(Aksara bewarna ungu adalah pautan dari citra-citra lalu)
Sebenarnya, balik dari melawat dia Sabtu lepas, hati saya agak 'berat' memikirkan dia. Dia kelihatan begitu tegang. Dari air mukanya, saya tahu jiwanya sangat terbeban dengan kerinduaan yang sarat. Tapi, kami pujuk dia. Kami kuatkan dia.
Sebenarnya, balik dari melawat dia Sabtu lepas, hati saya agak 'berat' memikirkan dia. Dia kelihatan begitu tegang. Dari air mukanya, saya tahu jiwanya sangat terbeban dengan kerinduaan yang sarat. Tapi, kami pujuk dia. Kami kuatkan dia.
Bertahanlah anakanda. Cabarannya memang begitu.......
(Memang ada sedikit masalah pada peringkat awal penghijrahan budak yang dulunya jarang bergaul bersama rakan-rakan sebayanya ini (yang buatkan hati ibu ini juga turut merembes). Pergaulan anak lelaki tunggal saya ini memang tak luas sebelum ini. Dunianya hanya sekolah dan rumah....dan keasyikannya adalah kepada komputer dan dunia robotiknya (hingga sampai ke pertandingan robotik peringkat negeri). Selain taekwondo...dia langsung tidak aktif bermain dan bersukan dengan anak-anak jiran atau budak-budak lain. Kerana itulah juga kami terima tawaran ke SBP...supaya dia belajar bergaul. Dan seperti dijangka, pada peringkat awal ini memang ada masalah....tapi, tak perlulah saya ceritakan di sini...)
Dan...
Demi menguatkan ibu menyokong dia...hari minggu ini, kami datang lagi...
Kami bawa dia keluar...jalan-kalan cari angin......
Di 'pekan koboi' pekan klasik ini.....memanglah tak ada Restoren Shushi King atau Old Town kegemaran kamu seperti di tempat kita....
Yang ada...Kedai Roti Canai Ahmad Bacha di celah-celah deretan 'bangunan pencakar langit'nya........
Atau....gerai-gerai soto Jawa yang berlatar belakangkan pemandangan indah diiringi angin sepoi-sepoi bahasa...
Tapi itu bukan masalah kan anakanda? Bukan itu yang kamu cari kan? Ibu sangat faham apa yang kamu fikirkan! Ibu dulu pernah merasa dipaksa melawan segala 'rasa' itu apabila terpaksa tinggal di asrama seusia kamu!!!!
(Gambar minggu lepas)
Ku biarkan anak bujang dan bapanya ini .... meluah rasa yang tersimpul di dada, di tepi muara yang hanya berjarak 800 meter dari asramanya ini...puputan similir bayu petang yang mengelus-ngelus wajahmu itu anakanda....adalah ibarat kasih sayang dan doa ibu yang tidak putus-putus mengiringimu...Ku biarkan bapa dan anak ini....menyelesaikan masalah lelaki.....
Biarlah.....kerana abahnya adalah rakan satu-satunya rakan karib lelaki yang dia ada .....
Sebelum kami menghantarnya ke asrama semula...
"Abah......Nabil dah lama tak solat berjemaah dengan abah!!!"
Haih.....Lama katanya. Baru 2 minggu!!!
Maka.....kami tunaikan 'permintaan'nya....di surau asrama yang luas itu! Jemaah sudah tiada kerana jam sudah pukul 5.20 petang! Lewat, Asar kami!!!
(Saya intai dari ruang solat wanita!)
Sebelum kami pulang....5 orang teman sebiliknya datang bersalam dengan kami, memperkenalkan diri. Semasa kami datang minggu lepas pun, mereka buat macam tu. Seorang demi seorang kami perhatikan....semuanya berwajah jernih!!! Mulus!!!
Ibu bapa mereka yang saya kenali semasa pendaftaran tempohari, kini telah menjadi kawan-kawan baru saya.
"Nabil nak ikut ibu balik ke?" Cuba memancing. Sebenarnya memang dia tak dibenarkan balik pun!
"Tak apalah...ibu datang pun dah okey! Janganlah risaukan Nabil Bu!" Siapa risau siapa, entah!
"Kami ada tugasan 'study group' makcik!" kata seorang rakannya yang bertubuh bulat.
Alhamdulillah...dia sudah mula 'memasyarakatkan' dirinya!
Alhamdulillah...dia sudah mula tahu, apa itu 'berkongsi'!
.
.
Petang ini rakan-rakan sebiliknya berkongsi "Spaghetti Cincai Carbonara" air tangan ibu Nabil di Kantin asrama...memang jelas kelihatannya......mereka kelaparan amat berselera!!!.
.
"Ibu....pesan kat kakak, jangan usik folder-folder Nabil dalam PC tu!" Sempat lagi!.Komputer dia itu juga yang dirisaukannya.....
.
.
.
Barulah ada sedikit senyuman...saat kami mahu meninggalkan dia semula...(setelah abah beria-ria memerah idea cuba buat lawak dan ketawakan lawaknya sendiri ...eh....lawak sedih yang tak berapa menjadi....untuk bagi anak dia gembira!!)
Lega hati bonda melihat anakanda begitu.......
...dan hidung bonda tidak lagi pedih, saat tiba-tiba terkenang kamu!!!!
Alhamdulillah....(Sekadar catatan seorang ibu yang merasai 'rasa' itu)





























.jpg)




.jpg)











