(Aksara bewarna ungu adalah pautan dari citra-citra lalu)
Sebenarnya, balik dari melawat dia Sabtu lepas, hati saya agak 'berat' memikirkan dia. Dia kelihatan begitu tegang. Dari air mukanya, saya tahu jiwanya sangat terbeban dengan kerinduaan yang sarat. Tapi, kami pujuk dia. Kami kuatkan dia.
Sebenarnya, balik dari melawat dia Sabtu lepas, hati saya agak 'berat' memikirkan dia. Dia kelihatan begitu tegang. Dari air mukanya, saya tahu jiwanya sangat terbeban dengan kerinduaan yang sarat. Tapi, kami pujuk dia. Kami kuatkan dia.
Bertahanlah anakanda. Cabarannya memang begitu.......
(Memang ada sedikit masalah pada peringkat awal penghijrahan budak yang dulunya jarang bergaul bersama rakan-rakan sebayanya ini (yang buatkan hati ibu ini juga turut merembes). Pergaulan anak lelaki tunggal saya ini memang tak luas sebelum ini. Dunianya hanya sekolah dan rumah....dan keasyikannya adalah kepada komputer dan dunia robotiknya (hingga sampai ke pertandingan robotik peringkat negeri). Selain taekwondo...dia langsung tidak aktif bermain dan bersukan dengan anak-anak jiran atau budak-budak lain. Kerana itulah juga kami terima tawaran ke SBP...supaya dia belajar bergaul. Dan seperti dijangka, pada peringkat awal ini memang ada masalah....tapi, tak perlulah saya ceritakan di sini...)
Dan...
Demi menguatkan ibu menyokong dia...hari minggu ini, kami datang lagi...
Kami bawa dia keluar...jalan-kalan cari angin......
Di 'pekan koboi' pekan klasik ini.....memanglah tak ada Restoren Shushi King atau Old Town kegemaran kamu seperti di tempat kita....
Yang ada...Kedai Roti Canai Ahmad Bacha di celah-celah deretan 'bangunan pencakar langit'nya........
Atau....gerai-gerai soto Jawa yang berlatar belakangkan pemandangan indah diiringi angin sepoi-sepoi bahasa...
Tapi itu bukan masalah kan anakanda? Bukan itu yang kamu cari kan? Ibu sangat faham apa yang kamu fikirkan! Ibu dulu pernah merasa dipaksa melawan segala 'rasa' itu apabila terpaksa tinggal di asrama seusia kamu!!!!
(Gambar minggu lepas)
Ku biarkan anak bujang dan bapanya ini .... meluah rasa yang tersimpul di dada, di tepi muara yang hanya berjarak 800 meter dari asramanya ini...puputan similir bayu petang yang mengelus-ngelus wajahmu itu anakanda....adalah ibarat kasih sayang dan doa ibu yang tidak putus-putus mengiringimu...Ku biarkan bapa dan anak ini....menyelesaikan masalah lelaki.....
Biarlah.....kerana abahnya adalah rakan satu-satunya rakan karib lelaki yang dia ada .....
Sebelum kami menghantarnya ke asrama semula...
"Abah......Nabil dah lama tak solat berjemaah dengan abah!!!"
Haih.....Lama katanya. Baru 2 minggu!!!
Maka.....kami tunaikan 'permintaan'nya....di surau asrama yang luas itu! Jemaah sudah tiada kerana jam sudah pukul 5.20 petang! Lewat, Asar kami!!!
(Saya intai dari ruang solat wanita!)
Sebelum kami pulang....5 orang teman sebiliknya datang bersalam dengan kami, memperkenalkan diri. Semasa kami datang minggu lepas pun, mereka buat macam tu. Seorang demi seorang kami perhatikan....semuanya berwajah jernih!!! Mulus!!!
Ibu bapa mereka yang saya kenali semasa pendaftaran tempohari, kini telah menjadi kawan-kawan baru saya.
"Nabil nak ikut ibu balik ke?" Cuba memancing. Sebenarnya memang dia tak dibenarkan balik pun!
"Tak apalah...ibu datang pun dah okey! Janganlah risaukan Nabil Bu!" Siapa risau siapa, entah!
"Kami ada tugasan 'study group' makcik!" kata seorang rakannya yang bertubuh bulat.
