Suka citra @ xiiinam? Terima kasih :D

20091031

Labbaikallah....selamat berangkat kakPah...

31 Oktober.
10.30 pagi, selesai kursus LADAP siri akhir di sekolah,terus menuju ke rumah orang kuat kumpulan tadika aulad , kakpah di Bandar Baru Bangi. Beberapa perkara, menguatkan saya ke sana.....

  • Menghadiri majlis walimah anaknya yang sama tarikh dengan 'annivesary' saya ke 17. (Sila rujuk entri sebelum ini.... ... kalau rajin.....)

  • Ingin bertemu dan berkenalan dengan kakPah, yang sebelum ini hanya saya kenali dalam blog....bertepuk, bertampar, bergurau, usik- mengusik dan bergigit-gigitan....macam dah lama kenal, tapi tak pernah jumpa orangnya secara nyata...

  • Fokus utama yang paling kuat...sebab kakPah akan berangkat ke Tanah Suci, 4 November ini....saya memang gemar menziarahi rakan taulan dan saudara mara yang menerima panggilan Ka'abah, berkirim salam, bermaaf- maafan dan saling mendoakan.....moga saya juga akan segera terpilih!!!

Sebaik bertemu kakPah, saya bersalam...dan memeluk dia.

Dia seperti terkesima.

"Kenal ke tak ni?" Tanya saya.

Dia merenung saya. Saya tahu dia tidak cam saya. Tapi sebaik memandang wajah anak-anak saya,dia terus memeluk saya sekali lagi.

"Dalam gambar nampak kecik....tak sangka tinggi rupa orangnya!" Kata kakPah....Hi..hi..hi..Saya lebih tinggi dari kakPah dan Prof. rupa-rupanya....Dalam gambar nampak kecil jika dibandingkan dengan anak-anak saya.....murid-murid saya....kerana mereka juga tinggi dan besar belaka...jadi saya mengecil.....he..he..

Saya tak berbual panjang dengan kakPah. Saya faham kakPah sangat sibuk dengan tetamu. Saya pun meneruskan majlis. Err...hek eleh ckLah...ayat 'tak boleh blah'... macamlah majlis dia. Ha..ha..ha..okey, saya betulkan ayat....Saya pun terus ambil pinggan.

Saya tidak bertegur sapa dengan tetamu lain,kerana saya hanya kenal kakPah. Hanya senyum-senyum. Berbasa basi.

Semasa keluar dari rumah kakPah menuju ke kereta yang agak jauh, Nuha telah tak sengaja. 'menteraburkan' bunga telur pindang kakPah yang dihulurkan oleh Fatimah, anak kakPah yang berlari-lari mengejar saya di atas jalan raya. Semasa saya sedang cuba mengutip telur itu, seorang wanita dari belakang menegur.

"Cikguuuuuuuuuuuu"

Saya pandang wanita di sebelah suaminya yang sedang sibuk mencari ruang pakir itu. Rasa macam kenal. Rasa macam bekas anak murid saya....duluuuuuuuuuu. Ada seorang budak lelaki rambut pacak di belakang. Rasa pernah nampak budak kacak tu dalam blog...

"Haaaaaaaaa.... ". (Sambil berfikir nak sebut nama dia apa! Nak sebut tasikmerah tak tersebut sebab dulu saya panggil dia dengan nama lain......he..he...Dalam blog dia, (mengikut cerita versi dialah..)dia fikir saya tak kenal dia. Eleh....mana boleh cikgu lupa raut wajah comel yang satu-satunya budak Melayu dalam kelas dulu) Lepas itu saya nampak dia menonong mendaki jalan masuk ke rumah kakPah, bersama suaminya yang gagah perkasa dan anak terunanya yang sama besar dengan dia. Tak tergamak nak menjerit panggil dia...kerana saya memang mahu bergegas.

Sebaik memasuki kereta. Ada panggilan dari Insyirah seorang rakan bloger yang belum pernah ketemu.
"KakPah kata ckLah ada. Saya cari ckLah....ckLah dah balik ya!"

