Suka tak?

20090615

Penutup Cuti….

Orang asyik tanya…

“Cuti dua minggu tak berjalan ke mana-mana ke cikgu?”

Susahnyaaaaaaaaaaaaaaa jadi cikgu ni, haih!!!!! Asal cuti kena berjalan-jalan. Asal cuti kena pergi mana-mana…isk…isk…isk…Nyampah tauuu...he..he..he


“Adoi..adoi…siapa baling-baling aku dengan selipar ni?”

He…he…he…oooooooooooo kamu ke? Kamu yang jarang dapat bercuti!!! Janganla maraaahh…..dah nasib cikgu begini kannnnnnnnnnnn…..hikkksss!!!

Tanpa ke mana-mana pun, sebenarnya terlalu banyak aktiviti yang kami anak beranak buat sepanjang cuti ni. Nak cerita? Tunggulah entri seterusnya ya! Nak ‘post’ entri yang ini pun belum tentu berjaya…..maklumlaaaaah….guna ‘henpon’ cabuk saja.

Modem saya ….emmm alahh!!!. Rasa nak bom saja satelit Celcom tu!!!!!
Siksa nak buat entri dengan henpon ni. Saya taip dulu ceritanya dengan laptop, edit gambar dengan photoshop….lepas tu pindahkan ke telefon.

Nak upload gambar…punyalah siksa. Jadi, saya kena minima kan resolusi semua gambar seminima mungkin….…..tu yang lemah lembut sikit nak melayan blog seminggu dua ni….

Sabtu pertama dulu ke Ipoh….lepas tu cuti 2 minggu tak pergi mana-mana, memulun kertas periksa, dan aktiviti sekeluarga di sekitar Teluk Intan. Lepas tu ada saudara mara dari Batu Pahat Johor datang….jadi pemandu pelancong sekejap.Sabtu terakhir semalam, pergi Ipoh lagi. Itu sajalah…..

Tempat ‘shoping’ kegemaran saya di Ipoh adalah Jusco di Kinta City. Plan asal nak main bowling di aras atas, tapi lorong penuh. Kami turun semula.

Dulu, masa anak-anak kecik, ke mana saya pergi, mereka mengekori saya, pegang tangan, pegang hujung baju saya, duduk dalam kereta sorong…..

Sekarang? Nasuk saja ke dalam gedung tu, mereka terus hilang. Kalau Nadia Emira dan Nabil Emir…..pantang jumpa MPH. Mereka akan bersila di situ, buat kedai buku tu macam kedai sendiri. Kebetulan kali ini ada ‘Pesta Jualan Murah’ dari MPH di ruang legar aras bawah. Huh. Tersangkut kat situ sajalah.
Ini antara buku yang Nadia Emira, beli. Dia ni tingkatan 4 Sains. Tapi minat sangat dengan perundangan dan penyiasatan. Terpulanglah dia nak pilih bidang apa. Saya sebagai ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat dia.
Ini antara buku yang Nabil beli. Dua buku dah RM 70. Adoi. Ibunya nak beli satu novel harga RM34.90 pun terfikir-fikir banyak kali.Nabil ni baru darjah enam. Tapi minatnya tak macam budak darjah enam. Kalau dah jumpa MPH, dia tak ingat ibu dia dah. Dia hanya akan sedar akan kewujudan ibu dia apabila dia menyedari sesuatu dan ingin berkata…
“Bu….boleh tambah dana buku sikit lagi tak untuk Nabil. Tak cukup lah. Nak beli buku yang itu jugak. Ngeh…ngeh…ngeh….” Sambil buat gaya mengada-ngada macam P. Ramli nak pinjam duit tuan rumah…eh…cik Normah!!!

Sudahnya, ibu terpaksa berkorban……membatalkan ‘hajat’ yang ingin dibeli…..beginilah orang dah ada anak……Nak mengendeng kat abah…kena tengok anak bulan dulu…he..he… (Ampun bang!!!Ahaks!)

Anak ke dua saya, Nabila Ediba, 13, minatnya lain. Dah menunjukkan ciri-ciri macam remaja perempuan lain. Risau saya. Tumpuan dia, kedai aksesori wanita….beli segala cekak, spit rambut dan hiasan diri bagai, kedai ‘gift’ (beli hadiah untuk kawan….tapi guna duit ibu), kedai ‘henpon’. Dengan duit yang dia kumpul sendiri, hari ini dia beli telefon bimbit sendiri. Dah beli baru cakap dengan ibu. Telefon lama ibu yang bagi kat dia….dah tak mau dah….Grrrrrrrrrrrr….. Yang atas ini Nuha Eiman. Dia seorang saja yang nak berjalan bersama ibu dan abah di pusat membeli belah. (takut abang kucing…katanya) Layan dia sajelaaaah…dia pun dah nampak sifat ‘ketamakan’ nya kalau masuk kedai buku….semua nak masuk bakul. Segala macam ‘puzzle’, ‘sticker’, ‘sand art’ dan entah apa-apa pemegang kunci, penanda buku…parah abah dan ibu!!!
Lepas tu …..aiskrim!!!! Selera budak....Permintaan dia belum ‘tinggi’, macam kakak-kakak dan abang yang dah remaja. Masih mendengar alasanlah….

