Suka tak?

20100830

Erti raya buat seorang Nuha...

Selagi tak dilayan...selagi itulah dia mengingatkan..

"Asyik periksa kertas saja ibu ni. Bila nak beli baju raya Nuha?"
Rungutnya, tatkala melihat ibu asyik berulit dengan skrip-skrip peperiksaan percubaan SPM.

"Kita tak raya ke? Tak nampak pun ibu buat kuih...."
Dia resah, apabila tiada tanda-tanda ibunya mahu beraya. Risau dia melihat ibunya, pantang waktu terluang, mushaf Yang Khaliq itu juga yang diulang-ulang.

"Nanti habis baju raya kat kedai orang beli!"
Pandai dia membuat teori.


Ya lah.....
Nama pun kanak-kanak.....
Hari raya, memang hari untuk menggembirakan kanak-kanak, terutamanya yang telah tahu berpuasa...Tapi, ada juga orang tua yang terlebih ria beraya dari kanak-kanak, walaupun tak puasa.

Dah...pesanan belian atas talian secara senyap-senyap ibu, sudah sampai!
Ibu tak 'daya' mahu keluar berasak, berduyun  dan berbondong segala...menyukat pintu dari kedai ke kedai...
Syukur, dia nampak berpuas hati...
Hijau serindit.

Hitam gagak.

Busana Muslimah. Hmmmm...kalau dah budak perempuan tu, merah jambu mesti ada!

"Ooooooooo...ibu beli guna internet ya?" Dia tersenyum-senyum.
"Zaman siber, kan?" Komen ibu.



"Dah...dah...dah...dah berapa kali cuba ni? Buka baju raya tu semua. Gantung dalam almari!" Tegur abah.



"Ibu...nanti ibu belikan handbag tau untuk isi duit raya. 3 'kaler' tau bu, ikut baju!" kata Nuha.



Amboi...kalau suruh bergaya, serah kat dia.
Ikut siapalah perangai ni?
FB Famili
Nuha saja yang masih 'kelam-kabut' untuk menyambut hari raya, kerana dia seorang saja yang 'belum cukup umur'. Kakak-kakak dan abangnya tidak kisah sangat tentang persiapan raya. Apa yang ada saja.

Syukur Alhamdulillah, kerana nampaknya mereka memahami 'konsep' Aidil Fitri itu....



"Ya anakku-anakku...ibu tak mahu kamu bermewah-mewah di hari mulia begini. Kenanglah mereka...rakan-rakan kalian yang tidak beribu dan berbapa....."





Berita sampingan:


Dah masuk 3 minggu puasa ni, kalau tengok jam di pergelangan tangan kanan, muka jam selalu terpusing ke belakang......
Err, itu tanda ckLah dah kurus............................
Tapi....kurus tang pergelangan tangan je...untung PakZahan, tak payah nak belikan gelang besar-besar....

(Dan lebih untung lagi PakZahan...kerana isterinya memang bukan jenis isteri yang meminta-minta itu dan ini...terutamanya di hari mulia begini.)
 :D




Nota 1: Model-model di atas adalah tidak dipaksa. Mereka sangat rela diambil gambar begitu! Lebih-lebih lagi model jam tangan tu.
:D


Nota 2: Memetik kata-kata ahli panel Al-Kulliyah (TV3), Dato' Dr Ma'amor Osman (PPIM); 
" Rujuk kepada 'indeks kesihatan kewangan' apabila anda mahu berbelanja untuk persediaan aidilfitri..." 
Nasihat yang sangat tepat untuk orang biasa-biasa seperti saya...dan anak-anak saya. Ya, nasihat untuk diri sendiri...yang sangat mengenali sendiri dirinya.

46 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. setujuuuu.

    raya simple2 dah la kan? sok lepas raya nak beli brg sekolah plak....

    ReplyDelete
  2. Tijah...
    Benar Jah...
    ckLah dah 40 kali lebih menyambut raya.....



    Err..tak nak raya boleh tak Jah? Rasa macam nak lari ke pulau je lah 10 hari lagi....

    ReplyDelete
  3. Waktu raya ni memang lebih meriah untuk yang muda2 macam Nuha. seronok tengok dia ceria bergaya dengan baju raya.