Alhamdulillah...dia sudah mula 'memasyarakatkan' dirinya!
Alhamdulillah...dia sudah mula tahu, apa itu 'berkongsi'!
.
.
Petang ini rakan-rakan sebiliknya berkongsi "Spaghetti Cincai Carbonara" air tangan ibu Nabil di Kantin asrama...memang jelas kelihatannya......mereka kelaparan amat berselera!!!.
.
"Ibu....pesan kat kakak, jangan usik folder-folder Nabil dalam PC tu!" Sempat lagi!.Komputer dia itu juga yang dirisaukannya.....
.
.
.
Barulah ada sedikit senyuman...saat kami mahu meninggalkan dia semula...(setelah abah beria-ria memerah idea cuba buat lawak dan ketawakan lawaknya sendiri ...eh....lawak sedih yang tak berapa menjadi....untuk bagi anak dia gembira!!)
Lega hati bonda melihat anakanda begitu.......
...dan hidung bonda tidak lagi pedih, saat tiba-tiba terkenang kamu!!!!
Alhamdulillah....(Sekadar catatan seorang ibu yang merasai 'rasa' itu)
Bergenang airmata zureen membaca entri kali ni..(entah kenapa..teringat zaman2 waktu duduk asrama agaknya..)
ReplyDeletesi nabil dengan emak si nabil tu tengah melalui proses penyesuaian lah tu hik..hik..
ReplyDeletelama-lama nanti jati otai la tu.
ReplyDeletehehe ckLah ..
ReplyDeleteTI - Simpang Empat - Sg Sumun - Selekoh - Bagan Datoh .. x jauh der.
gua pnh merasainya ... skrang pun merasainya .. tp dlm bentuk yg berbeda.
huhu.. sedihnya baca entry ni.. teringat masa nak kene tinggal kat univ dulu.. tapi lama2 insyaAllah ok..
ReplyDeleteIRCnet;
ReplyDeleteBagan Datoh?
Bagan Datoh tu kat mana ya?
Onezaba;
Otai aliran yang baik....InsyaAllah!
kakPah:
Ketawalaaaa....ketawalaaa......
Nyampah I tawwwww!!!
:)
zureen@mama:
Errrr...janganlah....
Lady Of L;
ReplyDeleteHarap-harap begitulah....mula-mula aje kan!
rasanya abang zahan tak tido malam utk buat lawak agar nabil senyum,ehehee.
ReplyDeletenanti lelama biasa la tue...ehehhe
ReplyDeleteteringat zaman 1st time dok asrama
julietchun;
ReplyDeleteAbang Zahan kau tu memang pendiam orangnya....bila dia buat lawak,ckLah selalu buat-buat gelak juga...(setelah menggeletek pinggang sendiri...hi..hi..)
~o~
Ha..ah...kan! mudah-mudahan...
ikss... tak sonok la piknik kat kantin... kat tepi padang bawah pokok baru besh... jgn ko cuba curi2 bawa balik pulak anak ko tu.
ReplyDeletedulu masa kat asrama... aku memang tunggu masa lawatan ni.... tunggu siapa yg dpt bekalan makanan.... lepas mak bapak diorang balik, aku kutip cukai laa.... haahha
Shifu;
ReplyDeleteAku nak pinjam khemah Pengakap sekolah kau boleh dak? Minggu depan nak berkemah di padang sekolah dia....
Errr...set BB Q pun aku nak pinjam sekali...kira sewa pekejlah ya!
:)
cmane la turn sy nant.... huwaaaa!!!!
ReplyDeletekakngah;
ReplyDeleteInsyaAllah...tak ada apa-apa tu...
Saja je ckLah membesor-besorkan cerita...
(dasar penulis pencen,....he..he..he..)
sedihnya cikgu!!! terigt anak saya yg 2 org tu!!
ReplyDeletepsst...nabil tinggi ye!!
Aisey...
ReplyDeleteSorry..sorry..sorry Mama Ikram!!!
Tinggi Nabil dan ckLah sama (5 kaki 3 inci). Masa mendaftar dulu memang ckLah nampak beza dia dengan kawan-kawan sebayanya....suara pulak garau! Tak lama lagi tumbuh misai lah tu....
