Sebagai anak sulung di rumah, saya sebenarnya pernah terserempak emak sedang menangis sembunyi-sembunyi....terutamanya sewaktu mandi di kolam. Bukan kolam renang, tapi perigi tempat kami mandi pada zaman itu, saat bekalan air dan elektrik belum kami nikmati. (Yang memang tinggal di bandar atau hidup senang, memang tak merasa pengalaman mandi di kolam macam kami ni.....penghuni kampung yang tipikal!!!)
Apabila saya tamat darjah 6, saya pun ke asrama. Sekolah saya cuma sebuah sekolah perempuan di Ipoh. Tak jauh sangat dari Teluk Intan. Namun zaman itu, saya hanya dapat balik bertemu emak pada waktu cuti penggal sahaja. Balik tidak dijemput dengan kereta menjalar....tapi, naik bas sendiri. Pandai-pandailah nak hidup!!!
Zaman dulu, ada 3 kali cuti penggal. Maka 3 kali itulah saya dapat balik. Sekadar cuti am atau hujung minggu, duduk sajalah di asrama. Pernah pada Hari Raya Haji, saya beraya berlima dengan kawan pelajar Sabah dan Sarawak di asrama. Berziarah ke rumah tukang kebun dan warden yang tak balik kampung. Nak harapkan ibu bapa melawat ke asrama seperti orang lain juga....adalah mustahil. Kami pun faham keadaan mak dan bapak waktu itu. Setiap minggu...renung sajalah ibu bapa murid lain datang berkelah bawah pokok di asrama. Sesekali rasa rindu memberat kepada emak, saya hanya mampu memekup muka dengan bantal, lalu menangis semahu-mahunya......
Saya tahu, emak di rumah juga begitu. Kalau rindu kami berutusan surat. Surat....paling cepat boleh sampai 3-4 hari......dan apabila dapat surat dari mak yang bertulis jawi, ahhhhhhh, berulangkali membacanya.
Anak pertama mak yang keluar negara adalah abang saya, Prof Madya RZ. Beliau dihantar ke Exceter Collage di United Kindom, sebelum ke University Of Leeds, semuda usia 17 tahun, sebelum keputusan SPMnya diumumkan lagi. Selepas abang terbang, saya lihat, emak kekadang termenung teringatkan abang. Zaman itu, kalau mengirim surat ke luar negara, kadang-kadang sebulan baru sampai. Harga stem juga, terlalu mahal buat kami waktu itu. Kalau rindu...hanya doa mampu dikirim di angin lalu....
Selingan iklan. Hehe..
Ini sebahagian adik beradik saya zaman dulu. Saya darjah 2 waktu itu, dan ada adik saya yang belum lahir lagi...
![]() |
| ckLah? Yang pakai lencana Barisan Nasional di dada itu. Waktu ni saya memang garang dan gila kuasa. Kalau ambil gambar, mesti mahu duduk tengah di hadapan sekali. Tak kira... |
Itu zaman dululah. Zaman di kampung saya, telefon pun belum dikecapi lagi....jerih payahnya mak yang terpaksa merindui anak-anaknya yang terpaksa dilepaskan ke asrama demi menuntut ilmu berusaha ke arah mobiliti sosial kehidupan.
Kini, mak tidak perlu sakit-sakit menanggung rindu kerana teknologi yang masih ketinggalan seperti dulu. Mak tak perlu susah hati macam dulu. Ada rezeki dan kekuatan, dia pergi sendiri menjejaki anak cucunya di luar negara...bersama suaminya dunia akhirat...
Sekarang anak-anak mak masih bertaburan di merata alam. Dan anak-anak mak telah mengembangkan zuriat mak, kepada berpuluh cucu. Cucu-cucu mak juga sudah mulai merantau ke merata alam juga.
Salah seorangnya jejaka ini...kiranya, cucu mak yang ke 4, berpeluang keluar dari sempadan negara dalam proses menuntut ilmu...
Siapa ni ckLah?
Saya pernah cerita tentang dia Mike @ Ejat, dalam entri ini sewaktu melawatnya di PLKN dulu.
Si bujang ini, setelah tamat tingkatan 5 di sebuah Sekolah Integrasi sebenarnya mendapat tawaran belajar dalam bidang pendidikan di sebuah institusi di Sabah. Tapi, akhirnya dia memilih Matrikulasi di Melaka. Namun, oleh kerana minatnya yang begitu mendalam dalam dunia 'marine' beliau berhenti dari Matrikulasi lalu menyertai Akademi Laut Malaysia (ALAM). Ibu dan bapa yang mahukan beliau menjadi 'cikgu'. macam mereka, akhirnya mengalah, demi menuruti minat si anak, dan merestunya...
