"Cerita raya ckLah biasa-biasa saja....alahhh, raya orang kampung....."
Dari segi persediaan secara luaran (material) memang seala kadar mungkin...Bagi kami, Hari Raya lebih kepada hari keluarga...yang disambut penuh kebesaran, kesyukuran dan ketaqwaan.......begitulah.
***
Kalau hari-hari biasa, asyik- asyik kereta saya, dan kereta 'ruged' bapak yang berwarna kuning itu yang ada di laman rumahnya.Tetapi, sehari menjelang Syawal, pemandangan itu berubah....halaman yang luas itu akan penuh...dengan kereta adik beradik saya yang pulang dari rantau... tapi ini gambar tahun lepas...tahun ni tak sempat ambil babak yang ini.....
(errr...ini baru lima anak......ada lima lagi tidak bersama waktu ini. Kebanyakannya menggunakan MPV kerana produktif....waris ramai!) Syukur, tahun ini semua adik beradik saya berada di Malaysia, dan di 'darat', (kerana memang ada yang tinggal di pelantar tengah laut!) jadi saya dapat bertemu semua, meski kepulangan mereka tidak serentak. Maklumlah, masing-masing punya keluarga mertua...Mak dan bapak ada 10 anak, 11 menantu dan 39 cucu. tahun lepas ada yang beraya dengan orang putih, dan ada yang beraya dalam kapal terbang.
***
Dek kerana ramainya...segala kerja dibuat secara gotong royong, penuh harmoni dan muhibah.
Setiap kali tiba waktu makan...beginilah ....yang ini sesi sarapan pada hari raya kedua.....adik saya, ckPah menggoreng bihun di luar belakang dapur...dan meja makan bapak hanya untuk 6 orang.....maka beginilah...dan dapur mak saya memanglah luas amat...boleh main badminton dalam dapur ni...alahhh...dapur rumah kampung, beginilah..
Waktu tidur? Ha..ha...ha...Empat bilik tidur di tingkat atas....hanya untuk menantu perempuan dan cucu-cucu perempuan yang dah anak dara...kerana melibatkan aurat. Yang lain, pandai-pandailah.....Ruang solat ditingkat atas yang luas itu pun akan dibentang tilam. Sebiji macam mangsa banjir di pusat pemindahan. Saya? Selalunya saya menyelit di mana-mana ruang di tingkat bawah...tempat tidur mak di tingkat bawah selalu jadi mangsa......(Maaf...gambar tidur tak boleh siar!) Ramai-ramai begini....waktu mandi tak kecoh ka?
Ha..ha..ha.. Bapak dah sediakan kolah besar......ada dua bilik air yang ada kolah begini...memang jadi tumpuan cucu-cucu kecik...Mak ayah kenalah awasi.
*****
Kecik-kecik dulu, malam raya kami main mercun, meriam tanah..dan buat kecoh satu kampung. Sekarang....beginilah....sibuk-sibuk juga....ada masa terluang...masing-masing buka laptop...masing-masing ada urusan kerja yang tak boleh ditinggal..he..he.....sambil menunggu ketupat masak...sambil berbual isu dari zaman kanak-kanak sampailah hal-hal ilmiah semasa......
Yang tudung ungu di hujung tu, saja buat-buat sebok membuka netbooknya...nak ngelat basuh pinggan le tu....ha..ha..****
Bagaimana raya kami? Pagi, selepas kembali dari masjid dan bersarapan, kami akan berkumpul. Biasanya bapak saya Ustaz Z, akan memberi tazkirah...dan ucapan pribadinya untuk anak cucu...biasanya bapak akan mengulas khutbah raya yang dibacanya di masjid tadi.....
.....diikuti ucapan dari wakil anak, wakil menantu dan wakil cucu. Gambar bawah, kiri abang sulung saya dari Johor Baru sedang memberi ucapan. Kanan adik bongsu saya yang menjadi Juru Acara majlis pagi itu, sambil menjaga anaknya...Identiti adik beradik lelaki saya seramai 7 orang...misai mereka sama....macam misai bapak...yang duduk tu menantu, tapi masih punya identiti misai yang sama (Jadi, kalau tak ada misai tak boleh jadi ahli famili ni...ha...ha...gurau saja!).
