Semalam. Sekolah agak sunyi. Untuk sesi pagi, hanya tinggal murid tingkatan 4. Tingkatan 3 kami dah cutikan. Tingkatan 5, seharian di dewan. Sedang dimandikan dengan taklimat dan motivasi terakhir sebelum SPM. Sesi persekolahan 2009 tinggal beberapa jam lagi......sebelum sesi berakhir dengan cuti panjang untuk murid-murid.
Ya...cuti panjang bukan untuk dinikmati semua cikgu. Ada juga cikgu yang terus bertugas.....termasuklah penulis ni!!!
.Bilik guru yang dihuni wanita-wanita anggun juga tenang dan nyaman. Semua asyik dan tunduk, di meja masing-masing, mengemaskini, melengkap, menyusun, melapor, memproses, menganalisis dan......ya, beginilah senario di hujung-hujung sesi di mana-mana sekolah pun. Tanggungjawab mengajar, mendidik, mengasuh dan membimbing sudah kami tunaikan, kini kami bertukar kerja-kerja pengurusan dan perkeranian pula.....
.Sebelum sesi berakhir......Jamuan Guru sudah, jamuan tingkatan 5 sudah, jamuan tingkatan 3 sudah. Kali ini giliran tingkatan 4. Mereka tidak buat di dewan seperti tingkatan 3 dan 5 seperti yang saya ceritakan dalam entri tempohari, tetapi di kelas masing-masing.
.Ini antara kad jemputan yang diterima, pelbagai rekabentuk ikut tahap kelas.
Masa: 10.30-12.30.Ahaks!!!
Dan...apa lagi cikgu-cikgu, tinggalkan dulu kerja-kerja atas meja tu....mari kita berhari raya dari rumah ke rumah. Eh...dari kelas ke kelas.
.
Kelas pertama. Cikgu xiiinam ambil salad dan sandwich sikit saja. Jaga perut.
Kelas kedua. Cikgu xiiinam pilih spaghetti saja.
Kelas ketiga. Nasi goreng...Roti jala lagi......oh tidak, cikgu xiiinam ambil separuh keping tosey dan ayam masak kari saja. Nak cuba konon, setelah dipromosikan oleh seorang murid, tapi ternyata......tekak tak boleh terima !!!
Seterusnya, "Cikgu, nasi kandar cikgu" Owwwhhh.....belum masa untuk makan nasi. Cikgu ambil 'fruits punch' sajalah.
Kelas seterusnya, Waaaaaah...cikgu xiiinam tak boleh tahan lagi, ayam kepsi dan satey sudah masuk pinggan...dan perut....
Kelas terakhir, cikgu xiiinam makan kacang goreng dengan aiskrim saja... Kelas hujung, hidangan mereka 'simple' saja, tapi di sini kami duduk paling lama. Bergurau senda berama pengetua yang banyak berjenaka....nampak girang amat wajah mereka, ahli kelas ini , dengan kehadiran semua guru, sambil makan, sambil berbual dan menyelami peraaan mereka.......
Baki biskut deepavali pun ada....
Okey cikgu-cikgu, mari kita sambung kerja. Buka semula fail-fail, laptop, dan segala mak nenek kerja tu.....kerja dengan senyummmmmmm.
.
Jam baru pukul 1.00. Saya berehat sebentar di 'sette' PSS, mengurut-urut tengkuk yang tegang (dan mengusap-usap perut yang ......eheheheh) sambil membaca............
.
.
.
.
Pukul 2.00 petang. Terkejut kerana nada dering suara 'Doraemon' berbunyi.
"Abang tunggu depan sekolah", pesanan dalam SMS.
Hah....tertidur kekenyangan rupanya ckLah!!!!
.
.
.
.
.
*************************
Entri tumpang:
Selamat pengantin baru untuk 2 orang rakan blogger yang mengirim kad undangan ini.

....dari Insyirah (kiri) , dan TheConfused (kanan).
.
.
.