Tahun lepas....


6.32 dia menghantar sms melalui telefon abahnya;



Saya tiada di rumah semasa harijadinya. Sampai dari Sungai Petani, sudah agak malam.
Sampai rumah dia demam. Menunggu saya dengan keknya yang dibeli bersama abahnya pada sebelah pagi. Lihatlah kek pilihan abah...siap ada bendera lagi!.

Dah setahun berlalu...dia asyik ungkit hal itu. Makan dalam sungguh!!!
Hmmm...alahai.........
Hmmm...alahai.........
Tahun ini...
Sejak seminggu lalu dia asyik cuba memberi bayang. Dia ni memang paling sensitif dengan sebarang tarikh yang sentimental. Budak perempuan katakan.
Tetapi saya buat tidak faham...takut nak menjanjikan apa-apa. Kalau tak tertunai, susahhhh!Dia mahukan hamster!!! Saya cukup tak berkenan dengan binatang tu! Kena cari alasan untuk tidak membelinya!
Semalam kami ke Ipoh. Selesai membeli belah, kami solat Asar di surau sebuah pusat membeli belah. Surau kecil. Orangnya ramai. Nuha selesai solat dulu sebab dia kecil, mudah menyelit. Kami suruh dia jaga barang.....
Selesai solat, kami (saya dan dua kakaknya) dapati dia tiada dalam surau. Dia ke kedai 'binatang peliharaan' di aras yang sama dengan surau. Tengok hamster.
Barang?
Huwaaaaaaaaaaaaaaa! Lesap!!!! Ditinggalnya dengan selamba. Buku-buku dan DVD yang kakaknya beli di MPH Jusco Kinta City dan barang-barang maknya.....semuanya jadi aruah...tanpa pusara yang jelas!.
"Kalau macam ni...tak jadilah ibu beli hamster tu!" Ibu dapat alasan, kerana kehilangan barang yang belum sempat dijadikan kenangan...hu...hu..
Malam tadi dia merengek lagi pasal hari jadinya....
"Kalau tak sambut hari jadi, tak boleh ke? Baca doa lepas solat tu lagi afdhal!!!" Abangnya. Budak lelakilah katakan. Mana ada kisah pasal tarikh-tarikh penting yang dianggap penting oleh budak perempuan.
Si kakak juga, tak lepas peluang. Masa inilah dia mahu lepaskan dendamnya kerana kehilangan buku-bukunya. Ibu dia......memang marah jugalah. Tapi biasalah, ibu dia kalau marah...diam! Sebab kalau ibu bercakap dalam marah.......nanti ada yang putus telinga mendengarnya!!!
Si adik terus sentap. Seminggu ini, memang dia sentiasa angin dengan si abang yang seorang tu! Abangnya dapat memonopoli komputer kerana sudah habis UPSR, sedang dia.....baru nak menghadapi peperiksaan minggu depan!

Wajah tak puas hati. Ditunjal-tunjalnya saja nasi tu.....walaupun perutnya lapar bukan main...

"Ya lah...esok kita buat 'surprise'lah untuk Nuha" , alahai abah ni, cepat benar mahu memujuk puteri kesayangannya itu.
Terus senyum lebar. Pandai sungguh berlakon!

"Surprise mana boleh bagi tau!" Si Nabil masih tak puas hati.

