Saya tandakan ayat terakhir yang saya baca. Balik dari pusat peperiksaan 12.15 tadi, 'berkhalwat' dalam kamar sebentar dan cuba menyambung bacaan. Dapat sedikit sahaja. Mushaf yang Khalik, dari perisian Quran Digital dalam nettop itu lalu saya tutup, dan 'simpan' baik-baik....
Ya Rabb, jadikan aku seorang abid yang sentiasa merindui ayat-ayat Mu. Amiin.
InsyaAllah sambung lagi sementara waktu berbuka nanti.
Isi rumah senyap. Apa anak-anak saya buat? Cuti-cuti sekolah begini? Tengah-tengah panas rembang bulan Ramadhan ini? Sudahkah mereka bersedia untuk bersolat? Lalu tanggungjawab ibulah, untuk memantau mereka. Mereka zuriat ibu. Siapa lagi? Takkan Achi Pusparani belakang rumah kot?? Yenna ma?
Seorang demi seorang anak saya jenguk.....
Yang bongsu.....sudah 'mengontrol remote control'. Amboooooi, kaki tu!!!!
Tadi saya sengaja biarkan dia terkedang mengadap televisyen. Jenuh menjawab soalannya yang berulang-ulang. Masa saya berada di pusat peperiksaan tadi pun ada sms dan panggilan tak berjawab dari dia. Soalan yang sama jugalah tu!"Bu, berapa jam lagi nak berbuka?"
"Bu, petang ni masak spaghetti ya.....ibu bubuh meat ball...lepas tu ibu buat dadih. Lepas tu ibu buat mushroom soup..Nuha nak makan dengan garlic bread...lepas tu kan.....lepas tu...". Haih! Kau ingat, ini restoren mamak?
"Nuha....cantik sangat Nuha letak kaki kat atas macam tu. Ibu suka!"
Perlahan-lahan kaki berselipar strawberry merah itu diturunkan.....
.
.
Anak kedua bongsu. Cermin mata pun dah tanggal.....
"Bill, jauh sangat muka Bill tu.....tampalkan teruslah muka Bill pada LCD tu. Lagi mengancam!" "UPSR berapa hari lagi anak ibu ni?" ujar saya sambil mengurut-urut belakangnya.
"Ala bu....relax...relax...jangan tension tension. Tak baik untuk kesihatan ibu. Don't worry ...everything is under control!" Mulutnya menjawab tanpa menoleh.
"Apa yang kau kontrol....game runscape tu?" Urutan di belakang badannya telah bertukar menjadi cubitan-cubitan besar. Jeran sungguh melihat dia begitu asyik sampai terkemam-kemam bibir.
"Dah...dah...berhenti. Dah azan tu!!!Imamkan kakak dan adik, abah tak ada! " Cubitan-cubitan besar di belakangnya diubah menjadi cubitan-cubitan kecil penuh bisa......hinggalah dia berhenti, dan beransur ke bilik air... sambil menggosok-gosok belakangnya...
"Fuh....berdesing rasanya bu!" sempat k0mplen dia.
.
.
Anak ke dua. Orang datang ambil gambar pun tak sedar....
....dan Imau, kucing kesayangan dia tu, ikut saja apa tuannya buat. Saya masih berdendam dengan si Imau tu! Nanti dia! "Anak ibu buat apa ni?"
"Ehhhhh...heh...heh...heh...!"
"Hah....download vedio tak sudah-sudah. Tadi kata nak buat buku skrap Sivik! Cerita apa tu?"
"Cerita Jepun!"
"Dah ....cukup. Ambik wudhuk! Tunggu di ruang solat" Saya membuat keputusan seraya tangan memadamkan suiz pendingin udara.
.
.
.
Anak sulung yang bertuah. Pintu kunci.

"Tok...tok...tok....Dia!"
Senyap.
"Tok..tok...tok...ooooo Dia!"
Senyap.
"Dia......anak ibu tidur ke?"
Senyap. Geramnya. Mengejutkan Dia dari tidur memang kerja mencabar.