:)
situasi ini juga pernah berlaku dalam hidup saya! Puas saya "membesarkan" anak yang duduk di asrama....setiap minggu kami melawat - bila dah pelbagai sekolah - yang besar sikit kami dah kurangkan lawatan - fokus adiknya - pas tu adik pulak - pas adik lain pulak....
ReplyDelete4 sekolah yang berbeza! Kajang - Melaka - Kuala Klawang
( Bukit Putus macam ular kena palu lalu kat Kuala Pilah yg merentangi tu dah tau sangat tentang saya ni ) - Melaka....hu2x puas Ck Lah...alhamdullilah kini boleh tarik nafas baru takat hidung...belum boleh lega lagi!!! yang pompuan seme menangis memanjang!!!tapi kita ni kena kuatkan semangat diorang tu...
cikgu, hampir menitis juga air mata saya membaca entri kali ini..teringat kenangan yang sama semasa saya di asrama puteri Convent..tapi mak aabah saya tak selalu datang..menagis sorang2 di celah almari..
ReplyDeleteInsyaAllah.. Nabil boleh!!
ReplyDeletecekgu, ko tgk la tahun depan.
ReplyDelete"bu.... jgn datang tiap minggu ok!~"
he he.
.
ck lah..akak rasa sedih pulak baca n3 ni..cuma akak tak sekuat ck lah..tahun lepas..selepas sebulan..akak hangkut dia balik..tak tahan mendengar tangisannya bila talipon dan bila pi berjumap setiap minggu mesti nangis..anak bongsu katakan..
ReplyDeleteErna;
ReplyDeleteNabil ni tak pernah telefon....tu yang buat kita libang libu kat rumah...
Kita yang telefon pengetuanya...(sepupu sepapat suami juga ebenarnya)Harapkan dia tengok-tengokkan...
KhairieN :
ReplyDeleteOoooooooo...patutlah warden kata kat belakang almari tu selalu basahhhhh....
sI tEDI:
Yesss!!!!
tasekM:
Errrrr...janganlah kau!!!
(Harus juga tu...)
Sonata;
ReplyDeleteKena kutip petua-petua dari Sonata ni....
Sekarang ni...tiba giliran cklah pulak lah ya...
:)
Bagus juga bapa saya tak kasi masuk asrama masa saya sekolah dulu hehehe
ReplyDeleteYB;
ReplyDeleteKau memang anak emak wak...sampai sekarang bersama emak...
Untunglah mbah Rahimah....
CkLah,
ReplyDeletetersedu sedan Sally dik kerana n3 ini..
cklah...
ReplyDeleteTak apalah cklah. Itu proses mematangkan diri.
nampak gayanya...macam ibunya yang merindui anak niiii...
Sally;
ReplyDeleteTersedu sedan....
ckLah nak bagu Sally meraung sebenarnya...
(Gurau je!)
ragbar;
Err...er...er...mana tau ni?
:)
teringat zaman saye mude2 dulu.. wajah saye juga jernih dan mulus. wakakaka :P
ReplyDeleteLaki cikgu Kimia;
ReplyDeleteSekarang?
He..he..he...
(ckLah pun suka numpang sekaki kawan yang dikunjungi famili masa kat Taayah dulu......kena buat2 muka muluslah..)
seronok tgk anak dan abah kamcing begitu.. dah jarang skrg nk tgk anak2 begitu.. sejuk perut cklah.. =)
ReplyDeleteAimanHadi:
ReplyDeleteErrr....er......ibu dan abah pun kamceng apeeeee!!!!
Lagi sejuk peruuuttt...hik...hik..hik...
Salam CkLah....
ReplyDeleteBykkan sabar ye. Biasalah cenggitu bila berjauhan dgn anak2 yg masuk asrama. Yg penting doakan diaorg supaya selamat dan belajar dgn tenang.
**Anak tiri sy (si Along) dpt tawaran ke SMK Teknik di Langkawi. Hubby pegi hantar ptg tadi walaupun sibuk di universiti. Kesian sy dgn dua beranak tu......si bapa sibuk sgt2 dgn program di universiti, si anak baru nak belajar kenal kehidupan di asrama. Diaorang tak pernah berpisah.....tapi kini si Along kene jadi seorg anak yg independent.
