Suka citra @ xiiinam? Terima kasih :D

20090627

Aku terima nikahnya...

Seperti biasa, sebelum menjalankan upacara akad nikah, Tok Naib menanyakan beberapa soalan kepada bakal pengantin.....

Tok Naib: Lepas Djohor apa?

Pengantin lelaki: Ha? (Biar betul Tok Naib ni....nak tanya soalan geografi ke pulak!)

Tok Naib: Lepas Djohor apa?

Pengantin lelaki: Lepas Johor SINGAPORE!!! (Dengan yakin dan kuat)

Hadirin: Ha..ha...ha...ha...ha.....(gelak bersambung -sambung sampai bawah rumah, bangsal rewang dan ruang penanggah....)

Tok Naib: Aku tanya lepas waktu Djohor waktu apa? Singopuro pulak perginya!!!

Pengantin lelaki: Laaa.....waktu sholat ke maksudnya...errr waktu Asar tok.....ha..ha..ha....(hilang segala ketar dan debar yang di tahan sejak seminggu lalu!)

Nasiblah dapat Tok Naib yang agak macho sebutan Jawanya.....

20090615

Penutup Cuti….

Orang asyik tanya…

“Cuti dua minggu tak berjalan ke mana-mana ke cikgu?”

Susahnyaaaaaaaaaaaaaaa jadi cikgu ni, haih!!!!! Asal cuti kena berjalan-jalan. Asal cuti kena pergi mana-mana…isk…isk…isk…Nyampah tauuu...he..he..he


“Adoi..adoi…siapa baling-baling aku dengan selipar ni?”

He…he…he…oooooooooooo kamu ke? Kamu yang jarang dapat bercuti!!! Janganla maraaahh…..dah nasib cikgu begini kannnnnnnnnnnn…..hikkksss!!!

Tanpa ke mana-mana pun, sebenarnya terlalu banyak aktiviti yang kami anak beranak buat sepanjang cuti ni. Nak cerita? Tunggulah entri seterusnya ya! Nak ‘post’ entri yang ini pun belum tentu berjaya…..maklumlaaaaah….guna ‘henpon’ cabuk saja.

Modem saya ….emmm alahh!!!. Rasa nak bom saja satelit Celcom tu!!!!!
Siksa nak buat entri dengan henpon ni. Saya taip dulu ceritanya dengan laptop, edit gambar dengan photoshop….lepas tu pindahkan ke telefon.

Nak upload gambar…punyalah siksa. Jadi, saya kena minima kan resolusi semua gambar seminima mungkin….…..tu yang lemah lembut sikit nak melayan blog seminggu dua ni….

Sabtu pertama dulu ke Ipoh….lepas tu cuti 2 minggu tak pergi mana-mana, memulun kertas periksa, dan aktiviti sekeluarga di sekitar Teluk Intan. Lepas tu ada saudara mara dari Batu Pahat Johor datang….jadi pemandu pelancong sekejap.Sabtu terakhir semalam, pergi Ipoh lagi. Itu sajalah…..

Tempat ‘shoping’ kegemaran saya di Ipoh adalah Jusco di Kinta City. Plan asal nak main bowling di aras atas, tapi lorong penuh. Kami turun semula.

Dulu, masa anak-anak kecik, ke mana saya pergi, mereka mengekori saya, pegang tangan, pegang hujung baju saya, duduk dalam kereta sorong…..

Sekarang? Nasuk saja ke dalam gedung tu, mereka terus hilang. Kalau Nadia Emira dan Nabil Emir…..pantang jumpa MPH. Mereka akan bersila di situ, buat kedai buku tu macam kedai sendiri. Kebetulan kali ini ada ‘Pesta Jualan Murah’ dari MPH di ruang legar aras bawah. Huh. Tersangkut kat situ sajalah.
Ini antara buku yang Nadia Emira, beli. Dia ni tingkatan 4 Sains. Tapi minat sangat dengan perundangan dan penyiasatan. Terpulanglah dia nak pilih bidang apa. Saya sebagai ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat dia.
Ini antara buku yang Nabil beli. Dua buku dah RM 70. Adoi. Ibunya nak beli satu novel harga RM34.90 pun terfikir-fikir banyak kali.Nabil ni baru darjah enam. Tapi minatnya tak macam budak darjah enam. Kalau dah jumpa MPH, dia tak ingat ibu dia dah. Dia hanya akan sedar akan kewujudan ibu dia apabila dia menyedari sesuatu dan ingin berkata…
“Bu….boleh tambah dana buku sikit lagi tak untuk Nabil. Tak cukup lah. Nak beli buku yang itu jugak. Ngeh…ngeh…ngeh….” Sambil buat gaya mengada-ngada macam P. Ramli nak pinjam duit tuan rumah…eh…cik Normah!!!

