Suka tak?

20100827

Metafora Sekuntum Kemunting Cina. (Tajuk ulangan, tapi, bukan sekuel kot...)

Selepas mendengar ceramah dari MAKNA dan mengetahui kaitan Bunga Kemunting Cina dengan barah seperti yang saya ceritakan dalam entri ini, saya ke Pusat Sumber Sekolah. Menunggu anak sulung saya Dia, yang sedang asyik berdiskusi bersama dua rakan baik berbangsa Cinanya dengan guru Matematik Tambahan mereka Miss Tang, yang amat berdedikasi dan rajin melayan murid-muridnya.

Saya belek-belek buku. Majalah, akhbar, novel dan buku ilmiah. Tiba-tiba saya tertarik dengan gambar Bunga Kemunting Cina pada buku ini....
Dipenuhi maklumat lengkap, dalam kertas yang berkualiti tinggi....
Foto-foto pegun pelbagai jenis herba yang menarik dan berkualiti...
Ada cadangan resepi-resepi untuk penawar penyakit dengan herba-herba tertentu yang amat menyelerakan. Lihat gelas bancuhan adunan jamu-jamuan herba ini. Macam duduk di luar buku, kan....bagus sekali fotonya pak!!!.

Ok. Ok.
Ya..ya..ya...Saya ambil keputusan untuk meminjam buku ini. Di rumah nanti boleh baca. Banyak lagi rahsia tentang tumbuhan herba di belakang rumah saya yang perlu saya dalami. Temu lawak, kaduk, serai wangi, pegaga, cekur, kunyit, misai kucing, peria katak, mas cotek....semua ada di belakang dapur saya.


Proses pinjaman seperti biasa.

Saya bawa buku ke kaunter pinjaman.
Seorang Pengawas Pusat Sumber berbangsa Cina, murid Tingkatan 1 yang tidak saya ajar (dia tak biasa dengan saya, dan saya pun tak biasa dengan dia)
Dia minta Kad Pengenalan saya. Saya beri. Dia cari maklumat saya dalam sistem maklumat PSS.
Saya tunggu....

Dia bercakap dengan rakan sebelahnya.
Ketawa. Belek buku. Bercakap lagi. Pandang saya. Belek buku. Ketawa.
Bercakap lagi, dalam loghat kantonis..
Kurang ajar. Eh, saya tak mengajar mereka. Kurang asam.

"Kenapa lama sangat? Ada masalah?" Tanya saya, sedikit angin, terasa-rasa seperti mereka mengumpat saya. Sungguh.

"Tak ada maaaa. Rekod kata, cikgu sudah pinjam 5 buku. Boleh pinjam lagi 2 buku lorr. Cikgu mau tambahkah?" Dia menjawab, masih tersenyum-senyum.

"Apa pasal senyum-senyum?" Tanya saya.

"Tak ada apa maaa!" Dia menjawab. Sengih makin lebar.



Saya keluar.
Demi terpandang tajuk buku itu.....
Saya belek lagi di dalamnya......
Dan lagi.....


..........oooooooooooooooooooo...patutlah budak-budak berdua tadi nampak macam mengumpat cikgu!!!


Cesssss!





(Huh! Kalau boleh, dalam usia '4 siries' ini, cikgu mahu cari resepi bagi memandulkan diri sendiri...)


Apa buat entri merepek pagi-pagi Jumaat ni, ckLah?
Tak sihat ke apa makcik ni....



Nota: Kadang-kadang apabila membaca sesuatu cerita, saya tak tengok tajuknya...kerana fokus saya kepada isinya seperti saya membaca karangan anak-anak murid dan calon-calon SPM saban tahun. (termasuk membaca entri di blog-blog kalian) Saya baca betul-betul setiap butir patah kata, sebelum memberi reaksi dan pertimbangan, agar tiada 'kesilapfahaman' makna....
  :D

70 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. azrina;
    cikgunya pun tengah mamai ni...


    *Berjaga semalaman.
    :D

    ReplyDelete
  2. terima kasih menghadiahkan saya sebuah kegembiraan dan sekuntum senyuman di pagi jumaat nan indah ini...

    (waa... tiru ayat org sastera nih! he3)

    ReplyDelete
  3. PieWahid;
    Terima kasih kerana gembira dengan celoteh saya...

    *Bimbang orang kutuk kerana makcik buat cerita mengada-ngada ni. Ha..ha..

    ReplyDelete
  4. inilah rasanya entry ckLaH yang paling kelakar pernah Wawa baca.

    patutlah budak2 tu gelak2 rupanya tajuk buku memang best.

    apapun, semoga ckLaH enjoy baca buku ni...

    ReplyDelete
  5. salam..semoga pagi ini kan menceriakan puan

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu...

    Moga cikgu sihat hendaknya..

    :):)

    Natijahnya baik cikgu, sebab fikir yang baik bukan seperti tawa pelajar tu..

    ReplyDelete
  7. semalam budak saya pun tanya, bali tu boleh meningkatkan sp.... ke cikgu??

