Sudah hampir 10 minit saya berdiri di belakang mereka. Sudah lama. Sabar, sabar.
Lokasi:
Ruang ATM. Bank HongLeong...
Seorang nyonya agak tua dengan seorang budak lelaki dalam usia 10. Sudah lama mengadap mesin ATM itu. Cuba. Gagal. Cuba. Gagal. Mesin ada dua. Tapi yang satu "Out Of Service". Saya terpaksa sabar berdiri. Tunggu. Nyonya itu, dan budak lelaki itu. Masih cuba. Gagal. Cuba. gagal.
Budak lelaki itu pandang saya. Bercakap sesuatu dengan nyonya itu. Nyonya itu berpaling. Pandang saya. Bercakap sesuatu dengan budak lelaki itu. Mereka anguk-angguk.
"Auntie, boleh tolong sama saya punya nenek? Dia mau keluar wang." Budak lelaki itu menegur saya.
Nyonya itu menghulur kad ATM nya. Saya terpinga-pinga. Kad itu di tangan saya.
"Mau keluaq satu libu!" Kata nyonya itu.
"Apa nombor pin?" tanya saya.
Budak itu menghulur secebis kertas. Macam -macam nombor ada dicatat di situ.
Saya masukkan kad ATM nyonya itu. Saya kena cek dulu berapa baki nyonya ini ada dalam akaun.
"Mungkin baki tak cukup. Tu yang dia tak dapat keluarkan RM1000 setelah berkali-kali mencuba." Saya bermonolog, dengan perasan sedikit sombong. Cehh!!
Saya tekan. "Balance Inquiry"
Mata saya berpinar-pinar.
Saya menggosok mata.
Baki akaun nyonya ini ada RM108,111.00.
(Ini kalau saya songlap seribu dua ni, mesti nyonya itu tak perasan.)
Tiba-tiba saya terasa macam ada tanduk mahu tumbuh di kepala saya.
Tapi.....saya ringkaskan cerita dengan jujur dan amanah.
Cuma saya rasa terawang-awang. Bagaimana nyonya itu boleh begitu percaya dengan saya. Saya yang baru ditemui...tanpa dikenali. Errr...baik sangatkah tampang aku yang sok suci ni? He..he..he...
Nyonya itu keluar setelah menerima satu ribu ringgit 'pemberian saya', resit pengeluaran dan kad ATMnya, meninggalkan saya meneruskan urusan saya.
Selepas saya mengeluarkan baki duit saya yang 'alahai' itu, saya menuju ke kereta. Lepas itu saya pusing-pusing. Mata saya meliar.....kalau-kalau terserempak lagi dengan nyonya itu.
Saya nak tumpangkan dia balik. Saya nak tahu rumahnya di mana. Saya ikhlas....er...ya ikhlas....
Kesal. Tak sempat berkenalan.
"Nyonya.....saya bersedia menjadi adik angkat nyonya....di mana kau!!!"
20090329
20090327
Bubur Berperisa Minyak Urut Opah
Yeah. Sudah hampir siap. Sudah cukup masin, lemak, manisnya. Tunggu menggelegak dalam 15 minit lagi. Masa ni elok masukkan daun pandan.
Tapi saya belum sholat.
“Nabil, tolong ambik daun pandan kejap. Ibu nak sholat ni!’
“Jap!”, Nabil tidak menoleh pun. Seluruh tumpuannya pada skrin desktop di biliknya. Terkemam-kemam mulutnya kekhusyukan menghadapi cabaran video game terkininya, "Vietcong"...pertarungan antara tentera US denga Vietnam...(syok wei)
“Nabil, ibu mintak tolong ni!”
“Alaaaa…kejap lah bu, tengah klimaks ni!!”
“Banyak ko punya klimaks. Pergi sekarang!”
“Ye lah…yelah….” Katanya sambil berdiri. Namun, jari masih di key board.
‘Nabil!”
“Iyeee…berapa banyak ibu nak?”
“2 helai je. Dah ambik karang basuh, simpulkan, letak dalam periuk bubur tu. Adik Nuha tengah kacau kat dapur tu!’
Saya ke bilik air.
“Ibu, daun pandan yang mana satu?” terdengar jeritan Nabil.
Alaaaa…. Tepi pokok kantan tu…!” Saya menjerit dari bilik air.
“ Yang panjang-panjang ni ke?” soalnya.
“Haah!”
“Yang bau wangi ni?”
“Ya lah tu!”
“Yang warna hijau ni?”
“Hish…ambik jelah…mana ada daun yang tak hijau”
“Are you sure bu??”
“Yes I am!”
Sepuluh minit berlalu. Saya sedang memakai telekung.
“Ibu….kenapa tiba-tiba bubur ni bau minyak urut opah?” Nuha yang sedang mengacau bubur menjerit.
Hah? Bila pulak minyak urut opah masuk campur ni. Saya juga sudah terbau sesuatu!!
Anak bertuah!!!! Ini daun serai wangilah!!!!!
** minyak urut opah = minyak serai wangi cap Orang Kampung.....................

20090325
Abang tak pakai bende tu ke?
6 petang. Ambil Nabil dari kelas Taekwon Do di sekolah di SRK Horley Methodist.
“Ibu, kawan Nabil nak tumpang kita balik, boleh” Tanya Nabil. Di sebelahnya ada Ganesan yang tersengih menampakkan gigi kapaknya. Berpeluh-peluh basah!
“Hemmm, masuklah! Tapi makcik nak ambil Nuha kat sekolah dia dulu. Lepas tu baru hantar Ganesan, okey!”
“Wokeh, makcik!” Terseringai budak ini menampakkan giginya yang kuning.
Masuk saja Ganesan ke dalam kereta, aroma Lavender dalam kereta saya terus hilang….diganti bau peluh budak lelaki tengah lasak ni!!!
“ Banyak sangat makan kari Allagappas ni!!!” Aku bermonolog sambil menahan nafas dalam kiraan lapan. Hembusss…..Tariiikkkk….lapan lagi…..Adeh…..semputtt!!!
Sampai sekolah Nuha di SRK Convent, nampak mukanya sudah mula moncong. Memang saya terlambat sikit sebab nak ambil abang dia dulu. Dia memang pantang kalau ada orang lain dalam kereta waktu ambik dia. Tak taulah ikut perangai mak datin mana!!!
Nuha masuk kereta.
“Ish..bau ‘puaka’lah….abang tak pakai ‘modes’ ke?” Nuha merungut. Lampeh sungguh mulutnya. Bila pulak anak aku ni belajar mencium bau puaka!!!
“Hoi…ABANG PANG SEKALI NAK?” perasaan si abang tiba-tiba mencanak. Marah sungguh dia. Maklumlah, member tengah penat!!
“Eh…apa cakap kasar dengan adik ni!” Si ibu cuba meredakan.
“Ade ke tanya benda pompuan tu kat abang!” Nabil cuba membela diri. Orang penat memang cepat marah!!!!
“Ha..ah..Nuha, apasal tanya macam tu kat abang?” si ibu.
“Alaaa…yang sapu kat ketiak tu! Yang ibu suruh kakak pakai lepas mandi tu!” Jawab Nuha.
Muah…ha…ha…ha…itu ‘deodorant’lah sayang…Adeh…modes lak perginya….
Setelah menghantar Ganesan ke rumahnya….tiba-tiba aku ingin berperibahasa (sambil mengacu-acukan tangan ala Karam Singh Walya) :
Harimau mati meninggalkan belang…….
Ganesan turun meninggalkan aroma…….

Alagapas……
Haih...nak pi vacum kereta ni..................

