Suka citra @ xiiinam? Terima kasih :D

20100228

Tiada lagi Rappunzel....

Pagi.
"Kan ibu dah cakap, jangan syampu rambut pagi-pagi...tak sempat nak kering!" Ibu berpidato Piala Perdana di subuh sepi'e.
"Tak tahan....panassss!" Itu alasan Nuha, untuk membasahkan kepala. Sehari empat lima kali cuci rambut, sejak akhir-akhir ini.
Terpaksa ambil jalan ringkas...walaupun tak elok untuk rambut si kecil. Demi mengejar masa pagi yang singkat.
Lalu pagi itu.........memandu ke sekolah dalam keadaan bahaya...kerana mengejar pengimbas 'punch card'!
Hampir tergelincir...kurang beberapa saat sebelum keluar amaran bewarna merah.

Tengahari.
"Kenapa merosot matematik ni?" tanya ibu sambil membelek slip peperiksaan.
"Susah nak study...rambut Nuha ni kacau....!!!" Alasan dia, menyalahkan rambutnya lagi.

"Kalau banyak sangat masalah, potong sajalah!" Ibu  menduga.
"OK!" Alamak, dia setuju pula!
"Betul, tak menyesal?"
"Tak kot!"
"Jom....kita potong!"
"Salon mana?"
"Banyak kau punya salon...pergi masuk bilik air ibu!"

Bahan-bahannya...
Sikat rongak.
Gunting ...err...gunting kertas kot (diambil dari kotak pensil Nuha)
Kertas surat khabar secukup rasa.

Sebelum....



Semasa......
Hampir selesai....
Selepas...
(Feyen Baby Doll! Errr...agaknyalah!)
Nuha kata potongan "bob". Entah.....aku ikut imaginasi saja!





Hmmm...jimat duit syampu ibu......

20100225

Sentuhan 'Dunia Batinku'.

 Jarang saya  menonton apa-apa pun yang disiarkan lewat TV kecil di hujung katil yang sentiasa terpasang itu, secara sempurna. Hanya sesekali, mata saya menjeling ke arahnya.

Tapi, malam itu, 'Dunia Batinku', garapan pengarah berkarisme,Jinggo membuatkan bukan saja mata saya tertancap di situ, malah jiwa saya, turut seolah-olah terhenti di situ.

Jerih payah si ibu bersama permata hatinya yang yatim...... benar-benar meruntun deria rasa keibuan saya.

Klimaks kepada rentetan konflik demi konflik plot drama itu, Tuhan tiba-tiba mengambil nyawa si ibu, melalui satu unsur kejutan dalam teknik plot, meninggalkan anak-anak yang seusia 4 permata hati saya, Dia, Diba, Nabil dan Nuha.

Usai urusan pengebumian, si sulung yang kini menggantikan posisi ibu sebagai tunggak keluarga berbisik...

"Mak dah tak ada. Abang dah tak dapat doa dari mak. Mak, abang takut, abang tak kuat!" dituturkan dengan penuh jiwa dan rasa oleh remaja yang pernah menjadi pemegang watak utama dalam filem Mukhsin itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Ibu, abah masak nasi goreng kampung. Sedaaaaaap. Ibu nak makan?" Tiba-tiba Nuha Eiman muncul di pintu kamar. Dalam keadaan ibunya yang sesekali kalah kepada kesakitan yang menggigit pangkal rasa, si bongsu ini memang sering menjenguk kamar ibunya....dan mengambil berat!
.
.
.
.
.
"Ibu nak Nuha bawa ke sini ke?" Suara Nuha sekali lagi. Dari arah belakang saya.
.
.
.
.
.
.
"Ibuuu. Yuuhuuuuuu! Look at me! Ada keropok ni, kakak goreng!" Dia masih di belakang saya. Di ruang pintu kamar.
.
.
.
.
"Ibu!" Suara Nuha menghampiri saya.
.
.
.
.
.
.
.
"Eiiiiiiii...ibu! Nangis? Ahah!!!
.
.
.
.
"Syyyyyyyhhhh!"
..........................................
.................
........
.
.

Dan di hujung montaj, sebagai epilog cerita Jinggo mencatatkan;
" Dan apabila tepejam mata ibu,  hilanglah satu keberkatan si anak di sisi Tuhan. Ya, doa ibu tiada lagi mengiringinya..."
.
.
.
.
.
.
Tuhan...
Panjangkan umurku...
Agar aku dapat terus memayungi dan mendoakan anak-anakku....
Yang masih muda......
Amin Ya Rahman.
.
.
.
.
.
Sungguh....persediaan itu tidak cukup hanya dengan ini...


