlintas di fikiran. Buat masa itu, memang saya tak teringin apa-apa. Tapi disebabkan kasih seorang mertua, lalu terhasillah lempeng pisang. Kalau saya cakap nak kek lapis Sarawak, harus kek lapis Sarawaklah yang akan terhasil mungkin. He…he...he…Ni saya suruh anak saya rakamkan gambar hasil air tangan ‘Opah Shephia’ mereka…dia panggil ‘tepek pisang’! Nuha panggil ‘banana omlette’. Saya panggil ‘lempeng pisang’!

Malam. Terus berselimut di samping laptop. Blog kawan-kawan sunyi. Tak ada entry baru dan usikan-usikan ganas dari KTS, Juliet,YB, Syahshah dan lain-lain. Biarlah, mereka sebok bercuti. Maklumlah, bukan selalu dapat cuti macam cikgu. Tapi Cikgu Shifu,cikgu OneZaba dan cikgu BH pun turut gigih bercuti. Cikgooden apatah lagi! Senyap blog depa! Disebabkan tadak sappa layan saya, jari-jemari terus menggodam. Lalu, terlahirlah blog kedua saya, http://cklahgaleri.blogspot.com/ . Alaaah….blog Laa Tahzan dulu pun lahir ketika sakit tenat……masa dalam pantang dulu buat web sekolah...he...he..

Hari Ahad. Ditinggal dengan Imau di rumah. Semua orang pergi walimah sepupu suami.. Tengahari….ada beberapa saudara suami datang ke rumah. Siap bawa lauk kenduri untuk saya. Bukan…bukan mereka datang nak jenguk saya yang sedang terkedang demam….tapi, nak tumpang mandi, tukar pampers anak dan melepak kerana di rumah pengantin ramai orang. Saya biar mereka buat macam rumah sendiri. Buat air sendiri. Minum sendiri. Saya? Nak angkat kepala pun, rasa berpinar….

Hari Isnin. Jiran-jiran tionghua, tak henti-henti buat persembahan “Tong Tong Chawww Tong tong Chawwww!!!” diiringi dentuman mercun dari rumah ke rumah. Walaupun ada Menteri kata; “Ini perayaan rakyat Malaysia…harus disambut oleh semua kaum…”. Tapi, tak kuasa saya nak menyambutnya……biarlah Pak-pak Menteri saja yang bersesak-sesak pergi Rumah Terbuka kat TV tu…

Saya? Masih sekejap panas. Sekejap sejuk. Batuk mula mengkokol-kokol. …rasa nak keluarkan paru-paru, basuh bersih-bersih dan simpan kat peti ais kejap…...tapi tak boleh. Malam, kena juga pergi majlis aqiqah dan‘berendoi’ untuk anak saudara dan cucu saudara suami, dapat menjamah kurma kambing, berpeluh dari hujung kepala ke hujung kaki, pangaliran darah terasa deras….silap-silap boleh kelam kabut system badan aku… …


Suara sudah macam itik nila . Tapi, alhamdulillah, rasa semakin kebah.
Nasib baik cuti sampai Ahad depan.


He..he..he....berat badan sudah mulai menyusut penangan demam itu...dengan ketinggian 163 ...cm..ini dah masuk kategori berat badan unggul ni...he..he..

23 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. im the first here..
    ayooo...
    kedemaman dan kekokolan pun bulih entry bermuke2 ke??
    siap buat side-blog lagik...

    huhu...
    byk gak event spjg akak tak sehat nih...
    tp cuti dihabiskan dengan selimut gebar pon ok je..
    relaks dan tenang jee...

    cuti2 ni mmg dorg berenti update la kak...bahana gerhana matahari semalam kut...haha

    ReplyDelete
  2. ckLah, saya tak cuti tau... tapi tak ada mood nak apdet blog sebab orang lain cuti... Hahahahahahah :P :P


    Kesian ckLah demam teruk sampai mengigau... Cik abang tak besalah pun kene tempias... Heheheheheheh Tapi hebat... demam tergolek pun siap buleh buat blog satu lagi... kalo saya harus bergolek saja tak buat mende pong... Hohohohohohohoh


    Cakoi? Huh, arini ade pasar malam, buleh beli... Tapi saya lebih suka cicah sambal daripada cicah kaya... heheheheheh...

    ReplyDelete
  3. He..he..
    Ini baru entry ketika demam..
    Entry di kala sehat..mau dua hari dua malam baru habis membacanya....


    Akak dah sihat dah...cuma baki-baki batok lambat sikit nak habis...sehari dua lagi naiklah berat badan semula..

    ReplyDelete
  4. teruk juga orang demam ni sampai meracau racau.. tapi lempeng pisang tu memang dah lama tak jumpa dulu mak selalu buat....

    cuti dah dekat nak habis ni.. jangan lupa telan ubat tu..

    ReplyDelete
  5. Syah;
    Eh...ada juga orang yang tak cuti ghopenye...he..he..


    Kekempunananku pada cakoi dah terubat dengan 'banana omlette' dari mertua... dulu pernah mintak dari YB, dia buat bolayaaaan je...tebang pisang, makan sendiri je...

    ReplyDelete
  6. zino;
    cuti dah nak habis?
    Halooo, ckLah cuti sampai Ahad. Dah siap buat sekolah ganti pun...he..he..
    Tapi, anak lelaki yang sorang tu sekolah esoklah pulak...dia satu2nya tak sekolah di Convent...hu...hu...

