20090227
Berapa Harga Jujur?
Aku: Eh, bukanlah! Duit kak Su tu….
(Aku cuba berlaku jujur. Jangan kacau hak orang! Dosa!!)
Kak Su: Tak bilanya. Duit kao tu!
Aku: Duit kak Su!
Kak Su: Duit kao itu bah…aku bilang duit kao...(bila marah, maka terserlah loghat Sabahnya!)
Aku : Kak Su!!!
Kak Su: Kao!!!
Aku: Kak Su!!!
Kak Su : Kao!!!
Aku: Kalau 2 kupang tuuuu, duit kak Su…… Kalau 20 hengget, barulah duit aku!!!!
Kak Su: Kepala hotak kao!!
Adehhhhhh….sakitnya otak kepala aku!!!!! He…he…he…jangan marah kak Su!
Aiiiikkk....pendeknya entri kali ni? Yalah...ini entri scheduled.....post melalui NORKIAH E90 saya....saya masih berpergian....jumpa lagi esooooooookkkk. Daaaaargh!!
Lain kali aku nak tulis n3 lagi pendeklah...ok tak wahai para peminatku? Ahakss!!!
20090225
Akhirnya, terbit juga SINAR itu….
Ini adalah edisi ke tujuh saya secara peribadi, dan edisi terakhir yang diterbitkan dengan saya memikul tugas sebagai Ketua Penyelaras Majalah Sekolah selama 7 tahun berturut-turut. Sepatutnya majalah ini diedarkan pada Disember lalu, tetapi oleh kerana pelbagai masaalah yang saya hadapi sepanjang tahun lepas, penerbitannya lewat beberapa minggu…….seperti komen seorang guru "Tak pernah dalam sejarah Convent...majalah sekolah diterbitkan selewat ini!!!!" Betul cakap dia...
Pelbagai rintangan…dengan keadaan kesihatan saya yang agak ‘hancur’ sepanjang 2008, masalah AJK yang seperti Baji Dengan Penukul, masalah dengan pengiklan, pencetak….malah lebih mencabar lagi apabila sistem komputer diserang virus menyebabkan kami kehilangan banyak data yang sedang, telah dan akn diproses…..
Hanya saya…dan AJK saya yang tahu, betapa peritnya cabaran itu……
Bungkusan majalah baru keluar dari Van Syarikat Pencetak.

Reaksi pertama, pelbagai komen mendesum-desum bagai peluru motar dari atas, bawah, tepi, depan dan belakang….Ahhh, mulut-mulut itu …..kalaulah dia tahu pahit getir kami…Tak apalah. Komen yang membina, terima kasih. Komen yang berbau kutukan…juga terima kasih. Memang, sesetengah orang sangat pakar mengutuk, kerana darah ‘kepengutukan’ sudah mengalir dalam tubuh. Dalam blog pun macam tu, kalau dia dah set nak mengutuk orang, dia tak kira apa nada entri tu, enti sedih ke, lawak ke, duka ke…dia bantai kutooookkk je!! Deria rasa dia dah mati kot…


Ucapan terima kasih kepada AJK Redaksi (murid), yang sabar dengan kecerewetan dan kegarangan , kehangenan saya kekadang……terima kasih kepada cikgu Julia, yang telah banyak menanggung sengsara ketika tiba-tiba hidup saya menjadi huru-hara sekejap tahun lepas dan banyak berkorban masa, tenaga dan perasaan (tahan kena marah) sampailah terbitnya sinar ini. Terima kasih JU!!!. Terima kasih…akhirnya, SINAR itu terbit juga sebelum mesyuarat Agung PIBG dan sebelum kedatangan Rombongan Juru audit kewangan sekolah….haih…Lega….
Maaf, kepada semua pihak terutamanya semua murid Convent yang setiap tahun menantikan penerbitan naskah ini.....maaf kepada mana-mana pihak yang kurang berpuashati sekiranya ada, maaf kepada mantan Pengetua, PK HEM dan PIBG, serta murid-murid Tingkatan 5 -2008…..sepatutnya kamu dapat edisi kamu pada hari akhir kamu di Convent dulu…Kepada ‘penunggu’ keputusan SPM, sila datang ke sekolah mulai sekarang hingga hari pengumuman keputusan …(dan jangan lupa jumpa cikgu untuk dapatkan tanda tangan pada ruang 'autograf'...he...he....he......he...he...he...he....he...he...(gelak hambar tanpa perasaan!)
Akhirnya, dengan tulus ikhlas dan rendah hati....saya, dengan ini meletakkan Jawatan yang sudah tujuh tahun tergalas di bahu saya........Kepada Ketua Penyelaras dan AJK Redaksi yang baru...selamat maju jaya.....20090224
Meraikan Sahabat Orang kecil...
