Suka tak?

20101031

Memorabel: Pada suatu hari, 18 tahun yang silam, yang tak berapa terasa akan silamnya...

Pada suatu hari di permulaan musim basah hujung Oktober, sanat 1992, di hujung desa...kelihatan seluruh isi kampung berduyun-duyun menuju sebuah rumah yang lamannya dipenuhi 'tenda biru'. Rumah siapakah itu?

Dan di ruang tengah rumah....

"Aku terima nikahnya seutas rantai tangan emas 916 seberat ***tuuuuuuut*** gram tunaiiiiiiii!" Kata ckZahan, dengan suara bergetar...


"Errr...ulang lagi ya! Udah nak nikah dengan rantai emas pulak ni!!!  Bertenang! Tarik nafas dulu. Baca selawat!" Kata Ustaz Zek, bakal bapa mertua ckZahan, cuba membuat lawak untuk meredakan ketegangan bakal menantunya, sambil mengejapkan jabatan tangan mereka berdua.

Akad diulang lagi.......


"Aku terima nikahnya........(pendekkan cerita...he...he...)......tunaaaaaaaai!!!!" kata pengantin lelaki.



"Sah?"

"Sah!" saksi satu.

"Sah!" saksi dua.


"Alhamdulillahhhhhhhhhhhhhh!" hadirin di ruang tengah rumah, di dapur, di beranda, di bawah rumah, di khemah memasak, khemah basuh pinggan dan di khemah penanggah yang sejak tadi terdiam mengikuti proses menentukan detik penting halalnya hubungan antara seorang lelaki dan seorang wanita dari dua keluarga menerusi pembesar suara....menarik nafas lega, lalu meneruskan kerja masing-masing.
:D






... dan di sebalik pintu kamar pengantin beraroma bunga rampai itu, ada yang sedang tertunduk malu-malu tapi mau  mendengar dengan getar juga!





(.......minta maaf lah kandaku. Meski Kanda telah memberi 'amaran' kepada dinda sebelum itu, bahawa kanda tak mau menggunakan mikrofon semasa akad nikah..........dinda tak boleh buat apa-apa. Di situ ada bapak, Pak Long, Pak De-pakde, Abang-abang...dan wali-wali AQRAB dinda yang lebih berkuasa.... dinda lupa, kanda memang fobia mikrofon, berbanding isterimu ...juruacara majlis tetap sekolah yang pantang jumpa mikrofon itu...)



....18 tahun sudah berlalu.



Getaran itu masih terasa!







...ckZahan.
...ckLah sentiasa  di sisimu...


...meneruskan perjalanan kita.
...mem'bawa' 4 amanah permata di belakang kita...


Ke 'sana'...


Arak-arak kelapa puan,
Tidak puan kelapa bali;
Harap hati kepada tuan,
Tidak tuan siapa lagi.









110 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. Happy Anibersary ckLah


    insyaallah , kekal hingga ke syurga

    ReplyDelete
  2. selamat ulangtahun yer....



    er.. lagu best apa..... sweet jer.. x bingit cam lagu musim sekarang

    ReplyDelete
  3. hahahahha lawak crita... anyway selamat berbahagia kesyurga....

    ReplyDelete
  4. selamat menyambut ulangtahun perkahwinan, CkLah! saya sangat sangat sangat suka lagu ni. i like!

    ReplyDelete
  5. eh eh eh.. samalah kita.. tak sangka :D

    .
    .


    .
    .

    kita pun fobia mikrofon gak bang zahan... nasib bukan kita yg kena akad... hihihi


    selamat ulangtahun yg ke-18

    ReplyDelete
  6. slmt ulangtahun cklah & ckzahan


    semoga berbahagia hgga akhir hayat..

    ReplyDelete
  7. semoha tahun tahun akan datang masih ada ulangtahunnya...

    ReplyDelete
  8. pengantin lelaki gementar sebab pengantin pompuan dok kenyit mata balik pintu,hahahaha.

    selamat ulangtahun bang zahan...dan cklah juga.

    moga kekal bahagia hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  9. hepi anniversary cklah dan ckzahan...


    moga sentiasa bahagia :)

    ReplyDelete
  10. Happy anniversary semoga kekal abadi.
    kak Zai.

    ReplyDelete
  11. CkLah dan Pak Zahan,

    Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan.

    ReplyDelete
  12. Salam cikgu cklah & ckzahan..

    Selamat ulang tahun perkahwinan..

    ReplyDelete
  13. 29 majlis akad nikah.. 30 majlis sandingnya ye cklah.. hihihi.

    18 tawon sudah.. wow.. TAHNIAH ye cklah.. (org yg layak mendapat ucapan tahniah ialah org yang menyambut anniversary tahun ke tahun.. kepada pengantin baru, cukup sekadar ucapan "selamat".. kerana tidak ramai yg mampu mempertahankan usia perkahwinan mereka..)

    sekali lagi.. TAHNIAH CKLAH..

