Suka citra @ xiiinam? Terima kasih :D

20090929

Episod 1: Balik kampung untuk apa? (Ini bukan lagi laporan raya saya walaupun ada orang sembelih ayam)

Sehari sebelum hari raya, cikgu Hajah dan suaminya, pak Haji membawa 10 ekor ayam kampung peliharaan ibunya ke rumah tukang sembelih. Semua ayam jantan yang gemuk belaka. Nak sembelih sendiri, tak cukup kaki tangan pulak nak mencabut bulu dan mengolah ayam yang banyak itu...untuk menyambut kepulangan 39 0rang cucu ibunya...dari 10 orang adik beradiknya. Nak anyam ketupat lagi. Mengupas bawang lagi. Melapah daging lagi. Tumbuk kacang lagi. Parut kelapa lagi. Hidangan untuk 59 ahli keluarga, bukan 'sikit anak' punya kerja.
Gambar sekadar hiasan. Sila fokus kepada ayam yang disembelih saja, okey! Jangan komplen tentang wajah penyembelih dan pemegang ayam yang telah disembelih...err..telah dipotong!!!!!.
Seekor demi seekor ayam-ayam itu dikorbankan. Ayam-ayam yang tadinya dibawa hidup-hidup sudah bertukar kepada ketulan-ketulan daging.....Selesai urusan, mereka singgah di masjid kampung itu untuk menunaikan solat Asar.

Sewaktu di ruang solat wanita, cikgu Hajah terserempak dengan seorang wanita separuh umur, yang kelihatan begitu anggun, dengan dua anak daranya yang begitu ayu. Mereka kelihatan baru selesai mandi-manda di masjid itu. Sedang berehat-rehat, baring-baring di sisi beberapa beg pakaian besar, seperti sedang dalam perjalanan.

Selepas menunaikan solat, cikgu Hajah yang tidak mengenali wanita anak beranak itu telah bertegur sapa.

"Dari mana nak ke mana ni?" cikgu Hajah ramah. Cikgu Hajah memang peramah..

"Nak balik kampung, beraya!" Jawab wanita anggun berambut perang itu.

"Kampung kat mana?" cikgu Hajah agak hairan, kerana kedudukan kampung itu di hujung, bukan di tengah-tengah perjalanan, untuk disinggahi orang musafir seperti itu.

"Kampung nilah...tadi dah sampai rumah mak mertua. Tapi, mak mertua tak siapkan bilik lagi. Masih berkecah. Tu yang kami berehat-rehat kat sini dulu, nanti siap, dia orang call lah" Jawab wanita itu.

Hah....?
Bangeten (bahasa Jawa)
Melampau (bahasa melayu)
Too much (bahasa Inggeris)
Hek Eleh.....(bahasa menyampah !!!)

Astaghfirullah..

Apakah erti balik kampung yang sesekali cuma itu?
Untuk berehat-rehat? Lawatan sambil belajar?
Bercuti-cuti Malaysia? Melawat kawasan?
Nak orang melayan kita bagai tetamu...kerana diri memang sentiasa merasa VVIP, meski depan mak mertua sendiri?
Bukankah sepatutnya.....kita pulang untuk membantu meringankan mak ayah atau datok nenek yang telah tua itu, sama-sama membuat persiapan hari raya...?
Entahlah...
Lain padang, lain belalang...

Dialog hiasan;

"Aneeeyyy...angkat jemurannnn...hujan dah turunnnnn"

"Ha...lepas makan, jangan lupa cari kayu!"

.

.

.(Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada ipar- ipar ckLah yang ramai itu, kerana menyayangi mak ckLah macam mak kalian juga.....Tahniah untuk mak sebenarnya, kerana menyayangi semua anak menantu sama rata, sama tara...tanpa mengira pangkat dan harta, dan hasilnya, kehidupan kita jadi harmoni dan penuh muhibbah , dan merasa berbahagia sesekali berkumpul di rumah emak. ckLah sayang kalian!!!)

20090925

Erti Raya.... Cara saya.



"Cerita raya ckLah biasa-biasa saja....alahhh, raya orang kampung....."

Dari segi persediaan secara luaran (material) memang seala kadar mungkin...Bagi kami, Hari Raya lebih kepada hari keluarga...yang disambut penuh kebesaran, kesyukuran dan ketaqwaan.......begitulah.
***