Ibu? Hah, ibu tak payah beli apa-apa. Tunggu saja di sini. Duduk berdua-duaan dengan abah…ambil gambar sesama sendiri….sampai anak-anak berkumpul balik. Orang lalu lalang tengok jeling-jeling….peduli apa. Kami pun nak dating jugak. Ahaksss!!!
Lepas Jusco…..pergi pulak Green Town Mall. Sekelip mata, anak-anak dah hilang semua. Tinggal ibu dan abah…….duduk sini, tengok tinju.

Abahlah… minat sangat tinju meninju ni!!! Jangan balik karang nak tinju ibu pulak sudah!!! Ibu lawan balik!!! He..he..he... Ini satu daripada venue Sukan Perak yang sedang berlangsung sehingga 27 Jun.


Apa aktiviti masa cuti yang lain?
Antaranya?

Memancing bersama suami dan anak-anak di jeti Bagan Datoh?
Lain kali cerita.

Masuk ladang kelapa sawit suami…..berhempas pulas memetik tandan sawit bersama Mat Indon? Ecece…yoyo-O je. Sila percaya!!!

Lain kali cerita.


Memandu bot menyeberangi Sungai Bernam? He..he..he…jangan tak percaya, okey!!! Sungai Bernam tu pak mertua aku punya. (Errr…ampun Apak…Ngeeeeeeee.)


Lain kali cerita.

Bermesra dengan kambing Boer? Biasalahhhh… bagi aku….seorang wanita desa yang gagah perkasa, berdarah Gusti Raden Galoh Cendera Kirana ini….he..he…
Lain kali cerita jugakkkkk…

Hek eleh ckLah …..macam le ada orang nak tau cerita dia ?
Tak apa. Tungguuuuuuuuuuuuu.
Nak edit gambar-gambar di ladang dan kambing boer suami saya……bagi ‘hensem’ sikit…
“Mbeeeeeeeeeeeeeek!!” Ah, tunggulah Incek Kambeng, nanti ckLah masukkan gambar kau dalam blog. Jangan bimbang. Sabar. He..he…

45 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. yes aku first!

    Banyaknya nak cerita lain kali. Lainlah aku komen ngeh 3x

    ReplyDelete
  2. Zureen ada juga beli buku yakjuj dan Makjuj tu..sampai sekarang tak habis baca (byk sgt pengulangan fakta..iskh fenin kepala baca..)

    ReplyDelete
  3. biasa le tanya cikgu... nak bodek cikgu mana tau boleh dapat markah kesian masa ujian

    ReplyDelete
  4. Kat tempat aku pun dah ada Jusco. Bila ko dtg sini boleh lah pergi ke situ. Tapi bowling alley takde lah huhuhu

    ReplyDelete
  5. selamat bertugas cikgu dan cikgi. Semoga bertugas dengan penuh dedikasi.

    Melihat kepada diari cuti tu memang penuh juga aktiviti. Yang paling menarik ialah acara beramah mesra dengan kambing-kambing Boer tu. Saya suka!

    ReplyDelete
  6. haya kamben tu tayang bontot..

    eeehh sy bukan cikgu tp sy tetap bercoti mcm cikgu... ngeh3x.

    ReplyDelete
  7. ckLah...

    Terisi benarlah cuti ...
    banyak tu...

    Cuti ni memang nk berehat je.

    Yang paling seronok, saya sempat buat akupuntur dan berbekam...setelah 2 tahun berehat!

    Pulih segala anggota...
    Lepas ni nak buat sebulan sekali plk. (eh, Cklah tak tanya pun...kan?)

    ReplyDelete
  8. yb;
    Kau memang terer...tak terlawan cklah pasal 'mengfirstkan' diri ni...hiksss.

    Haruantasek;
    Berapa markah kau nak?-he..he. Jiran2 yg suka tanya tu.

    Zureen;
    Cklah pun tk terbaca lagi buku2 begitu akhir2ni..dia suka benar.


    Kulna;
    ...he...he....dah habis daaaaah cuti cklah...2 minggu akan datg tiap sabtu kena sekolah....


    Drsam;
    Sesekali cklah turun juga ke ladang suami....menyebok gaya mem2...he..he...