Biasanya, kalau ada staf bertukar….akan diadakan majlis dan jamuan yang pasti meriah…diiringi ucapan demi ucapan.. memberi hadiah…..senyum senyum..ambil gambar!!! Lepas tu nangis-nangis…peluk-peluk Arab….dua tiga bulan…lupa…biasalah kan!Tapi untuk yang dua orang ini…. tidak begitu! Malah, ada yang tidak sedar pun, akan pertukaran mereka berdua ini. Kenapa ya? Ahhh…mungkin dalam perancangan...…mungkinlah. Maklumlah…semua orang tengah sibuk masa ni…bukan sebab mereka orang kecil…tak baik buruk sangka!!!
Maka, biarlah kami buat kecil-kecilan dulu…..tanpa mesyuarat rasmi, tanpa kertas kerja dan tanpa protokol segala, kami yang juga orang kecil, saya, dan beberapa orang ‘sahabat akrab saya’, kak An,Kak Sal,kak Su,Kak Leha, kak Nora, Fizah Makmal,Din Makmal, dan cik Zura…Linda Brutal, Kak Senah dan kemudian ada beberapa orang ‘adik’ cikgu GSTT .. “Sahabat Akrab” saya memang dari pelbagai lapisan staf kat sekolah tu…dari yang berkelulusan SRP Sekolah Ulu Benua sampai Sarjana dari Boston.….Saya boleh berkawan dengan sesiapa…..asal ikhlas..… malam ni hanya 16 0rang saja....(semua staf ada 70 0rang... )jadi kami tempah dua meja....
Inilah, dua sahabat orang kecil kami yang terpaksa bertukar kerana berlaku masaalah lebihan staf itu…..
Kak Timah. Pekerja sokongan yang amat baik dengan saya. Walaupun saya cikgu, dia pekerja am….tapi dia sebenarnya banyak mengajar saya tentang hidup…dengan caranya yang tersendiri….
Kak Timah dan suaminya yang sporting memakai batik sutera sedondon…formalnya bang! Ha..ha..ha
Encik ZubairiRamli ; baju belang(saya panggil dia ‘Berry Lee’…ha..ha..). Tukang kebun sekolah. Meski saya dan dia ternyata mempunyai fahaman yang sangat bertentangan (selalu bergaduh saat berbahas dalam politik kedai kopi…ha…ha…), tapi dialah yang selalu menemani saya dating makan di kantin, yang berlari ke farmasi di luar sekolah, mencarikan Pil Chi Kit Teck Aun untuk saya, saat saya kesakitan kena ceret beret, dia yang selalu membersihkan meja saya yang selalu sarat dengan pelbagai kertas….Dialah kumbang antara bunga….kerana kami memang ketandusan staf lelaki….he..he..Teruskan perjuangan cap bulan kamu Bairi…..akak, biarlah dengan rahsia akak, sokong mana!!! Tiba bulan Ramadhan nanti, pasti kami akan cari kamu untuk bayar zakat fitrah (dia ‘amil zakat)…dialah lelaki macho yang tenaganya diperlukan saat cikgu2 wanita mahu mengangkat almari atau kerja berat lain….Di sebelah Berry ialah Cek Den Makmal. Satu-satunya staf lelaki yang tinggal…tukang baca doa kalau ada majlis rasmi sekolah….habis…takkan suruh ustazah kot…..kami semua perempuan!
Sekitar majlis kecil tanpa formal, tanpa protokol tapi ‘penuh etika persahabatan’ kami…..
Dah 8.45 malam. Kak Nora tak sampai-sampai. Katanya membeli hadiah di Ipoh.
“Zura, ko call Nora. Aku dah ngantuk ni!” Kak Su dah 'tensen' kerana asap steam boat menampar-nampar wajah mulus polos keibuan wanita Tenom ini…ha…ha…ha…
“Aloo kak Nora….kat mana ni? Iyelah…traffic light mana? Kat TI ni banyak traffic light!!” (Blog kak Su: http://onelovesue.blogspot.com) sorry kakSu....nak bagi kak Su glemer macam saya ..ha..ha..ha..
“Kot iye pun…cer bawak bersabor”, kak Sal cuba menasihati tangan-tangan yang bersimpang siur…..he..he…he…
Kak Su sedang'memfaraidh' kan hidangan supaya pembahagian sama rata, adil dan saksama….Ha..ha....tengok Zura, sampai menadah ‘besen’. Hi..hi…
Bersembang sambil menonton Raja Lawak……lawaknyaaaa!!! 
Yang ni…tak tau nak ceritalah….buatlah cerita sendiri…hu…hu.. 
"Kau baik-baik sikit dengan kamera si Ram tu...bukan boleh percaya dia tu. Nanti semua nak masuk dalam blog dia!!!" kata seseorang....cuba menabur fitnah...he..he..he...
