Bukan lagi di hotel mewah, atau di tepi kolam renang.....tapi di tepi kolam air tawar bapak, di perkarangan kediaman asal kami....(macam-macam jenis ikan ada di dalamnya...)
Pagi Aidil Adha kami mulai dengan solat sunat...setibanya di Masjid, terdengar suara bapak sayu mengetuai takbir raya...diikuti seluruh jemaah...(hati saya memang akan jadi hiba setiap kali mendengar suara bapak mengalun takbir, tahmid dan tahlil raya ini...Suara bapak memang sedap kalau mengaji...sungguh!!! Kalah Jamal Abdillah).
Alhamdulillah keluarga Abang Long saya dari Johor Baru,telah mengorbankan seekor lembu, dan diuruskan secara gotong royong oleh kariah tempat bapak... Lembu peliharaan mak sendiri...(Tak dapat rakam gambar kerana dilakukan berhampiran masjid....dan semua yang terlibat orang lelaki...ckLah kan ......
Kesibukan bermula selepas solat Jumaat.....cemas sedikit kerana kambing yang bakal diaqiqahkan hilang...(angkara cucu-cucu bertuah). Seluruh keluarga bertebaran ke merata kampung sibuk mencarinya, dan akhirnya, adik saya dari Sabah berjaya menangkapnya setelah berWWE di atas tar jalanraya....dengan berkain pelikat (balik dari masjid) . Adik saya, ckAjib, bekas
Adik saya ckAnip, dari Bandar Baru Bangi menyembelih sendiri kambing aqiqah untuk anak perempuannya...
Selalu Doktor Pakar ini bedah orang....kali ini kambing jadi mangsanya...
Disaksikan seluruh ahli keluarga....terutama cucu-cucu yang jarang jumpa peristiwa begini......
3 orang jiran yang pakar dalam hal lapah melapah, sedang membantu adik saya (tengah). Anak-anak
Semua ahli keluarga bergotong royong...
Semua tahu bahagian masing-masing...ha...ha... (Abang Long yang jadi tukang pegang tangga tak tergamak memandang ke atas).
Seorang profesor kejuruteraan UITM (kanan) ckRam, dan seorang akauntan Petronas (berbaju biru) PakDek, telah berubah menjadi chef...
Seluruh rakyat jelata kariah kampung hadir ke majlis tahlil dan makan tengahari pada hari Raya ke 2. 
Puding pelbagai perisa ini, ckLah yang buat...ahaks!
Malam itu kami berBBQ dalam hujan...
Tak boleh buat bawah khemah...Beranda rumah bapak jadi mangsa.
Apa-apa yang boleh dibakar...dimakan....
Keterujaan buat Nuha....
Satey ditempah khas oleh ckLah...sebagai tanda berkongsi rezeki atas kejayaan Nabil dalam UPSR...
Antara hadiah-hadiah yang disediakan....
Dan ini hadiah 'original oil painting'dari ckLah yang dilukis dibeli sendiri dari Leonardo Da Vinci pelukis jalanan warga Indonesia.......untuk sesiapa yang bertuah...
Acara-acara malam itu, tak payah terperincilah ceritanya.....Panjang sangat nanti. Kami mulai dengan takbir raya seisi keluarga...tazkirah...ucapan-ucapan bapak, wakil anak, wakil menantu dan wakil cucu, nasyid dari cucu kecik, penyampaian hadiah...makannnn!!!!

Seluruh 
Puding pelbagai perisa ini, ckLah yang buat...ahaks!
Malam itu kami berBBQ dalam hujan...
Tak boleh buat bawah khemah...Beranda rumah bapak jadi mangsa.
Apa-apa yang boleh dibakar...dimakan....
Keterujaan buat Nuha....
Satey ditempah khas oleh ckLah...sebagai tanda berkongsi rezeki atas kejayaan Nabil dalam UPSR...
Antara hadiah-hadiah yang disediakan....