    ReplyDelete
  8. alaa... budak2 lagi.... br nak baligh....

    biarkan jer....

    ckLah dah buat kuih raya? nk dtg keja td, adik2 tgh gentel biskut arab n nk goreng maruku..

    kakak diorg kene keja... muahhahahahhaa...


    *mcm la selama ni buat kuih raya*

    ReplyDelete
  9. selamat pagi cikgu..
    hehehe... ^___^

    ReplyDelete
  10. Salam:)

    aduhaii..patut lee bdk tu senyum2 yaaa..!:):)
    ...aduhaii..nama pun budak2 kann..:)

    ReplyDelete
  11. hoho..

    dalam kes buku ni kena tengok tajuk..;)

    ReplyDelete
  12. kalaupun ada yg tak suka dgn celoteh cklah.. ketahuilah.. lebih ramai yg suka dan sayang cklah daripada yg tak suka.. (walaupun tak suka, 'mereka' ttp datang kan kan kan.. hehehe.. peel manusia... lucukan..).

    dan.. tiny akan terus suka dgn celoteh, bebel, merapu meraban cklah yg penuh makna tersirat dalam tersurat, yg bebayang samar dalam terang siang, yang halus makna dibalik dasar kata...

    ... have a nice weekend..

    mari kita teruskan usaha merebut ganjaran ramadhan yg nk berlalu meninggalkan kita sedetik lagi.. huhuhu...

    sayang cklah... muahss..

    ReplyDelete
  13. buai laju² sampai pokok senang,
    apa dalam baju? sekuntum bunga (kemunting?) cina...

    ada maksud tersirat tak tu? heh...!

    ReplyDelete
  14. Wawa;
    Tang mana yg kelakar tu...
    :)


    Belum smpt baca pun....hari ni nk ke Ipoh. Baru nk beli baju raya anak2. Maknya tak payah...

    ReplyDelete
  15. Sahrom;
    Sangat ceria...suami ajak pi Shoping! He..he

    ReplyDelete
  16. Waaakakakaa.....
    Kalau Tie jadi mereka, memang mesti ketawa kuat-kuat (tapi dalam hati jer... takut ooi!!)

    Tie minat bunga tu. Dulu ada tanam warna putih, purple, pink.. tapi baru ternampak yang warna pink merah terang. Cantik tau! Nanti nak gi cari kat nursery...

    Tapi, tak tahu lak bunga tu boleh membantu tingkatkan kesuburan. Ingat penawar cancer je...

    ReplyDelete
  17. ckLah...biasalah kan...kalau buku2 tentang perubatan herba tu mesti ada herba untuk kuat tenaga batin...hehehe...tu semua daya penarik tu...

    ReplyDelete
  18. kahkahkahkah.........
    .
    .
    kualiti= jumlah + daya
    ingat formula ini ya!!!

    ReplyDelete
  19. Salam Ramadhan ckLah

    cikgu sihat...
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  20. Saya memang buat potongan untuk makna setiap bulan... sekadar membantu...

    Apa tajuk buku tu macam best je..

    ReplyDelete
  21. Menjadi sumber inspirasi...

    hoho

    ReplyDelete
  22. Ngeh3x..patut laaaa amoi berdua tu senyum2..

    ReplyDelete
  23. tak salah mencuba petua tu kan, errr..:P

    ReplyDelete
  24. salam.

    walaupun cikgu dah potong ayat tu tapi saya tetap ingin bertanya:

    kenapa pula berusah untuk memandulkan diri sendiri ?

    maaf kalau soalan ini agak sensitif. tak nak jawab pun tak apa.

    ReplyDelete
  25. Warghkahkahkahkahkah! lawak sungguh! patutla budak berdua tu asyik gelak ja kejanya.

    ReplyDelete
  26. nak pinjam buku tu syekguuuuuu...

    he he.


    .

    ReplyDelete
  27. Dinas;
    Dia ingat cikgu dia ada masalah kesuburan kot....ha..ha

    ReplyDelete
  28. al lavendari;
    Sebab.....sejak masuk umur 4 siries ni, saya dh dua kali mengandung. Tak larat dah subur sgt....

    :)

    ReplyDelete
  29. julietchun;
    Errr...ck
    lah nk bagi resepi kat org muda lah pulah.....mcm juliet...
    :)

    ReplyDelete
  30. sally;
    Tu lah...depa siap ngumpat lg dpn ckg...

    ReplyDelete
  31. cikgu Nizam;
    Ho..ho..horlick!
    :)

    ReplyDelete
  32. Anjang;
    Moga sumbangan tu dibalas rahmatnya....

    ReplyDelete
  33. Dr Singa;
    Kih kih.....ck
    lah tak mau dah...

    ReplyDelete
  34. Anie;
    Tajuknya dah memang itu....cklah je yg tk perasan...
    :)

    ReplyDelete
  35. Ha!ha!ha!ha!ha!

    Lawak nan menyenang hati :)

    ReplyDelete
  36. KOG;
    Banyak yg tersirat tu...heh he...he

    ReplyDelete
  37. Tiny;
    Minta2 tk adalah yg ambik hati sampai membawa diri dgn tulisan cklah selama ini...klu ada juga, tk daya cklah menahan....



