Suka citra @ xiiinam? Terima kasih :D

20090430

Hari ini Hari Apa?

30 April 2009


SATU


Dua SMS di terima hari ni mengucapkan....

"Selamat Menyambut Hari Pekerja". Esoklah kan!.

Terima kasih.

Soalan: Apakah makna hari Pekerja buat ckLah?
Jawapan: Maknanya, cuti. Jalankan tugas-tugas suri rumah sepenuh masa dari Subuh Adam sampai dinihari.
CUTI atau 'utlah atau Fang Jia atau Vidumurai atau Libur ........maknanya tak payah pergi kerja...

Pagi-pagi tak perlu kelam kabut macam selalu.....terkejar-kejar 'scanner' nak imbas "Punch card" kat pejabat sekolah>>>>>> tit...tit...tit...Aku datang....seawal jam tujuh saban hari..............tit...tit...tit...Aku balik...
...........................kerana "punch card" yang selalu digantung di tengkuk;
....sepanjang hari esok akan tergantung di dalam kereta saja.........
Ya...itulah erti Hari Pekerja bagi saya...Habis, nak pengertian macam mana lagi?


>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Dua.

Hari ini, dua belas tahun lalu saya tercungap-cungap dan akhirnya letih longlai namun masih mampu tersenyum lebar....setelah melahirkan putera tunggal saya, seberat 4 kilogram .... Muhammad Nabil Emir Bin Sazahan.....

Ini lagi penting daripada Hari Pekerja..atau Hari Buruh...ya, 'tersangatlah buruh'nya aku!!!!
Dah darjah enam sekarang. Selamat Hari Lahir putera ku......nanti ibu 'surprise' kan kamu dengan sesuatu yang istimewa...tak payahlah cerita dalam blog ya Bill.....'untuk kita-kita aje'....he...he...he...
>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<
TIGA


Hari ini juga hari terakhir mengisi borang taksir Lembaga Hasil Dalam Negeri.....baru habis buat secara 'e- filing on line' balik sekolah tadi....saja-saja seronok mencari cabaran di saat akhir...

setelah ditolak PCB=RM5++

rebet pembelian buku=RM1000

rebet pembelian peralatan sukan=RM300

rebet pembelian komputer peribadi, rebet zakat pendapatan,pelepasan anak,insurans nyawa, insurans pendidikan anak........

Saya masih kena bayar cukai RM2++.

Kena bayar hari ini juga. Dah bayar pun di Bank. Takkan nak lawan kot! Apatah lagi pegawai kerajaan kecil macam saya ni....kena sentiasa menyerahkan batu jemala patik untuk menurut perintah....

Encik LHDN, saya tak ada hutang dengan kamu,okey!!!!

Keluar dari Bank........

......huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Saya baru perasan.....saya telah kehilangan sony cyber shot digital camera kesayangan saya....mungkin jatuh di tempat parkir...mungkinlah....isk...isk....isk....lepas ni kena usung kamera Nikon SLR saya yang besar gedabak tulah jawabnya....Kalau nak yang kompak...malu pulak nak mintak balik Lumix Panasonic yang dah terbagi kat anak....Nak beli lagi? Huh...baik aku beli satey!!!

Dan saat mahu memulakan perjalanan....seorang lelaki, yang tadi sabar berdiri menunggu giliran di belakang saya mengetuk cermin kereta...

"Puan....puan tertinggal credit card puan dalam mesin cash deposit tadi....bahaya ni puan,,,"

Waduh.....mengapa aku hari ini???

Hari yang cuai? Hari yang tak 'best'!!!

20090429

Body guard ibu....

Sekarang ni, kalau nak ke mana-mana, si bongsu Nuha Eiman yang selalu menemani saya. Abang dan kakak-kakanya yang sudah mula meningkat remaja...sudah pandai memberi pelbagai alasan kalau diajak menemani ibu.