Dan ini hadiah 'original oil painting'dari ckLah yang
Acara-acara malam itu, tak payah terperincilah ceritanya.....Panjang sangat nanti. Kami mulai dengan takbir raya seisi keluarga...tazkirah...ucapan-ucapan bapak, wakil anak, wakil menantu dan wakil cucu, nasyid dari cucu kecik, penyampaian hadiah...makannnn!!!!
Semoga seluruh ahli keluarga yang kini berjumlah 62 orang(daripada sepasang suami isteri 10 anak) ini akan terus bersatu dalam satu ukhuwah...dan generasi kami mengenali salasilah keluarga kami...(Carta aliran keluarga ini memang terpasang di atas pintu masuk rumah bapak!).
Mana ckLah? Mana ckLah? He..he..ckLah duduk sebelah kiri bapak....yang pegang 'baby' tu....comelkan ckLah baby tu?
"Isk..isk...isk....Panjangnya entri ckLah!"
Mana ckLah? Mana ckLah? He..he..ckLah duduk sebelah kiri bapak....yang pegang 'baby' tu....comelkan
"Isk..isk...isk....Panjangnya entri ckLah!""Ya lah.....kalau hal-hal tentang keluarga ckLah, cklah sangat-sangat berbahagia untuk merakamkannya dalam blog pribadi...kerana, merekalah kebahagiaan ckLah dunia akhirat!!!!!!!."
.
.

Memang meriah sungguhlah perjumpaaan keluarga Ck Lah..
ReplyDeleteHarap family zureen pun boleh buat seperti itu satu hari nanti..
jangan kau ucap selamat tinggal!!!!!
ReplyDeleteerk, cklah... jgn cubo2 utk menutup ini blog.. tidakkkkkkk..
ReplyDeletemeriahnya keluarga cklah..suka tgk kebahagian, kemeriahan, penyatuan keluarga gini... semoga keharmonian cklah sekeluarga berkekalan smp ke akhirat..
zureen;
ReplyDeleteItulah harta yang ckLah ada...keluarga! Alhamdulillah, cklah amat menyayangi mereka.
onzaaba;
Sudah tiba masanya.....xiiinam751.blogspot akan dikuarantinkan.....
AimanHadi;
Terpaksa dik.......
(Nak jadi ahli keluarga ckLah boleh lagi...anak-anak buah ckLah dah membesar sekarang...heh..heh..he...)
hehehe ada ke stok bunga2.. kumbang kat sini masih belum berpunya.. nanti leh join gathering keluarga.. meriah tu..
ReplyDelete1.bestnye dapat gather ramai2.saye jeles.
ReplyDelete2.kak, d drawing is nice...chantek sgt!!!!saye suke~
3.nak off blog ni?please dont...keep on writing, k~
che' pit;
ReplyDeleteBunga-bunganya masih menguntum....yang sulung baru tamat pengajian TESL dan baru minggu lepas daftar posting di sebuah kwsn Felda di Johor.
chentatiku;
ReplyDeleteXiiinam nak dikuarantin....kerana ramai sangat pembaca senyap yang sering lalu lalang tanpa sudi menyapa.....macam dindalah......hu...hu...
ha? nak ke mana? jangan kuarantinkan diri, cklah!
ReplyDeletebab family ni mmg buat kita teruja sampai terlupa nak stop kan kan kan.. itulah tanda kebahagiaan yang amat.. yang seronok utk dikongsi bersama... membaca pon rasa teruja sebagaimana yg menaip entri pon teruja menceritakannya...
ReplyDeletealah.. cklah.. kuarantin jer kan kan kan.. nanti 'dh sihat' nanti, open door semula k...
didoakan segalanya selamat sejahtera... salam utk cklah..
meriah btol family cklah...hepi btol kak...
ReplyDeleteSalam cikgu,
ReplyDeletesemoga happy selalu bsama keluarga yg besar tu...
famili suami saya dulu ada juga buat pejumpaan keluarga besar camni, tapi skarang dah tak buat lagi bila mak ayag dah tak ada...
nak kemana cikgu, ayik ucap sayonara je... jgnlah tutup blog kesyangan ramai ni, nanti rindu mana nak cari cikgu?
biarkan je pembaca senyap tu, yg penting yg ada depan mata ni... yg taka ada biarkan je!