....3 anak dara saya berkurung biru kundang sedang khusyuk mendengar tazkirah dari Embah mereka...
Kemudian, bermaaf-maafan.....
...berfotografi...dan menyedekahkan duit raya kepada anak-anak buah....Bukan senang nak susun ni...lihatlah yang terbaring di baris hadapan itu....waduh...memang geger!.
Ini saja yang ada pada hari raya pertama. 41 orang. 3 keluarga lagi belum sampai.Syukur, dapat juga berjumpa semua raya ini....
***
(Jangan pelik kenapa siling nampak begitu rendah...ada pula beberapa tiang seri....ruang ini dulunya kolong bawah rumah, tetapi disebabkan bilangan keluarga yang terus membesar.....bapak ubah suai dan kini menjadi ruang penting untuk kami berkumpul....adik dan abang sulung, serta beberapa anak saudara lelaki yang tinggi lampai....selalu dahi mereka menjadi mangsa terhantuk tiang rasuk tu. Saya pula, muat-muat kepala saja, kalau sanggul rambut tinggi, habis terburai!!! Ha..ha..ha...)
....kemudian...bersiap sedia melayan tetamu. Bagi kami, tak pernah ada istilah RUMAH TERBUKA tapi tamu yang datang tidak putus-putus selama seminggu. Alhamdulillah. Inilah erti hari raya di kampung. Aktiviti baraan (konvoi ziarah dari rumah-ke rumah) di kampung saya memang masih diamalkan....Pertama rombongan kaum lelaki...penuh di tingkat atas dan bawah....ramai lagi yang tak dapat masuk, menunggu di luar....
Buah anggur ini antara yang dihidang kepada mereka...petik belakang rumah je..(sila jangan percaya) he..he..makanan lain tak payah tunjuk...sama saja....
Diikuti rombongan kaum ibu dan wanita...Rombongan kanak-kanak...Dan yang paling ramai, rombongan keluarga adik beradik anak-anak kampung itu yang kembali dari rantau....
Adik beradik saya sendiri masih meneruskan amalan ini, kami akan berkonvoi dengan kereta masing-masing, berziarah dari rumah-ke rumah, terutama golongan tua di kampung dan saudara mara.....Tapi biasanya saya tak ikut serta, kerana saya harus membantu mak melayan tetamu dirumah. Bila abang-abang dan adik-adik saya sudah meninggalkan kampung, barulah saya berziarah bersama mak....Macam nilah kalau anak yang paling dekat....anak yang tak merasa balik kampung...Ha...ha...Tapi tak kisah, saya bahagia melayan mereka semua...kerana mereka adalah kebahagiaan saya...dunia akhirat.....
***
Dari kecil kami telah dididik....tiada bermakna hari raya meski ada segala perabot mewah dan langsir berganti baru, berbaju baru bergaya berpasang-pasang, kuih muih dan hidangan enak penuh semeja.....andai saat kemuncak begini gagal dilalui (selagi mereka masih ada!)........ dan bagi diri saya secara pribadi, ini adalah 'klimaks' cerita Hari Raya saya....setiap kali...... tiada yang lebih istimewa dari detik ini...babak yang bukan lakonan...

Entah....setiap kali melalui saat ini...air mata mesti menitis...tanpa mampu ditahan-tahan.........
"Bapak dan mak....bisikan pesananmu di telinga ckLah pagi itu...akan ckLah ingat sampai bila-bila...dan dalam apa jua langkah ckLah, ckLah harapkan redha bapak dan mak."
********************************************

errr.. assalamualaikum tuan umah...
ReplyDeletesy datang nak beraya ni..
klu kuih raya dah habis pun takpe.. asal ada duit raya..
hikhikhik
OOOOO balik kampung..