Semalam, saya ingin ke rumah emak sekejap. Rumah emak hanya 30 minit memandu dari rumah saya. Sebelum memasuki kampung emak, kami terpaksa melalui jalan estet Shouthern Perak Plantation (SPP) berhampiran UNITATA dan Jambatan Sungai Bernam. Sebuah pondok jaga terpaksa dilalui. Jaga itu akan menahan semua kenderaan dan bersoal jawab sebelum membuka penghadang jalan.



oleh kerana sudah biasa, dan jaga itu sudah kenal akan kereta saya, dia hanya menunjukkan ibu jari tanda 'bagus' lalu membuka penghadang jalan. Saya pula akan menurunkan sedikit cermin kereta , mengangkat tangan...senyum dan angguk...



Tiba-tiba..



"Ibu ni....Asal nampak pak guard tu...senyum. Asal nampak pak guard tu lambai.... Apa...ibu dah tak ingat kat abah ke?"

Astaghfirullahal 'adziiiim...anakku! Kau ingat ibu kau ni kaki spedo ke apa hah? Ibu baruuuuu je angkat tangan sikit. Belum turun dari kereta lagi tau...Haihhh!!!


"He...he...he...Nuhalah bodyguard terbaik buat ibu." Kata abah Nuha, apabila saya ceritakan kepadanya. Semacaaam je senyum dia...

20090427

Sekadar rehlah hujung minggu....

"Jom, abah bawa anak-anak abah jalan-jalan!" Dia memang selalu begitu. Suka buat kejutan.
Pagi itu, selesai bersarapan di Crystal Café And Boutique, restoren baru rakan saya, suami tidak terus memandu ke rumah. Sebaliknya terus menuju arah Bidor. Anak nak pasang movie baru DVD dalam kereta pun tak sempat...sebok nak tau arah tujuan bapa mereka...

“Kita nak ke mana ni bah?” beberapa kali isteri dan anak-anak melontarkan soalan itu.
“Rahsiaaaaa,” itulah jawapannya.

"Mesti nak pergi JOM HEBOH kat TLDM Lumut tu!" Kata Nuha Eiman meneka.

"Eh...tak...tak...takk...ibu mana suka pi tempat macam tu. Kita pi tempat yang TAK HEBOH!! Kita elaks-relaks...."

Eh…ini jalan Sungkai- KL. Saya selalu drift di jalan ini, sekiranya ada tekanan….best!!
Ha? Dah masuk perkampungan Felda….Alaaaa…ini yang leceh ni Sang Kambing… Ooooooo…inikah tempatnya…..
5o KM dari rumah saje. Bukan jauh pun.....
Sampai….
Ikat tiket di tangan masing-masing. Nak tunjuk tiket oke! Yang lain-lain tidak disengajakan!!!!! He..he.. Orang sudah ramai….cari tempat lepak pun susah… Waktu berselisih dengan pelancong Arab ni, ada aroma Attar Kasturi……hmmmm!!! Putera saya.....yang masih belum begitu sihat.....Juadah perkelahan yang tidak dirancang. Main sambar saje warung gerai-gerai banyak di sini... Ada ABC, rojak buah, sandwich…….gula kapas...dan entah apa-apa jajan pilihan Nuha Eiman..

Beginilah suami saya. Jangan haraplah dia nak berkelah dengan terancang, bawak tikar dan makanan segala macam orang lain. Tak mungkin! !! ‘Picnic set' yang saya beli dari Tupperware bertahun-tahun dulu….sampai ke sudahlah tak pakai jawabnya.