"Surprise mana boleh bagi tau!" Si Nabil masih tak puas hati.
"Nabiiiil!" Ibu. Sambil membesarkan mata yang sepet. "Dah!"
Hari ini, 26.10.2009.
Kebetulan lagi. Hari ini sangat kelam kabut. Selesai mesyuarat pukul 3.30. Saya terpaksa pula melayani kertas-kertas peperiksaan, sepanjang hari dan malam. Kakak-kakaknya pula sedang berhempas pulas dengan peperiksaan akhir tahun.
Tapi, demi mengelakkan rajuk dia. Sebelum dia pulang dari sekolah sesi petang, saya siapkan apa-apa yang patut. Semuanya secara segera, dan pasang siap!!!
Pesan Pizza secara Online. Abang Nabil buat Air Laici. Abang Nabil siapkan meja. Maklumlah, abang Nabil seorang yang dah tak ada kerja....sebab dah habis UPSR.....ha..ha..mau pulak dia!
6.32 dia menghantar sms melalui telefon abahnya;
"Ibu, don't forget....surprise for me!"
6.40 hantar sms lagi.
"Dah siapke surprise untuk Nuha? Nuha dah nak sampai ni!"
6.50 dia sampai bersama kakak keduanya...dijemput abahnya....
6.50 dia sampai bersama kakak keduanya...dijemput abahnya....

Surprise......taraaa!!!
(tahun ni kek pilihan ibu okey. Tak ada bendera dan lilin macam tahun lepas)

(surprise yang tak surprise!!! Sebab Nuha tiba di rumah dulu sebelum pizza sampai....Jadi, lepas Maghrib baru makan......buat leceh lah mat pizza ni! Sampai tinggal separuh air tu...diulang-ulang minum sebelum baca doa)

Dan dia nampak begitu berpuas hati.