    Ragbar;
    Sedap kan buat akupuntur tu...ciklah pernah try juga....
    Cuti habis....spnjg hari ni memulangkan kertas periksa dari kelas ke kelas

    ReplyDelete
  9. yb;
    Alah...tertinggal pulak kakang ku ni....
    Kalau ke Lembah Kelang ckLah shoping kat kedai runcit sameon je.....

    ReplyDelete
  10. banyak cerita cklang yg di nanti ni hehe selamat kembali bertugas..

    ReplyDelete
  11. cerita nenek kebayan tak de ke?

    ReplyDelete
  12. Alahai...bila anak-anak dah semakin besar, masing-masing dah pandai buat hal sendiri. Mak ayah tak ada sekali pun tak apa. Sebab dulu saya pun mcm tu. Hihihi...

    ReplyDelete
  13. cuba ko dukung kamben tu cklah...

    ReplyDelete
  14. Sudah baca semua hasil karya Pak Latip ?

    ReplyDelete
  15. abanglong;
    Baru baca beberapa para....ada juga karya beliau yg lain


    Onezaba;
    Setakat dukung tu biasa cklah buat...merawat dan membidan pun biasa....selain cikgu,itulah kerja ku

    ReplyDelete
  16. insyirah;
    Ajenye iye...kalau besar lagi......macam manalah pulak agaknya....



    Zino;
    Kalau ada yang sudi baca cklah akan terus cerita.....ahakssss


    Shifu;
    ....tiba2 kau rindu nenek kebayan....ha...ha...tunggu mlm keliwon

    ReplyDelete
  17. selamat kembali cikgu,lama dah rasanya saya tak tinggal jejak baru di ruang komen.selamat kembali bertugas,esok bermula kembali sesi persekolahan baru,muhgkin murid baru,gelagat baru,...semoga modem celcom cikgu pulih kembali berfungsi dengan jayanya.

    ReplyDelete
  18. azani;
    Bang....ini hari snin lah bang.......

    ReplyDelete
  19. ni cerita kak yang kata susah nak update?...susah apa..cam tak pecaya ...

    cuti sakan no?..

    ReplyDelete
  20. alamak ada delay 24 jam la, cikgu.rupanya entri cikgu tu pada malam ahad,saya buka malam isnin,tak mengapalah cikgu,hari selasapun kira mula sekolah bagi sesetengah murid.

    ReplyDelete
  21. hati-hati pandu bot takut terlajak masuk ke negara jiran,hehehe.

    ReplyDelete
  22. wah, penuh dengan aktiviti... Hohohohohoh :D :D

    Err... Kamben biri-biri ade tak? Sedap tu buat lamb chop... Hahahahahahahahah :P :P :P

    ReplyDelete
  23. Kambing telinga londeh... aku suka susu dia.. maksud aku, minum air susunya...

    ReplyDelete
  24. betul ke nabil tu umur dia 12 tahun??
    err.. errr.. errr..
    sebab...
    masa aku baca buku2 camtu, umur aku dah ... dah... dah lebih 12 tahun.. err.. dah lebih 17 tahun.. dah lebih... errr... biarlah rahsia

    ngeh34x... susah betul bila nak sebut tang umur ni :P
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    awat kat MPH KL takde pesta jualan murah?????? ggggggrrrrrrrrrr

    errr... betul ke pesta jualan murah?? ke ko main2.. tapi aku tak paham... errr???

    ReplyDelete
  25. pinjam sekor kambing boer tu...
    nak bawak pegi kerja.. save minyak... hikksss..
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    tgk badannya yg besar tu, sesuai utk ditunggang... errr klu badan 'kecik' cam aku je sesuai tunggang dia, kan???

    hik hik hik


    "mbbbbbbbbeeeeeekkkk..." sahut si kambing tanda setuju..


    YESSS!!!!

    ReplyDelete
  26. Kedai Sameon tu kat mana? Aku pun nak shopping kat situ jugaklah kalau murah ngeh7x

    ReplyDelete
  27. hohooooooo..
    banyak kisah menarik menyusul selepas ini..
    kita nantikan bersama ok..
    aku nak kwn ar ngn nabil tue.
    pie MPH xingat org lain..
    hehe....

    jom serbu MPH...
    sekali sekali,carilah LOL kat MPH tue..
    hehe..

    ReplyDelete
  28. LOL;
    Nasib baik gila MPH. Dibuatnya gila tmpat shoping lain....haru ibu.


    Yb;
    Rahsia......


    Kts;
    Nak tunggang?
    Kau tau tak perangai kambing boer jantan tu? Nanti aku cerita....