Minta maaflah dik. Beginilah kalau keluar dengan anak-anak ni.......ckLah yang kena akur dengan program mereka. Mereka tau nak cepat saja...kami ada program lain sebenarnya...Niat dan fokusnya nak bertemu dengan bakal haji dan hajah tu ....tak tau lah siapa rakan bloger yang dijemput kakPah. Bukanlah sombong, okey!!!! Lagipun, kebanyakan rakan bloger saya main cak-cak dan tutup-tutup muka di blog. Jadi, saya fikir di alam nyata, tentu lagi pemalukan...kan...kan...kan..!! Bukan macam ckLah yang 'over' ekspose dan tak malu ni...hi..hi...

Sedang mencari-cari jalan ke rumah adik di Bandar Baru Salak Tinggi, seorang lagi rakan bloger 'glemer' bergelar yb menelefon. Dek kerana sibuk melayan panggilan itu, saya telah mengabaikan tugas saya sebagai pemandu jalan atau ko-pilot......hingga suami saya salah masuk simpang.....maka sesat baratlah kami sekejap. Ha..ha...nasib baik ada GPS. Yb menurut ceritanya datang lewat, sebab dia ada niat untuk menolong kakPah membuka khemah dan mengangkat kerusi meja.....sebab tu dia tinggalkan Adam, supaya tak kacau dia masa angkat tiang khemah masuk lori nanti...he..he..

Masa nak buat entri ini.....baru saya perasan. Sepanjang di rumah kakPah tu, saya tak ambil gambar walau sekeping pun. Waduhhhhh!!!! Kok bisa lupa sih mbak!!! Tak anggunlah bloger macam ni. Tak ada bukti 'tempat kejadian!'

Dan....hanya ini gambar yang dirakam sepanjang perjalanan itu....


  • Masa pergi....hujan panas....

  • Masa balik....hujan sejuk...

Gambar yang tak kena langsung dengan tajuk.....
........................................................................................
Terima kasih kakPah (Puan Latifah Hanem) dan suaminya Prof. Madya Dr Hamirdin. Selamat berangkat ke Tanah Suci. Semoga semua urusan dimudahkan....mendapat haji yang mabrur...seorang lagi rakan bloger saya yang pasti akan mencatat pada setiap entri saya, ragbar-anekdot (cikgu Rosli) berangkat pada 31.Oktober.2009, semoga beliau selamat menjalani ibadah. Selamat juga didoakan kepada semua Bakal HUJJAJ tahun ini....


20091030

Pada sanat 17 ....



Nampak tak mesej tu?
Ha? Tak nampak? Nampak NokiaE90 aje? (Ahaks!)
Nah...kasi besar sikit! Zoooooommm............
Yang ke 17??? Ngeri dan seram sejuk dinda membacanya tau, kanda! Puteri sulung kita pun sudah 16 tahun!Yang ke 17 tahunlah kanda! Bukan malam ke 17!!!
(Tulah...dah sampai masjid, cepat-cepatlah iktikaf...buat sunat tahiyatul masjid ke...ini main SMS dengan isteri lagi! Kan...lupa hari dan waktu!!! Ha..ha.ha..) Dinda tau......kanda pun tak gemar menunggu!!!! hi..hi..hi..

Apa-apapun....SMS menjelang maghrib itu membuatkan dinda terimbau-imbau kenangan lalu!

Kanda tau tak...Babak di bawah ini adalah saat dinda paling berdebar demi melihat gerangan kanda.....Dag...dig...dug...Itu bunyi dari jantungku !

Dinda tau...kanda pun berdebar-debar saat mahu menjabat tangan bapak. Tambah berdebar lagi kala bapak menggoncang tangan kanda....
"Aku nikahkan akan dikau......."
"Aku terima nikahnya......"
"Sah!" . Saksi Kanan.
"Sah!". Saksi Kiri.
"Sah sudah Sazahan!"
"Alhamdulillah!"


.............sentuhan pertama...............
yang getarannya masih terasa-rasa
.
.
.
Nanti kita bersantap-santapan bagai dulu ya kanda....Nanti dinda buat juadah Udang Galah Panjat Buah Nanas tu...Juadah kenangan kita berdua!!!Dan kita tak perlu malu-malu untuk menjamah macam dulu...rugi tau...

Dinda mahu di sisi kanda ....
Dulu....
Kini...

Selamanya...mencintaimu..... Pandulah ...isteri dan anak-anakmu...ke jalan yang diredhai....
Walaupun sudah sanat ke 17, kanda masih gemar main sembunyi bawah bantal....
Mesej lain disembunyikan kerana rahsia suami isteri (ha..ha..ha..)

