Suka tak?

20100718

Ahad bukan hak milik kekal ibu...


Dua hari berkubang di sini...

Semalam separuh hari, kerana sebelah pagi saya ada sedikit proses 'rawatan' di Tan Specialist Centre. Lepas tu, berkampung di sini sampai 6 petang. Sambil tu, saya intai juga blog sambil memantau perkembangan saham di BSKL membaca akhbar-akhbar on-line melalui telefon bimbit cap pisang saya.

Hari ini, sepenuh hari di sini.

Wachaaa!!!

Comel kan? Ya, wanita harus berani...tangkas...dan perkasa!!!

Hakim pelbagai saiz....

Awwww...silau!!!!Sila beri tumpuan kepada skrin LCD yang beranak panah itu ya!!!!

Jangan betulkan cermin mata anda...ini bukan Rancangan Casa Impian. Sebijik Eric Leong kan?

Bersama antara 'ayam tambatan' saya...(Bukan 'mak ayam' tawwww!!!)

Yang rajin macam cikgunya...sempat mengulangkaji sebelum sampai giliran masuk gelanggang...

Pasukan saya, diketuai oleh BEN-10....errrr....maaf, Ben Rhu Shen..
Pasukan saya...JOHAN KESELURUHAN dengan 12 pingat emas, 8 Perak dan 6 gangsa. Tahniah Ah Ben!!! Terima kasih Mr. Mahesh!

Sempat menurunkan petua-petua di saat akhir....errr...'siapa ajar siapa' ni?
(Cantik tak seluar gedoboh cikgu? )

"Okey...tarik perut ke dalam....kepit...tahan nafas...lentikkan badan tangan!!!Buat macam cikgu!!! Ikut....looooi.....loi krathoooong.....swadik kaaaap!!!" He...he...Salah bingkai lagi lah ni.....

Err...bingkai?
Oh ya, lupa pasal tajuk...
Ahad bukan hak milik kekal....hak milik strata atau hak milik stratum buat seorang cikgu!!!


Maafkan ibu Nabil......................ibu tak dapat bekalkan  sambal totok atau sambal goreng tempe untuk kamu dan tak dapat turut menghantar kamu balik ke asrama kali ini!!! Dua hari kamu di rumah, ibu pula tiada di rumah...

"Kan pagi tadi dah salam!" Kata ibu, terkejut dengan kemunculan Nabil di luar dewan.
"Hmmm...dia nak jumpa ibu juga!" Kata abah. Nabil singgah mencari ibu dalam perjalanan pulang ke asrama....membuatkan babak pilu ibu dan anak di celah-celah ruang parkir  ini terjadi......
"Tadi tak puas peluk!" rungutnya....
Walaupun aku nampak macho dan gagah perkasa...tapi....


Iskkkk...isk.....mana kertas tisu ni?



'Sad ending' yang anti plot.....


115 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. TAK TAHAN TUI KILAUAN YG CKLAH BUAT TU..
    HEHEHEH
    NAKAL YE CIKGU.. ;P

    ReplyDelete
  2. OPSS...1ST KAH?
    TAK SANGKO.... ;P

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ckLah

    kalau anak tambatan nya johan
    cikgu nya lagi terooo, oooooooo

    taniah

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. kl citizen;
    'Sad ending' yang tak ada kena mengena dengan cerita...he..he..

    ReplyDelete
  5. Rozali;
    Waalaikum salam...


    WACHAAA!!!!
    Haip!


    :)

    ReplyDelete
  6. Dinas;
    Walau pun aku gagah perkasa tapi.....



    Ahhh..


    Malam ni tak tau samaada mimpi berWACHA lagi yang ganas-ganas, atau pun mimpi peluk Nabil lagi.....


    :(

    ReplyDelete
  7. Sayang-sayang ibu;
    Esok lusa, cklah buanglah gambar tu...bimbang kereta kena pancitt pulak esok...he..he....





    Dapat first ya!!! Blog tak glemer ni, tak kisah....semua yang menyapa di kotak komen ini, ckLah hargai. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Sambal totok.. hahaha.. lama dah tak dengar semenjak Bapak dah tak ada dan Emak pula jarang memasak...

    Tisu mana? tisu?... isk isk isk

    ReplyDelete
  9. NizamArif;
    Sedih...tak dapat bekalkan dia sambal totok....

    ReplyDelete
  10. salam..
    perghhh..hebat la you
    waa..cha!!
    opppss!!

    ReplyDelete
  11. Salam cikgu..