Kalau hari-hari biasa, asyik- asyik kereta saya, dan kereta 'ruged' bapak yang berwarna kuning itu yang ada di laman rumahnya.Tetapi, sehari menjelang Syawal, pemandangan itu berubah....halaman yang luas itu akan penuh...dengan kereta adik beradik saya yang pulang dari rantau... tapi ini gambar tahun lepas...tahun ni tak sempat ambil babak yang ini.....
(errr...ini baru lima anak......ada lima lagi tidak bersama waktu ini. Kebanyakannya menggunakan MPV kerana produktif....waris ramai!)
Syukur, tahun ini semua adik beradik saya berada di Malaysia, dan di 'darat', (kerana memang ada yang tinggal di pelantar tengah laut!) jadi saya dapat bertemu semua, meski kepulangan mereka tidak serentak. Maklumlah, masing-masing punya keluarga mertua...Mak dan bapak ada 10 anak, 11 menantu dan 39 cucu. tahun lepas ada yang beraya dengan orang putih, dan ada yang beraya dalam kapal terbang.
***
Dek kerana ramainya...segala kerja dibuat secara gotong royong, penuh harmoni dan muhibah.
Setiap kali tiba waktu makan...beginilah ....yang ini sesi sarapan pada hari raya kedua.....adik saya, ckPah menggoreng bihun di luar belakang dapur...dan meja makan bapak hanya untuk 6 orang.....maka beginilah...dan dapur mak saya memanglah luas amat...boleh main badminton dalam dapur ni...alahhh...dapur rumah kampung, beginilah..Waktu tidur? Ha..ha...ha...Empat bilik tidur di tingkat atas....hanya untuk menantu perempuan dan cucu-cucu perempuan yang dah anak dara...kerana melibatkan aurat. Yang lain, pandai-pandailah.....Ruang solat ditingkat atas yang luas itu pun akan dibentang tilam. Sebiji macam mangsa banjir di pusat pemindahan. Saya? Selalunya saya menyelit di mana-mana ruang di tingkat bawah...tempat tidur mak di tingkat bawah selalu jadi mangsa......(Maaf...gambar tidur tak boleh siar!)

Ramai-ramai begini....waktu mandi tak kecoh ka?
Ha..ha..ha.. Bapak dah sediakan kolah besar......ada dua bilik air yang ada kolah begini...memang jadi tumpuan cucu-cucu kecik...Mak ayah kenalah awasi.


*****
Kecik-kecik dulu, malam raya kami main mercun, meriam tanah..dan buat kecoh satu kampung. Sekarang....beginilah....sibuk-sibuk juga....ada masa terluang...masing-masing buka laptop...masing-masing ada urusan kerja yang tak boleh ditinggal..he..he.....sambil menunggu ketupat masak...sambil berbual isu dari zaman kanak-kanak sampailah hal-hal ilmiah semasa......Yang tudung ungu di hujung tu, saja buat-buat sebok membuka netbooknya...nak ngelat basuh pinggan le tu....ha..ha..
****
Bagaimana raya kami? Pagi, selepas kembali dari masjid dan bersarapan, kami akan berkumpul. Biasanya bapak saya Ustaz Z, akan memberi tazkirah...dan ucapan pribadinya untuk anak cucu...biasanya bapak akan mengulas khutbah raya yang dibacanya di masjid tadi..........diikuti ucapan dari wakil anak, wakil menantu dan wakil cucu. Gambar bawah, kiri abang sulung saya dari Johor Baru sedang memberi ucapan. Kanan adik bongsu saya yang menjadi Juru Acara majlis pagi itu, sambil menjaga anaknya...Identiti adik beradik lelaki saya seramai 7 orang...misai mereka sama....macam misai bapak...yang duduk tu menantu, tapi masih punya identiti misai yang sama (Jadi, kalau tak ada misai tak boleh jadi ahli famili ni...ha...ha...gurau saja!).....3 anak dara saya berkurung biru kundang sedang khusyuk mendengar tazkirah dari Embah mereka...Kemudian, bermaaf-maafan........berfotografi...dan menyedekahkan duit raya kepada anak-anak buah....Bukan senang nak susun ni...lihatlah yang terbaring di baris hadapan itu....waduh...memang geger!.Ini saja yang ada pada hari raya pertama. 41 orang. 3 keluarga lagi belum sampai.
Syukur, dapat juga berjumpa semua raya ini....

***
(Jangan pelik kenapa siling nampak begitu rendah...ada pula beberapa tiang seri....ruang ini dulunya kolong bawah rumah, tetapi disebabkan bilangan keluarga yang terus membesar.....bapak ubah suai dan kini menjadi ruang penting untuk kami berkumpul....adik dan abang sulung, serta beberapa anak saudara lelaki yang tinggi lampai....selalu dahi mereka menjadi mangsa terhantuk tiang rasuk tu. Saya pula, muat-muat kepala saja, kalau sanggul rambut tinggi, habis terburai!!! Ha..ha..ha...)

....kemudian...bersiap sedia melayan tetamu. Bagi kami, tak pernah ada istilah RUMAH TERBUKA tapi tamu yang datang tidak putus-putus selama seminggu. Alhamdulillah. Inilah erti hari raya di kampung. Aktiviti baraan (konvoi ziarah dari rumah-ke rumah) di kampung saya memang masih diamalkan....Pertama rombongan kaum lelaki...penuh di tingkat atas dan bawah....ramai lagi yang tak dapat masuk, menunggu di luar....Buah anggur ini antara yang dihidang kepada mereka...petik belakang rumah je..(sila jangan percaya) he..he..makanan lain tak payah tunjuk...sama saja....
Diikuti rombongan kaum ibu dan wanita...Rombongan kanak-kanak...Dan yang paling ramai, rombongan keluarga adik beradik anak-anak kampung itu yang kembali dari rantau....

Adik beradik saya sendiri masih meneruskan amalan ini, kami akan berkonvoi dengan kereta masing-masing, berziarah dari rumah-ke rumah, terutama golongan tua di kampung dan saudara mara.....Tapi biasanya saya tak ikut serta, kerana saya harus membantu mak melayan tetamu dirumah. Bila abang-abang dan adik-adik saya sudah meninggalkan kampung, barulah saya berziarah bersama mak....Macam nilah kalau anak yang paling dekat....anak yang tak merasa balik kampung...Ha...ha...Tapi tak kisah, saya bahagia melayan mereka semua...kerana mereka adalah kebahagiaan saya...dunia akhirat.....