Dah lewat malam ni….kami paksa anak-anak dara pergi balik dulu…suh..suh…..(adik2 GSTT kami) Selamat maju jaya kepada Linda Biru yang telah mendapat pekejaan tetap di JPN Ipoh, dan Linda Ungu yang akan mulai bertugas di kementerian Kesihatan minggu depan....
Tinggal kami , pak-pak dan mak-mak dara tak sedar diri….nak berfoya-foya….menyembang… (dancing-dancing dan mabuk-mabuk…ha…ha..ha..) macam restoren tu kami punya…..terkenyit-kenyit mata adik ‘waiter’ kat restoren tu menunggu kami tak yang masih tak ingat nak balik juga ….kebetulan, adik tu ‘insan istimewa’ yang tidak mampu mendengar dan bertutur….kalau tidak, mau dia tumpang sama dalam kebisingan itu….
Lokasi: Sutera Indah, Hotel G-City.

20090223
Teruk Di Belasah Suami…

"STRIKE!!!!!"
“Fuyyoo…tererlah abah main!” Puji Nabil.
“Alah…kacang je tu, rasa macam abah dok lontar tandan sawit masuk lori je…!” Jawap si abah dengan riak, sambil mengenyit-ngeyit mata kepada isterinya. Perli aku lah tu!!!!
Aku. Dalam hati. “Alah…aku saja je bagi dia menang…tak baik kan melawan suami…berdosa!!!!”
.................................................................
Jusco Kinta City Bowl. Sabtu,21 Februari. Menyertai pemain bowling sekolah menjalani latihan. Sementara Nadia Emira dan Nabila Ediba menjalani latihan bersama jurulatih masing-masing iaitu Cik Mazura dan Hajah Noreha, saya, suami dan dua anak kami, Nabil Emir dan Nuha Eiman, bertanding sesama sendiri di satu lorong…. main 2 game je, dah veteran….wakaka!
Tukar kasut dulu.
Gaya Nuha. Bola lagi besar dari dia....
Gaya si tangan kidal, Nabil Emir yang selalu menyasar ke longkang. Macam gaya Hang Jebat hendak menikam Hang Tuah…..

“Pecah lantai lorong tu….abah kena bayar ganti rugi!!” He…he…
'Like father like son'. Konspirasi nak mengalahkan aku ke ....Dalam banyak-banyak aksi suami saya, saya suka yang ini…sangat mengerikan….hi…hi….hi….

Ya….inilah Sazahan (Syah Jahan saya) yang berjaya merampas saya dari terus mengharapkan cinta'Dato'Rahim Razali’ yang tak pernah sebesar zarah pun mengenali saya tu...ngeh...ngeh...ngeh....ahaks!
Abah dan anak sulung berbaju hitam oren.Siapakah ini……???

Keputusan keseluruhan berasarkan markah ahli keluarga kami…. (tak masuk murid lain)
Johan: Nadia Emira
Naib Johan : Nabila Ediba
Ketiga : Encik Sazahan…
Keempat: : Isteri Sazahan dan mak bebudak tu….ceh!!!!!
Kelima: Nuha Eiman
Keenam : Nabil Emir (“ Eleh…..main bola baling orang taulah!!!” rungutnya!)
“Manalah ibu tak kalah. Tangan ibu dah lenguh, malam tadi lipat kain, cuci pinggan mangkuk!!!” Si ibu tidak mahu kalah.Sebenarnya, sebagai pengurus,saya selalu tinggalkan mereka untuk mengawasi murid lain, atau turun ke bawah belikan air ikut cengkadak si Nuha. Sepanjang saya tak ada siapa-siapa saja ambil giliran saya. Saya kena sabotaj...hanya berjaya menjatuhkan 188 pin...tu belum bersungguh2 lagi tu...abang 214 ha..ha
“Errr…..bu, bukan nDIA ke yang basuh pinggan periuk belanga semalam!” Nadia menyampuk!
“Errr…ngeh…ngeh…ngeh…!”
Ni gaya manja tak mengira tempat, penat melayan dia lebih penat dari memboling.....pantang riba aku kosong...badan dah nak sama besar dengan maknya...meleseh je....


……………………………………..
Sebelum balik, singgah MPH. Kalau anak-anak saya dah jumpa MPH, lalu bersila kat lantai...., alamatnya...sejam tak sah….rabak abah dan ibu.


Terima kasih Pak Zahan yang sporting pulak hari ni. Biasanya, susah sungguh nak ajak dia 'joint' aktiviti sekolah saya. Malu sebab semua perempuan, katanya. Tapi, mungkin dia dah agak kenal dengan cikgu Mazura, guru kelas dan jurulatih anak saya(satu-satunya cikgu dan jurulatih yang berkelulusan Master dalam Pendidikan Sains Sukan di sini), dan Puan Hajah Noreha, kawan saya dari sekolah menengah dan isteri kawan masjid dia....

