Suka tak?

20100430

Teruna 13!

30 April. Ulang tahun ke 13 anak teruna tunggal saya...Nabil Emir yang dilahirkan dengan berat 4 Kilogram, tak lebih, tak kurang!!!


Petang tadi ambil dia di asrama.....


Nak rakam wajahnya di usia 13, selepas bersalam dan berpeluk cium dengan abah dan ibu sebaik kami bertemu tadi......tapi yang seorang ini, memang sukar amat mahu diambil gambar!


"Alaa....berdiri betul-betullah...janganlah tutup muka!"  Kata abah.


"Kan ibu dah pesan........amalkan kawalan  kendiri di alam maya. Nanti ibu  upload dalam  blog lagi!" Dush! Satu das tembakan tepat mengenai batang hidung ibu! (rujuk entri sebelum) Nampaknya, lepas ni ibu tak akan sewenang-wenang tayang gambar anak lagi dah...dah insoffffffff!!! Yang lepas, biarlah berlalu.


Kami ambil dia balik bukanlah sebab harijadi. Dia tak kisah pun hari jadi bagai. Ada urusan lain.
"Nak gunting rambut. Rambut dah panjang!" Katanya apabila memberitahu kami dia mahu balik. Alasan.
Kedai gunting rambut di bawah surau dekat kebun abahnya ini juga yang menjadi pilihannya...kalau tempat lain, jangan harap dia nak masuk. Apatahlagi kalau tukang guntingya bukan Islam.
"Tak maulah orang tak bayar zakat pegang-pegang kepala Nabil! Abah dah bayar zakat untuk kepala Nabil ni tau...ha..ha...ha.." Itu alasannya! (ada maksud tersirat dalam gurauannya itu!)
Tiada sambutan meriah pun. Lepas Maghrib, kami baca Yaasin bersama-sama. Memohon keberkatan dari-Nya, seperti kebiasannya....berserban merah di hujung itu, suami saya. Serban hitam nampak separuh, anak teruna...serta 3 anak dara kami yang bertelekung (Ibu...? Sedang curi-curi ambil gambar dengan telefon cap kapak Diba. Gambar sangat berkualiti!)
(Ini gambar lama, semasa membaca Yaasin di hari jadi Diba Januari lalu...gambar tadi sensored)
Menjelang Maghrib tadi, alunan suara jantannya melaungkan azan kedengaran lagi, setelah beberapa minggu ketiadaannya di rumah.........Sesungguhnya, suara itu sangat ibu rindu!

.....dan makan malam ringkas, sambil meraikan kakaknya, Diba, yang tamat membayar hutang puasanya....seminggu penuh dia puasa, setelah bertangguh-tanguh! Ibu nasihat, tak makan saman, tapi bila embah dia (emak saya) 'slowtalk', kelam kabut dia berpuasa! Berkesan sungguh kaedah embah dia...


 Makan malam kami malam ini berlauk daging batang pinang salai bercicah air asam, telur dadar, sup cendawan,  sayur kacang buncis ikan masin dan sambal belacan bersama ulam 'baby carrot', disediakan secara cincai bergotong royong anak beranak. Gambar masa makan tak ada, nampak aurat.......gambar masa memasak ada sikit...
Potong kacang pun tak ada seni..panjang pendek...suka hati...Yang penting, licin!!!.
Tengahari tadi, daging batang pinang beku  dinyah fros sebelum diperap, untuk disalai sebelum  Maghrib......dan dicicah air asam !

Kek hari jadi memang tak ada. Kalau untuk si bujang seorang ni....janganlah ibu ngada-ngada nak sediakan kek hari jadi. Nanti kita kena batang hidung balik....macam tahun lepas....


"Bu....birthday cake tu untuk budak-budak perempuan saja ...Untuk Nabil, tak payahlah  berkek-kek ..."  Katanya. Memang tak romantik. Hanya Nuha seorang yang masih ghairah berkek harijadi! Dan....memang Nuha seorang yang suka makan kek di rumah ni, yang lain memang tidak gemar! Kalau beli pun, seminggu tak tentu habis simpan dalam peti sejuk!


"Daripada  beli kek, tapi tak ada orang jamah...baik kita goreng sukun...cicah sambal kicap!" Kata abah! Sama-sama tak sentimental...ha..ha..


