Suka tak?

20100320

Buku Santapan Minda II

Balik dari  Pesta Buku yang masih berlangsung, sebagai penulis pencen (yang tak 'bersanggar lagi'), saya ingin mengucapkan tahniah kepada dua insan yang berikut di atas kelahiran buku hasil kayra mereka, dan memperkenalkan buku mereka kepada pengunjung xiiinam.

Pertama, penulis yang sudah berjaya mengukir nama melalui novel-novel Islamiknya yang bermutu, Salina Ibrahim. Salina adalah rakan Facebook saya, yang juga junior saya semasa di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh.
Temui Salina dan karya terbaru beliau di Pesta Buku KLCC.

Buku terbaru Salina, sebuah novel Islamik yang punya mesej berjiwa!
Antara karya Salina yang mendapat sambutan hangat...
Dan...
Semoga maju jaya Salina! Kak Raza bangga dengan kamu.....
Salina turut hadir dalam Majlis Pertemuan Bekas Pelajar sekolah saya Disember lalu...entri Bagai Sireh Pulang ke Gagang atau 2 linkwithin di bawah.

Salina berbaju hijau, di tengah. Bersama bekas rakan sekelasnya...para junior saya.
__________________________________________
___________________________________________
Kedua, kepada Profesor Dr Haji Zainurrashid Zainudin, yang telah melahirkan bukunya;
Dr Zainurrashid dalam roadshow Aman Palestine di beberapa negara...
Bagi kami sekeluarga, Dr Zain adalah kebanggaan kami...kerana beliau memang seorang yang hebat...
Bukan saja seorang Timbalan Dekan di International Medical University (IMU) tetapi juga mujahid yang banyak berkorban untuk pembangunan Ummah merentasi sempadan...Terlalu banyak pengalaman perjuangannya di seluruh pelosok bumi ini....
Antaranya...di Palastine....
Di Edinburgh...do mana-mana sahaja....menjunjung solat....
Di Ireland.....menyambut kelahiran....

Di Mesir...
Di Banglore, India.
Di Amman, Jordan.

Bersama Syeikh Hussein Khalil Saqar Al Wawidah - Penasihat Kanan Persatuan Ulama' Palstine.
Aktiviti-aktiviti lain Dr Zain boleh diikuti dalam facebook beliau....dan buku karya terbaru beliau...yang diterbitkan oleh AMAN PALASTINE.

Dr Zain seorang pecinta Islam sejati...yang begitu berjaya menjadikan Islam sebagai cara hidup, bersama isterinya yang juga seorang doktor. Salah seorang anaknya, NUHA, telah mendapat anugerah Tokoh Hafizah (Tahfiz) Terbaik Negeri Sembilan (umur 12 tahun).
Beliau adalah anak aruah Pak Long saya (abang bapak)....yang kini menjadi salah seorang ikon keluarga kami dari segi akedemik, kehidupan dan sahsiah beliau.......moga dapat diikutinya oleh anak-anak kami. Amin.

52 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. contoh2 cenggini bagus untuk diperkenal kpd anak2, moga2 mereka berusaha untuk mencapai kejayaan serupa :)

    ReplyDelete
  2. Uwaaa.... pesta buku ! Kita kat sini kena ke TTC kalau ada peluang. Tapi biasanya buku-buku anak sekolah je..

    Tahniah kepada kedua-duanya.. moga jadi inspirasi kepada anak-anak muda sekarang .

    ReplyDelete
  3. semoga anak2 muda dapat mencontohi ikon2..

    tahniah pada kedua2 nya

    ReplyDelete
  4. perlu ikut contoh yang baik

    ReplyDelete
  5. kire sepupu ckLahla kan?

    mmg selayaknya menjadi ikon

    ReplyDelete
  6. Bangga melihat ikon ISLAM... alhamdulillah..
    semoga lebih ramai yang mengikut jejak.. amiin...

    ReplyDelete
  7. ck lah..buku salina yang dua buah tu.akak ada beli dan baca..yang satu lagi tu..belum lagi..rasa buku dia lebih dari itu kan..rasa ada beli lebih dari 3 buku..nak kena cek lemari buku pulak...akak dah usia emas ni pun masih lagi suka membaca..apa saja yang bolih dibaca..

    ReplyDelete
  8. rasa cemburu dengan orang yang berjaya. cemburu untuk berjaya seperti mereka.
    haih....

    ReplyDelete
  9. saya pun pencen dh dari menulis di Dewan Pelajar..hehe

    Nuha jugak? Sama la nama dgn anak cKlah?

