Biasanya, kalau ada staf bertukar….akan diadakan majlis dan jamuan yang pasti meriah…diiringi ucapan demi ucapan.. memberi hadiah…..senyum senyum..ambil gambar!!! Lepas tu nangis-nangis…peluk-peluk Arab….dua tiga bulan…lupa…biasalah kan!Tapi untuk yang dua orang ini…. tidak begitu! Malah, ada yang tidak sedar pun, akan pertukaran mereka berdua ini. Kenapa ya? Ahhh…mungkin dalam perancangan...…mungkinlah. Maklumlah…semua orang tengah sibuk masa ni…bukan sebab mereka orang kecil…tak baik buruk sangka!!!
Maka, biarlah kami buat kecil-kecilan dulu…..tanpa mesyuarat rasmi, tanpa kertas kerja dan tanpa protokol segala, kami yang juga orang kecil, saya, dan beberapa orang ‘sahabat akrab saya’, kak An,Kak Sal,kak Su,Kak Leha, kak Nora, Fizah Makmal,Din Makmal, dan cik Zura…Linda Brutal, Kak Senah dan kemudian ada beberapa orang ‘adik’ cikgu GSTT .. “Sahabat Akrab” saya memang dari pelbagai lapisan staf kat sekolah tu…dari yang berkelulusan SRP Sekolah Ulu Benua sampai Sarjana dari Boston.….Saya boleh berkawan dengan sesiapa…..asal ikhlas..… malam ni hanya 16 0rang saja....(semua staf ada 70 0rang... )jadi kami tempah dua meja....
Inilah, dua sahabat orang kecil kami yang terpaksa bertukar kerana berlaku masaalah lebihan staf itu…..
Kak Timah. Pekerja sokongan yang amat baik dengan saya. Walaupun saya cikgu, dia pekerja am….tapi dia sebenarnya banyak mengajar saya tentang hidup…dengan caranya yang tersendiri….
Kak Timah dan suaminya yang sporting memakai batik sutera sedondon…formalnya bang! Ha..ha..ha Ingat lagi tak kakak cleaner yang saya cerita dulu? Saya sudah kehilangan dia! Sedihlah kak Timah. Lepas ini, tiadalah orang yang akan berkobalarasi dengan saya untuk menjaga kawasan jajahan saya…..sekitar toilet sekolah….Setiap hari raya, pasti kami sekeluarga akan ke rumah kak Timah, menikmati mee rebus yang mengalahkan mastan ghani itu….Moga persahabatan ini tidak akan terputus..
Encik ZubairiRamli ; baju belang(saya panggil dia ‘Berry Lee’…ha..ha..). Tukang kebun sekolah. Meski saya dan dia ternyata mempunyai fahaman yang sangat bertentangan (selalu bergaduh saat berbahas dalam politik kedai kopi…ha…ha…), tapi dialah yang selalu menemani saya dating makan di kantin, yang berlari ke farmasi di luar sekolah, mencarikan Pil Chi Kit Teck Aun untuk saya, saat saya kesakitan kena ceret beret, dia yang selalu membersihkan meja saya yang selalu sarat dengan pelbagai kertas….Dialah kumbang antara bunga….kerana kami memang ketandusan staf lelaki….he..he..Teruskan perjuangan cap bulan kamu Bairi…..akak, biarlah dengan rahsia akak, sokong mana!!! Tiba bulan Ramadhan nanti, pasti kami akan cari kamu untuk bayar zakat fitrah (dia ‘amil zakat)…dialah lelaki macho yang tenaganya diperlukan saat cikgu2 wanita mahu mengangkat almari atau kerja berat lain….Di sebelah Berry ialah Cek Den Makmal. Satu-satunya staf lelaki yang tinggal…tukang baca doa kalau ada majlis rasmi sekolah….habis…takkan suruh ustazah kot…..kami semua perempuan!
Sekitar majlis kecil tanpa formal, tanpa protokol tapi ‘penuh etika persahabatan’ kami…..
Dah 8.45 malam. Kak Nora tak sampai-sampai. Katanya membeli hadiah di Ipoh.
“Zura, ko call Nora. Aku dah ngantuk ni!” Kak Su dah 'tensen' kerana asap steam boat menampar-nampar wajah mulus polos keibuan wanita Tenom ini…ha…ha…ha…
“Aloo kak Nora….kat mana ni? Iyelah…traffic light mana? Kat TI ni banyak traffic light!!” (Blog kak Su: http://onelovesue.blogspot.com) sorry kakSu....nak bagi kak Su glemer macam saya ..ha..ha..ha..
“Kot iye pun…cer bawak bersabor”, kak Sal cuba menasihati tangan-tangan yang bersimpang siur…..he..he…he…
Kak Su sedang'memfaraidh' kan hidangan supaya pembahagian sama rata, adil dan saksama….Ha..ha....tengok Zura, sampai menadah ‘besen’. Hi..hi…
Bersembang sambil menonton Raja Lawak……lawaknyaaaa!!! 