20090323
Like Mother Like Daughter
Saya sudah besiap-siap untuk mengurus diri di bilik bersiram, saat tiba-tiba ada panggilan telefon dari bonda….Leka berbual dengan bonda, dari satu cerita ke satu cerita, sampai terbaring atas genta peraduan saya. Saya perasan, kelibat Nuha susup sasap memasuki bilik air saya. Tapi bonda masih mahu terus berbual. Layaaaann…
“Okey..mak. Jaga diri baik-baik. Kirim salam kat bapak!! MMmuahhh, sayang makk! Assalamualaikum!!”
Apa Nuha buat lama sangat di bilik air saya?
“Nuha? Cepat sikit keluar. Ibu nak mandi ni!’
Senyap.
“Nuha!”
Senyap.
“Hey…Nuha!”
‘Hmmmm!”
“Nuha buat apa tu?”
“Huk huat hufu-hufu!!”
(Tak buat apa-apa)
‘Nuha!’ Saya syak sesuatu.
“Hmmmmm!!”
"Main barang barang ibu ya!"
"Nuhu tuk voloh vukuk mulu voso-voso...nntu muko fucoh"
(Nuha tak boleh bukak mulut besar-besar...nanti muka pecah!!)
“Buka pintu ni!”
“Nenti juuuuf!!”
(Nanti jaaaap)
“Open the door, NOW!!!!!!” You don't make me speak in English, aaaa!!! Aku kalau marah spiking omputeh...Ha...ha....ha...Dah mula hangen sebenarnya, apabila tercium sesuatu aroma…
Haih….habis sebungkus masker bengkoang saya dikerjakannya….. dibancuhnya dengan air sari mawar putih…diadun pula dengan sebungkus peeling Mundisari saya …dan hampir satu tiub Krem Lulur Puteri Keraton aroma Lavender saya, selesai sudah!! (bahan-bahan yang selalunya saya sediakan untuk menyambut Malam Jumaat. Ahaks!!)

Berantakan ruang kamar mandi saya. Ini memang satu kepantangan buat saya…kacau barangan peribadi saya. Abah dia pun tak berani sentuh benda-benda tu tau!!! Agak, nak cari pasal abah nak pakai tu semua!!!Ha..ha..ha..Sesungguhnya saya mahu marah….tapi saat memandang wajahnya yang telah berselaput dengan ‘ramuan istimewa’ yang mulai mengering hingga hanya kelihatan dua biji mata dan bibirnya …saya terpaksa tahan. Tahan marah. Tahan ketawa. (tapi sempat capai kamera gak!! Ha…ha..) Tapi tak bolehlah ambik gambar dia pulak, nanti jatuh reputasi saya sebagai 'seorang ibu yang sedang marah'.
“Kemas balik barang-barang ibu. Sekarannngg!!” kata ku buat-buat gaya mak tiri!!!
Oleh kerana saya tak sanggup menyiarkan gambar anak dara saya dalam keadaan itu (muka berselaput dan tak pakai baju), saya bagilah gambar lama……
Ini gambar Nuha, yang saya ulang siar dari entri lalu saya bertajuk “Misteri Timun Yang hilang!” Hah? Apa? Bukan sayalah yang ajar dia!!!

