Suka tak?

20101230

Semboyan telah berbunyi...menuju, medan bakti!!!

(Sekadar catatan biasa seorang cikgu biasa yang biasa-biasa...)

Siap-siaga!!!
Apabila naskah-naskah tangkal azimat berkulit 'maroon' itu telah diterima 3 hari lalu...


Maka bermulalah 'sesi ke 20' buat bahu seorang ckLah menggalas panggilan 'cikgu', lalu meneruskan perjuangan dalam dunia yang telah menjadi 'passion'nya sejak 20 tahun yang lalu...

Diari Jabatan Pendidikan Perak yang akan menjadi teman setiausaha peribadi yang rasmi...tag 'punch card' dan tanda nama....yang akan tersemat pada dada saya saban hari.

Buku Panduan Tugas Guru Edisi 2011 yang akan jadi kitab rujukan kerja utama...saya tahu, bukan mudah untuk menyusun naskah yang ini dengan mengorbankan masa cuti yang panjang, demi kepuasan dan kemudahan semua pihak, kerana saya pernah terlibat menjilidnya...dulu.

Segala tugas untuk saya yang tercatat dalam naskah di atas, adalah tugas-tugas biasa sebagai seorang guru biasa. Segalanya saya terima dengan terbuka, dan cuba sedaya upaya untuk melunaskan segala amanah seperti cikgu-cikgu biasa.

Cuma yang satu  ini...tugas mengetuai panitia Sejarah yang pernah saya lepaskan dua tahun lalu atas alasan kesihatan yang sering tidak memuaskan dan masa yang banyak dihabiskan di hospital, telah dikembalikan semula kepada saya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...dan menjadi tanggunjawab saya untuk menaikkan semula 'prestasi' Sejarah yang mengalami kejatuhan dalam PMR terbaru...

...dan angka 'kejatuhan' meski hanya beberapa titik perpuluhan, adalah menjadi tugas guru untuk memberi sebab musabab dan mangorak langkah membaikinya...dan sebarang alasan, tidak boleh sama-sekali menyalahkan pihak murid, sebaliknya guru tersebut perlu bertanggungjawab!!! Itu sudah lumrah bagi kami, dalam dunia pendidikan.

Saya terima semula tugas ini sebagai cabaran dengan saya sendiri diberi 2 kelas Sejarah Tingkatan 5 dan 2 kelas tingkatan 3, di samping 2 kelas BM Tingkatan 4 dan 5. Saya tiada sungutan langsung tentang itu, InsyaAllah. Semoga Allah mudahkan P&P saya, dan pastinya akan dilakukan dengan kerjasama semua guru Sejarah, dan kemahuan murid untuk belajar... Apatahlagi, untuk SPM 2013, Sejarah akan menjadi syarat lulus SPM....






Analisa kelas Sejarah saya 2010.
i)Tingkatan 3 Kelas Pangkal-35 orang, semua A. 
-Komen seseorang ;"Alah, dah memang budak kelas tu pandai-pandai!"


ii)Tingkatan 3 Kelas Hujung-29 orang, 5 gagal. 
-Komen seseorang; "Macam mana boleh gagal? Cikgu tak reti ajar ke?"

Hahahahahahahahaha...sudah 20 tahun, itu cerita biasa, buat seorang cikgu yang tak pernah kisah diberi kelas pangkal, pucuk, tunas, atau hujung...




Satu lagi subjek yang saya ajar, Bahasa Melayu. Alhamdulillah...meski ada penurunan kualiti...

Tahniah kepada rakan-rakan Guru Bahasa Melayu....yang mengekalkan angka 100 itu!
Ya...kerana akhiran plot ceritanya, yang 'mahu dilihat' oleh 'orang' dan orang-orangan adalah angka-angka itu....tak kira apa-apapun alasan, atau latar ceritanya!!!




'NUKAFIHU LIL-MAJDI!!!'







60 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. saya tetap percaya
    seorang guru yg bagus
    mampu menjadikan satu subjek yg boring bertukar jadi menarik

    :)

    ReplyDelete
  2. Bonekadalamcermin;

    Terima kasih kerana sudi menyapa...


    ckLah sekadar mencatat sedikit pengalaman buat yang sudi berkongsi. Terima kasih sudi membaca ya!

    ReplyDelete
  3. Semboyan saya akan berbunyi esok pagi CkLah...

    Huwaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh!

    ReplyDelete
  4. Dinas;
    Kotak pensil, pen, dakwat...semua dah 'jumpa?'


    Jangan lupa kunci jam...


    :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ckLah...

    Teruskan usaha!