Meriah sungguh..
ReplyDeleteTak panjang mana pun n3 ni..
Seronok membaca dan melihat picts..
Ku sokong kata2 Bro One..
Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal atau Sayonara..
Mau ke mana?
Jangan p mana2 bah..
terus saja berkarya..
salam cikgu...meriah..happening....berkat...itu sahaja? tak banyak lagi....seronok,mengujakan,wish I was there,muafakat, sepakat,kuat,erat,rapat,padu,bersatu,keluarga mithali,kalau boleh saya nak rumuskan banyak lagi...tapi saya kurang pandai berbahasa.... jangan kuarantinkan blog cikgu...dia tak menyebarkan virus...malahan keseronokan.
ReplyDeletewow menarik!! selamat bergembira buat keluarga cklah sekeliannya :)
ReplyDeleteOh...kolam itu!!!...menjadi nostalgia... tempat aku mandi sewaktu ku kecil dulu...
ReplyDeletepssst: ijek blendrangnge?
salam buat cklah....
ReplyDeletesetiap entry yang di hasilkan membawa maksud dan gaya yang tersendiri.
terasa kehilangan sangat kalau blog nih di kuarantin.
meriahnyerrr uoolsss.. ehehe
ReplyDeletememang seronok berkumpul bersama family... itu untungnya kalau family besar, meriahhh... Heheheheheh :D :D
ReplyDeleteerr... mahu sayonara?? kenapa???
syahshah;
ReplyDeletemeriah dan gumbira...kalau semuanya bersatu hati. InsyaAllah....
Jom nyanyi...
"jangan ditanya...kemana aku pergi..ahaks!"
arpeaggos (perghh..susah nak eja nih!):
Lama-lama sangat....nanti urang busan jah!!!
en-me;
gitewwww lah adanyaaa..ahaks!
mawar;
ReplyDeleteKat situlah dulu ckLah selalu tunjuk skil kuak lentang, kuak kupu-kupu dan terjunan bebas tanpa papan anjal.....kepada mana-mana 'dayoh' yang datang.....macam kau...ha...ha..sekarang nak masuk pun takut...ikan keli suka sondol montot!
maksu;
ReplyDeleteamin ya Allah, maksu!
azani;
Semoga generasi kita nanti juga akan sentiasa menjaga ukhuwah dan kepentingan keluarga ya.....
LOL;
Terima kasih LOL
P/s: Ada masa-masanya...menghilang lebih baik....
mamamoden;
ReplyDeleteSemoga ukhuwwah terus terjalin, meski ibu dan bapa telah tiada...amin.
kaktiny;
Tapi ada orang tak suka tau ckLah banyak sangat cerita hal keluarga....dia kata ckLah menunjuk-nunjuk...ha..ha...Dah memang itu aje yang ada untuk ckLah tunjuk...keluarga orang kamung je...ahaks!
~o~;
ReplyDeleteYa dik...mereka adalah kegembiraan ckLah...kau kawin nanti, mesti dapatkan anak banyak-banyak tau...supaya membiak lebih banyak lagi...he..he...
kucingorengemok;
Terpaksa lah sayang.....relakan kanda...he..he..
aku baru lepas meneroka hjzailani.net..... hebatttt!
ReplyDeleteerrr... ni entry kedua terakhir?
apalah ertinya alam maya (cyber) ini tanpa blog mu.... huwaaaa.... huwaaaa
ngape nak sayonaraaaaaaaaaaaa??? tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!
ReplyDeleteshifu;
ReplyDeleteTaklah sehebat mana...
Orang kampung biasa-biasa je....
Tak adapun Dato', Tan Sri atau orang-orang bergelar dalam kelauarga kami ni...
theconfused;
Elehhhh.....kalau tak sayonara punnn, kau bukan rajin nak ke blog daku...cit! Sejak berfacebook ni, bukan main liat nak berblog kat rumah cklah eikkkkk!!!!