ReplyDeleteooooo balik kampung
hati girang...
jom balik kampung... :D
ek eleeehhhh..
setengah jam je...
tak habis satu lagi dah sampai...
org ada gak kampung kaaaaannn :D
memang produktif keluarga ustaz z ni...
ReplyDeleteerrr... nak join boleh tak??
errr.. tapi ai takde misai kak..
hihihihihi
ampuuuunnn
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKTS;
ReplyDeleteckLah dah siap ampul warna merah jambu untuk kau...
KTS;
Tu laahhh...ulang-alik 5 kali pun belum sampai satu marhalah...
KTS;
Ya dik...errr...kau panggil aku kak hari ni ya! He..he...he..he...he...he...he..he..
Pergi cari misai dulu...
KTS;
Opocot...
Apasal delete? Kau nak cakap apa? luahlan...luahkan...
hahaha...
ReplyDeletenak cari misai kat mana???
pinjam a galaknya ok tak :P
errr.. malu la nak luahkan..
ReplyDeletetu yg delete..
.
.
.
.
errr.. sebenarnya kan
sebenarnya kaaaannn
terpos 2 kali komen yg sama ..
hikkssss
Seronok tgk family akak, ramaiiiiii..! Fuhhh, walaupun penat...tapi seronok kan? Keluarga besar yg sgt bahagia. Raya kali ni pun saya lihat ramai keluarga yg bahagia beraya bersama, dan saya pula akan menahan air mata ni daripada mengalir. Huhu.
ReplyDeleteSyirah;
ReplyDeleteMaafkan ckLah Syirah....tak berniat membuat Syirah sedih....
Tapi...itulah kebahagiaan ckLah. InsyaAllah....Srirah juga akan dapat membina keluarga yang bahagia nanti....
KTS;
Mintak Datok K punya sikit..he..he..
Assalamualaikum cikgu,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya,Taqabbalallahu minna wa minkum =)
Haji Fakhruddin;
ReplyDeleteWaalaikumussalamwarahmatullah..
Minal aidin wal faizin..
Kulli amin wa antum bi khoiri
Minna wa minkum taqobbal ya kareem...
Assalamualaikum..seronoknya tengok main laptop beramai2
ReplyDeleteMeriahnya suasana hari raya di kampung..dulu2 saya pun begini jugak...menumpang kasih ibu mentua...pulak anaknya 2 orang saje...hubby & adik pompuanya - kdg2 balik ke Perak...maka sayalah tukang layan sanak saudara hubby ...! siang malam....!
ReplyDeleteAgaknya itulah klimaks suasana raya keluarga besar seperti kita ya!
ReplyDeleteKadangkala terfikir juga, bagaimana nanti bila orang tua tiada?
si kts tu giler kuasa ke apa malam ni?
ReplyDeleteSaya tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga wak lanang dan keluarga awak. Terima kasih memberi laporan lengkap utk dijadikan panduan kpd keluarga lain.
haa..sekali post entry raye,,
ReplyDeletecerita pjg complete utk sebulan punye..
xpe..
sekali sekala..
meriah raye owner blog ni ye..
Salam CkLah....
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri....
Maaf Zahir & Batin....
**CkLah, kita ni samalah. Ada BIG FAMILY. My mom ada 10 org adik-beradik (kiranya 11 org la termasuk my mom). Anak2 buahnya ada 50 org (sepupu sepapat sy la tuu....ghamei bebenor kan.)...
Rumah nenek sy dah jd mcm STADIUM bola sepak.....riuh rendah. Meriah suasana alam sekitar.....
Rumah tok sy dah jadi mcm kedai jual kete......18 bijik kete semuanya. huhuhuhu.....
Alhamdulillah...suasana seperti itu sangat-sangat mengasyik kalbu. Moga-moga amalan sebegitu akan berterusan walaupun kedua orang tua kita telah menemuiNya nanti.