Dan apa ada di bawah bantal?.







#######################






TERIMA KASIH!
Dinda dah salinkan cadar dah.....dan akan pura-pura tidur...macam dulu-dulu.
17 tahun dulu!!!
....



20091026

Puteri Bongsu ku sudah 9 tahun...

Ini Anak Milenium yang saya lahirkan pada 26.10.2000.
Tahun lepas....
Saya tiada di rumah semasa harijadinya. Sampai dari Sungai Petani, sudah agak malam.
Sampai rumah dia demam. Menunggu saya dengan keknya yang dibeli bersama abahnya pada sebelah pagi. Lihatlah kek pilihan abah...siap ada bendera lagi!.

Dah setahun berlalu...dia asyik ungkit hal itu. Makan dalam sungguh!!!
Hmmm...alahai.........



Tahun ini...
Sejak seminggu lalu dia asyik cuba memberi bayang. Dia ni memang paling sensitif dengan sebarang tarikh yang sentimental. Budak perempuan katakan.

Tetapi saya buat tidak faham...takut nak menjanjikan apa-apa. Kalau tak tertunai, susahhhh!Dia mahukan hamster!!! Saya cukup tak berkenan dengan binatang tu! Kena cari alasan untuk tidak membelinya!

Semalam kami ke Ipoh. Selesai membeli belah, kami solat Asar di surau sebuah pusat membeli belah. Surau kecil. Orangnya ramai. Nuha selesai solat dulu sebab dia kecil, mudah menyelit. Kami suruh dia jaga barang.....

Selesai solat, kami (saya dan dua kakaknya) dapati dia tiada dalam surau. Dia ke kedai 'binatang peliharaan' di aras yang sama dengan surau. Tengok hamster.

Barang?

Huwaaaaaaaaaaaaaaa! Lesap!!!! Ditinggalnya dengan selamba. Buku-buku dan DVD yang kakaknya beli di MPH Jusco Kinta City dan barang-barang maknya.....semuanya jadi aruah...tanpa pusara yang jelas!.

"Kalau macam ni...tak jadilah ibu beli hamster tu!" Ibu dapat alasan, kerana kehilangan barang yang belum sempat dijadikan kenangan...hu...hu..

Malam tadi dia merengek lagi pasal hari jadinya....
"Kalau tak sambut hari jadi, tak boleh ke? Baca doa lepas solat tu lagi afdhal!!!" Abangnya. Budak lelakilah katakan. Mana ada kisah pasal tarikh-tarikh penting yang dianggap penting oleh budak perempuan.

Si kakak juga, tak lepas peluang. Masa inilah dia mahu lepaskan dendamnya kerana kehilangan buku-bukunya. Ibu dia......memang marah jugalah. Tapi biasalah, ibu dia kalau marah...diam! Sebab kalau ibu bercakap dalam marah.......nanti ada yang putus telinga mendengarnya!!!

Si adik terus sentap. Seminggu ini, memang dia sentiasa angin dengan si abang yang seorang tu! Abangnya dapat memonopoli komputer kerana sudah habis UPSR, sedang dia.....baru nak menghadapi peperiksaan minggu depan!

Wajah tak puas hati. Ditunjal-tunjalnya saja nasi tu.....walaupun perutnya lapar bukan main...

"Ya lah...esok kita buat 'surprise'lah untuk Nuha" , alahai abah ni, cepat benar mahu memujuk puteri kesayangannya itu.

Terus senyum lebar. Pandai sungguh berlakon!


"Surprise mana boleh bagi tau!" Si Nabil masih tak puas hati.
"Nabiiiil!" Ibu. Sambil membesarkan mata yang sepet. "Dah!"

Hari ini, 26.10.2009.
Kebetulan lagi. Hari ini sangat kelam kabut. Selesai mesyuarat pukul 3.30. Saya terpaksa pula melayani kertas-kertas peperiksaan, sepanjang hari dan malam. Kakak-kakaknya pula sedang berhempas pulas dengan peperiksaan akhir tahun.
Tapi, demi mengelakkan rajuk dia. Sebelum dia pulang dari sekolah sesi petang, saya siapkan apa-apa yang patut. Semuanya secara segera, dan pasang siap!!!