    ReplyDelete
  4. Amboihhh cantiknya baju raya dan model baju raya tuuuu..raya ni hanya utk anak2 lah kan..bila usia dah cenggini raya : just like any other day

    Selamat memburu lailatul qadar ya CkLah..

    ReplyDelete
  5. 3 beg, hoho..

    dah beli ke ckLah?

    ikut warna baju tau..kalau tak, tak 'vogue' gitu ;)

    ReplyDelete
  6. Aslmkm.
    :) Hmmm, baru 40 kali beraya? Muder sangat la lagi!
    Kak G keluarga sekarang hanya layan Mak saja ... zaman berbalik!
    Kak G nanti buat biskut & kek tunjuk2 jer ler! :)

    ReplyDelete
  7. Salam ckLah,
    Cantik-cantik baju raya Nuha. pandai mamanya pilih :)

    ReplyDelete
  8. Suka benar bila dapat baju . Terpancar dari raut wajahnya .

    Henbag 3 kalerr .. ingat tuh Buuuu..

    ReplyDelete
  9. salam,

    kita mase bebudak dulu pun camtu juga tak sabar nunggu raya..

    ReplyDelete
  10. Mak aihhh..comelnya Nuha
    berbaju raya...?
    Salam Kemerdekaan negara
    kita-53..semoga anda selalu sihat
    untuk menikmati dan menghayati
    makna kemerdekaan sebenar..
    جزاك اللهُ خير

    ReplyDelete
  11. Saya sepasang je baju melayu..huhu

    ReplyDelete
  12. Saya sepasang je baju melayu..huhu

    ReplyDelete
  13. insyaALLAH Nuha akan faham juga konsepnya seperti kakak2 dan abangnya...

    jam tangan saya pun dah boleh pusing2 =)

    ReplyDelete
  14. salam cikgu
    semoga meriah raya tahun ini....
    tapi memang diakui...anak anak yang meriah sangat....kita tumpang gembira diatas kegembiraan mereka...

    ReplyDelete
  15. Salam...

    Moga cikgu sihat hendaknya..
    Saya beli baju melayu sepasang jer..
    Tapi kat sini kena pakai melayu sebilangan masa ketika ziarah sanak saudara dan sahabat handai hinggalah 7 hari, cikgu..
    Kalau orang semenanjung beraya di sini mesti terkejut..:):)

    ReplyDelete
  16. Salam CkLah.....

    Tahun ni sy b`raya sederhana seperti tahun2 yg lepas. S`lama ini pun sy b`raya secara sederhana.

    Dalam tempoh yg amat dekat ini, byk aliran wang yg akan keluar.....nak b`salin la, susu & pakaian si Aqif la, nak bayar gaji staff la, duit raya staff la, nak renew lesen p`niagaan la, nak renew roadtax kete la, duit pengajian adik bongsu sy la.......
    Even Babah Si Aqif ada, tapi sy tak selesa minta duit dari beliau.

    Mmg sy rasa mcm tak b`raya pd realitinya......

    Jubah yg sy beli utk d`pakai masa raya pun hanya s`murah RM78 je...itu pun hanya satu je. Lepas raya pula, Babah si Aqif akan outstation ke Palembang (ada pesembahan k`budayaan & seni UUM).

    Rasa mmg tak raya la tahun ni..... serious!!

    :)

    ReplyDelete
  17. hehehe .. kurus kat pergelangan tangan jer !

    ubat apakah yang di makan itu ?

    kalau di modify ubat tu, bolehkah agaknya ia menguruskan pergelangan pinggang pula ?

    ReplyDelete
  18. MC tak faham yg bila raya nk beli itu ini baru sbb mak dia pesen rilek tak tentu hala. kesian kt dia. he he.


    .

    ReplyDelete
  19. pandai ckLaH beli baju Nuha kat internet.
    Memang sesuai dengan Nuha.
    Biasalah ckLaH, anak2 perempuan tetap ingin baju raya baru...

    ReplyDelete
  20. Salam Kemerdekaan ckLah

    comelnya Nuha pakai baju raya
    pandai bergaya pula tuu
    (macam mamanya bergaya di jeti)
    bijak mamanya pilih

    Wassalam

    ReplyDelete
  21. ibunya pun beli baju kat internet gak ya??



