Suka tak?

20090519

.....bukan cikgu meminta, wahai anakku-anakku....


Semalam, sambutan Hari Guru di sekolah-sekolah Negeri Perak. Sebenarnya, bukanlah kami guru yang syok sendiri dan terdesak mahu menyambut dan meraikan diri sendiri…tetapi ‘kami diarahkan’. Siapalah kami untuk membantah….Tak percaya, telitilah surat arahan ini.
Lalu…kami pun sambutlah. Sebenarnya, ada arahan lagi…..
“Sambutan hari Guru hendaklah diadakan dari pukul lapan hingga 10.30 pagi” Selepas itu guru-guru dikehendaki masuk ke kelas dan meneruskan sesi P & P. Ya. Ini arahan. Arahan . Faham tak cikgu-cikgu?
.
Jadi….kami pun berkumpullah…mengikut arahan...... Sambutlah secara ringkas.
Bacalah ikrar Guru Malaysia. Macam biasa.
Nyanyilah lagu Kami Guru Malaysia. Macam biasa.
Kot-kot mahu pula hujan turun lepas dengar kami nyanyi ni. Hujan pun dah lama tak turun.
Dengar perutusan demi perutusan dari Pak Menteri, dan Ketua Pengarah dibacakan. Oleh Pengetua dan Penolong Kanan.
.
Dengar ucapan, demi ucapan demi ucapan.
.
Dan akhirnya, giliran saya juga pot pet pot pet memberi ucapan Mewakili AJK Kelab Staf sekolah saya. Dengan sebuah anekdot. Pendek sahaja........


Lepas tu ada beberapa persembahan murid untuk cikgu mereka sedikit...
.
Minggu lalu ada Pertandingan menulis Sajak Hari Guru ……
Johan diminta membaca sajaknya di hadapan guru….
Dan Johan bagi kategori Bahasa Inggeris adalah……puteri Sulung Saya......

(Bukan aku hakimnya okey!!!! Tak terlibat langsung. He..he..he..)
Anak cikgu BM…tapi suruh buat penulisan Bahasa Melayu…hancur…macam bahasa terjemahan!!! Dia pi tulis dalam BI pula…dan menang!!! Tahniah Nadia Emira.
....sampai dalam kereta, baru dia cakap;
"Bu, kakak buat dan baca poem tadi tu untuk ibu sebenarnya...he..he..". Hmmmm.......

Lepas tu ada murid-murid nak bagi hadiah. Cikgu tak mintak pun. Cikgu tak pernah mintak pun. Cikgu tahu dan faham ada frasa yang tercatat dalam buku Panduan Mengajar cikgu, di bawah Tajuk “ Etika Penjawat Awam”….soal memberi dan menerima hadiah…
Tak percaya? Tak tahu? Tak ingat? Bacalah….. ada dalam buku rekod cikgu... (Aku cikgu Sejarah maaaaaa...cakap mesti berdasarkan fakta lorrrr....hi..hi)
........
Tapi….
Murid tetap berduyun-duyun memberi hadiah…
Tengoklah…… ….. ini meja saya pada pukul 10.10 pagi!!! Bukan salah ibu mengandung!!!!! (Huh..sampai tak nampak muka comel 'table-mate' saya...cek mek kelate nu..)
...sampai di rumah, saya susun pula atas meja konsul di ruang tamu saya........


Siapa nak jawab?
Semua ini bukan suka-suka, tapi memo buat saya sebenarnya…….bahawa mereka adalah anak-anak yang perlukan perhatian saya, belaian saya dan komitmen saya.

Kad-kad ucapan pelbagai variasi....cikgu hayati semua mesej itu...anak-anakku....


Buatan mereka sendiri....cikgu amat hargainya ... SUNGGUH!!!

Mesej dalam botol dari muridku......Wah....cikgu kena buka semua bintang kertas dalam botol tu...banyak tu....... ...cikgu dah baca semua...sob...sob...sob..."Cikgu....dalam kotak ni...ada 100 ekor burung kertas....kami buat sendiri untuk cikgu...anggaplah burung-burung tu kami ya cikgu!". Sob...sob...sob. Sedih pulak saya.....
...dalam 'burung-burung'itu juga ada mesej......
Errrr....ada peminat rupanya....