Psst:
Selamat pengantin baru tawww...cklah tak boleh hadir lah beb. Kenduri tahlil sempena 100 hari pemergian bonda mertua. Harap kau barbahagia ...berhati-hati melangkah ke pelamin, jangan terpijak gaun labuh!
meriah sungguh suasananya, tahun depan boleh dibuat lagi, tahniah
ReplyDeleteanjang;
ReplyDeleteInsyAllah...ini memang acara tahunan kami. Cuma sekarang ini bapak agak uzur, tak boleh dibuat di luar kawasan lagi macam dulu...
betul tu, ramai pun, kalau tak bersatu hati, tak meriah mana... Hohohohohoh :D :D
ReplyDeleteAlah ckLah, pedulikan saja orang yang tak suka tu... dia sorang ja... orang lain takde hal pun... jadi, yang bermasalah tu dia, bukan kita... heheheheheh :D :D
eh, rasa macam batu api pulak... hihihihih :P :P
syahshah;
ReplyDelete....orang tak pakai batu api dah sekarang....
Jadi penunu bunsen kat makmal je lah...he..he..
Tahniah kepada ustaz dan isteri kerana dapat memimpin keluarga dengan cemerlang.
ReplyDeleteJanganlah limitkan pembaca blog ini dengan mengkuarantinkannya. Biarlah ia terbuka kepada sesiapa saja.
Kekuatan blog ini adalah kepada gaya penulisannya. Walaupun hanya template ringkas tanpa dipenuhi pelbagai widget yang serabut,atau pertandingan untuk menarik follower pengunjungnya tetap ramai.Ada mesej tersembunyi di sebalik setiap coretan, bagi yang membacanya.
kenapa nak kuarantin blog cklah... kesian pengunjung alam maya tak ada tempat nak singgah!!
ReplyDeletecikgu_math;
ReplyDeleteSekadar singgah tapi tak menyapa pun tak best kan..
cklah akan hantar e-mel jemputan tak lama lagi kepada pengikut blog terpilih...ahaks!
mizi;
Terima kasih bagi pihak ustaz.
Saya menulis blog ini hanya untuk bersantai. Tapi, andai 'kesantaian' itu juga sudah tidak mampu dikecap melalui blog, ada ketikanya...diam itu lebih baik. Kan?
keluarga yg bahagia.ada kekosongan utk jadi ahli lagi ke? :D
ReplyDeletesaya menyenangi blog ini, terasa seperti sedang membaca novel karya sasterawan ternama.
tak mahulah jadi penunu bunsen, kecik... biar saya jadi dapur gas... hahahahah :P :P :P
ReplyDeleteeh, dah lari topik pulak... ampuunnnnsss~~~ kui kui kui kui :P :P
juliet;
ReplyDeleteAda kekosongan.....
Kami nak cari seorang lagi bibik untuk tolong mak ckLah buat kerja-kerja rumah.....ahaks.
Jangan marah ya? Gurau ni...
Eleh....memuji-muji...anak sedara lelaki ckLah baru 2o tahun beb ..
syhashah;
Dapur gas...?
Bukankah, kita pernah berjanji.....
'Andai aku menjadi dapur gas..
Kau menjadi tong gasnya...?
(alang-alang dah keluar tajuk karangan kannnnn?
CkLah,
ReplyDeleteamboi seronoknya Sally tgk keluarga besar kanda nih..maklumlah Sally dari family keciiiiiikkkk sangat..best kan..tumpang bahagia..
tchersally;
ReplyDeleteDinda besarkanlah......ada banyak peluang lagi tu...ehehehe
oh sedapnya makanan. cklah mau ahli keluarga angkat tambahan? hehehehe
ReplyDeleteSalam ckLah.
ReplyDeletePuding tu samake dgn dadih?
Emak Adam pun ada buat dadih utk majlis takbir pada malam raya tu.
