Hari Kantin semakin dekat.
Isnin semalam, setiap kelas menerima agihan modal RM150.
Sekolah menetapkan sasaran setiap kelas mendapat untung jualan RM1000. Ya, dari RM150 itu.
RM150=Modal.
Nak jadikan RM1000?
Hujan, ribut, taufan atau gempa bumi sekali pun, peranan guru kelas yang tanpa kemahiran berniaga langsung inilah untuk memikir dan memainkan cara...di celah-celah kesibukan tugas ko-bisnes, mengajar di kelas..
Gerakkan ahli kelas!!! Cari sponsor!!! Alhamdulillah, saya dikurniakan murid-murid yang 'terang hati', mudah bekerja sama. Soal sponsor dan modal tambahan, selesai.........setelah beberapa kali bermesyuarat, merancang,
Minggu ini pengetua membenarkan kelas-kelas yang ingin membuat jualan kecil-kecilan (pra-hari kantin) untuk mencairkan modal yang RM150 itu.
Oleh kerana pelajar Islam kelas saya hanya 4 orang, jadi cikgu kelaslah kena masak.
Menu? Oleh kerana majoriti ahli kelas saya bukan Melayu, terpaksalah saya memikirkan menu yang mereka (remaja) suka.(walaupun saya tak suka). Ikutkan hati saya nak buat laksa Johor...tapi, nanti saya seorang yang makan!
Jadi.....
Pagi ini saya bangun jam 03:00. Bersilat dan bersilap mata di dapur. Tepat 07:00 tinggalkan rumah.
Bawa periuk ke sekolah.
Dibantu anak-anak buah saya.....pada waktu rehat.
Modal Barang = RM45 (ditaja oleh cikgu kelas dan beberapa murid)
Kutipan Jualan =RM88
Modal terkumpaul=RM240
(campul jualan Ais Pong masa Merentas Desa tempohari) Alhamdulillah.
(campul jualan Ais Pong masa Merentas Desa tempohari) Alhamdulillah.
(Harap kamu semua bersedia untuk berjuang hari Sabtu ini!)
"Cikgu aaaa, itu hari kan, saya ada pergi tengok orang meninggal rumah Melayu punya. Mereka ada letak duit dalam jag macam ini. Tapi mereka ada letak beras maaaaa!" Tegur seseorang.Ha..ha..ha...cikgu tak sempat cari balanglah sayang. Guna sajalah jag yang cikgu dapat hadiah sukantara dulu. Baru buka bungkusan tadi!
"Cikgu, murid kelas sebelah mahu order spaghetti untuk esok. Bolehkah cikgu?"
"Errrr....esok grup fruit punch dan ais pong. Jumaat ckgu tak buat, cikgu takut bangun lambat!!!"
.
.
.
Tak ada respon. Mereka tak perasan (tak faham langsung) apa kaitan Jumaat dengan bangun lambat! Ahaksss!
"Semua order, cikgu akan layan hari Sabtu...tapi harga cikgu kasi mahal sikit. Hari ini test market saja! Jual murah!"
Esok grup Ais Pong dan Fruit Punch ambil giliran menambah modal!
Fuh....kalau pagi tadi saya perlu bangun 3:00 pagi untuk memasak 5 bungkus spaghetti.....
Hari Sabtu....tak tidurkah saya untuk menyediakan sekurang-kurangnya 10 bungkus?
Siapa nak pinjamkan BIBIK malam Sabtu ni?
Satu malam saja!
Tunjuk lagi sekali kalau ada sesiapa nak datang...
Cari vendor kami....Iratseb IV Foodies Cauldron.....(IV Bestari)
(Kami akan berseragam kemeja T wana putih/ungu Bertulis 4 Bestari.
(petang ini baru mahu ambil di kedai percetakan kemeja T)
Macam-macam ada...makanan, pakaian, bahan mentah, pokok bunga dan anak benih, alat-alat jagaan diri, barang dapur, barang mainan, bazar buku (satu dewan), Rumah Hantu, Tayangan Filem....dan entah apa lagi...

(Terima kasih kepada bekas pelajar dan murid-murid kelas lain yang telah memesan Pizza melalui FaceBook! Kami akan penuhi semua pesanan!)
Kepada semua murid 4 Bestari...terus gunakan segala kemudahan untuk mengiklankan menu anda kepada rakan kelas lain dan sekolah lain....terutama facebook masing-masing!)







































