Semalam, sambutan Hari Guru di sekolah-sekolah Negeri Perak. Sebenarnya, bukanlah kami guru yang syok sendiri dan terdesak mahu menyambut dan meraikan diri sendiri…tetapi ‘kami diarahkan’. Siapalah kami untuk membantah….Tak percaya, telitilah surat arahan ini.

Lalu…kami pun sambutlah. Sebenarnya, ada arahan lagi…..
“Sambutan hari Guru hendaklah diadakan dari pukul lapan hingga 10.30 pagi” Selepas itu guru-guru dikehendaki masuk ke kelas dan meneruskan sesi P & P. Ya. Ini arahan. Arahan . Faham tak cikgu-cikgu?
.
Jadi….kami pun berkumpullah…mengikut arahan......

Sambutlah secara ringkas.
Bacalah ikrar Guru Malaysia. Macam biasa.
Nyanyilah lagu Kami Guru Malaysia. Macam biasa.
Kot-kot mahu pula hujan turun lepas dengar kami nyanyi ni. Hujan pun dah lama tak turun.
Dengar perutusan demi perutusan dari Pak Menteri, dan Ketua Pengarah dibacakan. Oleh Pengetua dan Penolong Kanan.
.
Dengar ucapan, demi ucapan demi ucapan.
.
Dan akhirnya,
giliran saya juga pot pet pot pet memberi ucapan Mewakili AJK Kelab Staf sekolah saya. Dengan sebuah anekdot. Pendek sahaja........

Lepas tu ada beberapa persembahan murid untuk cikgu mereka sedikit...
.
Minggu lalu ada Pertandingan menulis Sajak Hari Guru ……
Johan diminta membaca sajaknya di hadapan guru….
Dan
Johan bagi kategori Bahasa Inggeris adalah……puteri Sulung Saya......
(Bukan aku hakimnya okey!!!! Tak terlibat langsung. He..he..he..)
Anak cikgu BM…tapi suruh buat penulisan Bahasa Melayu…hancur…macam bahasa terjemahan!!! Dia pi tulis dalam BI pula…dan menang!!! Tahniah Nadia Emira.
....sampai dalam kereta, baru dia cakap;
"Bu, kakak buat dan baca poem tadi tu untuk ibu sebenarnya...he..he..". Hmmmm.......

Lepas tu ada murid-murid nak bagi hadiah. Cikgu tak mintak pun. Cikgu tak pernah mintak pun. Cikgu tahu dan faham ada frasa yang tercatat dalam buku Panduan Mengajar cikgu, di bawah Tajuk
“ Etika Penjawat Awam”….soal memberi dan menerima hadiah…
Tak percaya? Tak tahu? Tak ingat? Bacalah….. ada dalam buku rekod cikgu...
(Aku cikgu Sejarah maaaaaa...cakap mesti berdasarkan fakta lorrrr....hi..hi)
........
Tapi….
Murid tetap berduyun-duyun memberi hadiah…
Tengoklah…… ….. ini meja saya pada pukul 10.10 pagi!!! Bukan salah ibu mengandung!!!!!
(Huh..sampai tak nampak muka comel 'table-mate' saya...cek mek kelate nu..)

...sampai di rumah, saya susun pula atas meja konsul di ruang tamu saya........

Siapa nak jawab?
Semua ini bukan suka-suka, tapi memo buat saya sebenarnya…….bahawa mereka adalah anak-anak yang perlukan perhatian saya, belaian saya dan komitmen saya.

Kad-kad ucapan pelbagai variasi....cikgu hayati semua mesej itu...anak-anakku....

Buatan mereka sendiri....cikgu amat hargainya ... SUNGGUH!!!
Mesej dalam botol dari muridku......

Wah....cikgu kena buka semua bintang kertas dalam botol tu...banyak tu.......

...cikgu dah baca semua...sob...sob...sob...
"Cikgu....dalam kotak ni...ada 100 ekor burung kertas....kami buat sendiri untuk cikgu...anggaplah burung-burung tu kami ya cikgu!". Sob...sob...sob. Sedih pulak saya.....