Anak dara sunti saya...si bongsu Nuha Eiman.
20090222
Menjunjung Kasih Tuanku!!! 2
Biarlah orang-orang di luar bas dengan keterujaan mereka, kami ada keterujaaan lain…nak tulis berdegar-degar pasal itu di blog….apa dapat? Silap-silap, boleh mengguris hati kawan dan lawan. Maaf, saya tak minat!!! Tidak menulis tentang itu di blog saya, bukan bererti saya tidak perihatin….tapi, biarlah saya hanya bercakap tentang itu dengan lawan bercakap yang benar-benar layak, yang tahu akan apa yang dia cakap, bukan sekadar menciluk idea orang secara melulu…jangan asal takut digelar ketinggalan zaman…lalu ikut-ikut sibuk masuk isu perbualan semasa….sedang dia sendiri tak pasti apa yang dia cakap, hanya sekadar provokasi, atau niat perli memerli. Dapat apa? Puas? Betulke puas? Atau darjah kebarananan dan keegoan ada menaik? Entah. Tepuk dada, urutlah apa yang ada kat situ…Nak ajak saya bercakap tentang itu, maaf, jangan di blog, atau sembunyi sembunyi balik tiang dengan nama samaran!! Itu tak ada ‘tuuuuuuuut’ namanya. Mari berforum, secara ‘live’.....
Pernah tak membaca naskah ‘Undang-undang Tubuh Kerajan Perak’ …nak komplen ‘fasal’ yang mana?
Tentang frasa inikah?
……..Mengikut undang-undang tubuh negeri, sekiranya pilihan raya negeri tidak diadakan, penubuhan kerajaan negeri baru boleh berlaku melalui dua cara.
Pertamanya, melalui undi tidak percaya terhadap Menteri Besar pada persidangan DUN dan cara kedua ialah Sultan memberi perkenan kepada pelantikan Menteri Besar yang baru dari kalangan anggota yang dipercayai baginda mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota dewan……………
Berdasarkan pengamatan saya yang hanya seorang cikgu kecil yang tidak glemer ini ,dan hanya berkelulusan Sarjana Sastera dari Universiti dalam Negara ini………Sultan saya yang bijak bestari itu bukan setakat menggunapakai peruntukan Fasal 16 (6) Undang –Undang Tubuh Kerajaan Perak, tetapi baginda juga telah pergi lebih jauh bagi memastikan tindakan baginda mengikut lunas-lunas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, dengan menggunapakai juga peruntukan 18 (2) (b) di bawahnya saat tidak memperkenan permintaan pembubaran DUN dan menitahkan perletakkan jawatan Tok Nizar dan Exconya….
Tok Karpal peguam tua dan tok Nuar (yang tak ku tau nak gelar apa) silakan ke mahkamah!!!! Sultan saya juga bekas ketua Hakim Negara!!
Sekadar memetik kata-kata ikhlas penuh azimat Mohamad Nizar;
."Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada partiparti politik, dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," kata beliau di Ipoh semalam. (semalam di sini ialah pada petang khamis, 5 Februari). Hari ini, apa sudah jadi?
"Saya akur dan menerima sebarang keputusan yang diperkenankan Tuanku," Tambahnya, dengan ikhlas, bagi mengulas pertemuan selama dua jam di Istana Kinta.
‘Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Perak’ tu apa bendenye…? Diterimapakai tak oleh Perlembagaan Persekutuan?
Bila kali terakhir baca Rukunegara? Faham tak maksud “Keluhuran Perlembagaan”? dan yang lain-lain. Jangan orang orang one-two Up kita one-two Up, orang berikrar kita berikrar, tapi hanya di bibir. Ruginya hidup….lompong, apatah lagi merujuk frasa partama yang berbunyi “Kepercayaan Kepada Tuhan” Yang itu, faham kan!!
Tulah..dulu suruh belajar Sejarah main-main. Asal Nampak muka cikgu Sejarah je, nak lari. Asal nak lari je, ‘time’ sejarah!. Haloooo! Ini sejarah Negara kita sendiri tau. Bukan sejarah Siam, atau Hongkong! Siapa lagi yang wajar mempelajari sejarah Negara kita sendiri, kalau bukan kita? Bila orang sebut sejarah, asyik cakap “buat apa belajar hal orang dah mati?”. Halooooo! “Orang yang dah mati” yang kita nak belajar ni, bukan Mat Rempit yang mati katak, atau seorang yang mati kerana letupan mercun buatan sendiri, atau mengubah tong gas memasak menjadi bahan bakar kereta tau!!
Saya hanya cikgu kecil tanpa jenama, …yang sentiasa berjunjung kasih kepada baginda… tidak biru, tidak hijau, tidak putih kerana sejak azali, Allah telah suratkan amanah yang wajib saya beratkan dalam hidup saya ialah tugas rencam seorang guru. Bukan sebagai ahli politik!! Tidak dibenarkan pun!!!
