Suka tak?

20091031

Labbaikallah....selamat berangkat kakPah...

31 Oktober.
10.30 pagi, selesai kursus LADAP siri akhir di sekolah,terus menuju ke rumah orang kuat kumpulan tadika aulad , kakpah di Bandar Baru Bangi. Beberapa perkara, menguatkan saya ke sana.....

  • Menghadiri majlis walimah anaknya yang sama tarikh dengan 'annivesary' saya ke 17. (Sila rujuk entri sebelum ini.... ... kalau rajin.....)

  • Ingin bertemu dan berkenalan dengan kakPah, yang sebelum ini hanya saya kenali dalam blog....bertepuk, bertampar, bergurau, usik- mengusik dan bergigit-gigitan....macam dah lama kenal, tapi tak pernah jumpa orangnya secara nyata...

  • Fokus utama yang paling kuat...sebab kakPah akan berangkat ke Tanah Suci, 4 November ini....saya memang gemar menziarahi rakan taulan dan saudara mara yang menerima panggilan Ka'abah, berkirim salam, bermaaf- maafan dan saling mendoakan.....moga saya juga akan segera terpilih!!!

Sebaik bertemu kakPah, saya bersalam...dan memeluk dia.

Dia seperti terkesima.

"Kenal ke tak ni?" Tanya saya.

Dia merenung saya. Saya tahu dia tidak cam saya. Tapi sebaik memandang wajah anak-anak saya,dia terus memeluk saya sekali lagi.

"Dalam gambar nampak kecik....tak sangka tinggi rupa orangnya!" Kata kakPah....Hi..hi..hi..Saya lebih tinggi dari kakPah dan Prof. rupa-rupanya....Dalam gambar nampak kecil jika dibandingkan dengan anak-anak saya.....murid-murid saya....kerana mereka juga tinggi dan besar belaka...jadi saya mengecil.....he..he..

Saya tak berbual panjang dengan kakPah. Saya faham kakPah sangat sibuk dengan tetamu. Saya pun meneruskan majlis. Err...hek eleh ckLah...ayat 'tak boleh blah'... macamlah majlis dia. Ha..ha..ha..okey, saya betulkan ayat....Saya pun terus ambil pinggan.

Saya tidak bertegur sapa dengan tetamu lain,kerana saya hanya kenal kakPah. Hanya senyum-senyum. Berbasa basi.

Semasa keluar dari rumah kakPah menuju ke kereta yang agak jauh, Nuha telah tak sengaja. 'menteraburkan' bunga telur pindang kakPah yang dihulurkan oleh Fatimah, anak kakPah yang berlari-lari mengejar saya di atas jalan raya. Semasa saya sedang cuba mengutip telur itu, seorang wanita dari belakang menegur.

"Cikguuuuuuuuuuuu"

Saya pandang wanita di sebelah suaminya yang sedang sibuk mencari ruang pakir itu. Rasa macam kenal. Rasa macam bekas anak murid saya....duluuuuuuuuuu. Ada seorang budak lelaki rambut pacak di belakang. Rasa pernah nampak budak kacak tu dalam blog...

"Haaaaaaaaa.... ". (Sambil berfikir nak sebut nama dia apa! Nak sebut tasikmerah tak tersebut sebab dulu saya panggil dia dengan nama lain......he..he...Dalam blog dia, (mengikut cerita versi dialah..)dia fikir saya tak kenal dia. Eleh....mana boleh cikgu lupa raut wajah comel yang satu-satunya budak Melayu dalam kelas dulu) Lepas itu saya nampak dia menonong mendaki jalan masuk ke rumah kakPah, bersama suaminya yang gagah perkasa dan anak terunanya yang sama besar dengan dia. Tak tergamak nak menjerit panggil dia...kerana saya memang mahu bergegas.

Sebaik memasuki kereta. Ada panggilan dari Insyirah seorang rakan bloger yang belum pernah ketemu.
"KakPah kata ckLah ada. Saya cari ckLah....ckLah dah balik ya!"