    Ikhlas dan jujur dari hati.. semoga cklah dan suami sentiasa diberi kelapangan dlm kehidupan dunia dan akhirat... diberkati Allah dan mendapat redha dan rahmat-Nya.. sentiasa... serta berhasil membawa bahtera rumahtangga beserta awak-awak kapal yg telah menjadi amanah Allah itu ke syurga firdaus-Nya di sana.. ameen.

    eh.. kebetulannya.. hari ni khamis malam jumaat.. bestnyaaaa!!.. (baca yaasin sama-sama sempena sambut anniversary - hari2 lain pon baca gaks.. tp ini lagi special la ye.. hihihi.).

    ReplyDelete
  14. owh masa menikah pun ada getaran jugak ke..hihi

    selamat ulangtahun pernikahan..jagalah suamimu dan amanahmu dengan sebaik mungkin

    ReplyDelete
  15. Selamat UlangTahun Pernikahan Ck Lah...

    Mendoakan yang terbaik buat Ck lah seisi keluarga.. :)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah..
    happy 18th anniversary Ck Lah & Ck Zahan..
    moga terus kekal hingga ke syurga..
    Ameen..

    ReplyDelete
  17. Tahniah buat cek Zahan dan cek Lah.
    Semoga keluarga dilimpahi rahmat.



    Cemburu saya!

    ReplyDelete
  18. Happy anniversary CkLah & En Zahan..moga bahagis hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  19. Selamat ulang tahun perkahwinan ke 18. Semoga kekal abadi selamanya sehingga ke akhir hayat..

    .. tiba2 je dah akad. Kisah masa bercinta patut dibukukan juga.. sebagai kenangan.

    ReplyDelete
  20. salam..
    semoga cinta kalian sentiasa
    mekar di hati..

    ReplyDelete
  21. selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 18 tahun.. semuga kekal bahagia..

    ReplyDelete
  22. oh ini harinya..

    selamat ulang tahun yang ke 18 cklah dan ckzahan.. moga kekal dan bahagia bersama hingga ke alam syurga..

    :)

    ReplyDelete
  23. SALAM,
    SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN. SELAMA 18 TAHUN, ALHAMDULILLAH. LF KENA KALI DUA (18 X 2) = 36 TAHUN.

    ReplyDelete
  24. seutas rantai tangan emas 916 seberat ***tuuuuuuut*** gram tunaiiiiiiii! tu mesti nilainya sangat tinggiiiiiiiiii sekarang


    SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE18...;)

    ReplyDelete
  25. Selamat Ulangtahun ckLah & ckZahan... :D :D

    Semoga terus kekal bahagia sehingga ke akhirat kelak... Aminn... :D :D

    ReplyDelete
  26. selamat ulangtahun, semoga dirahmati allah di dunia & akhirat.

    lebarnya perantin perempuan tu senyum! hehehe :)

    ReplyDelete
  27. selamat menyambut ulangtahun perkahwinan..... semoga dalam keberkatan Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  28. Salam Kak CKLah ,


    tak sangka tarikh yang sama anniversary kita....


    "Semoga kita sentiasa bahagia bersama anak2 tercinta."

    ReplyDelete
  29. selamat berbahagia bersama hingga ke akhir hayat

    jangan pakai.. sehidup semati.. kat sini, maknanya jadi seorang hidup seorang lagi mati... huhuhu

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum.
    Tahniah ckLah.
    Selamat Ulang Tahun Pernikahan, moga kekal hingga akhir hayat.

    Kekal bahagia...

    TQ

    ReplyDelete
  31. salam.

    entri ini mengingatkan saya kepada peristiwa lebih 30 tahun dulu yang terjadi kepada saya.. tapi tak pakai mikrofon.

    tahniah atas sambutan ulangtahun perkahwinan cikgu. semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa dan sentiasa dalam lindunganNya.

    tak nak ikut saya ke ? saya ada lima !

    ReplyDelete
  32. CKLAH > Sori Berlori, agak lewat utk wish Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 18. Moga jodoh berkekalan, terus segar mewangi.

    Kalu dah lebih 10 tahun, kata orang teguh dah tu.

    ReplyDelete
  33. selamat ulangtahun ya cklah..mg bahagia sampai hujung nyawa..

    ReplyDelete
  34. Hepi anibesari..semoga bahagia sampai ke akhir.. dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  35. time ni saya masih blaja lagi..bertuahlah ckZahan mendapat permaisuri setulus ckLah.