20090321
Berbagi Malam: Adat berkongsi kasih...
Hari selasa lepas mak mertua saya jatuh di bilik air. Kesian dia. Sehingga hari ini, dia masih sukar bergerak. Dia yang dipanggil opah oleh anak-anak saya perlukan seseorang yang kuat untuk menjaganya pada waktu malam. Kerana, dia juga perlu menjaga atok, yang juga sudah uzur. Kata kakak ipar saya, opah jatuh sebab bilik air licin, atok tumpahkan syampu dan tak tutup pili air…begitulah atok, dia memang pelupa. Atuk (90 tahun), Opah (78 tahun) Aku (24 muehehehe!)
Orang paling dekat dengan rumah opah ialah kakak ipar saya. Dia selalu jaga opah. Tapi kali ini, opah dan atok sukar berjalan. Tenaga wanita kak ipar saya takkan mampu untuk memapah atok dan opah untuk ‘menjalankan urusan’ meski sekadar hendak menyalin lampin….jadi,sementara dia sakit ni, sebagai anak lelaki, suami sayalah yang wajib dan sepatutnya mengambil tanggungjawab itu. Jadi, setiap pukul 10 selang semalam, setelah menolong saya mencuci pinggan mangkuk dan melipat kain, suami akan pamit tinggalkan kami di rumah, dan balik selepas subuh. Berselang seli dengan abang biras saya. Sebagai isteri, saya tak kisah, takkan saya nak biarkan suami saya seperti Alqomah yang tidak sengaja menyinggung perasaan ibu semata-mata lebih mementingkan isteri. Itu ibu yang melahirkan dia. Yang membela dia. Saya pun ada emak. Mak saya ada tujuh anak lelaki, dan pasti saya juga tak mahu anak-anak lelaki emak mengabaikan emak semata-mata dikuasai si isteri (tapi syukur, ipar-ipar perempuan saya semuanya sangat menyayangi mak saya).
Sebagai isteri dan menantu ,saya tak kisah. Tapi, anak bongsu saya Nuha Eiman, yang lebih-lebih berkisah. Yalah, dari kecil, dia tidak akan tidur kalau bukan ayahnya itu yang mendodoikannya, yang menggaru belakangnya. Malam-malam, menangis mengigau cari abah.
Untuk tidak menjadikan si Nuha terlalu terasa kehilangan abahnya, saya ajak dia tidur dengan saya. (sebenarnya nak cover perasaan ibu Nuha…yang sesekali terjaga malam dan mencari-cari…sunyi pulak tak ada orang nak diajak main sekeh-sekeh kepala dan berebut bantal!! Ha..ha..). Bukan main suka Nuha dapat tidur dengan ibu…yang tak tahan, saya sering terjaga kerana kaki dia melintang atas muka saya….lesak betul!!!! Sama naik dengan maknya!!! He…he..he…
Kesian Nuha tidur sorang....aku terpaksa larikan diri ke sofa di hujung katil...tak tahan lasak sangat...
Pagi itu, selepas Subuh, abah memicit loceng pagar. Nuha yang terjaga awal membuka pintu. Dia tak mahu peluk abahnya macam selalu. Dia Cuma menyambut beg pakaian abahnya dengan muka tiada perasaan.
“Hmmmm…abah dah “datang” ke…”, dia menyapa malas.
“ Haikkk….anak abah ni marahkan abah ke? Kenapa cakap abah ‘datang’? Abah ‘baliklah’.
“Tak delaaaaaah…Nuha rasa macam abah ada anak laiiiin je. Nuha terpaksa ikut giliran!!”
Suami memandang saya. Pandangan penuh curiga.
“Apa? Bukan ibu yang ajar ya!!”
Dan malam seterusnya……suamiku hanya meninggalkan rumah apabila pasti Nuha telah benar-benar nyenyak….
“Abah tak sanggup tunggu sampai ibu nyenyak. Entah bila nak tidurnya….abah pergi dulu bu!! Jangan nangesssss!!! Kesiaaaan isteri abah kena tinggal”
“Tak pe…sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”. Kata isteri sambil mencium tangan suaminya.
Abang : Ibumu Ibuku jua.
Ibumu : Hajah Sapia*
Ibuku : Hajah Supia***
Saya yakin dengan firmanNya; Sekiranya kamu memudahkan urusan saudaramu, pasti Allah akan memudahkan (urusan) kamu.
Orang paling dekat dengan rumah opah ialah kakak ipar saya. Dia selalu jaga opah. Tapi kali ini, opah dan atok sukar berjalan. Tenaga wanita kak ipar saya takkan mampu untuk memapah atok dan opah untuk ‘menjalankan urusan’ meski sekadar hendak menyalin lampin….jadi,sementara dia sakit ni, sebagai anak lelaki, suami sayalah yang wajib dan sepatutnya mengambil tanggungjawab itu. Jadi, setiap pukul 10 selang semalam, setelah menolong saya mencuci pinggan mangkuk dan melipat kain, suami akan pamit tinggalkan kami di rumah, dan balik selepas subuh. Berselang seli dengan abang biras saya. Sebagai isteri, saya tak kisah, takkan saya nak biarkan suami saya seperti Alqomah yang tidak sengaja menyinggung perasaan ibu semata-mata lebih mementingkan isteri. Itu ibu yang melahirkan dia. Yang membela dia. Saya pun ada emak. Mak saya ada tujuh anak lelaki, dan pasti saya juga tak mahu anak-anak lelaki emak mengabaikan emak semata-mata dikuasai si isteri (tapi syukur, ipar-ipar perempuan saya semuanya sangat menyayangi mak saya).
Sebagai isteri dan menantu ,saya tak kisah. Tapi, anak bongsu saya Nuha Eiman, yang lebih-lebih berkisah. Yalah, dari kecil, dia tidak akan tidur kalau bukan ayahnya itu yang mendodoikannya, yang menggaru belakangnya. Malam-malam, menangis mengigau cari abah.
Untuk tidak menjadikan si Nuha terlalu terasa kehilangan abahnya, saya ajak dia tidur dengan saya. (sebenarnya nak cover perasaan ibu Nuha…yang sesekali terjaga malam dan mencari-cari…sunyi pulak tak ada orang nak diajak main sekeh-sekeh kepala dan berebut bantal!! Ha..ha..). Bukan main suka Nuha dapat tidur dengan ibu…yang tak tahan, saya sering terjaga kerana kaki dia melintang atas muka saya….lesak betul!!!! Sama naik dengan maknya!!! He…he..he…
Kesian Nuha tidur sorang....aku terpaksa larikan diri ke sofa di hujung katil...tak tahan lasak sangat...Pagi itu, selepas Subuh, abah memicit loceng pagar. Nuha yang terjaga awal membuka pintu. Dia tak mahu peluk abahnya macam selalu. Dia Cuma menyambut beg pakaian abahnya dengan muka tiada perasaan.
“Hmmmm…abah dah “datang” ke…”, dia menyapa malas.
“ Haikkk….anak abah ni marahkan abah ke? Kenapa cakap abah ‘datang’? Abah ‘baliklah’.
“Tak delaaaaaah…Nuha rasa macam abah ada anak laiiiin je. Nuha terpaksa ikut giliran!!”
Suami memandang saya. Pandangan penuh curiga.
“Apa? Bukan ibu yang ajar ya!!”
Dan malam seterusnya……suamiku hanya meninggalkan rumah apabila pasti Nuha telah benar-benar nyenyak….
“Abah tak sanggup tunggu sampai ibu nyenyak. Entah bila nak tidurnya….abah pergi dulu bu!! Jangan nangesssss!!! Kesiaaaan isteri abah kena tinggal”
“Tak pe…sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”. Kata isteri sambil mencium tangan suaminya.
Abang : Ibumu Ibuku jua.
Ibumu : Hajah Sapia*
Ibuku : Hajah Supia***
Saya yakin dengan firmanNya; Sekiranya kamu memudahkan urusan saudaramu, pasti Allah akan memudahkan (urusan) kamu.
20090313
Alahai....anak orang....
Semalam keputusan SPM diumumkan. Isu itu menjadi pokok perbincangan utama lah, di kalangan calon, murid lain, ibu bapa, cikgu-cikgu tuisyen, pegawai-pegawai PPD, Jabatan, malah Kementerian…. Cikgu-cikgu sekolah…hanya memerhati jelah. Biarlah mereka menikmati kegembiraan. Cikgu sekolah tak boleh syok sendiri teruja sangat. Cikgu sekolah cuma jalankan tugas cikgu sekolah kan! Kan cikgu sekolah kan!!! Kan!!!
Kalau keputusan merudum…lingkup, haaaa…itu barulah salah cikgu sekolah!!!! Kannnzzzzz!!!
Itulah nasib cikgu sekolah……alahai!!!
Tahun lepas, keputusan sekolah saya 100% berdasarkan kelulusan dalam Bahasa Melayu.
Saya dapat sijil yang ditandatangani 'pengetua sendiri'aje dan sebatang pen pilot berukir nama cikgu. Idakle TV plasma atau periuk karan. Tapi, sebagai cikgu, bukan itu pun yang kami mahu...bukan...bukan.. Sungguh!!
Tahun ini, seorang gagal. Diulang, seorang. Hanya seorang!!!!Seorang (kakak Rahimah) yang sampai ke sudah, mengeja nama sendiri pun masih gagal. Salah kami guru tingkatan 5 kah? Kerja kami guru tingkatan 5 kah yang memperkenalkan baca tulis kepada seorang manusia berusia 17 tahun? Ya..ya...ya...melentur buluh biar dari rebung!! Tapi ini dah jadi buluh kasap...Nak lentur pebenda??? Bila cikgu cuba pulihkan ajar baca guna siri Buku Bacalah Anakku, mak bapak dia komplen pulak!!!
“Rendah sangatlah tahap cikgu ajar tu!” Katanya. Cis!!!
Errr..budak tu bukan dari kelas saya. Tapi saya tumpang sakit hati untuk cikgu dia, kerana saya tahu cikgu BM dia telah melakukan pelbagai cara untuk membantu. Tapi…tulah. Mak bapak dia yang jenis ditembak tak lut tu memperlekehkan usaha cikgu dia pulak!!
Masa ni, masing-masing nak salah menyalah! Hey.....kalau nak kira siapa salah...salah sistem pendidikanlah!!! Apasal dengan keputusannya yang 8D masa PMR, dia dibenarkan naik tingkatan 4? Masa zaman saya dulu, tak pas SRP, maaf....kau kena ulang lagi..dan lagi...sampailah 7 kali. Selagi tak lulus, tak boleh naik tingkatan 4!! Okey!!!
Namun begitu, kami masih terbaik di Hilir Perak, kategori sekolah harian. Lainlah cikgu-cikgu sekolah SBP atau MRSM. Mereka tidak perlu mengahadap murid yang ala-ala kelabu asap macam kami. Jenis bakar tak hangus macam ni...
……………………………………………………
Balik kepada laporan berita, okey!
Puan PK HEM…baru tiba dari mengambil keputusan di PPD. Errrrr…ceria Nampak. Mesti berita baik ni!!!
Tahniah kepada semua murid saya….
Sebahagian murid 5 Kimia (murid BM saya) . Tahniah, datang dengan berpakaian sopan dan mengekalkan jati diri remaja Melayu yang kuat akar umbinya. Macam ni barulah murid cikgu Ramlah!!!
Dari Kiri: Afza, Alia Amira,Tengku Yah,Hamiza,Tiqah, Zizie Maisarah dan Erma..Tahniah...skor BM!!!! Ini antara murid kesayangan saya. 'Antara', okey! Jangan pulak ada yang marah cikgu!!
Sebahagian murid 5 Fizik (murid Sejarah saya)
MelisaTan(10A) ,Loh Weiting (10A)dan Tan Ai Ni (11A1)…….hmmm…anak orang….bukan anak aku!!! Tahniah .....
Kalau cikgu terpaksa menangis…termenangis...atau terkantoi…(ikut suka hati koranglah nak ejek cikgu apa), semuanya adalah kerana kamu….anak-anak didikku…..
Budak zaman sekarang. Semua kepit handphone. Sekelip mata dah tersebar berita. Aku dulu, seminggu baru bapak dapat tahu. Kena tulis surat dulu…..
Eh…alah! Anak murid aku ke ni? Ngalahkan artis dari Hong Kong. Hmmm…anak orang! Ha…yang ini bukan cikgu yang ajar, okey!!!!!!!!! Haaaaa...yang macam ni, mak dia yang ajar!!! Macam tak sabar nak jadi dewasa!!!!!!!
Meja cikgu lain…semuanya penuh sesak… 
“Errrr…depa tau ke result keluaq hari ni kak?” Kata cikgu Azi…
“Tah le….depa ingat ke yang depa pernah ambik SPM itu hari?” He…he..he…