    Ya...Ramadhan semakin hampir berlalu melabuuhkan tirainya...



    Muah to you too....Tiny!

    ReplyDelete
  38. n@m@n;
    ...dah lps baru perasan....

    ReplyDelete
  39. kartini;
    Budak2 yg berfikir di luar kotak...:)

    ReplyDelete
  40. Mata Pena;
    Err..selamat tengahari.....tengah tunggu ckZahan n Nabil di Masjid Negeri Ipoh, sambil membeli baju anak2 dara ni di Greentown Mall Ipoh...



    Jom dating...

    ReplyDelete
  41. Zonaku;
    Budak tk cukup garam ya! He he he..

    ReplyDelete
  42. Imanshah;
    Barli ya? Mana depa belajar?
    :)

    ReplyDelete
  43. Abdul Razak;
    Terima kasih ustaz....kekadang, tulisan saya memang merapu (selalu sebenarnya)

    ReplyDelete
  44. aliff;
    He..he...dah tengahari ni..cepat, cari kupiah. Pi masjid.

    ReplyDelete
  45. Tie;
    Haip! Apa gelak-gelak ni?



    :)



    Macam2 khasiatnya....tapi kalau tersalah formula, lain jadinya!

    ReplyDelete
  46. maknanya mmglah bunga itu banyak kasiat :)

    ReplyDelete
  47. ckLah... lepas ni saya nak pinjam pulak buleh ker hehehehe

    ReplyDelete
  48. memang gelas berisi air berwarna oren tu macam di luar buku..

    erk, sekarang baru pukul 440petang rupanya..

    ReplyDelete
  49. Salam bertandang lagi
    Al-Quran,mukjizat Nabi Mohammad SAW
    sepanjang zaman..bersamalah kita
    mengamalkannya dan mendapat
    menafaat hingga akhirat..wallahualam

    ReplyDelete
  50. salam cikgu
    sebenarnya dari segi tradisional terlalu banyak pengetaguan yang diturunkan melalui lisan ...kalaulah dari dulu lagi didokumenkan dalam betuk ISO...mungkin ramai tabib dan bomoh....punya sop yang seragam dan diktirafpakai....
    saya puji usaha yang dilakukan oleh para botanist barat.... langkah yang wajar untuk bukukan maklumat...

    memang ada yang buat usaha begini....tapi rasanya masih jauh dari pencapaian botanist barat...

    ReplyDelete
  51. Cuba tgk kat situ... ada tak pokok Ficus deltoidea (mas cotek) dan Pereskia bleo (Jarum tujuh bilah)... dua2 ni amat berguna tuk kesihatan dan anugerah dari Allah kepada negara kita yang kaya dengan herba...

    ReplyDelete
  52. salam,

    hebat juga pusat sumber sekolah tu kerana buku macam tu pun ada untuk pinjaman..

    ReplyDelete
  53. hahaha
    kalau saya pun senyum maaaa...

    ckLah, belakang rumah saya pun banyak pokok herba ..

    ReplyDelete
  54. Morning CkLah.....

    Menarik nampak tajuk & isi kandungan buku t`sebut, CkLah.
    Kat Public Library ada agaknya ye.....boleh pegi m`baca buku t`sebut di situ nanti.

    MEMBACA ADALAH JAMBATAN ILMU !!!

    :)

    ReplyDelete
  55. maksu;
    Banyak rahsia tersembunyi di keliling kita kan maksu...

    ReplyDelete
  56. zulkbo;
    Beruntungnya kita, punya Al Quran....mushaf yg khaliq

    ReplyDelete
  57. Azani;
    Semoga akan lahir modal insan-modal insan bijak pandai yg boleh membawa kemajuan /memajukan bidang herba kita seperti di negara maju tu

    ReplyDelete
  58. cikgu nizam;
    Ada...ada...betul. Banyak khasiatnya...

    ReplyDelete
  59. penjejak maya;
    buku ilmiah kan tu...tk salah, ya tak?

    ReplyDelete
  60. Linda;
    Selagi boleh ditanam, kita tanam ya Linda. Tapi, pokok herba yg kecik2 saja lah....tongkat Ali tak ada lagi..
    :)

    ReplyDelete
  61. zyma;
    Betul..betul...membaca jambatan ilmu...kita akan dapat yg baik kalau kita mengambil yg baik....dan sebaliknya

    ReplyDelete
  62. heheheheh ckLah, perkara gitu, saya pun dah besa buat... lepas itu malu sendiri... kikikikik :P :P

    ReplyDelete
  63. sYAH;
    Yang mana yang kau dah besa buat tu....

    Ketawa kan cikgu...atau, bancuh air jamu tu? Kikikikik

    ReplyDelete
  64. psttt... sok sek sok sek... pstt
    hehehe... sok sek sok sek... hehehe

    ReplyDelete
  65. shifu;
    Ada bakat jadi geng cik kiah......sebiji:)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...