ReplyDeleteMoga-moga, air yang dicincang takkan putus... walau terpisah bekas air, ianya tetap bertemu di dalam besen...
keluarga yang besar begini kalau berkumpul memang riuh rendah gamaknya. Kalau buat kenduri tak payah panggil orang lain macam ni...cukup korum.
ReplyDeleteEid mubarak dan salam raya enam.
'Di hari Raya, terkenang daku kepada si dia...'
ReplyDeleteArwah bapak aku.
Ampun maaf dipinta..
CKLah,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya..
Acara tahunan yang memang menarik...
Seronok kan ada keluarga yang besar ni....
inilah raya dalam erti yag sebenarnya
ReplyDeleteoh anggur.... cicah ketupat sedap...
ReplyDeletesakannns..
ReplyDeleteyginsaf4;
ReplyDeletegitewwww...
naqeeblukhman;
...buat satey anggur eik..
azani;
Alhamdulillah.....
mawarmerah;
Alhamdulillah...ini juga satu rezeki yang tidak ternilai harganya...
nizam.arif;
Doa semoga almarhum dimasukkan ke dalam golongan yang bertakqwa..Amin.
drSam;
ReplyDeleteMemang meriah Dr....hari ini mereka dah tinggalkan kampung...sunyi balik mak dan ayah...
Azlanlin;
InsyaAllah....saya paling sayang akan ukhuwwah yang sedia terjalin itu....
zymasaad;
Memang macam mangsa Tsunami kan zyma....nak-nak masa tunggu giliran bilik air....he..he..Alhamdulillah, itulah harta kita...
green;
....meriah dengan ahli keluarga yang ramai...itu saja!
imanshah;
ReplyDelete....ngalahkan budak-budak kan...he..he..dulu kami main mercun malam raya..
sonata;
...memang penatkan...tapi ada satu kepuasan dan keseronokan yang tak tergambar...
CM;
InsyaAllah....kita jaga ukhuwwah itu CM...semoga ahli keluarga kita dijauhkan dari perasaan lagha...Amin..
YB;
Lagi Gila Kuasa kat blog ni, lagi saya sayang...he..he..
Ini hanya situasi biasa dalam mana-mana keluarga...Keluarga YB pun lebih kurang ni je saya tengok...
Psst: Habis dah laporan raya saya. Tak ada sambungan siri lain...
Assalamualaikum cklah... kakpah dah datang ni. Ada kuih raya lagi tak. Serbuk2 pun jadiklah..
ReplyDeleteSeronoknya beraya ramai-ramai.. Agaknya kalau anak2 kpah semua dah kahwin dan beranak pinak, jadik macam keluarga cklah lah ye.. (hehe.. tu pun kalau umur panjang lagi)
Cklah, tenkiu buat entry kat bawah tu. Baru ni sempat nak jawab.
Keluarga saya sgtlah kecil. Keluarga emak Adam pula org biasa2 aje. Tapi tanpa mengira itu semua, raya tetap raya. Cuma mungkin cara kita berbeza mengikut keadaan.
ReplyDeleteLaporan awak mungkin dah tamat tapi raya belum berakhir. Raya tak lengkap kalau belum dtg rumah saya. Kami tunggu kedatangan awak sekeluarga. Sabtu depan kami ada di rumah.
kakPah;
ReplyDeleteInsyaAllah, berkat didikan kakPah dan prof.....anak-anak kakPah akan sentiasa menjaga ukhuwwah mereka..
YB;
'Orang biasa-biasa ' tu apa YB?
Keluarga saya pun tiada yang luar biasa...semua orang bumi..he..he..
Sabtu depan saya sekolah lah.....ada majlis bacaan Yaasin untuk calon PMR....saya AJK bahagian jamuan.....mereka suruh buat kuah satey dan kuah lodeh...mentang-mentang saya Jawa..
keluarga ramai bila semua berkumpul bergegar rumah.... masak apa saja semuanya habis...