***
Dari kecil kami telah dididik....tiada bermakna hari raya meski ada segala perabot mewah dan langsir berganti baru, berbaju baru bergaya berpasang-pasang, kuih muih dan hidangan enak penuh semeja.....andai saat kemuncak begini gagal dilalui (selagi mereka masih ada!)........ dan bagi diri saya secara pribadi, ini adalah 'klimaks' cerita Hari Raya saya....setiap kali...... tiada yang lebih istimewa dari detik ini...babak yang bukan lakonan...


Entah....setiap kali melalui saat ini...air mata mesti menitis...tanpa mampu ditahan-tahan........
.

"Bapak dan mak....bisikan pesananmu di telinga ckLah pagi itu...akan ckLah ingat sampai bila-bila...dan dalam apa jua langkah ckLah, ckLah harapkan redha bapak dan mak."
********************************************

20090920

Entri Pertama....maaf Zahir Dan Batin...

Ramadhan telah melabuhkan tirainya.....sebaik masuk waktu maghrib tadi....
Awal 1 Syawal....Takbir sudah mula bergema sahut menyahut dengan alunan indah, menusuk emosi.....sanubari....jiwa....rasa dan akal...semoga kita ditemukan dengan Ramadhan akan datang......

Entri pertama di pangkal Syawal ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua -58 komen yang telah dititipkan dan membalas ucapan selamat hari raya kepada saya dalam
"Entri Terakhir Ramadhan" saya, bertarikh 13 September (Ahad) lalu......maafkan saya kerana sejak itu, saya tidak sempat memberi perhatian kepada blog. Jadi, saya rakamkan ucapan balas buat kalian di sini....meski ada sesetengah anda sudah pulang ke kampung halaman masing-masing....mungkin seminggu lagi pula akan berjumpa semula di Citra XIIINAM)

58 TITIPAN PEMBACA BUDIMAN;

MUNSYI ragbar said
CkLah...Nak ke mana pulak?Merajuk...?Blog ni kan terapi Cklah...Berhenti sekejap?Jumpa lagi selepas Ramadan?
13/9/09 17:37

ckLah> Buat apa merajuk..rugi saja! Ya, jumpa lagi ni dah lepas Ramadhan.....

MUNSYI ragbar said...
Selamat Menyambut Syawal. Maaf Atas Segalanya.
13/9/09 17:38

ckLah> ckLah pun begitu.

imanshah said...
Salam Aidilfitri,,moga bahagia hendaknya bersama keluarga terchenta..ingatkan nak stop berblog..rupanya untuk ramadhan sahaja..hati2 memandu balik kampung
13/9/09 17:59

ckLah> terima kasih.....mana boleh stop blog, ha..ha..ckLah memang tinggal di kampung.....tak rasa balik kg macam orang lain.....


theconfused said...
ilal liqa' ramadhan..salam eid.. :)
13/9/09 18:25

ckLah> mabruk ya ukhti el kiromah..eid mubarak!

Tijah said...
salam aidilfitri kak...jumpa lagi disyawal nanti. daaa..
13/9/09 18:28

ckLah> ya dik...dah jumpa ni ha.....

ONE ZABA said...
selamat hari raya ,cklah. ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut yg tak berapa berambut ni hingga hujung jari kaki andai kata selama ini terdapat terkasar @ terbabas kata yg menyinggung perasaan. moga raya tahun ni sgt bermakna buat cklah sekeluarga.
13/9/09 18:31

ckLah> saya pun sama cikgu...selalu bergurau lebih-lebih dengan cikgu.......

n@m@n said...
Selamat hari Raya..Semoga selamat pulang dan selamat kembali..selamat segalanya..Amin
13/9/09 18:33

ckLah> Sama-sama kita......semoga cikgu gembira di hari mulia ini. Amin...


GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...
salam aidil fitri...jgn kau ucap selamat tinggal..jgn kau ucap selamat tinggal...xkn nk ucapkan selamat tinggal pd dunia blog??teruskan la menulis dan berkongsi pengalaman..
13/9/09 18:34

ckLah> selamat datang...selamat datang...he..he...ku tak pergi ke mana-mana...cuma bermeditasi sebentar....


yginsaf4 said...
betul betul.. blog bukanlah hakmilik kekalllls.. maaf zahir batin juger dr me yg inih... salam aidilfitri akak cklahh itteww
13/9/09 18:39

ckLah> sama-samalah en_me itewww....

Nizam.Ariff said...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.Semoga kita ketemu selepas Ramadhan...Assalamu'alaikum.Nizam.Ariffakuyangakut.blogspot.com
13/9/09 18:51

ckLah> Ya...Ramadhan dah lepas...dan kita ketemu lagi...Alhamdulillah.

DrSam said...
Eid mubarak cklah. kemaafan jua dipinta jika terkasar bahasa, terpeson bicara selama berkelanan di maya ini.Semoga dapat berbicara lagi di lain hari.
13/9/09 18:59

ckLah>....sama-samalah kita Dr.....saya pun begitu....

sonata anak kancil said...
Selamat Hari Raya - maaf zahir & batin....sedih jugak kan nak mengakhiri Ramadhan ni....
13/9/09 19:04

ckLah> ...Sedih...tapi dia pergi jua.....semoga kita bertemu dengan Ramdhan akan datang.....

