Suka citra @ xiiinam? Terima kasih :D

20090728

Tag dari Cikgu Sally...

Saya memang jarang-jarang menjawab tag. Bukan sombong, bukan! . Minta maaf kepada yang pernah mengetag saya.....bukan tak mau jawab, tapi...terlalu banyak cerita yang menunggu giliran wajib tayang. Jika menulis, saya menulis ikut kehendak hati dan fikiran saya sahaja.....

Kalau menulis ikut 'kehendak orang', atau menjawab soalan orang, hasilnya nanti saya akan berlebih-lebih menjawab.............dan dituduh menyohor pulakkkk...

Baiklah...kita berbalik pada tags cikgu Sally....Saya jawab sebab dia orang kampung saya, dan orang Jawa...(Ahhaaa...pilih kasih!).


1- Sudah berapa lama anda menggunakan 'handphone' tersebut?

14 Februari 2009 sempena ehem..ehem...hingga sekarang…….
2- Apakah 'wallpaper 'yang terpampang pada skrin 'handphone' anda. Dan terangkan mengapa anda memilih 'wallpaper' tersebut?

Ni ha…….hi..hi..hi… yang kecil itu ya..... yang duduk beriba atas lap...eh nettop tu....

Saja ambil gambar depan nettop Acer Aspire One ini sebab semua 'wallpaper' saya samaaaa saja...termasuklah pada Latop Acer Travelmate 4150 saya....gambar yang tu juga.....
Kenapa gambar itu? Entah...saya rasa 'brutal' kalau lihat gambar aksi saya naik Rx-z di depan kereta saya xiiinam751 itu....Bila sedang sedih atau layu datang menjengah...tengok gambar tu jadi perkasa dan rasa perwira....he..he.. nak merempit dah dilarang!!!! Isk..isk...
3- Berapa jumlah ‘contacts’ yang terdapat di dalam handphone anda?

598 .

4- Sila masuk ke ‘contacts’ dan pergi pada huruf ‘M’. Berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf 'M'?
Kenapa tanya M? Apa ada dengan M?

Errr...ada MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia)

5- Berapa jenis ‘handphone’ yang anda telah guna, selain ‘handphone’ yang terkini?

Waaa…..takutlah nak jawab …nanti macam menunjuk-nunjuk pulak…..
Saya memang seorang wanita gila gajet…..setiap bulan melanggan majalah PC….dan mudah terpengaruh….

5. 1 Kenapa memilih telefon itu? (He..he..soalan ni saya tambah sendiri!)
Bagi saya, telefon adalah keperluan. Bukan ikut trend melulu....Lain orang, lain keperluannya!!!Secara jujurnya, saya beli pun ikut keperluan.....dan telah menganalisa cara pengaplikasiannya….bukan mengikut nafsu semata-mata…. (adalah nafsu sikit-sikit…ha..ha…) Saya memang perlukan Nokia E90 ini dalam kehidupan saya ‘yang begini’….Melaluinya juga saya ‘berinternet’ sekiranya di luar rumah…. Ini dua gajet kecil (telefon dan nettop 8 inci) yang sentiasa ada dalam tas tangan saya.......tengok.....melalui kedua-duanya saya mengakses blog...sama tak? Sama tak? He..he...kemudahan wiFi didalamnya memang "cemerlang"!!!

Mungkin ada yang gelakkan saya...tapi tak kisah. Keperluan hidup kita tak sama...
Nokia E90 ini sangat penting dalam hidup saya, kerana dia bukan sekadar telefon, tetapi ‘pejabat bergerak’ atau ‘tongkat’ saya. Banyak kerja sekolah dan kerja peribadi saya buat melalui kemudahan office -Open Office 3.1

6-Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa?

Celcom plan 5+1-pascabayar. Untuk suami, saya dan 4 orang anak saya (5+1) Semua nombor kami sama saja hujungnya 013**00669. Termasuk nombor broadband. Mengapa? Jimat. Sebab pejabat celcom ada di depan sekolah saya...senang. Ha..ha..ha...

7-Nada dering yang anda gunakan?
Panggilan : Nada Siulan intro ‘Win Of Changes’ (Scorpions)
SMS : Doraemon
Email: Suara Bill Gates
Nada Panggilan(CMT) : Lagu Afghan (Kepadamu Aku bersujud)
Alarm: Doa Pagi (Hijaz)
MMS: Suara anak saya …Nuha Eiman “Ibu….Em..em..eeeeeessss! Pick up your phone...”