    Moga Allah anugerahkan kesihatan buat cikgu

    ReplyDelete
  6. selamat kembali mengetuai mengetuai panitia Sejarah ckLah!

    ReplyDelete
  7. salam, besok mau meeting..mau lihat siapa yang kena..wahaha

    ReplyDelete
  8. Abd Razak;
    Terima kasih atas doa. ckLah juga berharap, sesi hadapan kehadiran ckLah ke sekolah tidak terganggu dengan keadaan kesihatan yang memaksa cklah menghabiskan masa di hospital...seperti 3 tahun kebelakangan ini...

    ReplyDelete
  9. Imanshah;
    ckLah dah 'kena'!


    Kena pujuk...dan mengalah...hihihihihi...

    ReplyDelete
  10. salam..
    tahniah buat seluruh rakyat
    Malaysia..ermmm..jangan lupa
    Jumaat ni cuti umum ye..

    ReplyDelete
  11. keputusan peperiksaan saya dulu banyak dipengaruhi oleh guru..kalau guru mengajar adalah guru kesukaan dan kesayangan saya maka baguslah result periksa itu...amin...

    ReplyDelete
  12. ckLah..
    Syukran berkunjung ke sini..
    membina UKHUWAH, brkongsi maklumat dan pengalaman..

    MOGA berjaya dlm lapangan pendidikan,meneruskan usaha murni untuk membangunkan modal insan .juga dari kak Sal SELAMAT TAHUN BARU...

    ReplyDelete
  13. Tahniah cKLah!!!
    Semoga sentiasa dilimpahi keberkatan dengan keikhlasan menerima tugas 2011.

    Akan tetapi... berat juga tu banyak tahap dan kelas diajar.

    ReplyDelete
  14. zulkbo;
    ckLah yg bagi cuti tu...hehehe

    ReplyDelete
  15. rynas;
    urid mcm rynas ni yg ckLah suka....
    Kau suka aku...
    Aku suka kau...
    Kau yang akan menerima manisnya...



    Begitulah lebih kurang...

    ReplyDelete
  16. kak Sal;
    Terima kasih atas kesudian...
    Terima kasih atas ucapan...




    Semoga ukhuwah berpanjangan.

    ReplyDelete
  17. munsyi ragbar;

    ....dah 20 tahun begitu. ckLah tetap diberi kelas pangkal dan hujung...kerana 'bahagian' lain 'adik-adik' lain dah rebut dan tempah dulu. ckLah tak reti memilih2...

    ReplyDelete
  18. Salam cikgu,

    Kakak tabik dgn pendirian cikgu. Bukan mudah hendak menjadikan anak org pandai. Bila berjaya kata budak itu memang pandai, tapi bila budak gagal kata cikgu kurang tumpu pada murid tersebut.

    Hanya yang celik hati saja yg tahu. Sebab itu jangan tanya yg gagal tapi tanya yg berjaya kenapa mereka berjaya?..

    ReplyDelete
  19. wah sudah 20 generasi juga cklah mendidik.. pernah terjadi ke mengajar emak dan anaknya? =)

    ReplyDelete
  20. Salam,

    Selamat kembali mengajar! Ah, dua puluh tahun pengalaman, masak dek cabaran. Kebal sudah tangan meraut duri dan jauh sudah mata memandang jarak!

    All the best.

    ReplyDelete
  21. kakZakie;
    Apabila sudah memilih untuk menjadi cikgu (atau pekerjaan apa pun) akan menjadi manis kalau kita memilih untuk 'bekerja dengan seronok'. ckLah tak kisah samada dikenang atau tidak...kerana yang penting, semua amanah ckLah dah cuba lakukan...


    Wallahu'alam.

    Terima kasih atas kata2 kakak...

    ReplyDelete
  22. AimanHadi;
    Dah ada dah....terutama bekas murid yang 'terkawin cepat!' :d

    ReplyDelete
  23. Aliff;
    Ya dik...dan 20 tahun itu di sekolah yang sama. Satu2nya sekolah selepas keluar dari UM.

    ReplyDelete
  24. itulah nasib seorang guru,

    berjaya... alah budak memang pandai

    gagal.... sapa cikgunya?

    apapun kita tetap di sini, tetap ikhlas dengan amanah yang diberi dan dijunjung

    ReplyDelete
  25. slmt kembali bertugas cklah...

    ReplyDelete
  26. Ada rasa teruja tak nak masuk mengajar balik?

    Soklan yang hempeh kan?.. hahaha

    ReplyDelete
  27. itu la dinama kan seorang guru...yg baik semua dari murid,bila buruk semua dari cikgu...sabar yer cklah..!


    selamat kembali bertugas..!