    Moga cikgu sihat hendaknya..

    Terlepaslah pulak saya nak beri tisu pada cikgu tadi...

    ReplyDelete
  12. saham MAXIS di BSKL a.k.a BASIKAL naik berapa sen ckLah?


    hakim kecik tu? kan tak pasal² terbang..hoho

    ReplyDelete
  13. n@m@n;
    Menjunam turun...dengan kenaikan harga minyak...he..he..(tah apa-apa tah)


    Kecik-kecik pun garang tu...memang hampir terpelanting juga tadi....nasib baik tak nangis..

    ReplyDelete
  14. Abd Razak;
    ckLah sihat on and off...dah berusia beginilah...

    Tak apa-tak apa...tadi dapar kain buruk pengelap kereta dalam boot kereta...jadilah..

    :)

    ReplyDelete
  15. Zulkbo;
    Hebat temberang...he..he...
    cklah kekadang cenderung menghiperbolakan cerita...

    ReplyDelete
  16. sad ending yang mengujakan... betul ke perkataan "mengujakan" tu..?

    ReplyDelete
  17. amp.punk rock;
    Betul lah tu...dari kata dasar 'UJA', menjadi kata terbitan dengan apitan 'meng....kan'. He..he..

    ReplyDelete
  18. power lah sis


    den nak kongsi video yang mampu buat ekau muda 10 tahun dari usia sebenar selepas menontonnya

    p/s : Lagu Waka Waka versi terbaru..Shakira Kalau Tengok Nih Confirm Nangis

    ReplyDelete
  19. Salam Cikgu ckLah
    Seronoknya. Gurunya hebat, muridnya tangkas. Tahniah! Sekolah Convent Tk Intan ke tu? (Tak semestinya perlu jawab). Sambel totok sambel opo yo? (Boleh cuba jawab kalau faham maksudnya). Have a nice day, Cikgu ckLah.

    ReplyDelete
  20. masa zaman sekolah dulu, bila bak balik asrama dua-dua mak abah mesti kena ikut. kalau salah sorang tak ikut, maka akan sentap lah saya sepanjang-panjang jalan. huk huk.

    ReplyDelete
  21. moga anak saya bila besar nanti pun macam anak bujang awak tu..
    :)

    ReplyDelete
  22. Haha.... pelbagai kisah dalam satu entri ! :)

    Besor-besor anak murid ckLah, ya.. tapi nampak sangat mereka ni rajin. Masa terluang digunakan untuk mengulangkaji. Suka tengok.

    ReplyDelete
  23. perghh jd Johan tak sia2 berhujung minggu di situ. tapi babak last tu buat sedihlah..huhuhuhu

    ReplyDelete
  24. itu la ibu kannn....

    mak sy pun, asal sy or adik2 nk blk jer.... mcm2 dia nk bekalkan..... dulu2 ms sekolah mmg la best, skrg dah mls.... tp mak tetap nk tanya, siap dia yang bungkuskan...

    malas melarang sbb itu kegembiraan dia. kalau tersebut apa2 je.. kelam kabut dia akan sediakan.... kadang tu x sampai hati nk sebut teringin apa2... xmo susahkan dia

    ReplyDelete
  25. uik! aksi peluk di tmpt parking kereta! hehe..

    camne cikgu ajar menari siam,anak murid bleh menang silat pulut eh taekwando ni. hee

    ReplyDelete
  26. syok dpt peluk anak jantan....
    mak saya slalu kata susahnya nak peluk anak jantan dia huhuhu

    ReplyDelete
  27. Salam CkLah....

    Seronok baca kisah2 k`hidupan s`harian ckLah di sini. Tak jemu.

    Jgn la sedih2 bila b`jauhan dgn anak2. Nanti kertas tisu tak cukup buat lap air mata CkLah...siapa nak jwb??

    Jaga kesihatan CkLah ye...

    :)

    ReplyDelete
  28. sejuk je tgk nabil berpelukan dgn ibu secara terbuka..
    adam dah xmau gitu lagi.. :(

    ReplyDelete
  29. salam ziarah..cikgu sgt sibuk sampai ahad pun kne kerja kan

    ReplyDelete
  30. Cklah...agaknya anak2 memang camtu...nak balik asrama mesti cari ibu dia jugak...walaupun dah bersalam sebelum ibu keluar...hehehe

    Memang hari minggu bukan milik ibu2...hehehe

    ReplyDelete
  31. pengakhiran yang tak de kene mengena dengan cerita itulah yang menjadi cerita paling sensasi... Betulll... anak sedih, ibu pun sedih... saya pun tumpang sedih... huhu~~ mintak tisu sehelai ye ckLah...