ReplyDeletekuIna;
ReplyDeleteMemang bergegar sungguh....tidur malam diiringi suara rengekan dan tangisan bayi dan anak kecil....silih berganti seorang demi seorang....sampai Subuh..he..he...
Bekalan stok makanan mengalahkan orang nak buat kenduri bekwah...kami kongsi bersama...he..he..
ada lagi tak satay dan ketupat....
ReplyDeletenak pi nih....
air jgn lupa... air sirap bandung dan
air mineral...
hari ni ckLah hidang pecal Jawa dan bihun tomyam untuk anak2 murid yg dtg. Air...Rebina!!
ReplyDelete"Kelasss pilihan kau Maria" kata Fauziah Nawi.He..he..
hahahahaa mmg kelas akak.........
ReplyDeletetak dapat buah anggur dapat ribena pun ok.....
adess pecal jawa... nak makan taknak nih huhuhuhuhhu
adeh..
ReplyDeletetahan2 pulak airmata menitis bila saat baca ayat2 ending tue..
Selamat Hari Raya.
Mesti sangat meriah..
Alhamdulillah, cerita raya tetap sama, tapi suasananya berbeza. Memang seronok baca cerita raya disini. Semoga berbahagia. InsyaAllah, gambar foto raya akan disiarkan ....
ReplyDeleteNaqeeb;
ReplyDeleteMehlah sini....ckLah bikin pecal spesel...rebina ice-blended ...boleh?
LOL;
Janganlah gitu LOL....
Hari raya untuk berbahagia....tak kiralah dengan siapa...Selamat untuk kau ya...
Abang Long;
Yang penting...pengisiannyakan abang Long...mahu sentiasa membesarkan Allah...bertakbir dari waktu maghrib hingga subuh hari pertama tu...
Tumpang seronok...akan ku jadikan idola keluarga kecilku...walaupun kecil tapi biarlah ukhwah tetap subur..
ReplyDeleteMawar;
ReplyDeleteinsyaAllah...kami sentiasa mendoakan kebahagiaanmu sekeluarga...
Esok baru nak bawak bondaku berjumpa kekandanya kat batu wolu dan adindanya kat sungei besar tu...Sg Tengi...tak pasti lagi...Pak Ni dah tak daya nak jalan jauh-jauh...
ckLah...
ReplyDeleteSeronoknya berkeluarga besar -apatah lagi masih ada induknya.
Tak dpt sy bayangkan gamatnya suasana ni...
Keluarga sy tak besar apatah lagi induknya sudah tiada...tak merasa suasana spt ini...
it's really happy family...i'm proud with them.......
ReplyDeleteSalam manis di Aidilfitri ...
ReplyDeleteWahh... sukanya saya baca sambil dipertontonkan gambar . Terasa syahdu and menusuk jiwa .
Syabas and tahniah .!
cikgu,
ReplyDeleteTerima kasih ....enaknya juadah yang disuguhkan tadi....Nak tunggu kedatangan cikgu pula....
Raya kalau tanpa keluarga, tak rasa macam raya... biarpun saya di rumah mertua, raya di rumah sendiri jugalah yang paling seronok... walaupun cuma tinggal twenty footsteps away... hihihihihih :D :D
ReplyDeletemak oii...meriahnya kak..
ReplyDeleteseronok tengok family kumpul ramai-ramai
P/S : akak tak dpt la nk merasa travel blk kg ek?hehe
aku tak balik kampung.... huwaaaaa
ReplyDeleteSalam hari raya aidilfitri. Agak lambat skit coz very busy. Enjoy anyway...
ReplyDeleteselamat jugak beraya tahun ni....
ReplyDeletehe he he....kena ugut terus aku mai ziarah hang..
ReplyDeleteamboi..garang sungguh lepas2 raya..ha ha ha
maaf zahir batin..
cekgu, aku dan nizam nk datang beraya tp rumah cekgu kami haram tak tau tang mana. he he.
ReplyDelete.
sungguh meriah keluarga cklah... sepanjang cuti raya hari2 kenduri tu.. hehe..