Minta maaflah dik. Beginilah kalau keluar dengan anak-anak ni.......ckLah yang kena akur dengan program mereka. Mereka tau nak cepat saja...kami ada program lain sebenarnya...Niat dan fokusnya nak bertemu dengan bakal haji dan hajah tu ....tak tau lah siapa rakan bloger yang dijemput kakPah. Bukanlah sombong, okey!!!! Lagipun, kebanyakan rakan bloger saya main cak-cak dan tutup-tutup muka di blog. Jadi, saya fikir di alam nyata, tentu lagi pemalukan...kan...kan...kan..!! Bukan macam ckLah yang 'over' ekspose dan tak malu ni...hi..hi...

Sedang mencari-cari jalan ke rumah adik di Bandar Baru Salak Tinggi, seorang lagi rakan bloger 'glemer' bergelar yb menelefon. Dek kerana sibuk melayan panggilan itu, saya telah mengabaikan tugas saya sebagai pemandu jalan atau ko-pilot......hingga suami saya salah masuk simpang.....maka sesat baratlah kami sekejap. Ha..ha...nasib baik ada GPS. Yb menurut ceritanya datang lewat, sebab dia ada niat untuk menolong kakPah membuka khemah dan mengangkat kerusi meja.....sebab tu dia tinggalkan Adam, supaya tak kacau dia masa angkat tiang khemah masuk lori nanti...he..he..

Masa nak buat entri ini.....baru saya perasan. Sepanjang di rumah kakPah tu, saya tak ambil gambar walau sekeping pun. Waduhhhhh!!!! Kok bisa lupa sih mbak!!! Tak anggunlah bloger macam ni. Tak ada bukti 'tempat kejadian!'

Dan....hanya ini gambar yang dirakam sepanjang perjalanan itu....


  • Masa pergi....hujan panas....

  • Masa balik....hujan sejuk...

Gambar yang tak kena langsung dengan tajuk.....
........................................................................................
Terima kasih kakPah (Puan Latifah Hanem) dan suaminya Prof. Madya Dr Hamirdin. Selamat berangkat ke Tanah Suci. Semoga semua urusan dimudahkan....mendapat haji yang mabrur...seorang lagi rakan bloger saya yang pasti akan mencatat pada setiap entri saya, ragbar-anekdot (cikgu Rosli) berangkat pada 31.Oktober.2009, semoga beliau selamat menjalani ibadah. Selamat juga didoakan kepada semua Bakal HUJJAJ tahun ini....


42 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. salam ck lah,

    mesti best kan dapat jumpa teman-teman blogger..

    selamat pergi dan kembali kepada kak pah..

    ReplyDelete
  2. GKSB;
    ckLah jumpa kakPah, suami dan anaknya saja....yang lain ckLah tak kenal......kenal dalam blog macam dah lama kenal, tapi kat luar.....masih malu-malu....

    ReplyDelete
  3. bagusnya ckLaH. walapun jauh tetap berkunjung kenduri rakan blog ke mekah. nampaknya walaupun berhubung di alam siber, ikatan persahabatan yang ikhlas tetap terjalin...

    ReplyDelete
  4. Seronok dapat jumpa bloggers kan ? Bila pulak CkLah nak ke Melaka ni...dalam berblogging he he he dah kenal tersangat mesra...bila jumpa nanti...malu2 kot....eh eeh tak mungkin - tak mungkin....ade ruang & peluang - sila lah ke M'ka.

    Selamat berangkat KakPah ke tanah suci Mekah ,semoga beroleh haji yang mabrur...staf sy ada 2 orang pergi awal2 hari tu...

    ReplyDelete
  5. hehehe. aku lagi malu kak. dah la dtg agak lambat pastu sorang2 naik bukit tu...kpah cam pandanggggg jer nak konfem sy sapa. hohhh! masa tu rasa cam nak patah balik jer masuk keta.nasib baik tm ada..