“Tugas rencam seorang guru” yang saya maksudkan ialah guru zaman sekarang yang dihiasi pelbagai rona titik-bengik , pelbagai birokrasi dan protokol, pelbagai jenama dan pelbagai pembawaan.
Ya. Memang ‘bidang kuasa’ guru sekarang, cabaran yang diterima tidak sama malah penghormatan masyarakat kepada guru sekarang juga tidak sama dengan guru-guru yang bangkit mempelopori sejarah penentangan Malayan Union dan penubuhan UMNO, angkatan guru-guru Maktab Sultan Idris, angkatan cikgu Zaharah Abdullah dari Batu Pahat, diikuti zaman cikgu Lily Eberwein yang mengetuai kaum ibu suku Iban di Sarawak serta cikgu Ajibah Abol yang sanggup berkorban masa dan tenaga menentang penyerahan Sarawak kepada British!!! (sekadar menyebut beberapa nama). Kerana memang bukan pujian dan sanjungan masyarakat yang saya tagih!! Namun, kasih sayang saya dan keinginan saya melihat keharmonian negeri, masih sama dengan mereka.
20090221
Inilah duniaku...
Waktu pejabat 2.45. Bergegas ke Majlis Bandaran untuk menguruskan tempahan Dewan. Resit ini harus disimpan untuk ‘claim’ duit balik….jangan hilang lagi macam dulu….mau bangkrap aku!!
Pukul 3.00, bergegas ke Dewan Bandaran. Murid-murid sudah menunggu. Setelah berurusan dengan ‘penunggu’ dewan, saya mohon dia tolong tengok2kan anak-anak saya sebentar, kerana saya ingin menunaikan sholat zohor di Masjid Daerah, dan menyalin baju. Takkan nak pakai busana Muslimah pergi gelanggang……Tak ikut tema dan etika berpakaian tu!!! Ni makan tengahari pun belum ni...!!! Singgah di Just To Eat Cafe di Hotel Anson...minum milo panas dan jamah sekeping sandwich...alas perut sebelum telan ubat!!!!
Pergi dewan semula, saya lihat murid-murid saya belum mula main. Duduk-duduk bersembang….
“Cikgu…tak ada shuttle!”
“Habis…pergi kutip batu kat luar tu, main dengan batu!” Aku mula hangen. Setiausaha yang saya pesan suruh bawa kotak bulu tangkis sudah terlupa. Malas betul nak pergi sekolah balik.
“Tak apalah cikgu…you pergi beli baru…yang cheap-cheap punya maaa….nanti you boleh bagi anak you main!” Ada murid bijak bagi cadangan. Banyaklah kau punya cheap-cheap! Terpaksa tinggalkan mereka lagi, pergi sekolah ambik bulu tangkis.
Gaya seorang pengurus pasukan merangkap jurulatih…ngeh…ngeh…ngeh…
Seorang guru sukan, pengurus dan jurulatih yang tidak hanya berdiri di tepi gelanggang sambil memegang payung dan beg tangan…he..he…harus berpeluh bersama…..Sesungguhnya, kepuasan begini hanya dikecap oleh insan yang bergelar cikgu…..
tunjuk gambar kecik-kecik je upaya aku nampak kecik...he...he...he...
Gaya seorang pengadil yang penggayat. Si baju kuning itu, dengan sukarela memegangkan kerusi tinggi pengadil, demi memastikan keselamatan cikgu kesayangannya….
Tengok budak-budak ca ya nun alif ni……pantang ada kesempatan, mesti curi peluang untuk bertanyakan pelajaran…..sedihnya, ini tidak berlaku kepada anak-anak bangsaku….Tapi sebagai guru, saya kena melayan semua….
Haiyyaa amoi..….cikgu mau posing-posing pun tarak sinang lorrr….tengoklah tuyul-tuyul kat belakang tu….sikit pun tak takut dengan saya kalau di luar kelas…..
Sedang dikelilingi peminat…he..he…he….

20090217
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul...
Gambar dari Akhbar Sisipan Didik,UtusanSaya mengajar BM dan Sejarah tingkatan tiga hingga lima.
Untuk kelas BM, setiap kali masuk kelas, saya akan ambil beberapa minit untuk menjalankan program yang kami namakan “Betulkan yang biasa, biasakan yang betul” sebelum meneruskan proses P&P. Nampaknya, semua anak didik saya seperti teruja, kerana setiap hari, mereka akan mengetahui bahawa sesuatu yang telah menjadi biasa bagi mereka, sebenarnya salah….dan mencatatkannya dalam buku khas. Tapi….dalam diam-diam, ada juga yang anggap saya ‘tak betul’ rupa-rupanya..
Saya tak cakap banyak pun. Hanya mencatat sesuatu yang ringkas di sudut papan putih; dan hanya akan mengulas tentangnya sekiranya ada pertanyaan.