8- Senarai top 5 yang anda selalu msg?
Yang berdaftar dalam Plan 5+ 1 saya itulah…..saya kerap menggunakan email dengan E90 ini sebenarnya…..


9- Soalan terakhir. Nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?

Alamaaaaaaaaaak. Saya tak ada ‘boyfriend’ lahhhhh. Errrrr…nak kena cari ke ni? He….he…he…he…

Nak cari kat mana weh? Ahakssss!!!!


10-Siapa mau di tag???

Errrrr.... disebabkan saya jarang menjawab tag...jadi, rasa macm tak patuuuut pula nak mengetag orang ...
.

.

.

.
(Tiba-tiba rasa tumbuh tanduk di kepala……..)

“Tulah….tak baik menunjuk-nunjuk…..perangai ‘syaiton’ tu!”

“Tapi aku tak sengaja……dah orang tag…kenalah jawab….!!! Kan…Kan…Kaaaaaaaaaannnnnn…!!!”




Nak tau lebih lanjut tentang Nokia E90, sila ke http://www.nokia.com/ atau i-google saja

....


Hiksssss!!!

Kata orang, diam itu emas. Lalu aku memilih emas....

Dulu-dulu
Setelah rombongan meminang beransur pulang...
Si bunga mekar di taman akan ditanya...
Andai tuan badan diam...lalu tertunduk malu (tapi mau)
Itu tanda setuju...
Lalu kompang pun berbunyi...

Pak kelepung bung bung bung bung....!!!



...........
......
....
...
..
.
.

Diam...

Mengapa diam?

Ada yang diam kerana segan
Ada yang diam kerana berisi seperti ubi
Ada yang diam kerana sombong
Ada yang diam kerana takut
Ada yang diam kerana tak suka
Ada yang diam kerana tak tau apa-apa
Ada yang diam kerana tak mau campur urusan orang
Ada yang diam kerana kedekut ilmu
Ada yang diam kerana penat
Ada yang diam kerana meluat
Ada yang diam kerana kera sumbang
Ada yang diam kerana 'sound trouble'


Tapi


Kalau ckLah mendiamkan diri
Itu tanda dia marah
kerana kalau marah dia diam
kerana dia diam kalau marah
kerana marah dia diam
Diam dia kerana marah


DIAM!!!

*******
*****
****
***
**
*
*
*
*
*

lebih baik daripada mengoceh
penat mengoceh
yang dioceh masih tidak faham
masih mau menang sendiri

*
**
***
******
***
**
*



'CHECK-MATE!!!!'
.
.
.
.
.
.
.Astaghfirullahal'adziiiim...
.

20090725

Macam mana boleh dapat anak Jepun ni?

Inilah hidangan tengahari tadi di rumah saya....demi melayan selera anak-anak yang pelik-pelik. Tak taulah konsep apa.....ada makanan Jepun yang namanya hanya mereka saja yang hafal. Roti Arab, Ayam Panggang Lada hitam dan Salad .....


Bersimpang siur tangan anak-anak saya.......sedangkan ibu dan abah yang hanya memerhati terasa seperti kembang tekak mahu menelan shushi tu.....


Haih.....kalau dah tak ada makanan lain dalam dunia ni pun, tak tentu lagi ibu sanggup menjamah makanan Jepun ni.....si Nabil selamba saja mencicah sos wasabe yang tekak ibu langsung tak boleh terima tu. Rasanya tak tentu haluan. Pedas...panas...pijar...shilakak...ptui...ptui...ptui....!!!!

Ibu cuma tergamak menjamah peha ayam dan salad ini sahaja.....


Ayam ini terpaksa dibiarkan bulat-bulat begini sebelum memanggangnya....atas permintaan mereka. Dari semalam perap rempahnya.....ayam organik ni....

Juadah Jepun tu bukan saya yang sediakan....tapi dua orang anak dara saya...Diya dan Diba...
Sediakan okey......bukan membuat. Lain maksudnya tu. He..he...

"Okey...anak-anak ibu makanlah elok-elok. Lepas ni jangan lupa kemaskan meja. basuh pinggan.....Abah dan ibu nak pergi kenduri kawin! Nak makan nasi minyak!"

"Ada sesiapa nak ikut abah dan ibu ke?"


Senyap. Hanya kedengaran bunyi gelas berlaga dengan pinggan...

Saya pun tak tahu...macam mana anak-anak saya boleh terlalu obses dengan budaya Jepun ini.