AZANI said...
salam aidil fitri,maaf zahir dan bathin
13/9/09 20:03

ckLah> Salam...saya pun begitu......

cHeRyNa PiReS said...
selamat menyambut aidilfitri....nieh kunjungan pertama ke blog nieh...tp harapnya lepas raya nieh dpt visit lagi~!insyaAllah...
13/9/09 20:06

ckLah> terima kasih....berkunjunglah selalu.....

Bestari said...
Selamat hari raya cikgu....Kami nak serang rumah cikgu macam tahun lepas.....untuk menikmati laksa Johor cikgu yang enak itu....
13/9/09 20:27

ckLah> kalau tak tel;efon dulu....janganlan laksa...bunga kantan pun tak ada....
Datanglah...bawa sekali geng rumah sewa cikgu tu...bawa tuan rumah sekali pun tak apa...he..he..

NuR said...
selamat hari raya kak..semoga bertemu lagi selepas ramadhan,insyaAllah...take care
13/9/09 20:50

ckLah> Alhamdulillah...kita bertemu lagi ni....

LotsOfLove-Pearls said...
lepas menikmati raya nanti, bolehlah kembali blogging eh..hehe..
13/9/09 21:15

ckLah> eh...he..he...

Cikgooden (Selumbar Emas). said...
ni wasiat kali yg ke berapa dah kak?..ha ha ha..pa pa hal pun selamat hari raya , maaf zahir dan batin....raya ni nak ke TI..nak pegi rumah CkLah..
13/9/09 21:37

macam wasiat ke? ha..ha...ku tunggumu di Menara Condong cikgu....

Ms.Lilies said...
salam aidilfitri cklah...jumpa lagi nnt ye...
13/9/09 21:59

ckLah> salam....kita jumpa lagi ...dah jumpa ni....

Zyma Saad said...
CkLah....Salam Syawal yg penuh keindahan dan ketenangan. Semoga Akak berbahagia di hari lebaran kelak.Hati2 memandu di jlnraya ye. Ingat pd yg tersayang. :)Semoga kita bertemu lagi kelak, Insya Allah.
13/9/09 22:12

ckLah> Alhamdulillah...ckLah sangat berbahagia di malam Syawal ini.....ni kita jumpa lagi ni......

Puteri Eiman said...
Selamat Hari Raya Ibu.Thank You for the nice iftar today.I love you so much.
13/9/09 22:58

Ibu> Hek...hek...hek...I love you to my dear....

cikgu_math said...
selamat hari raya cklah...jumpa lagi di bulan syawal yerr!
13/9/09 23:01

ckLah> selamat untuk CM juga...ya...kita jumpa lagi....

Bapak said...
Salam Aidilfitri buat ckLah sekeluarga.Sekiranya pernah terkasar bahasa, kemaafan Bapak pohon.Maaf zahir dan batin.
13/9/09 23:08

ckLah> ckLah pun sama....moga bapak gembira bersama isteri dan anak dalam Syawal ini....

Insyirah said...
Akak, Selamat Hari Raya. Mohon ampun & maaf kalau saya ada tersilap berkata-kata. InsyaALLAH kita bertemu lagi selepas Ramadhan nanti.:)
13/9/09 23:33

ckLah> ckLah pun begitu Syirah....moga Syirah berbahagia di Syawal ini....

Amal said...
salam..buattemanseperjuangan.ucapan-"SELAMATMENUNAIKANIBADAHPENGHUJUNGRAMADHAN.."sertaungkapan-"SALAMLEBARAN,MAAFZAHIR&BATIN"-memohon&memberikemaafan.
13/9/09 23:34

ckLah> Saya pun begitu juga...semoga Syawal ini membawa berkat buat cikgu sekeluarga...

Cakap Kosong said...
selamat hari raya , maaf zahir dan batin kak...
13/9/09 23:46

ckLah> sama-sama kita dik....

Shifu67 said...
Selamat Hari Rayaerrr... kalau aku guna dialog move 'love story' boleh tak...."kasih sayang tidak perlukan permohonan maaf"...... hehehe
14/9/09 00:37

ckLah> He..he..he....errr.....he..he...he...err..terkesima pulak aku di malam syawal ni....

NaqeebLukhman said...
kalau ini n3 yg terakhir bermaknaesok akan ada lagilah n3 huhuhuh
14/9/09 00:48

ckLah> Ini baru keluar....kalau boleh dikira entrilah....

asrulleeban said...
kullu aamin wa antum bikhair... salam eid
14/9/09 01:32

ckLah> mabruk...mabruk...ya akhi el karim....

green said...
saye pun nak mintak maaf juge ats segla kesalahan secara sedar atau tidak..maaf ye..
14/9/09 02:21

ckLah> kite pun......sama-samalah ya....


INTAN said...
selamat ari raya kak lah..maaf zahir dan batin
14/9/09 06:19

ckLah> ckLah pun sama Intan....

zino said...
sealamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin...jemput datang beraya di rumah kami...
14/9/09 06:26

ckLah> terima kasih zino...ckLah pun begitu...kalau ke Perak, singgah rumah ckLah...

