ckZahan, Dia dan Diba tak berkisah sangat tentang juadah berbuka. Sayur bayam masak bening, sambal belacan, kerang rebus, telur dadar dan ikan gelama masin goreng, cukuplah.
Tapi kali ini Nuha pun ikut-ikut puasa. Nak melatih perut, katanya. Bunyi macam ikhlas. Tapi menjelang petang merungut macam-macam. Meminta macam-macam.
Tapi kali ini Nuha pun ikut-ikut puasa. Nak melatih perut, katanya. Bunyi macam ikhlas. Tapi menjelang petang merungut macam-macam. Meminta macam-macam.
"Nak ikan bakar, sotong bakar, dengan tomyam!" Dia membuat 'order' sesuka hati, macamlah ibunya chef restoren seafood!!! Selera macam orang tua!
"Kita makan kat luar sajalah hari ini. Ikan nak dibakar tak ada. Sotong pun tak ada. Mana nak cari petang-petang macam ni. Ada ikan kembung rebus saja dua ekor dalam peti sejuk, untuk Eimou! (Kucing dia)!" Ibu memberi alasan untuk 'cover' malas dan letih yang menguasai diri. Tapi sebenarnya, ibu pun sudah terbayang kelazatan menu yang dibayangkan oleh Nuha itu...sedap juga!!!
Dipendekkan cerita...sampailah kami di hentian ikan bakar. Kata orang, sedap ikan bakar di situ. Berlatar belakang pokok berembang di pinggir Sungai Perak yang luas itu...
Nuha begitu teruja memilih ikan di bawah timbunan ais dalam replika sampan itu......Menunggu di tepi dapur membakar ikan... (jangan percaya, ibu dia yang paksa dia berdiri di situ).
Rasa nak bakar saja restoren tu!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hidangan tiba......setelah azan berkumandang agak lama. Huih...lama sungguh menunggu! .
.
.
.
.
.
.
"Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...ini bukan ikan bakar!" Rungutan anak pertama.
"Ya lah......sotong bakar bukan macam ni!" Rungutan anak ke dua.
"Kalau macam ni, baik ibu yang bakar sendiri! Tak ada bau asap pun!!!" Rungutan anak ke empat. Nasib baik anak yang ke tiga tak ada.
"Tak baik merungut depan makanan. Yalah...esok abah beli ikan di jeti Hutan Melintang, nanti ibu bakar sendiri! Boleh makan puas-puas...cicah budu...cencaluk...kuah asam!!!" Abah cuba menyelesaikan masalah.
Merungut-merungut pun, habis licin semua yang terhidang...dah lapar!
Ya lah....memang tak seperti yang saya bayangkan. Itu bukan bakar, tapi dah berair macam kukus...
Hmmm...bagi anak-anak saya, ikan bakar maksudnya adalah ikan yang dibakar hanya berlumurkan garam dan kunyit, dan dimakan bersama kuah asam, budu atau cencaluk. Bukan yang dibakar bersama-sama segala perencah (sampah sarap kata anak-anak saya) di dalam kertas aluminium begitu....
Beriya-iya ambil gambar tadi, ingatkan nak tolong promosikan restoren ini dalam blog suam-suam kuku ini. Huh...tak jadilah. Memang bukan selera saya, walaupun orang lain saya lihat begitu asyik dan tunduk menikmati 'ikan bakar yang tak berapa bakar' di situ....(sesekali mahu bermalas-malasan makan di luar pun tak berbaloi)
Lain arang, lain baranya...
Lain orang, lain seleranya...
Cara bakarmu, bagaimana?
(Err...jangan bakar aku!)
"Ya lah......sotong bakar bukan macam ni!" Rungutan anak ke dua.
"Kalau macam ni, baik ibu yang bakar sendiri! Tak ada bau asap pun!!!" Rungutan anak ke empat. Nasib baik anak yang ke tiga tak ada.
"Tak baik merungut depan makanan. Yalah...esok abah beli ikan di jeti Hutan Melintang, nanti ibu bakar sendiri! Boleh makan puas-puas...cicah budu...cencaluk...kuah asam!!!" Abah cuba menyelesaikan masalah.
Merungut-merungut pun, habis licin semua yang terhidang...dah lapar!
Ya lah....memang tak seperti yang saya bayangkan. Itu bukan bakar, tapi dah berair macam kukus...
Hmmm...bagi anak-anak saya, ikan bakar maksudnya adalah ikan yang dibakar hanya berlumurkan garam dan kunyit, dan dimakan bersama kuah asam, budu atau cencaluk. Bukan yang dibakar bersama-sama segala perencah (sampah sarap kata anak-anak saya) di dalam kertas aluminium begitu....
