“Ohayoo gozaimasu!! Moku-yoobi-ni nihongo-ni kin-yoobi!”(Selamat pagi. Saya pergi Jepun hari Jumaat .)…………….. Jangan Cemburu!!
“Kyoo-no gogo-kara ashita-no ban-made kyooto-ni ikimasu!”(Saya di Kyoto petang ni hingga pagi esok!)
Sekarang masih di Kyoto, bandar raya kuno yang pernah menjadi ibu Negara Jepun suatu ketika dulu. Bayu dingin musim luruh berpuput lembut, menampar-nampar pepohon Sakura lalu menggugurkan puin-puin merah di teritis bangunan Kuil Eikando Zenrin-Ji , yang sudah seabad usianya, di hadapan restoren tempat saya duduk bersimpuh, sambil menikmati mugi-cha (roasted barley tea) panas bersama shusi, yang dihidang gadis ‘maiko’ berkimono bermata sepet tadi….sebijik macam OSHIN!!!
“Nani-o tabetai-dess-ka?” (nak makan apa?) Tanya maiko berkimono yang sebijik macam Oshin itu.
“Nani-o tabemashoo-ka?” (apa ada?) Tanya saya balik.
“Washoku-o tabemasen-ka?” (Kau lalu ke makan makanan Jepun?) Si Oshin itu macam mencabar. Ada sedikit cebik di hujung bibirnya yang kelihatan merah kecil dikelilingi bedak tebal di wajah.. Mentang-mentang saya nampak kampungan dengan cuma berbaju kurung kain ‘cotton’ berbunga kelabu halus dan bertudung bawal di tengah cuaca sejuk itu!. Aku cabut wig kau, baru tau!!! Mesti dia perasan, lidah saya lidah ‘Javanese’. Bukan ‘Japanese’. Saya rasa tercabar, terus pesan shusi walau tak pasti boleh masuk tekak atau tidak!!! Nak tanyakan kuih cakoi, malu!! Dalam kamus tak ada pulak perkataan itu!!
Bila dia tengok saya tak habis makan shusi, dia perli saya;“You want some more, madam?” Eh…pandai cakap Inggeris pulak dia!
“Moo kekkoo-desu!” (Tak apalah, saya dah kenyang) Jawab saya cepat-cepat.
“Gochisoo-sama-desita…thank you for the delicious meal” Saya perli dia balik.
Nyamannya hawa Kyoto, tak panas pijar macam di Teluk Intan!! Orang Jepun, semua jalan laju-laju. Baju mereka, lebih kurang satu warna sahaja. Tidaklah secitrawarna orang Malaysia. Kagum! Jati diri mereka sangat kuat. Semua guna bahasa Jepun. Saat tersesat jalan, saya cuba bertanya kepada seorang anggota polis, menggunakan bahasa Inggeris. Mereka jawab dalam bahasa Jepun:
“Nihongo-de hanashite kudasai!”
(Please speak in Japanese!) Dia kata.
Eksen betul! Kerek! Nanti kau, datang Malaysia saya suruh cakap Melayu…..tapi masalahnya, kat Malaysia rakyatnya sangat bertoleransi dari segi bahasa! Yang bercakap Cina ramai. Cakap Inggeris ramai. Cakap Melayu campur Inggeris……..laaaaaaaaaaagi ramai. Bertoleransi sungguh!!!Sekarang, saya sendiri terpaksa gunakan bahasa Jepun juga….apa nak buat, di negara orang!! Walaupun Jiwa saya Melayu Jawa jati!
“Shusi-ya-ni ikitai-desu…(saya nak ke restoren shusi).Koko-kara chikai-desu-ka? (ada tak dekat-dekat sini?” Saya tanya polis tu dengan yakin.
Yang hairannya, saya sendiri terkejut….macam mana saya tiba-tiba boleh sefasih ini.??Hairan.
Lepas ni pergi Lorong Karasuma-dori untuk ‘shopping’. Banyak tempat, nak berbelanja habis-habisan. Kawan-kawan blogger kat Malaysia mesti mengaruk nak buah tangan kalau tahu aku ke Jepun. He..he... Meeten-gai (shopping mall), aakeedo (arcade street macam di Jalan Masjid India), shooten-gai (shopping street) macam Petaling Street, malah, chika-gai (underground mall) pun ada….bunyi macam cikai je…dan, kuih cakoi macam ada jumpa kat sini! Hampir sama……tapi, tak yakin halal haramnya!!!

