Seekor demi seekor ayam-ayam itu dikorbankan. Ayam-ayam yang tadinya dibawa hidup-hidup sudah bertukar kepada ketulan-ketulan daging.....Selesai urusan, mereka singgah di masjid kampung itu untuk menunaikan solat Asar.
Selepas menunaikan solat, cikgu Hajah yang tidak mengenali wanita anak beranak itu telah bertegur sapa.
"Dari mana nak ke mana ni?" cikgu Hajah ramah. Cikgu Hajah memang peramah..
"Nak balik kampung, beraya!" Jawab wanita anggun berambut perang itu.
"Kampung kat mana?" cikgu Hajah agak hairan, kerana kedudukan kampung itu di hujung, bukan di tengah-tengah perjalanan, untuk disinggahi orang musafir seperti itu.
"Kampung nilah...tadi dah sampai rumah mak mertua. Tapi, mak mertua tak siapkan bilik lagi. Masih berkecah. Tu yang kami berehat-rehat kat sini dulu, nanti siap, dia orang call lah" Jawab wanita itu.
Hah....?
Astaghfirullah..
Apakah erti balik kampung yang sesekali cuma itu?
Untuk berehat-rehat? Lawatan sambil belajar?
Bercuti-cuti Malaysia? Melawat kawasan?
Nak orang melayan kita bagai tetamu...kerana diri memang sentiasa merasa VVIP, meski depan mak mertua sendiri?
Bukankah sepatutnya.....kita pulang untuk membantu meringankan mak ayah atau datok nenek yang telah tua itu, sama-sama membuat persiapan hari raya...?
Entahlah...
Lain padang, lain belalang...
Dialog hiasan;
"Aneeeyyy...angkat jemurannnn...hujan dah turunnnnn"
"Ha...lepas makan, jangan lupa cari kayu!"
.
.
.(Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada ipar- ipar ckLah yang ramai itu, kerana menyayangi mak ckLah macam mak kalian juga.....Tahniah untuk mak sebenarnya, kerana menyayangi semua anak menantu sama rata, sama tara...tanpa mengira pangkat dan harta, dan hasilnya, kehidupan kita jadi harmoni dan penuh muhibbah , dan merasa berbahagia sesekali berkumpul di rumah emak. ckLah sayang kalian!!!)
Tertarik sangat dengan kisah kali ini. Balik kampong untuk apa ?
ReplyDeleteJiran sekampong pun cuma sesekali sahaja bertegur sapa ...
Mak, ni menantu ke mantang..haha..takan kena siapkan bilik bagai..haish menanru2 kelaurga kami tido kat ruang tamu je..haish
ReplyDeleteAbang Long;
ReplyDeleteLain padang...lain belalang...kan abang Long!
imanshah;
....menantu perasan Diva...ha...ha...
Kalau menantu mak ckLah buat perangai begini, ckLah sediakan reban ayam...
itu kira pergi homestay.... bukan balik kampong hehe
ReplyDeletezino;
ReplyDeletebetul tu zino.....nasiblah kampung tu jauh terpencil...kalau tidak, mau menginap di hotel je gamaknya!
cklah...
ReplyDeleteAssalamualaikum..
pernah saya terbaca satu hadis yang menyatakan...
'bahawa ibu-ibu akhir zaman melahirkan tuan-tuan...'
ini tanda-tandanya kah?
Ragbar;
ReplyDelete....mungkin jugalah...
Tapi hendaknya, janganlah tuan-tuan itu yang sama-sama lahir dari perut ibu kita ya. Nauzubillah...
Salam cklah...
ReplyDeleteMaksudnya wanita itu balik ke rumah keluarga suaminya kann..
Dimanakah lelaki yang bergelar suami itu ?
Malang sungguhkan .. perkara sebegini tidak dpt dikawal. bagaimanakah pula bisa ia mengawal urusan keluarga yang melibatkan perkara yang lebih besar lagi .
Apakah selamanya ia mengikut kata isterinya ?
Sepatutnya dia bertegas dan membimbing isteri dan anak agar sama menghormati keluarga mertua . Barulah nikmat kekeluargaan itu dapat dirasai .
Keluargamu keluargaku jua...
berkata jugalah kakpah,
ReplyDelete'hek ele......'
.
.
kang cakap banyak2 kang tak tau lagi menantu aku nanti macamana.
(Kalau dapat yang macam ni aku pinangkan je menantu lain. Boleh tak cklah.. hehe..)
kakPah;
ReplyDeleteckLah pun cakap berlapik jugak ni.....moga tua kita nanti akan menjadi warga emas yang disayangi anak menantu. Amiiin.
LINDA;
Seorang VVIP yang dihormati dalam masyarakat....kekadang tarafnya jatuh menjadi 'pecacai' dalam rumah sendiri...andai dia gagal membimbing ahli keluarganya.