Mesej tulisan Cina untuk cikgu.....Jiao shi jie kuai le!!!. ya..ya...xie xie!!!... Cikgu dapat "henpon NOHIA". Hmmm..alahhh...Jangan maraaaah.....
jam loceng rupanya!!

(Kepada yang lain, maafkan cikgu ya....cikgu tak boleh tunjuk semua satu persatu.....nanti panjang sangat.
.
Kek untuk cikgu.....

Errrr....bukan untuk saya seorang. Tapi untuk semua guru, dari Bank Islam, Bank Rakyat dan beberapa individu...Tak dapat tunjuk semua... .

Dan dalam banyak-banyak itu…..
Satu hadiah membuat saya….rasa bersalah…serba salah…dan seperti orang salah yang ingin menebus rasa bersalah.
Salahkah saya???

.
Hadiah yang ini saya tak sampai hati nak terima……sangat tak sampai hati…Sungguh!!!
Saya berjanji akan membayarnya balik dengan cara saya. Ya, dengan cara saya!!!!
Saya sangat terharu (dan sedikit malu-kesal-sedih-serba salah…...berbaur-baur. Saya tidak pernah meminta begini)

Ini dari kelas hujung….yang saya ajar….ya, mereka murid kelas hujung…..yang sering merisaukan sekolah….takut-takut mereka akan menjejaskan peratus pencapaian peperiksaan yang sangat ditatang oleh semua orang…..semua orang…dari sekecil sekolah….hinggalah…jabatan…dan kementerian!!!!
.
“Kenapa kamu bagi hadiah semahal ini kepada cikgu. Cikgu tak boleh terima!! Mana kamu dapat duit?”
“Kami berkongsi cikgu, tak apa!!!”
“Mana boleh tak apa. Kamu telah menyusahkan ibu bapa kamu. !!”
“Tak de hal laaa cikgu!!! Kami nak bagi jugak yang ini!!! Susah-susah kami cari maklumat, perfume apa cikgu pakai tau!!!”
“Tapi ini mahal sangat untuk kamu!!! Cikgu kena pulangkan”
“Tapi kami suka bau cikgu…..bila cikgu masuk kelas kami!!!”
.
Ya…mereka murid kelas hujung. Kelas hujung……yang paling sukar untuk saya mengajar sambil MENJAGA HATI mereka untuk terus mahu belajar…….
.
Oh muridku. Cikgu...errrr.... Kamu bersusah payah untuk perkara yang tidak penting bagi kamu.!!!! Cikgu bukan sengaja mahu menarik perhatian kamu dengan cara begini…..Langsung tidak….pewangi yang cikgu pakai selama ini, pemberian suami cikgu…Bukan cikgu beli sendiri…...itupun cikgu pakai sikit je…dan jarang jarang….isk..isk…isk…takkan semua tentang cikgu kamu perhatikan…… waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....lain yang kuajar...lain yang....aduhhh....!!! Cikgu mengharapkan yang lain, daripada kamu sebenarnya...
.
Saya akan pulangkan juga jumlah wang itu….dengan cara yang mereka tidak akan kecil hati…dan tidak perasan. Saya tidak boleh begini!!! Rasa bersalah terus….
.
Kriiiiiing!!!
11.00 pagi. Masuk kelas. Sambung menjawab soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Kesian murid-murid saya.
.
Ya murid-muridku…..sepagi tadi, berbuih mulut cikgu membalas ucapan-demi ucapan Selamat Hari Guru dari kamu….

Sekarang giliran cikgu mahu mengucapkan….

“SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN”

Semoga kamu semua menjadi penyejuk roh dan jiwa ibu dan ayah kamu…


....dah naik lunyai kad ini....dia bawak tidur agaknya semalam...
sob...
sob...
sob...

Terima kasih kerana sayang cikgu seperti ibu kamu sendiri....

61 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. Cklah..
    detik yang luruh segala rasa.
    bahagia, gembira, sedih , terharu....
    dari sekecil-kecil gulungan kertas, sehingga kepada sebotol perfume yang tidak terjangka oleh minda kita..
    hadiah dari mereka merupakan tanda kehadiran CkLah sebagai guru telah hidup dan mengalir di dalam jiwa mereka.
    Selamat hari Guruuntuk CkLah.

