Suka tak?

20101101

Misi Bestari di Putrajaya!

Ya...semangat Bestari sedang membara di Putrajaya!

Alhamdulillah, setelah melalui beberapa peringkat ujian yang mencabar minda, emosi dan fizikal, akhirnya 3 orang murid kelas saya (Tingkatan 4 Bestari), Thurga, Aini dan Jacqueline, hari ini dapat mereka berjuang mewakili Negeri Perak di peringkat akhir "NATIONAL SCIENCE CHALLENGE" (Peringkat Kebangsaan) di Putrajaya, bersama 3 pasukan handalan akhir dari negeri lain...cabaran hari ini dan esok.
Wajah fokus...

Antara aksi mereka  dalam separuh akhir peringkat kebangsaan di Universiti Malaya sebelum ini. (saya ambil dan edit dari facebook Jacque)
IQ dan EQ diuji...
Pasukan 1 Malaysia : Telah melepasi pelbagai bentuk ujian mencabar untuk ke peringkat akhir...
Sekalung tahniah kepada guru pembimbing  mereka, cikgu Nurul dan cikgu Eyda yang berdedikasi. Sebagai manager mereka guru kelas, saya tumpang bangga!


Sebagai  kejutan tanda sokongan padu untuk acara pertandingan akhir pagi esok, seluruh ahli Tingkatan 4 Bestari  akan menyusul pasukan ini ke Putrajaya  selepas waktu sekolah hari ini. Dijangka bersolat Maghrib di Shah Alam dan  berfoya-foya di I-City  sekejap, sebelum menuju ke transit apartment  di Putrajaya, untuk bermalam bersama-sama dengan  mak tiri guru kelas mereka............Bukan rombongan cik Kiah tau! Tapi, misi Bestari mengharumkan nama sekolah, daerah dan negeri... :D
Inilah wajah-wajah Anak 4 Bestari kesayangan saya. Mereka di antara 57 murid yang meraih straigth A's dalam PMR tahun lalu. (kecuali mak tiri yang duduk di tengah-tengah itu)

Di harap kehadiran kami akan menguatkan semangat kalian bertiga...Turga, Aini dan Jacque!

Semoga berjaya menjadi Johan Peringkat Kebangsaan...dan  dapat meraih hadiah lawatan ilmu ke Stockholm, Swedan, untuk memenuhi impian kamu menyaksikan Majlis Penganugerahan Hadiah Nobel Sains dari Akademi Sains Diraja Swedan ....walaupun cikgu kelas tak mungkin akan dapat pergi bersama ke Sweden tu. :(






Kertas periksa kamu semua cikgu sudah siap semak, tapi, oleh kerana peperiksaan baru berakhir Jumaat lalu dan hari ini cikgu tak ada kelas bersama kamu, tak dapat cikgu pulangkannya kepada kamu. (Ini markah mentah BM 2. BM 1 pun dah siap!)


Jadi....nak markah tunggu cikgu masuk kelas lepas Deepavali, kerana sekolah kita akan bercuti 3,4,5,6, dan 7 November. Kita beraya puas-puas di KL dulu sehari dua.....


Yeeeeeeeha!




"Berdoa banyak-banyak ckLah!
Awak tu dah lama tak naik bas!!!"


"Ya lah ckZahan! Tinggal dulu , ya!
Beberapa malam saja!"
:D







66 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. salam


    semoga selamat dalam perjalanan ....

    ReplyDelete
  2. all d best utk mereka semua...

    pasti cklah bangga dgn 4 bestari
    kalau dpt ikut g sedan mesti seronok kn..

    ReplyDelete
  3. ngape pulak markah lebih dr 100 tu cekgu...? he he.

    good luck adek2!

    bila konben nk buat reunion hah..? tu hari tgk banner seri perak kot buat reunion dari student tahun 1940an. pergghh... mau bertongkat dtg reunion tu. he he.



    .

    ReplyDelete
  4. tahniah cikgu..semoga beroleh kemenangan

    ReplyDelete
  5. Wah...cepatnya hampa bagi respon. Tak sempat nak edit..baguss...bagus...bagus....







    pB;
    Amin...terima kasih.




    Ngah;
    Tu lah pasal...guru kelas tak mungkin dapat pergi...Pegawai JPN aje yang mengendeng nanti...tengoklah!




    Tasik:
    Markah penuh untuk 2 kertas 240. Ini pesen baru...kau punya tahun bila? Ha..ha...


    Re Union Conben ckLah tak dtg sebab ckLah bukan x student situ..

    :)




    Okeylah...nak siap bagasi ni..