DUN Behrang 2020 said...
Selamat Hari Raya...maaf zahir & batin...
14/9/09 08:21

ckLah> Sama-samalah kita DUN....

mugiwara said...
salam aidilfitri~err...nanti takyah susah2, pos je duit raya tu...hehhee~
14/9/09 08:32

ckLah> ala....duit tu letak atas para tadi...dah ada budak ambik..he..he..

~mrs azmi~ said...
salam aidilfitri ckLahjemputla datang ke rumah raye nanti ^_^kite sekampung!
14/9/09 09:30

ckLah> bebeno ke? Kampung mike kat mane?

~ Hariza ~ said...
salam aidilfitri ckLah..moga 5 malam terakhir di bln ramadhan ini mampu kita telusuri dengan penuh khusyuk..
14/9/09 09:34

ckLah> InsyaAllah.....dan Ramadhan akhirnya melabuhkan tirai?

Mawar said...
Assalamualaikum, Cik Lah Mawar balik kampung Sg Manila Raya ke tiga kot...kita jumpe ye di Rumah Pak Ni..Salam sayang pd semua..Dari,Zul n Family
14/9/09 10:26

ckLah> Salam sayang je? Mana ketupat dan sambal taunnya?

Mak Su said...
ku ikuti jejak langkahmu CKLah!!!maaf zahir dan batin juga dari maksu, kot2 ada tergurau terlebih kasar di alam siber ni
14/9/09 10:32

ckLah> ckLah pun begitulah jua adanya maksu....

kuIna LadyInRed said...
dah cukup hari ker...selamat hari raya...
14/9/09 10:32

ckLah> dah cukup dah....kau nak tambah lagi ke? He..he..

julietchun said...
Satu hari dihari rayaAku menangis tanda gembiraAku menangis tanda ku cintaKepadaNYA....Salam aidilfitri dan maaf zahir batin dari dinda yg jaih dimata tapi moga dekat dihati CkLah.
14/9/09 10:35

ckLah> Emmm...kalah abang M Nasir macam ni.....kau sentiasa dekat di nettop ku Juliet....di mana ada juliet di situlah ada Remy...err..Ramlah...he..he..


mamazureen said...
Selamat menyambut Hari Raya ck Lah..salah silap harap dimaafkan..
14/9/09 10:57

ckLah> ckLah pun begitu jua mama zureen...


Mr PenyuBiru said...
saya pun sama lah, dikesempatan ni nak ucapkan Salam aidilfitri maaf zahir batin buat ckLah sekeluarga.
14/9/09 11:08

ckLah> ckLah pun begitu...terima kasih mr Penyu....

syah shah said...
ingatkan ckLah nak tutup blog terus... terkejut saya tau...Ya, sama-sama mengejar pahala di hari-hari terakhir Ramadhan ni...Selamat Hari Raya Aidil Fitri ckLah... Maaf Zahir dan Batin juga dari saya... :D :D
14/9/09 11:24

ckLah> Jangan lah terkejut.....siapalah aku tanpamu...Selamat untuk kau juga....

Yunus Badawi said...
Salam ckLah.Tindakan yg bijak utk menumpukan beramal di penghujung Ramadan.Semoga bertemu lagi di Syawal nanti.Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin dari saya.
14/9/09 12:15

ckLah> Rasa macam ckLah banyak buang masa Ramadhan ni...sedih....Selamat Hari Raya buat YB dan keluarga.

mOEha Aziz said...
salam cekgu,salam aidilfitri...
14/9/09 14:37

ckLah> Slama MoEha...selamat untuk kau juga.

~PakKaramu~ said...
Kerja kilang ? Ok la tu
14/9/09 15:50

ckLah> Errrrrr...er....tak faham pulak tajuk ceritamu ini Pak?

ku tak sempurna said...
dah hujung ramadhan?? cepatnyaaaaaa.... tak perasan masa berlalu......maaf zahir batin
14/9/09 16:36

ckLah> Bagi yang mengejar masa...memang terasa cepat. Dapatkah kau kejar semua tu KTS?
Rasanya dengan kau ckLah paling banyak terlepas cakap...tersasar dan tersasau...ampunkan daku dinda...

kakpah said...
Selamat hari raya. maafkan salah dan silap.
14/9/09 22:51

ckLah> Saya pun sama kakPah....

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...
Salam xiiinam,"selamat menyambut Syawal dengan sejernih hati","maaf atas apa-apa kekurangan 'bahasa tulisan saya', sekiranya ada".
15/9/09 09:58

ckLah> Saya pun begitu juga adanya......Selamat Hari Raya cikgu..

jowopinterblackpurplesaid
Keluputan kulo lahir batin,Salah silap jalok ngapuro seng akeh-akeh lah yo....
15/9/09 13:28

ckLah> Podo-podo kang...kulo pun njalok kluputan sing akeh...makan kupat ojo akeh-akeh lo...engko dadi kupat...


addyaholix said...
nak berhenti berblog ke kak? saya baru mula nak kenal-kenal. apapon saya doakan yang terbaik buat kamu kak.salam aidilfitri~
16/9/09 11:14

ckLah> Tak adalah nak berhenti......boleh terus berkenal-kenal...he..he...terima kasih..

