Hari Kantin semakin dekat.
Isnin semalam, setiap kelas menerima agihan modal RM150.
Sekolah menetapkan sasaran setiap kelas mendapat untung jualan RM1000. Ya, dari RM150 itu.
RM150=Modal.
Nak jadikan RM1000?
Hujan, ribut, taufan atau gempa bumi sekali pun, peranan guru kelas yang tanpa kemahiran berniaga langsung inilah untuk memikir dan memainkan cara...di celah-celah kesibukan tugas ko-bisnes, mengajar di kelas..
Gerakkan ahli kelas!!! Cari sponsor!!! Alhamdulillah, saya dikurniakan murid-murid yang 'terang hati', mudah bekerja sama. Soal sponsor dan modal tambahan, selesai.........setelah beberapa kali bermesyuarat, merancang,
Minggu ini pengetua membenarkan kelas-kelas yang ingin membuat jualan kecil-kecilan (pra-hari kantin) untuk mencairkan modal yang RM150 itu.
Oleh kerana pelajar Islam kelas saya hanya 4 orang, jadi cikgu kelaslah kena masak.
Menu? Oleh kerana majoriti ahli kelas saya bukan Melayu, terpaksalah saya memikirkan menu yang mereka (remaja) suka.(walaupun saya tak suka). Ikutkan hati saya nak buat laksa Johor...tapi, nanti saya seorang yang makan!
Jadi.....
Pagi ini saya bangun jam 03:00. Bersilat dan bersilap mata di dapur. Tepat 07:00 tinggalkan rumah.
Bawa periuk ke sekolah.
Dibantu anak-anak buah saya.....pada waktu rehat.
Modal Barang = RM45 (ditaja oleh cikgu kelas dan beberapa murid)
Kutipan Jualan =RM88
Modal terkumpaul=RM240
(campul jualan Ais Pong masa Merentas Desa tempohari) Alhamdulillah.
(campul jualan Ais Pong masa Merentas Desa tempohari) Alhamdulillah.
(Harap kamu semua bersedia untuk berjuang hari Sabtu ini!)
"Cikgu aaaa, itu hari kan, saya ada pergi tengok orang meninggal rumah Melayu punya. Mereka ada letak duit dalam jag macam ini. Tapi mereka ada letak beras maaaaa!" Tegur seseorang.Ha..ha..ha...cikgu tak sempat cari balanglah sayang. Guna sajalah jag yang cikgu dapat hadiah sukantara dulu. Baru buka bungkusan tadi!
"Cikgu, murid kelas sebelah mahu order spaghetti untuk esok. Bolehkah cikgu?"
"Errrr....esok grup fruit punch dan ais pong. Jumaat ckgu tak buat, cikgu takut bangun lambat!!!"
.
.
.
Tak ada respon. Mereka tak perasan (tak faham langsung) apa kaitan Jumaat dengan bangun lambat! Ahaksss!
"Semua order, cikgu akan layan hari Sabtu...tapi harga cikgu kasi mahal sikit. Hari ini test market saja! Jual murah!"
Esok grup Ais Pong dan Fruit Punch ambil giliran menambah modal!
Fuh....kalau pagi tadi saya perlu bangun 3:00 pagi untuk memasak 5 bungkus spaghetti.....
Hari Sabtu....tak tidurkah saya untuk menyediakan sekurang-kurangnya 10 bungkus?
Siapa nak pinjamkan BIBIK malam Sabtu ni?
Satu malam saja!
Tunjuk lagi sekali kalau ada sesiapa nak datang...
Cari vendor kami....Iratseb IV Foodies Cauldron.....(IV Bestari)
(Kami akan berseragam kemeja T wana putih/ungu Bertulis 4 Bestari.
(petang ini baru mahu ambil di kedai percetakan kemeja T)
Macam-macam ada...makanan, pakaian, bahan mentah, pokok bunga dan anak benih, alat-alat jagaan diri, barang dapur, barang mainan, bazar buku (satu dewan), Rumah Hantu, Tayangan Filem....dan entah apa lagi...

(Terima kasih kepada bekas pelajar dan murid-murid kelas lain yang telah memesan Pizza melalui FaceBook! Kami akan penuhi semua pesanan!)
Kepada semua murid 4 Bestari...terus gunakan segala kemudahan untuk mengiklankan menu anda kepada rakan kelas lain dan sekolah lain....terutama facebook masing-masing!)
alamak.. sebbaik jauh.. kalau tak blh sy sewa 1 lot. open table jual lampin kain...