    ReplyDelete
  6. sahromnasrudin;
    Tahniah kat budak2 tu..nanti ckLah sampaikan. Mereka bertiga dah pergi semalam.

    ReplyDelete
  7. ck zahan tak biasa kena tinggal ke?

    ReplyDelete
  8. kakLong;


    ckLah yg tak biasa tinggalkan dia...

    ReplyDelete
  9. Selamat berombongan CkLah..

    ReplyDelete
  10. selamat menjadi rombongan cik kiah semuanya hihihi....

    all the best to the team!

    ReplyDelete
  11. misi bukan sebarang misi :)

    ReplyDelete
  12. Salam cikgu...

    Tahniah utk mereka dan gurunya..

    Moga beroleh kejayaan yang cemerlang..

    ReplyDelete
  13. salam ckLah,
    terima kasih atas sgala sokongan.

    bukan nak mengampu tapi memang saya seronok tiap kali baca entri ckLah.

    semoga anak2 murid tersayang berjaya dalam misi & visi dan semoga 'mak tirinya' yg cemerlang beroleh ganjaran pahala yg berterusan.

    ReplyDelete
  14. Semoga berjaya..

    Kejayaan mereka kejayaan kita juga.. dan seluruh warga sekolah mendapat nama baik.

    Memang mereka hebat dan terbukti, sehingga boleh melepasi markah maksima 100%..

    Teruskan usaha cikgu.

    ReplyDelete
  15. bawak beg plastik, takut muntah dlm perjalanan nanti :P

    ReplyDelete
  16. Salam:)
    Tahniah..:)kiranya dah mengharumkan nama sekolah tuu...MOga dgn adanya pasukan penyokong tu..blh memberi semangat pada mereka..:)

    ReplyDelete
  17. Hebat murid2 4 Bestari ni mcm cikgunya juga. Semoga berjaya menjadi johan kebangsaan. Bukan senang nak cari pasukan 1Malaysia skrg. Kebanyakan pelajar sekolah kebangsaan adalah org kita saja.

    ReplyDelete
  18. Pastikan bas diperiksa sblm perjalanan dan dlm keadaan baik. Pemandu pula ada lesen yg sah.

    ReplyDelete
  19. selamat pergi dan selamat kembali...

    ReplyDelete
  20. tiba-tiba rasa mengedik nak ke putrajaya pula..

    **semoga berjaya ditabal sebagai johan ya.. IDOP PERAK!! (err, tiba-tiba)

    ReplyDelete
  21. rombongan cklah terjah KL daaa... hihihi...

    wokeh.. set.. no tepon dh pon bertukar talian.. makanya, anytime.. anytime.. ada peluang nk 'mencilok' barang setengah ke sejam tu, roger roger dinda di sini.. kedatangan kanda ku nanti andai dh sampai seru utk bertemu dua hati... kuikuikui..

    hati2 naik bas tu.. pesan kt driver bawak elok2.. semua tu murid dan guru harapan nusa bangsa tu..

    didoakan selamat segalanya..
    (risau ckzahan nk lepaskan co-pilot XIIINAM.. kehkehkeh...

    ReplyDelete
  22. good luck..

    jangan lupa singgah ke rumah..hehe

    ReplyDelete
  23. turun katne nanti??

    .
    .



    .
    .


    aku nak gi tunggu ni... bunga ros ke orkid??
    :D

    ReplyDelete
  24. Laa.... baru tahu ada markah pesyen baru!
    Eh... lamanya cuti. Tie rasa kat sini tak cuti kot, sebab jumaat tu dah cuti pon!

    ReplyDelete
  25. kak Zai doakan semoga beroleh kejayaan.

    kak Zai dah pindah rumah baru
    mamasya2.blogspot.com

    ReplyDelete
  26. Tahniah CkLah! Saya tumpang gembira!

    ReplyDelete
  27. Kalu sebagai guru kelas sudah sebegini bangga dan gumbiranya (termasuk nak pegi poya-poya tu...) hehehe.. apatah lagi perasaan murid itu sendiri dan ibu bapa mereka.. Aduhhh terharu baca sampai meremang bulu roma.

    Saya yakin sekolah CKLAH (convent) ini antara sekolah yang cemerlang sekali..

    Pengalaman berada sekali sekala di sekolah yg taraf cemerlang, selalu buat saya meremang bulu roma. Betul..!

    ReplyDelete
  28. semoga berjaya kepada semua.

    best juga sesekali ikut rombongan budak2 naik bas ni..

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum ckLah

    moga berjaya dan terus berjaya
    kemenangan untuk sekolah, daerah, negeri dan enzahan sekali..he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  30. Semoga pulang dengan kemenangan!