    ReplyDelete
  32. Aslmkm ckLah:
    Gimana Kak G mahu mgomen ya?
    Antara realiti & ilusi, atau antara realiti & fantasi ... terspring juga kepala!
    Watever pun, its good 2 have a loving son! :)

    ReplyDelete
  33. saya syak hakim bagi lebih markah sebab dorang tgk gaya cklah menari tepi dewan tu,ehehehehe

    ReplyDelete
  34. Bagus sungguh Nabil...anak yg baik hero CkLah tuuu..

    ReplyDelete
  35. Hans;
    Tak maulah nagis-nangis...nanti sakit dda...




    :0

    ReplyDelete
  36. Temuk;
    Soalan tu....tak jawab, pun tahu, ya tak?


    Itulah sekolah saya mengajar sejak 19 tahun lalu.....


    Cikgunya tak tangkas langsung....cuma tangannya saja yang rajin bercerita melalui kekunci netbooknya...

    ReplyDelete
  37. TiQah;
    Kiranya...Nabil ni ikut perangai kakak sepupunya nilah...suruh naik bas tak nak. Nasib baik pilih Bagan Datoh dulu...



    ckLah dulu naik bas tau...turun bas naik bas...kesin ckLah tau...ada orang ngorat, diaaaaam je.


    :)

    ReplyDelete
  38. Dr Singa;
    Besar mana anak mu itu?
    Anak ckLah pun bari 13 tahun tu. Yang sulung 17 tahun, perempuan.

    ReplyDelete
  39. kayteeze;
    Lebih besor dari cikgunya....dua budak yang ckLah ambil gambar dari belakang tu memang budak rajin. Dan pandai...dua2 dpt 8A PMR dan seorang tu, wakil Perak ke Science Challenge Peringkat Kebangsaan.

    ReplyDelete
  40. rynas;
    Sia-sia tak sia-sia....he..he..

    Anak sendiri terbiar...

    ReplyDelete
  41. zonaku;
    Malas melarang.....wsebab ekou memang suko...yo tak?

    He..he..

    ReplyDelete
  42. Mr Penyu;
    Ha..ha..nasib baik wataknya ibu dan anak....






    Tu lah pasal...lain kali nak ajar tarian mak yong pulak.

    ReplyDelete
  43. Ms Lilies;
    Sejak duduk asrama ni pun...dulu, susah juga. Bersungguh2 mengelak kalau nak kena peluk ibunya...

    ReplyDelete
  44. Zyma;
    Seronok...?

    Suka kalau dapat membuatkan Zyma seronok apabila ke sini.....



    (Ada juga yang menyampah setiap kali ke sini...tapi, hari-hari menjenguk)


    Terima kasih baby!

    ReplyDelete
  45. Ngah;
    ckLah selalu cakap, jangan malu peluk ibu...tapi tak malu peluk anak dara rang. Peluk ibu, dapat pahala...peluk anak dara orang, berdosa...

    Takut dia...

    ReplyDelete
  46. Sahromnasrudin;
    Macam tulah....tak baik merungut. Sya ikhlaskan...sebagai dam atau kifarah mungkin kalau ada tugas-tugas saya yang lain ada sangkut di mana-mana....seperti lambat periksa buku murid, atau lewat seminit dua masuk kelas....wallahualam.

    ReplyDelete
  47. Anie;
    Semoga selama-lamanya ikatan anak dan ibu itu begitu....Takut cklah kalau anak2 lupakan ibu...nauzubillah..

    ReplyDelete
  48. kucingorengemok;
    Mantopppp, kan! He..he..

    ReplyDelete
  49. Syah;
    Sehelai mana cukup....hingus lagi...air mata lagi...


    Nah sekotak!


    :)

    ReplyDelete
  50. kakG;
    Jangan banyak berilusi dan fantasi...he..he..


    (entah apa2 komen ckLah ni kan!)

    ReplyDelete
  51. julietchun;
    Hakim kecik ke...Hakim besar?


    :)

    ReplyDelete
  52. sally;
    Belum jadi hero lagi.....masih zoro...

    ;)

    ReplyDelete
  53. Lepas ni, bolehlah kita lawan.
    Theeheehee.

    ReplyDelete
  54. ckZahan;
    Kau bukan lawan ku.