Ada orang tanya;"Eh...apasal top 15 yang skor stret A kat sekolah ni, tak de sorang pun budak mim lam alif ya wau ?"
Jawapan saya:"Budak-budak mim lam alif ya wau kami yang skor 8A masa PMR dah dicuri oleh MRSM dan SBP....untuk tolong mementenkan result dia orang. Budak-budak MRSM dan SBP yang hancur masa PMR, dia orang tendang keluar dan hantar ke sekolah kami. lalu...yang spesis Rahimah tu lah yang kami kena hadap!! Tu la pasal!!"
Tadi dikunjungi Ain, bekas pembahas Bahasa Inggeris Peringkat Negeri kami yang telah dirampas oleh MRSM Langkawi setelah dapat 8A dalam PMR. Dia datang bawa kek keju untuk bekas cikgunya. Dapat 10A1. Bertuah mak kamu Ain.....dahlah cantik....bijak....hormat cikgu....bakal doktor lagi. Anak orang jugak!!.................................................
..................................................................
Makan tengahari tadi, Nasi Tomato yang sedap dibelanja oleh Encik Loh Thye Fook...bapa Loh Weting yang mendapat 10A.....orang Cina ni memang pandai menghargai cikgu-cikgu anak mereka. Sungguh!!! Terima kasih Mr Loh.....
Kalau keputusan merudum…lingkup, haaaa…itu barulah salah cikgu sekolah!!!! Kannnzzzzz!!!
Itulah nasib cikgu sekolah……alahai!!!
Tahun lepas, keputusan sekolah saya 100% berdasarkan kelulusan dalam Bahasa Melayu.
Saya dapat sijil yang ditandatangani 'pengetua sendiri'
Tahun ini, seorang gagal. Diulang, seorang. Hanya seorang!!!!Seorang (kakak Rahimah) yang sampai ke sudah, mengeja nama sendiri pun masih gagal. Salah kami guru tingkatan 5 kah? Kerja kami guru tingkatan 5 kah yang memperkenalkan baca tulis kepada seorang manusia berusia 17 tahun? Ya..ya...ya...melentur buluh biar dari rebung!! Tapi ini dah jadi buluh kasap...Nak lentur pebenda??? Bila cikgu cuba pulihkan ajar baca guna siri Buku Bacalah Anakku, mak bapak dia komplen pulak!!!
“Rendah sangatlah tahap cikgu ajar tu!” Katanya. Cis!!!
Errr..budak tu bukan dari kelas saya. Tapi saya tumpang sakit hati untuk cikgu dia, kerana saya tahu cikgu BM dia telah melakukan pelbagai cara untuk membantu. Tapi…tulah. Mak bapak dia yang jenis ditembak tak lut tu memperlekehkan usaha cikgu dia pulak!!
Masa ni, masing-masing nak salah menyalah! Hey.....kalau nak kira siapa salah...salah sistem pendidikanlah!!! Apasal dengan keputusannya yang 8D masa PMR, dia dibenarkan naik tingkatan 4? Masa zaman saya dulu, tak pas SRP, maaf....kau kena ulang lagi..dan lagi...sampailah 7 kali. Selagi tak lulus, tak boleh naik tingkatan 4!! Okey!!!
Namun begitu, kami masih terbaik di Hilir Perak, kategori sekolah harian. Lainlah cikgu-cikgu sekolah SBP atau MRSM. Mereka tidak perlu mengahadap murid yang ala-ala kelabu asap macam kami. Jenis bakar tak hangus macam ni...
……………………………………………………
Balik kepada laporan berita, okey!
Puan PK HEM…baru tiba dari mengambil keputusan di PPD. Errrrr…ceria Nampak. Mesti berita baik ni!!!
Tahniah kepada semua murid saya….
Sebahagian murid 5 Kimia (murid BM saya) . Tahniah, datang dengan berpakaian sopan dan mengekalkan jati diri remaja Melayu yang kuat akar umbinya. Macam ni barulah murid cikgu Ramlah!!!
Dari Kiri: Afza, Alia Amira,Tengku Yah,Hamiza,Tiqah, Zizie Maisarah dan Erma..Tahniah...skor BM!!!! Ini antara murid kesayangan saya. 'Antara', okey! Jangan pulak ada yang marah cikgu!!Sebahagian murid 5 Fizik (murid Sejarah saya)
MelisaTan(10A) ,Loh Weiting (10A)dan Tan Ai Ni (11A1)…….hmmm…anak orang….bukan anak aku!!! Tahniah .....Kalau cikgu terpaksa menangis…termenangis...atau terkantoi…(ikut suka hati koranglah nak ejek cikgu apa), semuanya adalah kerana kamu….anak-anak didikku…..
Budak zaman sekarang. Semua kepit handphone. Sekelip mata dah tersebar berita. Aku dulu, seminggu baru bapak dapat tahu. Kena tulis surat dulu…..
Eh…alah! Anak murid aku ke ni? Ngalahkan artis dari Hong Kong. Hmmm…anak orang! Ha…yang ini bukan cikgu yang ajar, okey!!!!!!!!! Haaaaa...yang macam ni, mak dia yang ajar!!! Macam tak sabar nak jadi dewasa!!!!!!!
Meja cikgu lain…semuanya penuh sesak… 
Meja cikgu ini. Tak ada pelanggan. 5PD ni kelas hujung….
“Errrr…depa tau ke result keluaq hari ni kak?” Kata cikgu Azi…“Tah le….depa ingat ke yang depa pernah ambik SPM itu hari?” He…he..he…