Hari itu, saya mencatat;
‘Penghawa Dingin = Salah
Pendingin Hawa = Betul
Agnes Monica : Itu pun salah ke cikgu. Kenapa salah?
Saya : Mengikut Hukum D-M ……..bla..bla…kata kerja transitif…bla…bla
Agnes Monica : Saya selalu tengok di mana-mana…tak salah pun.
Saya : Kamu tengok di mana?
Agnes Monica : Bapak saya punya kedai air-cond kereta lah!! Dalam TV pun saya ada dengar orang cakap penghawa dingin. Mana ada salah?
Budak macam ni, kalau kita terangkan ikut hukum bahasa kata kerja transitif ke, kata pancangan ke….dia tak akan faham. Kena cara yang mudah.
Saya : Cuba kamu cari sinonim bagi ‘hawa’.
Agnes Monica : Errrrr…udara?
Saya: Betul. Bagus. Sinonim bagi dingin?
Agnes Monica : Sejuk!
Saya : Jadi…. ‘PENGUDARA SEJUK’ kah?
Agnes Monica : Errrr penyejuk udara….
Saya : Jadi?
Agnes Monica : Peliklah cikgu ni…..suka sangat tukar-tukar….
Aiiiikkk? Aku pulak yang salah!!!
20090211
Pemuda Harapan Bangsa
Tetapi, setelah menonton secara tidak sengaja, “GENG di sebalik tabir-
Pengembaraan Bermula Upin dan Ipin”, saya tiba-tiba menjadi begitu kagum berbaur bangga dan terharu…tahniah kepada sekumpulan anak muda generasi baru…yang pada saya merupakan sekumpulan modal insan yang sangat berharga kepada Negara.
Walaupun saya jarang…..malah hampir tidak pernah memasuki panggung wayang (kali terakhir masa darjah 6 ( tu pun cikgu bawak…tengok Tuan Badul sebab menang kuiz antara sekolah..he..he..) , tapi untuk filem animasi Upin dan Ipin yang dibangunkan oleh Les’ Copaque Production Sdn Bhd ini saya jadi terpanggil untukturut berduyun-duyun menyaksikannya di pawagam.

Teringat semasa saya mengikuti kursus ‘Kemahiran ICT dalam Kedah Pengajaran dan pembelajaran’ di PSPN Shah Alam. Antara slotnya, belajar ‘membuat animasi’ menggunakan program ‘flash’ +photoshop + sonny vegas. Hari pertama, saya belajar untuk melukis gambar seekor rama-rama. MasyaAllah….. sulitnya. Bukan rama-rama biasa, weh!
Dah siap, nak gerakkan rama-rama itu…bukan jauh pun….Nak tunjuk dia terbang dalam jarak dua inci sahaja. Mula-mula, kepak bergerak, tapi tak terbang…….. Edit balik dengan rumit. Lepas tu, terbang…tapi kepak saje, badan tertinggal……. Edit semula dengan rumitnya. Kali ke tiga, kepak dan badan terbang dengan ‘kasar dan terputus-putus’….…sesungut pulak tertinggal…….. Waaaarrgggghhh!!! ‘Tensen Gila’!!!!! Tu belum lagi buat ‘voice over’, buat memek muka, kerdipan mata, bulu hidung bergetar dan kumat-kamit mulut……Mau terbakar studio kalau saya salah seorang krew produksi filem itu!!!! Memang perlukan ketelitian dan kesabaran tahap dewa!!!! Haih…menyerah kalah saya. Setakat mengedit gambar video sajalah pengetahuan saya setakat ini. Lepas jugaklah kalau member upah suruh edit gambar video harijadi atau majlis cukur jambul anak dia…he…he…
Lepas kursus tu, saya insaf. Tak adalah lagi nak gelak-gelakkan filem animasi tempatan macam Anak-Anak Sidik, Lat- The Kampong Boy, Puteh dan lain-lain. Asyik tengok produk orang luar macam Tarzan, Sin Chai…malah Doraemon!! Pingu pun tengok!!!Dulu pandai komen saja, sebab tinggal tengok benda dah siap. Begitulah, kalau kita tidak tahu menahu langsung kerja yang bukan bidang kita.
Saya tengok krew filem ini dalam rancangan “GENG - Di Sebalik Tabir Pengembaraan…..” itu, mereka nampak sangat ‘enjoy’ dengan kerja mereka…dan itulah hasilnya kalau kita seronok dengan kerja kita.…
Memang tabik betul kepada anak-anak muda yang menjayakan Upin dan Ipin ini….Rasa nak ambik sorang buat menantu!! Kalau ada menantu macam tu, mesti mak mertuanya asyik ketawaaaa je,kan!! Barulah awet muda…..ha..ha..ha..
………………………………………………………..
Dua.
