Suka citra @ xiiinam? Terima kasih :D

20101129

"Nak lempang?" Soalku. "Bukanlah, lempeng!" Jawabnya. "Ooo, hujan-hujan ni, tak berapa dengar!"



.....ya lah, apabila dapat peluang menjadi suri rumah sepenuh masa begini, masa memang penuh. Betul tak ibu-ibu sekalian? Kan! Kalau boleh, ckLah memang mahu duduk di rumah begini terus...tapi tak boleh!


Cuti begini, terlalu banyak 'tarikan' di rumah. Jarang duduk mengadap netbook. Gajet kecil yang selalunya menjadi teman itu pun entah ke mana-mana. Rasanya ada bawah bantal, dengan bateri tak bercas.


Musim hujan sekarang. Dengan hujan turun berpanjangan, dengan guruh dan kilat sabung menyabung, saya tak berapa berani mahu mengakses internet. Takut nanti WiFi saya KEBABOM! Innalillahi........na'uzubillah!


Musim hujan sekarang. Dengan hujan turun berpanjangan, dengan guruh dan kilat sabung menyabung, dengan talian streamyx yang diarahkan 'TUTUP' oleh ckZahan kepada anak-anak (dan ibu anak-anak sekali lah tu!), dengan siaran ASTRO yang terputus-putus...............dengan kerja sekolah yang memang tak ada langsung buat masa ini... apa kah lagi yang sedap untuk dilakukan? Hah. anak-anak?


Lalu segala perhatian tertumpu ke atas meja di pojok dapur yang bercat merah strawberry dan hijau epal..


....dan lewat jendela kaca yang agak suram itu, aku melihat  titis-titis hujan masih membasahi teritis rumah, sambil menikmati aroma lempeng kelapa dengan kesan-kesan hangus yang tampil dengan auranya yang sukar digambarkan... bersama mereka yang dicintai.



Ah....hujan menjadikan aku tiba-tiba terasa lebih romantis saat menjamah dan mencecah .........lempeng dan sambal sardin itu!






Eleh...lempeng kampung macam tu pun nak tunjuk!






**Cerita miang sebelum ini ditarik balik demi ketenteraman awam peribadi. Terima kasih kepada yang telah menunjukkan reaksi.




:D

20101128

Cuti : Masa Mendidik Anak Sendiri Pula...


Proses P&P di rumah kali ini, saya fokuskan kepada anak ke dua saya, Diba.

Mengaji dan memperkasakan tajwid dan taranum, masih berterusan setiap kali lepas Maghrib. Macam dalam entri ini.

Menari Memasak, InsyaAllah...dia sudah boleh diharap. Setakat puding mudah, makanan barat yang biasa dan lauk-lauk ringkas, anak gadis berusia 14 ini sudah boleh buat. Antaranya pernah diceritakan dalam entri ini.

Membuat aksesori hiasan diri dan kraftangan mudah, dia juga sudah boleh...seperti dalam entri ini.


Cuti kali ini, dia diajar menjahit pula. Sementara kakaknya sedang bertungkus lumus dengan SPM, dia diajar satu lagi kemahiran rumahtangga yang perlu ada pada seorang remaja perempuan.

Setakat mencantumkan kain batik atau kain pelikat menjadi kain sarung, dia sudah boleh. Kali ini, mahu ajar yang lebih rumit lagi.

Teori sudah diajar. Tunjuk cara juga sudah dibuat.

Tibalah masanya, dia diberi 'assignment'!

Tajuk Tugasan : Baju Kurung Kedah.

Dia dibelikan kain kapas yang murah.

Perjanjian sudah dibuat. Dia harus melakukannya sendiri...dan tidak dibenarkan langsung mengganggu ibunya yang sedang berblog untuk bertanya.

...dari mengambil ukuran badan, memotong kain...




...saaaaaaaaaaaaampailah...


.....siap!!!



Sekali lihat....seperti tiada apa-apa masalah pada baju Kedah pertamanya....


Dua kali lihat...

Tiga kali lihat...