Ada lebih lagi tak? Nak rasa sikit
Terer adik awak yg dari Sabah tu bergusti dgn kambing. Lain kali kambing2 wak wedok fikir dua kali kalau nak lepaskan diri dari dia hehehe
ReplyDeleteMacam2 yg dibakar. Rugi tak pergi Sg Manila malam Ahad tu tapi apa boleh buat kat Seri Tiram pun ada program huhuhu
ReplyDeleteBiar saya jadi pengomen ke 44.
ReplyDeleteJgnlah berhenti blogging. Nnt ramai yg meroyan.
salam cklah..
ReplyDeleteseronok nya tengok kemeriahan keluarga berkumpul..
sg manila tu kat ner ek...???
amboi meriahnya..
ReplyDeleteseortnok gila kalau sesekali dapat berkumpul semua sekali!
Yunus Badawi>
ReplyDeleteErrrr...I don't know what is dadih...
He..he...
Samalah tu...senang je buatnya. Sambil pejam mata pun boleh.
Nak sikit..?
Dah habis dikerjakan anak-anak saudara....sedap sangat kot. Hi..hi..
Yunus Badawi>
Kalau tak...sia-sia je badan Malek Nor dia...ahaks!
Yunus Badawi>
Yalah....orang makan ikan bakar Tangling...kami .made in dewe' je..(buatan sendiri)-istilah PakDe saya
Yunus Badawi>
Bukan nak berhenti...nak rehat lama je....lepas tu nanti saya akan buka blog kepada follower tertentu saja...
ummi humaira>
ReplyDeleteSalam ummi...terima kasih, datang juga ke rumah xiiinam ni ya...
Sg Manila tu di Hutan Melintang..
Err...Hutan Melintang dekat Teluk Intan...
Pelik-pelik nama tempat kat Perak ni ya!
sI tEDI>
Seronok dan kecoh..he..he..Nak-nak masa nak mandi...sebijik macam mangsa Tsunami...
memang makmur sungguh...
ReplyDeleteDrSam;
ReplyDeleteAlhamdulillah....itulah aset kami!
tijah;
ReplyDeleteLarat ke kau angkat daku?
Kita berbesan je lah...
tok tok tok!
ReplyDeleteassalamualaikum...
sy nak cari rumah pak ustaz zailani.. nak pergi hr keluarganya...
.
.
.
errr...
dah terlepas hari ke???
errr..
betul lah 2 hb...
.
.
opocot!!
raya ke 2 ke?
bukan 2 dis.
kempunan la nak rasa puding buatan chegoo tu...
:D
klu tak silap penglihatanku ini,
ReplyDeletenampak seperti kerang saja yang dibakar itu...
kan.. kan..
.
.
gulp..
telan air liur pun terasa kerang..
hihihi :D
meriah....
ReplyDeleteerrrkk klu cklah tak ckp yg mana satu cklah dlm gambar tu sy tetap julingkan mata mencari
kts;
ReplyDeleteDatang hari ni pun boleh....tolong basuh periuk kawah....he..he...
Kts;
Kerang tu budak2 je yang makan....ckLah tak reti...he..he..
kuIna;
ReplyDeletedah...dah...betulkan balik kejulingan tu setelah melihat kecumilan ckLah...err...baby tu...he..he..
Masukkan nama saya sebagai follower blog baru awak ya.
ReplyDeleteYB;
ReplyDeleteBergantung kepada syarat dan terma..
Hi..hi..
aku pun nk kuarantin jugalah gini... :)
ReplyDeletetasek;
ReplyDeleteEngkau tak boleh dikuarantin....kurung dalam bilik kebal pun kau boleh meloloskan diri..he..:)
Nice blog!
ReplyDeletemeriahnyer kluarga cklah...
ReplyDeletesebbaik jumpa
"Puding pelbagai perisa ini, ckLah yang buat...ahaks!"
ingtkan.. cklah koej amik gambar jek.. kehkehkeh!!
Meriah sungguh...
ReplyDeleteTeringin pula nak buat untuk keluarga.
Tapi masih belum cukup korum..hehehe.
Muafakat membawa berkat.
Semoga ukhwah terjalin berterusan.
Assalamualaikum cikgu!