    Kau suka WWE;
    Ku suka WTF;


    Lain teknik kan? Kan? Kan?

    Bahaya wooooo...kalau kedua-dua teknik bersatu.

    :)
    :)

    ReplyDelete
  55. Teringin sangat2 nak belajar seni mempertahankan diri ni.... dari kecik smpai dah gedabak ni, tak pernah dapat belajar... huhuhu...

    Motif nak belajar benda2 ni semua...?? Ada laaaa... hehehe...

    ReplyDelete
  56. KakAzz;
    Meh masuk kelas ckLah...

    ckLah belajar masa di UM dulu. Tapi ckLah tk ajar murid2 ckLah...mrk ada master (juru latih) sendiri yg mmg pro.

    ReplyDelete
  57. Cek Lah ada black belt ke?

    ReplyDelete
  58. Pak Rir;
    Semua warna ada. Nak order?


    :)

    ReplyDelete
  59. masuk sini petang td, sume gmbr tak nmpk

    .
    .

    kurang feeling

    la ni, baru ada feel... hihihi



    lepas 'merawat diri' di Tan Specialist Centre, terus berkampun kat Sekolah tuan umah tu??


    .
    .


    memang hebat!!



    JAGA KESIHATAN cikgu!!!!!



    :)

    ReplyDelete
  60. isteri bang zahan mmg degil eh.. sian bang zahan

    :P





    .
    .


    kedegilan yg berbaloi


    tahniah!!

    ReplyDelete
  61. KTS:
    Tak nampak gambar?
    Kau tak bagi salam kat penunggu blog kat tepi tu ya...

    He..he..

    ReplyDelete
  62. KTS...
    Jumpa DrTan kejap saja...buat 'pap-smear', selepas keguguran 3 bulan dulu. Tak ada benda pun...


    Errr...tau ke pap-smear tu? ckLah tau kau tak pernah buat (anak dara dilarang). Nak tau, tanya Mr Google...he...he..

    ReplyDelete
  63. Sakit2 pun ckLah masih sibuk dengan tugas.

    Anak ibu....peluk jangan tak peluk..

    ReplyDelete
  64. sweetnya nabil... harap2 anak2 bujang saya nanti macam tu la..hehe

    ckLah, suami saya dipatuk ular masa camping pbsm daerah hujung minggu baru ni. kena warded 2 mlm. keluar je wad terus ke tapak perkhemahan balik...mcam ckLah lah.. adoyai.. jauh benar beza dengan isterinya ni..hehe..

    ReplyDelete
  65. hahaha
    sad ending tu yg pic last tu
    ekeke


    cuba ekau bagi pandangan sikit jika ekau berada ditempat orang2 nih

    P/S : Entry 18 Tahun Ke Atas Sahaja : Tiba - Tiba Rasa Takut Mahu Menggunakan Tandas Awam!

    ReplyDelete
  66. tabik dgn cklah...
    alhamdulillah ada mcm2 kelebihannya :)

    ReplyDelete
  67. Hu!hu! Manjanya Nabil :P
    (jeles sebab jarang sekali peluk ibu)

    ReplyDelete
  68. takpe cklah.. biar peluk puas puas sebelum dia dipeluk atau memeluk orang lain.. (walaupun lambat lagi la kan kan kan... hihii)..

    kalau cklah tak bagitau yg entri ni pasai kejohanan taekwondo, dan hanya letak gambar 'cklah menurun petua dengan seluar gedoboh tu (hihihi)' , sungguh tiny ingat cklah tgh ajar ulik mayang takpon zapin - lentik babe jarinya.. warghkahkahkah...

    Ya Ya Ya... lawatan blog juga bukanlah tugasan hakiki, oleh itu, NO WORRIES, BE HAPPY (tetiba terasa cam advice diri sendiri plaks... kehkehkeh)...

    ReplyDelete
  69. zaitun;
    peluk anak tu satu terapi...

    ReplyDelete
  70. Hans
    ekau mengiklan yo ni...
    Nanti kok den sompek...sibuk sikit ni..

    ReplyDelete
  71. pieWahid;
    kekurangannya pun mcm2

    ReplyDelete
  72. Aliff;
    Peluk ibu...sblm peluk org lain....

    ReplyDelete
  73. Tny;
    Betul...betul....betul....


    Advice....jgn tk advice...



    Yo lah....dahulukan yg hak...kan...kan...kan...

    ReplyDelete
  74. salam cikgu
    syabas dan tahniah...