Sambil mencuci pinggan tadi, saya uji anak bujang saya itu ....
"Bill....minta maaf lah ya Bill. Kalau di asrama....makan minum semua terurus saja kan? Semua tepat ikut masa. Kalau di rumah....ikut sempat ibu je...kadang-kadang lewat. Kadang-kadang beli. Kadang-kadang ibu masak ringkas-ringkas saja!"


"Alaaaa ibu ni....kalau kat rumah, ibu masak dengan kasih sayang. Tu yang best!"
"Habis....kat asrama?"
"Huh....makcik kat dewan makan tu...sambil masak sambil pot pet pot pet...mencaaaarut je kerjanya! Sebab tu lauk dia kurang 'umph'! Masak tanpa 'soul'! Tanpa roh dan jiwa!!!"
"Heleh...pandai lah kau!"


Saya pandang dia.


"Kenapa tenung Nabil?" Dia hairan.


Saya pegang dagunya......


"Eh...eh.....anak ibu ni dah ada janggut...." Saya terkejut....
"Ha...ha...janganlah usik bu! Ini tanda-tanda awal bakal munculnya seorang da'ie...." Katanya bergurau, sambil mengurut 2 helai rambut kasar berukuran 1cm di dagunya, menghiasi wajahnya yang mirip Dato' Rahim Razali (blueeeeeekkk) abahnya!


"Amin!" Berkat hari Jumaat ni.




Semoga Allah merahmatimu anakanda.






64 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. sempat juga cikgu mengukur panjang janggutnya dengan tepat ..!

    ReplyDelete
  2. hepi besday nabil!
    dah beso anak bujang cklah ha

    ReplyDelete
  3. selamat ulang tahun nabil!

    seronok je baca perbualan anak beranak ni.. moga perbualan semesra ini berlanjutan sampai hujung nyawa... amiin

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir buat nabil...cikguIna doakan moga nabil akan terus berjaya dunia dan akhirat...
    buat k raza...
    entah kenapa tatkala membaca entri akak berkaitan anak2 dan keluarga...
    hati ini mudah terasa sayu...

    ReplyDelete
  5. SubhanALLAH..sguh sy kagumi keakraban cklah sekeluarga dan kebijaksanaan anak2 cklah..

    moga lbh ramai lg yang bercita2 spt Nabil.. =)

    ReplyDelete
  6. si tEDI;
    Dia pun sedang online dalam bilik dia tu...diabaca lah tu! He..he..

    ReplyDelete
  7. CikguIna;
    Amin..amin...mudaha-mudahan Allah kabulkan doa hari Jumaaat ini...

    Sayu...? Janganlah begitu...nanti cklah tak tau apa nak tulis lagi!
    ckLah cuma cuba memaparkan kasih sayang kepada mereka...dengan cara ckLah (yang mendatar ini)

    ReplyDelete
  8. Mr Azmi;
    Bukan apa...bila dia balik, ibu adalah teman bertingkah kata. Kakak2nya agak pendiam...(macam mak mereka..ha..ha..)

    ReplyDelete
  9. wahhhh.... selamat ulangtahun nabil...

    ReplyDelete
  10. Ms Lilies;
    Ha ah...dah sama tinggi dengan abahnya.....tapi suara dia lebih besar....(abahnya cakap lembut je..macam Rahim Razali..ha..ha..)

    ReplyDelete
  11. al Lavendari;
    Ukur dengan ekor mata...ha..ha...

    ReplyDelete
  12. zonaku;
    Dia sedang tersengih2 dalam bilik mengadap pcnya yang dah lama ditinggalkan...

    ReplyDelete
  13. Aiman Hadi;
    Terima kasih Aiman!
    Mereka masih terlalu muda.....jalannya masih jauh! Moga jalan tidak terlalu berliku buat mereka. Amin.

    ReplyDelete
  14. Selamat ulang tahun buat nabil semoga di rahmati Allah swt.

    ReplyDelete
  15. semoga abang terus cemerlang dan menjadi anak soleh dunia akhirat...:)

    ReplyDelete
  16. piewahid;
    Amin..amin. Terima kasih atas pakcik Pie!