Dail nombor telefon bimbit dia.Tiada jawapan.
Dail lagi.
"Hmmmmmmmmmm...hallooo....ngape buuuu!" Aduhai, malasnya suara anak dara ku....
"Tidur la tu! Dah bangun...bangun...dah azan dah tu!"
"Hmmmm...yalah kejap lagi."
"Sekarang!"
Senyap.
"Dia?"
"Ya lahhh.... bangunlah ni!"
Dan saya tercegat di pintu itu, hingga Sang Puteri Galoh Cendera Kirana saya benar-benar keluar dari kamar beradu.
..............................................................
Masa saya budak dulu, tengahari rembang bulan Ramadhan begitu, saya mungkin sedang berbasikal merata kampung dengan getah gelang penuh ke siku, berseluar katok, dengan kedua kocek penuh dengan biji-biji guli.......kalau tidakpun, sedang berendam di dalam sungai, bersama geng-geng samseng kampung dusun saya, sambil menyelam minum air....
....dan emak saya, terpaksa pula berbasikal merata kampung mencari saya, untuk mengingatkan saya bahawa waktu zohor sudah masuk......walaupun saya juga memang mendengar azan dari masjid berdekatan....
.
...ampunkan ckLah mak.......selalu buat mak penat menurut ckLah merata kampung. Sekarang, anak-anak ckLah keluar rumah selangkah pun tak mau.....dan sungguh betul kata mak, lain zaman, lain pula cabarannya mendidik anak zaman sekarang!!! Dulu tak ada astro dan internet segala....
......tapi cklah tetap ingat pesan mak, "Selagi kita masih bersama mereka, apapun dia sedang buat, ingatkan dia untuk tunai solat, agar kelak apabila kita sudah tiada bersama mereka, ini akan terus jadi ingatan meraka! Ingat mereka zuriat kita!!!" Ya, mak. Dan kini, setelah ckLah tidak bersama emak lagi, ckLah sentiasa mengingatinya...InsyAlllah.
كل عام وانتم بخيربشهررمضان ا لكريم
betullah tu... kalau bukan ibu, siapa pulak lagi yang nak memantau anak-anak bila sang suami sibuk mencari rezeki... Hohohohoh :D :D
ReplyDeleteErr... Saya tak reti betul tengok tv sambil terbaring... Sakit kepala.. Hihihihihih :P :P
Alhamdulillah. didikan dari ibu yang turun kepada seorang ibu akan membuat anak-anak mempunyai jatidiri yang tinggi. Insyaallah.
ReplyDeleteanak yg sulung tergolek tgk tv...baru belajar2 puasa badan lom leh adjust lagi..mood pun blm blh nak cntrl...
ReplyDeleteanak yg ke2...kejenya mengusik2 si kakak yg tergolek...
lalu si emak sibuk menyaksikan aksi gaduh2 adik beradik ahahaha
CkLah,
ReplyDeleteSally sukalah baca n3s CkLah..
huk huk...tiba2 windu kat mak
ReplyDeletegambar 1... nuha pegang remote tv ... tu yang tersurat. Yang tersiratnya, kat bawah meja tu ada penimbang... sah ko pun nak masuk cabaran tukar saiz seluar sebenarnya, tapi ko tak nak mengaku
ReplyDeletenuha....teringin tgk muka dia tgh posa..ha ha ha..mesti kelat2 ja kan...
ReplyDeleteAnak kita lebih kurang sama aje huhuhu.
ReplyDeleteBudak2 zaman siber.
kadang2 kami pun buat hal.
ReplyDeletekadang2 tu saja sbb masih nk mak bg perhatian sikit. [padahal dah besar pun masing2~]
adoi, lapar aku jadinya bila baca cerita ko yg panjang ni. haus jari aku.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam cekgu,
ReplyDeletecomel anak anak (komen anak pakcik budin)...
budak2 skarang dah tak sekreatif kita dulu kan? ")
mujurlah mak dia tak tidur tgh ari tu huhuhu
ReplyDeletesayapun suka tidur tghari tapi sekejap ajelah... masa tu mmg mengantuk... nak kena pejam mata juga walau sekejap...
biar betul CkLah main sungai hehehe
errrr... tak nak bayangkan ler kan naya hehheee
nuha... give me 5!!
