Suka citra @ xiiinam? Terima kasih :D

20100630

Duyung sudah di air....

Masih rasa terapung-apung...jadi, tak ada cerita lain....
Kursus LADAP- Slot 'Water Confidence', sekolah saya.
Bermula dengan aktiviti pengenalan...acah-acah air!
Hinggalah dicampak ke tengah lautan....

Renang berirama...ha..ha...ha..

Kayaking de Pangkor....
Setelah melalui aktivisi lasak di tengah samudera.....di bawah pengawasan para jurulatih profesional dari Pusat Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Perak.....
Kami diarahkan pulang ke bilik masing-masing, bersedia untuk acara malamnya.....
Tapi......kami buat acara sendiri.....
Menguasai kolam resort.....ibu-ibu tak sedar diri ceria!

...sampai pengunjung lain, tak seorang pun berani mendekati kolam itu....takut dengan kumpulan kaum ibu yang begitu sopan santun dan ayu dalam kolam...ha..ha...

"Dah..dah...dah...dah senja. Naik ya puan-puan!" Hah! Dengar tu.....amaran!

Bos kami yang prihatin dan penyayang....sedang memberi makan anak-anak buah yang kelaparan selepas berendam....di tangga bilik resort beliau....kek keju dan kek cokelat dibuatnya sendiri! Kelihatan tangan-tangan anak buahnya besimpang siur di atas tangga...ha...ha..

Ini kek blueberry yang dibuat sendiri oleh pengetua kami yang memang pandai masak, pemurah dan suka menjamu orang......yang kami kerjakan malam itu! Pengetua kami akan bersara 7 bulan lagi. Tapi tenaganya, mengalahkan remaja belasan!
Dan ini....apam yang dibuat oleh senior kami yang juga sudah hampir bersara...Kak Jijah yang sentiasa peka dengan adik-adiknya yang sering kelaparan..ha..ha..

ckLah ni..apa hal asyik pakai cermin mata hitam sampai dalam kolam ni?

Ha..ha..ha....saya terlupa bawa cermin mata putih saya. Mata tua ni, mana boleh tak pakai cermin mata.....cermin mata hitam ni ada power.....boleh nampak bukan-bukan. Ha..ha..
Hek Elehhhh ckLah.....tak ada cerita lain dah ke?  Ada berapa siri lagi ni? Tak larat orang nak bacalah cklah oiiiii!!!!!


Err....ada 211 siri lagi. Boleh tak?



Ha..ha...

20100625

Pelaung!!!

Usai sudah satu agenda.

Sudah menjadi tradisi, majlis Hari Anugerah Sekolah saya memang diketahui sebuah majlis yang penuh protokol. Dan sejak 19 tahun lalu juga, setiap kali majlis ini berlangsung, cikgu tua ini akan memegang tugas yang sama...Ya tuan-tuan dan puan-puan....19 tahun memegang tugas yang sama...sebagai "pelaung", kata aruah datuk saya...dia menggelar begitu kepada orang yang pegang mikrofon dalam majlis.


Memastikan perjalanan majlis mengikut protokol dan masa, bersama semua AJK yang tidak kurang penting peranan di bahagian dan kepakaran masing-masing. Juruacara cuma penggerak majlis yang terakhir.



Melaung nama seorang demi seorang diiringi irama Gamelan.......sambil muka kontrol senyum untuk memastikan suara yang dilontarkan juga manis......walaupun mata sudah tidak berapa nampak....ramai sangat weh! Ini baru separuh dari penerima anugerah PMR...57 0rang yang mendapat straight A's. Sila klik gambar untuk lebih jelas, mana tahu ada nama waris yang anda cari-cari selama ini tercatat...ha..ha...

Begitu, begini, begitu, begini...sampai usai.



