"Ibu...mana scrambled eggs Nuha?" Nuha bertanya.
"Ibu tak buatlah, ibu buat telur dadar saja tu!" Jawab ibu.
"Alaaaaaaaaaaaa...Nuha bukan nak makan nasi lemak. Nuha nak makan dengan roti!" Kecewa bunyinya.
"Ngengadelah Nuha ni. Dah ibu masak nasi lemak susah-susah tu, makan sajalah" Diba mencelah.
"Orang tak boleh makan nasi lemak. Banyak kalori!" Jawab Nuha sedikit tinggi nadanya.
"Diba tolong buatkan adik telur hancur tu sikit!" Cadang ibu.
"Tak payah layan bu. Biasa tu, tak bersyukur!" Diba juga terus keras.
"Tak apalahhhhhhhhhhhhhhhhh. Nuha makan je apa yang ada!" Nuha separuh merajuk, mencapai dua keping roti, lalu membuka pintu peti sejuk.....suka-suka dia gunakan istilah 'apa yang ada'. Macamlah tak ada apa-apa di dapur tu!
Beberapa detik kemudian.
"Ibuuuuu...kenapa kaya ni masam?" Nuha menjerit.
"Ha..ha..ha...itu bukan kayalah sayang. Itu asam jawa!" Ibu tak tertahan.
'Yarrrrk!"
"Eloklah tu.....sesuai untuk orang on diet. Kaya tu kan banyak kalori!" Perli Diba."Kan...dah kena timpa daulat ibu!!!!"
"Dey, tangachee...tau baca ka tatau baca kalu?" Dia menyambung lagi dengan ayat lebih 'berhantu', tak puas hati melihat adiknya senyap tanpa respon. Berbaur dengki. Dari semalam saya perhatikan dia macam ada 'unfinished business' dengan adiknya itu.
...dan saya biarkan saja dulu si adik mendebik kakak. Kakak membalas debikan adik. Adik membalas. Lalu kakak mengejar adik. Itu belum kira mulut mereka lagi tu....
......pengadil hanya muncul kalau babak mula keluar set.
"Diba, nampak comelllllll sangat Diba gaduh dengan adik. Nampak keciiiiik je!" Perli ibu.
"Emmm...terima kasih...terima kasih....!" Respon penuh perasan.
"Berapa beza umur Diba dengan adik?"
"Lima tahun je....!" Jawapan tanpa perasaan.
Tak kuasa ibu...gaduhlah dulu!
Tengahari nanti, ibu bawa pergi kenduri kahwin cikgu kakak Dia, eloklah tu...

salam ck lah..memang comelkan..akak suka baca cerita gaduh adik beradik ni..dah nama adik beradik..tak pandai pun berdendam kan..gaduh bagai nak rak..kejap lagi tengok..elok je dia..main dan bergurau senda semula..
ReplyDeletetapi kat rumah ni..masa2 tu dah berlalu..dah besar2 dah..tapi ada juga masa ..suka juga dia menyakat adik yang masih sekolah tu..
KakErna;
ReplyDeleteckLah 10 beradik, dulu gaduh kami lagi 'hebat'. Siap dengan tangan, kaki dan mulut..
Tapi Alhamdulillah, setelah semua dewasa, hubungan kami amat rapat...apatahlagi dengan adanya kemudahan ICT yang membolehkan kami berhubung dengan mudah..
kini kami berjumlah 62 orang...InsyaAllah, Hari Keluarga tetap kami adakan setahun sekali..
masa kecik2 dulu mmg tak sebulu ngan kakak... walaupun tinggal 2 beradik hari2 ada je yang tak kena!!
ReplyDeletetapi alhamdulillah semua tu gado2 manja... dh besar jadi rapat
^_^
agaknya cam ginilah kan bila saya bergaduh dengan adik dulu. tapi dulu gaduh teruk..sampai mak pernah ikat tangan dalam bilik air...hhhehehe ingat lg menangis minta tlg bukakan. mak dulukan garang...tapi sekarang ni bila ingat balik...ehhmm..patutlah mak buat sampai gitu kalau dah anak 9 dgn pelbagai kerenah kan.
ReplyDeletealahai Nuha..lapar sangat kot sampai tak perasan asam jawa..hehe
ReplyDeleten@m@n;
ReplyDeleteBukannya lapar sangat. Nak tunjuk perasaan je yang lebih tu...
Sudahnya, dua pinggan juga dia habis nasi lemak tu...
rynas;
ReplyDeleteGaduh masa kecil tak apa...
Jangan gaduh masa dah tua bangka...buruk anak-anak tengok...