Sudahnya, ibu terpaksa berkorban……membatalkan ‘hajat’ yang ingin dibeli…..beginilah orang dah ada anak……Nak mengendeng kat abah…kena tengok anak bulan dulu…he..he… (Ampun bang!!!Ahaks!)

Anak ke dua saya, Nabila Ediba, 13, minatnya lain. Dah menunjukkan ciri-ciri macam remaja perempuan lain. Risau saya. Tumpuan dia, kedai aksesori wanita….beli segala cekak, spit rambut dan hiasan diri bagai, kedai ‘gift’ (beli hadiah untuk kawan….tapi guna duit ibu), kedai ‘henpon’. Dengan duit yang dia kumpul sendiri, hari ini dia beli telefon bimbit sendiri. Dah beli baru cakap dengan ibu. Telefon lama ibu yang bagi kat dia….dah tak mau dah….Grrrrrrrrrrrr….. Yang atas ini Nuha Eiman. Dia seorang saja yang nak berjalan bersama ibu dan abah di pusat membeli belah. (takut abang kucing…katanya) Layan dia sajelaaaah…dia pun dah nampak sifat ‘ketamakan’ nya kalau masuk kedai buku….semua nak masuk bakul. Segala macam ‘puzzle’, ‘sticker’, ‘sand art’ dan entah apa-apa pemegang kunci, penanda buku…parah abah dan ibu!!!
Lepas tu …..aiskrim!!!! Selera budak....Permintaan dia belum ‘tinggi’, macam kakak-kakak dan abang yang dah remaja. Masih mendengar alasanlah….

Ibu? Hah, ibu tak payah beli apa-apa. Tunggu saja di sini. Duduk berdua-duaan dengan abah…ambil gambar sesama sendiri….sampai anak-anak berkumpul balik. Orang lalu lalang tengok jeling-jeling….peduli apa. Kami pun nak dating jugak. Ahaksss!!!
Lepas Jusco…..pergi pulak Green Town Mall. Sekelip mata, anak-anak dah hilang semua. Tinggal ibu dan abah…….duduk sini, tengok tinju.

Abahlah… minat sangat tinju meninju ni!!! Jangan balik karang nak tinju ibu pulak sudah!!! Ibu lawan balik!!! He..he..he... Ini satu daripada venue Sukan Perak yang sedang berlangsung sehingga 27 Jun.


Apa aktiviti masa cuti yang lain?
Antaranya?

Memancing bersama suami dan anak-anak di jeti Bagan Datoh?
Lain kali cerita.

Masuk ladang kelapa sawit suami…..berhempas pulas memetik tandan sawit bersama Mat Indon? Ecece…yoyo-O je. Sila percaya!!!

Lain kali cerita.


Memandu bot menyeberangi Sungai Bernam? He..he..he…jangan tak percaya, okey!!! Sungai Bernam tu pak mertua aku punya. (Errr…ampun Apak…Ngeeeeeeee.)


Lain kali cerita.

Bermesra dengan kambing Boer? Biasalahhhh… bagi aku….seorang wanita desa yang gagah perkasa, berdarah Gusti Raden Galoh Cendera Kirana ini….he..he…
Lain kali cerita jugakkkkk…

Hek eleh ckLah …..macam le ada orang nak tau cerita dia ?
Tak apa. Tungguuuuuuuuuuuuu.
Nak edit gambar-gambar di ladang dan kambing boer suami saya……bagi ‘hensem’ sikit…
“Mbeeeeeeeeeeeeeek!!” Ah, tunggulah Incek Kambeng, nanti ckLah masukkan gambar kau dalam blog. Jangan bimbang. Sabar. He..he…

20090612

........masih cuti lagi ke? Lamanyaaaaa......