Princess Liyana said...
Selamat hari raya kak :D
16/9/09 22:01

ckLah> Selamat hari raya dik....err..adik ke? :D

Razman said...
slmt hari raye cikgu..=)
17/9/09 00:35

ckLah> Selamat untuk kamu juga...yang selalu menghiburkan saya dengan anekdot kain buruk kamu....

s@y@ngh@sni said...
2, 3 KUCING BERAYA..MANAKAN SAMA SI TIKUS RAYA..2, 3 HARI LAGI NAK RAYA.. AMPUN DAN MAAF DARI SAYA..TERLEBIH BISA TUTUR BICARA..DISIMPAN JANGAN AMPUN DIPINTA..SYAWAL DINANTI BERSAMBUT RIA..IKHLAS DARIKU YANG CANTIK JELITA.

ckLah>
Cantik sungguh si bunga raya
Elok terletak di atas tin..
Ku ucapkan selamat hari raya
Maafkan ku zahir dan batin.....boleh eik?

Pyanhabib said...
selamat hari raya!
18/9/09 06:46

ckLah> Selamat Encik Pyan...terima kasih atas kunjungan!

tasikmerah said...
selamat hari raya cekgu. maaf zahir batin..
18/9/09 13:37

ckLah> Saya pun begitu juga.....

zino said...
selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin...dari kami sekeluarga
18/9/09 14:47

ckLah> kami juga begitu....

Terima kasih untuk semua.....yang lain-lain ada juga saya ucapkan selamat hari Raya di blog masing-masing sebelum saya berhenti berblog minggu lepas...tapi mungkin terlalu suntuk waktu untuk berkunjung ke Citra XIIINAM semula sepanjang seminggu di penghujung Ramadhan..... seperti saya....

Atau...memang sudah
tidak berapa berminat
untuk ke xiiinam ckLah lagi.Tak mengapalah. Apa-apapun, terima kasih kerana pernah bertandang ke Citra XIIINAM...(ya.....ini hanya blog seorang makcik-makcik......)... walaupun kunjungan kalian sudah semakin jarang-jarang......dan kadang-kadang ..............sedihnya ckLah.

....maafkan saya. Saya memang tak ada 'blog list', dan hanya berkunjung balas melalui titipan di kotak komen sahaja..ANDA DATANG>>>SAYA DATANG!!!.


Kepada semua tetamu maya, sekali lagi....

Salam Aidil Fitri...EID MUBARAK!!!!

ckZahan dan ckLah;Nadia Emira, Nabila Ediba, Nabil Emir dan Nuha Eiman

20090913

Entri Terakhir.... Maaf Zahir Dan Batin.

.
Kepada saudara dan saudari
Yang pernah berkunjung tandang ke laman CitraXIIINAM.....
Dari Mei 2008 mula maujudnya
kini September 2009 adanya
Secara sengaja atau tidak sengaja
Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga Dan maafkan saya andai di sini anda tidak ketemu apa-apa
Kerana zahirnya laman saya ini memang tiada apa-apa... adanya
Selain paparan catatan demi catatan santai yang tidak berjiwa.
.........
......
...
.

Andai terkesan sesuatu tentang xiiinam selama ini
yang menyebal hati...
menyendal rasa...
dan mengguris jiwa...
Sambutlah huluran salam saya....
...izinkan saya berlalu dulu, untuk menikmati lazat dan manisnya hari-hari terakhir penghujung Ramadhan....



كل عام وانتم بخيربشهررمضان ا لكريم

'EID MUBARAK!

Maaf zahir dan batin.
Selamat tinggal dunia blog..
Tinggal dulu sahabat maya....


Entri Terakhir Ramadhan ini.
24 Ramadhan




20090911

Kerana Aura Bella De Boskop

Tempat : Kelas BM Saya
Masa : 12.00 hingga 12.30 tengahari rembang.
Tajuk : Menganalisis Cerpen- 'Kerana Manisnya Epal' (Karya Faisal Tehrani)

Kagum amat saya dengan kemahiran Faisal bermain dengan teknik plot, gaya bahasa, watak dan perwatakan, latar cerita....dan tidak lupa persoalan yang sarat dengan mesej dan nilai.
.
Apabila Faisal berkisah tentang berpuluh-puluh spesies epal yang sedang berbuah segar di Tsolum River Fruit Trees, ladang epal warisan keluarga Buchanan yang sedang dilanda konflik, kerana Pejabat Tanah British Columbia mahu mengambil tanah ladang itu untuk membangunkan projek lapangan tebang tentera, saya terasa seperti mahu bersama-sama Buchanan berjuang mempertahankan tanah pusaka itu......
.
Apabila dia bercitra tentang berpuluh-puluh spesies epal seperti red beitighermer, golden grimes, wolf river, york imperial,balwin, ribston dan maiden blush....air liur tiba-tiba bertakung di hujung lidah saya, terasa begitu kecur untuk mengokak buah-buah yang harum manis itu.....di tengah panas rembang bulan puasa ini....
.
Saat dia bercitra tentang harumnya aroma bunga epal spesies Indian paint-brush, lupines dan sitka valerian yang sedang rancak menerbitkan kuntuman bunga....saya tiba-tiba terasa sedang berlari -lari sambil mengejar rama-rama sambil menghirup aroma segar yang dibebaskan di lereng gunung di hujung ladang sana....
.
Saat dia berkisah tentang spesies epal beitigheimer....sejenis epal yang bersaiz besar....saya tiba-tiba kepingin menikmati sepotong pai epal beraroma serbuk kayu manis....kerana sebiji epal ini sahaja sudah cukup untuk menghasilkan pai yang besar...
.
Saat dia mengolah tentang epal jenis the court pendu plat...serta merta angan-angan saya melayang ke Rom, tempat asal epal tertua ini...
.
Saat dia memeri tentang epal lady...terasa diri sedang berlari-lari di celah taman larangan Raja Louis Perancis....menikmati epal diraja yang digunakan tatkala Krismas saja itu ...
.
.