Pesan Pizza secara Online. Abang Nabil buat Air Laici. Abang Nabil siapkan meja. Maklumlah, abang Nabil seorang yang dah tak ada kerja....sebab dah habis UPSR.....ha..ha..mau pulak dia!

6.32 dia menghantar sms melalui telefon abahnya;
"Ibu, don't forget....surprise for me!"
6.40 hantar sms lagi.
"Dah siapke surprise untuk Nuha? Nuha dah nak sampai ni!"
6.50 dia sampai bersama kakak keduanya...dijemput abahnya....

Surprise......taraaa!!!
(tahun ni kek pilihan ibu okey. Tak ada bendera dan lilin macam tahun lepas)

(surprise yang tak surprise!!! Sebab Nuha tiba di rumah dulu sebelum pizza sampai....Jadi, lepas Maghrib baru makan......buat leceh lah mat pizza ni! Sampai tinggal separuh air tu...diulang-ulang minum sebelum baca doa)


Dan dia nampak begitu berpuas hati.

Selamat Hari Jadi, dan selamat mula menghadapi peperiksaan akhir tahun esok, Nuha Eiman!

20091024

Ajal maut, jodoh pertemuan...kalau sudah begitu suratannya...hemmm...alahai..

Sedang asyik memeriksa buku muridnya.....cikgu Markonah tiba-tiba rasa ingin menangis....


Jadi cikgu, kena kuat bersabar.......................


Kih...kih...kih.....dah hampir 20 tahun dipanggil 'cikgu'.... Kalau jiwa tak gagah perkasa, dah lama jasad ku ini hancur dikandung tanah agaknya...Tapi, saya tetap gembira...kerana mereka adalah 'passion' saya.......



..........

20091023

Kalau sudah itu pilihan loe...ya udah! Gue enggak bisa ngomong, apa-apaan sih mbak!

.

"Kau dah fikir masak-masak ke?" Aku. Malas nak layan. Tapi dia asyik mahu bercerita. Orang sedang dilanda kepayang, begitulah.

"Dah kak...Hati ni dah tetap untuk dia!" Dia. Rasa seperti ada urat yang kembang di tekakku.

"Tapi, kan dia dah beristeri!" Aku. Aku cuba menduga.

"Tak apa kak. Aku sanggup!" Dia. Dia semakin galak. Semakin mabuk kecubung!.

"Anak dia 6.....!" Aku. Cuba mematahkan keghairahannya.

"Anak dia akan jadi anak-anak Aku juga kak!" Dia. Semakin tegar.

"Isteri dia......tak kesian ke...err....!" Aku. Kehilangan kata-kata sebenarnya. Dan sedikit meluat melihat dia yang semakin teruja.

"Aku akan tahu diri kak.....aku akan mengalah...aku tak akan tamak kak..." Dia. Semakin nekad. Memang tegar sungguh.

"Isteri dia tak kerja. Anak-anak dia masih bersekolah.....kecik-kecik lagi....nanti, macam mana..."

"Tak jadi hal kak. Aku ada pendapatan sendiri. Aku dah ada aset sendiri. Aku tak harapkan duit dia!" Cepat dia memotong hujahku.

"Hmmmm....tak taulah akak nak kata apa. Ngapalahhhh kau suka sangat kat 'Mr. Bean' tu....!" Aku.

"Dia handsome kak!" Dia. Penuh perasaan.

"Sebab handsome je?" urat loya semakin mengembang. Dan mengemut. Mengembang. Dan mengemut.

"Tak adalah kak....tapi, dia memang handsome. Biarlah terpaksa berkongsi...asalkan dapat menumpang kasih dia!"

"Handsome ke macam tu?" Aku.

"Ya Allah akkkaaaak.....Tuhan aja yang tahu....tiap kali aku jumpa dia......
bla..bla...bla........romantik...bla..bla...segak...caring......bla...bla....bla....
tak ada pada lelaki lain...bla...bla...bla....pandai buat kelakarrrrr sangat......
aku happy dengan dia...bla...bla...bla...Dia pun bukan tua sangat.....
baru 40 lebih..beza 11 tahun je dengan aku....
lebih kurang akak dengan suami akak je...boleh bahagia juga kan kak!!!"
.
.