    ReplyDelete
  17. Zaitun;
    Mudah-mudahan termakbul doa itu. Terima kasih kakZai...

    ReplyDelete
  18. Selamat ulang tahun ya Nabil..moga membesar sihat dan menjadi anak yg soleh..

    ReplyDelete
  19. Slamat naik menjadi dewasa ye dik...

    lepaih ni boleh la 'man 2 man talk' kalau ada apa-apa problem... hahaha

    ReplyDelete
  20. tak sabar tunggu bujang sya besar, boleh jemaah bersama sama
    mengalun azan semerdu pak imam

    ReplyDelete
  21. selamat hari lahir nabil
    w/pun dah terlewat beberapa hari

    semoga menjadi insan yg berguna

    ReplyDelete
  22. "Alaaaa ibu ni....kalau kat rumah, ibu masak dengan kasih sayang. Tu yang best!"..

    saya suka ayat ini ..

    Sebab itulah, saya tak sampai hati nak menolak permintaan anak2 bila minta masakkan sesuatu utk mereka .

    see... itulah bezanya seorang Ibu kann..kann ..

    Nabil - Selamat Hari Lahir ..

    ReplyDelete
  23. selamat ulang tahun untuk nabil..sejok perut ibu mengandong..baru teruna 13..dah menampakan ciri2 yang menyejokan hati..berkat didikan dari ibu dan ayah..bahagianya..semoga terus berpanjangan..

    ReplyDelete
  24. kakErna;
    Amin..amin...
    Jauh lagi perjalanan ke masa hadapannya kak. Semoga jalan itu tidak terlalu berliku.

    ReplyDelete
  25. Linda;
    Betul tu Linda....
    Apabila seorang ibu memasak, bukan sekadar berniat 'memberi makan', tapi banyak yang tersirat di dalamnya......syukur, Tuhan beri peluang kita jadi ibu.

    ReplyDelete
  26. sayang-sayang ibu;
    Tak terlewatlah...betullah tu...dia lahir jam 11.59 malam 30 April....


    Terima kasih atas ucapan....amin.

    ReplyDelete
  27. Nizam;
    Ha..ha...dia dah jadi 'man' sekarang. Sejak tinggal di asrama, dan dilantik jadi Bilal asrama dan AJK BADAR....lagilah ibu kena jaga tingkah laku depan dia.

    ReplyDelete
  28. Sally;
    Terima kasih...pagi-pagi dia dah bangun dan mengadap pc kat biliknya. Sesekali dia intai blog ibunya.

    ReplyDelete
  29. Tidak lama lagi berbincang pasal gadis pilihan pula .... hehehe

    ReplyDelete
  30. Achik Zyma ucapkan Selamat Hari Lahir ye, Nabil.

    Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dlm hidup (dunia & akhirat) hendaknya.

    Mudah-mudahan besok2 besar nanti, Nabil m`jadi "penyejuk hati & mata" ibu & Abah ye, Nabil.

    CkLah, microwave oven Sharp kita adalah sama dan kembar seiras la. Huhuhuhuhu......

    :)

    ReplyDelete
  31. Zyma;
    Terima kasih Achik Zyma...kerana mendoakan Nabil!



    Ha..ha..ha...Microwave itu sudah lama hayatnya....10 tahun dah kot. Dan jasanya memang banyak, terutama untuk melatih anak-anak dara di rumah ni memasak...

    ReplyDelete
  32. Abang Long;
    Ooooops. Janganlaaa abang Long.
    Belajar pun tak ke mana lagi tu...

    ReplyDelete
  33. Selamat ulangtahun ke 13 Nabil. Semoga menjadi insan yg berjaya, anak yg soleh yg menggembirakan ibubapa dan semoga menjadi seorg da'i yg hebat suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  34. Syukur alhamdulillah, dah besar dan matang anak omak!

    ReplyDelete
  35. wah..anak dah besor...
    tak lama lagi akak dpt mennatu plak hehhehe

    ReplyDelete
  36. Cantik sungguh bas SABDA..jeles kami sekolah tua

    ReplyDelete
  37. imanshah;
    Janganlah jeles. STAR dah established. SABDA baru nak mulakan hidup....makmal komputer dan library pun kosong lagi. Kesian mereka!