Babak 1;
“Nabil, pastikan lampu, kipas, air-cond semua dah switch-off”
“Orait!”
“Kakak, make sure pintu semua kunci!”
“Baik komander!!!”
“Dah…cepat…cepat…cepat. Lambat dah ni!”
Itulah dialog biasa awal pagi. Antara anak dan abah.
Ibu? Tenang saja…….uruskan diri sendiri. He..he..
Pagi-pagi ibu kena jaga mood, supaya mood sentiasa baik sampai ke sekolah. Nak mengadap berpuluh-puluh pelanggan weh….kena ‘maintain’ senyum….
“Semua dah masuk kereta. Ok, baca doa sebelum berjalan!”
“………………………...Amiiin”
“Eh…jap…jap…jap. Ibu tertinggal sesuatu!!!”
“Apa bu? Henpon? Dompet?”
“Tak…name tag dengan punch card ibu atas meja tadi!!!”
Senyap.
“Keh…keh…keh…….Ibu ni,…..kita nak pergi kendurilah bu. Takkan nak pakai name tag!!!”
“Ngeeeeeeee….cuti ya. Ibu lupa! Rasa macam nak pi sekolah je”




Babak 2;

Kenduri.


Lokasi satu.
Di sebuah taman perumahan.
Datang. Makan. Salam keruk tuan rumah. Balik.


Lokasi dua.
Di Dewan Majlis Bandaran Teluk Intan.
Datang. Makan. Senyum-senyum. Salam mak pengantin. Balik.


Lokasi tiga.
Kat kampung. Ni yang teruja sangat ni.
Kenduri di kampung (anak saudara mak….kira cucu sayalah…..!!!)
Pantang nampak gerbang pengantin, mesti nak snap gambar. (Anak dara saya, Nabila Ediba dan Nuha Eiman)
Hidangan memang …pergh!!!!! Nasi minyak tak main…Kami jarang hidang nasi minyak masa kenduri. Kami belasah pecal, sambal goreng tempe, sambal taun (sambal Jawa yang fuh….), kuluban (kerabu Jawa), dan paling istimewa ayam panggang……. Seluruh ruang kenduri itu tercium aroma ini. Tapi…..saya cuma ambil ini, sebab teringin sesangat!! Cendol (kiri) dan lemper (kanan). Lemper adalah sejenis kuih Jawa yang mesti ada dalam setiap kenduri-kendara di kampong saya. Pulut kukus berinti serunding kelapa…..rasa lebih kurang pulut panggang juga. Tapi berkukus….
…..dan masa balik, menggenggam ini…. bukan sengaja nak tunjuk tangan.....tapi nak tunjuk telur tu.....kecik je kan? Telur ayam kampung tu..........
….kalau dah dapat bunga telur….maknanya misi selesai. Apa lagi? Baliklaaaaaaaaaah.
Ada tiga rumah lagi ni! Jom berhari raya…..

20090607

Selamat Menyambut Hari Hari....

Awalnya kami bercadang untuk adakan majlis kecil di rumah emak, tapi memandangkan dapur rumah emah masih dalam proses ubah suai, kami berjumpa di Hentian D’8 di pinggir Sungai Perak, saja. Pemandangan di tepi restoren, diambil sebelum bersholat maghrib di surau yang disediakan....lama tak panjat pokok berembang....
Menjamu mulut…..
Ramaikan? Ini adik beradik saya. Ini pun tak semua. Daripada 10 adik beradik, 5 saja yang dapat berkumpul, dan dari lima itu……….jumlah keseluruhan malam itu hanya 30 orang termasuk ayahanda dan bonda, kerana masing-masing bertebaran di seluruh pelusuk muka bumi. Adik saya Hj Hanif yang pada awalnya nak turut serta, tak jadi sebab cuti Doktor-doktor pakar yang major dalam ‘ wabak penyakit berjangkit dan penyakit bawaan’ dibekukan gara-gara penyakit selsema ‘itulah’….kesiaaan. Beliau adalah Timbalan Pengarah Jabatan Penyakit Berjangkit dan Penyakit Bawaan itu di Hospital Putrajaya.… Lama dah saya tak jumpa dia, sejak dia balik dari Saudi Januari lalu…..saya belum bersua muka kerana kesibukan dia. Konversasi kami hanya melalui internet dan telefon. Rindu sungguh….