Peranan ibu kat sini memang penting sangat. Jangan sampai anak terasa yang ibu pilih kasih.
mr Azmi;
ReplyDeleteGaduh budak-budak...comel lagi.
Dah tua...masyaAllah.
aku dulu. jarang bergaduh dgn adik2 aku.
ReplyDeleteasik mengalah.
mengalah.
mengalah.
beralah.
sampai akhirnya...
aku rasa.
aku dh mati jiwa.
ha ha.
kritikal tak tu cekgu....?
:)
.
tasek;
ReplyDeleteOkey, kita set temujanji...
Meh cklah kaunselingkan kau...
Heh..heh...he...
(Gurau je ya!)
tgk anak2 saya skrg ni..hmmmm itu berebut ini berebut..saja je tu sbnrnya..padahal sblm tu brg yg direbutkan elok tergolek tak berusik...
ReplyDeletekalau dtg mood baik, mamanya biarkan diorg setel sendiri....dtg angin kus-kus...yaa..silala lari dari mama sebelum kena hambur..akakakakaka
Ms Lilies;
ReplyDeleteKalau mood baik...mama pun berebut sama...he..he..he..
Diba dan Nuha memang gitu...kalau masa baik, sanggup simpan rahsia sampai tak tiris langsung...
Masa gaduh...habis semua rahsia terbongkar..
salam,
ReplyDeletegaduh-gaduh sayang tu tak mengapalah..
boleh cuba kat umah ni..
ReplyDelete.
.
roti dan asam jawa.. errr... agak2 seminggu boleh turun 10 kg tak??
hikhikhik
Harharharhar! Saya ingat anak saya jer yang terkena Asam Jawa ni disangka Kaya. hikhikhik1
ReplyDeletememang kelakor!
Kesian bakal menantu saya kena buli kakaknya huhuhu.
ReplyDeleteTapi anak2 saya pun macam tu terutama Afifah. Kalau mengerjakan adiknya yg 8 tahun lebih muda tu selamba aje.
Salam CkLah....
ReplyDeleteSy ni selalu kene buli dgn adik bongsu sy. Beza usia kami 8 tahun gitu....tapi dia sgt brutal dan sy sgt sopan even cuba jadi wanita brutal. Tapi tak m`jadi.....
Buat Aqif gelak je.....huhuhuhu.
:)
zyma;
ReplyDeleteckLah aa 8 orang adik beradik lelaki...tak pastilah siapa buli siapa. ha..ha....
Tapi, kami punya versi gaduh...memang brutal punya! Ada yang berparut di dahi sampai sekarang. Dan kami ketawa apabila mengenangnya..
YB;
ReplyDeleteDapat membuli budak kecik...memang puas, kan!!!
YB jangan buli saya tau....saya kan kecik! Ha..ha..
azieazah;
ReplyDeleteHa..ha..memang bekasnya lebih kurang sama kan kak! Boleh memperdaya pengguna...
KTS;
ReplyDeleteBukan setakat perut jadi kurus....
Tengkuk pun boleh jadi kecik...hi..hi...
penjejakmaya;
ReplyDeletemasih comel lagi ya...
Dah besar esok...jangan!
asal tak keluar tekuando atau kongfu kira ok lah tu.. hehe
ReplyDeletezino;
ReplyDeleteMaknya pun dah tak larrat nak bersilat...he..he..
salam ada ek sekarang asam jawa dalam cup macam tu..adoi ketinggalan betul..tapi bulehlah dimaafkan kan..saya memang anti dapur, tapi suka makan!! haha
ReplyDeletenuha, sandwich asam jawa tu nampak cam sedap je. Cuba campur ngan madu sikit ngehngeh..
ReplyDeletesalam cikgu
ReplyDeletesambil tersenyum saya membaca kisah ni....macam 'pernah' terjadi di sini...cuma watak dan dialogmya lain ....
nak juga buli. Kan seronok buli 'budak kecil' mcm awak ni hehehe
ReplyDeleteApasal n3 baru tu tak keluar bila saya klik? huhuhu
kalori kurang tak pa..jgn kurang sedap je.
ReplyDeleteok lagi gaduh macam tu, ni gaduh budak lelaki..aduhhh..pengadil yang tension
ReplyDeleteimanshah :
ReplyDeleteAnti dapur? Alamak...kesianlah nanti mak anak-anak hang...
kakpah :
Tekak Nuha tak betul pagi tu...mood pun tak betul...
AZANI:
Ragam anak.....hampir sama di semua rumah...he..he..
Yunus Badawi :
Nak buli ya? Nanti ambik blacbelt dulu....
ONE ZABA:
Tak mau kurang apa-apa...
4-a&nazrah :
Pengadil boleh hangen sama..he..he..