    ReplyDelete
  6. Tijah:
    Anak-anak ckLah dan bapak anak-anakckLah mendesak suruh cepat....ada yang mereka kejar di Alamanda. ckLah pun jadi terburu tinggalkan majlis.......tak dapat nak bercakar dengan kau. Aiseyyyy!!!




    sonata;
    Memang ada perancangan bercuti ke Melaka lagi hujung tahun ni...lepas marking kertas SPM rasanya....Hari tu, tidur di Sri Malaysia Air Keroh semalam saja dlm perjalanan ke Johor. Anak-anak tak pua hati sebab dapat lawat dekat-dekat situ je...

    ReplyDelete
  7. ibu emy efy dan eqy;
    Kalau ada 'jodoh' berjumpalah kita......lain kali kalau ke Giant Teluk Intan, boleh kita dating di Shushi King atau Old Town. 2 tempat tu memang tempat yang selalu ada muka ckLah....sebab makanan sedap dan ada wiFi...kalau tengahari, balik sekolah selalu makan di Old Town...

    ReplyDelete
  8. wah..tula teknologi..kalau digunakan dgn betul..bnykla manfaatnya kan

    IT digunakan utk menambah kenalan..hehe

    P/s: Bangi tu dh dekat ngan Putrajaya.kenapa tak singgah...hehe

    ReplyDelete
  9. n@m@n;
    Laaaa.....kami memang ke Alamanda malam tadi.....Kalau tak, dapat tengok 'new baby' kan....Aisey....ckLah memang kelam kabut sikit kalau jalan dengan anak-anak yang pelbagai ragam ni...he..hhe...

    ReplyDelete
  10. mujur tasik merah tu tak lastik ko...

    ReplyDelete
  11. one zaba;
    dia tak dengkis macam awak!!!

    ReplyDelete
  12. CKLah memang tak kalah dalam mengxposekan diri..wah glamer gituw

    ReplyDelete
  13. semalam baca blog tm versi lain, skang baca blog ckLah sendiri baru tau hujung pangkalnya.hihi

    ReplyDelete
  14. Terkilan juga tak sempat jumpa akak. Tak apa, mudah-mudahan ada kesempatan lagi nanti...insyaALLAH! :-)

    ReplyDelete
  15. imanshah;
    ekspose.....jangan tak ekspose....hah..hah...hah..






    mr.penyu biru;
    maka begitulah di hujung dan di pangkalnya...he..he...




    Insyirah;
    Bila Syirah telefon ckLah....baru ckLah terfikir....."Ha...ahlah....aku tak teringat langsung kemungkinan bertemu dengan mana2 bloger....lupa yang majlis tu majlis seorang bloger, dan tentu ramai jemputannya
    di kalangan bloger kan...he...he..he...syok sendiri je ckLah ni..."

    ReplyDelete
  16. cklah, kakpah berterima kasih banyak2 sebab sudi datang jauh-jauh memenuhi jemputan kakpah ni. dan maap banyak2 jugak sebab tak dapat nak melayan sepenuhnya.. (rasa bersalah tetap ada)

    betullah cklah. kakpah ingat cklah ni kecik je. Rupa2nya kakpah ni yang terperasan diri ni tinggi keh..keh..

    anyway, tenkiu again. Lap u. Heheh..

    ReplyDelete
  17. kakPah;
    Okey je kakPah....

    ckLah pun minta maaf sebab jadi lintah...dah kenyang terus balik...

    Mak ckLah pesan masa kecik2 dulu...kalau pergi rumah orang kawin...jangan lama-lama. Ha...ha..ha...

    ReplyDelete
  18. Cikgu dah macam ADUN... setiap masa kena 'time' elok-elok.Schedule sentiasa penuh agaknya.. hehehe

    ReplyDelete
  19. Nizam.Arif;
    Ha..ha..banyaklah kau punya ADUN!
    ckLah sedang berelut dengan skrip2 peperiksaan PMR sebenarnya....Anak sulung pula, hampir 9 kali ulang ayat yang sama...

    "Bu...pagi Isnin ada paper Fizik!"

    Yang lelaki "Bu, esok ada greding taekwondo. Kita kena balik malam ni juga!"

    He..he..