Imbas kembali.

Tak percaya....tengok koleksi buku Jepun anak sulung saya....




Wa-Ka-Ri-Ma-Sen!!!!!
untuk menghayati lawatan saya ke negara Jepun.....


20090724

Yang Ku Hazam dan Ku Cerna Seharian Ini...

Di suatu subuh Jumaat yang hening, sebelum fajar sadiq menyingsing, seorang ibu tua kelihatan terbongkok-bongkok. Terkial-kial ibu tua itu cuba menyalakan api dapur kayunya, demi menyediakan juadah buat suami dan anak-anaknya untuk hari itu.... kesian sungguh ibu tua itu...
.
.
.

Heh..heh..heh...
Macam tulah saya setiap subuh adam. Cuma frasa 'ibu tua' itu kena tukar kepada 'ibu anggun' dan dapur kayu tu........pun kena tukar...he..he..he...

Sebelum azan Subuh berkumandang setiap pagi suami saya akan mengacau saya supaya saya terbangun. Setelah melakukan sedikit 'aktiviti regangan' di atas katil , saya langsung membersihkan diri dan terus ke dapur. Setiap pagi saya kena masak nasi dan lauk ringkas untuk bekalan 2 anak ke sekolah, dan santapan tengahari 2 anak lagi yang bersekolah sesi petang. Selalunya lauk ringkas saja. Sayur goreng dan ikan goreng. Semua bahan sudah disediakan sebelum tidur......Biasanya saya berkelentung-kelentang di dapur antara 5.00-6.00 pagi sebelum mengejutkan anak-anak...dan bapak anak-anak yang tidur semula setelah berjaya mengacau saya!!!
.
Tapi hari ni rajin sikit. Ada brokoli goreng tiram campur udang, ada ayam semur (yang orang Jawa selalu makan dengan nasi ambeng ...ayam organik tu tau)dan sambal tumis ikan bilis memang tak boleh tak ada. Buah hati pengarang jantung saya itu, hari-hari menagih sambal tumis. Layaaan...beginilah kalau dah jadi mak, memasak ikut apa yang anak-anak suka. Apa yang mak suka, belakang kiralah....
Masak untuk 4 anak, macam untuk 10 anak. Mereka memang sedang kuat makan. Sarapan pagi dengan hidangan berat macam nak pergi kerja di bendang. Berbekal lagi. Tapi...saya jarang bersarapan seawal itu. Tak sempatlah! Mana nak bersiap diri lagi, nak kenakan maskara lagi, pewarna kuku lagi....he...he...sila jangan percaya! Biasanya saya makan biskut dalam tin itu, bijirin dalam kotak itu, atau oat dengan susu.

Meski beriya-iya memasak pada waktu subuh buta, tapi ibu cuma sempat minum ini...... santapan pertama saban hari.
7.30 hingga 8.50 saya ada kelas. 8.50 baru saya bersarapan di kantin. Pagi ini saya belasah nasi ayam cap budak sekolah dengan teh halia.

Lepas makan, saya kena telan ini.

Sehari 3 kali. Ini belum dos yang sebelum makan lagi. Pernah tersilap makan, sampai muntah-muntah dan mc 2 hari. Siapalaaaaaaaaaaaaaah yang mahu begini kan? Tapi apakan daya, dah saya terpilih untuk hidup begini....hu..hu