.
Hek eleh....susah betul bercakap dengan orang gila bayang ni....aku dengan suami aku pula dia buat perbandingan!!!
.
.
.

"Kau selalu tengok dia pakai tali leher....pakai kot......pakai uniform dia...nampaklah segak.....nanti bila dia balik kerja, pakai kain pelikat...pakai singlet cap PAGODA....pakai seluar apek dia....kau akan nampak boroi dia.....kepala kilat dia...masa tu kau taulah dia 'hensem ke tak hensem'...Masa dating memanglah semua di 'control'. Stokin dia pun wangi!" Aku.....malas mahu melayan lagi.


"Alaaaa.....akak ni. Saja 'jeles' lah tu!" Dia. Mendengus dan berlalu meninggalkan aku. Marah pula kelihatannya.

Aku salah cakap kah? Ahaks!





Ya udahlah!!!!




















Gambar sekadar tempelan.
.....................................................
Pandai-pandailah kamu mengikut haluan...bersama Mr Bean pujaan kamu...Aku cuma seorang kawan yang kata-katanya tak berapa nak laku ........


.
.
.
Aku cuma mahu kau' tahu...
"Jeles" ku, bukan untuk benda-benda yang murah ...kerana nafsu aku memilih-milih kalau sekadar untuk 'jeles'.....
Buang karan!!!

20091022

Mendidik Anak Gadis Orang

Ada rakan dari sekolah lain mengeluh, kehadiran murid tingkatan 3 selepas PMR sangat teruk. Masalah begitu tidak pernah terjadi di sekolah saya. Purata kehadiran mereka sentiasa melepasi 90%. Ini murid tingkatan 3 yang hadir hari ini....penuh dewan!Pelbagai program kami atur demi menarik minat mereka ke sekolah......kami mahu membantu ibu bapa, supaya dapat bekerja dengan tenang. Pelbagai masalah boleh timbul andai anak-anak gadis remaja seusia ini dibiarkan ponteng tanpa kawalan....jadi, sementara ibu bapa bekerja, kami jaga anak-anak gadis mereka.
Ini tentatif PROGRAM SELEPAS PMR untuk 3 minggu. Kami gantung pada tiang dewan.....Ala-ala Undang-undang ASOKA...supaya murid mudah merujuk....
Program hari ini...Pertandingan Memasak.....setiap kumpulan mengandungi murid dari pelbagai kelas....biar mereka belajar bekerja sama dan berkongsi rasa....Tema, "Hidangan Panas dan Sejuk".Kerja dalam kumpulan.....pelajar dari pelbagai aliran kelas, dan ras ....disatukan. Pelbagai gaya.....


Dalam progres.....


Ada yang menyediakan shushi......

Kreatif....
Kumpulan 5 menyediakan pizza...sampai terlentok menunggu oven berbentuk UFO itu!!!
Pelbagai cara menghidang...ada speghetti, bubur nasi, pasta, makaroni...semua ikut selera mereka yang sedang remaja......
Cara menghidang...salad, shushi, kuew-teaw lakna, kerabu mangga..... Ini kumpulan cikgu xiiinam.....menyediakan nasi goreng dan sandwich...Sengaja selit gambar lebih...... bukan sekadar kerana kumpulan sendiri...tapi......err...keranaaa....


Kerana...kumpulan ini adalah JOHANNYA......YAAAAHOOOO!!!!
Tahniah untuk semua ahli kumpulan cikgu yang sangat ceria hari ini!!!!
Keputusan masih dirahsiakan hingga hari akhir program......tapi, siapa yang baca blog cikgu....dia akan tahu dulu......Tak puas hati, kita bincang di facebook......hi..hi..hi...nah.....
Inilah hasil kumpulan cikgu xiiinam yang 'best'...sandwich tuna yang comel.....dan nasi goreng kampung.

Cikgu Xiiinam sedang dipaksa merasai Pizza dari kumpulan 5. Sedaaap...lain kali buatkan untuk cikgu lagi ya!

 
Program seterusnya.....'CONVENT IDOLs' .......mesti lagi huru hara!!!

20091017

Puteri Ayu Lawan Sari Ayu...

Ini babak sebelum PMR tempohari.

Tempat : Tingkatan 3 Hijau.
Perkara : Revisi Topikal.