Ada orang tanya;"Eh...apasal top 15 yang skor stret A kat sekolah ni, tak de sorang pun budak mim lam alif ya wau ?"
Jawapan saya:"Budak-budak mim lam alif ya wau kami yang skor 8A masa PMR dah dicuri oleh MRSM dan SBP....untuk tolong mementenkan result dia orang. Budak-budak MRSM dan SBP yang hancur masa PMR, dia orang tendang keluar dan hantar ke sekolah kami. lalu...yang spesis Rahimah tu lah yang kami kena hadap!! Tu la pasal!!"
Tadi dikunjungi Ain, bekas pembahas Bahasa Inggeris Peringkat Negeri kami yang telah dirampas oleh MRSM Langkawi setelah dapat 8A dalam PMR. Dia datang bawa kek keju untuk bekas cikgunya. Dapat 10A1. Bertuah mak kamu Ain.....dahlah cantik....bijak....hormat cikgu....bakal doktor lagi. Anak orang jugak!!...................................................................................................................
Makan tengahari tadi, Nasi Tomato yang sedap dibelanja oleh Encik Loh Thye Fook...bapa Loh Weting yang mendapat 10A.....orang Cina ni memang pandai menghargai cikgu-cikgu anak mereka. Sungguh!!! Terima kasih Mr Loh.....
20090311
Bidan Kecil Itu...
Masa itu saya darjah 5. Saya lihat bapak asyik termenung. Masa dulu, mana ada budak -budak berani tanyakan masaalah orang tua. Tapi saya berani.
“Mengapakah ayahanda bermuram durja?”
Bapak yang jarang sekali meluahkan masalahnya kepada anak-anak, pagi itu telah melanggar pinsipnya. Meluah rasa kepada anak perempuannya yang baru darjah lima.
Bapak risau. Serba salah. Susah hati. Seminggu lagi, dia akan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji, bersama Embah (Aruah nenek sebelah emak). Bapak susah hati, kerana emak saya, masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu melahirkan. Sepatutnya, emak sudah bersalin. Bapak susah hati. Bagaimana kalau emak bersalin selepas ayah ke Mekah? Siapakah yang mahu diharapkan. Saudara mara bapak? Mereka semua di Johor. Sebelah mak? Semua di Selangor. Jiran-jiran? Memanglah banyak jiran. Tapi keadaan waktu itu…dengan jalan yang tidak beraspal, dengan klinik yang jauh sukar dicapai dek akal…Siapa yang akan menolong emak? Saya? Saya , budak perempuan samseng yang baru darjah lima ini? Apa yang saya tahu? Masak air, cerek rentung. Rebus telur, telur meletup. Mandikan adik dalam kolam, adik tenggelam!!!!!Taunya ke hulu dan ke hilir, merata kampong, menindas kaum yang lemah dengan gelang getah penuh sampai ke siku, dan guli memberat di kedua kocek seluar pendeknya…..
Saya memang anak ke lima. Tapi, waktu itu saya anak sulung di rumah. Abang sulung saya di asrama Sek Men Sains Kluang, Johor nuuuuuun. Kakak dan abang ke tiga di asrama juga. Di Selangor. Abang ke empat saya di MRSM, Kulim Kedah…..merata-rata anak bapak saya…..dari utara sampai Selatan.
………………………………………….
Subuh itu. Bapak di masjid. Emak membangunkan saya.
“Lalah….pergi masak air!”
Alaaaahhh.......emak ni. Kenapa pulak saya yang kena masak air? Malasnya. Nak ambik air. Nak hidupkan api. Nak pasang pelita. Ahhhhhh. Ngantuk ni…..!!
“Lalah….emak sakit perut ni….adik nak keluar!!” Suara emak lirih sekali.
“Haahhh!!!” Sepantas kilat saya bangun dan terus meluru ke dapur.
Mak saya lihat, tenang meski mukanya nampak berkerut-kerut menahan sakit. Saya tak dapat bayangkan tahap mana darjah kesakitan mak (sekarang taulah!). Tapi saya lihat, mak masih boleh membentangkan tilam bayi yang telah lama disimpan, dan menyusun beberapa barang keperluan….seperti besen mandi bayi, kain lampin dan lain-lain di ruang tidurnya….untuk menyambut kelahiran bayinya sendiri….dan saya lihat…mak mengopak sekeping lantai biliknya. Brutal sungguh. Tak faham saya!!!.
Bapak balik dari masjid.
Saya terus biarkan emak bersama bapak di bilik mereka. Budak-budak tak baik masuk campur.
Sesekali, terdengar erangan emak menahan sakit. Merinding bulu roma saya.
Terdengar suara bapak. Memujuk emak supaya bertahan. Besabar.
“Kuat lagi…kuat lagi…sikit lagi tu!” Itu suara bapak. Saya tak faham langsung!
(Harus diingat, dialog ini telah diterjemahkan dari bahasa Jawa! Ahaks)
Waktu sudah hampir siang. Saya perlu bersiap ke sekolah. Saya kejutkan dua adik lelaki saya untuk bersiap. Dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai anak sulung sementera, saya terfikir untuk membuat sarapan. Apa yang boleh saya buat. Ahhhh…paling senang buat lempeng. (Anak saya sekarang panggil OMLETE. Ceh!!)
Saya ambil mangkuk. Taruk tepung. Bubuh air. Kacau. Ambil garam sikit, alaaahh….macam yang mak selalu buat tu. Errr…tapi garam kasar!!! Macam mana ni….. Saya letak garam itu dalam cawan. Bubuh air. Goncang-goncang, lalu dengan cermat cuba menuangkannya ke dalam adunan….
“Uuwwweeeeekkkk….uuwweeeeekkkk….uwweeekkkkk”
Saya terkejut!!!!! Nyaringnya suara!!!
“Alhamdulillah…” Terdengar suara bapak.
Tak lama…..terdengar suara bapak lirih-lirih melaungkan azan!!!!
Saya meneruskan urusan lempeng saya. Sudah ada 2 keping. Cukup untuk saya dan Najib. Nak buat satu lagi untuk Hanif.
“Lalah….tengok adik-adik…bapak nak panggil mak bidan!” Bapak mencapai kunci motor.
Baru nak panggil mak bidan? Apa bapak ni!! Saya tak faham!!
Mak bidan sampai.
“Ustaz ni memang. Saja tak bagi peluang aku potong tali pusat anak dia!!!” Mak bidan mengusik. Aku, juga masih tak faham.
“Alah…dah ke 9, takkan tak pakar lagi!” tingkah bapak. Ada riak dalam ayatnya!!
Apa? Tali pusat? Bapak potong? Ngerinya! Susahnya nak jadi bapak!!!
……………………………………………
“Kak Lah….kenapa lempeng ni masin sangat…ptuih…ptuih.,” Adik lelaki ku si Najib….merungut… Bertuah punya adik!!!
“Errrrrr….garam tumpah!!” Jawab saya.
“Eiii…kakak dah nak kawen. Tak malu!!” Ini usikan ganas adikku Hanif, masa tu dia darjah satu. Kini menjadi doktor di Hospital Putrajaya dan menyambut kelahiran bayi adalah antara pekerjaan utamanya sedikit masa lalu!!!!! Padan muka kau, Pak Haji Hanif!!!! He…he…
………………………………….
“Apa nama nak bubuh kat adik Lah” Tanya bapak.
Waaaahhhh….bapak Tanya aku!!! Ini satu penghormatan!!! Bangganya…selama ni dia suka-suka je bubuh nama anak dia. Nama aku paling tak best. RAMLAH je dibaginya….Orang bubuhlah Umi Kalthum ke…Noor Kumalasari ke…
“Errrrr….Alexander Iskandar”, Tiba-tiba saya teringat temberang cikgu tawarikh saya yang mengatakan Alexander The Great itu adalah Iskandar Zulkarnain. Nanti….bolehlah saya panggil adik saya itu dengan panggilan manja “ALEX”. Kan keren tu!! Senonohlah sikit daripada panggilan budak-budak lelaki jawa kat kampong tu. Terutamanya musuh-musuh saya dalam permainan guli dan combat, si Nanang, si Endong, Utuh, Mat Letup, Cepet, Dogol……tah apa-apa tah nama depa!!!! Malu aku nak ambik dia orang jadi bopren!!!
Bapak hanya senyum mendengar cadangan nama yang hebat itu. Pasti dia suka.
…………………………………………………………………….
Esoknya.
“Lah….nah. Ni surat beranak adik. Tolong simpankan……he..he…Dah 9 dah koleksi surat beranak anak bapak……he…he…he…” Wajah bangga seorang lelaki begelar bapak!! (Untuk makluman, anak bapak aku ada 10. 7 lelaki 3 perempuan. Tapi menantu dia ada 11. macam mana tu?)
Ku ambil surat beranak itu. Aku baca!
“Bapaaaaaaaaaaaaaaak!!” Aku menghentak-hentak kaki. "Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!Bapak niiiii. "
Aku menumbuk-numbuk belakang bapak! Macam si Tenggang!!
“Nama ni tak sedaaaaap. Kenapa tak bubuh Alexander Iskandar???”
“Ahmad Kamil…sedap lah tu. Kamil maknanya sempurna…..dah sempurna dah semua urusan mak…..senang hati bapak nak pergi Mekah esok!!!
*******************************************
..dan sepanjang ketiadaan bapak..akulah yang menjaga emak dalam pantang, jaga adik-adik aku nak ke sekolah. Bila malam, ada jiran mak, seorang ibu tunggal bermalam di rumah kami. Aku selalu rindukan bapak. Saat Pak Ramli jiran sebelah hendak ke masjid, aku akan menutup telinga kerana bunyi enjin motorsikalnya sebiji macam bunyi motor bapak!!!!Setiap kali ada kapal terbang melintasi ruang udara rumah kami, saya akan berlari ke belakang rumah, memanjat pokok manggis lalu menangis kuat-kuat sambil menutup mulut...jangan sampai emak dengar. Aku tak mahu emak sedih...aku tahu jerihnya emak menjaga kami 5 anak yang masih kecil....kerana aku selalu terlihat emak menangis senyap-senyap di balik reban ayam....rindukan suaminya!!!
Dalam dunia kecil itu....ada saya............... dunia yang polos...bersih dan suci.....
………………………………………………..................
Sekarang Ahmad Kamil saya sudah menjadi seorang yang Berjaya di Sebuah Kementerian di Putrajaya. Dia masih suka makan lempeng….(orang Putrajaya panggil omlete kot! Ha..ha.. )