Jumaat,12.30 bagi sekolah saya adalah waktu kerja....kerana kami tiada guru lelaki!!!! Hari ini ada sesi pembentangan Kajian Tindakan di Auditorium. 3 orang guru membentang hasil kajian masing-masing sehingga pukul 2.00 petang. Memang jarang makan tengahari kerana sarapan sudah berat.....Lepas sholat zohor, menghadiri mesyuarat yang melibatkan Guru-guru Cemerlang Bahasa Melayu dari sekolah lain. (Aku je guru tak cemerlang...isk..isk..). 2.45-4.15 petang. Sebagai tuan rumah, saya kenalah memuliakan tetamu tatkala menjemput mereka menikmati minuman petang...
"Cikgu tak minum sama ke?" Tegur Tuan Haji Faizal. Guru Cemerlang yang memang cemerlang.
.
"Eh...sila..sila. Tuan rumah tak apa. Boleh ambil di dapur" Saya berbasa basi, meski perut mulai berkeroncong. Pura-pura betul!!!!!!
.
Selepas tetamu saya keluar dari bilik mesyuarat...
.
.
.
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Batu belaaaaaaaaaaaah batu bertangkup.....
Aku kempunan nak makan bingka ubi dan pulut udang!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Baca: Padan muka....tadi 'control' ayu sangat!)
.
5.00 petang. Selepas sholat Asar, sambil menunggu anak-anak keluar dari kelas, saya ke sebuah premis di seberang jalan sekolah saya. Kalau sendirian, saya tak berani nak makan di tempat terbuka. Errrrr...takut orang ngorat.Ahahahahahahaaaaks....
.
Jom...kafe di bawah Hotel Anson saja,bebarapa langkah saja dari sekolah.....
Macam-macam pastri, bun, tat,donut....tapi saya ambil ini saja, 'mocha cheeese cake' dengan jus buah kiwi.....(petang ini tak ada pula minuman panas...ceh!)
Saya selalu 'berehat' di sini, sambil menunggu anak, sambil mengakses internet melalui telefon Nokia E90 saya( He..he..) kerana ada kemudahan wiFi ini....
Sambil nak balik, sempat curi ambil gambar para chef yang sedang sebok di dapur... juga dengan Nokia E90 kesayangan saya.....
5.30 anak sulung saya keluar dari kelas Prinsip Akaun. Dia budak sains, tapi nak ambil PA juga. Terpaksa hantar kelas persendirian.
5.50 anak bongsu saya keluar dari Convent Primary.
6.35 anak kedua saya keluar dari Convent Secondary.

Balik rumah. Ambil anak lelaki saya.
.
Malam ini abah tak ada di rumah. Kalau abah tak ada, roh ibu nak memasak pun tak ada. Selalu dia tolong.....tolong kacau!!!Jom, kita makan di luar.....ibu sangat penat hari ini.....kerja dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang tanpa henti....Ibu rasa tak begitu sihat......


Diba sedang menikmati Nasi Ayam Singapore dan jus oren...kesiaaan anak ibu lapar keluar dari sekolah ya....
(City Mewah Food Court).
Sekian........
Hidangan saya di celah-celah kekalutan sepanjang hari ini....



Kerana keletihan yang amat, saya tidur awal......supaya boleh bangun awal.


z
z
z
z
z
z

20090723

Sesekali menjadi DJ (Episod 2)

Sikuel dari entri -klik: http://xiiinam751.blogspot.com/2009/07/sesekali-menjadi-dj.html

Julai belum berakhir. Kempen Bulan Bahasa masih berlangsung. Antara aktivitinya.....bermakna setiap pagi saya masih terus menjadi tukang kepoh memekakkan ruang udara sekolah, dalam program "Peribahasa di Udara". Suka atau tidak, mereka terpaksa dengar...ha...ha..ha...

Setiap pagi, selepas mengimbas 'punch card', saya terus masuk 'konti' klasik saya. Pasang lagu dulu bebarapa minit, kemudian saya akan berceloteh tentang 3 pribahasa sehari. Pelajar di kelas mencatat, kerana pada perhimpunan hari Isnin akan diadakan kuiz sepontan tentang peribahasa yang pernah saya baca, dan pastinya ada hadiah.

Peribahasa yang saya bincangkan hari ini ialah;
1. Malas mendayung perahu hanyut...
2. Sepala-pala mandi biar basah...
3. Kaki naik, kepala turun...

(HAH...siapa yang tak sempat salin apa cikgu cakap pagi tadi sila catat! He..he..)

Setiap pagi, saya akan pasang lagu instrumental.....sebab fokusnya bukan lagu itu. Pasanglah lagu gamelan ke, cak lempung ke, lagu patriotik ke.....agar suasana tak berserabut.....sila percaya.

Tapi....
Hari ini DJ terlambat datang....
Pemain DVD pulak meragam....
DJ terdesak....
.
.
.
.
.

DJ keluarkan 'henpon' nokia E90 dia(heh..heh..heh..)

Jari jemari DJ lajuuuuu saja mencari lagu sesuai dalam 'folder: ckgRamz muzik gallery' dalam 'henpon' itu....
Tak ada lagu sesuai.....Inang? Zapin?Caklempung? Gamelan? Alamaaaaaaaaak...mana mahu cari?
Tengok senarai penyanyi dalam koleksi peribadi DJ dalam telefon itu......
Louis Amstrong,
Nat King Cole,
Julio Iglasias,
Andy William,
Doris Day,
Rock Hudson,
Scorpions....