Yang ni…tak tau nak ceritalah….buatlah cerita sendiri…hu…hu.. 
"Kau baik-baik sikit dengan kamera si Ram tu...bukan boleh percaya dia tu. Nanti semua nak masuk dalam blog dia!!!" kata seseorang....cuba menabur fitnah...he..he..he...Yang ini....saya punya.... lupakan stok ubat untuk dua bulan yang dibekalkan oleh hospital hari tu!!!'
Dah lewat malam ni….kami paksa anak-anak dara pergi balik dulu…suh..suh…..(adik2 GSTT kami) Selamat maju jaya kepada Linda Biru yang telah mendapat pekejaan tetap di JPN Ipoh, dan Linda Ungu yang akan mulai bertugas di kementerian Kesihatan minggu depan....
Tinggal kami , pak-pak dan mak-mak dara tak sedar diri….nak berfoya-foya….menyembang… (dancing-dancing dan mabuk-mabuk…ha…ha..ha..) macam restoren tu kami punya…..terkenyit-kenyit mata adik ‘waiter’ kat restoren tu menunggu kami tak yang masih tak ingat nak balik juga ….kebetulan, adik tu ‘insan istimewa’ yang tidak mampu mendengar dan bertutur….kalau tidak, mau dia tumpang sama dalam kebisingan itu….

Lokasi: Sutera Indah, Hotel G-City.

Dah lewat malam ni….kami paksa anak-anak dara pergi balik dulu…suh..suh…..(adik2 GSTT kami) Selamat maju jaya kepada Linda Biru yang telah mendapat pekejaan tetap di JPN Ipoh, dan Linda Ungu yang akan mulai bertugas di kementerian Kesihatan minggu depan....
Tinggal kami , pak-pak dan mak-mak dara tak sedar diri….nak berfoya-foya….menyembang… (dancing-dancing dan mabuk-mabuk…ha…ha..ha..) macam restoren tu kami punya…..terkenyit-kenyit mata adik ‘waiter’ kat restoren tu menunggu kami tak yang masih tak ingat nak balik juga ….kebetulan, adik tu ‘insan istimewa’ yang tidak mampu mendengar dan bertutur….kalau tidak, mau dia tumpang sama dalam kebisingan itu….Lihat....meja lain dah kosong, tinggal kami saja di sudut sana tu...menonton Raja Lawak.

Lokasi: Sutera Indah, Hotel G-City.

yes... aku jd org pertama komen... :D
ReplyDeleteni baru komen sebenar...
ReplyDeleteuntungla org2 kecil tu.. ada gak org2 kecil mcm ko yg nak ingat kat mereka... :P
cik puan besar tandas dah kehilangan pembantunya...
muehehehehehe... lg berat kerja ko...
psssttt... mentang2 la incik rahim razali takde, kan main ko eh... smpi mabuk2 laut gitu... :P
sorry... aku bila sebut nama laki hang ni, mesti nak gelak. tak tau la nape... :D
lebih sudu drpd kuah ni....yg diraikan sikit je nampak muka. yg lain tu lak yg lebih-lebih.
ReplyDeleteYezz, aku pemgomen ketiga. KTS, bkn nama somi ckLah ABANG Sazahan ke? Tapi kite panggil "abang je", lebih mesra alam,hahhaha.
ReplyDeleteAku org kecil engkau org besar
Kau ibarat gajah
Ku hanya semut merah
Lebih baik ko dan aku
Biasa-biasa saja
Nota kaki: Duda mazuin dah kawen.
one zaba;
ReplyDeletemana ada....sudu cukup-cukup je malam tu....tapi kuah steamboat tu memang banyak lebih....ha...ha....ha... (gelak dengan gaya buat tak faham!!)
KTS;
Apasal? Apasal mau gelak....di manakah titik kelucuannya? Hi..hi...hi....
juliet;
ReplyDeleteTak pe...kalau Azrinaz jadi orang ke dua...ko pun boleh pe jadi orang kedua Pangeran Sufri tu....aku boleh tumpang senang....ngeeeeeeeee...
titik kelucuannya bila aku bygkan rahim razali dlm citer rozana tu adalah abg sahazan...
ReplyDeletehikhikhik... still nak gelak...
jgn pedulikan aku... aku mmg begitu... benda yg org lain rasa tak lucu pun, aku boleh rasa lucu.. hikhikhik...
sapa yg teringin ngan duda mazuin tu?? errrkkkkkk.... takuttt...
oohh... abg hasanah... kau tetap di hati :P
Saya pikirkan dulu. Saya cari yg bleh menyenangkan dunia akhirat,hik,hik.