Minta kita dijauhkan dari senario begitu.....Amin.
itu tandanya menantu kesanyangan hehehehehe
ReplyDeletebasa wong putih eneng loro 'o' kayak 'too much'.. udhu 'to much'.. ekeke
ReplyDeletesegala dosa podo podo nyuwun diparingi ampun cklah ittewww..
dasyat tuuu
ReplyDeletenaqeeb;
ReplyDelete...terlalu disayangilah jadi macam tu agaknya...
En_me;
Inggeris dijawakan.....he...he...terima kasih ya me!
Tolong jawab soalan ini. APAKAH KUIH ATAU JUADAH YANG PALING DISUKAI SETIAP LEBARAN ?
ReplyDeleteTERIMA KASIH :)
Macam2 ado.....mcm ASTRO!!!!
ReplyDeleteNama juga manusia,CkLah.
Itu baru sekor dua yg terjadi di dpn mata kita......byk lagi yg lebih dahsyat mcm puaka.
huhuhuuu.....
:)
harapnya saya tidak menjadi menantu serupa itu nanti.
ReplyDeleteover taww. apa tak sewa jer hotel kan? nak ada room sevis kebagai...
ReplyDeletehamboih....
ReplyDeletenak kena layan cam dok hotel je...
mintak dijauhkan lagi anak2 saya nnt cklah huhu
balik kampung homestay la tu...
ReplyDeletemak aih..
ReplyDeleteni yg org panggil menantu h**tu ni..
klu mak mentua terasa hati, selagi tak mintak maaf..selagi tu berdosa..
huhu..
igtkan dlm drama je ada adegan camni..
menantu salah, tapi anak laaaagi salah biarkan anak/bini buat macam tu kat mak dia
ReplyDeletecikguLah........
ReplyDeleteMakin ketat nampaknya syarat2 saya nak carikan menantu buat emak macam ni.........
anak datuk mana la si menantu ni..
ReplyDeleteingt mak mertua org gaji ke hape??
Hek eleehhhh jugalah saya cakap...
ReplyDeletetu dia, sampai macam tu... kot ye pun, tolong kemas sekali tak buleh ke?? isk isk isk...
saya sendiri bukan menantu yang perfect, masih banyak kekurangan serba-serbi... berharap dan berusaha agar tak jadi macam wanita anggun berambut perang tu... Aminnn...
Pembetulan.. bukan 59 tapi 62....
ReplyDeleteHishh...kesian anak-anak dara tersebut mempunyai ibu macam tu (walaupun hakikatnya semua ibu adalah bersifat mulia). Moga-moga anak-anak daranya tidak berperangai macam gitu. Na'uzubillah.
ReplyDeleteKesian kat ayam... dia hidup dan dibesarkan hanya untuk disembelih, disiat-siat batang tubuhnya dan dipanggang....
ReplyDeleteKalaulah ayam-ayam tu ada perasaan...
Aku tak pernah sembelih ayam, mahupun lembu.... hehehe
hishhhh.. ngelat... ober... arghhhh!!
ReplyDeletehek eleeeeeehhhhh... eleh eleh hek eleeeeeehhhh...
ReplyDeletetangkap leleh betul la makcik rambut perang tu.. yok yo oooo je...
errr?? ni kira mengumpat ke tak??
ampuuunnnnn
10 ekor ayam utk keluarga...
ReplyDeletebelum panggil org lain lagi...
nasib ko la ayam kampung... hihihi
suami wanita berambut perang tu tak kisah ke isteri dia buat macam tu???
ReplyDeletesabor je laaaa..
Nasib makcik rambut perang tu masih nak tido kat kampung. Ada tu tak mahu sbb takde air cond.
ReplyDeleteTakkan 10 ekor ayam aje? Atuk Adam sembelih sampai habis sereban ngeh3x.
ReplyDeleteYB;
ReplyDelete10 ekor itu...ayam saja...
Belum tengok lagi daging yang berkilo-kilo...udang harimau dari Sabah....dan lain-lain...Dan itu hanya untuk hari pertama...ha..ha..
YB lagi; (Yes, beginilah...aku suka orang gila kat blog ni..hi..hi..)
Itu sebab kampung tu jauh terpencil..tak ada hotel...pandai cari masjid pulak tu....
neeza;
...apa-apapun, punca kepincangan ini tentu dari kegagalan si suami memimpin isteri dan anak-anak...nauzubillah.
KTS;
Kita tak sebut nama sesiapa kan? Jadi, bukan kira mengumpatlah tu...ahaks...
KTS;
Hanya yang terpilih saja dikorbankan hari tu....masih banyak lagi kat reban tu...
kamilz;
ReplyDeleteHa..ha...ha...sampai lupa berapa ahli sebenarnya.....macam mana kira tah...
theconfused;
Memang nak kena ajar tu...ha....ha...
insyirah;
Memang Nauzubillah....moga anak-anak kita tak jadi macam tu...
nizam.arif;
Kau memang tak pernah sembelih....
Makan pun tak pernahkan...kau kan pencinta hidupan dan makhluk alam sekitar...ha..ha..ha...