    ReplyDelete
  2. Opps...
    CM First!!!
    orang lain kat mana yer???

    ReplyDelete
  3. arrghhh!! tetiba aku rasa nak jadik cekgu jugak! huhu..

    ReplyDelete
  4. salam cklah..

    suka baca entri ni- sbb ada kaitn dgn krja teman..
    :D

    apa yg cklah alami, pnah teman rasai..

    serba salah, terharu, sedih, dll brbaur dlm diri- lbh2 lg a/bl mdpt hadiah drpd mrd/pljr miskin/susah..

    spt kata cklah- kita tdk meminta. tp mrka mberi sbg phargaan thdp kita..
    so, apa yg kita mampu buat..?
    -bersyukur, pasrah, berazam utk terus mberi yg terbaik...

    "SELAMAT HARI GURU! SMGA ALLAH PIMPINI KITA UTK MJADI GURU TBAIK THDP SETIAP INSAN... AMIIN"

    ReplyDelete
  5. Kalau dah berbelas tahun jadi cikgu, kad & hadiah yang banyak-banyak tu letak kat mana yek? Aku musykil ni... Stor?

    ReplyDelete
  6. uwaaaaaaaaaahhh...sweet nyer depa....
    bukan ker taim2 camnilah yg jadik hiburan buat guru...

    u deserve it ckgu xiiinam !!!! u really!!!

    Keikhlasan dlm mengajar juga blh di lihat di masa2 begini... tahniah cikguu...

    acik:
    tharu biler cikgu acik doakan kejayaan acik masa acik sms ucap SHG kat dia aritu..
    SMS JER!!!! TGK BEBUDAK YG TK BEKERJA TU....BAGI ADIAH SIAP KT CIKGU RAMLAH!!! tk rsa malu ke????..
    ooooppss...okeh...nnt klu acik balik kampung, acik drop by umah cikgu acik, gi salam depa dan bagi hadiah yng depa tk mintak...ok..insyaAllah..
    tima kasih atas entry ini..guruku...adalah ibu dan bapa ke2 ku...

    ReplyDelete
  7. huhuhuhu...
    sedih aku..
    sebab...
    sebab..
    sebab...
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    rasa rugi plak aku tak jadi cikgu..
    sempat lagi ni apply kpli.
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    ..

    adoiii....
    ya... jadi cikgu kena ikhlas..
    kena minat...
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    huhuhuhuhu.. bertambah la sedih ku...
    sebab.. sebab... sebab... sebab apa2 je la...

    .
    .
    .
    .
    .

    pssstt... minyak wangi tu nampak menggiurkan..
    cuba sembur skit... dptlah semua menghidunya...
    hahahahaha..




    alamak.. dah lebih 10 pth perkataan la komen aku ni..

    sorry encik blogger..

    ReplyDelete
  8. aku taknak gedik2 lagi..
    betul...
    .
    .
    .
    .
    tapi bila tgk hadiah yg begitu byk, takleh nak thn kegedikan ni...


    .
    .
    .
    eh tadi dah komen ke belum??

    ReplyDelete
  9. KTS;
    Alaaaaaa......


    Terkinja-kinja laaahhh...
    terkinja-kinja laaahhh....

    (aku buat ayuan gombal lagi.....)


    Hikkksss...

    ReplyDelete
  10. ehh..luper lak..tahniah buat nadia emira...sungguh berbakat anak itu...

    terus asah bakatnya...agar lebih jauh menggapai bintang di langit...maksud acik...mencapai cita2nyer...

    ReplyDelete
  11. KTS;
    Kau nak pewangi macam tu ya....




    pergi cek kat butik avon......
    He...he...he...




    Eh....kau dah komen ke?
    Mana ada?








    acik:
    Ha..a..
    Masa kau beli hadiah untuk cikgu kau nanti...beli sekali untuk ckLah....



    Heh...heh....heh....
    Gelak tamak ni.....





    Nizam;
    Ya Nizam. CkLah simpan dalam STOR saja.............STOR KATI CKLAH.....
    Semuanya masih tersimpan kemas dalam satu kabinet berlabel "INI DUNIAKU!!!". SUNGGUH!!!






    Amal;
    ...memang ckLah rasa beralah amat, jika mereka bersusah payah untuk perkara yang tak sepatutnya....