    .
    .


    tunjuklaaaaaa...

    :D

    ReplyDelete
  22. KTS;
    Ibunya dah berkurun tak berbaju raya.....




    Ibunya buat 'repair' baju je dari kawan di internet...


    :D

    ReplyDelete
  23. Rozali;
    Salam...

    Kuah dah tumpah ke nasi...

    :D

    ReplyDelete
  24. IbuWawa;
    Budak perempuan macam tu ya!

    ReplyDelete
  25. tasek;
    Tak payah kelam kabut nak raya...ha..ha...

    ReplyDelete
  26. Zyma;
    Hebat Zyma nii...
    Bagus bagus bagus...
    Utamakan yang utama.....






    **ckLah memang golongan yang tak mampu nak bermewah-mewah untuk apa-apa pun...termasuk hari raya!

    ReplyDelete
  27. Abd Razak;
    Orag lelaki memang selalu macam tu ya Ustaz...mendahulukan ahli keluarga...

    Baju baru buka lagi perkara utama bila usia sudah begini.....sekadar memakai baju yang bersih dan baik sudah menepati sunnah rasul....

    ReplyDelete
  28. Azani;
    ...dan memang kita bertungkus lumus selama ini untuk menggembirakan anak-anak kita, kan!

    ReplyDelete
  29. Aiman;
    Jangan biar pergelangan tangan tu kurus sangat....nanti tak larat nak potong ketupat..

    :)

    ReplyDelete
  30. Imanshah;
    Tak apa...jangan nagis.
    Hari lain, boleh pakai baju kerja untukberaya....

    Banyak kan?


    :)

    ReplyDelete
  31. Zulkbo;

    جزاك اللهُ خير


    Sama-sama kita hayati...dengan cara kita.....

    ReplyDelete
  32. penjejakmaya;
    Kalau cklah...lebih dari itu...


    :)

    ReplyDelete
  33. Linda;
    Hi..hi...
    Gaya mengalahkan Ketua Wanita Cawangan....

    ReplyDelete
  34. kakG;
    Samalah kita kakG...

    Hari Raya untuk menggembirakan ibu dan bapa yang telah tua.......


    Kuih? Tunjuk-tunjuk seadanya...

    :)

    ReplyDelete
  35. n@m@n;
    He..he...

    Dia ingat dia comel bawa handbag!

    ReplyDelete
  36. Sally;
    Anak ceria, ibu pun gembira...
    Anak berduka, ibu pun hiba...ya Sally...





    Ya, kita sudah masuk fasa ke 3 Ramadhan.....


    Semoga ibadah kita dapat membantu kita menjauhi siksa api neraka kelak....

    ReplyDelete
  37. Dinas;
    Abah Nuha kata...gaya mengalahkan Ketua Wanita Cawangan...

    :)

    ReplyDelete
  38. salam ckLah.

    Wah bertambah ayu bakal menantu saya tu dgn baju baru siap bertudung sedondong. Kalau kena dgn beg tangan yg matching mmg ngam. Kasut pun jangan lupa warna yg serupa hehehe

    ReplyDelete
  39. beg duit raya tu memang kena belikan cKlah...

    ReplyDelete
  40. Thanks ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

    ReplyDelete
  41. comel anak kecil cklah bergaya
    sya pun tak sabar nak tunggu anak anak membesar dan tak merenggek pasal baju dan kue raya
    opss serta kasut raya
    dan duit raya

    ReplyDelete
  42. nuha mmg suka posing tepi pokok tu yer........


    saya sepasang baju raya jer since kecik2 sampai sekarang... dah terbiasa... kalau ada lebih tu rasa sangat mewah

    ReplyDelete
  43. Pakai jam tangan sebelah kanan? Kita serupa. I pun guna tangan kanan, sebab I kidal, so bila menulis cam ganggu, jadi jam kena dok di tangan kanan.

    Bersederhana itulah yang terbaik.

    ReplyDelete
  44. yee...
    lihat & ukur indeks kesihatan kewangan..

    pssttt..Nuha sangat cantik!! ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...