Tahniah kepada pasukan yang mewakili Malaysia dalam Pertandingan Mengukir Ais di Jepun minggu lepas. Telah menjadi johan mengalahkan peserta-peserta Eropah yang memang tak heran dengan salji. Walaupun ‘kita’ tak ada salji…tapi kita boleh menang…..errr ada kena mengena dengan aku ke? Adelaaaaaaaaa…….
………………………………………………………..
Tiga.
Ambil kesempatan. Suka akulah…blog aku! Tahniah kepada pasukan Hoki dan Pasukan Tenis sekolah saya yang juga turut mengalahkan sekolah-sekolah lain yang ada padang dan gelanggang tennis besar gedabak. Meskipun sekolah kami yang sekangkang kera tu hanya ada satu padang bola jaring dan satu gelanggang bola keranjang terbuka…..tapi ‘kami’ masih boleh menang…..
………………………………………………………….
Pemuda harapan bangsa! Sumbanglah sesuatu buat Negara!! Jangan terikut-ikut berdemonstrasi di jalan raya membabi buta tanpa hala….
20090208
Sesekali Ke Pasar Tanpa Dia
“Sorry bu…tak boleh teman ibu ke pasar hari ni…Pergi sorang ek!!”
Lecehnya. Satu kerja yang jarang saya buat. Dan tak suka buat. Tak ada orang tolong angkat bakul....he..he..Susah-susah tawaf keliling pasar besar, baru dapat ruang pakir. Hari Ahad. Tak perlu gores kupon letak kereta….
Capai bakul. Cari dompet……alamak….. tertinggal. Kalau dah tertinggal dompet, sah-sah lah segala kad, lessen dan serbanika tok nenek kat dalam tu turut tertinggal. Cis. Nak balik malas. Susah-susah cari petak parkir….
Mulakan operasi… ‘tresure hunt!!!’
Buka, selak segala celah, sudut, dan ruang yang ada di dalam kereta, selak segala ‘compartment’ dalam tas tangan…campur semua…termasuk duit siling yang bertabur di bawah carpet kereta…adalah RM33.91. Masuk pasar. Selalu, kalau membeli main ambil je. Hari ni, sebelum apa-apa….kena congak cepat-cepat dulu, guna segala jari (dan cincin..he..he) yang ada. Tak cukup duit karang…malu…ambik yang murah-murah je….sayur togeh 3 kupang…tempe…tauhu…ikan kembung….kacang botol…..Hmmm, menu Jawalah anak-anak aku hari ni nampaknya.
“Buah kuini ni berapa makcik?” Buat sambal sedap ni!!!
“2 ghengget!!” Isk…mahalnya. Tiba-tiba semua benda kurasakan mahal!!.
Dah beli apa yang patut mengikut keupayaan kewangan. Lalu pulak tempat kuih muih…..Isk…isk…isk….kuih ‘dangai’ tu .nampak sedaaap! Baki duit ada 6 kupang. 1 sen tu jangan kiralah. Melampaunya!
“BERAPA PUNYA KEDANALAH….!!”kata P Romlie.
“Kuih satu tiga kupang kan bang!” Tak taulah, ayat tanya atau ayat penyata!
“Ha..ah cikgu! Tapi kalau 4, sengget!” jawab penjual kuih yang sentiasa ceria. Dia bukan kenal saya, tapi memang macam tu. Nampak wanita yang ala-ala anggun je, dia bantai panggil cikgu. Kadang-kadang dipanggilnya ‘datin’. Jadi, janganlah perasan! (Datin yang Cuma ada 6 kupang!!)
“Tak apalah….saya nak dua je. ‘Tak ada orang nak makan’ kat rumah!!” Alasanku untuk tak nampak sengkek sangat….
Dia bungkus. Saya serahkan 6 kupang yang ada. Dia bagi balik sekupang.
“Satu tiga kupang, dua saya bagi diskaun kat cikgulah….5 kupang je!”
Waduhhhhhhh…aneh banget sih….bapak ini kok bisa-bisanya ngerti, gue lagi ngak ada uwang . “O....owww…aku ketahuaaaaaaaaaaaaaaan. Pacaran lagiiiiiiii…....” Eh, eh..ternyanyi lagu tu pulak!!
………………………………………………………………………
Dari rumah memang dah pasang niat, nanti nak ambil gambar Menara Condong. Selama duduk di Teluk Intan….tak pernah ambil gambar kat situ. Orang luar kalau datang mesti rakam kenangan kat sini. Tapi, sampai sana……Nampak ada rona merah sedang berkumpul-kumpul pulak!!!! Jadi, terpaksa ambil gambar dari dalam kereta sajalah. Kalau turun nanti……isk, saya bukan orang yang terlalu teruja untuk menyuratkan apa warna yang saya sokong.. Nanti orang ingat saya AJK perhimpunan itu pulak!!! Saya tak sokong mana-mana warna setakat hari ini!! Jadi, biarlah dari jauh saja….Nasib baik kamera tak tertinggal….