Pasti Faisal banyak membuat kajian. Pasti. Kalau tidak...kalau beliau sekadar tahu epal hijau epal merah, epal hijau epal merah, epal hijau epal merah, macam saya, sudah pasti cereka ini akan menjadi hambar dan kejur.

Imej dari abdhakamabdah foto page's .

Begitulah, seorang penulis yang hebat. Dia tahu benar-benar, apa yang ditulisnya!!!! Saya bangga dengan penulis muda ini!!!
.....................................................................................

Seperti biasa, di hujung P&P saya, beberapa orang murid saya minta untuk menyatakan peribahasa yang sesuai dengan mesej cerpen pada hari itu. Maklumlah, remaja kini....khazanah pribahasa dalam kotak memori mereka fakir amat. Melayu atau bukan Melayu, sama sahaja....

"Errr..dalam bahasa Melayu, saya tak taulah cikgu pribahasa epal ni, tapi kalau dalam bahasa Inggeris saya tahulah!" Seorang murid saya memberi alasan.

"Ini kelas Bahasa Melayu.....tapi tak apalah, cuba kamu beritahu saya, bukan pribahasa epal yang cikgu mahu, tapi pribahasa tentang mesej!" cikgu menjawab.

"An apple a day, keeps the doctor away. If the doctor is handsome, throw the apple away!" Jawabnya dengan bangga.

Imej dari google.
.
..
Tiba-tiba, di tengah panas rembang satu hari di bulan Ramadhan ini, saya seperti melihat murid saya itu tiba-tiba bertukar menjadi spesies epal Bella De Boskop.....yang harum, rangup dan bersari itu...... .

...

"Aku kokak juga budak ni nanti!" Imej dari atas katilku.(gambar lama saat dilanda gering)
.
.

...cikgu baruuuu nak berangan sikit, kau dah loyar buruk eikk!!!!

20090909

Detik 09:09 >09.09.09

Detik 09:09>09.09.09 nanti puteraku masih diuji minda, IQ dan EQnya untuk hari ke dua
Bantulah dia wahai Tuhan
Terangkan hatinya
Mudahkan lorong baginya
Tetapkan akalnya di tempat yang tepat....

Amin.
Ya....renunglah ke hadapan dengan mata hati wahai puteraku...
Di hadapanmu, cabaran lebih luas terbentang....
Perlu kau tempuh satu satu!!!
Ini baru episod pertama....
*
Puteraku,
Bonda sentiasa ingin berdiri di sisi kamu, anakanda.
Agar kita saling.........
Memberi dan menerima kekuatan.
Ya Rabb...
Kalaulah ada sedikit sisa-sisa kebaikan pernah kulakukan di dunia ini
Kau balaskanlah kebaikan itu kepada anakku ini......
Dan andai terdapat dosa-dosaku yang tak kusedari...
Jangan kau tempiaskan balasan dosa itu ke atas anakku...
Pandulah dia untuk menjawab semua soalan dengan cemerlang!

Aku ....
Seorang ibu yang cuma mampu membimbing dan mendoa
Kini menyerahkan Muhammad Nabil Emir kepadaMu...
Dengan Pasrah
Tawakkal 'alaika Ya Allah...

20090908

Iftar Kami...

Sepanjang Ramadhan, banyak tengok blog rakan-rakan memapar cerita Bazaar Ramadhan dan juadah iftar...terkecur-kecur dalam mulut saya tau. Kejam sungguh!!!

(Kenapa ckLah? Kepingin nak buat cerita macam tu jugak ya? Elehhhhh...cakap banyak!)

He..he..he...apalah yang mahu ditunjukkan dari dapur ckLah. Bukan ada apa-apa yang istimewa pun. Sama saja Ramadhan tak Ramadhan. Hanya masa makan saja yang berubah....

Seawal jam 12 tengahari, sudah kedengaran hiruk pikuk, dan pelbagai aroma yang mencabar murid-murid (dan cikgu mereka di kelas). Manakan tidak, Bazar Ramadhan Teluk Intan, hanya dipisahkan dengan sebaris pagar kawat dengan sekolah saya. Imej pegun ini saya rakam dari luar kelas saya...pada pukul 8.50 pagi. Masih sunyi..Dekat saja. Tapi saya tak pernah ke situ. Tak terpikat langsung. Kehadirannya di situ hanya menyusahkan kami, guru-guru yang terpaksa berebut ruang pakir dengan orang awam. Maklumlah, kawasan sekolah saya yang sekangkang kera ini tidak punya ruang parkir macam sekolah lain. Terpaksa pula berebut dengan murid-murid kaya yang bawa kereta!!!