    Eh...ckLah belum ucapkan Selamat Hari Guru buat Amal ya...
    Sorrrrrryyyyy...


    Selamat Hari Guru.

    Raya sebulan...
    hari Guru juga sebulan...kan!







    Penyu biru;
    Jom.....jadi cikgu. Kita ngadap budak-budak tu sama-sama.
    Alaaa...
    Setiap kerjaya adalah mulia....
    Kerjaya kau juga kerjaya mulis...
    Dan itu yang kita pilih kan....







    cikgu math;
    Selamat Hari Guru juga untuk ckgu Math...
    Lepas ni buat persediaan untuk Peperiksaan PTK ya?
    ckLah pun akan ambil PTK DG44....nak pi MPH ni....cari buku. Lepas ni, blog kena kurangkanlaaaahhhhh....
    Mau "pulun study!"







    cikgu math lagi;
    Orang lain?
    Depa tak sio nak baca OCEHAN ckLah yang panjang lebar ni...ha...ha..ha...

    ReplyDelete
  12. di malam2 ini... ooopppsss... dah pagi, aku dtg lagi...

    teringat rayuan gombal ko.. hikksss..

    harap2 nya encik blogger dah tido... boleh aku gedik skit..

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    dah abis bukak bintang ngan burung kertas ke belum??

    mau seminggu baru abis baca, kan??
    .
    .
    .
    .
    dulu2 selalu aku imagine... bestnye klu ada org hadiahkan aku bintang atau burung kertas.. lg banyak lg best...
    semuanya sbb terpengaruh dgn cerita kat tv la ni... ala2 romantik gitu.
    .
    .
    .
    huhuhuhu... bila tgk ko dpt, rasa jeles plak..
    nasib yg bagi tu perempuan..
    klu lelaki, lagi la aku jeles...

    :P

    ReplyDelete
  13. terharu kak aku bace entry nih...
    rase nk meleleh pun ade gak...

    haha...cengeng gak aku nih, even nk cam keras dan garang....hahah

    bende2 cemni yg buat kite terharu dan tersentuh...
    budak2 ni ikhlas, cume kdg2 yg buat kite geram bile dorg takmo dgr nasihat kite...

    dan dorg sbenarnya nk uji kite...

    walau apepun, kalau dah passion, ape2pon kite redah kan kak...?

    selamat hari guru utk ckLah...
    semoga terus kekal...
    insyaAllah...
    ke akhirnya...

    ReplyDelete
  14. KTS;

    hi. hi. hi.
    ....tahap penahanan gedik kau telah teruji...hikssss!!!

    Budak-budak tu terpengaruh dengan cerita KOREA.

    SAMA MACAM KAU!!


    Teringin dapat burung dan bintang....

    SAMA MACAM AKU??



    Kau jeles ek?


    TAK SAMA MACAM AKU..

    Sebab aku bukan nak bagi kao jeles.....
    Aku cerita je....
    Dan yang bagi aku tu perempuan....
    Budak-budak pulak tu.....

    HARAPAN TAK SAMA

    (he...he....he....)

    Lelaki yang boleh aku harapkan nak bagi...(kalau lah....)
    Eleehhhh...dia tak kan bagi benda-benda macam ni punya....
    Daripada dok mengutil bintang-bintang tu....
    Lebih baik aku suruh dia menguti....eh....melipat kain...

    Hiksss...





    cikguBH;
    Memang manis menjadi guru...
    Kalau itu memang kecintaan kita....

    Telah tertulis di Azali..
    Hidup dan mati akak kerana tugas inilah

    Kau cengeng???
    Mana ada
    Taklahhhhh...
    kau ciwek dan gembeng je sikit...



    Hi...hi...hi...

    Selamat Hari Guru juga untuk kau.
    Harap terus seronok menjadi guru, orang muda!!!

    ReplyDelete
  15. hmm alahai... tersentuh hati membaca entry ini. Teringatkan anak murid sendiri.

    U deserve it cklah.

    ReplyDelete
  16. ko saja je tayang hadiah-hadiah tu cklah. ko nak bagi aku dengki ya. sobb...sobb...sobb...uhuuu...sedihnya aku. sedih tak ada org nak bagi hadiah...huwaaaaa.... omakkkk!!!!!