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...........



    er... bila sy akan jejak kaki ke pesta buku??????

    bukan jauh pun.... tp cam x sempat nk susun masa jer

    ReplyDelete
  11. sakam cikgu
    hebat kenalan dan saudata cikgu...cikgupun apa kurangnya,,,

    ReplyDelete
  12. ckLah...

    Hebat, hebat, hebat...
    Semoga yang lain mendapat manfaat daripadanya.

    ReplyDelete
  13. pesta buku antarabangsa kl, tempat pertemuan pertama saya dengan suami..nostalgia tu..hehe..(maaf, tak de kaitan dengan entry ckLah)

    ReplyDelete
  14. nak buku CkLah jugak.........
    buku lain tak nak hehehe


    bila nak menulis lagi.... erkkk

    ReplyDelete
  15. Insan seperti inilah yg sepatutnya dijadikan ikon para remaja...

    ReplyDelete
  16. lama dah den tak baca novel

    ReplyDelete
  17. best pesta buku...perlis bila nak buat plak

    ReplyDelete
  18. [this comment is for the above entry]..

    semoga cklah lebih tabah dan lebih kuat..

    sakit juga adalah ujian kepada hamba-Nya yg terpilih...

    sakit tu hanya satu sudut tak best yg cklah dapat.. tapi.. ada beribu-ribu sudut rahmat dan nikmat yg Allah dh anugerahkan dan akan anugerahkan lagi kepada cklah..

    Itu tandanya yg Allah sentiasa memerhati ckLah, maka itu ujian sakit diberikan.. (lagi kesian sapa yg sihat, yg kaya raya, yang senang lenang sampai dia lupa nak ucap SYUKUR dan SUJUD kepada Allah... kita hanya akan lebih terasa dekat dgn Allah bila diuji dgn sakit dan perit.. tul tak??..)

    yang penting cklah dikelilingi oleh orang yang menyayangi cklah dan yang cklah sayangi.. that's the best medicine ever.. kan kan kan..

    ReplyDelete
  19. ckLah...
    Kala gembira...ckLah kongsi kegembiraan itu, hingga orang lain terhibur...
    Kala diuji begini,ckLah memilih untuk sendiri.....
    Berkongsilah....andai itu dapat mengurangkan perit......

    ReplyDelete
  20. Maafkan saya ckLah...
    Komen di atas untuk entri terkini........

    ReplyDelete
  21. Sahrir;
    ....kerana tiba2 saya tersedar....bahawa blog bukan tempat sesuai untuk saya berkongsi duka.....
    ...kerana tiba2 saya tersedar...bahawa pengunjung xiiinam hanya mahukan cerita2 gembira yg membolehkan mereka ketawa.....



    sahrir;
    ...saya dah buang n3 tu.....maafkan saya, dan terima kasih kepada yang telah meninggalkan komen penguat semangat xiiinam 'yang hilang' di situ....

    ReplyDelete
  22. mereka berdua sungguh hebat...

    ReplyDelete
  23. membaca kehebatan mereka terasa kerdil diri ni huhuhu

    ReplyDelete
  24. DAh dekat setahun "bukan Yang Pertama " tulisan salina Ibrahim tak terkhatam2 lagi ... cerita menarik tapi agak "berat" sikit kan ....

    ReplyDelete
  25. Subhanallah..hebatnya insan ciptaan Allah ini. =)

    ReplyDelete
  26. Salam,

    ckLah,

    Kagum saya dengan kejayaan mereka. Insan sebegini wajar dijadikan contoh teladan untuk anak remaja kini.

    Beruntung ckLah berada dekat dengan mereka.

    ReplyDelete
  27. Err.... Tie dah lama sedar, sebab tu bila dalam kesulitan, Tie tulis di blog private, tapi kekadang rasa gatal tangan, nakkan reaksi teman-teman... Walaupun kita tahu, orang hanya sukakan kisah ceria.

    Kita masing-masing diduga dengan cara yang berbeza tapi kita juga manusia. Kadang-kadang rasa terlalu tertekan hingga selalu fikir yang bukan-bukan.

    Tie tak sempat nak baca entri yang dideletekan tu... memang mokcik ni selalu je tercicir..

    Teringat balasan komen ini terhadap Tie beberapa hari yang lepas..

    ”kadang-kadang Allah tak beri apa kita nak, tapi DIA beri kita yang lain dan sebenarnya itu yang terbaik untuk kita jika kita syukur dan redha..”.. kata-kata itu buatkan Tie menangis, kesedihan...