    *bodek-bodeklah sikit utk ikut takleh ke kak?

    ReplyDelete
  31. semoga berjaya dengan misi itu..selamat berjalan-jalan

    ReplyDelete
  32. tahniah kepada pasukan kerana sudah melangkah sejauh ini. Tahniah juga pada mak tiri mak tiri hii...
    .
    .
    lamanya cuti dipavali cklah..

    ReplyDelete
  33. wakakakaka mak tiri...gua punya cikgu dulu dapat nick name tu

    ReplyDelete
  34. brutal solo;
    Jahat! Siapa kasi gelaran? Kau ya?

    :D

    ReplyDelete
  35. kakPah;
    Dah jenuh menggantinya kak Pah...

    ReplyDelete
  36. rynas;
    Ha..ha...ha..dah selamt dh...

    ReplyDelete
  37. Azreena;
    Ku tak pandai membodek.
    :D

    ReplyDelete
  38. zino;
    Salah rumah...saya tak raikan deepavali.

    ReplyDelete
  39. Rozali;
    Wasalam...


    Terima kasih...


    :D

    ReplyDelete
  40. nazrah;
    Bimbang juga menjaga keselamatan anak-anak orang ni....

    ReplyDelete
  41. Azieazah;
    Sekolah mana-mana pun sama Azie. Cuma cabaran cikgu2nya berbeza-bezalah....

    :D

    ReplyDelete
  42. Imanshah;
    Budak2 ni memang pandai2 cikgu...cuma mereka tak diberi peluang ke SBP saja...

    ReplyDelete
  43. kakZai;
    Terima kasih kerana mendoakan...dah selamat dah pun....


    :D

    ReplyDelete
  44. Tie;
    Markah untuk kertas ini 110. Kertas 2 130. Di campurkan...dibahagi 2..

    Remeh kerja memeriksanya....sebab itulah ckLah kekadang rasa naaaak aja pangkah penggunaaan bahasa yang tak betul dalam blog....tapi, tak beranilah...nanti merajuk pula yang ditegur tu...

    :D

    ReplyDelete
  45. KTS;
    Alaaaaa.....lupa nak melapor diri. Simpan ya bunga tu. Keringkan....

    :D

    ReplyDelete
  46. n@m@n'Dah ketuk pintu rumah kau. Bibik kau kata; "Tuan lagi di kantor!"


    Hihi

    ReplyDelete
  47. Tiny;
    Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....tak dapat nak berfoya-foya lebih2 dengan Tiny. Terima kasih kerana sudi menemankan kesunyian ckLah kala di perantauan...

    Hihihihi

    ReplyDelete
  48. Arol;
    Dah selamat dah....bak kopi secawan!

    ReplyDelete
  49. AimanHadi;
    Tu laaa...orang ajak tak nak!


    :D

    ReplyDelete
  50. Yunus Badawi;
    Cikgu kena periksa ya?


    Jangan bimbang, ini pemandu bas sekolah kami...dan bas sekolah kami.

    ReplyDelete
  51. Yunus Badawi;
    Terima kasih atas puji-pujian...


    ***Sekolah saya bukan sekolah kebangsaan...

    ReplyDelete
  52. kartini;
    Terima kasih...dah selamat dah..

    :D

    ReplyDelete
  53. juliet;
    Ha..ha..minyak cap kapak dan pil chi k teck Aun pun ada...driver siap pasang filem trasformers...pening!

    ReplyDelete
  54. Mohamad;
    Itu baru markah mentah kertas dua cikgu. Markah penuh BM 240 bahagi 2. Mengajar mereka, cikgu memang kena 'ke depan' supaya tak di pandang rendah terutamanya oleh ibu bapa mereka...'Harapan' pada cikgu sangat tinggi, meski kekadang boleh menekan juga. Begitukan cikgu!

    ReplyDelete
  55. piewahid;
    Terima kasih kerana masih sudi ke La Tahzan Xiiinam meski dalam kesakitan. Bacalah pie, andai coretan ckLah boleh membantu mengurangkan kesakita....meski sedikit.


    Terima kasih atas sokongan juga!

    ReplyDelete
  56. Abd Razak;
    Terima kasih...amin...amin..amin...Shukran ya akhi el kiram...

    ReplyDelete
  57. maksu;
    Ya maksu....bukan jutrurawat...

    :D

    ReplyDelete
  58. Ms Lilies;
    Ha..ha...semua program ckLah tak dapat ikut sudahnya...

    ReplyDelete
  59. sally:

    Semua selamaaaat sudah...

    :D

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...