Kini Ejat sedang mengikuti pelayaran pertamanya sejak lepas Syawal tempohari. Pengalaman dan peristiwa emak saya terpaksa melepaskan anak-anak kini dialami pula oleh anak-anak mak. Dua kakak Ejat sudah melepasi pengajian di IPTA. Kerinduan kepada anak-anak yang dialami mak dulu, kini mula berpusing dan tiba kepada anak-anak.
Bezanya, di zaman dunia tanpa sempadan ini, mak Ejat tidak perlu lagi menyorok-nyorok menangis menahan rindu....atau menunggu sehingga sebulan dua untuk ketibaan surat dari anak...seperti yang berlaku kepada mak dulu....
Ejat sentiasa melaporkan perkembangannya kepada maknya, melalui e-mail atau facebook...
Bukan setakat mak Ejat, keluarga lain seperti mak saudaranya ini juga boleh mengesan kedudukan kapal si bujang melalui internet...
![]() |
| Bunga Melati Satu- Kapal Ejat dalam misi membawa bahan kimia... |
![]() |
| (Kedudukan kapal Ejat, dari satelit) |
....kalaulah di zaman saya dulu ada semua ni, tentu saya juga sanggup belajar jauh-jauh dari mak. Tapi, hati saya terlalu rapuh andai berjauhan dengan mak (Eleh...memang tak layak ckLah tu!) . Sekarang, sudah bekerja dan berkeluarga...namun masih memilih untuk bertugas di kampung sendiri, dan menjadi anak yang paling dekat rumahnya dengan rumah mak. Seminggu tak jumpa mak, rasa sasau semuanya.
...dan mujur, anak lelaki tunggal saya, dapat SBP yang hampir dengan rumah. 40 minit memandu dah sampai. Buat masa inilah.....kalau tak, mau meraung juga (ibunya!)
:D
**Ini antara entri terakhir tahun ini.
Maafkan saya ...
...kerana sering menyuguhkan cerita-cerita yang panjang berjela..
...dan membosankan
di laman ini sepanjang 2010...
Jumpa lagi tahun depan, kalau masih mahu...!
Maafkan saya ...
...kerana sering menyuguhkan cerita-cerita yang panjang berjela..
...dan membosankan
di laman ini sepanjang 2010...
Jumpa lagi tahun depan, kalau masih mahu...!







makin maju makin mudah..... jangan salah guna buat onar sudah.....comel la CKLAH masa kecik2 dulu....
ReplyDeleteramai sungguh adik beradik CkLah & yg kagumnya, sangat rapat antara 1 sama lain. bagi saya, susah juga nak berjumpa keakraban sebegitu. tabik dari saya!
ReplyDeleteCkLah ni, cerita2 CkLah TAK PERNAH membosankan saya, ok!
konpem masih mahuuuuuuuuuuuuuuuuu!
Salam cikgu,
ReplyDeleteRentetan keluarga cikgu rasanya lebih-kurang dgn keluarga kakak. Kami 8 beradik dibesarkan dikg yang amatlah susah. Kekentalan jiwa emak-bapaklah yg membuat keluarga dapat menerobosi ruang-ruang yang lebih selesa.
Kakak kini juga bila sudah bergelar ibu mula merasainya bila anak yg sulung berusia 13 tahun kena berpisah. Dia tak ada rasa apa tapi kakak ibunya rasa lain macam. Kenapa ye? Dulu emak kita lagi macam mana agaknya?....
Aku percaya sekolah biasa pun dah cukup baik untuk pelajaran anak aku. Walau aku masuk asrama pada tingktn 1, aku rasa anak aku belum perlu masuk asrama. Zaman sekarang guru-guru semua dah setanding.
ReplyDeleteAlimaz;
ReplyDeletePisau pun kalau betul penggunaannya, maka betullah. Kalau salah...boleh membawa Hukuman mandatori...gantung sampai mati!
Dinas;
ReplyDeleteTapi....ckLah dah makin malassssssss nak berblog sekarang ni. Tanda-tanda penuaan ni kot. Hahaha...
dunia tanpa sempadan ada baik dan buruknya kan?
ReplyDeleteTahniah di atas kejayaan ahli keluarga ckLah.. ;p
kakZakie;
ReplyDeleteCerita keluarga ckLah....sekadar cerita-cerita anak kampung biasa saja kak Zakie...cepat membosankan orang yang membacanya. Hahaha
Ramai lagi orang yang punya perjalanan hiduplebih menarik. Kan!
sayang ibu:
ReplyDeleteBetul pendapat tu...
Keluarga ckLah..setakat itu sajalah...Ramai lagi yang lebih baik kisahnya, kan!
