Suka tak?

20101027

Buatlah cerita sendiri...

Hari ini saya malas bercerita.
Minta maaflah kepada pengintai-pengintai tegar senyap di La Tahzan Xiiinam.
Tak ada cerita...

Saya bagi 'home work' sajalah...Nak?
(Biarkan gambar bercerita...dan terpulang kepada daya 'penampakan' masing-masing...ha..ha..ha..)



Soalannya begini ya murid-murid;

'Berdasarkan objek-objek yang dapat anda kesan dalam imej di atas, buatlah satu cerita berdasarkan daya imaginasi anda sendiri. Panjang cerita hendaklah melebihi satu patah perkataan dan boleh dibuat dalam bentuk komen di kotak komen, komen di luar kotak komen, komen di dalam hati atau monolog dalaman.'

Contoh karangan di kotak komen:
'Pen merah itu nampak sedap!!! Terliurlah!'

Contoh karangan secara lisan:
'Apa niat cklah ni sebenarnya, hah?' diujarkan dengan gaya Nasir Bilal Khan.
Atau...
'Entri kosong tak ada mesej.....suuudahlah ckLah!' diujarkan dengan gaya Hussein Abu Hasan.

Contoh karangan monolog dalaman:
'Sewel ke apa makcik ni?'
'Isk...apa punya entri macam ni? Buat penat saja klik!!!'
Atau....
'Hek....eleh! Baik merayau ke blog lain!!!'

Selamat mengarang....
"Ha..ha...ha...!" Saya sedang menangis tersedu-sedu ketawa.


Nota: Skrip jawapan yang tertera di atas adalah kepunyaan tuan punya cerita 'BUDAK GUNDAM' dalam entri harapkan pagar tempohari. Tulisan cikgunya dah jadi buruk kerana penat membetulkan ejaan setiap jawapannya....

55 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. err... pil chi kit teck aun ada dijual di kedai runcit dekat rumah saya

    ReplyDelete
  2. maksu;
    Pandai...cikgu bagi 5 markah!



    :)

    ReplyDelete
  3. wah nak tunjuk labuci yang mewah ke CkLah?

    ReplyDelete
  4. Imanshah;
    Laaaaaaaagi pandai. 10 markah.


    :)

    ReplyDelete
  5. cantik munga2 kat lengan tu..
    nak jugakkkkk!!!

    :)

    ReplyDelete
  6. Sewaktu gambar ini dirakam,jam menunjukkan tepat pukul 9.15 pagi..

    ReplyDelete
  7. sally;
    Mata yang cekap...



    Err....'kantoi' sudah, main kamera waktu kerja!

    ReplyDelete
  8. Sudah lama saya idamkan jam tangan itu.

    ReplyDelete
  9. Ms Lilies;
    Bagussssssssss. Pemerhatian yang perihatin.

    10 markah juga!




    :)

    ReplyDelete
  10. Juliet 1:
    Oooops, itu ckLah punya...


    :)

    ReplyDelete
  11. cantik sulaman bunga tuuuuu

    ReplyDelete
  12. Juliet2:
    Nasib baik ada ayat lain....tak payah cikgu suruh buat pembetulan ya!


    .....itu baju puteri...eerrr...puteri salju!

    ReplyDelete
  13. Salam...

    Jam tangan cikgu menunjukkan pukul 10.15 pagi..

    ReplyDelete
  14. cikgu cirit-birit..hehehe...

    ReplyDelete
  15. Abd Razak;
    Betul..betul...waktu tu tengah kelaparan....

    :)

    ReplyDelete
  16. pB;
    10 markah untuk ayat puji-pujian....

    ReplyDelete
  17. Arol;
    Memang bijak.....ha..ha..ha...





    Entah berapa kali berulang ni!
    Tu yang malas mengarang cerita tu....asyik ada gangguan bila ilham datang!

    ReplyDelete
  18. kekekeke..CkLah main camera ka main handphone?? :P

    ReplyDelete
  19. Berapa markah Sally dapat?

    ReplyDelete
  20. CkLah:

    Sejarah dah wajib lulus..BM dah lama wajib lulus....

    Kita?..

    kita ja tak lulus lulus ni....

    ReplyDelete
  21. Melihat gaya 'genggaman terlerai dari sepasang cermin mata'... cikgu bertongkat dagu pada bucu meja sambil menahan perut yang memulas?

    ReplyDelete
  22. wah cklah.. cantik kuku.. buat menicure eh minggu lepas?.. hahaha..

    nak minyak cap kapak tak??.. hihihi..

    ReplyDelete
  23. sally;
    Henpon berkamera....
    :)
    Ooooooooo...datang balik tuntut markah ya! Haiyaaaa...

    ReplyDelete
  24. cikdooden;
    Karangan kamu keluar tajuk.....

    :)

    ReplyDelete
  25. Nizam Arif;
    Sungguh tajam dan dalam daya imaginasimu...


