Masa itu, ibu mereka yang terkinja-kinja mahu singgah...sedang anak, belum tahu apa-apa pasal sejarah. Saat ibu sedang asyik meneliti rentetan peristiwa 3 dimensi di Terowong Sejarah...anak-anak sibuk memanjat tangga, berlari ke sana ke mari, dan menyentuh itu dan ini....Nuha pun masih dalam dukungan abahnya....Nabil masih budak lelaki berambut panjang!
(2001)
Minggu lepas kami ke mari lagi, juga dalam perjalanan balik dari kenduri di Parit.. Nuha sudah pandai berlari-lari meninggalkan abah, kakak-kakak dan abangnya di belakang. Bagaimanapun, untuk ke dua-dua tarikh....ibu tetap di hadapan, dan mengambil gambar.
(2010)
Dah pandai bergaya pun....

ckZahan dan anak-anaknya sedang asyik memerhati jam anak panah yang diletakkan di atas replika pahar, yang bergerak dengan bantuan tenaga solar, berlatar belakangkan Sg Perak...tempat Birch di bunuh.
Di dalam sana, tak dibenarkan merakam gambar....inilah Terowong Sejarah di Kompleks Sejarah Pasir Salak. Tak sampai 40 KM pun dari Teluk Intan.....
Muzium.
"Ibuuuuu, cpatlahhhhhh...buat apa tengok lama-lama!" kerana mereka belum belajar Sejarah.
Masa datang minggu lepas, ibu rimas menunggu mereka, dan asyik melontarkan dialog;
"Eh...anak-anak ibu ni, boleh cepat sikit tak......tengok sikit-sikit udah le!"
.....anak-anak cikgu Sejarah yang meminati History Channel ini....kalau datang tempat seperti ini, jangan harap mau sekejap!
Sampai kena halau oleh Mak Guard di pondok pengawal..........
"Dah dekat pukul lime ni.....masa keghoje saye dah habeh dah...idokke gheti-gheti nak balik?" Katanya dalam loghat Perak, dengan raut wajah mencuka, sambil menutup pintu pagar dengan kasar, di hadapan pelancong-pelancong asing yang jauhhhhhhhh dari Teluk Intan itu. He..he...
...dan sampai dalam kereta, anak-anak itu masih tidak puas hati dengan layanan Mak Guard itu!
"Kita bayar tiket masuk, apa?" Mereka merungut. Tak sempat mahu mengambil gambar di sekitar, dan menaiki bot menyeberangi Sg Perak yang bersihdan luas itu...
"Kita yang salah...pukul 5 tepat baru nak keluar....." Kata abah menenangkan mereka.
"Tulah kakak lama sangat tengok pameran!" Kata Nuha, yang belum pandai menghayati bahan pameran.
Hingga kehilangan mood untuk terus jadi model ibunya lagi....masam mencuka!
....mengalahkan buah asam gelugur yang dijemur buat asam keping tu!

Rasanya di Teluk Intan macam-macam ada..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletebestnya
berjalan merata..
byk berjalan
luas pandangan.
belum pernah sampai sini lg. kuat2 pun sampai menara condong tu je. itu pn ms adam sorng lg. insyaallah cklah.. saya akan bwk ank2 g sini pulak..
ReplyDeleteayah saya gemar pergi tempat-tempat macam ni... tapi kami belum ada kesempatan nak pergi Kompleks Sejarah Pasir Salak nih... Memang ada cita-cita.. tapi tak berkesempatan...
ReplyDeleteSeronok sebenarnya membaca dan menghayati semula sejarah lama... Tapi tak tahu kenapa time belajar kat sekolah asyik nak tidur saja... Hihihihihih :P :P
tak pe le...esok mike pegi le lagi.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteCkLah,
Subjek sejarah sejak kecil anak memang suka. Malah selalu subjek ini menjadi penghias kertas peperiksaan dengan nilai A+.
Namun sayangnya ramai orang tidak mahu mempelajari sejarah alasannya membosankan!
bila lah nak sampai ke sinun..menarik tu! Si Iman minat betul dgn History, kalau ke sana bole la minta bantuan Nuha atau Nabil sbg pemandu pelancong kannn..
ReplyDeleteSalam ckLah
ReplyDeleteapa khabar?
comelnya nuha dalam dukungan abah.
ReplyDelete10 tahun akan datang adakah ibu di depan lagi kalau ke sini atau jawatan ibu dah direbut oleh anak2? :P
sejarah semakin dilupai..anak2 semakin lupa asal usul..
ReplyDeletep/s : nk tanye, cikgu ajar skola convent erk????
saya nak pesan asam gelugur barang sekeping dua ;)
ReplyDeletetak pernah smpi ke sana...
ReplyDelete.
.
kenapa namanya pasir salak ya?? err.. teringin nak tau ;D
Dulu2 setiap tahun kak Zai kesini sebab menziarahi kubur arwah atok hubby.
ReplyDeletememang best kat sini, lama dah tak berkunjung ke sini. Rasa nak pergi pulak
ReplyDeleteskrag ni berapa tiket masuk terowong tu... kami pun dah lama tak pegi ni
ReplyDeletepernah gi time drjh 5 dulu ke kalo tak silap...ehh ke tmpt lain ek?hahahaha...
ReplyDeletetiap kali balik umah mak confirm lalu kellies castle...singgahnya tak pernah jugak
banyak kisah cuti2 sempena cuti sekolah ni..
ReplyDelete*tak pernah sampai lagi bercuti di sana..
Salam...
ReplyDeleteSaya tak pernah sampai di sana..
Must be very interesting erk!
salam,
ReplyDeleteelok juga bawa ke tempat begini percutian bersejarah..
Assalamualaikum ckLah
ReplyDeletedekat dgn kg saya tu
saya pun ada n3 pasal Pasir Salak tu
Wassalam
slm,
ReplyDeletemalu nak ngaku tapi kalau ckgu xcerita, lgsung sy xtau pasal terowong sej tu. bila dh tau ni trasa nak pegi. tq
p/s- lagi sekali nk bgtau, sy sukakn cara penceritaan ckgu.
saya takut nak abwak anak saya ke muzium.takut nanti diorang terpegang ke ape ke pahtu jatuh pecah. habislah tinggalan sejarah. so tunggu diorang kenal siapa itu dato mahareja lela,baru bawak diorang pi.
ReplyDeleteTanpa godaan cikgu sejarah tu.....saya pun takmungkin sampai ke mari. Ha..ha..
ReplyDeletemacam mana bolih tak penh nak singgah..padahal dah kerap lau..rupanya tinggalan sejarah dipamirkan didalamnya ye..pe la cklah tak bagi tau awal2...
ReplyDeletetak pernah lagi sampai ke sana
ReplyDeleteseronok kalau dapat bawa budak2 yang dah faham erti sejarah
salam cikgu
ReplyDeletesejarah ,penting untuk kembalikan jatidiri....
Lama dah tak pergi tempat tu. Ingat bila pergi ke TI boleh lajak ke situ hehehe
ReplyDeleteTerima kasih atas sapaan semua.....saya belum sempat menulis respon kerana akan bergegas ke sebuah kepulauan (ecece!!!) demi urusan Seri Paduka Baginda.......
ReplyDelete...akan kembali beberapa hari lagi...dan bertandang ke rumah kalian lewat maya.....
Terima kasih kerana tidak jemu-jemu ke mari....