Beriya-iya ambil gambar tadi, ingatkan nak tolong promosikan restoren ini dalam blog suam-suam kuku ini. Huh...tak jadilah. Memang bukan selera saya, walaupun orang lain saya lihat begitu asyik dan tunduk menikmati 'ikan bakar yang tak berapa bakar' di situ....(sesekali mahu bermalas-malasan makan di luar pun tak berbaloi)
Lain arang, lain baranya...
Lain orang, lain seleranya...
Cara bakarmu, bagaimana?
(Err...jangan bakar aku!)


ck Lah...
ReplyDeletekecur air liur tgk menu2 d ats..
kebtulan td pn t'fikir2 nak makan benda yg sama..huhuhu...
Mata Pena:
ReplyDeleteAik...menu yang tak jadi dimasak tu ke? Baru dalam angan cklah dah kecur!
:)
Salam cikgu...
ReplyDeleteMoga cikgu sihat..
Saya tak makan lagi ni, baru sempat goreng ayam hehehe...takperlah buat sementara ni makan ayam jerlah esok boleh makan nasi..
Abd Razak;
ReplyDeleteKalau macam ni, cepat kayalah Ustaz...banyak jimatnya ni!
Saya sihat. Alhamdulillah.
sebab itulah jarang sekali makan kat luar..kadang² membayar mahal, tapi tak berbaloi..sekali sekala ok la
ReplyDeleteuishh..budu?
n@m@n;
ReplyDeleteSekali sekala tu pun tak berbaloi...bukan tak sedap, tapi tak menepati selera kami.
:)
Sendiri bakar juga lagi ada baik...nak seorang seekor pun boleh.
Ya...budu. Anak2 cklah penggemar budu dan cencaluk. Tempoyak orang Perak mereka tak makan.
skrg kebnykkan kedai bakar membakar style gitu... xder aroma kehangusan... bkr sndr lg puas..
ReplyDeleteNgah;
ReplyDeleteBetul...betul....mereka bakar begitu sebab senang nak kawal pembakaran...tak hangus.
Oh.. tie pun suka bakar direct atas bara. Kalau dalam alumn foil tu memang macam kukus. Tak de hangit pun.
ReplyDeletesalam ckLah,
ReplyDeletemoga sihat sejahtera...
kat kuantan skang popular dgn ikan bakar petai. bakarnya ala2 cenggitu lah. mula2 dulu sibuk nak makan, ujung2 selera balik ke basic. nak makan yg bakar mcm anak ckLah minat tu....cukup sekadar garam dan kunyit!
Cikgu,
ReplyDeleteSalam,
Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ikan bakar, sekadar ingin berterima kasih atas omelan/catatan/luahan yang kadang2 dapat melepaskan tekanan saya di pejabat.
Jazakillah.
saya pun suka bakar direct atas api...
ReplyDeleteterbaru dari saya : berlagak bodoh
Ikan bakar saya ..
ReplyDeleteDibalut dgn daun pisang bakar atas kuali leper. And cecah ngan asam limau + cili api yang ditenyeh + kicap .
Tie;
ReplyDeleteTak mengancam kan Tie, kalau begitu....
Tapi sebenarnya, yang dibakar atas api terus tu ada tak baiknya juga, kalau hangus nanti kita termakan karbon...
Linda;
ReplyDeleteTang tenyeh dengan cili tu yang cklah tak tahan tu.....uisk!!! Sedapnya!
PieWahid;
ReplyDeleteAnak-anak saya kata mereka suka bakar stail itu...stail bakar tepi sungai terus lepas memancing ikan....ala-ala buat unggun api begitu.
Sunardi;
ReplyDeleteTerima kasih kerana menggemari cerita-cerita saya yang kekadang merapu dan temerang saja tu....ceritanya kecil saja, tapi selalu dihiperbolakan....
a kl citizen;
ReplyDeleteYang susah nak dibuat tulah yang kita suka ya cikgu..
Assalamualaikum ckLah
ReplyDeletebakar atas api lagi bagus, asli.
cara orang2 dulu
anak2 saya pun suka cara ni
Wassalam
Nak cari ikan bakaq.. nak cari ikan bakaq.. nak cari ikan bakaq.. nak cari ikan bakaq.. dah lama tak makan ikan bakaq, kena pi Teluk Tempoyak la macam ni.
ReplyDeleteDinas;
ReplyDeleteAmboi cheq!!!
Teluk Tempoyak tu tang mana?
:)
Rozali;
ReplyDeleteWaalaikum salam..
Sungguh na...
Ada bau-bau asap salai tu yang best...
cklah.sian nuha..baru nak belajar puasa..tak dapat makanan idamannya..tak ape..esok bila ibu bertenaga nak buat itu semua adalah masa nuha untuk menjamu selera..