Aku:
ReplyDeleteBetul tu. Semua anak perempuan ckLah...tak masuk Sekolah Berasrama, sebaliknya semuanya bersekolah di sekolah ckLah mengajar.
....cuma yang lelaki seorang itu, terpaksa masuk ke SBP, kerana dia lelaki, dan tak diterima masuk ke sekolah ckLah ....sekolah ckLah kan sekolah perempuan!!! Hehe
Ho!ho! Moga Ejat selamat meredah lautan. Masih terkenang episod rakan baik sendiri berhadapan cabaran lanun somalia di perairan aden.....
ReplyDeleteAliff;
ReplyDeleteItu yang mak Ejat selalu bimbang tu..
Tapi dah minat anak terunanya ...terpaksa diredakan saja plihannya...
hati ibu yang lembut...
ReplyDeletesaya pun slalu menangis bila teringatkan arwah mak dan along masa dia di hostel
tahniah kpd keluarga besar ckLah.. semua dah berjaya dalam kehidupan, sekarang masa emak ckLah pula menuai hasilnya
aha..sapa yg kata bosan tu..nak kena blasah ni..hehe..
ReplyDeleteaduii..tgk laut je dah menggigil..mesti ibubapa ejat tu tak tido mlm kenangkan anak dilautan..bimbangkan..
ibuintan;
ReplyDelete...perjuangan mak ckLah....memang penuh jerih ibuintan! Membesar dan mendidik 10 anak, sebagai seorang wanita desa yang biasa-biasa saja....memang banyak dugaan beliau telah terima.
Kini...begitulah. Alhamdulillah.
Salam ckLah,
ReplyDeleteKami kat kampung masih merasa air perigi. Tapi dipam naik guna generator. pagi2 agak sejuk... tapi suam. hihi..
Bersusah dahulu, bersenang kemudian. Moga Allah limpahkan rahimNya buat bonda dan ayahanda ckLah.
Bila baca sailor man, teringat sailormoon :D Banyak pengalaman yang Ejat dapat kutip tu. Merantau ke serata dunia. Alhamdulillah, sekarang nak berhubung ngan keluarga pun senang.
nurkass;
ReplyDeleteTak ada siapa yang terus terang kata 'bosan' tu.
Tapi....bukankah 'senyap' itu tanda bosan? Walaupun URLnya sering dilihat lalu-lalang di trafik blog ini!
Hahahaha..bloger makcik2 tua macam cklah ni memang cepat perasan. Hihihi...
Indahouse;
ReplyDeleteSekarang...perigi kat rumah mak ckLah dah dikambus. Tinggal satu saja buat kenangan. Itupun....selalu mak-mak cucu ckLah menjerit apabila anak2 kecik mereka diam-diam menghampiri kolam tu...:D
Assalamualaikum ckLah...
ReplyDeleteSaya pun meranjau mencari ilmu dulu di tanah Amerika Utara dan kemajuan dalam telekomunikasi sudah berkembang dan senang nak berhubung dengan ibubapa...:)
AbdulRazak;
ReplyDeleteKiranya, Ustaz ni angkatan anak-anak zaman siber jugalah ya...:D
Tahniah kerana berjaya mengharungi ranjau....ya, ustaz!
Dulu2 mase sekolah ade jugak berangan nak keje kapal! haha
ReplyDeletesib baik dulu sekolah cume kat batu 8 teluk intan! mak pun datangla naik moto yamaha cup 2 minggu sekali hantar ape2 yang patut.. anak bongsula katekan!! hihi
wah, canggih sungguh ya teknologi sekarang.. pertama kali tahu boleh jejak kapal begini
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletehebatnya teknologi..
ni belum yamg guna
satelit pengintip Amerika
lagi ni..he he
duduk dekat dengan emak adalah sesuatu yang sangat seronok lagi menyeronokkan... tak dapat diganti dengan perkara lain... :D :D
ReplyDeletemrAzmi;
ReplyDeleteMak awak tu memang wanita cekal...
Lama dah tak jumpa dia...sejak adik dia (Korib) meninggal dulu...
AimanHadi;
ReplyDeleteNak kesan di mana kedudukan Aiman sekarang pun boleh....
zulkbo;
ReplyDeleteckLah nak intip zulkbo kat mana ni...nanti ckLah cuba pandangan dari satelit.
Hehe
syahshah;
ReplyDeleteSungguh haih.....
Rasa tak nak balik rumah sendiri setiap kali di rumahnya...walaupun dekat dan selalu jumpan.
:(......:((
ReplyDeletemakbonda;
ReplyDeleteKok nangis toh mbak ayu....
...nyileh idea ne yo....
wah termengah2 baca CkLah..haha
ReplyDeleteWah sekarang dah tukar jadik Bill, western sikit..wakakaka
imanshah;
ReplyDeleteNah in-haler nahhh....