    ReplyDelete
  36. selamat hari ulangtahun yang ke 18....he3x...kita dah 25...laju sikit dari CkLah...( tak sabo2 lepas habis sekolah...)

    semoga sentiasa berbahagia di samping suami tercinta lagi disayangi...amin

    ReplyDelete
  37. Terima kasih wahai isteriku.

    Terima kasih kepada semua rakan2 cikLah di sini kerana ucapan dan doa untuk kami.

    ReplyDelete
  38. Happy anniversary abah n ibu! Ewaahhhh ewahhh! Fewwwwit!

    ReplyDelete
  39. Oh mennnn!!!Malam ni nak ikut! Nak ikut jugak! I dont' care! Ha ha ha!

    ReplyDelete
  40. happy anniversary ckLah & ckZahan, semoga berbahagia selamanya..

    ReplyDelete
  41. Selamat ulang tahun perkahwinan cikgu! Wooot! Wooooottt! Best cerita tu. haha. :DD

    ReplyDelete
  42. zonaku;
    Terima kasih. Sedap kan lagu tu? :D

    ReplyDelete
  43. Alimaz;
    Dah tua-tua ni..cceritanya kena lawak..biar ceria...:D Amin!

    ReplyDelete
  44. Dinas:
    Terima kasih ya dik...sedapkan...jom nyanyi!

    ReplyDelete
  45. kts;
    Masa tu...kau hisap susu dalam botol lagi...belum boleh nikah!


    :)

    ReplyDelete
  46. kakNgah;
    Terima kasih Ngah oi...Amin...Amin.

    ReplyDelete
  47. Onezaba;
    Selagi tahun masih berganti...tentulah ada..

    ReplyDelete
  48. juliet;
    Ha..ha..ha..lebih dari kenyit!


    Terima kasih dek julit, kata bang zahan.

    Terima kasih nak juliet, kata ckLah...


    :D

    ReplyDelete
  49. Ms Lilies;
    Yeah..terima kasih. Amin!

    ReplyDelete
  50. kakZai;
    Amin kak Zai..kenapa dengan blog akak?

    ReplyDelete
  51. Aliff;
    Terima kasih dari kami...
    :)

    ReplyDelete
  52. Abd Razak;
    Salam terima kasih...

    ReplyDelete
  53. Tiny;
    Hanya kau tahu tarikh-tarikh yang benar,....


    29 tu tarikh ulang tahun menambat lembu untk di sembelih buat kenduri...dan memasang tiang khemah baru....



    Terima kasih Tiny...semoga aman bahagia kehidupan kita semua bersama pasangan dan anak-anak...

    ReplyDelete
  54. Imanshah;
    Semuanya bergetar dik oi....


    Nanti kau rasakan getaran itu bila tiba masanya.

    :D

    ReplyDelete
  55. zureen;
    Terima kasih yang...amin.

    ReplyDelete
  56. mata pena;
    Amin..amin..terima kasih dik...

    ReplyDelete
  57. Sahrir;
    Ala.....janganlah gitu! Tuhan maha menentukan...kan..kan...kan....
    Semoga abang Sahrir juga sentiasa berbahagia...

    ReplyDelete
  58. sally;
    Terima kasih dinda...amin!

    ReplyDelete
  59. Mohamad;
    Ha..ha..memang nikahnya pun tiba-tiba...


    Zaman bercinta kami lepas kawin....sebab sebelum nikah memang tak pernah berjumpa-jumpaan. Cinta zaman dulu....dengan surat sebulan sekali...dan sesekali dia menelefon kalau ada duit siling lebih. Zaman tu belum ada telefon bimbit.



    :D

    ReplyDelete
  60. zulkbo;
    Ya zul...semoga mekar selamanya...

    ReplyDelete
  61. zino;
    Terima kasih tuan zino..amin.

    ReplyDelete
  62. Aiman Hadi;
    Yo lah nak oi...terima kasih...amin..amin.

    ReplyDelete
  63. Luah Fikiran;
    Ya lah abang Di...kena menuntut dengan Abang Di ni....


    Semoga anak-anak saya akan mengikut jejak langkah dua pupu mereka....anak-anak abang Di dan akak...

    ReplyDelete
  64. n@m@n;
    Ya lah kan...masa tu harga emas RM 35/gram...sekarang ? Fuhhh...kayo!


    Tapi...takkan ku jual 'tukun' tu!

    ReplyDelete
  65. Syahshah;
    Amin..amin...terima kasih sayang...

    ReplyDelete
  66. Kucingorengemok;
    Perantin tu teruja amat...tahap miangnya tengah dipuncak...ha...ha...

    ReplyDelete
  67. cikgumath;
    Terima kasih kakzan...

    ReplyDelete
  68. Azrina;
    Ya lah reen....semoga berbahagia kita...

    ReplyDelete
  69. Shifu;
    Se hidup...se mati? Oooops, jangan! Jangan kau ucap...!