ReplyDeleteerrr... ratu remote control.. akak laaaaa.. nuha tak kan :D
hihihi
.
.
.
.
.
diba... give me 5..
ratu cerita korea... errr... diba cerita jepun eh... akak layaaaaaaaan gak..
hihihi
.
.
.
.
dhiya... give me 5...
ratu 'taik mata'.. err... akak laaa.... dhiya tak kan??
hihihi
.
.
.
.
nabil.... errr... takleh give me 5 laaa...
akak mmg tak suka game...
sorry... :P
.
.
.
cklah... nak give me 5 ke tak??
aku berbasikal je.. takde la smpi getah gelang penuh ke siku... berseluar katok... penuh biji2 guli..
errr... berendam dlm sungai lg la tak mungkin... kat sini yg ada pun sungai kelang.... nuuuuuuuuuuunn jauh di sana... dgn warna karat.. tak lau ai..
.
.
errr.. nak give me 5 tak cklah?? :D
eeerrr... apa dosa si imau tuh???
ReplyDeletemoskil dh ni....
Saya dapat belajar sesuatu daripada entri ni, walaupun saya belum berkeluarga dan ada anak sendiri. InsyaALLAH saya akan ingat juga pesanan ibu akak :)
ReplyDeleteThanks for sharing kak, ada nasihat yg jelas di sini.
salam ramadhan moga kedatangannya kali ini membawa seribu erti
ReplyDeleteJeran sungguh melihat dia begitu asyik sampai terkemam-kemam bibir.
ReplyDeleteapa maknanya JERAN tu , ckLAh??
pB;
ReplyDeleteNanti ckLah bukak kamus..he..he..
arsaili;
Selamat berpuasa dan memngimarahkan Ramadhan...
Insyirah;
Terima kasih....kerana kau selalu memahami mesej yang tersembunyi di sebalik tulisan akak yang biasanya memang panjang-panjang......
kakNgah;
Banyak dosa dia...ha..ha..
KTS;
ReplyDeleteGive me tenlah...!
Errr.....kau nak kata kau macam anak-anak akulah ya....ha..ha..ha..
Ya..ya..ya...kita memang bagai ubat batuk cap ibu dan anak.....kih..kih...
Naqeeb;
Jangan bayangkan.....ha..ha..
Alaaa.....waktu tu badan ckLah pun togel lagi.
Hey....ckLah nyaris-nyaris tak mati lemas dulu tau sebab pertandingan menyelam paling lama dengan geng samseng kampung dusun tu. Nasib baik timbul...ha..ha..
moEha...
ReplyDeleteHa...ha...memang 'very pakcik budin' komen tu....
Memang betul.....ckLah dulu siap buat meriam sendiri.....jenayah di bulan Ramadhan!
OneZaba;
Masuk ke xiiinam bermaksud anda bersedia menatap penulisan yang panjang-panjang.......
Dan yang panjang-panjang itu bukan sekadar berhura-hura.....ada sesuatu di sebaliknya, Kalau jumpa bagus, tak jumjpa nasiblah....
Ngapa? Kau bosan ya?
.
mugiwara;
ReplyDeleteOoooooooooo...gitu rupanya kau ya.
Ha..ha..
YB;
Budak asrama lain kot. Tentu lebih bedisiplin.
cikgooden;
Petang-petang dia rajin tolong di dapur.....tapi letih menjawab soalan yang pelbagai...muka dia kelat masa bersahur...he..he..
shifu;
....aku tak mao ikut cabaran tu....hari-hari aku tukar seluar. Tak sanggup tunggu hujung bulan...ha..ha...
Intan;
ReplyDeleteErrr......anggaplah aku ini seperti ibumu.....
TicerSally;
Sally tak bosan ke? Cerita ckLah selalunya panjang-panjang berjela.....