    ReplyDelete
  20. Kita doakan yang terbaik buat para hujjaj.

    ReplyDelete
  21. Makan besar. Besar makan. Peyuttt besar tak??? Huhuhuhu.

    Semoga semuanya selamat berangkat dan tiba di tanah suci. Amin.
    :)

    ReplyDelete
  22. Makan besar. Besar makan. Peyuttt besar tak??? Huhuhuhu.

    Semoga semuanya selamat berangkat dan tiba di tanah suci. Amin.
    :)

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. bestnya dapat berjumpa sesama blogger, walaupun aku tak kenal kak pah, aku ucapkan semoga menjadi tetamu Allah yang paling istimewa

    ReplyDelete
  25. Waalaikumusalam cikgu,
    Terima kasih menziarahi mama moden.. semoga ukhwah antara kita walau dialam maya akan terjalin dengan mesra...

    Salam juga buat keluarga cikgu yer..

    ReplyDelete
  26. tabib hj norjae;
    Begitulah hendaknya

    Zyma;
    Perut....? Menten......he...he...

    Anjang;
    Mudah mudahan....

    kita doakan begitu...




    Mama modden;
    InsyaAllah

    ReplyDelete
  27. Bestnya bila berkesempatan berjumpa rakan-rakan maya ni..

    ReplyDelete
  28. Nanti saya pesan kat bloger glemer yg tak glemer langsung tu jgn kacau org yg tengah jadi ko-pilot menunjuk jalan. Kan mereka dah sesat barat. Kalau sesat timur hari tu mcmana? hehehe

    ReplyDelete
  29. Nanti cuti sekolah kalau nak ke Melaka jgn lupa singgah sini sekali. Bila lagi nak berkenalan dgn bakal besan ni ngeh3x

    ReplyDelete
  30. ciklah,

    sha rasa betul2 macam one malaysia bila macam nieh. huuuhhh! bestnya kalau dapat kemudahan berjumpa macam tuh.

    boleh dengar cerita cikgu cikgi ciklah kan:)

    ReplyDelete
  31. cepat benor cekgu balek. cer tunggu kejap. he he.

    kamu tak jumpa cekguden ke? aku sampai dia tgh makan.



    .

    ReplyDelete
  32. tasik;
    Rasa macam nampak seorang jejaka kacak tgh makan.....tunduuuuuuk je...he...he....nk tegur takut salah org

    Mamazureen;
    Balik kg banjar sok kita dating kt menara condong ya


    Sha;
    Pertemuan teman maya...he..he


    Yb;
    Kalau ada jodoh pasti ketemu....ha...ha

    ReplyDelete
  33. best la kak...dapat jumpe blogger lain..hahhaha

    ReplyDelete
  34. penuh padat aktiviti hari minggu cklah yer.. I like... hihihihi

    ReplyDelete
  35. tiny;
    ya lahhhhh....setelah digabungkan dengan aktiviti anak-anakkk he he

    ReplyDelete
  36. huhuhuhu!! sama la kite cklah.. sekeping gambar pn xder..
    sedey gak ni... xdpt jumpa cklah...
    sy pun blk cpt.. lps mkn.. basuh tgn.. terus slm ngn tuan rmh..

    ReplyDelete
  37. kita dating kat perak jela cklah hehe

    ReplyDelete
  38. haih... saya jugak yang duduk kat rumah sorang-sorang... huhu~~

    ReplyDelete
  39. kakngah;
    CkLah dh biasa gitu klu pi kenduri kawin...makan...salam...balik. Nama nk tengok pengantin sanding ke, nk jenguk bilik pengantin ke....tarak...he...he...

    ms Lilies;
    Nanti ckLah tunggu kt jambatan ya...he...he.....


    Syah;
    Apasal tk btau ckLah.....kalau tk boleh ckLah singgah ambik kau...

    ReplyDelete
  40. sy siar jugak..dh dibalas..hehe

    ReplyDelete
  41. n@m@n;
    Tak syuke tawww....he..he...
    Tak de hal lah....

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...