    ReplyDelete
  7. domam buat la cara domam. tolan panadol 2 biji, pastu kelubung dlm gebar sampai berpeluh. pasti kebah lepastu.
    anak lelaki sorang tu kalau nak merasa sekolah convent meh la masuk convent atas gunung ni. convent sinicampur je lelaki ngan pompuan. yang lelaki macam pompuan pun ada gak.

    ReplyDelete
  8. One Z:
    Inilah cara domam eden..ha...ha..ha..
    Tak retilah ckLah dok diam tak buat apa..betul-betul macam tapir jatuh longkang...

    Kat convent sini...perempuan macam jantan pun ada...isk..isk...isk...

    ReplyDelete
  9. CHGU ....nak tulis huruf besar : TEPEK PISANG TU MEMBUATKAN SAYA TERAMAT2 ' KANGAN ' NAK BALIK KAMPUNG....

    DAH LAMA TAK TENGOK TEPEK PISANG
    APATAH LAGI MERASA.......

    ReplyDelete
  10. salam,

    gigih betul cikgu berkarya walaupun demam. tapi memang kadang-kadang tu dalam keadaan "tidak normal" begini ilham datang mencurah.

    perbanyakkan berehat dan semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  11. jinggo;
    try buat sendirilah...sonang jo...he..he..
    tap elok juga...dengan ini kau akan pulang ke kampung...tentu gumbira bunda menanti...




    DrSam;
    Idea memang sentiasa benyak....tapi, inilah idea seorang wanita yang sedang kekurangan bekalan oksigen lalu tahap IQ dan EQ nya turut terjejas....he..he..

    ReplyDelete
  12. jeng... jeng... kawe baru sampai kat rumah

    ko demam rindu kat aku la tuuuu.....

    Aku duk area kg. gajah... celcom berokban ada 2 bar je.. terbantut niat nak memblog, tapi niat nak menyohor netbook 10.2" jalan terus la

    ReplyDelete
  13. jelesnye......senang je cklah nak kuruskan, kita nak turun setengah kg pun susah! huhuhu

    ReplyDelete
  14. shifu;
    sampai hati balik perak tak bawak buah salak........

    Patutlah oghang kg gajah dok gebang, "ade oghang kelantan menunjok2 komputerr nyerr..beghape le rege die gamoknye yerr...ate,haluuh bebenor komputerrr dieee..mesti mughah" Kata deme
    Itu pandangan deme le...bukan teman.

    apa2pun...syukurlah kau selamat sampe..mesti kes kena pi sekolah esok ni...aku cuti lagi..dh siap ganti pun




    cakapkosong;
    sebegitu cepat dia turun, sebegitu cepat dia akan naik semula sehari dua ni...hari2 dok pulun laksam makcik kantin..

    ReplyDelete
  15. hang dah mula sakit sakit balik ker ciklah?..




    jangan la kak!...rajin makan ubat. tak best la sakit2 nih..

    moga cepat sembuh. jgn tinggal blog...nanti aku nak baca apa?.

    ReplyDelete
  16. cikgooden;
    (ckLah suka imej yang ni, brbanding gong tu...rasa mcm berbual dgn profesor)

    sakit?Alah, demam panas biasa je cikgu...saje ckLah gembar gembur jd bahan entry...

    Apa pulak cerita nk tgglkn blog ni? Lagi tambah blog adalah...he..he siapalh aku tnpa blog....bkn mcm sorg bloger tu, enth brapa kali buat pengumuman nk tutup blog..tp dok adaaaaa jgk! Sj nk provok he...he

    ReplyDelete
  17. simpati betui dgn org demam nih...huhu..
    mintakla sop ekor ke...sop gear box ke...baru leh copek sombuh...
    arini da stat kije...tpi masih ramai yg coti.

    ReplyDelete
  18. Salam,
    Sian Cklah...demam.
    Lempeng pisang tu..kat KL ni demand. Sekeping RM1.
    Tapi saya paling suka tahap gaban yg mak saya buat. Alasan....sebab anak pompuan dia maleh nak buat sendiri. Harharharharhar.

    P/s - limau mandarin tu jgn makan banyak sangat. Takut tercekik biji limau.

    ReplyDelete
  19. amboi, demam2 pun byk kerja ek. good good, jangan buang masa.

    oh, tahniah, sebab badan dah menjadi unggul... errr (betul ker ayat ni?)

    ReplyDelete
  20. achik;
    Alaaahhh..demam panas biasa je...dah beransur senja ni, anti body lemah sikit...



    fzy fuzzy;
    bau dia yang tak tahan tu....harummm...tapi buat masa ini selera ckLah belum pulih...dok makan popcorn je....penuh rumah dengan popcorn...entah apa jenis selera pun tak tau....ni suami baru try resepi lain...dia beli kacang kuda rebus pulak...masa ngandung dulu suka kacang kuda...



    maksu;
    mana tak susutnya...hanya lalu makan popcorn dan teh o panas tanpa gula..

    ReplyDelete
  21. aku dulu cekgu, beli je air kt cina depan colliseum tu. hahaha...

    .

    ReplyDelete
  22. tasik;
    ceh...naseb le aku tk kenal ko masa tu...kalau tk, mau ko muntahkan balik apa yg ko minum...jd darah daging tu weh....


    ckLah selalu jg tegur budak2 melayu yg selalu menebeng kat situ...ada yang insaf...ada jg yang tk heran ngan ckLah

    ReplyDelete
  23. aku bukan buat selalu. hanya di kala terdesak balik latihan rumah sukan. ha ha.

    tapi mmg menyesallah. ha ha.


    .

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...