Tidak cukup-cukup belajar waktu di sekolah saja!!! Kesian juga. Begitulah anak-anak zaman sekarang. Zaman saya kecil-kecil dulu, dunia saya hanya sekolah......ilmu yang lain-lain, saya belajar dengan 'alam', sehingga saya pernah menggunakan nama pena "ANAK ALAM", untuk karya-karya saya semasa di bangku sekolah dan universiti. (Eleh....Banyaklah kau punya karya ckLah!!!)
Apa-apapun, terpulang kepada pilihan masing-masing.
Apa-apapun, terpulang kepada pilihan masing-masing.
Sebagai ibu, saya sentiasa sokong minat anak-anak saya selagi perkara itu boleh memberi manfaat kepadanya. Anak kedua saya, Diba (tingkatan 2) memang gemar memasak. Dia selalu menghuru-harakan dapur kerana mahu mencuba resepi baru. Memasak makanan moden seperti puding, spaghetti, pasta dan pizza, serta beberapa jenis kek terutamanya muffin, dia sudah boleh, InsyaAllah. Tetapi, masakan Melayu, terutamanya lauk-lauk kampung, masih belum mahir.
Hari ini Diba kena hadir kelas masakan. Hari ini dia akan belajar lauk kampung. Abah temankan Diba ke pasar awal pagi lagi, untuk membeli bahan yang dikehendaki cikgu masakan Diba. Kenapa abah yang temankan Diba? Kerana abah yang tolong bayarkan. Ahahaha....
Tengahari ibu ambil Diba dari kelas memasakknya. Kelihatan Chef Diba sedang cuba menanggalkan apronnya...
Tersenyum puas bersama hasil air tangannya yang dapat dibawa pulang...
Juadah tambahan untuk makan tengahari kami....ikan kembung masak lemak cili api versi kelas cikgu J, dan kangkung goreng belacan versi cikgu J....pencucui mulutya 'bubur som som' sudah dikerjakan oleh Nuha, sebelum gambar sempat diambil. Sepotong saja pun...
Hmmmmmm, inilah rupanya masakan budak baru belajar.
...........dari bakal Chef. InsyaAllah....ibu akan cuba sentiasa mendokong minat kamu!
Terima kasih kepada cikgu masakannya, cikgu Siti J.....yang banyak mempengaruhi Diba mengasah minatnya.
Diba, kata abah, anak perempuan, mesti pandai masak. Jangan hanya pandai menari saja....
......minatnya dalam tarian, memang abah dan ibu tak berapa sokong. Tapi, untuk persembahan di sekolah (perempuan) ini sahaja, okey Diba!


book !
ReplyDeleteanak pandai masak bonus tu cklah..
ReplyDeletedah ada org booking yu!!
ReplyDeletebagus betul Diba minat memasak.
ReplyDeleteal lavendari;
ReplyDeleteTuan nak buku genre apa tuan? Di rumah saya banyak buku!
:)
Ms Lilies;
ReplyDeleteDiba belum begitu pandai lagi. Sedang belajar.....minat memang tinggi.
si Tedi;
ReplyDeleteBooking apa ni? Ikan masak lemak ke...kangkung belacan tu?
He..he..
Pura-pura tak faham dgn komen pertama tu..
salam..
ReplyDeleteermmmp dah beso anak daranya
sama la kita..anak teruna ku
baru 5 tahun..tak leh lak nak
berbesan kita..hu hu
Dinas:
ReplyDeleteDinas;
ReplyDeleteAisey...wiFi terputus pulak tadi...
Err..dah lupa apa nak tulis tadi.
Errr...dah makan nasi?
:)
zulkbo;
ReplyDeleteMak anak daranya pun dah tak remaja lagi.....
He..he..he...
Itu anak kedua cklah. Anak sulung ckLah dah tingkatan 5. Badan lebih besar dari ibunya...
pandai anak mak masakkkkkk!
ReplyDeletesonata;
ReplyDeleteBelum pandai lagi lah cikgu.....tu yang kena hadir kelas masakan tu...
Salam cikgu...
ReplyDeleteHari ni cikgu cuti bermasak erk!
Abd Razak;
ReplyDeleteTak juga....kena buat sambal belacan dan goreng ikan masin untuk padankan dengan ikan masak lemak tu...
:)
senang la ckLah nanti sebab dah ada chef ye..
ReplyDeletehmm..nak kena ajar masak juga anak bujang saya, kalau tak sapa nak tolong mak nanti..
tambah sihat la nanti maknya...
ReplyDeleteyups
ReplyDeletemesti pandai masak
xrugi pun kan pandai masak
wah baguslah Diba jarang anak-anak remaja nak belajar memasak dgn rela hati..mg diteruskan usaha dan semangat itu
ReplyDeleterynas;
ReplyDeleteUntuk KHB pun Diba akan ambil ERT. InsyaAllah...ke situ jugalah lorong pendidikannya nanti...
hans;
ReplyDeleteTak rugi maknanya untung...
onezaba;
ReplyDeleteEloklah kan...