Bukan murid cemerlang saja dapat anugerah......cikgu cemerlangnya pun dapat juga untuk yang mata pelajaran diajar dapat 100% dan menunjukkan lonjakan saujana.....dicatat sekali gus dalam satu sijil...sebagai langkah berjimat cermat seperti disaran Kementerian....ha..ha..ha..ha...ha..ha..ha.....
 Ah.....yang penting, murid cikgu berjaya...kan..kan.kan.....!

"Kakak kan, kalau tengok orang tergedik-gedik menari, kakak mesti terbayang gundik-gundik raja zaman Melaka dulu!" Komen anak sulung saya, Dia, yang bertali pinggang hitam Taekwondo itu.



"Elehhhhhhhh...mana ada gedik! Itu lambang kesopanan gadis Melayu, apa?" Diba membidas pendapat kakaknya.



Kerana....


Dia salah seorang yang dituduh tergedik-gedik oleh kakaknya itu....haih! (Baru 14 tahun...ibu benarkan! Itu pun di sekolah saja! Dah besar nanti...tak boleh dah, tau!)




Dia dan Diba...dua anak dara saya yang apabila berkolaborasi boleh menghasilkan satu hidangan nasi goreng yang sedap, tetapi sebenarnya banyak berbeza dari pandangan dan minat mereka!!! 
Seorang Taekwondo...seorang tarian!!!





...mahu balik lekas, menyiapkan bagasi untuk memulakan pengembaraan!
...saya mahu keluar dari Tanah Besar Semenanjung!


20100624

Berulang tandang

Tahun 2001 dulu, balik dari kenduri di Kampung Gajah, kami singgah ke sini...

Masa itu, ibu mereka yang terkinja-kinja mahu singgah...sedang anak, belum tahu apa-apa pasal sejarah. Saat ibu sedang asyik meneliti rentetan peristiwa 3 dimensi di Terowong Sejarah...anak-anak sibuk memanjat tangga, berlari ke sana ke mari, dan menyentuh itu dan ini....Nuha pun masih dalam dukungan abahnya....Nabil masih budak lelaki berambut panjang!
(2001)

Minggu lepas kami ke mari lagi, juga dalam perjalanan balik dari kenduri di Parit.. Nuha sudah pandai berlari-lari meninggalkan abah, kakak-kakak dan abangnya di belakang. Bagaimanapun, untuk ke dua-dua tarikh....ibu tetap di hadapan, dan mengambil gambar.
(2010)



Dah pandai bergaya pun....


Tiba-tiba menjadi sopan santun....simpuh gadis Melayu...

ckZahan dan anak-anaknya sedang asyik memerhati jam anak panah yang diletakkan di atas replika pahar, yang bergerak dengan bantuan tenaga solar, berlatar belakangkan Sg Perak...tempat Birch di bunuh.
Di dalam sana, tak dibenarkan merakam gambar....inilah Terowong Sejarah di Kompleks Sejarah Pasir Salak. Tak sampai 40 KM pun dari Teluk Intan.....

Muzium.

Masa datang tahun 2001 dulu, ibu rimas dengan dialog anak-anak ibu;
"Ibuuuuu, cpatlahhhhhh...buat apa tengok lama-lama!" kerana mereka belum belajar Sejarah.

Masa datang minggu lepas, ibu rimas menunggu mereka, dan asyik melontarkan dialog;
"Eh...anak-anak ibu ni, boleh cepat sikit tak......tengok sikit-sikit udah le!"

.....anak-anak cikgu Sejarah yang meminati History Channel ini....kalau datang tempat seperti ini, jangan harap mau sekejap! 

Sampai kena halau oleh Mak Guard di pondok pengawal..........

"Dah dekat pukul lime ni.....masa keghoje saye dah habeh dah...idokke gheti-gheti nak balik?" Katanya dalam loghat Perak, dengan raut wajah mencuka, sambil menutup pintu pagar dengan kasar, di hadapan pelancong-pelancong asing yang jauhhhhhhhh dari Teluk Intan itu. He..he...