ReplyDeleteWah! larisnya jualan hari ni. Belum tengok yang hari Sabtu lagi. Ermmm..perlukan pembantu? Saya bolehkah? Tapi dengan syarat hanya saya dan abang zahan saja di dapur,hahahahhaha.
ReplyDeleteNgah:
ReplyDeleteLampin kain?
Untuk warga tua kah?
He..he..
Juliet:
Abang zahan tukang angkat barang dan lari ke pasar kalau diperlukan ...he...he....
Angkat barang mau?
:)
cekgu, kalau dekat aku dtg tolong. seriyes. apa ada hal...
ReplyDelete:)
.
Tasek:
ReplyDeleteAda gerai X Student juga tau....datanglaaaaaa!
belum harinya lagi dah nampak meriah. Saya hanya dapat doakan agar semuanya berjalan lancar.
ReplyDeleteHebat modal sikit dapat untung besar. Saya pun nak belajar rahsia awak dan murid2.
psst - kalau malam Jumaat kali ni awak cuti kan boleh tambah pendapatan ahaks
YB;
ReplyDeleteTerima kasih...terima kasih...
Isk...seorang business man juta-juta, takkan nak belajar dengan kami yang setakan modal tempe ni....
Psst-mana boleh cuti. Rugi! ahaks
cikgu!
ReplyDeletenak spaghetti satu!!
si Tedi;
ReplyDeleteAlaaaaa....dah tinggal kerak dik....
Nak basuh periuk ni....
:)
bangun lambat? saya hari2 pun bangun lambat. oops!
ReplyDeleteselamat berjaya buat kelas cklah...caiyuk2, dapat kutipan seribu :), yeaaaa
cklah..eerrr...kluuu..utk yg tkt bgun lmbt tu tunda mggu depan tak blh ke?...hihihi...!
ReplyDeleteMaksu;
ReplyDeleteHe..he...toe cheaw...toe cheaw,,,
Zai:
Tal boleh...minggu depan cuti...
:)
"saya.. saya.. saya...." sambil mengangkat kedua2 tangan dan kakinya si gadis menyambung ..... " saya... saya tak ada BIBIK...hikhikhik..."
ReplyDelete.
.
:D
KTS;
ReplyDeleteKaulah jadi bibiknya..hi..hi..
modal RM150...... nak dijadikan RM1000??
ReplyDeletefuhhhhhh!!!
.
.
setaraf dgn restoran 6.5 bintang ni :D
KTS;
ReplyDeleteBerbintang-bintang keluar dari kepala cikgunya.....naik buntang biji mata....fuhhh!!!
Best betul aktiviti camni...
ReplyDeleteMs Lilies;
ReplyDeleteNampak best kan...
Tapi...
Penattttt dik oiiii....rasa nak menghilangkan diri seminggu ni...
:)
Saya nak belajar mcmana boleh dpt pulangan yg begitu besar. Berniaga juta2 tak susah sgt - modal juta2 dapat juta2. Tapi untung ribu2 aje buat penat aje huhuhu
ReplyDeleteYB;
ReplyDeleteBelum untung besar lagi...jauh lagi sasaran tu..
Baru nak kembangkan modal..
Modal RM45 semalam dapat 44 bungkus
Habis dijual dengan hanga RM2 sebungkus...dpt RM88 je....
Ni nak cari modal lagi ni daripada parents dan rakan-rakan Cina yang ada premis niaga kat TI ni...bak lah cek barang se "K" dua....memberi sambil beramal..ahaks!
saya tauuu..
ReplyDeletesaya tauuuu kaitan cerita jumaat itu...
Tijah;
ReplyDeleteYa laaaa...ya laaaa....
Tijah pandaiii...
Hi..hi..hi....
(Malam Jumaat Bomoh Nyiang rapik menurun buat jamu)
spaghetti tempe 8 bungkus....
ReplyDeleteck lah..insyaallah..dapat kutipan..tu...cik gu masak..dah tentu sedap..kalau dekat nak juga jadi bibik untuk cik gu...membantu..nak merasa seronoknya berniaga makanan...
ReplyDeletekalau nak pesan pizza tu, ada delivery ke balakong tak? kalau ada nak order 5..
ReplyDeletekalau sy ada di TI, insyaALLAH sy trn menyokong =)
ReplyDeleteAiMaN HaDi;
ReplyDeleteJom lah turunnnn!