;)
Zyma;
ReplyDeleteMemang tahan sabar tahap dewa ni...
Kalau tak sabar...
ckLah dah berkemah depan sekolah...siap buat barB-Q lagi...hi..hi..hi...
Memang begitulah putarannya....
Ayah mithali tu.
ReplyDeleteSahrir;
ReplyDeleteAyah je.......
Habis, ibu ni.............?
Sob..sob....
Untungnya dorm mate dia dapat makcik pemurah mcm cikgu!!!!
ReplyDeleterilexx cikgu ... nabil akan jadi hero nanti. cayalah!!! tuk awal2 ni, saya rasa dia nampak cool. so, satu permbangan baikk ..
ReplyDelete>>___<<
Alaa alaaa alaaa. Siannn dia...Mak dia...Anak dah steady dah. he he he.
ReplyDeletehujung tahun nanti, kawan kawan pula tak mahu ditinggalkan....
ReplyDeletesyabas nabil!
Pengalaman serba baru buat dia...jgn omaknyo yang tak 'boleh' suaikan diri dah le...dok terkonang siang malam! Omak mano tak sayang anak...
ReplyDeletekiranya cklah bukanlah 'srot srot' sebab di landa virus selsema kan.. tapi sebab virus rindu pada anak bujang itu.. hihihi..
ReplyDeletesalam ciklah,
ReplyDeleteAlhamdulillah, akhirnya siibu telah benar2 redha anakanda tercinta meneruskan pengajian jarak jauh... Amin :)
sayu, tersentuh tapi akhirnya ada sedikit rasa gembira dihati mama membaca entry ciklah ni...
teruskan menahan rasa kerinduan tu yer ciklah, nanti lama2 biasalah tu.. tapi yg bestnya anak dok asrama ni kita akan tertunggu2 bila masa dia balik umah. masa tu kita nak masak apa je yg dia suka makan...
psttt ciklah, sebenarnya sejauh mana sek Emir ni?
mama moden;
ReplyDeleteSelama ini memang reda pun.....
Sekolah mana? Errr...tak semua perkara boleh diumumkan dalam blog kan mama....
out of topic~
ReplyDeleteterkejut sebenanye mula2 terperasan background blog ckLah ni semalam
udahle mase tu dah tgh malam.. isk.. terasa seram pulaks..
errr.. before ni gambo tu ade ke?? takde kan? ke sy yang tak perasan?
mr azmi;
ReplyDeleteHe..he..he...dia dah ada kat situ sejak malam Jumaat...puas ku halau dengan kemenyan ...dia tak nak pergi!!
Mizi :
ReplyDeleteUntungnya dorm mate dia dapat makcik pemurah mcm cikgu!!!!
Ruginya makcik macam cikgu dapat dorm mate macam dia..he..he..he..
Frodo Baggins :
He..he..relax lah ni...
Sob...sob...
geraugebang:
Tu lah pasal....asyik demam je sehari dua ni....
mugiwara;
ReplyDeleteHaruslah juga kan jadi begitu....he..he...
DUN Behrang 2020 :
Kenang..memang sentiasa kenang...teruutama dalam doa selepas solat......kan bapak kan!
:)
kaktiny;
ReplyDeleteBoleh disimpulkan demikian jugaklah kiranya....
:)
sek. saya ni ada kelas model khas, thn 4, 5 dan 6, semua pelajarnya dok asrama, so yg thn 4 ni sampai sebulan pun masih ada yg dok ngangis lg, sampai kaunselor kena buat program jalan2 nak bagi mereka gembira..
ReplyDelete*uiks, sejak bila ada gambar perempuan berbibir merah kat tepi tu, terperanjat saya tadi, hehe
sek. saya ni ada kelas model khas, thn 4, 5 dan 6, semua pelajarnya dok asrama, so yg thn 4 ni sampai sebulan pun masih ada yg dok ngangis lg, sampai kaunselor kena buat program jalan2 nak bagi mereka gembira..
ReplyDelete*uiks, sejak bila ada gambar perempuan berbibir merah kat tepi tu, terperanjat saya tadi, hehe
4-a&nazrah ;
ReplyDeleteBudak-budak kecik....tahun 4 tu...lagi mencabar kan cikgu....
Tentu macam-macam cerita...