:)
nazrah;
ReplyDeleteLelaki atau perempuan, kena ajar juga serba sedikit ilmu dapur ni...senang nanti membawa diri.
cklah..nak masak cili api..kena belajar dengan acik yang dok seremban ni ha..mesti diba pandai punya..ha ha..
ReplyDeletecKlah...
ReplyDeletenampaknya dah ada orang book di atas tu...
tak risaulah dah.
orang yang punya kemahiran sekarang ni lebih berjaya dari yang hanya ada sijil akademik sahaja...
salam ckLah
ReplyDeleteWahh..Diba cool ! macam emaknya ..
ReplyDeletenak belajar masak jugaklah, pastu buat entri bagi ckLah telan air liur..haha
ReplyDeleteEntri terbaru chekgu
Kesan Piala Dunia Terhadap Pelajar
Salam CkLah.....
ReplyDeleteTerus sokong & dokong minat si Diba. M`masak adalah seni. Bukan semua wanita punya seni dlm masakan.
Teruskan, Diba !!!
All the best ye...
:)
aduh, malu dengan Diba.. he he he
ReplyDeletesaya pun nak book la... utk anak sulung. ok gituw?
ReplyDeletecklah...
ReplyDeleteAh, senanglah nnti klu hidup berjauhan sendirian.
Wanita idaman mak mertua ni. Tahniah, heheheh.
awak telah membuatkan saya rasa nak makan bubur som som ...
ReplyDeleteDrSinga;
ReplyDeleteAlamak...ckLah pun tak ,erasa semalam. Tak sangka Nuha suka.
MunsyiRagbar;
ReplyDeleteHe..he, ckLah biarkan dia belajar untuk kemudahan dia nanti.
pieWahid;
ReplyDeleteAlamak....nanti anak awak makan kangkung goreng belacaaaaan je hari-hari. He..he
AimanHadi;
ReplyDeleteKalau malu, tutup muka...
Isk..apa nak dimalukan.
Zyma;
ReplyDeleteYa..ya...ya...
Hidup wanita!!!
He...he.
n@m@n;
ReplyDeleteKu tunggu hasil air tangan mu...Hi..hi..
Linda;
ReplyDeleteEhehe....hidung sebiji maknya.
pB;
ReplyDeleteSalam pB
a kl citizen;
ReplyDeleteBetul tu...InsyaAllah, saya akan bantu lorongkan ke bidang vokasional.
kakErna;
ReplyDeleteKalau dekat....hujung minggu ni juga ckLah hantar. ckLah pun nak belajar sama.....terliur tak habis tengok masak lemak pucuk kayu dalam blog akak masa kenduri aruah mak dulu..
Bonus tu...
ReplyDeletebertuah badan bila anak seusia itu sgt minat dn pandai memasak...
sy pulak anak lelaki sebaya diba...pun suka ke dapur..tp taklah seteror diba...untuk perut dia dan adiknya ok lah..
Idalara;
ReplyDeleteUntuk seorang remaja lelaki...itu sudah cukup bagus. Susah nak cari tu...
Cepatnya abg al-lavendari booking. Saya nak book Diba tapi takde anak lelaki yg padan. Nuha tetap on. Nanti ajarlah dia masak hehehe
ReplyDeleteckLah...dah pandai masak masakan kampung nanti akak pulak nak booking...hahaha...tapi takde anak lelaki yang boleh dikenakan dengan Diba...
ReplyDeleteYB dan Anie;
ReplyDeleteWeiiiiiiiiiii laaaa!
Errr...ckLah macam dah teriklan anak ya? Aisey....baru tau buat kangkung goreng belacan saja tu! Kesian pulak menantu ckLah nanti...
:)
salam:
ReplyDeleteSejuk hati makbonda tgk ank dara minat memasak!!
:)bagus utk masa depan!!kiranya terlatih dari awal:):)
Aslmkm.
ReplyDeleteAktiviti tambahan ke macamana?
Bagus juga minat masak dari awal2.
Kak G ingat dulu masa Form 2 kena ambil home science - masak 6 jenis masakan rasanya & buat smocking ... very good basics ... tp never cooked again sampai kahwin! :)
Anak perempuan pertama kak Zai suka masak tapi masakkan modern,macam kata ckLah.Dulu dia belajat biola separuh jalan sebab masuk u.Anak perempuan kedua anti masak,suka menari.
ReplyDeleteBagusnya anak dara CkLah pandai masak..
ReplyDeleteSally;
ReplyDeleteSebab mak daranya dah mula malas...he..he
Zaitun;
ReplyDeleteLain anak...lain kecenderungannya ya kakZai, walaupun lahir dari perut yang sama
kakG;
ReplyDeleteDah kawin...baru tau langit tinggi atau rendah ya...he...he
Pn kartini;
ReplyDeleteSebahagian kemahiran asas untuk hidup, ya tak?
:)