    ReplyDelete
  28. Salam CkLah.....

    Apa khabar,Sayang?
    Lama tak singgah.....jenguk2 CkLah.

    Amvoiiii,byk buku gituuuuu....

    :)

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah bertemu dengan salah seorang lagi ex-budak Taayah. Akak tahun berapa? Saya junior akak tahun 1991-1996.

    ReplyDelete
  30. lebih setahun jadi silent reader, tiba2 terasa nak tinggal tapak kaki di sini.

    salam cikgu......

    ReplyDelete
  31. ain fatihah;
    Kira...salam perkenalan dengan tapak kaki lah ni ya...







    Aisyah;
    ckLah senior jauhhhhh..1991 tu ckLah dah jadi cikgu...

    ReplyDelete
  32. Catwomen;
    Lama tak singgah...tanda-tanda dah lupakan xiiinam kan....tak apalahhh
    :)

    ReplyDelete
  33. Tie;
    Terima kasih atas nasihat yang amat berguna ini.....sangat ckLah hargai....sungguh!

    ReplyDelete
  34. Alimaz;
    Acara tahunan yang wajib bg ckLah tu...



    Hans;
    Membaca jambatan ilmu...he..he..

    ReplyDelete
  35. Aliff Muhammad;
    Ketentuan Allah kan....jalan hidup kita yang lain, itu juga ketentuan dari Nya..




    cinonet;
    Maha Besar Dia...

    ReplyDelete
  36. ikut rentak jari;
    ckLah kalau dapat novel...selagi tak habis tak buat kerja lain...:)





    Yunus Badawi;
    Syukur dengan apa yang ditentukanNya

    ReplyDelete
  37. o;
    O juga boleh jadi hebat....




    kAKtINY;
    Terima kasih Tiny....
    ckLah oke je...oke je yang tak ckLah....

    Pengajaran buat ckLah supaya jangan cuba-cuba nak menulis kedukaan dalam blog.....


    Biarlah rahsia...

    ReplyDelete
  38. zuureen;
    Disebalik kbnykn remaja memilih artis sbg ikon, sbnrnya masih ada kelompok remaja yg memilih org2 spt ini

    ReplyDelete
  39. zuureen;
    Disebalik kbnykn remaja memilih artis sbg ikon, sbnrnya masih ada kelompok remaja yg memilih org2 spt ini

    ReplyDelete
  40. zuureen;
    Disebalik kbnykn remaja memilih artis sbg ikon, sbnrnya masih ada kelompok remaja yg memilih org2 spt ini

    ReplyDelete
  41. naqeeb;
    Buku ckLah? Buku 5 je yg ada....



    linda;
    Terima kasih bg pihak....

    ReplyDelete
  42. naqeeb;
    Buku ckLah? Buku 5 je yg ada....



    linda;
    Terima kasih bg pihak....

    ReplyDelete
  43. Tahun depan elok la kita buat rombongan family ke pesta buku, hehehe. sewa bas sebijik.

    ReplyDelete
  44. Pak Sidik;
    Ya...PETRONAS sponsor...sokong...sokong...

    ReplyDelete
  45. Nazrah;
    Tempat jatuh lagidikenang...kan...




    Ragbar;
    Amin..amin....

    ReplyDelete
  46. Azani;
    saya? Bannnnyakkk kekurangannya....





    zona;
    Esok pergi lagi...esok hari terakhir....

    ReplyDelete
  47. n@m@n;
    Sebab chekgu pun dah pencen jadi pelajar...

    NUHA juga....tapi mak ayahnya mendidik NUHA dia dengan lebih cemerlang....dari ckLah yang banyak kelemahan ni...

    ReplyDelete
  48. kakPah;
    Cemburu yang diharuskan......tak apa kan....



    Erna;
    Kira peminat Novel Melayu yang kental akak ni....bagus...bagus...

    ReplyDelete
  49. Tiny;
    Amin...amin...





    Mrs Azmi;
    Seorang dari berpuluh-puluh sepupu yang ada...:)

    ReplyDelete
  50. pB & Che' Pit:

    Amin..amin...




    Tie:
    Esok ckLah nak pergi lagi....tak puas memborong...hari tu pergi seorang...esok pergi satu keluarga...ada set ensiklopedia yang kami tempah...esok kena
    ambik..



    maksu;
    Betul juga tu maksu...Amin...

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...