Semua penyanyi zaman tok kaduk...
Sebab empunya telefon tu orang veteran.....he..he..
Semua lagu Bahasa Inggeris.
Takkan DJ nak pasang lagu kesukaan DJ, "Perhaps...Perhaps...Perhaps..." Nyanyian Bridget Jones itu. Mau gempar sekolah nanti.
Ini Rancangan Bahasa Melayu. Tak sesuai...

Ada jua dalam senarai;
Rabbani,
Raihan,
Hijaz,
Tak kenalah pulak konsepnya....

Adalah dua tiga lagu "Melayu" Tapi...... tak sesuai....tak sesuai.....

Murid-murid sudah bising dalam kelas tu....sekejap lagi loceng pertama berdering....
Saya harus masuk ke kelas Tingkatan 3M.

Akhirnya..... jumpa juga lagu dalam Bahasa Melayu (Errrr...tapi artis Indonesia)

DJ lekapkan 'henpon' dia pada mikrofon antik dalam 'konti' itu.....

Lalu ke udara lah sebuah lagu memenuhi ruang udara sekolah....

".............Biarlah bulan bicara sendiri...
biarlah bintang kan menjadi saksi...
Tak kan ku ulangi...walau sampai akhir nanti...
Cukup derita sampai diiiiiiiiiiiiiiii siniiiiiiiiiiiiiiiiiii..."


Tik..

Tik...

Tik......

...dan kutukan demi kutukan diterima sepanjang hari itu...

"Cikgu...kenapa melankolik pagi ini?"
"Laaaaa...tak sangka cikgu ni jiwang rupanya!"
"Ada kaitan ke lagu tu dengan pribahasa tu?"
"Haiyaa...what kind of song you play hah teacher?"
"Cegoooo, appa lagu ito chegooooo...itu bulan mana boleh cakap chegoooo!"
"Malam tadi mimpi apa?"
"Mentang-mentang bos tak ada kat sekolah!!!!"


Errr....
Saya memang cintakan Bahasa Melayu....
Tapi......tentang lagu-lagu 'hiburan semasa' dari artis-artis Melayu...
Saya kurang sikit...
Minta maaflah kepada saudara mara artis Melayu, peminat, suku sakat dan ketua kampung mereka....

Errrr....Taulaaaah sikit-sikit...

"Oh bulannnnnnnnnn
Enggan melayan diriku lagi...
Pabilaaaa air mata membasahi pipi...
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku...."

Errrk.......'BULAN' lagi!!!!

Ada apa dengan bulan ckLAh?

Tak ada apa-apalah...bulan inikan Bulan Bahasa. He..he..



Hiksss...Pagi tadi sempat tak tengok gerhana bulan?

20090719

demi anak orang....

Dari hari Jumaat saya tidak mengakses blog, Facebook, MySpace atau Friendster meski tetap mencapai internet bila-bila mahu. Namun, dalam waktu terbatas, saya hanya membuka internet untuk mengintai-intai 'akhbar-akhbar' dalam talian dan seumpamanya seperti Laporan BSKL, turun naik saham.....
.
.
Bukan tak mahu mengintai blog sendiri, dan rakan-rakan lain, tapi...errr...saya kan seorang kakitangan awam yang mematuhi etika!!!! Selagi saya berada di sekolah, tidak sekali-kali saya mencapai laman peribadi meski telefon NokiaE90 sentiasa berada dalam tas tangan saya, meski kemudahan wiFi cukup mudah di kesan oleh telefon saya dengan kedudukan sekolah di tengah-tengah bandar ini. Tapi, saya tak akan membuka blog di hadapan murid-murid saya, atau semasa bertugas. Sila percaya. Ahaksssss!!!
(Errrr...sesekali kalau dah ketagih sangat, curi-curi buat juga sembunyi balik pintu atau balik tiang....hak...hak...hak...hak..)