ReplyDeletekakErna;
ReplyDeleteTu lahh...tak habis dia merungut.
Dia dah 3 tahun puasa penuh masa ramadhan tapi, puasa sunat ini baru pertama kali...terpengaruh dengan ceramah kakaknya pasal amalan nisful Syaaban..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletehe he..macam2 ragam yek
saya makan berbuka ikan lengat
cicah cabai tumbuk je pun dah ok
zulkbo;
ReplyDeleteLauk gitu yang tak sedar tambah..tambah..tambah sampai dua tiga pinggan. Kalau ikut malas ckLah, macam tu je lah. Tapi, ada eskot yang lain seleranya...
:)
Okeh! Menu seterusnya ikan bakar! cklah dah bg idea ni hehehe
ReplyDeleteMs Lilies;
ReplyDeleteBaikbaik membakar tu sayang....jauhkan perut dari bara..
:)
errppp....oppsss..terliur pulak..
ReplyDeletehehehehehe... ;p
rasa macam tau je tempat ni
ReplyDeletecklah nak tanya back ground muzik tajuk apa, lama dah cari tak tajuknya
Mmg macam2 cara org bakar ikan. Ada tempat tu femes tapi tak sedap manapun ikan bakarnya.
ReplyDeleteBening bayam sedap. Kami pun makan bening bayam hari ni.
CkLah ..kalau saya semuanya yang berbentuk bakar saya suka ahaks...semua sedap. lg satu paih ikan, letak ikan dlm daun pisang kemudian letak mangga muda, dengan bawang dan cili, garam sikit kemudian bakar. Bila dah masak..buka daun pisang tuh..perghh aroma daun pisangnya pun sudah membangkitkan selera. EEhhmm ni pun tengah terliur ni..tp mana nak dapat paih ikan kt KL ni..bak kata Cklah kena bakar sendirilah.
ReplyDeletesalam ...
ReplyDeleteterubuk dibakar pun sedap ...
salam cklah..
ReplyDeletecara bakar tiny buat adalah.. lumur garam pada ikan.. sapu mentega pada daun pisang.. balut ikan dlm daun pisang... letak atas 'apa nama menda alah besi pembakar tu'.. dan bakar!.. hehehe..
Berasap satu umah.. dgn aroma mentega, daun pisang serta asap ikan.. lawannya:- potong cili padi, potong bawang besar, ricik halus buah limau kasturi, letak kicap kipas udang warna merah.. PERGGGHHHH!!!!....
(selamat baru lepas buat ahad lepas, kalau tidak mesti kecur liur.. hihihihi)..
saya lagi suka bakar direct atas bara, lepas itu cicah air asam atau sambal kicap... kalau bakar lumur dengan sambal pun takpa, janji bakar direct, bukan bungkus-bungkus macam gitu...
ReplyDeleteahh... tetiba rasa nak bakar ikan ini malam... tapi... takda stok pulak... takpala, tunggu hujung minggu sajalah nampaknya...
bakar dgn arang campur tempurung,bau apinya pun dah membuka selera, belum bau ikannya lagik :P
ReplyDeleteJangan bening kangkung/bayam + sambal terasi + ikan gerreh/wadik = best giler....
ReplyDeleteLetak spaghetti sebelah pun tak pandang...
ikan goreng pun ok la...
ReplyDeleteonezaba;
ReplyDeleteSangat oke...
Nizam;
ReplyDeletelauk lauk tulah yang telah membesarkan cklah...
orak ngelinguk kowo tenen...
Nizam;
ReplyDeleteErata;
Kiwo tengen = kiri kanan..he..he..
julietchun;
ReplyDeleteSungguh haih....
mMMMMMMMM..
syahshah;
ReplyDeleteSamalah selera kita...jom bakar jom....
Syah punya bakaran mesti lagi mengancam...
Tiny;
ReplyDeleteAisey.....mesti bakaran Tiny penuh umph tu!!!!
Sampai sini baunya.....cissssssssss!!!
pB;
ReplyDeleteSedap tu...tapi banyak ttulang....anak2 tak sabar nak membeleknya...
:)
Teluk Tempoyak tempat ikan bakar yg popular di Penang, tempatnya lepas pekan kecik Bayan Lepas, ckLah.
ReplyDeleterynas;
ReplyDeleteFuh...fuh...fuh...nmembaca gambaran ikan bakar Rynas smbil menelun air liur...
Dinas;
ReplyDeletenanti ckLah ke sana.....kau kjadi pemandu pelancong tau....cari tempat tu...
:)
YB;
ReplyDeleteBayam kami...tanam sendiri. Organik tu...
Anjang;
ReplyDeletetajuknya Melancholy
syang2ibu; Sila lap air liur anda. He..he..
ReplyDelete