...dan sampai dalam kereta, anak-anak itu masih tidak puas hati dengan layanan Mak Guard itu!
"Kita bayar tiket masuk, apa?" Mereka merungut. Tak sempat mahu mengambil gambar di sekitar, dan menaiki bot menyeberangi Sg Perak yang bersihdan luas itu...

"Kita yang salah...pukul 5 tepat baru nak keluar....." Kata abah menenangkan mereka.



"Tulah kakak lama sangat tengok pameran!" Kata Nuha, yang belum pandai menghayati bahan pameran.
Hingga kehilangan mood untuk terus jadi model ibunya lagi....masam mencuka!


....mengalahkan buah asam gelugur yang dijemur buat asam keping tu!

20100620

Drama hujung cuti...

Penghujung cuti.
Peristiwa yang sama akan berulang.
Masa itulah mahu bertanya itu dan ini dengan ibu.
Macam mana nak buat rumusan folio ni bu?
Macam mana nak buat karangan ni ,bu?
Kat mana nak cari fakta ni bu?
 Ibu boleh carikan maklumat tentang itu dan ini tak ibu?
Abah, tolong hantar Nuha ke rumah Fiqah, nak pinjam buku!
Abah, dakwat printer habis, nak kena print sekarang!!!

"Tulahhh...! Suka sangat buat kerja last minute!" Ayat yang sangat biasa diucapkan ibu itu, di penghujung cuti begini.

Semalam, aktiviti 'cuti-cuti sakan' diakhiri dengan menghantar Ateh ke Majlis Sambut Menantu di rumah mertuanya, Kg Belanja, Parit, Perak. Kenduri di rumah perempuan dah cerita dalam entri lepas.
Seusai majlis, anak-anak cikgu Sejarah mahu singgah di Kompleks Sejarah Pasir Salak, Panjang le ceghitenye...tunjuk satu gambor udohle ye! Nanti keluar tajuk karangan pulak!!!

Hari ini, Nabil kena kembali ke asrama. Sunyilah rumah. 2 minggu ini, pagi kami dimulakan dengan suara gemersiknya melaungkan azan Subuh.....mulai esok, tiada lagi suara itu di rumah. Azan di asrama sajalah.(Dia antara Mu'azzin di asramanya)

"Ibuuuuu, nanti tolong buatkan sambal tutok. Kawan-kawan Nabil suruh bawak!"
"Kalau tak bawa tak boleh?" Ibu menguji.
"Mana boleh buuu. Nanti masa makan, terkenang-kenanggggg kat sambal tutok tu!" Dia membodek.

"Oooooooooooo, terkenang kat sambal tutok saja. Bukan terkenang ibu dia!" Ibu merajuk.

Sambal tutok? Apa tu?
'Tutok' dalam bahasa Jawa bermaksud ketuk. Tapi ejaannya yang tepat tak ada kerana sebutan 'Tt' nya lebih keras dari bunyi huruf jawi "Tto". Setakat ini, setahu saya hanya bahasa Jawa dan bahasa TAMIL yang ada verbal ini.

Nak buat sambal ni, bukannya susah pun.

Rupanya memang buruk. Tapi, itulah yang selalu dikenang Nabil saat merantau. Sesuai dimakan bersama nasi putih, ubi rebus atau pulut. Tempat paling sesuai memakannya adalah atas pangkin pondok pinggir sawah...Ha..ha..


Dan, cadangan untuk tidak ikut serta menghantar Nabil kerana banyak kerja yang perlu disiapkan, tidak menjadi kerana ibu tak sampai hati.....


Dan dalam perjalanan menghantar Nabil, ibu masih mahu mengeluarkan sisa-sisa sireh pinang harta karunnya....
"Tu lah buuuu, suka buat kerja last minute!" Eh..macam pernah dengar ayat itu. Tapi biasanya, ibu yang cakap.

"Ibu bukan buat kerja last minute! Tapi, ibu buat kerja lambat!" Diba, seperti biasa mahu menyokong ibu, tapi tak berapa menjadi kerana ayat hujung kurang sedap!
.
.
.
.
.
"Tuppeware bekas sambal ni, jaga elok-elok. Jangan hilangkan. Esok-esok  kalau ibu datang asrama, ibu nak ambik balik!" Kata ibu saat mahu berpisah.

"Ooooooooooooooooooo, risaukan tuppeware saja. Bukan risaukan anak dia!" 
Service Over!!!
2 sama...ibu kena lagi!!!




20100618

Lelaki-lelaki itu ...

Lelaki 1
Pak Ajis. Sejak isterinya meninggal hujung Syawal lalu, siapa lagi yang diharap untuk mencurah kasih sayang, kalau tidak anak menantu dan cucu......2 anak dara saya ini, antara cucu yang diharapkan menghiburkan Tok, yang kini segala gerakannya perlu dibantu...sementelah, jarak rumah kami tak sampai 1 KM pun...

Itu pak mertua saya dalam usia 98....yang kekadang kenal saya, yang kekadang menjawab;
 "Entah siapa aku tak kenal...", apabila saya mengusiknya;
 "Apak kenal saya tak?".
Kadang-kadang dipanggilnya saya Mak Aji, kekadang dipanggilnya Ustazah...kekadang dipanggilnya Misi!!! Dan kekadang....dia lupa bahawa isterinya telah pergi .....lalu kekadang, ada yang terpaksa berkata begini, "Makan sikit tok, lauk ni sedap, opah yang buat tau!" , untuk membenarkan dia menjamah walau sedikit makanan.....Makanannya juga terpaksa dikisar.......kembali seperti 'dulu'! Dulu-dulu....! Dalam usia ini, apak tidak mengidap apa-apa penyakit, Alhamdulillah.......melainkan pelupa dan kurang mendengar....

Begitulah putaran hidup ini....masa tua saya nanti, belum tentu lagi bagaimana! Semoga anak-anak terus mengasihi saya...meski saya sudah kembali tidak berupaya, hinggalah tiba ke alam sana....

Lelaki 2
Pak Ni. Bapak saya juga semakin uzur kondisinya.....mujur beliau masih punya isteri yang bersemangat Tun Kudu!!!

 Bapak memang agak uzur sekarang. Tapi masih mampu bermotorsikal atau  memandu kancilnya dalam jarak dekat terutama ke Masjid, dan kenduri-kendara di rumah jiran-jiran sekampung. Sesekali, bapak masih diminta membuka 'pengajian' selepas solat berjemaah di masjidnya, sekiranya beliau sihat.

Banyak juga saya menulis entri tentang bapak, di bawah tema "Ayah bonda" contohnya entri tentang tanah perkuburan ini

Moga Allah sentiasa merahmatimu bapak!


Lelaki 3
Pak Zahan.

Errr....tak ada cerita apa-apa tentang dia kerana memang tak ada apa-apa....segala kelebihan dan kekurangan tentangnya tersimpan erat di sudut qolbu isterinya!

Dia bapa anak-anak saya...
Eh...silap gambar. Maaf Dato'.
(Ini cinta pertama saya...tapi dia tak kenal saya walau sezarah! Hi..hi..)










Yang ini baru betul.............





Lelaki ber 7
Lelaki-lelaki muhrim saya yang telah menjadi bapa...
Sengaja saya letakkan gambar bapak yang ini. Gambar ketika bapak tiba-tiba sesak nafas dan menangis saat sedang memberi tazkirah kepada anak-anak, menantu, dan cucu-cucunya di pagi Aidil Fitri....kebiasaan kami sekembali dari Masjid, sebelum bersalam dan bermaafan...dan di sekeliling bapak, adalah 7 'permata' lelaki bapak yang semuanya telah menjadi bapa-bapa belaka.......