    ReplyDelete
  17. heheheheh... taim2 cenggini yg rase cm nak isi borang KPLI nihhhh...

    hehehehe.. takpelah ckLah, tuh tande dorg sayaaaannngggg sgt kt ckLah...

    adeiii.. kan best kalo de org bleh bg bintang2 tuhhhh............. :P

    btw, slmt hari guru bebeh!

    ReplyDelete
  18. rasa kecilnya diri ini bila membaca entri ini...

    ReplyDelete
  19. kalo tak muat almari rumah ckLah pas sini sikit, almari rumah saya masih kosong lagik.ckLah ni popular ye.

    ReplyDelete
  20. tahniah CikLah...



    kak guru yang baik....



    p/s: hadiah tu jolok mai skit..banyak sangat aku tengok..

    ReplyDelete
  21. huhuhuhuh,,
    kuterharu plus jelez y amat masa masa entry nih,,
    nak hadiah,,
    waaa,,,,kalau jadik cg dapaty hadiah berkoyan-koyan,,
    wawawawawa,,
    tp,kalau nk kna hadle budak kelas hujung,,,takut la plak,,
    umiku cakap,nak jaga kelas hujung payangnya cam nk jaga budak2,,,huhuh

    ReplyDelete
  22. una210;
    tak semestinya.....
    ada cikgu yang tak dapat langsung juga...
    ....dan ckLah menjadi cikgu, bukan kerana itu dek....bukan!
    Sungguh!!!!

    ReplyDelete
  23. aku jadi sedih dan terharu baca n3 ko ni. Aku terkenang cikgu yg pernah mengajar aku. Apa yg mereka buat sekarang? Aku tahu ada yg telah tiada lagi di dunia ini. Hanya Allah yg boleh membalas jasa2 mereka.

    ReplyDelete
  24. Err.. Saya pun tak mintak... tapi kalau ckLah nak kasi sket burung jenjang kertas tu, ape salahnye... Saya nak lipat sendiri tak reti...Mueheheheheheh :P :P

    Tak minta, tapi dapat... Maknanya ckLah memang sangat-sangat disayangi dan disenangi anak-anak murid ckLah tu... :D :D

    ReplyDelete
  25. kakPah:
    ....bersama murid adalah saat paling manis kan kakPah...




    Onezaba;
    ...kena buat Hari Pegawai Teknologi Maklumat PKG juga ni...he..he..
    Kau jeles ya...janganlaaaa.....






    The confused;
    ....selamat mengisi borang KPLI. Anak cikgu ni....tentu ada aura cikgu jgak dalam diri yang belum dibuktikan nih...he..he....




    cikgooden;
    Owww.....ada cikgu yang 'tak boleh' sambut Hari Guru...lupa. Kau tak pergi sekolah ke hari tu? kalau akak, akak pergiii je menonong!




    julietchun;
    Mana almari kau? Aku nak tumpang letak bawang dan garam aku jugak....boleh?

    Alaaaaaa...populer di kalangan budak-budak je....he..he...






    azani;
    .....laa...kenapa rasa kecil pulak...
    Tiba-tiba teringat filem "Honey, I shrunk the kids"

    ReplyDelete
  26. Untung ckLah jadi guru yg amat disayangi...

    ReplyDelete
  27. YB;
    ckLah pernah menjejaki bekas-bekas guru ckLah masa sekolah rendah....ternyata mereka masih ingat akan ckLah....dan kami sam-sama terharu....
    Jejaklah...kalau masih ada. Tentu mereka telah tua sekarang....dan tentu mereka bangga berjumpa bekas murid yang berjaya seoerti YB.







    syahshah;
    kao nak burung jugak ya?
    Burung kertas je dik.....
    Tak boleh buat 'sweet sour'. Baek kau setia dengan kamben je....hikkksss....

    ReplyDelete
  28. FarisIbrahim;
    ......kerana cklah juga amat menyayangi mereka dik.....sungguh!!!

    ReplyDelete
  29. susah nk jd cikgu yg d sayangi....d sukai....mmg susah...kan...pd daku yg bkerja d jabatan yg melatih cikgu cikgi.....org yg benar2 ikhlas menjadi guru pasti akan bekerja seikhlas mungkin...dan secara tidak langsung akn d sayangi....

    daku tumpang hepi kak tgok adiah2 itew

    ReplyDelete
  30. Intan;
    "Sayangi kerjaya kita..
    walau apapun dia
    kerana itu yang kita pilih...
    dan dipilihkan Tuhan....


