Minggu lepas, beberapa blog bercerita tentang sesi mengambil buku laporan kemajuan anak di sekolah masing-masing. Macam-macam istilah digunakan. Hari Kad Pelaporan, Hari Pelanggan, Hari Bertemu Waris (
bunyinya macam mau membahagi harta pusaka...he...he) Seronok saya membaca pengalaman ibu bapa di sekolah anak.
Kali ini, cikgu pula mahu cerita perkara sama, dari sudut penglihatan cikgu
Kalau di sekolah saya, program ini dinamakan
'SESI DIALOG'
Prosesnya memang lama. Dan segala-galanya cikgu buat sambil
mencuri-curi masa di antara tugas-tugas lain yang tak boleh ditinggalkan, terutama mengajar di kelas. Lepas peperiksaan, cikgu ambil masa untuk memeriksa kertas.....
tak kira di mana. Kertas objektif, boleh masukkan dalam 'mesin' memeriksa, tapi kertas esei? Jadi cikgu, kena pandai-pandai
curi masa.
Kalau tidak, berblog pun tak sempat.
Kemudian, pulangkan kertas kepada murid dan menyemak jawapan. Semak lagi. Dan semak lagi. Sampai murid puas hati. Maklumlah, murid sekarang kan.....kan...kan...!
Kemudian merekod, seterusnya SU Peperiksaan memproses markah.....
curi masa di celah-celah masa mengajar.
Kemudian, cikgu kelas memindahkan data ke buku rekod individu murid. Sambil memasukkan juga pelbagai rekod dari pelbagai fail seperti rekod kehadiran, disiplin, bacaan NILAM dan lain-lain. Ya, masih lagi
curi-curi masa di celah masa
makan mengajar untuk lakukan kerja-kerja perkeranian begini. PASTIKAN TIADA KESILAPAN yang boleh menyebabkan ibu bapa tidak berpuas hati....terpaksa curi
pisang masa.
Cikgu perlu mendalami dan mengenali setiap muridnya betul-betul sebelum bertemu ibu bapa.
Pernah terjadi kepada saya, ibu itu bercakap tentang anaknya, sedang saya bercakap dan membayangkan murid lain. Ha..ha...ha...mana nak ingat semua. Lagipun, masa itu saya ganti cikgu kelas lain yang tak hadir...
Tiba harinya, bertemu pelanggan. Ibu bapa murid-murid tingkatan 4 Bestari sangat prihatin. Yang bersetuju untuk datang
22 orang suami orang. (Tapi, ada yang bawa isteri masing-masing. Aiseyyyy!!! He..he..). Namun yang datang 29/32 penjaga murid kelas saya. Jenuh juga 'melayan' seorang demi seorang. Penat cikgu kontrol
ayu macho!!!
Alhamdulillah. Selesai sudah.
Di kelas saya, 4 Bestari, memang tiada apa-apa masaalah. Semua murid kelas saya adalah murid cemerlang yang mendapat 'straight A' dalam PMR. Dan prestasi mereka masih cemerlang dengan PNG keseluruhan yang masih 3-4. Masalah disiplin pun tiada. Syukur, semuanya memudahkan kerja saya. Kebanyakan ibu bapa mengucapkan terima kasih kepada saya sebagai guru kelas, mewakili guru lain, dan menyatakan harapan mereka terhadap saya sebagai cikgu. Saya akan pegang itu!
Tapi, saya pernah juga menjadi guru kelas hujung....yang masaalahnya pelbagai.
Biasanya, kehadiran ibu bapa murid kelas hujung, memang sangat kurang memberangsangkan. Mereka tak ambil kisah pun. Sebahagiannyalah. Sebahagiannya, mungkin kerana kekangan waktu disebabkan tugas lain. Tapi, kesian anak-anak ini.
Antara dialog-dialog yang sering kedengaran dalam sesi dialog.
Cikgu: Emmm, encik...nampaknya prestasi anak encik, ada sedikit kemerosotan kali ini...err....(Begitu cikgu menyusun kata agar tidak menyinggung rasa.)
Suami orang : Tapi cegoo, dia punya abang, baaaanyak pandai cegoo... Boleh skor semua A. Dia punya uncle ada sowrang doktor juga. Lagi satu worang dia punya uncle, peguam juga! Lagi itu...bla...bla...bla...
(Hmmm...cikgu mahu berdialog pasal anak dia yang itu, dia cakap lain pulak. Pelanggan lain menunggu tu!)
Cikgu : Nampaknya, si Nano ni kena lebihkan latihan matematik di rumah lah ya Puan. Masih belum lulus lagi nampaknya ni. (Sekali lagi cikgu menyusun kata, agar si pendengar tidak tersinggung.)
Mak orang : Kenapa jadi macam tu cikgu? Kat mana silapnya? Anak saya ni rajin. Kat rumah saya tengok dia study sampai lewat malam. Kelas tuisyen, semua subjek saya hantar. Kerja-kerja rumah, saya tak bagi dia buat cikgu. Saya nak dia study je. Jadi, kat mana silapnya cikgu? Macam mana cikgu matematiknya mengajar cikgu?"
Cikgu : Nampaknya, pencapaian Bahasa Inggeris si Nona ni agak lemah. Nona kena lebih rajin membaca buku-buku bahasa Inggeris dan.....err... ( Cikgu memerah idea untuk bercakap tanpa menyinggung perasaan si bapa.)