Saya baru menerangkan alasan jawapan untuk soalan ke 21, apabila si Izzah mengangkat tangan.
Saya : Ya Izzah. Apa soalan kamu?
Izzah : Cikgu.....cikgu suka Sari Ayu tak?
Saya : Errrr (Ish..budak ni, orang macam nak keluar anak tekak bercakap, dia tanya benda lain pulak. Nak berniaga pula kah!)
Izzah : Mak saya suruh bagi kat cikgu. Cikgu suka tak?
Saya : (Sah...dia nak jual kat aku!)

Saya tahu, ibu Izzah ni, seorang ibu tunggal yang menjalankan aktiviti jualan langsung, dan berniaga apa saja untuk menyara anaknya. Setahu saya, Sari Ayu itu jenama penjagaan diri wanita...seperti ini!


Haih, takkan si anak pun sudah dijadikan ejen jualan langsung! Si Izzah ini pula, seorang murid yang sangat lurus. Selalu menjadi mangsa usikan rakan sekelasnya. Melihat Izzah, kekadang rasa lucu. Kekadang geram. Kekadang terbit rasa simpati. Izzah, anak mangsa penceraian yang membesar secara tidak normal....maksud saya, keadaan keluarganya yang berpecah belah.....
Izzah : Ni ha cikgu! (Izzah mengeluarkan sesatu...apabila melihat saya terpinga-pinga membiarkan soalannya tidak berjawab)

Ini imej cedok dari google. Izzah hanya bawa 6 biji. Tak dan nak 'snap'.

Izzah : Ni mak saya suruh bagi. Dari form one, saya tak pernah lulus Sejarah cikgu. Tapi bila cikgu ajar form three ni, saya lulus plak. Trial baru ni saya lulus lagi. Ni mak saya suruh kasi cikgu.

Saya: Errr....ya ka? Berapa markah trial kamu tempohari? (Entah apa-apa soalan cikgu ini. Tergamam sebenarnya)

Izzah : Alaaa....41 % je cikgu...cukup makan. Tapi lulus lah cikgu! Subjek lain, banyak yang saya tak lulus! (Izzah ini boleh dikategorikan sebagai seorang yang 'sangat lemah' pencapaiannya. Saya tahu, tahap bacaannya setakat mana.......dia memang tidak faham apa-apa yang dibacanya. Mengeja pun.....merangkak!)

Saya : Ha...ah. Jadilah tu. Nanti PMR betul, boleh up lagi! (ya Allah, kenapalah saya cakap macam tu. Senyuman teruja di wajah lurus dan polos Izzah, benar-benar membuatkan saya, seorang cikgu yang gagah perkasa terkesima kali ini.)

Izzah: Cikgu ambiklah Sari Ayu ni. Mak saya suruh bagi.

Saya: Ini bukan Sari Ayu. Ini kuih Puteri Ayu.
Izzah: Sari Ayulah cikgu.
Saya : Puteri Ayu....
Izzah : Tak...Sari Ayu!!! (Suaranya sudah mula meninggi. Izzah memang begitu. Tak peduli siapa. Lepas laku!)
Saya : Cikgu panggil, Puteri Ayu (hek eleh...si cikgu pun....tak boleh beralahlah pulak! Entah apa pula anginnya.)
Izzah : Ish...cikgu ni!!! Hari-hari saya tolong mak saya jual kuih ni, saya taulahhhh!!!! PUTERI AYU!!! (Sedikit membentak!)
.

.

Saya : Errr......jual....mak kamu jual kuih ni? Err....ni.....
Izzah : Yang ini tak jual! Mak saya suruh kasi! (Nada suaranya masih sedikit tinggi.....dan jelingan tajam dilemparkan kepada cikgunya.)
. ...........................
PANG!!! Pipiku bagai ditampar!
. ...........................
Saya: Err...cakap kat mak kamu, cikgu kata terima kasih ya Izzah. (Kelopak mata, tiba-tiba terasa ada sesuatu bergenang...hidung tiba-tiba menjadi perih.....)

Izzah: Yalah. Nanti saya cakap. Sari Ayu kan cikgu? (Tak puas hati lagi dia!)
Saya : Ha ah. Ha ah....Sari Ayu... ya Sari Ayu...
Izzah : Tulah...saya dah cakap. Cikgu tak mau dengar!!!
Saya : Tak kisahlah...siapa ayu. Err...errr....murid-murid, kita sambung soalan nombor 22, okey! ( Lalu berpaling dan mencari kertas tisu dalam tas tangan....)