Sambil berjalan, mata saya tertancap ke atas deretan kedai-kedai di situ. Segalanya tulisan Jepun. Nama kedai, iklan, papan tanda, arah tunjuk jalan…..semua bahasa Jepun.
Sambil berjalan, mata saya terus memandang ke atas…bangunan yang tinggi-tinggi itu. Sambil mulut terkumat-kamit memuji orang Jepun tak habis-habis. Yang hairannya, dalam merungut meraban itu pun, saya tetap berbahasa Jepun. Fasih! Hairan! Bila pulak saya belajar ya? Setakat tengok Doraemon…..takkan tiba-tiba boleh sefasih ini pulak! Ehehehe…Bijak bahasa juga saya ni rupanya…
Sambil berjalan, mata saya masih merenung ke atas…………………
Tiba-tiba, aduh….kepala lutut saya tersadung kepala pili bomba berwarna kuning! Bertulisan Jepun jugak!!!
“Adeh…adeh…adeh……##%$&*&%$$#!!!! Lutut aku……..!!!!!” Eh…cakap Melayu pulak???
************************************************
Nota satu: Segala mimpiku musnah, kerana roh ku yang mengembara ke bumi Nipon telah kembali ke jasad . Hairannya…satu patah haram bahasa Jepun pun saya tak ingat lagi dah. Tadi bukan main fasih……….
************************************************
Nota dua: Nada dering SMS di PDA saya….memusnahkan segalanya.
“Cis, siapalah sibuk bagi SMS orang tengah sedap tidur ni!”
Lalu saya baca.:
“Hi teacher! Betulkah ada test Sejarah on Monday? Baca sampai mana? Saya absent last Friday – Evelyn Chia (3 Jingga).”
Saya jawab:
“Ujian topikal .Baca bab 1 saja, tajuk: Pendudukan Jepun di Tanah Melayu!”
(Nanti kau Evelyn…cikgu belum sempat ambik gambar pakai kimono dan menari kipas ala geisha dengan si Oshin lagi tau!!!! Kacau daun betul!!! Ada yang nak makan sup selipar Jepun ni!!!!!Hu…hu…hu)
Pening kepala buat 60 soalan untuk ujian bab Jepun esok pun belum hilang lagi…
*******************************************8
Nota tiga : “Ooooooooo….Patutlah semua Japanese Dictionary DIA hilang hari ni!!!! Kat bilik ibu rupanya!” Tiba-tiba, anak sulung saya DIA, mengejutkan saya. Mengutip 5 buah kamus Jepun-Inggeris kesayangan dia yang sudah bercampur aduk dengan buku-buku rujukan Sejarah Tingkatan 3 saya.
*******************************************
Nota empat : Gambar sekadar hiasan ilusi mimpi...he...he...he...he...he...





“Cikguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Tak nak kerja rumah lagi! Dah banyaaaakkk”. Murid saya merayu.



Ini stok mi segera untuk Mikail. Mak sudah pastikan semua item ini bukan di bawah kategori barang boikot sekutu Israel. …
Anak dan ibu yang dah beberapa hari terpisah. Saya biarkan mereka melepas rindu..

Buku-buku dan majalah yang dipesan Mikail via telefon. Laptop yang mak bawa dapat melepaskan rindu Mike pada internet…dan friendster dia. Seorang Wira, rakan mike turut sama ‘menumpang kasih’ dengan laptop itu…..
Wira-wirawati sedang makan dan kemudian membasuh pinggan masing-masing…baguuuuus.
Cikgu Haji Nasir sedang khusyuk mendengar taklimat oleh anaknya, Mikail tentang kawasannya…he..he..
Tibalah saat berpisah. Mikail mengiringi mak ayahnya ke pintu masuk.
Dalam banyak-banyak benda kat tempat yang dikelilingi tasik itu, mata saya tertancap kepada yang ini……dapat berkubang anak beranak dengan rakit ni, mesti best ni….
Nota: Mikail atau Mike bukan nama sebenar. Maknya tak bagi tulis nama sebenar. Takut ada orang ngorat anak terunanya yang handsome itu. Mike ialah panggilan rakan Mikail semasa dia bersekolah di sebuah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi. Mike ni ada bakat jadi pengarah filem. Dia pernah memberikan saya sebuah DVD filem pendek lakonan dan arahan dia serta rakan-rakannya di asrama dulu. Dia sangat mahir dalam video editing… macam mak dia (cikgu ICT yang vogue) dan makciknya (bukan cikgu ICT yang buat-buat vogue)…e..he…he









Kalau tak sempat baca sebelum masuk, sebab dah terdesak sangat, kat pintu dalam pun saya tampal….bolehlah baca dengan tenang masa kat dalam tu….













Dan dalam keletihan dan ‘serba ketakbermayaan’ ibu kerana kerja video editing di PKG yang hanya berakhir jam 5.00 petang….hanya ini yang dapat ibu sediakan untuk kamu…serba kelam kabut…tengkuk ku sengal dok mengadap pc...mengedit video menggunakan perisian Sony Vegas7...Ada siapa-siapa boleh rekomen tukang urut yang best???
Nota: Saya cuma tukang menggoreng macaroni itu. Bawang dikupas oleh Nadia yang seterusnya menurut perintah ‘memblender’ perencah. Teh stoberi yang masih berbaki dibancuh oleh Nabil Emir. Nabila mencedok dari kuali dan membawanya ke meja makan. Abahnya yang macho dan tangannya berurat timbul, menunjukkan skill membukakan tin cendawan butang dan menghiris itu cendawan nipis-nipis, menjerang air dan melembutkan macaroni, seterusnya mengemas serta membasuh kuali sementara ibu sibuk bermekap, bergincu dan mencalit maskara (macam laa ada mascara segala, botol mascara pun tak pernah pegang!)

Inilah songket korporat sekolah saya. Miang badan memakainya....gambar akhir tahun lepas.. Saya boleh dikenali melalui handbag itu...ha..ha..
Perhimpunan pertama hari ini, lebih ditumpukan kepada mengulas Keputusan PMR yang masih hangat. Sekolah saya masih mengekalkan kelulusan 100% dengan 57 daripada 182 pelajar mendapat ‘stret A’. Sesuatu yang membanggakan untuk sekolah harian seperti kami. Lainlah sekolah SPBP atau MRSM. Cikgu-cikgunya tak perlu mengadap murid yang masih kabur baca tulis dan kelabu asap seperti kami!!!Tahniah kepada rakan-rakan guru dan semua murid tingkatan 4, termasuk puteri sulung saya. Kamu berhak gembira, tapi sikit-sikit sudahlah. Ini baru PMR. Masih banyak cubaan di hadapanmu……
Murid tingkatan satu dan ibu bapa mereka sedang khusyuk mendengar taklimat
Ibu bapa murid tingkatan satu bersesak di korodor...mengintai-intai anak dalam kelas....Aku nak tumpang lalu pun tak boleh.... terintai-intai nak memantau anak sampai macam tu sekali......