Petang Jumaat sampai hujung minggu bertapa di sekolah. Perkhemaham Integrasi Pasukan Badan Beruniform dan Rakan Muda Wajadiri.Tugas saya 'bukan penting' sangat pun. Memastikan semua peserta berada di tempatnya dengan bilangan yang cukup pada setiap slot, membeli, membungkus dan menyediakan hadiah-hadiah, menulis dan mencetak sijil-sijil (Tapi kebanyakan kerja telah disediakan oleh rakan seAJK saya yang sangat rajin dan baik hati-Puan Yus, semasa saya sakit dua hari sebelumnya).
Tunjuk sikit-sikit cukuplah. Bukan seronok pun untuk dikongsi. Bosankan cerita hal hal sekolah ni? Cikgu saja yang syok sendiri dan rasa seronok bergelumang dengan anak-anak murid ni (Baca: Mengurus dan Menjaga Anak-anak orang) Program bermula pada petang Jumaat.Menyediakan khemah dan gajet. Sampai senja...dan melangkaui malam..Gambar ini dirakam tepat jam 11 malam. 17 Julai 2009........di belakang dewan sekolah. Menjadi 'Tok Bomoh simpanan'......manalah tahu kalau-kalau ada murid yang histeria, seperti berlaku di sekolah-sekolah jiran dalam aktiviti yang sama....sampai masuk akhbar...Alhamdulillah, murid-murid saya kuat 'pendinding' mereka...Haih...jaga anak orang, beginilah....murid-murid saya remaja perempuan pula tu........ Errrr...itu bukan air jampi, ok!!!
Bersama dua murid pada malam itu...ada persembahan 'kebudayaan' dari setiap unit beruniform.... Heh..heh kebudayaan ke? Mereka buat gimik macam 'Sehati Berdansa' Konon-konon juri sedang memberi komen. Memang sangat merapu......kih..kih...apa-apapun cikgu memang terhibur.Anak sulung saya berbaju oren.......sedang membelasah nyanyi lagu Jepun......mewakili persembahan kumpulan Taekwondo dan Pancaragam Sekolah...kih..kih..kih...Dan pagi esoknya........sampailah pagi esoknya semula........

Bergelumang dengan anak murid.....ini Unit Pancaragam Sekolah.

Jurugambar ini memang dengki...cikgu baru nak betulkan kaki...kau dah 'snap'...Isk..isk.....


Kita tengok....apa ada dalam khemah nak tak? Nak laaa...nak laaaa..... Cak!!! Ngeeeeeeeeeee....



......Banyak lagi peristiwa lain. Tapi....dahlah...malas nak cerita lagi. Ini bukan majalah sekolah....Cikgu penat. Cikgu nak berehat. Cikgu nak bayar hutang..........nak periksa buku-buku yang dah bertangguh dua hari!!!!
Lepas tu cikgu nak lepaskan tekanan....nak 'drift' kat Lebuh Raya......

Jom....siapa mahu ikut....

20090716

Selamaaaaat Jit!

11 Julai. Kad jemputan daripada Bodjit Kaur dan Sukhbir Singh. Saya tengok orang lain dia bagi kad warna krim....tapi saya dapat warna merun. He..he...he...
Dulu dia murid saya. Selepas keluar dari UPSI, akhirnya dia mengajar di sekolah yang sama dengan saya. Tanpa disedari, sepanjang bertugas bersama, terjalin ikatan yang 'istimewa' antara kami. Walau bergurau, walau merajuk, walau berbincang, dia tetap memanggil saya 'cikgu' sedangkan dengan rakan sekerja lain dia 'beraku engkau' saja. Penguasaan Bahasa Melayunya memang saya puji, meski dia guru Bahasa Inggeris. Errrr...tengoklah siapa yang ajar...ahaksss!


Antara detik bersama kami......yang dalam bulatan tu....yang mungkin akan berakhir, kerana dia akan mengikut suaminya ke KL. Sedih cikgu tau Jit!!!!! Sekarang kamu cuti kahwin seminggu pun cikgu dah rasa sunyi. Hikkksss....


Dalam kesibukan, saya sempat ke majlis kahwinnya. Rasa seperti di Bollywood pula.

Pengantin tiba.

Perarakan masuk ke dewan.

Ooooo...ini rupanya abang Singh yang buat kamu selalu tersenyum-senyum sendiri tu ya! Patutlah......macam hero hindustan!!!

Tahniah dari cikgu.....Moga berbahagia Jit. Terima kasih bagi cenderamata ni....ladoo. Bukan bunga telur ya! He...he...

Bergambar dekat pengantin yang jelita, gambar cikgu yang tak jelita kena potong separuhlah......nanti hilang seri cikgu...eh..silap...hilang seri pengantin! He..he...

Hadiah baju tidur warna merah ceri yang cikgu bagi tu....jangan lupa masukkan dalam bagasi kamu....sebelum berangkat berbulan madu. He..he..selamaaaaaaaaat lah kau!
Gambar memang panjang-panjang...kerana dia memang tinggi!

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...