    ...kerana hanya dengan begitu...
    kepuasan belerja akan tercapai...


    cklah hprmati semua jenis kerja yang halal...

    ReplyDelete
  31. hohohohoh saya mahu, sebab tak pandai melipat.. saya keras tangan.. heheheheh :P :P

    ReplyDelete
  32. ckLah, terharunya saya tgk hadiah² tu. Sob..sob...

    U deserve to receive all the cards, presents and wishes.. ;)

    ReplyDelete
  33. terharunya.

    nak cklah, tisu...., kita kongsi pakailah (semalam saya amik kat pantry, elok lagi ni)

    all the best to all cikgu-cikgu :)

    ReplyDelete
  34. cikgu

    cikgu

    cikgu Ramlah...


    cikgu

    cikgu


    aaaa... wangi la....


    Terima kasih Cikgu!

    ReplyDelete
  35. hari ni aku main terjah je semua rumah orang..

    sebab en.blogger demam..

    habis bloglist tak diupdate nya..
    semua yg update tak naik.. semua org pun problema yg sama
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    tu yg aku terjah umah ko wpun kat bloglist n3 lama..
    manalah tau kan..
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    ReplyDelete
  36. aikkk...
    tak smpt aku abiskan ayat dah publish komen tu...

    ayatnya :
    manala tau kan
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    ko dah publish n3 PUTERI yg tak jadi puteri tu..

    hikkkss


    dah siap edit ke belum??

    ReplyDelete
  37. KTS;
    Eleeeeeh...
    Masuk jelaaaa
    Sejak bila pulak malu-malu ni...



    hari tu pun aku hadapi masalah yang sama.....
    tu sebab aku dah tertinggal jauh...kau dah 2500...
    aku masih 2200...



    faham dak...?

    ha

    ha.....ha...







    maksu;
    ...baklaaaa...
    berapa gulung maksu ambik?
    cklah naaak...he..he...




    insyirah;
    ....bukan hadiah tu sangat sebenarnya yang ckLah hiba...tapi, cara mereka meluahkan harapan dan penghargaan kepada seorang cklah....





    syahshah;
    ...meh kita belajar poligami...eh silap..ORIGAMI...khe...khe...khe...

    ReplyDelete
  38. KTS;
    Entri PUTERI tu?
    Kensel....



    tahun depan baru post!!!!





    nanti ada halimunan kata aku tiru ko.....he...e....

    ReplyDelete
  39. KENSEL ke??

    aku pun dah biasa kensel..
    baru je nak pos, tgk kat blop org, serupa plak dgn yg aku nak citer..

    dah 3 kali terkena..
    save draft je la...
    tggu masa yg sesuai..
    hikhikhik..


    relevan lagikah cerita puteri tu utk tahun depan??

    hahahaha

    ReplyDelete
  40. RALAT

    blop = blog
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    hahahahaha..
    kat tmpt aku ko tlg betulkan, kat tmpt ko aku tlg lah betulkan juga...

    hiksss

    ReplyDelete
  41. ingt dlu xde duit
    beli epal je bagi cg
    huhu

    ReplyDelete
  42. terharu dgn N3 ni...smoga lebih tabah hadapi hari2 mdtg...

    ~senyum slalu~

    ReplyDelete
  43. banyak nya hadiah..... makna nya itu lah harapan murid2 terhadap cikgu...

    semuga terus memberi khidmat cemerlang..

    ReplyDelete
  44. zino;
    satu mesej simbolik sebenarnya tu....





    su;
    sama-samalah kita hadapi dugaan mendatang...





    joe;
    cklah lagi suka dapat buah-buahan ni....boleh ngap. Tak susah hati nak fikir mana nak simpan...

    ReplyDelete
  45. belajar origami saya mahu... poligami tak mahuuuuu cikguuuuuu~~~

    ReplyDelete
  46. syah;
    Errr...ckLah tulis poligami ke tadi....he...he...he..


    Esok nak pi beli Origano...nak buat spaghetti Carbonara....ya riva ya riva....ha..ha..

