Petang tadi ambil dia di asrama.....
Nak rakam wajahnya di usia 13, selepas bersalam dan berpeluk cium dengan abah dan ibu sebaik kami bertemu tadi......tapi yang seorang ini, memang sukar amat mahu diambil gambar!
"Alaa....berdiri betul-betullah...janganlah tutup muka!" Kata abah.
"Nak gunting rambut. Rambut dah panjang!" Katanya apabila memberitahu kami dia mahu balik. Alasan.
Kedai gunting rambut di bawah surau dekat kebun abahnya ini juga yang menjadi pilihannya...kalau tempat lain, jangan harap dia nak masuk. Apatahlagi kalau tukang guntingya bukan Islam.
"Tak maulah orang tak bayar zakat pegang-pegang kepala Nabil! Abah dah bayar zakat untuk kepala Nabil ni tau...ha..ha...ha.." Itu alasannya! (ada maksud tersirat dalam gurauannya itu!)
Tiada sambutan meriah pun. Lepas Maghrib, kami baca Yaasin bersama-sama. Memohon keberkatan dari-Nya, seperti kebiasannya....berserban merah di hujung itu, suami saya. Serban hitam nampak separuh, anak teruna...serta 3 anak dara kami yang bertelekung (Ibu...? Sedang curi-curi ambil gambar dengan telefon cap kapak Diba.
(Ini gambar lama, semasa membaca Yaasin di hari jadi Diba Januari lalu...gambar tadi sensored)
Menjelang Maghrib tadi, alunan suara jantannya melaungkan azan kedengaran lagi, setelah beberapa minggu ketiadaannya di rumah.........Sesungguhnya, suara itu sangat ibu rindu!Makan malam kami malam ini berlauk daging batang pinang salai bercicah air asam, telur dadar, sup cendawan, sayur kacang buncis ikan masin dan sambal belacan bersama ulam 'baby carrot', disediakan secara
Potong kacang pun tak ada seni..panjang pendek...suka hati...Yang penting, licin!!!.
Tengahari tadi, daging batang pinang beku dinyah fros sebelum diperap, untuk disalai sebelum Maghrib......dan dicicah air asam !
Kek hari jadi memang tak ada. Kalau untuk si bujang seorang ni....janganlah ibu ngada-ngada nak sediakan kek hari jadi. Nanti kita kena batang hidung balik....macam tahun lepas....Tengahari tadi, daging batang pinang beku dinyah fros sebelum diperap, untuk disalai sebelum Maghrib......dan dicicah air asam !
"Bu....birthday cake tu untuk budak-budak perempuan saja ...Untuk Nabil, tak payahlah berkek-kek ..." Katanya.
"Daripada beli kek, tapi tak ada orang jamah...baik kita goreng sukun...cicah sambal kicap!" Kata abah!
Sambil mencuci pinggan tadi, saya uji anak bujang saya itu ....
"Bill....minta maaf lah ya Bill. Kalau di asrama....makan minum semua terurus saja kan? Semua tepat ikut masa. Kalau di rumah....ikut sempat ibu je...kadang-kadang lewat. Kadang-kadang beli. Kadang-kadang ibu masak ringkas-ringkas saja!"
"Alaaaa ibu ni....kalau kat rumah, ibu masak dengan kasih sayang. Tu yang best!"
"Habis....kat asrama?"
"Huh....makcik kat dewan makan tu...sambil masak sambil pot pet pot pet...mencaaaarut je kerjanya! Sebab tu lauk dia kurang 'umph'! Masak tanpa 'soul'! Tanpa roh dan jiwa!!!"
"Heleh...pandai lah kau!"
Saya pandang dia.
"Kenapa tenung Nabil?" Dia hairan.
Saya pegang dagunya......
"Eh...eh.....anak ibu ni dah ada janggut...." Saya terkejut....
"Ha...ha...janganlah usik bu! Ini tanda-tanda awal bakal munculnya seorang da'ie...." Katanya bergurau, sambil mengurut 2 helai rambut kasar berukuran 1cm di dagunya, menghiasi wajahnya yang mirip
"Amin!" Berkat hari Jumaat ni.
Semoga Allah merahmatimu anakanda.





































