Suka tak?

20090122

SELAMAT DATANG KE NEGARA PLKN!!!

Cerita 2 minggu lepas.
Buka akhbar pagi minggu , mata tertancap ke satu tajuk berita;
“LAWATAN MENGEJUT KE PLKN”
Teluk Rubiah- 155 pelatih PLKN dikejarkan ke hospital kerana keracunan……...”

Maka dengan penuh rasa tanggungjawab, saya bergegas ke sebuah Kem PLKN terdekat untuk melihat anak saudara saya, juga abang susu Nadia, Mikail. Maklumlah, saya waris yang terdekat. Ehe..he..he..Sebenarnya saya paksa kakak saya, (mak Mikail) ajak saya….dengan menawarkan insentif supaya kakak sanggup membawa saya sekali;
“Nanti saya masukkan cerita ke blog saya ya kak!!!”

Kami pergi satu kereta. Saya bawa Nuha saja. Mak ayah Mikail, bawa si Emi, adik bongsu Mike.
Sampai sana. Di pintu masuk, semua barang termasuk tin makanan diperiksa saya perhatikan. Tapi, saat tiba giliran saya, saya dilepaskan begitu saja…sebab , mereka tengok muka saya yang ‘sok suciiiii’ je…he..he..


ckLah, Tante cyber, menolong membawakan laptop dan buku-buku yang dipesan anak saudaranya. Sila perhatikan....mangkuk tingkat berisi lontong itu.....

Ini stok mi segera untuk Mikail. Mak sudah pastikan semua item ini bukan di bawah kategori barang boikot sekutu Israel. …

Anak dan ibu yang dah beberapa hari terpisah. Saya biarkan mereka melepas rindu..


Lawa rambut nampak! Hari ni menu harian Mikail yang sedia ada ditambah dengan Lontong yang. Mak bawakan. Mak tak bawa ayam segera Kepsi, Makdonal, atau Pija Hat macam orang lain…sebab mak tengah kempen boikot semua makanan jenama sekutu Zionist.


ckLah sedang gigih menolong menghabiskan lontong yang dibawa emak untuk Mike…setelah kenyang, ckLah tinggalkan mereka tiga beranak, mengkala ckLah merayau beramah mesra dengan wira wirawati lain…
Buku-buku dan majalah yang dipesan Mikail via telefon. Laptop yang mak bawa dapat melepaskan rindu Mike pada internet…dan friendster dia. Seorang Wira, rakan mike turut sama ‘menumpang kasih’ dengan laptop itu…..

Wira-wirawati sedang makan dan kemudian membasuh pinggan masing-masing…baguuuuus.
Cikgu Haji Nasir sedang khusyuk mendengar taklimat oleh anaknya, Mikail tentang kawasannya…he..he..
“Sekarang abah berada di tepi tasik ni…asrama wira dan asrama wirawati dipisahkan oleh tasik ni…jadi tak ada peluang nak melangkah ke sana…” Kata Mike.

Tibalah saat berpisah. Mikail mengiringi mak ayahnya ke pintu masuk.
Dalam banyak-banyak benda kat tempat yang dikelilingi tasik itu, mata saya tertancap kepada yang ini……dapat berkubang anak beranak dengan rakit ni, mesti best ni….

Kalau dah glemer tu, kat mana-mana pun ada orang kenal, sampailah dalam hutan ni....
“Cikguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!” Tiba-tiba ada orang panggil saya dan terus memeluk saya.

Yang berbadan gebu itulah murid yang saya cerita dalam Entry lepas saya tentang PLKN. Maaflah, gambar gelap sedikit. Dah puas saya adjust…tapi tetap gelap. Sebab ‘memang begitulah adanya’…..
“Cikgu, kat sini tak ada cikgu macam cikgu!!!” Ayat dia buat saya kembang, terawang-awang.
“Cikgu, nak ikut cikgu balik Teluk Intan! Hu..hu!” Dia cuba merayu.
“Sabarlah….kalau rindu cikgu…kamu renung je papan tanda di bawah tu!!!” Pujuk saya…he…he…
Nota: Mikail atau Mike bukan nama sebenar. Maknya tak bagi tulis nama sebenar. Takut ada orang ngorat anak terunanya yang handsome itu. Mike ialah panggilan rakan Mikail semasa dia bersekolah di sebuah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi. Mike ni ada bakat jadi pengarah filem. Dia pernah memberikan saya sebuah DVD filem pendek lakonan dan arahan dia serta rakan-rakannya di asrama dulu. Dia sangat mahir dalam video editing… macam mak dia (cikgu ICT yang vogue) dan makciknya (bukan cikgu ICT yang buat-buat vogue)…e..he…he

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...