    ReplyDelete
  47. Teringin jugalah nak buat burung kertas mcm tu..

    Rasanya keikhlasan terserlah sbb bersusah payah dengan melipat kertas menjadi sesuatu..(cuma reti lipat kain jer..huhuhu)

    ReplyDelete
  48. salm...upanya kak nie cikgu......tabet tuan cheeeGu...hu3

    ReplyDelete
  49. zureen;
    akak origami 'failed'...he..he..

    ReplyDelete
  50. anak pendang;
    Ye dek oiii...
    Selama ni kau ingat akak apa? chef? He...he..he...

    ReplyDelete
  51. assalamualaikum chef..errr cikgu..

    malam2 ni air sirap ngan keropok lagi ke??

    kembung perut asyik dijamu dgn bendalah tu..

    tukar menu la... baru syok..hikkkkss

    ReplyDelete
  52. KTS;
    makna dua lapis ke selapis ni....hi..hi..
    ....cerita puteri dah hancur apabila aku cuba mengubah suainya...
    Entah....tiba-tiba watak puteri jadi Pangeran Azrinaz pulak.....



    Sekonyong-konyong....



    nampak gambar Azrinaz kat sinun...




    ahhhh....



    ubah lagiiiiikkkk




    nanti aku bagi tempe goreng cicah sambal kicap dengan air kelapa yeee...

    ReplyDelete
  53. sirap dan keropok? Err... nak demand skett... keropok lekor boleh ckLah? Sirap tu nak sirap bandung tau... buh aiskrim soda... Kikikikikik :P :P

    ReplyDelete
  54. syahshah;
    errrrrrkkkk
    keropk lekor baruuu je habis...

    ganti keropok belinjau boleh...
    import dari Indon tawwww!!!!



    Sirap bandung?
    boleh..boleh...boleh....
    Nak special lagi....ckLah taruk selasih...kembang semangkuk....biji teratai dan telur puyuh....



    yaarrrkkk..
    pa cklah ni....
    tunggu abang beli teh ais tak sampai2 lagi nih....


    ...tekak meraban malam ni...
    saja je nak siksa dia memalm jumaat nih.
    hikkkss...

    ReplyDelete
  55. telur puyuh tak mauuu... yang lain-lain ok... Mueheheheheheheh :P :P

    Alahai... Malam Jumaat le pun nak manja-manja lebih-lebih sikit... Hihihihihih :P :P

    ReplyDelete
  56. syahshah;
    saje je cklah suruh dia keluar....nak elak dia ngadap WWF kat TV3 tu....getik cklah nengoknya.....sebab...







    ....nnt cklah jadi mangsa.....ho...ho..ho...

    ReplyDelete
  57. hahahah... Lelaki memang takleh pisahkan dengan WWF tu kan? Saya pun tak suka... Tapi nampak gayanya incik Firdaus hari ni terlupa pasal itu... Asyik tengok America's Next Top Model.. Hihihihihih :P :P

    Eh, baru je taip, dia dah tukar channel pulak... Iskkkk...

    ReplyDelete
  58. ....ckLah dah sorok remote tv dlm bilik....

    ..dia terpisat-pisat curi2 tengok kat ruang tamu.....
    kena senyap...
    sebab anak2 study kat ruang tengah nuu...


    cklah nak menikmati teh ais...he..he..

    ReplyDelete
  59. melihat kepada timbunan hadiah dan bermacam-macam ucapan dari murid, tidak syak lagi anda cikgu yang disayangi dan dihormati oleh ramai murid-murid. Apa lagi yang mahu jadi kayu pengukur - guru yang hebat!

    Teruskan usaha murni ini tanpa jemu.

    ReplyDelete
  60. walaupun semua pemberian berbentuk material itu, bukanlah yg diharap2kan, namun ianya bagai penyejuk dan penyeri hati guru yg kadang terpaksa berdepan dgn bermcm2 ujian dan cabaran dlm mendidik mrk.
    teringat masa mengajar dulu. mmg semua itu akan jadi kenangan bila kita sudah tidak mengajar mrk lagi.

    ReplyDelete
  61. drSam;
    mungkin kerana ckLah terlalu menyayangi mereka. Agaknyalah.....






    cikguzue;
    Dunia keguruan memang indah.....

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...