Che'Pit;
Takut sampai Balakong dia berubah jedi lempeng....
:)
Erna;
ReplyDeleteCikgu masak....meraka kena paksa beli, he..he...
OneZ;
Nak taruk tahi minyak tak kat atasnya?
saya pun bangun 2.30 pagi, bersilap mata tengok bola, last2 tertido..hehe
ReplyDeletemeriahnya kat sana..kat sini kantin pun tak terjaga...
n@m@n;
ReplyDeleteTengok bola?
Huih....tidur lagi best woooo.....
Sekolah perempuan memang sentiasa meriah....he..he...
wah bebudak sekolah pun mostly ada facebook kan skrg.. :)
ReplyDeleteLady;
ReplyDeleteMemang zaman mereka....
Zaman ckLah dulu, nak jumpa pondok telefon pun payah....ahaks!
Mereka tak perasan (tak faham langsung) apa kaitan Jumaat dengan bangun lambat!
ReplyDeletekalau ko buat perbandingan dgn 'bunuh setan'... lagi laaa diorang tak faham
selamat bersilat yeee
sabtu ni? 3 April...kalau tak ade gotong royong boleh pergi ke sekolah CkLah....kami ade arahan gotong royong senegeri melaka!!!
ReplyDeleteCKLah : ade award nak suruh CkLah ambik di AGK...datang ambik tau...
kalau suruh tolong makan memang saya nak tapi, kalau pasal masak apalagi pukul 3 pagi... aduhaii.......
ReplyDeletenak makan pun tak ada selera huhuhu
apalah yang istimewa spagheti cKlah tu yer... hmmmm.....
bahagi lah 10 bungkusan spaghetti tu kepada empat lagi anak murid muslim ckLah... At least tak la lama sangat ckLah nak berkuntau kat dapur tu nanti... :D :D
ReplyDeletekalau kita berjiran.. sekarang jugak tiny poskan bibik tiny ke umah cklah.. hihihi...
ReplyDeleteKalau dekat mesti zureen nak dtg makan masakan Ck Lah..
ReplyDeleteCk Lah ..zureen bibik takde..anak ramai..maukah??he3
Aku setuju... Hari Jumaat dikhaskan untuk hari beristerirehat...
ReplyDeleteKita perlu perjuangkannya...
teringat hari kantin masa sekolah dulu...
ReplyDeletenasib baik budak - budak tu tak faham dan tak berminat nak tanya kaitan antara jumaat dan bangun lambat!! hahahahha!
ReplyDeletekalau tak haruuuuu cklah nak jawab! hihi
mrs azmi;
ReplyDeleteMemang haru...ckLah terlepas cakap sebenarnnya tu...hi..hi
Alimaz;
ReplyDeleteMurid seronok ya...cikgu rasa nak lari dari sekolah...
Nizam;
ReplyDeleteYa yang arif...
berISTERIrehat ya! Sokong!
:)
Zureen;
ReplyDeleteTak ada bibik...hantar toyol seekor dua pun boleh lahhh...
:)
Tiny;
ReplyDeleteAisey...melepas bibik seorang!
syah;
ReplyDeleteErrr...susah lah nak menjaga kawalan mutu...hi..hi....
naqeeb;
ReplyDeleteHmmm...tak boleh di buat share patner ni...ngaqbehkan boreh...hu..hu....
Istimewanya?
Ada taruk darah jari manis beberapa titik....
:)
sonata;
ReplyDeleteselamat bergotong royong...
Iye ke? Nanti saya datang...maaf lambat, sebab saya bloging selepas tamat waktu kerja saja!Err....nak ke pasar lagi ni....
Shifu;
ReplyDeleteBunuh setan....?
Lagi dema tak faham....
bak mai semangkuk amoi.. :)
ReplyDeleteCk Lah,
spaghetti tu nampak sguh menggiurkan..;)
Mata Pena;
ReplyDeleteMalam ni ckLah kena berjaga lagi...kena buat juga pagi esok, melayan permintaan pelanggan...hu..hu...
itu le...
ReplyDeletelupe nak tanye td,
nak masak berapa bungkus???
betol ke 10 bungkus??
Ck Zahan akan turun gelanggang sekali ke?? hehehe..
Oleh kerana ada permintaan yang tinggi untuk esok...maka esok 5 bungkus...Sabtu 5 bungkus....
ReplyDeleteDah siap semua bahan dah...pagi esok bangun tinggal masak je...nak tidur cepat ni...he..he..