“Buat apa susah-susah bawak periuk belanga. Kita datang nak berehat kan!” Itu alasannya. Ingat lagi masa kami pergi Cameron dulu. Sehelai baju pun tak bawak. Sampai sana kena beli baju cap Cameron, ubat gigi dan segala benda. Dalam tak rancang….dua hari bermalam kat sana.
Nuha saja yang berminat dengan benda ni.
Yang tiga orang lagi…sudah remaja, tak kuasa nak mandi manda. Bercanda sesama sendiri>>>

Makan….. Pasal memanjakan anak….(dan isteri..he..he..) serah pada dia…. "Eh...apasal warna jadi macam ni....?" "Errr..nak cover uban abah...he..he.."
Anak cyber….di mana-mana pun nak akses internet….
Emir dan Ediba sedang mengerjakan Gejet NokiaE90 ibu mereka!!!
Sementara ibu dan Emira, berbincang tentang hal yang lebih dewasa….Abah tukang ambek gambar oke! Sebab tu gambar abah tak banyak…

Meneruskan penerokaan….teruja anak-anak saya dengan nama-nama species tumbuhan yang mereka jarang jumpa>>>>>>>> Beriye-iye Emir mengira duri pokok 'Jarum 7 Bilah'tu…. Kenapa "ALI"? Tanya Emir. Ibu tak tau jawablah....tanya abah......
Pukul lapan baru nak kembang…malaslah tunggu….


Di sini banyak kemudahan>>> Nuha sedang memerhati ikan ‘persembahan’ ikan ...ikan kap katanya. Entah!!! Panduan untuk pelancong juga banyak….

Kalau rasa tak nak hidup lama….masuklah kolam ni….
Peringatan untuk yang tak sedar diri….. termasuk aku.... Ya..."Penyakit kronik" itu...ahhh...
Taman terapi refleksi…best sangat…di atas batu-batu itu ada lapisan air panas….
Teka….yang mana kaki saya? Kanan ke Kiri? Oh…tidak…. air ini sangat panas........
Sementara mereka bermain…..ibu relaks memanjakan tubuh dengan belaian Ayurveda di sini….waaahhhhh….memang 'best…. '. Terima kasihlah kandaku.......kerana peluang ini...
Sebelah petang, kami pilih ruang khas untuk keluarga. Privacy….....No kamera please. Ahaks!!!
Lain-lain…… ini pun panas airnya>
Waaaaahhh...ada 400 gambar lagi. Pendekkan cerita lah....malas aku nak edit resolution semua...Tengok jangka suhu pada geluk air panas ni...mampu melecurkan HATI!!!!
Dalam perjalanan balik…..singgah beli buah-buahan di Bidor. Bidor terkenal dengan jambu batu nya…. jambu madu, pelam, ciku, buah naga, kuini, macam-macam ada.....
......tuan kedai ni...he..he..he..macam dah kenal lama. Dia bagi diskaun gila-gila. Suka betul dia melayan si Nuha. Entah apa aura anak saya ni agaknya...penuh peti sejuk saya minggu ini dengan buah...
Terima kasih.....Tuhan!!! Masih memberi kesempatan buat aku........................................


20090426

Bertapa di bilik bapak...

Pekan Teluk Intan panas sungguh. Sejak malam Sabtu, saya bawa semua anak saya ke rumah mak, 40 KM dari Pekan Teluk Intan. Mereka perlu 'disejukkan'. Di sana banyak pokok. Hijau. Sejuk. Damai. Jiwa pun serta merta jadi aman, harmoni…dan..Subhanallah…tak dapat gambarkan keindahannya. Apa tidaknya, dapat tidur sebelah mak…..sejuk pulak tu. Dapat tatap wajah mak yang damai dan pengubat segala lara itu......hilang segala onak di jiwa.

Nabil pun nampak tenang berehat di sini.
Pagi semalam, saya masuk bilik bapak. Sejak beberapa bulan ini, bapak tidur di bilik bawah selepas kami adik beradik binakan sebuah bilik baru yang lengkap berbilik air yang selesa seseuai dengan keadaan bapak. Bapak jarang masuk ke bilik atas ini. Kami adik beradik, dari kecil dulu pun memang tak berani masuk bilik bapak kat atas ni tanpa kebenaran. Kalau sesiapa masuk sebab dipanggil bapak….maknanya adalah kesalahan yang dibuat tu…he..he..