Selamat Hari Jadi, dan selamat mula menghadapi peperiksaan akhir tahun esok, Nuha Eiman!
Ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
ReplyDeleteI'm so sorry for losing your stuff. Sorry.Sorry.Sorry my dear!. Tak sengaja terhilanglah!
To kakak, soooo sorry aaaa!
To abang, thank you for the nice punch.
To ibu again.
Thank you so much.It was really surprise okey. Ha ha ha...
I love you, co'z you're the best mother.
Ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
ReplyDeleteI'm so sorry for losing your stuff. Sorry.Sorry.Sorry my dear!. Tak sengaja terhilanglah!
To kakak, soooo sorry aaaa!
To abang, thank you for the nice punch.
To ibu again.
Thank you so much.It was really surprise okey. Ha ha ha...
I love you, co'z you're the best mother.
hepii besdayyy Nuha.... hadiah mintak dgn mak
ReplyDeleteSemoga lanjut usia dan diberkati selalu...Amin!
ReplyDeleteshifu;
ReplyDeleteAlahhh, baru nak claim dengan pokcik shifu...
ragbar;
terima kasih ya cikgu...
salam nuha,
ReplyDeletehappy birthday yer nuha..
smoga jadi anak solehah pd mak abah.
Nuha;
ReplyDeleteI love yo too...
Jangan nakal-nakal, okey!
Dah...tutup laptop! Esok periksa! Ibu akan buat spot-check ke bilik anak-anak 10 minit lagi!
wah..bestnya citer akak ni..seronoknya family cmni..hehe
ReplyDeletehepi besday to her...
tadi dh pakat ngan akak sonata nk join celebrate besday anak sma2..jimat kos katakan..hehe
nk join ke??
mama moden;
ReplyDeleteTerima kasih mama moden....amin!
n@m@n;
ReplyDeleteSeronokke cerita macam ni? Akak ingat orang bosan sebab akak tulis panjang sangat. Terima kasihlah...
Boleh juga...kita join sambut hari jadi secara maya...ha..ha...
wahhh! hepi besday nuha. err..esok jugak sy register blog utk cem. nak suruh dia tulis pulak. hehehe
ReplyDeletetijah;
ReplyDeleteHi..hi..hi...suruh..jangan tak suruh!
Errr...Cem tu berapa umur dia ha?
He..he...
wow...anak2 kita berderet tarikh lahir! boleh JV ni - kita pakat buat gathering - ngan Naman jugak!
ReplyDeleteSelamat hari lahir untuk Nuha....belajar rajin2 - lulus exam dengan cemerlang!
selamat hari lahir pada dia. Moga panjang umur dan menjadi anak yang baik
ReplyDeletehapy family..
ReplyDeletei wish one day...
ermmm........
Selamat Hari Jadi, adik...
ReplyDeleteSedara adik kat sini pun lahir pada Golden Dragon...
nizamArif;
ReplyDeleteErr....ibu adik jawabkanlah ya...
Terima kasih Abbbanggg! He..he...
sonata;
Boleh...boleh...kita sambut secara maya bersama...Sonata masak sedap-sedap...tayang gambar kat blog...kita orang tengok je...he..he...
shimi;
Tarima kasih...amin!
Gadis Kampung separa bandar;
Apa wish mu itu agaknya...ehem!
happy birthday Nuha...
ReplyDeletebestkan dapat ibu macam tu....
Happy birthday to Nuha..
ReplyDeleteSemoga panjang umur, dimurahkan rezeki...
Tahniah pada ckLah yang dapat juga menunaikan hajat puteri tersayang.
Semoga sentiasa bahagia..
Selamat hari lahir yang ke ?
ReplyDeletecikgumath;
ReplyDeleteTerima kasih....
Errrkkkk apalah bestnya...
Anjang;
Yang ke berapa ya....
Mesti baca skip skip ni...ahaks...
mawar merah;
ReplyDeleteTerima kasih...terima kasih...
Budak kecik macam nilah. Yang lain dah tak kisah dgn hari jadi bagai....(macam maknya....tak sentimental...ha...ha...)
hepi besday nuha!
ReplyDeleteSelamat Ulang tahun Nuha....
ReplyDeleteTingginya sanggul Nuha...
Pakcik nak pinjam, boleh?
Selamat Ulang tahun Nuha....
ReplyDeleteTingginya sanggul Nuha...
Pakcik nak pinjam, boleh?
macam² karenah anak² kan. kalu boleh tiap² hari diorang nak sambut besday cam anak aku.adeh!
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir buat Nuha..
ReplyDeleteAnak perempuan memang lebih sensitif sedikit berbanding anak lelaki..he3
Happy birthday Nuha Dear.
ReplyDeleteAunty Zyma takde hadiah utk Nuha.
Minta dgn Ibu ye....ckp kat Ibu, Aunty Zyma yg suruh minta kat Ibu.
Minta byk2 tauuuuu....
Huhuhuhu.
anak bapakkkkkkk!!!!!!!
ReplyDelete1. Happy birthday Nuha. Semoga menjadi anak yg baik dan disayangi semua.