...dalam 'burung-burung'itu juga ada mesej......

Errrr....ada peminat rupanya....

Mesej tulisan Cina untuk cikgu.....
Jiao shi jie kuai le!!!. ya..ya...xie xie!!!...

Cikgu dapat "henpon
NOHIA". Hmmm..alahhh...Jangan maraaaah.....
jam loceng rupanya!!

(Kepada yang lain, maafkan cikgu ya....cikgu tak boleh tunjuk semua satu persatu.....nanti panjang sangat.
.
Kek untuk cikgu.....

Errrr....bukan untuk saya seorang. Tapi untuk semua guru, dari Bank Islam, Bank Rakyat dan beberapa individu...Tak dapat tunjuk semua... .
Dan dalam banyak-banyak itu…..
Satu hadiah membuat saya….rasa bersalah…serba salah…dan seperti orang salah yang ingin menebus rasa bersalah.
Salahkah saya???
.
Hadiah yang ini saya tak sampai hati nak terima……sangat tak sampai hati…Sungguh!!!
Saya berjanji akan membayarnya balik dengan cara saya. Ya, dengan cara saya!!!!
Saya sangat terharu (dan sedikit malu-kesal-sedih-serba salah…...berbaur-baur. Saya tidak pernah meminta begini)

Ini dari kelas hujung….yang saya ajar….
ya, mereka murid kelas hujung…..yang sering merisaukan sekolah….takut-takut mereka akan menjejaskan peratus pencapaian peperiksaan yang sangat ditatang oleh semua orang…..semua orang…dari sekecil sekolah….hinggalah…jabatan…dan kementerian!!!!
.
“Kenapa kamu bagi hadiah semahal ini kepada cikgu. Cikgu tak boleh terima!! Mana kamu dapat duit?”
“Kami berkongsi cikgu, tak apa!!!”
“Mana boleh tak apa. Kamu telah menyusahkan ibu bapa kamu. !!”
“Tak de hal laaa cikgu!!! Kami nak bagi jugak yang ini!!! Susah-susah kami cari maklumat, perfume apa cikgu pakai tau!!!”
“Tapi ini mahal sangat untuk kamu!!! Cikgu kena pulangkan”
“Tapi kami suka bau cikgu…..bila cikgu masuk kelas kami!!!”
.
Ya…mereka murid kelas hujung. Kelas hujung……yang paling sukar untuk saya mengajar sambil MENJAGA HATI mereka untuk terus mahu belajar…….
.
Oh muridku. Cikgu...errrr.... Kamu bersusah payah untuk perkara yang tidak penting bagi kamu.!!!! Cikgu bukan sengaja mahu menarik perhatian kamu dengan cara begini…..Langsung tidak….pewangi yang cikgu pakai selama ini, pemberian suami cikgu…Bukan cikgu beli sendiri…...itupun cikgu pakai sikit je…dan jarang jarang….isk..isk…isk…takkan semua tentang cikgu kamu perhatikan…… waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....lain yang kuajar...lain yang....aduhhh....!!! Cikgu mengharapkan
yang lain, daripada kamu sebenarnya...
.
Saya akan pulangkan juga jumlah wang itu….dengan cara yang mereka tidak akan kecil hati…dan tidak perasan. Saya tidak boleh begini!!! Rasa bersalah terus….
.
Kriiiiiing!!!
11.00 pagi. Masuk kelas. Sambung menjawab soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Kesian murid-murid saya.
.
Ya murid-muridku…..sepagi tadi, berbuih mulut cikgu membalas ucapan-demi ucapan Selamat Hari Guru dari kamu….
Sekarang giliran cikgu mahu mengucapkan….
“SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN”
Semoga kamu semua menjadi penyejuk roh dan jiwa ibu dan ayah kamu…
....dah naik lunyai kad ini....dia bawak tidur agaknya semalam...
sob...
sob...
sob...
Terima kasih kerana sayang cikgu seperti ibu kamu sendiri....