.....sedang mata itu, kalau memang tiba waktu mahu terpejam, tidak tentu waktunya!





وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
                        (Antara ayat shifa' : Dan apabila aku sakit, maka Dia sembuhkan aku)

CkLah...
.
.
.
.
.

Laa tahzan...Innallah ma'ana!
(Surah An Nur, ayat 32)
Mafhum: Jangan bersedih...sesungguhnya Allah maha mengetahui!

20100222

Pijar!


Rembang petang. Suhu menurun pada bacaan 33.0 darjah celsius.

Menunggu waktu berbuka.
Isnin.


Via MPTI WLAN




20100219

Menghirup aroma Lavender...

Klik gambar untuk besarkan saiz...kecuali satu gambar! He..he..
"Jom kita ke CH!" Kata abah tiba-tiba.
"Yeaaaay!" Reaksi anak-anak. "Kita nak tidur kat hotel mana?"
"Kali ni kita tinggal kat rumah kampung. Kita rasa jadi penduduk gunung!" Kata abah.
"Yeaaaay!!!"

Kenapa anak-anak saya teruja? Mendengar 'rumah kampung' yang dikatakan abah mereka, sebenarnya mereka terbayang rumah sahabat-sahabat kita dari kaum asli ini.....
Putera-puteri remaja saya sebenarnya mengidam sangat mahu bermalam di rumah begitu...berteman suara unggas dan suasana rimba yang asli...(mereka tak tau mak mereka dah puas rasa itu semua). Tapi sayangnya, rumah-rumah begitu hanya terdapat sebelum sempadan Perak-Pahang (Tapah). Saya ada rakan berasal dari Pos 8 Woh...dah lama tak ketemu.
Ini kali ke 4 kami sekeluarga ke sini. Kali ini, kami memilih homestay.

Ada cerita menarik, nama kampung ini demikian, putera saya ini begitu tertarik mendengar cerita pengurus homestay.
Ini rumah pilihan kami. Ada kebun strawberry di sebelahnya. Memang puas hati.
Ini di belakang surau kampung ini...
Ini di celah-celah surau. Kagum dengan ahli kariah surau yang memanfaatkan setiap inci tanah....
Pasti bajanya juga bersih dari sebarang keraguan....
Terima kasih....memberi tempat 3 puteri saya untuk bersujud dengan selesa dan nyaman....
Antara peristiwa...
Model sayur dan bunga...
Masa-masa ria....


Lavender...bunga kegemaran saya.....
Putera dan puteri saya...bermain bunga..heh..heh..
He..he..pose istimewa abah dan anak-anak....
Diba dan Nuha,di hadapan Asrama Islam Taman Sedia...sebelah rumah homestay kami...di belakang tu pokok strawberry....

Berkejar-kejaran bagai ladang teh itu abah mereka yang punya...
Minum teh, sambil tengok teh, sambil bercakap tentang teh...
Nabil dan sambal belacan...bagai lagu dan irama! Tak kira di mana-mana...
Dia saja yang mudah diambil gambar....
Warung Teh di Ladang Teh Bharat....
Ibu dan anak bercanda di kebun anggerik...
Peminat Mawar.....
Teruja...

Masa naik...anak-anak asyik layan filem-filem Jepun melalui pendrive yang mereka bawa.....

Tapi masa turun....semua tidur di belakang...
Hanya abah dan ibu yang berjaga...
Jadi, abah dan ibu pasang ceramah bertajuk " Rahsia Kerukunan Suami Isteri''....dari seorang Ustaz...


Sambil menyuap strawberry celup cokelat putih berperisa jagung.... satu ke mulutnya, dan dua ke mulut ku sendiri...ahaks!




Sambil menuruni bukit, yang berliku.



20100212

Cuti, Limau Mandarin dan Aku...kali kedua!

Ucapan  di atas Cikgu ucapkan kepada murid-murid Cina kelas cikgu,Tingkatan 4 Bestari;     


...Ju Mei, Shuet Ee, Jocelyn, Jia Yin, Connie, Jacqueline, Ai Xin, Kristina ,Jing Ying, Pei Jiun, Li Ern, Tsu May, Ting Fang, Jie Shiz, Chooi Ling, Jing Xuan, Jia Mang........ada yang tertinggal? Cukup 17 kan?


Tahniah juga kerana kamu semua menjadi di antara 76 orang yang mendapat '7A/8A' dalam PMR lalu...dan semoga terus kuat dan gagah dengan semangat harimau!!!! 


Terima kasih...kerana  memahami objektif pengajaran cikgu...dan sentiasa membungakan harapan cikgu sebagai seorang guru Sejarah dan  Bahasa Melayu yang 'kecil' ini......walaupun berbadan besar!