    Nizam;
    ....susu kambing? Errrrkkkk.....sendawa bau kambing....



    Syah;
    Kambing boer je yang ada...he..he

    Juliet;
    ....laim kali kalau merajuk aku lari ke seberang dgn bot...


    Azani;
    Aku post entri ni ptg isnin....



    Cikgooden;
    Kejap oke kejap kong....sedikit sewel line cklah ni

    ReplyDelete
  29. sme nak cite len kali... ish3... :P

    waaaaaaaaaaaaa... ada gambo kg halaman... huhuhu.. rindunya bgn dato'!!!! huhuhuhuh

    ReplyDelete
  30. salam ckLah..

    maaakkkk aaiiiii... 'sikitnya' aktiviti cuti 2 minggu... ni kalau cuti hujung tahun ni berapa edisi blog nk hapdet nanti ni?...
    pergh..
    mmg betul ler "Cikgu dan Cuti2 sekolah".. hihihih

    ReplyDelete
  31. Akak, adik-adik SMK berhampiran juara lagu dan puisi peringkat K.L. kebangsaan bulan Ogos di Sabah. Cikgu diapun sekali berlompat girang saat diumumkan juara.

    ReplyDelete
  32. Gua nak ajak lu mkn kenduri kt blog gua.
    Follow terus pun xpa lagi bagus.

    Blog gua dah tak seimbang.Gua tgk budak2 ramai dah berat ke belah punk.

    Gua dah 6 hari merantau jemput org mkn kenduri ni..

    ReplyDelete
  33. theconfused;
    Aku memang saja nak bagi kau nangis...


    Kaktiny;
    ...lamanyaaaaaaaaaaa kita tak jumpa kat sini....


    D'rimba;
    ...bagus...bagus....tahniah......


    FdausAhmad;
    Terima kasih atas jemputan.....tapi aku akan tetap gunakan bahasa baku dalam komunikasi. Harap kau selesa dengan aku,ya!

    ReplyDelete
  34. Ape? Biri-biri takde? Alaa... comel apa kambing biri-biri tu... ckLah bela laa seekor, tapi jangan bagi nama Syah pulak kat dia tauuuu??? Muahahahahahahah :P :P :P

    ReplyDelete
  35. ckLah.. sampeinya atimuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... muhahahahah...

    mak aku ckp nak blk bgn dato minggu dpn, nak pi miting persatuan.. ngeh3... aku rasa cam nak ngekor laaaa... blk mkn soto wak saman... best2!!!

    ReplyDelete
  36. theconfused;
    meeting apa? Cklah pun ada meeting ko-op mgu dpn kat sana..soto wak saman mmg pergh...

    Syah;
    Kambing gurun nak?.

    ReplyDelete
  37. sportinglah kamben tu, sudi bergambar :)

    ReplyDelete
  38. eeiiii....x sabau nunggu cerita nih.....
    mana dia kak ooiiiiii.........
    kalau celcom tu buat hal....
    ko bom jer kak....kekekekeke

    ReplyDelete
  39. eeiiii....x sabau nunggu cerita nih.....
    mana dia kak ooiiiiii.........
    kalau celcom tu buat hal....
    ko bom jer kak....kekekekeke

    ReplyDelete
  40. salam

    beli buku , tak ada ruginya ...

    ReplyDelete
  41. pon pon...
    pon pon...

    isssshhhh... kambing sape la yg melintas jalan sesuka hati tu..


    hik hik hik...
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    ..
    .
    .

    wassup?? :D

    ReplyDelete
  42. pon pon...
    pon pon...

    isssshhhh... kambing sape la yg melintas jalan sesuka hati tu..


    hik hik hik...
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    ..
    .
    .

    wassup?? :D

    ReplyDelete
  43. lama tak masuk blog ckLah...
    kau jangan nak memandai nak bom pencawang celcom tu, coz akak pelanggan baru celcom broadband, RM50 sebulan aje... modem free lagi... laju macam torpedo... modem kau boleh campak sungai bernam. pegi daftar broadband baru. bayar RM100 untuk 2 bulan sewa...
    ophs!!!! apasal plak akan bagi iklan free tak pasal2 ni...
    tak ape lah, lain kali kat sekolah kau pinjam aje modem akak...

    ReplyDelete
  44. kaksu;
    kat sekolah aku tak akan berblog...nanti kena patuk ular...he..he...Kemain eksen sejak pakai modem baru ni...




    KTS;
    sembelih je...bagi kat shah suruh buat lambchop



    pB;
    sungguh.....





    dcrysz;
    sudah nasibku....




    maksu;
    dia faham tuannya..he..he...

    ReplyDelete
  45. errr cikguuu...

    sampai ker kambing pun di interframe hehehehee

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...