Dalam dunia kecil itu....ada saya............... dunia yang polos...bersih dan suci.....………………………………………………..................
Sekarang Ahmad Kamil saya sudah menjadi seorang yang Berjaya di Sebuah Kementerian di Putrajaya. Dia masih suka makan lempeng….(orang Putrajaya panggil omlete kot! Ha..ha.. )
20090310
ALLAH , MUDAHKANLAH URUSANKU....Amiiin.
Saje je letak lagi sekali...he..he..Saya tidak dibenarkan memandu waktu malam, kerana masalah mata saya yang tidak tahan silau. (sejak akhir-akhir ini….makin teruk silaunya…terutama selepas dipaksa melihat gerhana wau bule dari Bachok)
Tapi malam itu, saya terpaksa, kerana orang yang melarang saya itu sedang terkedang demam teruk…badannya panas, muntah-muntah dan tidak bermaya untuk bangun. Hancur luluh hati saya, melihat dia begitu. Menatap wajah saya pun dia tiada rasa. Apatah lagi mahu ketawa saat saya berkecindan seperti biasa......
Saya terpaksa keluar ke farmasi keluarga suami saya untuk mengambil ubat yang telah disediakan oleh anak buahnya, pemilik farmasi itu, setelah saya menelefonnya.......
Malam itu. Hujan lebat sekali. Sebelum sampai ke rumah, saya berhenti di sebuah stesen minyak. Setelah mengisi minyak, saya cuba menghidupkan enjin. Senyap. Cuba lagi. Senyap. Cuba lagi. Senyap. Ahhhhhhh….sudahhh!!! Amaran pada 'kokpit' (macam kapal terbang pulak!) menunjukkan masalah berpunca daripada bateri….Ya...ya...ya...sejak beli kereta ni dua tahun tak pernah ganti bateri......Adooooooooiiiii. Guano nih? Tak pe…tak pe….tenang….jangan panik….Saat itu terus teringat suami. Selalunya, pantang ada masalah sikit, terus telefon dia. Tapi malam itu, menelefon dia hanya akan menyebabkan dia lagi susah hati. Tadi nak keluar pun, dia tak berapa bagi…..
“Macam nak hujan ni…tak payahlah keluar…suruh Ivy hantar ubat tu ke sini” Katanya.
(Ivy ni Minah mat saleh, isteri anak buah suami yang punya farmasi tu) “Tak apa bang. Ivy sebok tu.Kalau hujan pun, saya dalam kereta. Bukan naik motor!!” . Tulah….ajak lagi orang main hujan malam-malam buta. Kan dah demam…
…….Sudah…sudah…Kena cari jalan lain….kena mandiri….
Ahad. Malam. Hujan lebat. Mana nak cari pomen? Sementelah nombor telefon mana-mana pomen pun saya tak simpan dalam henpon..Yang ada nombor Gopal Tukang Potong Rumput, Mat Epul Tukang Sembelih,Ah Pan Tokeh Kedai Gas, Wak Yonos Satay…Ahhh…suami orang semua tu. Takkan aku nak ganggu!!!!! Nak Tanya pada budak pam petrol tu….semua Bangla. Aku cakap lain dia cakap lain. Taunya : “ merah…hijau…credit card ka tunai?” Ceh!!!
..............................................................
Saya bukanlah wanita yang tak tau apa-apa pasal membaiki kereta. Sorry...see the leg OK! Tukar tayar pun saya pernah buat! Tapi yang ini....bateri!! Saya perlu meminta tolong pada pemandu lain. Haih!! Ini yang payah ni!!!! Saya ni kan pemalu....... (cis, sempat riak lagi dalam keadaan gawat ni!)
Saya pakai Citra ni pun sebab terpaksa. Dulu saya nak sambar pajero LO47 ke , LC11 ke, takpun angkat land rover 110 /109 ke... senang nak 'melawat kawasan' atau masuk ladang ngan suami...tapi dia tak bagi! Dia kata, dia tak sanggup mengaku kalau orang tanya;
"Zahan...yang brutal tu bini engkau ke?" Ha..ha..ha..
................................................................
Lalu, dengan bergayanya saya membuka bumper kereta. Merenung ruang enjen....macam pakar je gayanya.....tapi dalam hati rasa nak nangis.......dengan harapan adalah orang yang perasan bahawa ada seorang wanita anggun sedang menghadapi masalah. Sambil tu, bacalah ayat-ayat pengasih dan penunduk...supaya orang simpati...(pasang jerat!) ha..ha....
.................................................................
Syukur. Saya bersyukur. Sebelum saya membuka mulut, dengan izin Allah seorang pemandu lelaki menghampiri. Bertanya. Lalu menawarkan bantuan. Dia mengalihkan keretanya, membuka bumper kereta , lalu menghulurkan bantuan hayat……..mendermakan sedikit bateri keretanya. Proses mengambil masa 30 minit, sebelum kereta saya berbunyi semula. Stesen mulai sesak disebabkan kereta saya yang tersangkut di tengah-tengah……hujan memang lebat sangat.Angin kuat. Bagai turut simpati dengan nasib saya….hu…hu..Lepas itu…datang dua orang lagi lelaki budiman, turut sama bertanya-tanya dan cuba menunjukkan keperihatinam (Memanglah lelaki......…mana ada perempuan sebrutal saya keluar rumah sendirian malam-malam buta gini…kalau ada pun, tentu tak hingin depa nak nolong saya!! Habis-habis pun ....jeling ajelah....perempuan memang gitu!! He..he..) Err....selamat hari wanita. Ngeh...ngeh...
……………………………………………………….
Di saat ribut-ribut begitu ….lelaki itu yang banyak bertanya saya…dari mana …nak ke mana…rumah di mana . Saya? Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih, terima kasih yang tidak terhingga tanpa bertanya siapa dia. Ahhhh…teruk betul lah perangai saya ni…..tulah susahnya jadi orang pendiam nih!!! Ahaks! Sebenarnya....saya gugup sangat waktu tu........bayangkan kalau kereta saya tak boleh di 'start' langsung....
“Puan pergi duduk dalam kedai tu dulu…sejuk ni. Biar kami yang buat!!” katanya bila melihat saya menggigil dan memeluk tubuh...
Saya sempat mengambil gambar menggunakan E90 saya dari arah kaunter bayaran stesen minyak itu. Terima kasih kepada pemilik kenderaan berwarna putih itu. Semoga Allah membalasnya dengan memudahkan segala urusan hidup Tuan……dan keluarga Tuan….
Maaf kepada tuan punya stesen, kerana selama kereta saya terbengkalai di situ….dia telah kehilangan beberapa pelanggannya…
Saya semakin yakin dengan firmanNya; Sekiranya kamu permudahkan urusan saudara kamu, nescaya Allah akan mudahkan urusan kamu. Syukur.
………………………………………………..
Saya tak tau…entah bila saya pernah berbuat baik dengan orang….hanya Tuhan yang tahu ….. ......................................................
……………………………
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN JUNJUNGAN BESAR....

Mari berselawat dan bersirah.....
Al Jannatu wa na'iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiimu......

Maaf kepada tuan punya stesen, kerana selama kereta saya terbengkalai di situ….dia telah kehilangan beberapa pelanggannya… Saya semakin yakin dengan firmanNya; Sekiranya kamu permudahkan urusan saudara kamu, nescaya Allah akan mudahkan urusan kamu. Syukur.
………………………………………………..
Saya tak tau…entah bila saya pernah berbuat baik dengan orang….hanya Tuhan yang tahu ….. ......................................................
……………………………
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN JUNJUNGAN BESAR....