    :)

    ReplyDelete
  26. tiny;
    Ya lah...ya lah....nk potong kukulah ni...


    :)

    ReplyDelete
  27. kahkahkah.. harga getahnya berlembung tinggi....

    ReplyDelete
  28. Cikgu suka tanam bunga. Cikgu tanam bunga di dalam pasu. Cikgu juga tanam bunga di tepi pagar.
    Cikgu juga tanam bunga di tepi lengan.

    .
    .
    .

    .
    .



    pemeriksa, tolonglah saya.. hari ni saya sakit perut, sebab tu tak dapat nak fokus. Jangan gagalkan saya ya.

    ;)

    ReplyDelete
  29. kts;
    Karangan kamu sangat penuh dengan maksud tersirat...

    :)


    Nak markah lebih, tolong tanam bunga untuk cikgu lagi....bukan di hujung lengan aje tau...tapi di seluruh tanah....dan celah-celah bunga yang lain...

    :)

    ReplyDelete
  30. kakPah;
    Tu lah kakPah. BM dia memang teruk, sebab baru pindah masuk dari sekolah Cina. Tapi, apabila memeriksa Sejarah markah tak boleh dipotong dari segi ejaan...selagi cikgu boleh faham, kena bagi markah. Budak ni, fakta dalam kepala memang banyak...perkara ni sering timbulkan rasa tak puas hati budak2 yang 'fakir fakta' macam ckLah cerita dalam entri yang tu...


    Masa ckLah periksa kertas BM pulak, semua perkataan kena tengok ejaannya. Naik bingung dah cikgu dan muridnya..

    ReplyDelete
  31. salam..
    saya tahu cikgu..?
    CIKGU SAKIT PERUT..
    asyik-asyik cikgu pergi
    JAMBAN..la la la..

    ReplyDelete
  32. Cermin mata cikgu nampak simple.. I like..

    ReplyDelete
  33. zulkbo;
    Dah pergi klinik dahhh...doktor suruh minum 100Plus.

    Lalalala...

    ReplyDelete
  34. am.punk.rock;
    Orangnya.....laaaaaagi 'simple'!




    :D

    ReplyDelete
  35. Salam ckLah

    Ekoran harga getah melambung: Dapat jam molek, baju ayu, dan cermin mata 3D. Juga dapat pil kegemaran untuk merawat perut yang mogok selepas santap berlebihan setiap kali menjual getah.

    ReplyDelete
  36. Temuk;
    Ha..ha..ha...
    Mendalam sungguh pemerhatian Pak Temuk....menyeluruh!





    Wetenge orak penak kang!




    :)

    ReplyDelete
  37. hiasan manik dan labuci di baju cikgu yang memakai jam yang menunjukkan tepat pukul 10.15pg (sebab suasana nampak cerah) sambil memegang kaca mata itu, sangat indah gubahannya.

    **alamak tesis tak sentuh lagi..minggu depan dah kena hantar..

    \^_^/

    ReplyDelete
  38. AimanHadi;
    Pandai dia mengarang...





    Mesti tesisnya cemerlang ni!



    :D

    ReplyDelete
  39. Cantik lengan baju Ck Lah..penuh bunga :)

    Pen merah , Pen biru..
    Ck lah marah ...i love u..(boleh lulus tak camni??)

    susah sungguh tesis kali ni..he3

    ReplyDelete
  40. kite tak ada baju cantek labuci2 macam awak. kesiannya kite...



    .

    ReplyDelete
  41. Bunga-bunga yang sedang berkembang tak kuncup-kuncup di lengan baju itu sangat cantik... :D :D

    ckLah tak sihat perut ya? Kasihan... Semoga lekas sembuhnya... :D :D

    ReplyDelete
  42. cikgu ciritbirit ya..???
    :)


    apakah kandungan pil chi kit tek aun tu??
    herba?
    musykil laaa...

    ReplyDelete
  43. Kak Zai tak pandang yang lain tapi fokus pada yang kat lengan tu,memang pekenan dihati.hehehe...
    kak Zai.

    ReplyDelete
  44. che'gu tengah sakit perut kah?? akakakaaka

    ReplyDelete
  45. zureen;
    Markah lebih sebab memuji...

    ReplyDelete
  46. syahshah;
    Orang yang membuatnya pun cantik...

    ReplyDelete
  47. DrSinga;
    Tak laaaaah..
    :)




    Tak taulah...tapi selama ini ubat itu paling berkesan menangani cirit dari yang diberi dr setiap kali bermasalah...

    Musykil juga...

    ReplyDelete
  48. umaiyan;
    Tak..tak..tak salah!


    :D

    ReplyDelete
  49. CkLah,
    Tangan yang di atas lebih baik dari tangan di bawah... ?

    ReplyDelete
  50. Mohamad;
    Mendalam maksudnya tu...


    :D

    ReplyDelete
  51. wow labuci bunga warna pink..i like!!!

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...