59 ahli keluarga,,,,,,
ReplyDeletemeriahhhhhhhhhhhh
hariza;
ReplyDeleteAlangkah bahagianya kalau semua anak menantu menghayati konsep itu....
syahshah;
....semoga kita akan menjadi lebih terbaik...dan semakin baik dari semalam....
kucingorengemok;
Betul tu...mesti ada silap di mana-mana...
bestari;
Lelaki yang baik...untuk perempuan yang baik.....saya doakan cikgu segera bertemu jodoh yang tepat....(Nak jadi menantu saya pun....lama lagi cikgu oiii!..Ha..ha..)
GKSB;
Kot iye anak datok? Datin WanAbe pun tak macam ni...ha..ha..
Onezaba;
ReplyDeleteCuti-cuti Malaysia kot...
Ms.Lilies;
....pak kal hotel tak ada kat pekan kecil tu...kalau tidak harus dia sewa hotel...
Tijah;
Macam tu punya diva...tak payah balik pun tak apa..
julietchun;
ReplyDeleteHurm....bagusnya....rasa macam nak pinang kau sekarang juga!!!
Err...tapi untuk siapa pulak eik..he..he..
zyma;
Macam-macam ragam manusia ni kan zyma.....kekadang ada yang tak terjangkau dek akal...
abangLong;
Saya suka kuah lodeh dan kuah kacang yang SAYA MASAK SENDIRI! Nasi lontong yang kakak saya masak...dan ayam kampung masak kicap air tangan mak saya...
Kuih-kuih...tak ada yang saya gemarkan...ngape abang Long? Nak belanja saya ya?
pB;
Tu lah pasal...
n@m@n;
ReplyDeleteAdik ckLah (kamilz) dah betulkan fakta dalam komen di atas....62 orang sebenarnya...bukan 59..ha..ha..
Aje gile...tp tu la hakikatnya...jgn sok wanita anggun rambut perang tu dok umah org tua2 dah le...langit tak selalu cerah!
ReplyDeleteTu dah tentu nampak jahatnya, ada menantu yang baik pun.. belum tentu berkenan di hati mertua tau.. sabar jer.
ReplyDeleteMawar;
ReplyDeleteDugaan Allah tu...berbeza-beza. Semoga iman dan taqwa yang kental, dapat mengatasi segala ujian...
meh sekeh seratus kali... macam tu punya manusia pun ada..
ReplyDeletebuat apa balik kampung kalau nak bersenang senang...
klurga sy ramai blk kmpng tak payh ber bilik2.. duduk aja kat mana ruang
DUN BEHRANG;
ReplyDeleteBetul tu...masa tua kita nanti tak tentu macam mana....
KuIna;
kalau nak sekeh, ajak ckLah sekali.......
Keluarga ckLah pun sama....
maybe dia rasa rumah kampung itu hotel peranginan:)
ReplyDeletecheryna;
ReplyDeleteGamaknya lah...ha..ha
Dia boleh duduk kat Hays Resort Sabak Bernam kalau dia mahu hehehe
ReplyDeleteHaah daging dan udang saya lupa sbb awak tak citer habis.
ReplyDeleteDan juga roti canai 40 keping yg awak dan pak zahan beli pagi ke 4 tu ngeh3x
eh saya jadi pengomen ke 50 tadi. Tambah satu ni lagilah.
ReplyDeleteYB;
ReplyDeleteHay Resort tutup masa raya....sebab tokeynya pun nak balik raya...ha..ha..
YB;
40 keping roti canai tu dari 3 restoren tu...sbb nk cepat...
Berapa kampit beras belum kira lg....
YB jugak;
Tambah 1 je? Tambah 11 lah baru betul-betul berkuasa!hikssss!
saya pun orang pekan juga, tapi takda la sampai tak sedar diri macam gitu...
ReplyDeletekekadang orang jadi gini bukan sebab asal-usul keturunannya, tapi mentaliti yang setengah mati itu... huhu~~
Ek eleh...
ReplyDeleteItulah.. buat lagi homestay, Dah anak menantu balik pun ingat pelanggan datang. ha hah ha
ReplyDeleteendiem;
ReplyDeleteErr...kau cerita apa ni? Tersalah hantar komen ke apa? Ha..ha..
bell;
Hek eleh kan siapa?
syahshah;
Bukan kira orang pekan atau orang tak pekan.....pokok pangkalnya jiwa...
Salam Kak..
ReplyDeleteHmm..
Mcm lawak jer wanita berambut perang itu..
Adakah patot..
Cian Mak Mertua..
Salam kembali LOL (he..he..)
ReplyDeleteTu lah pasal...macam-macam ragam manusia ni bah...
oohhh? belum siapkan bilik???
ReplyDeletengerinya haku memikirkan!?
maksu;
ReplyDeleteMemang mengerikan....dan menyeramkan amat...Nauzubillah kan maksu!
Bangeten (bahasa Jawa)
ReplyDeleteMelampau (bahasa melayu)
Too much (bahasa Inggeris)
Hek Eleh.....(bahasa menyampah !!!)
Satuakk... (bahasa Banjar)
handak kanak timpas tu... orang kayaitu.