Suka tak?

20090528

Bukan Cikgu Meminta (2)

Selasa. Petang. Angin similir sepoi-sepoi bahasa di tengah panas rembang petang begini, kami tinggal berdua di rumah, kerana anak-anak semuanya ada program sekolah masing-masing.

(Errr....kau nak cerita apa ni ckLah? Biar betul. Haihh!!!)

Saya sedang bersiram saat loceng pagar saya berbunyi.
“Abaaang! Abang masih kat situ ke?” Saya cuba mengesan kedudukan suami, yang sebelum masuk ke kamar bersiram tadi saya lihat masih tergolek di atas katil. Nampak capek amat....

“Ya...ya...nanti abang tengok siapa yang datang!”

Saya meneruskan aktiviti sambil menyanyi-nyanyi kecil....que seraaaa seraaaaa…(he..he..he..)
*
Saat saya keluar dari kamar kecil itu….saya lihat ada satu kotak besar atas katil. Saya ambil dan letak atas tikar sebab nak ambik gambar...(katil bersepah wei....tak dan betulkan cadar...ngeh..ngeh!)
Abang masuk.
“Ada seorang budak perempuan tadi. Dengan mak dia. Dia kirim salam kat cikgu xiiinam” Jelas abang.
“Laaa…abang tak suruh dia masuk ke? Siapa?” Saya tertanya-tanya, sambil membelek kotak besar itu.
“Dia kata, bekas anak murid awak! Dia nak cepat, dia kata esok dia nak daftar masuk kampus!”Jawab suami.
“Abang tak tanya nama dia ke?”
“Laaaa…ada dia cakap tadi, tapi abang lupa lah….nama perempuan…”
“Abangggggg niiiihhh!!!! Murid saya memanglah perempueeennnnn!!!”
Dia…kalau disuruh mengingati nama anak-anak murid saya atau kawan-kawan saya…memang ‘failed’. (Dia ingat nama Rapunzel dia je……ahakss)
“Siapa ek? Ni kotak apa ni?” Saya masih sangsi.
“Mak dia kata hadiah hari guru.” Jawab suami.
“Mak dia kata? Mak dia kata ke dia kata?”
“Mak dialah…”.

Eh…siapa ni? Siapa yang bekas anak murid saya ni? Anaknya ke maknya?
Siapa bagi saya beg tangan yang cantik ni?

Terima kasih……
Kenapalah….bersusah payah ni…
Segan saya…..
Rasa bersalah lagi...
Apalah yang saya dah buat kepada dia…atau anak dia?

***
Malam.
“Helo cikgu…. Ini Leya. Tadi Leya datang rumah cikgu, suami cikgu kata cikgu tengah mandi! Sorry cikgu, tak sempat jumpa cikgu!!!”
“Laaa….kamu ke Leya. Bila keluar dari hospital Leya?" klik untuk sekuel cerita ini
“Semalam. Cikgu, esok saya nak masuk ke MSU. Cikgu doakan saya ya!!!Selamat hari guru cikgu!!!" klik untuk sekuel cerita ini

“Errr…'henbeg’ tu…”
“Tak apa cikgu…tu mak saya yang beli untuk cikgu!!! Dah lama dia nak bagi cikgu...”



<. <.




36 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. ok lpas dah pacak signboard, baru le komen:Alhamdulillah,cikgu,walau tak minta, rezeki cikgu,dapat juga.

    ReplyDelete
  2. Azani,
    ... Yaaaasiiiin, wal Qur an nil Hakiiiim...

    ReplyDelete
  3. Cikgu. Cantik henbeg tu... sesuai dengan cikgu

    ReplyDelete
  4. wah...segaknya handbeg....betuah la badan...heheh

    ReplyDelete
  5. aku cakap dah...hari guru ni setahun sambutannya. selamat semua hari....

    ReplyDelete
  6. pB ke lapan
    lapan pun lapan lar
    asal tinggal jejak


    cantik beg tu

    tahniah kerana anda sememang guru yang disayangi oleh anak anak murid ...

    ReplyDelete
  7. errr... cikgu... saya pun tak meminta
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    klu tak mahu beg itu, sila2 lah layangkan kepasa saya di sini
    .
    .
    .

    hik hik hik..
    kata aweks cumil itu sambil tersipu2 kemalu2an...

    hik hik hik

    ReplyDelete
  8. pembetulan :

    kepasa - kepala... eh eh... silap ... kepara... errr... silap... kepaya... issshhhhhh.... apa ni...

    mata asyik duk pandang beg tu.. tu yg tersilap huruf tu..


    kepasa : kepada


    hikkssss

    ReplyDelete
  9. KTS;
    Aku lupa alamat posto kau lah....yang kau tulis kat tiket wayang hari tu, abang dah masuk mesin basuh...