    ReplyDelete
  38. rynas;
    Menantu? Alahai....kena tunggu musang berjanggut lah pulak!

    ReplyDelete
  39. Tie;
    Suara dia lagi besar....
    Masih nakal-nakal lagi tu....

    ReplyDelete
  40. YB;
    Terima kasih...
    Amin...amin.

    ReplyDelete
  41. 2 minggu lagi bertambah 2 helai lagi rambut kasar kat dagu tu :D


    .
    .


    selamat ulangtahun nabil

    ReplyDelete
  42. happy belated birthday buat Bill ..;)

    ReplyDelete
  43. KTS;
    Kalau umur dia 30...lebatlah kalau gitu ya! Ha..ha...

    ReplyDelete
  44. n@m@n;
    ....terima kasih uncle eh..abang...ha..ha..

    (err...anggap itu ayat Nabil tau!)
    :)

    ReplyDelete
  45. Nabil dah "men" Udan belum lg....cam lambat lg tu....hehehehe.....Selamat ulang tahun kelahiran,,,,sama minggu ngan mak ngah rupanya....

    ReplyDelete
  46. selamat hari lahir utk anak bujang itu hehe

    ReplyDelete
  47. Mawar;
    Tunggu je....nanti besarlah Udan tu.....kan maknya 'cikgu besar'. he..he...

    ReplyDelete
  48. Raza

    30 Apr 1997 dgn 4.0 kilo? Mau betui. Skrg 30 Apr 2010 ada tak 40 kilo?

    Anak jantan seorang saya itu lahir 5 Sept 1997 dgn 1.75 kilo (6 bulan ++). Skrg mau betui 70++ kilo!

    Lukmanw

    ReplyDelete
  49. selamat ulang tahun kelahiran Nabil.

    ReplyDelete
  50. lukmanW;
    Sungguh haih! 3 anak perempuan tu, relaks je saya bersalin (errr...relaks? Apakah? Ha..ha...)
    Tapi yang 'ibnu' seorang ni, saya menangis....kerana sakitnya lebih dari biasa. Misi kat sebelah pun macam nak nangis sama...

    ReplyDelete
  51. Bapak;
    Ya bapak...baru hantar dia balik ke asrama tadi.

    ReplyDelete
  52. tak lama lagi jerawat naik ke pipi la tu...

    ReplyDelete
  53. One zaba;
    Dah tumbuh dh pun...tadi belikan OXY!

    ReplyDelete
  54. Udan lahir 8 ogos 1997....berat 1.75 kg...berat badan 32 kg sekarang..........

    ReplyDelete
  55. Mawar;
    Lahir kecik tak apa...mudah meluncur. Nuha lagi kecik....tak sempat nak salin baju wad, dan peluk cium abahnya sebelum baring kat katil...ha..ha...

    (mak ene sing gedi! ha..ha...)

    ReplyDelete
  56. maknye x sedo diri kui kui kui...
    mak nye dah ada projek baru..... besar punya projek...hua hua hua....kang zol dah kurus....kene ballance la hahahha....

    ReplyDelete
  57. selamat ulang tahun Nabil..
    moga menjadi anak yg soleh & pelajar yg berjaya di dunia & akhirat ye..
    insyaAllah kamu juga bakal menjadi seorang daie yg hebat..Ameen..

    ReplyDelete
  58. kata org.. sejuk perut ibu mengandung.. dpt anak camtuh.. (berkat ajaran dan pembentukan yang betul daripada ibu dan abah.. Alhamdulillah..)..

    besday nabil sama ngan besday bos tiny.. hihihi...

    ReplyDelete
  59. Tiny;
    Sama dengan bos Tiny.....ha..ha..

    InsyAllah suatu hari nanti dia ambil alih tempat bos Tiny...



    (err.....bos Tiny bos apa ha?) Hiks...

    ReplyDelete
  60. Mata Pena;
    Terima kasih.....dia dah balik asrama dah...sunyi sikit rumah ni.





    Mawar:
    Bagilah Kang Zul gemuk sikit......kau selalu 'resling' dia ya! Ge..ge..ge...

    ReplyDelete
  61. happy birthday, selamat berjaya :)

    ReplyDelete
  62. Maksu;
    He..he...terima kasih

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...