Mari berselawat dan bersirah.....
Al Jannatu wa na'iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiimu......
20090306
......Basah Bersama......
Ceritera di pagi Jumaat.
Dulu, setelah diijab kabul, sebelum kami punya anak, kami sering keluar lewat malam….naik motor Yamaha RX-Z berekzos dua warna biru. Ronda-ronda Bandar Teluk Intan, sambil belajar bercinta dan mengenali hati budi….kerana kami tak sempat buat begitu sebelum nikah. Maklumlah, aku kan wanita desa yang naïf….mana reti bercintan cintun semasa bertunang. (Sampai seminggu nikah…aku masih memanggilnya Encik Sazahan…dan selalu lari-lari dari dia…..sehinggalah dia mengugut aku dengan ugutan yang mengerikan….aku terpaksa menyerah kalah…..hi..hi..hi…)
Setelah penat ronda-ronda naik motor dengan kedua tangan saya memegang pemegang tempat duduk di belakang (kes tak tergamak nak peluk pinggang suami kerana masih belum begitu kenal…malu-malu lagi!), biasanya kami akan ‘lepak’ di kedai mamak yang terkenal di sini, “Ghulam Rasul”
Bila dah hilang malu…dan dapat anak saban tahun…..kami tak dapat kesempatan nak buat begitu lagi…hu…hu…hanya sesekali, apabila saya merajuk atau mood tak begitu baik, suami saya akan pujuk saya dengan cara yang sama. Kejap je, merajuk saya pun hilang….ngeh….ngeh….ngeh….rugi kalau merajuk dengan dia ni……peeeewwwit!!!
Sekarang, anak-anak dah besar. Yang sulung tingkatan 4. Yang bongsu darjah 3. Mereka sudah susah untuk diajak ke mana-mana. Kalau dulu, ke mana kami pergi, di situlah mereka mengekor.
Tanpa disedari, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kami sudah kembali kepada hobi lama sebelum dapat anak dulu. Keluar lewat malam setelah anak-anak tidur, ronda-ronda naik motor, dan lepak kedai mamak. Tapi, port kami telah berubah…kini di “Ajmal Food Court’. Up sikitlah dari yang dulu. Apapun, kedua-duanya masih dalam kategori kedai mamak.
Sambil menonton Cengkadak si Afdlin Shauki dan geng-geng sewelnya dalam Baik Punya Cilok, melalui skrin LCD yang digantung atas pokok….mengembalikan nostalgia ‘wayang pacak’ zaman pra sejarah dulu…he…he…(Budak KL macam YB mana tau cerita wayang pacak ni…gitu juga dengan Shifu budak Ipoh!) itu cerita budak kampong tipikal macam Kg Sungai Manila..
Bukan di hotel lima bintang. Tiada lilin atau kuntuman mawar di meja. Hidangan pun sekadar roti telur, daging cincang dan teh tarik…..
Namun…..semua itu tidak menghalang kami untuk memadu kasih…..he..he…Sebab tulah tiba-tiba gambar menjadi hitam putih…..nostalgia sikit….zaman dulu kan tv ‘black and white’…..he..he..
Ya…..tangan dia memang sentiasa nak memegang tangan isterinya……apalagi saat melihat sekumpulan lelaki gersang di meja sebelah asyik tersenyum-senyum saat isterinya memasuki ruang dengan haruman Lancome…he..he..…….jangan marah bang! Kesian suami aku, dapat isteri perasan (dan sedikit sewel)…
“Apa asyik ambik gambar je ni…makanlah!” Katanya lalu merampas henpon norkiahE90 saya.
“Ambik gambar pinggan ni ha, matchiiiiing sangat dengan roti ni….”
………………………………………………………………
Saat membayar di kaunter.
Murid-murid…sila telitikan dialog berikut baik-baik;
“Enam ringgit sepuluh sen pakcik!” Budak kaunter itu memberitahu.
Suami menghulur not merah.
“Pakcik, ada sepuluh sen tak?” Tanya budak kaunter.
“Nanti saya cari”, Jawab suami sambil meraba kedua-dua poketnya mencari syiling.
“Tak adalah machaa” Kata suami ku.
Budak kaunter itu memandang saya.
“Kakak ada tak?”
Perasan tak? Perasan tak???? Suamiku dipanggilnya pakcik. Dan aku, dipanggilnya kakak….ha…ha…ha….lalu sepantas kilat aku hulurkan lima kupang…
“Tak apalah ‘dek’…keep the changes…” kataku lalu meraih tangan suamiku….sambil menahan tawa.
“Nyampahhhh!” Suamiku tidak puas hati….sambil menyiku aku….adeh!!
Ya, jarak umur saya dengan dia memang agak jauh. Ala-ala Dato’ Siti dengan Dato’ K gitu…eh..silap…macam Dato’ Rahim Razali dengan Rozana ngeh…ngeh…ngeh…Sebab tu….aku segan sikit nak melawan dia… Hormatilah orang yang lebih tua….Ahaks!!! Kalau sebaya, agaknya dah lama aku kena terajang atau penampar sebab abang cakap satu aku cakap sepuluh…hi…hi…dia memang pendiam. Kalau korang jumpa dia nanti, janganlah kecik hati kalau tengok dia ala-ala tak mesra alam….(dia mesra dgn aku je)…..bercakap pun style bibir tak berapa terbuka…alaaaahhh…macam Rahim Razali tulahh…ha….ha..... (aku sukeee!!)
Dia bukan pasangan bergaduh yang baik….sebab memanjaaaang dia akan mengalah….tak trill gaduh dengan dia!! Jadi, baik jangan gaduh!!!
Kami mahu pulang. Suami terkial-kial memakaikan topi keledar di kepala isterinya (bukan aku tak boleh pakai sendiri…tapi saja aku dera dia, biar dia pakaikan…alahhhh…bukti kasih sayang hingga ke hujung nyawaaaa ….ha..ha…ha!). Baru saja motorsikal kami bergerak, tiba-tiba titisan hujan menimpa pipiku. Makin lama makin banyak….dan lebat. Kami terpaksa berhenti di sebuah bengkel kereta. Tunggu hujan teduh.
Tapi, sebab sudah dinihari, sementelah pula anak-anak ditinggal di rumah, kami ambil keputusan untuk meredah hujan. Syok juga dah lama tak buang tebiat main hujan ni….malam-malam buta pulak tu….nasib baik tangan dah tak ke belakang macam dulu…hi..hi
Eh…apa tiba-tiba muncul gambar Dato’ Panglima dari Batu Gajah ni….
"Dinda tidak menduakan kanda, Dato'!" He..he..he...