    He...he...
    yo..yo..ooo je...





    pB;
    no 8 ke....satu ke....100 kee(hek..elehhh ckLah...macam femes benao blog aku!!)....semua yang mampir ke sini istimewa di sudut hati ckLah. Terima kasih...

    ReplyDelete
  10. KTS;
    ...keluarkan buku tatabahasa.
    Buat pembetulan ejaan.
    Tulis 100 kali!!!
    Tak siap....berdiri kat koridor!!!
    Biar cikgu besar tengok kamu!!!

    ReplyDelete
  11. Azani;
    Nizam;
    Azani;
    Nizam;
    Nizam;


    Err.....err.....



    He...he...WWF start pukul 10 malam karang tau kat TV3...

    ReplyDelete
  12. Azani;
    Terima kasih atas respon yang segera....ingatkan ckLah nak tarik balik n3 ni tadi....rasa segan pulak. Macam menunjuk-nunjuk.... tak?




    Nizam;
    Terima kasih......ckLah memang suka bawa beg warna hitam....terutama sewaktu kerja....
    Cuma terharu sebab benda tu datang dari seorang ibu....yang sedar akan kehadiran aku dalam hidup anak dia......sukar digambar perasaan itu

    ReplyDelete
  13. pB;
    ....itulah dunia ckLah pB....dikelilingi budak-budak yang baru nak membesar jadi dewasa....ckLah pun sentiasa sayang mereka.....




    intan;
    ...ckLah rasa sayang pulak nak pakai ....sebab cklah ni lasak orangnya.....buat sementara ni simpan dulu elok-elok dalam kotak..





    onezaba;
    ...sungguh benar kata mu.....esok baru kami nak buat Jamua Hari Guru....sebab hari tu nak beri laluan kepada murid untuk PPT.

    ReplyDelete
  14. BEST!!!!

    xleh nak browse ar kisah tue..

    nnt LOL dtg lagi k..

    hehe..

    Tahniah Sis..

    ReplyDelete
  15. kalau ko jadi pengetua ke, PK ke... jgn harap la nak dpt hadiah cam gitu kan... kalau dpt pun tu tunggu pencen & masa tukar sekolah je la

    ReplyDelete
  16. Shifu;
    Itu kalau kaulah......
    sebab kau kata
    "jgn harap la nak dpt hadiah cam gitu kan....Aku pun tak pernah mengharappun seperti tajuk entri aku tu.....tajuk tu bukan sesaje ku reka cipta bang oi....

    ReplyDelete
  17. itulsh untungnya menjadi cikgu.... hu,,hu

    ReplyDelete
  18. Sudah pasti ckLah adalah seorg pendidik yg "berjiwa". Sebab tu parent anak murid ckLah pun ingin memberi sesuatu sebagai tanda terima kasih mendidik anak mereka.

    Alhamdulilah... ;)

    Walaupun itu bukan yg diminta oleh ckLah, tapi terimalah tanda keikhlasan hati mereka.

    ReplyDelete
  19. terharu pula baca n3 ni. dapat rasakan keakraban hubungan cikgu ckLah dan bekas anak murid dan mak bekas anak murid.
    kalu hati ikhlas yg tak dipinta akan dtg tanpa dipinta. (apa daaa ayat..)

    ReplyDelete
  20. LOL;
    ....tahniah untuk apa sis?
    mana ada cklah menang apa-apa...he..he..
    Dah boleh akses dah....terima kasih atas teguran...ckLah dh betulkan...



    haruantasek;
    Untuk atau seronoknya menjadi cikgu bukan kat situ je sebenarnya dek......lebih ...lebih dari sekadar menerima hadiah berbentuk material dari murid (kerana memang bukan semua cikgu menerima benda2 spt tu...)

    ReplyDelete
  21. penyubiru;
    ...sebenarnya ckLah tak kenal dan tak pernah jumpa pun mak Leya tu...Ayahnya ada jumpa sekali masa ambil kad kemajuan dan masa dia hantar Leya berhari raya di rumah ckLah...




    Insyirah;
    ....mereka sering buat ckLah terharu dalam pelbagai karektor

    ReplyDelete
  22. cikgu sentiasa diingati. Yang baik akan diingat. Yang tak baik pun akan diingat.
    tapi
    .
    .
    yang tak baik tu tak dapat le hadiah
    kan?
    kan?