    ReplyDelete
  75. lama dah saya cari henfon cap pisang, tapi masih tak jumpa.

    cikgu boleh tak tolong beri alamat kedai tempat cikgu beli henfon tu ?

    ReplyDelete
  76. caiyok ! caiyok ! Tahniah dapat juara keseluruhan ..

    erkk .. bab yang last tuh memang sedih . huuhuuu

    ReplyDelete
  77. Salam ckLah.

    Dalam kesibukan mmg tak dan yg melawat semua blog. Lawat mana yg berkenan aje. Dapat juga baca komen ckLah di blog2 tersebut.

    ReplyDelete
  78. Apasal n3 check mate tu belum keluar? huhuhu

    ReplyDelete
  79. Ooo... Tie pun macam Yb.. mana entri check mate tu ? Private ke?

    ReplyDelete
  80. apsal bila sy click n3 tbaru cklah cuma tyg entry yg sama? (yg ni) tajuk baru tu check mate!

    ReplyDelete
  81. piewahid;
    Sebab cklah dah chekmate dia!

    :)

    ReplyDelete
  82. Tie;
    Entri tu tak best...merapu saja.

    ReplyDelete
  83. YB;
    Entri yang ada pun tak terbaca, nak cari yang tak keluar buat apa?

    ReplyDelete
  84. YB;
    Rajinnya baca komen orang di blog orang. Saya mmmg tak dan buat begitu, Kalau sempat pergi blog org, baca n3 dan tulis komen utk tuan rumah saja. Dan akhir2 ni hanya sempat ke blog2 yang tuannya suka akan kehadiran saya saja....

    ReplyDelete
  85. Linda;
    Memang sedih...tapi cuba diceritakan dengan intro yang ganas dan tangkas agar tidak sedih. Hu...hu..

    ReplyDelete
  86. Al Lavendari;
    Orang macam saya je yang boleh pakai henpon cap pisang....beli di pasar malam, 3=RM10.

    ReplyDelete
  87. Azani;
    Bukan saya yang menang...budak2 tu. Cikgunya menyibuk saja....

    ReplyDelete
  88. salam,

    peleraian yang menyentuh jiwa..

    ReplyDelete
  89. Penjejakmaya;
    ckLah nak buat teknik plot Hindustan...selepas eksposisi, konflik demi konflik dan dah puas bertarung bagai sampai klimaks, kena selitkan unsur melankolik sikit...

    He..he..

    ReplyDelete
  90. Elok je saya dok terlintas dalam hati...tough n macho sungguh CKLAH ni...tapi mai tang ending tu...adusss....lembut tu tetap ada...err...hihi

    ReplyDelete
  91. makdatuk ai banyak nya yang mencatat reaksi. err.. kakpah nak catat apa ek..

    er..er.. maap je la lambat sampai.
    ngeeeee....

    ReplyDelete
  92. Siti Murni;
    Aku kan wanita....
    :)

    ReplyDelete
  93. kakPah;
    Nampak banyak sebab ckLah respon satu-satu....dan sebab dah lama tk buat n3 baru....ramai yg dh jemu baca temberang ckLah...malas nk tulis cerita baru dah.



    :)

    ReplyDelete
  94. sebaknya hati seorang ibu tatkala sesekali anak pulang ke rumah ibu tiada di sisi.

    itulah ibu... semua insan memerlukanmu.

    ReplyDelete
  95. fulamak...tangan lentik lemah gemalai cikgu!

    ReplyDelete
  96. alahai, tadi dah gagah dah macam legend of avatar :)

    tapi hati kecil wanita, memang mudah tersentuh

    huhuhuhu (sy pun tersedihlah puloks)

    ReplyDelete
  97. Ibu Wawa;
    Ibu tetap ibu.....





    Kecuali mak ayam...
    :)

    ReplyDelete
  98. Dr Sam;
    Ecece....
    Jom menari mak Yong jom...

    :)

    ReplyDelete
  99. maksu;
    cklah sedang cuba berekspresi gaya hindustan...

    :)

    ReplyDelete
  100. Dulu ada yellow belt saja..

    ReplyDelete
  101. releva;
    Boleh sambung kelas...sampai dpt hitam....

    ReplyDelete
  102. Err....

    Bila pulak nak muncul yang terkini, ekk??

    ReplyDelete
  103. bila tournament part yg sy suke tgk bila budak2 kecik yg berlawan2.. smpai ada yg nangis2.. huhuhu..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...