ReplyDelete2. Nak hamster tak dapat ya? Cian Nuha. Ikan koi tak nak ke? Uncle ada ....
3. Lain kali tak boleh suruh Nuha jagakan barang kalau awak sedang solat. Dah 2 kali jadi dah. Jgn sampai berulang lagi
4. Takkan CEM nak potong jalan kot? wakakaka
Kira 4 komen jugak lah ini mcm stail awak hehehe
anak abah tewww.. ehehe
ReplyDeleteSALAM
ReplyDeleteSelamat Hari Jadi.
Moga jadi anak yang solehah.
psstt ..
semalam besday Nuha
hari ni , besday Antie pB.
hihihiii, tak susah juga nak pujuk... semoga nuha jadi anak yang solehah dan dirahmati Allah sentiasa (dan tak hilangkan barang kat surau lagi, hehe)
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga sentiasa mendapat keberkatan dari Allah. AMIN
ReplyDeleteSi kecil yang perlu dididik dengan sempurna dan belaian kasih sayang.
ReplyDeleteSalam Perkenalan dan Salam Persaudaraan.
kak juliet sukalah dgn kek pilihan abah nuha, tu buleh dipanggil kek 1mesia tak?hahahahha
ReplyDeleteselamat ulangtahun sayang
kini kau bersayap
pergilah terbang
rentas langit cita2mu
disana kitakan bertemu.....
yalah, saya sokong Nabil... Kalau surprise mana boleh beritahu!! Kikikikik :P :P
ReplyDeleteSelamat Menyambut Ulangtahun yang ke-9 ye Nuha... Semoga menjadi anak yang solehah... Patuh pada perintah Allah... Dengar kata abah dan ibu...
psstt... Hamster tak boleh beli.. Nanti Imau makan... kikikikik :P :P :P
syahshah;
ReplyDeleteHa..ha.. Itulah alasan yang ckLah bagi sebab tk beli hamster tu...diperkukuhkan lagi dengan kes barang yang hilang!
Terima kasih atas ucapan auntie syah...
juliet;
He..he...dia taunya kek yang macam tu je...beli kat 'warubg kek' ...he..he..
matqi;
Benar....
Salam kembali. Terima kasih atss kunjungan...
yginsaf4 >
ReplyDeleteSungguh gitewwww.....
pB >
Terima kasih atas ucapan....
Ohoooo...selamat hari kejadian untuk auntie pB.
kucingorengemok :
Memang gitu...paling mudah merajuk, tapi paling senang nak pujuk...
Terima kasih atas ucapan
Tabib Haji Norjae;
Salam...terima kasih atas kunjungan..
zureen @ mama>
ReplyDeleteTerima kasih...
Anak perempuan sulung ckLah pun jenis tak kisah dengan besdey mesdey ni....ha..ha...
Zyma Saad>
Terima kasih auntie zyma (he..he..bagi pihak)
Kalau nak bagi hadiah, janganlah malu-malu...ibu takkan marah punya! He..he..
ONE ZABA>
anak bapak?
Habis, ibu yang setengah mati mengeluarkannya ni....macam mana kira? Ha..ha..
Yunus Badawi>
Tak dapat hamster tak apa......kambing abah banyak! He..he..he...
Cem pun handsome juga...
Ms.Lilies >
ReplyDeleteTerima kasih .....
Bestari >
Kalau cikgu pakai sanggul....kami cari cikgu tuisyen lain.....
zureen @ mama >
Terima kasihh mama zureen...
Betul tu...yang lelaki tak kisah langsung dengan harijadi..
selamat hari lahir nuha!!
ReplyDeletekita hampir sebaya.... hihihi :D
.
.
.
.
.
.
walau apa jua bentuk kek tu..
ada bendera ke.. ada strawberi ke..
asal namanya kek, air liur ni rasa nak menitik keluar...
gulp!!
telan liur je la eh...
.
.
semoga jadi anak yg solehah nuha :D
KTS;
ReplyDeleteSebaya ke....
Bukan ke KTS lebih muda dari Nuha beberapa minit...he..he...he..
Lebih kek ada lagi dalam peti sejuk....Nanti Nuha tolong makankan untuk KTS..
Bahagianya..
ReplyDeleteGud luck exam Nuha..
Happy Birthday okey..
LOL;
ReplyDeleteTerima kasih kakLOL (bagi pihak). He..he..
Hepi besday...
ReplyDeleteEh, sama lak kek kita!
happy buffday cayang! semoga jadi anak yang solehah...dah dekat nak baligh dah tuh:)
ReplyDeleteciklah, jadi tak beli hamster tu?
DUN;
ReplyDeletesama? beli di kedai yang sama kot.....
sHa;
tak boleh beli hamster....sebab di rumah tu dah ada kucing gemuk...
Kambing abah nak kena korban raya ni huhuhu
ReplyDeleteok nak jadi pengomen ke50!
ReplyDeletehepi besday wat adik nuha
ReplyDeletesemoga berjaya dalam peperiksaan
happy birthday nuha..
ReplyDeleteselang setahun sehari dr Adam.
YB;
ReplyDeleteDatanglah rumah embah kalau nak makan kambing raya ni...
~0~;
Terima kasih....
kakNgah;
......sebayalah jugak kiranya....lain taun je...he..he..