Err...terima kasih kerana suka....terskan kesukaaan mu..hi..hi...
DrSam;
.....rupanya bukan mudah mendidik anak-anak kan Dr. Masa kecik dulu, pandai komplen saja kat mak tu....
Ms. Lilies;
Seronok melihatn pengalaman mengajar anak-anak berpuasa ni....dan kadang-kadang mencabar juga. Lain anak lain pula ragamnya...teruskan perjuangan seorang mak ya!
Syahshah;
Ya Shah.....kalau kita tak menegur, siapa lagi. Dibiarkan nanti.....zuriat kita juga yang akan rosak. Na'uzubillah...
dulu kita menjadi anak. sekarang kita menjadi ibu.
ReplyDelete.
.
Kpah telah menjadi ibu kepada seorang ibu, hek..hek..
.
.
Ajaran yang baik itu kita teruskan.
penimbang di bawah meja itu mengingatkan saya untuk kontrol makan sikit di bulan puasa ni :C
ReplyDeletesaya dulu tak sangkut getah disiku tapi simpan dalam tin milo,kelek ke hulu ke hilir macam jaga harta karun,hehehe.
ok jugak la semua ada kat rumah kan... senang nak kejar dgn rotan, hehe... takyah naik basikal cari keliling kampung :)
ReplyDeletezaman kekanak teringat mentara tunggu berbuka sempat main konda kondi atau bola sepak kat padang pasir.azan je berlari balik ,teguk sirap atau tembikai,,agaknya itulah sebab bila dah tua tua ni berpenyakit....
ReplyDeletehe he he
kakPah;
ReplyDeletewalaupun dah jadi ibu...ckLah masih perlukan pemantauan seorang ibu...
julietchun;
hik...hik..hik...memang sayang habis harta karun tu....bukan boleh jual ke hei nya pun...
kucingorengemuk;
...jangan bermain rotan wooo...ckLah takut terlupa diri dalam syok membalun tu..he..he
Azani...
ReplyDeleteTulah pasal agaknya kan...makanan budak-budak sekarang....lagilah mengundang penyakit....
masa sekolah menengah dulu, penah tanya mak.. "susah tak jaga tiny masa kecik2 dulu?"..
ReplyDeletemak jawab "nanti tiny dh ada anak sendiri, baru tiny tau"..
huhuhu... btul betul.. 'ayat mak memang masin'..
dh ada anak sendiri baru tahu susah senang jadi MAK...
dulu masa jadi ANAK... reeelaaaaxxx sungguh.. selamba badaaak jerrr.. (walaupun badak pun tak pernah seselamba itu.. kan kan kan...)
hihihi...
semoga keluarga ckLah sentiasa harmoni dan diberkati...
tiny;
ReplyDeleteErrrrkkkk...
Ooooo..dah ada anak rupanya kau ya?
Ingatkan anak dara lagi tawww!!!
Wakaka..
Baru kita taukan....!!!
Padan muka kita....
Tapi....di situ ada nikmat hidup yang tersembunyi....
Kat asrama mungkin mereka berdisiplin tapi bila balik rumah 'gergeti temenan' huhuhu
ReplyDeleteYB;
ReplyDeleteJewer wae kupinge....
Opsss...ganasnya ckLah!
cikgu?
ReplyDeleteMacam mana peperiksaan semalam?
....cikgu nampak masih lemah!
Semalam?
ReplyDeleteEr...ada harapan untuk mengulang semula kertas tu. Ha..ha..soalan entah apa-apa! Tak terjangkau dek akal!
Semalam ya?
Maaflah, semalam memang saya malas nak menegur sesiapa. Sekadar senyum-senyum tawar....Letih sikit. Keluar dewan suami dah tunggu dalam kereta, terus balik.
Cikgu, pusing keliling kampung dan hutan juga kegemaran aku masa kecik-kecik dlu.
ReplyDeleteKadang-kadang terjumpa nanas dalam kebun orang, tengah hutan... dan ... hari panas... nanas yang menguning.... memanggil... serat dan baunya ... peghh!!!
kami ambil dan hempaskan kepada pangkal pokok kelapa dan pecah...
dan...
air nanas itu laksana baru lepas mengalir dari syurga... hahaha
Nizam;
ReplyDeleteJahat!!!