Biar pintar dan kaya mcm Bill Gates(jgn Bill Clinton udah!)
haha, Bill Kelentong jangan..kawan saya yg jd PK KOKO tempat Bill belajar bdah pindah jadi HEM ke SBPI GOPENG
ReplyDeleteImanshah;
ReplyDeleteMula2 tadi menung juga baca 'bdah pindah'. Ingatkan Bedah mana....hehe...
Udah pindah? Naik pangkat eik! Rejeki deme le....
Nak tunggu cikgu Imanshah jd pengetua SABDA...
itu la hati seorang ibu ya Ck Lah..?
ReplyDeleteBonda kesayangan hati hamba pun begitu, sampai boleh kata hari2 ada pesanan penaja..hehe..
tapi daku gembira mendengarnya.. ^_^
p/s : huarghh..ada 4 hari lagi Ck Lah sblm kita jumpa Encek 2011..takkan ni yang last?? :(
itu la hati seorang ibu ya Ck Lah..?
ReplyDeleteBonda kesayangan hati hamba pun begitu, sampai boleh kata hari2 ada pesanan penaja..hehe..
tapi daku gembira mendengarnya.. ^_^
p/s : huarghh..ada 4 hari lagi Ck Lah sblm kita jumpa Encek 2011..takkan ni yang last?? :(
kehidupan dulu menguatkan semangat juang, sekarang banyak beri kemudahan :)
ReplyDeleteSalam cklah... itulah kuasa internet... Alamdulillah...yang jauh dpt dirapatkan yang rindu dpt dileraikan...
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteSERONOK MEMBACA ENTRI LT. BERSYUKUR DENGAN PERUBAHAN YANG BERLAKU. TERIMA KASIH SUDI BERKONGSI
mata pena;
ReplyDelete5 hari depan ni.....jadual agak padat untuk berblog.
maksu;
ReplyDeletekan maksu kan....
anie;
ReplyDeletebetul betul betul....
:D
LF;
ReplyDeleteSekadar berkongsi kisah zaman dulu budak kampung...
Terima kasih abang Di, sudi baca....
Assalamualaikum ckLah
ReplyDeleteAlhamdulillah
semuanya berjaya
Wassalam
Salam ckLah
ReplyDeleteSyukur, adik beradik berjaya dan hidup terjamin. Ibu ayah pastilah amat bergembira dgn kejayaan anak-anak & berhasilnya segala pengorbanan mereka.
Mobiliti sosial di kalangan orang kita terutama pada masa itu banyak bergantung kepada kejayaan dalam pendidikan. Syukurlah Tuhan membuka hati kita & ibu ayah kita untuk mementingkan pendidikan, sekalipun sumber-sumber untuk mendapatkannya, terutama wang, amat terbatas waktu itu.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011!
salam ciku,
ReplyDeletejumpa lagi tahun depan ye...
Salam. Seronok baca entri berkaitan keluarga ckLah...benar-benar memberi inspirasi kepada saya...
ReplyDeleteMoga Allah pelihara keakraban, kasih-sayang keluarga ckLah...
Semoga Allah juga mengurniakan keakraban dan kasih-sayang itu kepada keluarga saya!
Rozali;
ReplyDeleteAlhamdulillah , seadanya....
Temuk;
ReplyDeleteBetul tu, dan ckLah bersyukr dikurniakan ibu bapa seperti mereka...
Selamat tahun baru untuk Temuk juga....
aRol;
ReplyDeleteInsyaAllah...kalau jiwa ckLah masih mahu berblog.....
cikguIna;
ReplyDeleteTerima kasih...
Amin....
Jauh sungguh rakanku merantau...sabar menanti waktu
ReplyDeletesungguh x disangke~~~semoge berjaye~~~~~
ReplyDeletesalam,terime kasih cklah utk entry ni :) mengalir air mata membaca :P sekarang ejat di augusta,italy,masih menghitung hari menunggu april 2011 hehe, terime kasih jgk faka post entry ni kt zenith ;)
ReplyDeletehampir sebulan saya tak online...bila dapat internet saja, perkara pertama yg saya buat adalah ;
ReplyDeletebukak blog cikgu vouge ni, dan baca semua entri yang saya terlepas. hehe.
dan tiba2 rasa nak tinggal jejak kat sini.
faka:
ReplyDeleteAwak pula kat mana sekarang?
IEM;
ReplyDeleteKita doakan..dan semoga awak juga berjaya dalam pelajaran .
Ejat;
ReplyDeleteJaga diri Ejat baik-baik ya! ckLah dan keluarga sentiasa mendoakan kesejahteraan Ijat...semoga sntiasa tetap dalam Iman dan taqwa...