Jadilah bangsa Satu Malaysia yang berharga....sebagai modal insan permata harapan negara! Cikgu sayang kamu semua. Sungguh!


(...yang meraikan Aidil Fitri, Deepavali dan Krismas....tunggu raya kamu nanti ya! Dan kelas yang lain...ucapan cikgu di facebook!) Blog ini hanya sesekali terbuka untuk kamu...kanak-kanak di bawah umur!!!!


Jumpa lagi .....dan cikgu sudah siap semua rancangan pengajaran untuk 6 kelas.....pertemuan Isnin akan datang!!!



Terima kasih kepada yang memberi limau kepada cikgu tadi....
(Imej yang ini diambil dari entri lalu. Klik kisah 'Mabuk-mabuk di tahun baru Cina' cikgu tahun lepas!)


Jing Xuan, limau mandarin berbalut beg kertas ungu itu sangat cantik.Terima kasih. Selamat menjalani rawatan, dan selamat Hari Jadi!

20100211

Mereka....jiwa saya. 'Passion' saya!

Dalam kelas hujung. Tengahari rembang.

Cikgu: Kongres Melayu 2 yang diadakan pada 30-31 Mac 1946, meminta raja-raja Melayu memulaukan Majlis Perlantikan Edward Gent sebagai gabenor pertama Malayan Union. Berapa orang raja-raja Melayu, Tanoosha?

Tanoosha: 11...eh...errr...20 chegoo!

Cikgu: Ada berapa negeri di Tanah Melayu? Cheng, tolong Tanoosha! Kesiaaaaan dia kena berdiri!

Cheng: Tiga!

Cikgu: Cuba sebutkan nama negeri-negeri yang ada di Tanah Melayu. Wida, tolong Cheng dan Tanoosha.... supaya mereka dapat duduk! Kesiaaaaan mereka penat.

Wida: Thailand!

Cikgu: Fifi, tolong Wida! Namakan satu negeri di Tanah Melayu!

Fifi: Jepun cikgu!

Cikgu: Nisha, tolong kawan-kawan kamu! Satu negeri di Tanah Melayu?

Nisha: Ipoh!

.
.
.
.
.
.....antara babak-babak yang saya lalui hari ini. Pengetahuan sedia ada mereka, bukan sekadar minima...tetapi hampir lompang!!!

...dengan antena parabola mereka yang punya kemampuan penerimaan isyarat yang terhad, bagaimanalah saya mahu mengajar konsep yang lebih sukar seperti perlembagaan negara...demokrasi berparlimen dan sebagainya?

...tapi mereka memang begitu.

Dimarah?
...hanya akan membuatkan sisa-sisa minat mereka untuk belajar sirna langsung!

Dileter? Dibebel?
...ahhhh, di rumah, mereka sudah puas dengan leteran, bebelan...kerana kebanyakannya memang punya latar belakang keluarga bermasalah....Di rumah leter. Di sekolah leter. Maka, di manakah lagi sudut tanpa bebelan dalam dunia mereka ini? Dan saya, memang tak gemar membebel...dalam usia setua ini!


Oleh kerana jawapan-jawapan yang 'hek elehhh' tadi...seperti biasa, hari ini mereka berdiri dahulu sebelum saya memulakan tajuk baru. Saya membuka tawaran kepada sesiapa yang mampu mencatatkan fakta-fakta penting yang saya ajari semalam pada papan putih.....untuk membolehkan raka-rakan mereka duduk. (Klik entri 'Jawab Tiga Soalan Dulu') untuk kesinambungan cerita....


...kalau tawaran seperti itu, mereka memang berebut-rebut.

...kerana mereka tahu....dalam beg gedabak cikgu mereka, ada sesuatu!
...mereka tahu, cikgu mereka itu memang suka memberi habuan kepada murid yang menggembirakan dia..........meski hanya sebungkus cokelat Apollo!!!

Ya...kekadang, saya terpaksa meladeni naluri 'ala kanak-kanak purba' mereka....supaya mereka terus mahu belajar dengan saya.


Sungguh! Mahu belajar pun jadilah!!!

20100210

JANGAN! JANGAN KAU UCAP.........!!!

Tolong!!!



Awwwww!!!!
I tak rela you......
Nehi...nehi!!!!



Tak nak!!!
Tak nak!!!
Tak nak!!!


Lari!!!!!!!!!!!!



Tolong....
.....jangan ucapkan 'Happy Valentine Day' kepada saya!
...kerana saya tak pernah ...dan tak akan meraikannya...
Tak akan....