Sedap tak sedap, kami gotong royong masak sendiri. Anak kedua dan bongsu saya bersekolah sesi petang. Hanya Dia, Nabil dan abah yang dapat tolong ibu masak. Dan ini yang dimasak Dia hari semalam. Kena ikut selera dialah. Nanti merajuk pulak tak mau tolong. Spaghetti bersama makanan laut...nampak pucat (salah kamera..he..he..) tapi aroma minyak zaiton dan origanonya boleh tahan (siapa lagi nak puji kalau bukan ibu sendiri kan Dia!).....dan swiss scalop ayam+cendawan dan keju. Anak saya ni memang gemar meratah batang salary begitu saja. Makan lobak merah dan tomato pun macam makan epal.
Ini bukan kuih keria atau donat tak jadi...tapi breaded onion ring...kesukaan Nadia. kalau dia yang tolong masak..semua kena ikut tekak dia. Selera yang sangat lari dari abahnya......
Abah dan ibu...lidah Jawa yang asli....kena buat juadah versi kami...ini tempe goreng berketumbar dan kailan goreng ikan masin...untuk dimakan bersama bubur. Yang merah tu kuah spaghetti..Abah buat 'keluban'. Kerabu versi Jawa. Dia handal buat kerisek untuk kerabu. Bercekur, udang kering sangai, cili padi dan bawang panggang. Tak terlawan ibu.Ibu pula buat bubur ayam+cendawan dan udang. Kalau tukar ke bahasa international jadilah chiken porridge with prawn and mushroom. Ahaks! Agak lebih sedap kot kalau tukar nama global sikit. Yang abah buat, dimakan bersama yang ibu buat. Ya....begitulah cara memakannya puan-puan...Nak sedap lagi....taruh ini. Ikan asin gelama....Nabil buat ini. Senang saja. Campurkan koktel dengan ais krim soda. Tambah ais. Kami jarang minum minuman berais waktu berbuka sebenarnya. Selalu kami buat air masing-masing ikut selera sendiri...anak ibu dah besar-besar. Buat sendiri, eik!.Kuih-kuih memang tak ada. Mereka tak jamahpun kalau beli. Buah-buahan mesti adalah. 4 biji donat ni Nuha yang beli di Just To Eat, sebelah sekolah, sementara tunggu kakaknya keluar kelas semalam. Sampai sahur ada lagi.....beli ikut nafsu laparlah ni!Ini mesti adalah kan...Phoneix dactylifera...kurma...atau yang kami panggil 'tamar' ini memang laju. Kekadang seminggu sampai dua kotak.
Petang semalam memang kami tak masak nasi. Tup..tup, dah dekat nak azan, jiran sebelah hantar ayam rendang. Kakak ipar yang tinggal sepelaung pula kirim udang sambal bertempoyak dalam mangkuk tingkat tu.....siapa nak jawab ni! Bekas kuning tu asyik ulang-alik ke dapur saya dan jiran sepanjang ramadhan ni... balas dengan bubur saja lah kali ni! Bersahur? Inilah hidangan sahur anak-anak saya. Sesekali mereka minta scrambled egg atau mushroom soup...dimakan dengan roti. Biasanya abah atau Dia yang masak..he..he..Nasi memang tak jalan. Tak padan dengan lidah Jawa mereka...Murtad dah Jawa mereka ni....hiksss! Penutup sahur. Saya pastikan mereka minum ini...........seorang sedikit.
Sekian, juadah yang cerca merba dan tidak berkonsep dari dapur saya ya puan-puan.....hikss!

20090907

Dia. Dia saya...

DiaDulu..... Ceria...
(Yang mana Dia, yang mana anak patung?)
Riang...
Dalam dunianya...
(Rumah kami dah macam stor mainan)

Manja....
Keletah....
(errr...dulu botol bowling plastik....sekarang dah jadi pemain bowling sekolah)


Aktif...
Kecederaan pertama!!!
12 jahitan di tangan dan kiri di pagi hari raya di rumah embah
....terlalu aktif....
(sekarang pun sangat ganas dengan taekwondonya)


Kekadang jadi kakak pembuli..
Ada anginnya pula, jadi kakak penyayang.
Kami didik penuh kasih...dengan doa dan harapan... Moga menjadi anak solehah....
Hari ini. 7.9.2009 Dia telah berusia 16 tahun. Rasa baru semalam ibu berdebar-debar menanti pengalaman pertama melahirkan Dia. Rasa baru semalam, ibu panik ketika doktor memberitahu, Dia sudah wujud dalam tubuh ibu. Rasa baru semalam ibu melihat abah tidak tidur semalaman kerana asyik tersenyum-senyum sendirian, saat mendapat tahu dia bakal menjadi ayah.....
v
v
v

Selamat Hari Jadi anakanda Nadia Emira. Semoga Allah pelihara Dia dari sebarang gangguan. Semoga Allah mudahkan lorong hidup Dia. Semoga Dia berjaya di dalam hidup Dia di dunia, dan akhirat.

.......................
Hanya ini.....
Hadiah kecil dari ibu...Moga dapat menjadi teman Dia....
Teman minda Dia....
Tak perlu lagi mengusung beberapa kamus tebal ke sana ke mari....
Hingga digelar kamus berjalan oleh rakan sekelas....

Semua ada di sini.
DIA!!!
Ibu sayang Dia!

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...