Pertemuan ini adalah untuk meraikan pelbagai hari. Pertamanya untuk adik saya Kamil yang saya ceritakan kisah kelahirannya dalam entri bertajuk Bidan Kecil Itu http://xiiinam751.blogspot.com/2009/03/bidan-kecil-itu.html
Beliau akan berangkat ke Korea atas urusan tugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Putrajaya. Beliau akan berlepas pagi esok. Selamat berangkat….baik-baik jangan kena itu selsema juga… Ada yang sambut ulang tahun perkahwinan…….adik saya ckPah dan Ustaz Zainal dari Lekir. 4 dah anaknya…comel-comel pulak tu….

Hari jadi ke 12...anak saudara saya Iyya dari Kampung Banting Sabak Bernam. Selamat membuat Kad Pengenalan…he..he… Ni…….kek selamat hari PIBG… ibu...bapa....dan guru......he...he...

Selain itu, nak raikan hari bapa dan ibu. Kat sini ada 6 ibu dan 6 bapa. Hari guru juga. Kat sini ada 6 guru dan satu bakal guru. Seterusnya meraikan hari cuti. Ramai yang cuti kat sini. He..he…he..Ada juga seorang bapa mahu meraikan isterinya yang ‘dapat berita baik’ kat sini….tahniah. Tambah lagi cucu bapak!!!

Ayahanda dan bonda saya…yang gembira dikelilingi anak cucu malam itu…..

Antara anak buah saya… Umar…..ini garfulah sayang….bukan ‘otomen’ Haaa…ini anak sedara bertuah ckLah..si Muaz yang telah memandikan ckLah dengan satu jag air batu kosong……perggghhhhh….basah kuyup cklah dibuatnya…ha…ha…ha… Control….control… ckLah tetap machooooo…. Ni ayah dia, adik bongsu saya Sidik Al- Amini, orang minyak dari Petronas, Balok, Pahang…

Ni kamera cabuk siapa ni….habis gambar wanita anggun ni jadi macam ni. Inilah satu-satunya kakak saya yang ada….semacam je ‘seni fotografi’ gambar ni. He..he… dia ni tak suka enterprem...ngeeeeee....bukan calang-calang kamera boleh merakam wajah dia dengan cemerlang....
Enterprem gambar anak dara sendiri…Nuha Eiman melayan adik sepupunya….
Kepada yang tak dapat bersama …..he…he..he…kirim salam je lah ya….

Dan kepada anak saudara sulung saya cik Atiqah http://atiqahnasir.blogspot.com/
yang tak dapat bersama-sama kali ini, ini ucapan khas cklah buat tiqah ;

“Ngiming ngiming ngiming ngiming ngiming…..ngeeeeeeeeeee!!! Jangan cemburu!!!
Sebenarnya cklah nak raikan Tiqah sempena tamat pengajian TESL kat UTM….Tiqah tak ada pulak……isk…isk…isk….Jadi cikgu senang nak ‘joint’ majlis macam ni tau Tiqah…Kawen sok cari cikgu juga…..adeeee je masa lapang. He…he…he…”
Tiqah kenal tak tangan siapa ni...alaaa...yang berrr.....berbulu ni...he..he...

Syukur, masih dapat bersama keluarga …..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Yang di atas bersama keluarga sebelah saya malam. Sabtu lepas. Dan yang di bawah pula, bersama adik beradik suami pada siang itu. Balik dari berkonvoi menziarahi adik suami yang telah kematian suami 2 Mei lalu, saya ceritakan dalam entri…….. Sebelum berpisah ke destinasi masing-masing kami minum petang di sebuah restoren mamak di Bandar Contry Home, Rawang. Dalam keluarga sebelah suami, tak ada budak-budak kecil kerana kebanyakan adik beradik suami adalah golongan pesara. Kemana-mana berdua. Saya saja yang masih bawa anak. Itupun Nuha saja. Tak macam adik-beradik saya ….ramai yang masih produktif. Jadi, riuh memanjang dengan budak-budak. Ayah dan ibu suami pun sudah terlalu uzur, dan mereka tak dapat bersama kami hari itu…tapi di sebelah suami…saya dah ada ramai cucu saudara…..waaaaaaaaa….kena bahasakan diri opah Lah…. Apa-apapun….bersama kedua belah keluarga….saya tetap gembira…dan bersyukur mempunyai mereka.