Semoga Allah mudahkan lorong buat kamu....Nurul Izzah....




Banyak nama kuih ni. Putu Ayu, kuih Nyonya, Seri Ayu, Puteri Ayu, Apam Hijau Putih....mak saya panggil Tiwel Ayu (nama Jawa) - Banyak namanya!!! Sia-sia saja cikgu bertekak dengan Izzah......

20091016

Hobi baru puteri kami...


Ini anak kedua saya....Diba. Sedang khusyuk kan?

Inilah hobi baru dia...sepanjang bulan Syawal ini...

Mengarang batu-batu kristal, 'tiger-eye' dan mutiara....
........ada juga yang dah dijual...kepada kawan-kawan sekolahnya...(juga mak kawan-kawannya dan kawan-kawan maknya dan kawan maknya punya kawan-kawan..heh..heh..heh...Otak 'bisnes' anak dara saya yang seorang ini...)
Segalanya bermula dari adik Ipar saya yang berbaju hijau ini, yang dipanggilnya ckLin.
CkLin ni orang Kota Kinabalu, bukan sahaja peramah...ringan tulang, pemurah dan mesra dengan sesiapa saja. Kalau ckLin pulang ke Semenanjung, maka ada sajalah yang dibawanya untuk kami semua. Kalau dia tak pulang pun, kiriman bungkusan dari ckLin sering juga berkunjung sampai. Kuih cincin, peneram, kuih sabit......udang kering....ada saja dikirimnya.Pagi hari Raya lalu, ckLin jadi tumpuan ipar, biras dan anak-anak saudara perempuan .....
Dalam diam....ckLin memerhatikan baju raya kami ....dan dalam beberapa minit kemudian, kami telah mendapat hadiah samada rantai tangan, rantai leher atau kerongsang yang dibuatnya sendiri....sedondon dengan baju raya masing-masing.....cekap sungguh ckLin menjalin...dah lah ipar-ipar, biras dan anak saudaranya ramai!!!Sebelum hari raya...ckLin ada SMS saya....
"Baju raya kakLah warna apa?" Bunyi SMS ckLin.
"Ungu campur biru sikit-sikit!" Jawab saya.
Tak tanya dia pun kenapa dia mahu tahu...
Rupa-rupanya....jeng...jeng...jeng.....Inilah rupanya projek ckLin..... hasil tangan ckLin untuk kakLahnya.......satu set lengkap......sesuai dengan abaya raya ckLah yang ungu hitam itu.....haih...kakLah suka amat Lin! Terima kasih daun keladi...lain kali buatkan lagi!!!!


Tak sangka.......rupa-rupanya semua ini menarik minat anak kedua saya....
Dan kerana Diba minat sangat...ckLin ajar dia beberapa teknik.....
Inilah antara hasilnya.......diilhamkan dari Refflesia yang berharga ribu riban tu....Ibu Diba tolong jadi modelnya sahaja......kristal hitam, memang kegemaran ibu Diba.(sila pakai kaca mata hitam kalau silau!!!!!!) .....dapatlah hobi baru..........bekalan bahan, ckLin hantar dari Sabah.......

Mutiara air tawar ini ckLin hadiahkan kepada ckLah tujuh tahun yang lalu......telah putus 3 kali dan dikarang semula 3 kali...3 kali berubah rekabentuk......ini karangan ke 3....Kata ckLin dalam loghat Sabahnya...
"KakLah, kalau mutiara tu serasi dengan kita...dia akan hidup bah!"
Tak pastilah kebenarannya. Tapi....mungkinkah ini buktinya?
Nampak tak bonjol yang timbul pada butiran kedua tu? Dulu tak macam tu.... betulke? Entah...
.
.

"Dah Diba....berhenti dulu main kristal tu. Esok periksa akhir tahun.......lepas periksa nanti sambung balik!!!!"

ckLah sudah suruh Diba rangkaikan sesuatu untuk dihadiahkan kepada seorang rakan bloger yang ayu......
.maaflah kepada yang rasa ckLah menunjuk-nunjukkkkk...nanti ckLah buatkan tasbih manik bersulam kayu koka! Nak? nak?

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...