Dan....air nanas yang bagai air syurga tu nantilah yang akan menjadi air nanah di neraka!!! Ho..ho..ho...
ckLah makan pisang kat tandan pokok orang lagi...
Balik rumah...muntah depan mak....seketu-seketul pisang keluar....kih..kih...
Hah! Cikgu pun lagi la... makan pisang masih atas tandan lagi... hahaha
ReplyDeletenizam;
ReplyDeleteNi...belum semua tanduk ckLah keluar lagi ni...baru ekor sikit je...heh..heh...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletetu br 4 org dah mcm2 karenah & ragam kan.. zaman berubah kehidupan jugak berubah tapi kita tetap berpegang teguh 5 PERKARA itu.
ReplyDeleteehhhh tiba sy terpandang petak biru bwh meja... utk mengurut atau menimbang tu?
Mama yang prihatin..
ReplyDeleteThanks, Ma..
Kalau pisanng di tandan lagikan dimakan, apalah sangat kalau setakat pauh selayang dua? betul kan?
ReplyDeleteKalau tak pun,manggis, rambutan...
hahaha....
waaaa... tetiba rasa rindu kat mama...
ReplyDeletedah tua bangka nihpon masih ditegur2.. kadang2 kita dah solat, 5,6 x dia tanya lagiii...
heheheheheh.... nak blk lah weekend ni!
zaman kini tak sah tanpa astro dan internet. hmm..
ReplyDeleteije;
ReplyDeletetak sah ya..
Dah jatuh hukum tu.
theconfused;
...hati ibu sentiasa risau dan bimbang...kalau anak-anak lupa kewajipannya. Sungguh!
LOL;
Errr.....er...sama-sama nak.....
kulna;
Betul tu...zaman sentiasa berubah...tapi nilai yang itu, perlu dipelihara.
Yang biru tu...alat kawalan diri..ha..ha...
Nizam;
ReplyDeleteAir kolam pun pernah ku bedal....ha..ha....
Bila mak bercerita pasal balasan orang yang curi makan di bulan puasa...seminggu tak boleh tidur...
Yalah....waktu tu kita tak faham konsep berpuasa...selain menahan lapar semata-mata....
Kalau sekarang masih buat perangai macam tu...memang nak kena pasunglah....
Air kolam pun jadi..???
ReplyDeleteDesperate giler dah tu, dah boleh masuk tahap darurat.. hahaha
Brutal.. brutal... haha
cklah
ReplyDeleteMemang sah tomboi cklah ni...
Jangan marah kat anak...
adalah nanti anak yang mengikut laku ibunya...
ckLah dah sihat?
Seronok baca blog2 yg hebat...banyak nor perkongsian yg mantops dan cerita2 yg tersgtlah menarik!
ReplyDeleteNizam;
ReplyDeleteItulah secebis kisah ku di zaman Jahiliyah...he..he...he....
Munsyiragbar;
itu baru sikit tu ragbar....banyak tanduk tak tunjuk lagi...ha..ha..
DUN;
Err...er...er...tiba-tiba aku jadi tersipu malu.....bagai pengantun baru...
tumpang lalu ya bang...
Itu yang masih sekolah macam ni...yg dah boleh jadi bapak orang pun kena ingat2kan jugak...dah solat ke belum - jwpan ,nanti jap - nanti jap...dok nanti aje...
ReplyDeletenampaknya anak2 zaman skg macam ni lah...macam sama je zaman kita dulu2!!!
waktu kecik dulu, mmg suka kira lagi brape jam nak buke..
ReplyDeletegreea;
ReplyDeleteElehhh....
Sekarang ponn...
He..he..he..
sonata;
ReplyDeleteDulu bila mak asyik ingatkan kita, kita merungut. Sekarang....baru tau. Rasakan!Ha..ha..ha..
Zaman kekanakku memang brutal...hi..hi...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete