Suka citra @ xiiinam? Terima kasih :D

20100520

...misi memburu helaian kertas terakhir!



Lampiran skrip drama sebabak
Judul : Memori Di Atas Tangga.
Prop: Tangga Sekolah.
Pelakon : Itu budak, Itu budak Punya Kawan, Lain Punya Budak, Ini Cheguo.

(10 minit , ya, 10 minit selepas mengutip kertas jawapan di bilik peperiksaan, berselisih bahu dengan sekumpulan murid kelas hujung buah hati saya di tangga sekolah.)

Itu budak : Cheguoooo? Suda mark ka saya punya paper cheguoo? Bole kasi lulus ka cheguoooo?

(...soalan itu hanya dijawab dengan jelingan tajam sang cikgu, dengan kutukan di dalam hati. "Cis, sewel punya soalan. Macamlah skrip dia je aku nak hadap! Baru 10 minit dah sibuk tanya!")

Beberapa saat berlalu. Sang cikgu sudah di atas tangga. Itu budak, nuuuuuuun di bawah tangga.

Lain budak : Haiyuooo, itu cikgu aaa....stress punya jam kalu, muka baanyak asam juga. Lain jam kalu, hati baanyak manis punya!

Itu budak punya kawan : Iya lorrrrr!!! Sangat horror maaaa!!!

Ini cikgu : Hah...ngumpat...ngumpat!!! Cikgu potong markah nanti! (menyergah dari tangga punya atas atas tangga.)

Itu budak dan lain  budak punya kawan : Ta daaa laa cheguoooo, haiyuoooo!!! Banyak tajam juga dia punya telinga!!!


(Tirai dilabuhkan)


Sekadar imej prop pentas yang dicadangkan. (Ha..ha..)



Justeru...
Dek rentetan tuntutan itu...
Kepada senor, senora, senorita, tuan-tuan dan puan-puan  punya jari yang mengakses xiiinam751.blogspot.com...
Maaf kan ku andai kau merasai kekurangan nafkah  kasih sayang dariku...
Kerana sehari dua ini, ada cinta lain yang perlu ku ulit siang dan malam...hingga titisan darah dakwat terakhir..

Nokia E90 ku pun ditutup untuk lebih konsentrasi...

(Ayat perasan ckLah tu!)
Maafkan ckLah ya...tak sempat bertepuk tampar dan berhura-hura...

Pecah kaca pecah belas...
Dah pecah....ambil gelas lainlah ckLah...
Tak berblog sehari dua, bukan kerana malas ...
Bukan juga kerana  culas...
Tapi....dek ada sesuatu yang digalas....
Nanti cukup haulnya, budimu tuan akan ku balas...
Ini bukan entri yang last..

......

20100518

Sandwich kurang kalori....

"Ibu...mana scrambled eggs Nuha?" Nuha bertanya.
"Ibu tak buatlah, ibu buat telur dadar saja tu!" Jawab ibu.
"Alaaaaaaaaaaaa...Nuha bukan nak makan nasi lemak. Nuha nak makan dengan roti!" Kecewa bunyinya.

"Ngengadelah Nuha ni. Dah ibu masak nasi lemak susah-susah tu, makan sajalah" Diba mencelah.

"Orang tak boleh makan nasi lemak. Banyak kalori!" Jawab Nuha sedikit tinggi nadanya.

"Diba tolong buatkan adik telur hancur tu sikit!" Cadang ibu.
"Tak payah layan bu. Biasa tu, tak bersyukur!" Diba juga terus keras.

"Tak apalahhhhhhhhhhhhhhhhh. Nuha makan je apa yang ada!" Nuha separuh merajuk, mencapai dua keping roti, lalu membuka pintu peti sejuk.....suka-suka dia gunakan istilah 'apa yang ada'. Macamlah tak ada apa-apa di dapur tu!


Beberapa detik kemudian.


"Ibuuuuu...kenapa kaya ni masam?" Nuha menjerit.

"Ha..ha..ha...itu bukan kayalah sayang. Itu asam jawa!" Ibu tak tertahan.

'Yarrrrk!"

"Eloklah tu.....sesuai untuk orang on diet. Kaya tu kan banyak kalori!" Perli Diba."Kan...dah kena timpa daulat ibu!!!!"

"Dey, tangachee...tau baca ka tatau baca kalu?" Dia menyambung lagi dengan ayat lebih 'berhantu', tak puas hati melihat adiknya senyap tanpa respon. Berbaur dengki. Dari semalam saya perhatikan dia macam ada 'unfinished business' dengan adiknya itu.


...dan saya biarkan saja dulu si adik mendebik kakak. Kakak membalas debikan adik. Adik membalas. Lalu kakak mengejar adik. Itu belum kira mulut mereka lagi tu....


......pengadil hanya muncul kalau babak mula keluar set.

"Diba, nampak comelllllll sangat Diba gaduh dengan adik. Nampak keciiiiik je!" Perli ibu.

"Emmm...terima kasih...terima kasih....!" Respon penuh perasan.

"Berapa beza umur Diba dengan adik?"

"Lima tahun je....!" Jawapan tanpa perasaan.

Tak kuasa ibu...gaduhlah dulu!

Tengahari nanti, ibu bawa pergi kenduri kahwin cikgu kakak Dia, eloklah tu...

20100516

Monolog seorang murid tentang cikgunya, dan seorang cikgu tentang muridnya...

 Catatan peribadi yang panjang ini bukan tentang acara sambutan hari guru di sana sini . Jangan baca andai anda tidak gemar menyusuri  teknik plot dan gaya bahasa cerita-cerita di xiiinam. 


Prolog- buat cikgu;
Mengimbas kembali semua insan yang banyak menjadikan saya seorang manusia.....seberapa banyak, saya cuba kenang semuanya, semampu kotak ingatan saya...Saya memang sentiasa cuba menjejaki mereka...dan apabila dapat bertemu semula, ada satu perasaan yang sukar digambar terbit di hati.

Saya rindu akan semua cikgu saya.....lalu saya telah menemui sebahagian mereka. baru-baru ini..
Hari ini, saya mahu menulis tentang beberapa guru saya...samaada yang masih hidup atau yang telah pergi....satu-persatu. Antara mereka yang pernah meraih rasa 'cinta' saya...kepada ilmu, dunia hingga akhirat...dan faktor mereka terpahat di jiwa saya!

Cikgu Mahmami Alias, guru kelas saya semasa darjah enam , yang saya jejaki dalam facebook. Beliau mengajar saya semasa baru keluar dari maktab...30 tahun duluuuuuuu. Kini beliau menjadi Penyelia Kanan Sukan di PPD Kinta Utara.

Tak sangka, cikgu masih ingat saya....
Ustazah Asmah, guru kelas saya masa saya tingkatan 1, tiga dekad lalu, yang saya temui dalam majlis 're-union' sekolah akhir tahun lalu. Telah bersara...dan bahagia bersama cucu-cucunya..
Cikgu Mohamad Hani, guru kelas dan guru Matematik saya masa tingkatan 3. Saya temui dalam majlis yang sama.....dan sekarang terus berhubungan melalui facebook. Cikgu Hani juga telah bersara....
Cikgu Wan Hassan Wan Man, guru BM dan Sains Tingkatan 1. Saya temui dalam majlis yang sama. Juga telah bersara...
Cikgu Zaitun Ahmad (guru Sains Rumah Tangga yang rapat dengan saya, meski beliau digeruni murid lain-depan), dan cikgu Wan Zaharah, cikgu Sains Tingkatan 3, yang saya geruni...kerana saya pernah pecahkan tabung uji dimakmal...dululah cikgu ya, sekarang sangat mesra!!! (belakang). Kedua-duanya telah bersara...

Yang paling istimewa, Puah Hajah Nafisah Ariffin (bertudung cokelat)....ibu guru yang percaya melantik saya sebagai Ketua Pelajar....dan banyak membentuk saya menjadi orang dari tingkatan 1 hingga 6 atas!!!! Telah bersara...tetapi menyambung pelajaran ke peringkat sarjana!!!
Ustazah Fatimah Othman, guru kelas saya masa tingkatan 5. Pengganti mak saya di asrama. Curi gambar dari facebook ustazah yang pengikutnya mencecah 4 angka!!!!






Cikgu Ismail Zain, guru tuisyen Sejarah dan Pengajian AM saya semasa tingkatan 6, guru yang menjadikan saya jatuh cinta dengan Sejarah...dan menyuntik keinginan mahu menjadi cikgu!!!. Beliau kini Dr. Ismail Zain, menjadi pakar motivasi yang sesekali saya lihat di TV, serta media cetak dan Pensyarah Cemerlang di Institiut Perguruan Ipoh...

Saya 'capture' dari laman sesawang institusi itu...

Semua profesor kesayangan saya semasa di UM, Tan Sri Dato' Professor Emeritus Dr. Ismail B. Hussein Dato; Prof Emiritus Dr Khoo Kay Kim, Datuk Prof Dr Ramlah Adam, YB Datok Prof Mahadhir Md Khir, Prof Dr Rahman Shaari, Prof  Dr Rahmah Bujang, Datuk Prof Emiritus Dr Nik Safiah Karim, Dato' Prof Emiritus  Dr Asmah Hj Omar.....nama-nama besar di dunia pendidikan, Sejarah dan bahasa Melayu, dan yang lainnya yang pernah saya timba ilmu mereka di dewan kuliah!!! Ya...saya sangat bertuah menjadi pelajar kepada nama-nama besar, yang telah melahirkan saya, seorang cikgu kecil berbadan besar..!!!!!.





Kepada guru-guru yang telah pergi....doa saya sentiasa mengiringi....semoga roh mereka diletakkan dalam golongan orang yang bertaqwa....

Antaranya.....
Allahyarham Ustaz Hamid, guru bahasa Arab saya...dari tingkatan 1 hingga 5. Saya sangat menyayangi ustaz...tanpa ustaz,saya tidak akan mampu memahami maksud ayat-ayat Allah di dalam Mushaf yang Khaliq...dan setiap kali terkial-kial payah cuba memahami ayat-ayat al-Quran, pasti saya teringat akan ajaran Ustaz.
Keadaan ustaz yang sangat uzur, ketika diziarahi bekas anak-anak muridnya awal tahun ini......
Sadisnya...berita saya tahu dari facebook rakan-rakan sekolah saya setelah beberapa hari beliau pergi....
Dan kini...............ustaz telah pergi....dijemput Illahi...... Innalillahiwainnailaihi roji'un..................


Ustazah Sitiawan, yang telah pulang ke rohmatullah selepas menderita akibat barah...


Allahyarham Cikgu Mohamad Radhi....guru Bahasa Melayu saya semasa tingkatan 5......guru yang telah menjadikan saya seorang pecinta Bahasa Melayu.......
Saya ambil dari facebook . Mohon izin cikOwn!

....juga kepada semua bekas guru-guru saya.....semua!!!
Dari darjah 1 hingga universiti!
SELAMAT HARI GURU!!!!
..................................
Adegan- TIADA!
Kepada yang klik ke xiiinam untuk mencari adegan-adegan sambutan hari guru.....maaf.
Tiada cerita!!! Sila ke blog cikgu lain yang seronok berhari guru!!!
....................................


Epilog-buat anak didik;
Mei 1991-Mei 2010.
Kali ke 20 saya 'kena' meyambut hari guru. Tahun ini, entah....tak begitu teruja rasanya. Secara jujurnya.......saya seakan mulai bosan dengan acara-acara sambutan begini...saban tahun! Entah!!! (Maaf kepada penganjur...bukan salah anda. Ini masalah saya sendiri,)

Rasa tak layak saya sambut hari guru tahun ini, kerana dari Januari hingga April, jumlah kehadiran saya tidak penuh. Ada beberapa kelas yang kekadang saya tinggalkan......kerana urusan peribadi di hospital. Ada juga beberapa hari yang saya hadir, saya terpaksa mengajar sambil duduk......dan P& P menjadi tidak begitu berkesan. Agaknyalah....................kesian mereka!

Mengajar sambil duduk, adalah satu 'penyelewengan' buat saya. Kecuali kalau dah mengandung bulan ke lapan dan ke atas... Kesian mereka......dapat cikgu yang kurang memberangsangkan! Cikgu akan ganti masa itu, anak-anakku! Masa itu hak kamu!

Nak menyambutnya pun tak berapa teruja.....nak buat entri tentang sambutan itu pun, apatah lagi...

Alaaah...ceritanya lebih kurang sama saja setiap tahun. Cerita-cerita syok sendiri. Macam tahun lepas......kalau nak ulang cerita klik entri hari guru tahun lepas saja.........

Beginilah keadaan meja saya setiap kali hari guru....yang diambil dari entri ini....
Tapi, bukan itu yang cikgu harapkan dari kamu.......wahai murid-muridku......
Namun terima kasih atas semua bingkisan, pemberian, sms dan ucapan buat cikgu melalui sms atau facebook...ya cikgu suka ucapan-ucapan Satu Malaysia ini..


Dan terima kasih juga kepada yang datang mengunjungi cikgu di sekolah dan di rumah. Antaranya...sekumpulan bekas murid tingkatan 3 Magenta (Rancangan Khas) yang cikgu ajar pada tahun 2003, mereka datang  minggu lepas..
"Kamu belajar di mana sekarang?" Tanya cikgu.
"Saya UM cikgu!"
"Saya dengan dia di UKM"
"Saya UiTM cikgu!"
"UUM!"

Sejuk jiwa cikgu mendengarnya.....

Jujur, cikgu tak dapat mengingat nama dan cerita kamu semua, tapi dua orang di kanan dan kiri cikgu itu, dan yang berseluar biru di tepi itu adalah pelajar jurusan Perubatan di UKM.....

Ya anak-anakku...itulah sebenarnya yang cikgu harapkan.

.......seorang cikgu besar kecil berbadan besar di sebuah sekolah cemerlang!


20100513

Sebuah Sikuel: Sedutlah ....

Sedutlah.....hisaplah semahumu...
.......wahai Drakula!!!
.......wahai tukang sedut!!!


Kerana aku sudah terbiasa berbisa-bisa
Hingga tak mampu berbasa-basi........alah bisa tegal biasa!
Biasakan yang betul...betulkan yang biasa!!!

Ya..ini hanya prosedur biasa saja...2 minggu sekali!
(Tunggu sengal di lengan hilang, baru boleh mengetuk pintu rumah anda)



Salam dari Jabatan Patalogi HTI, sedang menunggu giliran untuk sesi konsultasi






Entri sikuel di sini








Sent Via Celcom Mobile

20100512

Selamat bertempur......

Malam ni kena siapkan juga! Nak tukar dan ubah suai beberapa soalan saja lagi, setelah 4 hari mencipta soalan peperiksaan pertengahan tahun. Esok sudah tarikh akhir.

Lepas makan, dan berkemas seadanya...buka netbook dan menerap atas katil. Badan terasa malas untuk terus duduk membuat kerja di atas kerusi. Ahh...di kamar sendiri, suka hatilah nak menerap atau melangkup...Bukan ada siapa yang tengok....

Cuma....dia di hujung katil.

"Tak apa ke abang duduk sini, ni?" Dia bertanya.
"Tak kisah.....duduklah!" Ada nada tidak ikhlas sebenarnya dalam ayat itu. Tapi, takkan nak suruh dia duduk di luar pula. Ada sebab dia tak mahu memasang TV di luar....Ya lah, esok Nuha periksa....Abah tak boleh tengok TV depan Nuha...tapi, kerana minat sangat dengan badminton....terpaksalah mengadap TV cap kapak di hujung katil kamar kami.

Mmmmmm...biarlah dia. Saya teruskan kerja saya.
Memerah keringat idea untuk membina item pentaksiran yang bermutu.

"Aisey.....'semis'lahhh...apa tunggu lagi!!!" Dia menunjuk tangan seperti gaya Karam Singh Walia ke arah TV. Macamlah Hafiz Hashim nampak aksi dia.

"Alaaaaa...dia biarkan shuttle tu buat apa!!! Lemb*bnyaaaa!!!" Dia menumbuk telapak tangannya sendiri.
Suara Hasbullah Awang tenggelam timbul dengan suara dia.

"Hah...macam tulahhhh!!!!"
"Hah...cantikkkkk!!!"
"YEs...kasi hantam sama dia!!!!"
"Alamaaaaaakkkk...service over lah pulak!!!" Ada sedikit goyang kesan gegaran pada katil kami!
"Hadooooi.... dah 20-15 ni Fiz ooooiiiii....Janganlah buat malu!" Dia berdiri. Menyingsing kain pelikatnya hingga ke lutut.


"HAH....18-21...HABIS LAH KAU HAFIZ!!!!!!"  Dia menghenyakkan punggungnya ke atas tilam, lalu meninggalkan kesan gegaran pada 3.5 pada skala ritcher pada katil kami.

Saya tak pedulikan dia.
Soalan sudah siap. Sebelum mencetaknya, saya harus semak dulu satu persatu.
"ABANGGGG!!! Tengok ni.... dalam soalan Sejarah saya ada nama Hafiz Hasim  Ni.......abang punya pasal lah ni!"


"Oppps! Iya ka? Sorry...sorry....lupa awak tengah buat kerja sekolah!"

'Tulah susahnya kalau medan lain lain ni!" Kataku, tanpa sengaja.

"Tak apa...kejap lagi kita bertempur di medan yang sama!"  Katanya lalu ke bilik air.

"Kekanda di medan peeeerangagggg...
Adinda di medan seniiiii...
Sama-sama berjuang..
Sama-sama berbakti....."

Terdengar suara lirih-lirih bernyanyi...di bilik air.


"Abanggg...tukarlah lagu lain! Hujan turun nanti!"


"HHHMMMMM.....shajhe shukhe shuke ...hujhan laghi besh....he....he...he..." Dia menjawab sambil bersugi gigi.


(Nasib baik dia tak gila bola!)

20100509

Tenangkah jiwa itu...

Dalam usia melebihi 40, seorang ibu yang terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan secara berjadual sepanjang hayatnya kerana mengidap sejenis penyakit sejak 2 tahun lalu, tidak menyangka dirinya berbadan dua.....setelah anak bongsunya berusia 10 tahun. Dia tidak menyedari, bahawa janin sudah mula terbentuk di dalam rahimnya.....sehinggalah dia tiba-tiba mengalami simptom alahan sebagaimana yang sering dialaminya setiap kali hamil...Dia tidak menyangka dia hamil, kerana 'perlindungan' yang digunakan sejak 10 tahun lalu sentiasa dipercayai.....dan tidak pernah diragui.

Tapi kuasa tuhan mengatasi segalanya....

Ibu itu dinasihati doktor supaya tidak meneruskan kehamilannya, atas faktor-faktor keselamatan. Ibu itu tepaksa menghentikan semua ubat yang diambilnya....supaya tidak menjejaskan kandungannya, dan dalam masa yang sama, tiada jaminan ke atas kesihatan batang tubuh ibu itu....andai tidak meneruskan ubat-ubatannya....

Namun ibu itu tetap berdegil. Baginya, yang di dalam tubuhnya itu adalah anugerah Allah.

Dengan kuasa Tuhan juga, kandungan ibu itu mulai menunjukkan masalah, apabila sudah masuk minggu ke 8. Ibu itu mengalami pendarahan....dan apabila dirujuk ke doktornya, ibu itu memang tiada pilihan lain.

Setelah suaminya menandatangani surat operasi...ibu itu menjalani proses D&C.....
.....dan selama beberapa hari itu, emosi ibu itu menjadi kurang stabil (maaf andai termenyinggung sesiapa)
.....dan selama beberapa hari itu, setiap malam ibu itu masih terganggu oleh mimpi-mimpi sedih....
.....dan selama beberapa hari itu, setiap malam ibu itu masih terganggu oleh mimpi-mimpi ngeri...
.....dan selama beberapa hari itu, setiap malam ...begitulah....

Bayangan bayi pelbagai rupa.....sentiasa mengganggu tidurnya. Mimpi-mimpi itu berlarutan saban malam, hinggalah habis tempoh berpantang....apabila ibu itu dapat kembali menunaikan solat, membaca ayat-ayat suci dari mushaf yang khaliq.....dan bermunajat di waktu dinihari Alhamdulillah, jiwa dan rasa ibu sudah kembali tenang kini.....dan meredakan segalanya! Semoga Allah sentiasa mengampuni dan melindungi ibu itu....dan semoga roh anak itu.....sentiasa mendoakan kesejahteraan ibunya di dunia dan akhirat!


Alangkah....
Alangkah...

Alangkah yang kehilangan janin yang belum sempat diberi nyawa sebegitu cara pun boleh membuat ibu itu kesedihan dan sedikit tertekan......

Apatah pula perasaan 'ibu-ibu enggan'.....yang tergamak mencampak bayinya di sungai, meninggalkan di longgokan sampah, mengepamnya di dalam lubang tandas dan....ahhhh!!!

Apakah masalah mereka benar-benar selesai?
Adakah anak-anak terbuang itu akan mendoakan ibunya, kelak?
Apakah perasaan mereka di hari Ibu ini?
Dan ....dan apakah?
Apakah...?
Apakah....tidur malam mereka bisa tenang tanpa gangguan mimpi ngeri?
Entahlah....semoga mereka akhirnya mendapat maghfirah dan petunjuk dari yang Khalik!

Maaf...saya paparkan petikan video ini juga...sempena Hari Ibu yang masih disambut di sana sini.




Salam....

20100506

Teknologi Vs Cikgu!

(Entri ke dua hari ini. Demi melawan rasa demam yang tak dapat ditentang oleh sistem imun badan yang kurang mantap.)

Tingkatan : 5 Gigih (kelas ke 4)
Tajuk : Menganalisis Drama Jangan Bunuh Rama-Rama - Noordin Hassan (ULBS)
Kumpulan : Sheril Aisyah, Sathia dan Soo (1 Malaysia)

Kumpulan gigih seterusnya....bersungguh-sungguh mereka menyediakan bahan pembentangan menggunakan perisian power point.

Seorang ahli kumpulan memulakan pembentangan....
"Aiyyaaaak! Ini bentang ke baca maaaaaa? " Bantahan 1.
"Ah Soo aaaaa, buku kasi turun lorrr!" Bantahan 2.
"Gunakan bahasa Melayu dengan betul......Ah Soo, turunkan buku!" Cikgu menghentikan perbalahan. Lebihnya dia, tak kisah dipanggil Ah Soo oleh cikgu dan rakan sekelas.

Pembentangan diteruskan....

Sedang asyik mendengar pembentangan, tiba-tiba komputer usang Hak Milik Kerajaan terganggu....
Ini perkara biasa.....bagi cikgu.
Cita-cita mahu mengajar menggunakan kaedah ICT memang sentiasa membara demi menyahut dasar kementerian. Tapi...beginilah.....kemudahan di sekolah kami, sebuah sekolah premier, tidak semewah sekolah lain....Selain makmal dan beberapa bilik khas, kemudahan LCD tidak begitu mudah dicapai! Hari ini saya bawa mereka ke auditorium, setelah seminggu menempah bilik.

Ahli kumpulan terus panik. Beberapa 'juruteknik' bidan terjun kelas cuba memberi bantuan. Saya sengaja biarkan mereka menyelesaikan masalah.....
Sengaja mahu lihat sejauh mana kemampuan mereka...menghadapi saat-saat cemas...err...sebenarya cikgu yang cemas.....(hi..hi)
Masa berlalu......saya tidak boleh biarkan terus. Terpaksalah cikgu mengeluarkan netbook peribadi kecil cikgu dari tas tangan untuk dihubungkan dengan LCD.....dan membiarkan tangan-tangan kasar itu mengerjakan netbook kesayangan cikgu - antara barang peribadi kesayangan yang memang cukup 'pantang' kalau diusik oleh orang lain, apatah lagi murid-murid ( sehingga bekas cap jari memenuhi skrin ) Adooooooi!!!!
Tapi.....demi sebuah pengajaran yang berkesan....terpaksalah . Murid kini........akan cepat bosan andai cikgu cuma mengajar berpusatkan guru, berdiri di hadapan kelas...bercakap...bercakap...bercakap...menggunakan kaedah 'chalk and talk'!


...dan cikgu Bahasa dan Sejarah biasa seperti saya....yang memang tak akan boleh mengharapkan laptop percuma dari kerajaan kenalah
Eh...salah taip.
Kami bawa netbook peribadi ke sekolah, bukan untuk membuat kerje-kerja peribadi
Eh...salah taip lagi. Ampun!



Pengajaran diteruskan dengan perbincangan dan latihan....

Begitulah......kisahnya. Sekadar...peristiwa biasa dalam kehidupan seorang guru...

Maaf kepada pelajar-pelajar dan guru-guru (kalau ada) yang klik google untuk mencari bahan tentang drama "Jangan Bunuh Rama-Rama". Anda tak dapat apa-apa pun di sini.........seperti banyaknya klik ke xiiinam dengan kata kunci drama (entri) 'Cempaka Berdarah' tempohari.

Blog xiiinam memang bukan blog yang ideal untuk dijadikan sumber rujukan yang tepat......


Jangankan mahu membunuh rama-rama.......di sini, sesungut rama-rama pun tidak terlihat.






20100505

Sehari dalam selera Jawa...

1 Mei. Hari pekerja. Cuti.
Hari tanpa memasak....
Pagi. Keluar rumah. Jalan-jalan cari makan. Diiringi rembesan titisan hujan pagi.
Lokasi, tak jauh dari rumah 'pertama' saya di Taman Ros. Lama sudah tidak berkunjung ke 'tempat jatuh lagi dikenang' ini...di sinilah kalau mahu kenal Jawa Teluk Intan berkumpul....
Nasi Ambeng pilihan ibu....atas daun pisang tu...RM3.50 sebungkus. (Ibu kongsi dengan abah)
"Ibu....takkan makan nasi berlaukkan mi goreng?" Komplen si bongsu.
Anak-anak Jawa saya yang tak tahu nikmatnya nasi ambeng....memilih nasi lemak ikan bilis. Main daun pisang lagi...RM0.60 sebungkus.
Dan sambal udang...
"Sedaplah nasi lemak ni. Nasinya, sambalnya...rasa macam ibu buat!" Komen Diba.
Ha..ha..ha...nasi lemak orang Jawa, memang macam tu.



Tengahari....oleh sebab pagi perut sudah diasak dengan nasi, makan tengahari kami memilih soto Jawa. RM1.50 semangkuk.
Disulami cendol dan ABC..... (ibu tak sentuh pun)
Berhampiran Jeti Bagan Datuh....yang indah permai....tempat orang Jawa bersantai. Kalau orang tu cuba berbahasa Melayu pun, kita dapat kesan keJawaannya...kerana ada telor Herman Tino dan Abon dalam omongannya.



Dan malamnya....
Kenduri di rumah saudara ckZahan.....meski hidangan bukan nasi ambeng, tapi cara menghidang masih cara kenduri orang Jawa...
Sambal tempe campur suhun dan 'lengkung merah o' tetap ada. Air? Teh O tawar!!!

Kaum lelaki di bangsal luar rumah, dan anak-anak dara serta makdara bersimpuh ayu  di dalam rumah. (yang tak reti bersimpuh ni anak dara JAWA saya!)





Dan malam itu...dialog dalam mimpi saya pun menggunakan bahasa Jawa halus....antara sedar dan separa sedar.........

Gambar  hiasan mimpi sahaja!






Kulo wangsul ndisek yo! Keluputanku......


Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...