20090605

Awas, Pemburu Wanita!!!!

Lenguh tengkuk. Asyik tunduk mengadap skrip-skrip jawapan peperiksaan murid.
Saya keluar mencari angin. Sambil membelai kelopak-kelopsk orkid pelbagai spesies.
Tiba-tiba, saya terdengar seseorang menyanyi di sebalik pagar sebelah.

“Aaaaku…
Adalah lelaki…
Yang tak pernah lelah…
Memburu wanita….

Hey…hey…
Aaaaaku..
Adalah lelaki
yang tak pernah jemu…
Digoda wanita…

Hey..hey..”

Kih…kih…kih…., itulah bait-bait lagunya berulang-ulang. Gembira sungguh nada suara penyanyinya. Lelaki itulah.

Saya intai di sebalik tiang.
Ya, seorang lelaki. Hmmm…. Menyanyi-nyanyi sambil berpusing-pusing di halaman rumahnya dengan basikal roda tiga adiknya.

“Ambooooiii Nukman! Seronoknyaaaa menyanyi. Lagu apa tu Man!”
“Lagu Lelakiiiiiiii” Lelaki itu menjawab. Selamba. Menghentikan basikal, tersengih memandang saya, menampakkan gigi kekal kapak yang baru bertunas pada gusi atas.
“Betulke mama Nukman cakap, cuti ni Nukman nak bersunat?”
“Mana ada makcik? Nukman kecik lagi laaaaaa!Tunggula besar sikeettttt!!!” Jawabnya pantas sambil terus mengayuh basikalnya semula. Menyambung nyanyiannya.

“Hey…hey…Aku…adalah lelaki….yang tak pernah tewas memburu wanitaaaaaa”
"Oooo...mak jatuh....eh...aku memanggg pencinta wanitaaaaaaaa!!!" Eh...dah tukar lagu lain!!!

Hik..hik…hik… Banyaklah kau punya wanita Man oiii…
Nampak gaya, kenalah makcik up-grade pengawalan terhadap Nuha Eiman betul-betul ni. Takut makcik.

(Nukman sebaya Nuha. Tapi lain sekolah, sebab Nuha saya hantar ke sekolah perempuan. Baru lapan tahun)

20090603

K.O.M.A......

sssssssyyyyyyyhhhhhh!!!!
.
.
.

..

.....

.........

............

...pause...
v
v
v
v
wallahu'alam

20090602

Rindu Ruang Rumah Kecil Ku...

Aku....
rindu
mereka
Nuha Eiman....yang manja,kakak-kakak serta abangnya...

Segenap pelosok rumah yang sentiasa bersepah bagai tongkang pecah dengan taburan buku-buku mereka...di mana-mana jua...

Nadia Emira punya>>>...hak Nabila Ediba>>>....koleksi Nabil Emir>>>....milik Nuha Eiman>>>

Hak aku.....yang sudah tidak kecukupan ruang penyimpanan>>>
Pojok ini paling kurindu...ruang santaiku>>>
Ruang yang sentiasa sesak dan berantakan....
Siling yang mungkin sudah bersawang>>>
.
.
Kamarku yang polos samar-samar jingga....
...aromanya, auranya, rohnya, nostalgianya, refleksinya, dan seluruh isi kandungnya.... (juga 'penghuni tetap'nya...hikssssss)
.
.
.
Dan ini.....Ikan gelama kering masam.....aku rindu nak cubit dia.....perghhh!!!

Aku sudah siap siaga!!!
Geylang si paku geylang
Aku pulang.....
Tungguuuuuu



Versi Menghabiskan Waktu Menunggu Siang
(imej-imej pegun di atas disunting dari Folder 'Ckg Ramz's Pic')

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...