Hari ni saya masuk. Nak tolong kemas dan buang sawang. Lepak atas katil kejap. Tengok sana. Tengok sini. Kitab-kitab agama bapak yang sudah berpuluh-puluh tahun tersusun kemas. Himpunan akhbar berbahasa Arab….juga tersusun kemas. Bapak memang suka membaca akhbar dari Arab Saudi. Sesiapa pergi ke Mekah dia pasti kirim. Dia sendiri sudah dua kali menunaikan Haji dan 9 kali ke tanah suci kerana menunaikan Umrah. Bila balik, dia akan bawa pelbagai akhbar, majalah, dan buku-buku berbahasa Arab. Buku yang paling saya suka ialah “LA TAHZAN- KARYA DR ABDULLAH ‘AIDH AL QARNI”. Ya, sayabaca versi Arab, Inggeris dan Melayu sekali….

Kebanyakan himpunan akhbar bahasa Arab bapak diposkan oleh adik saya, seorang Doktor yang bertugas dengan Tabung Haji di Mekah, apabila tiba musim Haji.

Hari ini saya mahu baca akhbar Arab bapak. Mahu mengasah semula kemahiran bahasa Arab saya….yang telah lama tidak diguna pakai. Masa STPM dulu, saya dapat principal A untuk bahasa Arab. Setakat baca dan tulis, saya boleh fahamlah….tapi kalau suruh bercakap…..saya LARIIIIIII…Ampun!!! Teringat masa ujian lisan Bahasa Arab untuk STPM di Sek. Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh....terkedu gelabah habis sebab penemuduga betul-betul Pak Arab dari Madinah. Siap pakai serban dan 'ular' atas kepala.....mana aku tak gagap. Tapi, masih dapat A. He..he..Dia tanya pasal Perbankan Islam di Malaysia masa tu...bergulung lidah aku!
Guru Bahasa Arab saya semasa tingkatan 6 di Sekolah Izuddin Shah Ipoh, bernama Maulana Hafizurrahman al Serazi.....dari Madinah. Sepatah haram cakap Melayu pun tak tau. Yang kelakarnya, masa Maulana nak balik negeri, kami sekelas hantar dia di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh. Kami nak menyatakan rasa sedih dan kehilangan tak berpa nak sampai........sebab kena reka ayat dulu. Dan maulana tu selalu tak faham sebutan Arab kami yang berlanggam Melayu ni. He..he...
Dulu, masa di asrama, kalau nak mintak duit dengan bapak, kena tulis dalam bahsa Arab. Kalau tak dia tak kan bagi duit. Dia akan betulkan semula ‘tatabahasa’ dalam surat kami dengan pen warna hijau, dan pos semula beserta kiriman wang ...
Mari membaca akhbar Saudi...
Ada juga karikatur-karikatur sinis yang kelakar....tapi sebab saya terjemahkan perkataan demi perkataan...tak sampailah kelakarnya....
Makan-makan....malas nak terjemah...tengok gambar je...entah apa dia kata...he...he...he...
Iklan kereta...agaknyalah...he..he..he..
Wah….penatnya. Mana tak penat. Asyik selak kamus je……memang sah. Bahasa Arab saya dah berkarat….
Eh...ini sisipan akhbar Jawi dari Malaysia. Bapak adalah orang paling kesal apabila Akbar Jawi Utusan Melayu di hentikan penerbitannya. Apa nak buat bapak.....siapalah bapak kan. Dulu, apabila Utusan Malaysia menerbitkan Utusan Zaman setiap hari Ahad, mamak kedai surat khabar tu kata...."SELURUH SABAK BERNAM.... HANYA 3 ORANG SAJA ORDER INI UTUSAN ZAMAN.....TERMASUK USTAZ" Apo nak dikato bapak!!! Kita orang kecil!

Eh…ini buku saya masa tingktan 2 dan 3. Bapak simpan lagi rupa-rupanya….


Ilal Liqa’ maksudnya……Jumpa lagi…Tu jelah yang senang dan tak perlu rujuk kamus…..he…he…he… Jadi.....

Ilal Liqa' ya akhi el kiraam...

Ilal Liqa' ya ukhti el kareemah...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...