Itulah abang-abang dan adik-adik lelaki saya...dibuktikan dengan misai yang sama...



Semoga Allah mengasihi kalian....
Selamat hari Bapa untuk semua bapa yang bertanggungjawab!

(Yang tak ingat tanggungjawab...pergi main jauh-jauh!)




20100615

Dia Anugerah Berharga Buat Kami...

Sewaktu saya sampai ke rumah mak semalam, sebenarnya saya terfana dengan apa yang sedang mak buat....
Nampak gambar mak di sebalik asap yang saya paparkan dalam entri semalam itu?
Nak cerita semalam, panjang sangat.
Rupanya, mak bukan sekadar mahu membakar sampah....
Mak mahu membakar sesuatu...
Mak marah benar....

Mak nak bakar siapa?

Nantilah...cerita lain dulu. Sebagai penguat plot cerita sambil menunjuk-nunjuk.

Mak saya...hanya seorang wanita desa biasa.
Mak pernah terima anugerah ini...kerana titik keringatnya membina keluarga...


Mak juga pernah terima anugerah ini...kerana hasil jerih payahnya 'membahagia dan memakmurkan' keluarga......

Tapi...............itu semua anugerah ciptaan manusia......
Lebih dari itu...mak dianugerah 10 anak...

....yang kini berkembang menjadi 63 orang....

Sebenarnya....ada anugerah lain yang mak patut dapat.....kalau ada kategori itu.

"Anugerah Wanita Warga Emas Paling Perkasa!"

Ni...Sang batik sepanjang hampir dua meter ini, mak yang bunuh. Putus kepala ular ini yang sedang asyik membelit ayam dara peliharaan mak, hanya menggunakan sebatang buluh!!!
 (3 gambar di bawah, saya ambil dari entri  lama saya)

Keberanian dan keperkasaan mak...dikagumi cucu-cucunya...

Anak dara perempuan mak yang ini.....huhhhhh....bergaya depan kamera...dan tunjuk berani pada anak saudara yang kecik depan ular dah mati...bolehlah!!!! Nama saja Guru Kelab Taekwondo Sekolah...

Oooooooooops, melalut pulak ceritanya....

Berbalik kepada intro tadi..

Siapa yang mak nak bakar?


Suku sakat makhluk lidah bercabang ni lah.....

Bangkai biawak!!!
Tak sanggup saya merakam gambarnya.....kerana ada sesuatu memual di tekak sebaik melihatnya!!! Yang ini saya ambil dari internet!!!

Ya...biawak yang baru ditetaknya hingga terbarai perut!!! Wajah hampir tidak dapat dikenal pasti....

Mak memang pelihara banyak ayam....
Dan biawak, ular serta musang...adalah musuh mak.
Mak marah sangat lah tu...hingga dia bertekad mahu membakar...Selalunya dia tanam. Tapi, mungkin tenaga tuanya sudah terlalu letih untuk menggali tanah.

Dulu, masa bapak masih sihat dan gagah, sekiranya datang musuh begitu, bapak akan terus mencapai laras senapang patahnya. Sekali bapak memicu senapangnya, kalau tidak tepat di dahi biawak....pasti terburai perut makhluk menerap tu! Tapi sekarang, bapak sudah uzur. Lesen senjata apinya pun sudah diserahkan semula ke Balai Polis. Tenaga Tun Kudu maklah, yang mengambil alih tugas-tugas bapak.

Nasib baik kami sampai semalam...
Lalu suami saya mengambil cangkul...dan mengkebumikan menanam bangkai biawak itu. Tak jadi mak bakar.


"Laaaaaaa, kok tak jadi dibakar! Bapak dah cadang nak buat kuah asam tadi, nak mencicah!" Perli bapak apabila mendengar cerita itu. Gurau sebenarnya. Senyum bangga dengan keberanian isterinya.

Ya mak.....Anugerah Tuhan Paling Berharga Buat kami.....adalah mak!!!

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...