Gelombang merah dan biru sedang menguasai dataran Menara Condong....tak jadi saya nak singgah!!
Ini apa pulak ni….????
Ha…ha…ha…Oleh kerana tiada tambahan stok makanan di dalam peti sejuk hari ini gara-gara ke pasar tanpa dompet…..petang itu, kami menyerang ‘abang panggang’ di 'City Mewah Food Court' Sukanya dia, ada seorang wanita ambil gambar dia!!!Siap bagi “Peace” sambil memanggang ayam. Dia tak tau…..sebenarnya kamera aku fokus pada ayam dia saja……Hik…hik…hik…Takkan nak buat iklan percuma…
20090206
SONATA SEORANG RAHIMAH....
Hari-hari ada rasa nak marah dia, tapi, mengadap dia dengan sabar adalah satu amanah.
Saya tidak boleh berkeluh kesah tentang dia, dan lain-lain spesies seperti dia…yang kekadang menjadi penghibur hati saya…
Tak ramai cikgu yang sabar dengan dia. Loyar buruk, suka menyampuk, malas,lemah dalam pelajaran, kaya alasan, kuat temberang, cincai, tiada fokus,….semua dia….
Loyar buruk dia;
Cikgu: Beritahu cikgu, siapa Sir Malcolm MacDonald?
Dia: Err..orang yang mula-mula bukak restoren McD cikgu…hi..hi.hi :)
Menyampuk dia;
Cikgu :(Cuba menasihati semua murid di kelasnya dengan gigih)
“Kalau kamu semua fokus pada pelajaran, tentulah kamu akan berjaya. Kalau dah berjaya….dapat kerja bagus, barulah kamu boleh ka…..?
Dia : WEN!!!! (dengan kuatnya dari tempat duduk di belakang…cikgu nak cakap ‘KAYA’)
Malas dia:
Cikgu: (Memberi ujian. Masa…30 minit)
Dia: Cikgu, boleh tak saya bawak balik ujian ni. Buat kat rumah, pagi esok saya bagi cikgu….
Lemah pelajaran dia:
Dia: Cikgu…tambahlah markah saya cikgu. Lagi sikit je nak lulus. Janganlah taik idung masin sangat! (AYAT BERANI MATI!)
Cikgu ; Berapa markah kamu?
Dia : 11/100.
Cikgu : Beri 11 alasan munasabah, kenapa cikgu patut manambah 39 markah kepada kamu!!
Kaya Alasan:
Cikgu ; Mana karangan kamu ?
Dia : Saya tak nak buat cikgu. Soalan cikgu tak logik. Ada ke suruh tulis surat kepada sahabat di luar Negara. Mana depa faham cakap Melayu cikgu!!!
Cincai dia:
Cikgu : Apakah Rukunegara yang ke dua?
Dia : Kesetiaan Kepada Raja Dan Permaisuri!
Temberang dia (membesarkan cerita, memang nombor satu!)
Cikgu: Laaaa…kamu eksiden lagi. Tahun lepas eksiden jugak kan? Kamu merempit ke?
Dia; Alaaah cikgu, yang tahun lepas tak teruk sangat. Yang ini lagi teruk.
Cikgu ; Apa yang patah?
Dia : Mana ada patah? Tapi 3 jari kaki saya hancur. Habis tulang jari saya cikgu!!
Cikgu : Kena potong lah?
Dia; Eh..tak payah. Doktor kata, tulang-tulang saya akan tumbuh semula.
Cikgu ; (Tulang? Tumbuh semula) Kau temberang lah cikgu kau ni!
Tapi…….ada juga yang baik tentang dia….
Hati Kering:
Kau marahlah dia macam mana pun. Dia takkan merajuk. Pagi kau marah, tengahari dia dah cari saya; “Cikgu, mana beg cikgu? Biar saya tolong hantar ke kereta cikgu?”
(Dah bertongkat ni, tak adalah!)
Ringan tulang dan pandai masak:
(Di sudut ini, siapa berminat nak bermenantukan dia, sila hubungi saya!)
Dalam satu perogram "Mari Memasak" Selepas PMR…dia buat kuew-tieaw goreng kerang. Sayang, gambarnya saya dah ‘delete’. Bersungguh-sungguh panggil saya ke 'premis'nya. Dia bagi saya sepiring…
Dia : Mintak mahap le cikgu...bersile kat lantai je, ek!!!
Cikgu : Sedaplah kamu masak! Tapi…kenapa pedas sangat ?
Dia : Bila lagi nak mencilikan cikgu...... :) :)
Budak Bertuah!!!
(RAHIMAH : BUKAN NAMA SEBENAR! Mana ada mak bapak nak bubuh nama klasik macam tu zaman laaaa)