Suami orang : Isk...saya pun tak faham lah cikgu. Saya tak boleh terima cara budak nowdays belajar. Saya dulu, kalau tak faham saya mesti ask my teacher, cikgu. Disiplin tu penting cikgu!!!Everyday, I read English book, cikgu.. Kat sekolah, I speak English dengan kawan-kawan saya cikgu. Tiap hari saya mesti tambah my vocabolary. Dictionary tu boleh kata tak pernah lepas dari tangan saya cikgu. That's why, I mahir Inggeris ni cikgu! Yang penting berani, tu cikgu. Tapi, budak-budak nowdays.....bla..bla..bla.. Apa yang tak ada cikgu? Internet, astro..semua saya bagi, tapi...bla..bla..."
(Aisey...cikgu mahu berdialog pasal anak dia. Dia cerita pasal dia pula. Pelanggan lain tunggu tu!)
Cikgu : Puan, ini rekod prestasi anak puan. Nampaknya, prestasi si Nini ni kurang memuaskan setakat ini! (Sukar cikgu mahu memilih kata, agar tidak menyinggung si ibu.)
Mak orang : Itulah cikgu. Saya dah berbuih mulut nyuruh dia study. Maiiiiiin je kerjanya. Hari-hari dok bergayut telepon dengan kawan. Dialah harapan saya cikgu. Dah lah abahnya entah ke mana-mana. Saya kerja cikgu. Mana saya sempat nak tengok-tengok dia. Abahnya, sesuka hati je cikgu. Nak balik balik. Tak nak balik tak balik. Asyiiiiiik sangat kat rumah yang sana tu. Dah dapat bini muda, langsung tak ingat anak bini. Makan pakai anak dia tak kisah dah cikgu. Saya nilah yang terkangkang terkobak cari makan bebudak ni. Balik rumah sesekali, taunya nak........##@#$%$##........tuuuuuut.....Oooooooooooooops! Cikgu kena potong dialog ini!!!
(Haih.....takkan cikgu kena jadi kaunselor rumah tangga pulak. Pelanggan lain ramai yang tunggu tu.)
Cikgu : Err..ini prestasi anak datin..... (telefonnya berbunyi)
Mak orang : Err..nanti kejap ya cikgu. Ada panggilan masuk pulak...Err...Haluuuuuuu....ya..ya Datin Wanabe ni...bla...bla...bla................... Err..apa cikgu cakap tadi?
Cikgu : Ini laporan........anak...er........................ (telefonnya berbunyi lagi)
Mak orang : Alah...sorry cikgu, berbunyi lagi henpon saya...kejap ya cikgu! Haluuuuuuuu...ya Datin Wanabe ni..bla..bla..bla...........................Kat mana kita tadi cikgu?
Cikgu : Ni ha, kad laporan anak datin. Datin tanda tangan pada ruangan penjaga ni. Bolehlah datin bawa balik. Nanti bolehlah tengok sama-sama dengan dato' ya datin. He..he..he.. (Kata cikgu, sambil kontrol ayu.)
Mak orang : Cikgu...ni tengoklah katalog tudung ni. Cikgu ambik bawak balik. Saya boleh bagi cikgu diskaun. Banyak pesen terkini ni.
Cikgu: Errr...minta maaf datin, lain kalilah ya....ramai lagi kawan kita tunggu tu . Saya tak pakai tudung bercorak bebunga fesyen macam gini.
(Haihhhhhhhh. Sempat lagi tu!!!! Pelanggan lain tunggu.........dengan wajah makin mencerlang, garang! Cikgu takut!!!.)
Cukuplah 5 dialog ya. Nanti cikgu kena saman pula....
Amaran: Errrr....dialog adalah diubahsuai dan ditokok tambah sesuka hati penulis.
Kesimpulannya...
11:00 hingga 1: 00, cikgu melayan ibu bapa di sekolahnya.
11:00 hingga 1:00 juga, sekolah anak cikgu juga mengadakan sesi dialog.
......dan Cikgu akhirnya tak dapat pergi ambil kad laporan anak-anak cikgu sendiri....kerana cikgu 'terrrpaksa' menyibuk mengisahkan kad laporan anak-anak orang. Macam tulah cikgu.
Bak komplen Nuha;
"Ibu ni, anak kera di hutan disusukan...tapi anak sendiri...errr...err....ngeeee....!!!" Nuha tidak jadi meneruskan kata-katanya sebaik melihat mata sepet ibunya yang
terjegil.
.......mujur, Dia dan Diba satu sekolah dengan ibu mereka. Jadi, saya kenyit-kenyit mata dengan cikgu kelas mereka, dan lihat rekod prestasi dari laci SU Peperiksaan saja. Tak payah
sesi dialog. Hari-hari dah terlebih
dialog. Kita bersesi monolog saja.
Antara
suami-suami orang yang hadir....(cikgu sempat meronda kelas lain nak 'skodeng'
suami orang!)
Ooooooooooooooooops!!! Err...eh....ini
suami siapa? Dari belakang macam kenal!!!!!!!!!! Kenal sangat!!!
Err...yang tengah tu Dia, puteri sulung saya. Maknanya, itu
suami kepada ibu Dia lah......!!!!
Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!
(Nanti kat rumah kita berdialog ya bang!!!!)
(Psst: Persoalan siapa 22 suami orang yang bertemujanji dangan saya dalam entri sebelum ini, hendaknya terjawab sudah....Err.....Pak Zahan ada tu!!!! Jangan main-main!!! Ha..ha...)