Maaf…gambar kami basah lenjun bersama ditimpa hujan tidak boleh disiarkan atas sebab-sebab keselamatan……..takut mengganggu ketenteraman awam!!
…….dan akibat basah yang terlampau malam itu….pagi esoknya, pasangan suami isteri itu telah diserang selsema……juga bersama…..
...tiba-tiba juga, suami ku yang pendiam itu, kudengar, dalam bilik air subuh-subuh sepi'e itu....suaranya lirih-lirih bernyanyi.......
Masih kah kau ingat....
kita berlari-lari...
di kaki langit....
mencari pelangi...
Lalu hujan turun...
kita basah bersama...
masih kah kau ingat...
masihkah kau...ing......ing...
.....aaaaaaaaaaaaaaaaachiummm!
Auchhh!!
Dulu, setelah diijab kabul, sebelum kami punya anak, kami sering keluar lewat malam….naik motor Yamaha RX-Z berekzos dua warna biru. Ronda-ronda Bandar Teluk Intan, sambil belajar bercinta dan mengenali hati budi….kerana kami tak sempat buat begitu sebelum nikah. Maklumlah, aku kan wanita desa yang naïf….mana reti bercintan cintun semasa bertunang. (Sampai seminggu nikah…aku masih memanggilnya Encik Sazahan…dan selalu lari-lari dari dia…..sehinggalah dia mengugut aku dengan ugutan yang mengerikan….aku terpaksa menyerah kalah…..hi..hi..hi…)
Setelah penat ronda-ronda naik motor dengan kedua tangan saya memegang pemegang tempat duduk di belakang (kes tak tergamak nak peluk pinggang suami kerana masih belum begitu kenal…malu-malu lagi!), biasanya kami akan ‘lepak’ di kedai mamak yang terkenal di sini, “Ghulam Rasul”
Bila dah hilang malu…dan dapat anak saban tahun…..kami tak dapat kesempatan nak buat begitu lagi…hu…hu…hanya sesekali, apabila saya merajuk atau mood tak begitu baik, suami saya akan pujuk saya dengan cara yang sama. Kejap je, merajuk saya pun hilang….ngeh….ngeh….ngeh….rugi kalau merajuk dengan dia ni……peeeewwwit!!!
Sekarang, anak-anak dah besar. Yang sulung tingkatan 4. Yang bongsu darjah 3. Mereka sudah susah untuk diajak ke mana-mana. Kalau dulu, ke mana kami pergi, di situlah mereka mengekor.
Tanpa disedari, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kami sudah kembali kepada hobi lama sebelum dapat anak dulu. Keluar lewat malam setelah anak-anak tidur, ronda-ronda naik motor, dan lepak kedai mamak. Tapi, port kami telah berubah…kini di “Ajmal Food Court’. Up sikitlah dari yang dulu. Apapun, kedua-duanya masih dalam kategori kedai mamak.
Sambil menonton Cengkadak si Afdlin Shauki dan geng-geng sewelnya dalam Baik Punya Cilok, melalui skrin LCD yang digantung atas pokok….mengembalikan nostalgia ‘wayang pacak’ zaman pra sejarah dulu…he…he…(Budak KL macam YB mana tau cerita wayang pacak ni…gitu juga dengan Shifu budak Ipoh!) itu cerita budak kampong tipikal macam Kg Sungai Manila..
Bukan di hotel lima bintang. Tiada lilin atau kuntuman mawar di meja. Hidangan pun sekadar roti telur, daging cincang dan teh tarik…..
Namun…..semua itu tidak menghalang kami untuk memadu kasih…..he..he…Sebab tulah tiba-tiba gambar menjadi hitam putih…..nostalgia sikit….zaman dulu kan tv ‘black and white’…..he..he..
Ya…..tangan dia memang sentiasa nak memegang tangan isterinya……apalagi saat melihat sekumpulan lelaki gersang di meja sebelah asyik tersenyum-senyum saat isterinya memasuki ruang dengan haruman Lancome…he..he..…….jangan marah bang! Kesian suami aku, dapat isteri perasan (dan sedikit sewel)…“Apa asyik ambik gambar je ni…makanlah!” Katanya lalu merampas henpon norkiahE90 saya.
“Ambik gambar pinggan ni ha, matchiiiiing sangat dengan roti ni….”
………………………………………………………………
Saat membayar di kaunter.
Murid-murid…sila telitikan dialog berikut baik-baik;
“Enam ringgit sepuluh sen pakcik!” Budak kaunter itu memberitahu.
Suami menghulur not merah.
“Pakcik, ada sepuluh sen tak?” Tanya budak kaunter.
“Nanti saya cari”, Jawab suami sambil meraba kedua-dua poketnya mencari syiling.
“Tak adalah machaa” Kata suami ku.
Budak kaunter itu memandang saya.
“Kakak ada tak?”
Perasan tak? Perasan tak???? Suamiku dipanggilnya pakcik. Dan aku, dipanggilnya kakak….ha…ha…ha….lalu sepantas kilat aku hulurkan lima kupang…
“Tak apalah ‘dek’…keep the changes…” kataku lalu meraih tangan suamiku….sambil menahan tawa.
“Nyampahhhh!” Suamiku tidak puas hati….sambil menyiku aku….adeh!!
Ya, jarak umur saya dengan dia memang agak jauh. Ala-ala Dato’ Siti dengan Dato’ K gitu…eh..silap…macam Dato’ Rahim Razali dengan Rozana ngeh…ngeh…ngeh…Sebab tu….aku segan sikit nak melawan dia… Hormatilah orang yang lebih tua….Ahaks!!! Kalau sebaya, agaknya dah lama aku kena terajang atau penampar sebab abang cakap satu aku cakap sepuluh…hi…hi…dia memang pendiam. Kalau korang jumpa dia nanti, janganlah kecik hati kalau tengok dia ala-ala tak mesra alam….(dia mesra dgn aku je)…..bercakap pun style bibir tak berapa terbuka…alaaaahhh…macam Rahim Razali tulahh…ha….ha..... (aku sukeee!!)
Dia bukan pasangan bergaduh yang baik….sebab memanjaaaang dia akan mengalah….tak trill gaduh dengan dia!! Jadi, baik jangan gaduh!!!
Kami mahu pulang. Suami terkial-kial memakaikan topi keledar di kepala isterinya (bukan aku tak boleh pakai sendiri…tapi saja aku dera dia, biar dia pakaikan…alahhhh…bukti kasih sayang hingga ke hujung nyawaaaa ….ha..ha…ha!). Baru saja motorsikal kami bergerak, tiba-tiba titisan hujan menimpa pipiku. Makin lama makin banyak….dan lebat. Kami terpaksa berhenti di sebuah bengkel kereta. Tunggu hujan teduh.
Tapi, sebab sudah dinihari, sementelah pula anak-anak ditinggal di rumah, kami ambil keputusan untuk meredah hujan. Syok juga dah lama tak buang tebiat main hujan ni….malam-malam buta pulak tu….nasib baik tangan dah tak ke belakang macam dulu…hi..hi
Eh…apa tiba-tiba muncul gambar Dato’ Panglima dari Batu Gajah ni….
"Dinda tidak menduakan kanda, Dato'!" He..he..he...

Maaf…gambar kami basah lenjun bersama ditimpa hujan tidak boleh disiarkan atas sebab-sebab keselamatan……..takut mengganggu ketenteraman awam!!
…….dan akibat basah yang terlampau malam itu….pagi esoknya, pasangan suami isteri itu telah diserang selsema……juga bersama…..
...tiba-tiba juga, suami ku yang pendiam itu, kudengar, dalam bilik air subuh-subuh sepi'e itu....suaranya lirih-lirih bernyanyi.......
Masih kah kau ingat....
kita berlari-lari...
di kaki langit....
mencari pelangi...
Lalu hujan turun...
kita basah bersama...
masih kah kau ingat...
masihkah kau...ing......ing...
.....aaaaaaaaaaaaaaaaachiummm!
Auchhh!!
20090305
Ini bukan fasal saiz...
"anis sedang melukis."
Saya pangkah. X.
Dia : Kenapa salah cikgu?
Saya: Tidak menggunakan huruf besar untuk kata nama khas.
Dia: Saya gunalah ni! Ini 'style' saya ape!
Saya tulis pada papan putih;
'A'........( dengan kecil )
Saya : Ini, huruf besar atau kecil?
Dia : Besar.
Saya : Betul. Pandai.
Saya tulis pula pada papan putih;
Saya: Ini pula, huruf besar atau kecil?
Dia: Huruf kecil lah...apalah cikgu ni!
Saya : Ada perbezaan antara 'A' dan 'a'!
'A' tetap huruf besar walaupun saiznya sekecil kutu. 'a' pula, tetap huruf kecil, walaupun saiznya sebesar badak!!! Sambil sengaja menebalkan idgham sebutan 'badak' itu, sambil menjegilkan mataku yang sepet...
:Berwarna biru di atas adalah ayat berani mati......

a .......(dengan besar)

Subscribe to:
Posts (Atom)