    ReplyDelete
  23. Kejap cikguku, anak murid cikgu sambung belajar di MSU ya? Jika benar saya ada kenalan pendidik di sana seorang penulis handalan juga amat baik orangnya. Saya rasa bolehlah kiranya cikgu memberitahu anak didik cikgu itu menghampiri pendidik di MSU itu yang bernama Sholihin Osman.

    Cubalah minta dia cari sampai jumpa. Beliau seringkali membuat program sastera di sana. Baru-baru ini ada membawa satu bas pelajar MSU ke rumah Pena untuk hadiri majlis baca puisi. Saya amat hormati beliau sepenuh hati. Sebutkan saja nama saya kepada dia Amran deklamator amatur kata yang perkenalkan.

    ReplyDelete
  24. terima aje la...buat kenangan...

    saya pun ada gak...saya tak terkata apa...nak tak kena terima juga. Memang mak saya nak bagi cikgu - terima kasih sebab cikgu....errrrr...

    ReplyDelete
  25. rsanya tk salahkan menunjuk2 hadiah yg kita dapat...sebagai tanda kita benar2 gembira dan amat hargai hadiah mereka tuh...
    acikla tuh...sbb tu acik biokan lelama maleh nak update blog..sbb nk tunjuk lelama sikit hadiah yg cikgu tu bagi acik..heheh..rsa gembira kita...dan gembira sipemberi jua...

    kerja dalam gembira.
    tidak ada nilainya.

    ReplyDelete
  26. tidur dakap beg ke cikgu??

    hehehehe.. jgn risau, aku tak gi rompak mlm ni...

    malam esok, kot..


    hehehehe

    ReplyDelete
  27. KTS;
    Aku tak dakap bag....
    dan tak dakap apa-apa...

    Tapi...



    Aku didakap....
    lalu mendakapkan diri....


    Ngeeeeeeeee

    ReplyDelete
  28. Saya suka jawapan Pak Zahan. Begitu inesen.

    Apakata kalau dia ingat nama murid2 ckLah? Mau jeles awak! hehehe

    ReplyDelete
  29. kakpah;
    ....sedihkan kalau murid mengingati kita dari sudut yang negatif....




    D'Rimba;
    ...si Leya ni budak sains tulin...masa sekolah dulu tak nampaklah minatnya dalam penulisan kreatif ni...tapi tak taulah akan datang.....






    sonata;
    ...mereka mengingati kita dengan pelbagai car....itu yang ingatlah....yang tak ingat pun ramai juga.....





    Lupekanje;
    Acik dapat hadiah Hari Guru jugak ke? Siapa bagi?Tak boleh bukak blog kau lah...

    ReplyDelete
  30. YB;

    ckLah tak jeleslahhh.....
    cuma ngamok je...he..he..he...


    Awak pun inesen apa?
    Ala-ala pijak semut...semut habis mati...hikkksss.....

    ReplyDelete
  31. Tadi saya buka, biarlah saya yang tutupkan.
    Selamat beristirehat semua, nak amal sikit.InsyaAllah jumpa lagi lepas solat Jumaat.

    ReplyDelete
  32. itu sajalah yg mampu diberi sebagai ucapan terima kasih ibubapa kepada seorang guru yg susah payah mendidik anak mereka walaupun mereka tau seorg guru tidak pernah meminta apa2.

    ReplyDelete
  33. Memang MSU untuk pelajar aliran Sains kebanyakan. Minta juga dia cari Tuan Sholihin Osman itu sampai dapat pasti banyak manfaat. Percayalah. Sebenarnya seluruh ilmu saling berpautan dan lengkap melengkapi cuma barat sahaja sengaja memisahkan ilmu-ilmu yang ada dalam bahasa mereka. Itulah kita perlu kembalikan semula seluruh ilmu diterjemahkan dalam bahasa kita dengan penerapan nilai-nilai Islam sejati. Dulu ilmu dalam Tamadun Islam banyak nilai-nilai tapi setelah barat menguasai dan terjemahkan kepada bahasa mereka, terus diasingkan ilmu juga nilai-nilai Islam itu terutama.

    ReplyDelete
  34. cKLah..
    Membaca ne ni buat mata saya bergenang air mata. Mengapa???

    Ooh...saya bukan silembut!!!

    Terharu dengan perhargaan yang cKLah terima (biarpun tk diminta)

    Inilah penghargaan kerana keikhlasan. Amin!!!

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...