ReplyDeleteAkhirnya jumpa cikgu di sini!
Dah lama intai blog ni. Nampak macam dia...macam bukan.
Tapi.....
Bila nampak gambar-gambar dan cerita-cerita di atas, baru yakin....
Ya..Inilah orangnya!!!
Tak akan ku lepas lagi.
jamor;
ReplyDeleteThank you....
And you...why don't you open your blog to public?
It's not fair, okey!!!!
kakngah>
ReplyDeleteKeh..keh..keh...proses membuat puding dadih tu sangat susah okey...kena petik buah di ladang, kupas, kisar...tapis...kemudian embunkan 7 hari 7 malam....dan membuatnya mesti sambil berdiri sebelah kaki. kalau tak tak menjadi...kih..kih..kih....
mawarmerah2008 >
ukkhuwah antara kita juga....(meski semakin jarang berkunjungan):(
seronoknya kumpul ramai2
ReplyDeleteboleh tahan seronok.
ReplyDeletesalam..itu la rahmat keluarga besar yang bersatu...cara yg paling dekat menghiburkan hati kedua ibu bapa..apabila melihat anak cucu berkumpul....salam eid
ReplyDeletesalam...setiap manusia akan usaha dengan sungguh terhadap apa yang diyakininya.......kita sebagai orang islam...kene yakin bahawa ,kita akan mendapat kejayaan apabila kita mentaati perintah Allah dengan cara yang dilaksanakan oleh baginda saw....
ReplyDeletemaka, tekad la ni...
ReplyDeletetetap mahu dikuarantin??
blh xnk buat rayuan agar sy termasuk dlm list follower cklah?? plz cklah.. plz...
ok over sudah..
tp serius ni cklah.. *sengih comel*
Kalau asal benih yang baik....
ReplyDeleteJatuh ke laut, menjadi pulau.
Tahniah kepada keluarga ustaz!
Selamat hari keluarga!
ReplyDeleteoh lembu huhuhu.......
ReplyDeletehans ;
ReplyDeleteSeronok memang....
Tapi keseronokan bukan fokus utama program kami....
Yonsumo;
Sama macam hans ya!
arsaili;
ReplyDeleteSalam zulhijjah
Anakpendang;
Blogwalking lagi lah ni....baca ke idak n3 ckLah ni agaknya...
aimanhadi;
ReplyDeleteAda masa 7 hari lagi untuk berfoya-foya dengan ckLah diruang cyber ni.....
Bestari;
Mari menabur benih....he...he...
sahrir;
ReplyDeleteSelamat tu selamat juga.....yang awak tutup blog awak dari ckLah tu......sangatlah selamatnya. Ini tak adil!!!!
Naqeeb;
Tiba-tiba meratapi lembu ni.....
Syukur dapat mertua sepertinya...
ReplyDelete...dan syukur dapat anaknya!
ReplyDeleteYes abah...
ReplyDeleteI'm happy to be a part of them...
7 hari??? owh, slps ni mula berkhidmat dgn lembaga peperiksaan kah?? =)
ReplyDeletedemi dia;
ReplyDeleteErrrr.....errr....eh....er.....(sambil malu-malu)
Pueteri eiman;
Ya...ya....ya.....he...he....
aimanhadi;
ReplyDeleteSsssssyyyyyyy. Sendiket sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1974 tu. Tak boleh dihebohkan.....:'(
Biar pecah diperut,jgn pecah di blog okey!
He..he...
sy pn tgh terpk nk buat salasilah utk kuarga saya..hmmm hmmmm
ReplyDeleteHemy;
ReplyDeletebuat je...teknologi semakin canggih! He..he..
opocot! eh dh x ingt apa yg sy taip sblm ni....
ReplyDeleteok x cklah?? ;)
AimanHadi;
ReplyDeleteNakal! Kutil perut tu karang nak?
:)
Salam ziarah anda...
ReplyDeleteEid Idul Adha MUBARAK!
Alhamdullillah..meriahnya keluarga cikgu..
ReplyDeleteSalam aidil Adha,,
ReplyDelete