    ReplyDelete
  28. teruskan perjuangan cikgu....

    ReplyDelete
  29. ingatkan ckLah dok cakap pasal pasukan bola malam tadi! hiks

    ReplyDelete
  30. Selamat kembali bertugas buat Ck Lah, juga buat guru2 di M'sia terutama bonda saya. :)

    ReplyDelete
  31. slamat menggalas amanah bangsa dan negara

    berat tuuu

    ReplyDelete
  32. alam ria cuti sekolah sudah habis huhu...


    selamat kembali bertugas cklah :)

    ReplyDelete
  33. Salam cg..
    Tidak berupaya saya melawati blog rakan2 akhir-akhir ini... sekadar menjengok dan menjawab komen...

    Cg, masyarakat tidak menilai ibu bapa atau orang lain bila ada kejatuhan atau kenaikan prestasi sekolah. Begitu juga dengan pihak jabatan. Tugas kita tanggungjawab kita walau apa alasan sekalipun..

    Bagi guru-guru tanggungjawab adalah bagi subjek yang diajar tetapi bagi pemimpin sesebuah sekolah bukan sahaja hal akademik tetapi semua perkara adalah tertanggung keatasnya..

    Bagi guru-guru yang memahami seperti cg, tidak banyak masalah tetapi berapa orang yang seperti itu. Keputusan peperiksaan adalah "hasil" yang datang dari perancangan yang baik.

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum cekgu....

    ape kabor?
    (marah tak aku eja gini gaya?)

    ahaks.





    .

    ReplyDelete
  35. ckLah...

    Minta ajarkan saya untuk bersabar.

    Semakin berusia rasanya apabila mudah tersinggung dgn anak didik sendiri.

    ReplyDelete
  36. Salam, ckLah.
    Selamat kembali berjuang...
    Catatan ckLah ini benar-benar membakar semangat saya...
    Izinkan saya meminjam semangat, kesungguhan, kesabaran, ketekunan, kerajinan dan segala sifat yang baik pada ckLah...
    ckLah idola dan model guru ber'passion' buat saya...

    ReplyDelete
  37. saya lah KP sejarah yang baru..kehkeh..lawak2

    ReplyDelete
  38. SALAM,
    SELAMAT KEMBALI BERTUGAS. TUGAS GURU AMAT MULIA.

    ReplyDelete
  39. ibuintan;
    Tu yang mencabar sungguh tu...kan!

    ReplyDelete
  40. Aku;
    Sangat terujaaaa...okey!


    :D

    ReplyDelete
  41. kakLong;
    Tak kisah lah kakLong...dah memang macam tu dunianya...

    ReplyDelete
  42. mrs azmi;
    Malam tadi ada bola ke?

    :D

    ReplyDelete
  43. Ms Lilies;
    Hahahaha...habis sudah!

    ReplyDelete
  44. Mohammad;
    Yang penting bagi saya.....saya nak gembira bekerja. Yang remeh temeh...saya tak layan sangat. Mudah saja...

    ReplyDelete
  45. tasikM;
    Suka hati kamu lah Diyang!

    :D

    ReplyDelete
  46. Ragbar;
    Orang kata makin tua makin sensitif. Betul. Tapi...biarlah kita ambil sensitif yang positif. Nak merajuk-rajuk...biar pada yang sayang, danyang tepat. Merajuk dengan murid...apa dapat.



    Tak gitu cikgu...

    ReplyDelete
  47. cikguIna;
    Jangan memuji terlalu tinggi di blog ckLah kerana kita hanya kenal di blog. Nanti, sesekali ada tulisan ckLah yang menyinggung....terus merajuk dan tak ingin menyapa di kotak komen lagi (meski selalu menjenguk). Dah ada bebarapa kejadian berlaku selama cklah berblog ini...



    Tapi ckLah tak kisah...sekarang bukan zaman merajuk-rajuk. KAn!

    ReplyDelete
  48. Imanshah;
    Tahniah...boleh kita berkolaborasi dan buat perkongsian pintar...

    ReplyDelete
  49. Luah Fikiran;
    Terutamanya cikgu yang macam abang Di...

    ReplyDelete
  50. Untung sebenarnya jadi cikgu ni...aku pong minat gak..tapi minat je la ..huhuhu....
    jasamu tatap menjadi pujaan hatiku....

    ReplyDelete
  51. abadi romeo;
    Kerja...apa-apa kerja pun ada untungnya. Kan! ckLah menghormati semua bidang kerjaya...cikgu pun, tak semuanya 'macam' cikgu. Sungguh!

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...