Kenapa ckLah?
Kerana.......klik di sini kalau mahu tahu (belahan cinta saya !!!)

...dan datang sini balik kalau mahu tinggalkan komen!
Sana entri punya pintu hati suuuumua sudah kasi tutup juga! Haiyuooooo!!!!






Mesej buat seseorang:
Saya akan pos balik hadiah 'valentine'itu!!!!! Maafkan saya!!!

20100208

Kelebihan yang luar biasa!




Hari ini gaji bulan Februari masuk.
Eleh...apa yang luar biasanya? Bulan ini ada perayaan besar. Biasalah....

Pihak bank mengirim sms setiap kali gaji masuk.
Eleh...apa yang luar biasanya? Memanglah begitu setiap bulan. Biasalah...

Apa yang luar biasa ckLah?
SMS dari bank pagi tadi.....memang luar biasa....kelebihan dan keterlebihan yang terlampau....
Sebaik membacanya, saya pujuk diri, dan cuba sedarkan diri...walaupun tahu...itu satu kesilapan....Saya cuma diam....tapi apabila sampai di sekolah, beberapa rakan yang punya 'bank gaji' sama dengan saya bising-bising. Mujur kami masih waras dan tahu, itu satu kesilapan.
Apa kesilapan mesej itu?
Lihatlah......


.....angka 0 itu! 9 kali angka kosong itu tak sepatutnya wujud di situ!Dan setelah ditolak hutang rumah, cukai, insurans takaful dan Tabung Haji.....saya masih punya baki bulanan yang membolehkan saya menghantar notis berhenti kerja 24 jam....lalu bersarapan pagi di London, makan tengahari di Paris , makan malam di Dubai.....lalu balik tidur di Teluk Intan......cari pakZahan! Err..walaupun kaya raya,aku tetap isteri yang setia,okey!

Dan sehingga petang ini......belum ada SMS dari bank, yang mengatakan itu satu kesilapan......

Mesej kepada 'operator' bank: Janganlah cuba-cuba memainkan perasaanku membuat kami syok sendiri......kalau tak kuat iman, pelanggan boleh mereng tau dapat sms begini!

20100205

Nak kena sula?

Minah: Cikgu, sebenarnya, kematian Birch tu disebabkan tikaman keris ke...atau disula cikgu?

Mei Li: Sula? Apa itu sula?

Cikgu: Kamu tak pernah dengar perkataan sula?

Mei Li: Ya lorrr? Apa itu sula, ah cikgu?

Cikgu: Mari ke depan, cikgu nak buat demonstrasi sula. Angamah, ambik batang penyapu kat belakang tu, bawa ke sini!

Kelas: Janganlaaah cikguuuu!!!! Ha..ha..ha...

Lalu cikgu mengambil 'marker pen'. Menerangkan maksud 'sula' kepada murid-muridnya yang bukan Melayu. Untuk menambahkan pemahaman akan penerangannya, cikgu melukis gambar proses sula itu pada papan putih.......

........sebagai selingan......

...... kerana cuaca panas pijar tengahari itu menyebabkan antena parabola murid-muridnya agak sukar menerima isyarat....apa lagi mahu mencerna dan menghadam maklumat....

.
.
.
.



...tapi cikgu itu hanya tergamak memilih ayam yang telah disembelih secara halal sebagai model untuk disula. Tak sanggup pula menyula melukis manusia....lalu menjolok dari belakang..............nanti jadi isu sensitif....cuaca tengah panas ni!!!!!!!
Disula, lalu disalai...


.
Selepas muridnya faham...cikgu memadam imej itu, dan meneruskan proses p&p.......hingga loceng berbunyi!!!!




Ini entri kedua saya pasal terpaksa lukis gambar ayam pada 'white board'! Anda disarankan agar klik aksara bewarna ungu itu kalau belum baca citra itu....terutama cikgu-cikgu yang nak tulis buku rekod!!!

Saban petang.

Rutin. Setiap hari.

Masa: 18:30
Tempat : Dalam perut XIIINAM.
Lokasi : Di perkarangan hadapan sekolah Diba.
Perkara: Menunggu Diba keluar dari sekolah sesi petang.
Keterangan:
Sambil membaca novel ganas.....

Dan menyelak-nyelak mengklik-klik akhbar dalam talian...serta Laporan Bursa Saham  BSKL...
Dan mengintai-intai blog sendiri...melalui telefon cap ayam ku......




Serta......membuat entri pendek ini.....
.
.
5 Minit.
.
.
Siap?
.
.
Dah.
.
.

Klik 'publish post'!


.................Sekian...................



Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...