    ReplyDelete
  70. Admin;
    Salam kembali dan terima kasih....

    ReplyDelete
  71. al lavendari;
    Waaaahhh....hampir separuh beza masanya...


    Nak ikut? Err...tak apalah...kasi tuan Hamzah menang!

    ReplyDelete
  72. Azieazah;
    Tak lewatlah Azie...sedang elok tu..ha..ha...
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  73. rynas;
    Terima kasih...syukran..Amin.
    ;D

    ReplyDelete
  74. relevan;
    Yeahhh...terima kasih kawan!

    ReplyDelete
  75. Arol;
    Err...permaisuri ckZahan...kekadang datang juga angin pus-pusnya...

    :D Terima kasih dik...

    ReplyDelete
  76. sonata;
    Terima kasih...terima kasih...


    Masa sonata nikah...saya belum matang lagi kat sekolah...he..he...

    Amin.

    ReplyDelete
  77. ckZahan;
    Kasih diterima kanda. Nak lagi...nak lagi...kasih tu!

    ReplyDelete
  78. Nuha;
    Terima kasiiiiiiiiiiiiih!
    Fewwiit!

    ReplyDelete
  79. Nuha;
    Tak boleh! Tak boleh! Jangan kacau...




    Duduk rumah dengan kakak. Main dengan Eimou!




    Ehehe!

    ReplyDelete
  80. Nazrah;
    Amin...terima kasih sayang!

    ReplyDelete
  81. Fuzzy Wuzzy;
    Woooooot! Woooooot! Wooooot!

    ReplyDelete
  82. Alaaaaa! Tak nak kawan. Nanti Nuha tak mau buka pintu kalau ibu balik lambat! Tak aci. Tak aci!

    ReplyDelete
  83. Duduk rumah diam-diam. Main dengan Eimou!

    ReplyDelete
  84. Ya laaaaaaaaaaaaaaaaah abah tu!


    (^..^)



    Sob sob sob

    ReplyDelete
  85. ckZahan dan Nuha;
    Ehem..ehem...blog siapa ni....hah?



    :D

    ReplyDelete
  86. Alhamdulillah. Semoga terus bahagia belayar bersama-sama.... :)

    ReplyDelete
  87. salam..
    "musim basah"
    bunyi lain macam je
    huhu..

    ReplyDelete
  88. kayteeze;
    Terima kasih kak tie..:D

    ReplyDelete
  89. zulkbo;
    Musim tengkujuh lah bro!




    (...tapi memang sejak itu tanah asyik basah...kena hujan!)


    :D

    ReplyDelete
  90. Selamat Ulang Tahun, berbahagialah sehingga ke Syurga...

    ReplyDelete
  91. Alang-alang, aku genapkan komen ke 99..

    ReplyDelete
  92. Eh.. nombor yang ke 100 pun canteek juga... hahaha

    Wuih.. giler nombor...

    ReplyDelete
  93. Eh.. nombor 101 pun macam familiar jer..

    Oh ye, bangunan kat negara Timur Jauh tu kan? Yang ada ladung besar kat tingkat ke 80an tu...

    ReplyDelete
  94. Nizam Arif;
    Dus...dus...dush....
    Aduh...kena tembak bertubi-tubi ni!


    Terima kasih...


    Terima kasih...


    Terima kasih...


    Yalah....
    Entah bila dapat ke sana....

    Kalau ikut tarikh masa mendaftar tempoh hari....dah dekat-dekat pencen nanti baru tiba giliran. Kuasa Allah...moga Dia cepatkan!

    ReplyDelete
  95. Nizam Arif;
    Kesuwooooon...



    (nak cukupkan respon jugak!...:D)

    ReplyDelete
  96. singgah sekali lagi...

    masalahnya getaran nak kawen tak tiba2 ni macam mana ya ..takde ke kat convent tu??

    haha

    ReplyDelete
  97. Imanshah;
    Err...ada 3 mek dari Kelate. Dua orang posting tahun lepas. Seorang baru posting bulan lepas...nama semua 'cik' lagi! Tapi tak tau lah dah ada gewe ke belum...semua comey belako!

    ;)

    ReplyDelete
  98. Salam ckLah

    Tidak puan kelapa bali
    Ukiran pintu si awan larat
    Tidak ckZahan siapa lagi
    ckLah bersama ke akhir hayat

    Meneng-meneng wes wolulas tahun, yo. Alhamdulillah & TAHNIAH!

    ReplyDelete
  99. Temuk:
    Salam kembali...

    Ukiran pintu si awan larat;
    Karangan tukang dari Sunda,
    Bersama dia ke akhir hayat;
    Rahmat Allah amat didamba.

    Kesuwooon yo kang!

    ReplyDelete
  100. selamat ulang tahun..
    semoga kekal hingga ke syurga..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...