ReplyDeletesemuga berkekalan hendak nya..
banyaknya komen...
ReplyDeletesesuai ngn n3 yg meriah..
hehhe..
waaah, besar keluarga! meriah! :)
ReplyDeleteTak nak sambung kisah anak2 murid dtg beraya ke rumah ke kakRam Singh Walia?
ReplyDeletekeluarga harmoni, sejuk mata memandang.
ReplyDeletepengomen terakhirkah? buleh dpt duit raya ni,hehehe.
saya lupa... rumah mertua saya pun macam rumah mak ckLah juga... Asalnya bawah tu cuma kolong... lepas ahli keluarga bertambah, disimenkan lantai, ditambah dinding... saya tak kena... incik firdaus adik beradik memang selalu kelengkung kepala... kikikikik :P :P
ReplyDeletesyahshah;
ReplyDeletePersoalannya;
Kenapa kau tak kena?
ha..ha..ha...
julietchun;
Baru nak kira duit syiling masuk sampul...syahshah dah masuk. Tak jadilah..he..he..
YB;
No more cerita raya tentang diri sendiri....mungkin buat cerita raya tentang ayam yang disembelih....pokok buluh yang ditebang atau...duit raya yang habis...
kucingorengemok;
ReplyDeleteAlhamdulillah...itulah harta ckLah...
LOL;
Kena meriahkan suasana...
Tasik;
Menjadik sangatlah surprise yang kau rancang dengan Nizam ni...ha..ha..Lain kali set betul-betul awal awal...
Zino;
Kami memang sentiasa kenduri..he..he..terima kasih atas doa...amiiin
cikgu Oden;
ReplyDeleteHa..ha..ha...tau takoooot..ha..ha..ckLah acah2 aje tu...Jemputlah naik...sila ...sila...
One Z;
Selamattt...
Kirana;
Raya ada lagi...
Shifu;
Tau tak apa? Boleh dia tak balik raya? Kesian cikgu aku tu tau....tak dapat jumpa cucu2nya...
m@m@n;
ReplyDeleteTapi ckLah tetap menyebok buat travel juga....beraya ke merata negeri..ha..ha..Saja nak menambah kesesakan jalan raya
Bestari;
Datanglah selalu...
Syahshah;
Ahli yang ramai akan menjadi harmoni kalau semuanya bersatu hati....
Linda;
Itulah harta yang ckLah ada....ahli keluat=rga yang ramai...
ragbar;
Semua itu dah ketentuan dan rezeki yang ditetapkan Allah...apa pun bentuk keluarga ckLah atau ragbar, ckLah doa kita tetap berbahagia dengan mmereka...
scrow;
Jadi....jagalah semuanya...
CkLah sayang.....
ReplyDeleteSy nantikan n3 baru dari mu,Sayang.
:)
Zyma;
ReplyDeleteckLah dah hilang terujalah nak bercerita......ahaks!
..patahlah haaaaaaaaaaati...
la..la...la..la...
Salam xiiinam,
ReplyDelete"memang meriah, tak baca pun dah tahu melalui foto-foto yang ada tu".
ibu....
ReplyDeleteI'm so happy during hari raya...thank you for taking me for a walk...and get alot of duit raya.....heh...heh..heh...
Fewwiiittt!!!!
err... saya tak cukup ketinggian... tu pasal tak kena... har har har har :P :P
ReplyDeletezulkifli;
ReplyDeleteerrr....tak baca? Panjang sangat ya?
eiman;
ReplyDelete......nak duit raya sikit, boleh?
syah;
ReplyDeleteatu pengakuan jujur...ha...ha
Thanks..
ReplyDeleteI am happy too..
happy together aaahhh...ha..ha...
ReplyDeletealhamdulillah.
ReplyDeletetak rugi mak dan ayah ckLaH memiliki anak yang ramai. Semuanya berjaya
dan yang paling penting, mereka masih menyayangi dan mengingati pengorbanan mak dan ayah satu masa dulu.