ReplyDeleteKTS,
ko tgk citer Rozana tuh? Ampeh arr citer tu. Kalo ckLah yg wat skripnyer baru mantop, tak gitu.
cik juliet,
ReplyDeleteaku TERtengok citer tu... sekejap je..
kurang gemar citer melayu... dah macm citer hindustan... byk mengarut...
teringin nak gk citer brunei plak :D
cik juliet... ni blog sapa?? ko ke??
KTS dan Juliet:
ReplyDeleteKalau korang nak tau...YB suka tengok cerita Rozana tu....dia nak buat Rahim Razali tu sebagai contoh....tak percaya, tanya YB...
dimana kan ku cari ganti
ReplyDeleteserupa denganmu....
uuwwwaaaa!!!
lepas ni sapelah jadi mangsa CkLah untuk beli pil chi kit teck aun niiii... hehehe
Saya nak pergi surau solat Maghrib. Nnt malam saya komen lagi. Tungguuuuuuuuuu
ReplyDeletesteamboat... aku memang pantangggg.... pantang tak makan.... hehehe
ReplyDeletelepas ni siapa nak jaga meja jual cekelat kat tandas tu?
errrr... cikgu gstt ungu tu keje kat sepital mana?.... hehehe!
mak-mak ni tak terpikir nk pindah ke???
ReplyDeletesetia sehingga menutup mate kut...insyaAllah...
tak bwak abg rahim razali sekali ke???
neeza;
ReplyDeleteapa lagi...beli sendirilahhh....nak kena cari abang baru ni...he...he..
YB:
jalan baik-baik gi surau tu....jgn sampai tersadung batu sebab ingatkan ckLah....muah...hah...hah...
shifu;
ReplyDeleteaku nak no telefon mem besar ko lah....nak buat aduan....he...he...
cekguBH;
...kami dh jadi pemastautin tetap...tk de alasan nk pindah..he...he...
Abang memang jarang nak ikut program ckLah dengan kawan2.....tapi dia yg hantar dan ambik ckLah....sbb ckLah tk boleh drive malam...baikkan akkkkakkk!!!
tadi masa pergi surau utk Isyak mcm nak hujan - siap patah balik rumah ambik payung. Dlm hati kata ini sbb ckLah bersenam agaknya. Tapi sampai habis solat langsung tak hujan - sah ckLah tak exercise hari ni. Jgn nak nafi.
ReplyDeleteKTS & Juliet
kalau saya nak jadi mcm Rahim Razali sapa pulak antara kalian berdua yg nak jadi Rozananya? Jgn berebut. Susah2 dua2 sekali adeh deh deh (gelak gatal mcm si tasikmerah)
yb;
ReplyDeletehari ni uzor...he..he...
makan jer ckLah.....selagi selera ader.....hehehe!!!! sakit2 belakang crita!!!!
ReplyDeleteorang kecil ke orang besar ke kita serupa.. perlu makan minum juga kan hehe..
ReplyDeletenampak meriah majlis tu..
cakap kosong;
ReplyDeletesungguh no!
Errr...bila ko nak update blog nih?
zino:
Betul..betul....
Nampak meriah sebab memang meriah....kerana datang dengan hati yang ikhlas agaknya
harimau pergi meninggalkan cakaran
ReplyDeletemanusia pergi meninggalkan kenangan.
syahdu lak rasa subuh2 nih..
acik;
ReplyDeleteko biar betul....dah subuh ke tu....aku taulah ko rindu kat aku.....he.he
kawan ngan org kecik memang best, kadang2 dengan pengalaman mereka yang besar, kita akan terkejut dengan kebijaksanaan mereka.
ReplyDeletetengok raja lawak? tengok part yang menari padayappa ngan tarian mar-mar-mar tu ker ckLah?
err... blog kamu ni dh macam YM. hehehehe...
ReplyDelete.
aku jugak kecil...bila nak rai?..ha ha ha
ReplyDeleteoh..itu kah rahim razali mu?...sejibikkk.
berjaya jugak abeskan... tapi tak sempat nak komen panjang... saya sibok... isok saya komen mende lain plak... sekadar nak tinggal jejak je nih... Hahahahahah :P :P
ReplyDeletemaksu;
ReplyDeleteckLah bukan tengok sangat...tapi sebab seorang peserta tu adik kawan blogger ckLah...(blog tepak sireh)....ckLah nak jug a intai-intai...
tasik meah;
ReplyDeleteYM tu menatang ape? Ade-ade je ko ni?
ckgooden:
Kau? Kecik? Aku keliru.....
Ehe...he....kalau dengar cara dia bercakap...memang sejibik....sangat contras dengan aku yang peramah ni...
Syah;
ReplyDeleteI miss you bebeh!!!!!
lagi sdp dr mastan ghani?? ye???? waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
ReplyDeletethe confused;
ReplyDeleteErrrr...confused jap...Kau cucu pak mastan ke? Ampuuunnnnn!!