Setelah dipakaikan kepada adiknya sebagai model sukarela...



Ha...ha...ha...ha...!!! Kih...kih...kih!!!

Bergegar seisi rumah sebentar dengan gelak tawa!!!




"Tak apa Diba! Tak apa! Jangan putus asa. Nanti ibu beli kain lagi (yang lagi murah). Kita mulakan balik 'assignment'!"




Dah mengajar beratus-ratus anak orang, ibu tak pernah jemu. Mengajar anak sendiri, laaaaaagi ibu tak akan pernah putus asa, meski berulang-ulang.......dan ulang.

......untuk kamu, ibu tak akan jemu, menunjukkan itu dan ini. 

Anakku.





'Eleh ckLah ni...itu pun nak kecoh....biasalahhhh...semua mak memang macam tu apa!"


20101124

Ketumbuhan dalam perut...atau makhluk tumbuh dalam perut?

Suatu pagi, dua tahun lalu, di sebuah pusat peperiksaan , ketika Ketua Pengawas terkial-kial mengeluarkan kotak-kotak dan bungkusan dari keretanya bersama dua pembantunya, telinganya mendengar perbualan di hadapan ruang pejabat sekolah.

Ibu: Cikgu, anak saya masuk hospital subuh tadi. Dia ada sakit ketumbuhan dalam perut. Bolehke saya ambil kertas soalan, bagi dia jawab kat wad?

Cikgu: Owwwh, kertas periksa tak boleh ambil macam tu saja puan. Kena berurusan dengan Ketua Pengawas.



.....dipendekkan cerita, apabila Ketua Pengawas menghubungi hospital, anak itu bukan sakit perut kerana ketumbuhan. Ada benda lain yang tumbuh!!!! 

Ketua Pengawas beristighfar panjang. Ketua Pengawas mengurut dada.

Anak itu di wad bersalin.



Hah?



Wad bersalin? Buat apa?


Buat apa lagi di wad bersalin?
Bersalinlah!!! Takkan belajar menjahit!!!

Imej sebagai penyendal cerita semata-mata...


Ya, gadis 17 tahun itu melahirkan anak lelaki di tandas rumahnya jam 3 sebelum subuh tadi. Dan, jam 8 paginya, dia akan menduduki Kertas Bahasa Melayu 1.



...lalu, bertambah lagi tugas Ketua Pengawas pagi itu. 




Kependekan cerita;
Seorang ibu, cuba menutupi keaiban anaknya, dengan menipu pihak sekolah, mengatakan bahawa anaknya masuk wad kerana sakit perut. Ibu itu mahu anaknya tetap mengambil peperiksaan, dan ibu itu menyangka, urusan itu begitu mudah. Dia menyangka, segalanya boleh dilakukan senyap-senyap, sendirian!!! Akhirnya, perkara yang cuba ditutupi ibu itu, sekelip mata tersebar bukan saja di seluruh sekolah, seluruh hospital...malah seluruh daerah.

Ketua Pengawas tidak boleh bertindak sendirian. Dia terpaksa menghubungi RO. RO juga, terpaksa menghubungi pihak tertentu...hinggalah akhirnya, seorang pengawas ditugaskan membawa soalan peperiksaan ke hospital dan mengawas 'calon'di dalam wad.....ceritanya tidak berakhir di situ.

'Ibu' itu melahirkan anak secara normal. Secara normal. maksudnya tiada masalah. Apabila tiada masalah, ibu itu disuruh balik ke rumah. Tiada sebab dia nak berlama-lama di wad, kerana ramai lagi pesakit menunggu giliran untuk memenuhi katil di wad. Jadi, untuk hari-hari esok, tiada lagi pengawas peperiksaan yang akan membawakan kertas soalan untuknya. Dia tidak boleh ambil peperiksaan di rumah. Dia kena hadir ke pusat peperiksaan....

Di situ, ada satu masalah lagi.

"Cikgu tolonglah, saya tak mau anak saya datang sekolah ini lagi. Nanti kawan-kawan dia semua tau, takut anak saya kena ejek Saya nak pindahkan pusat peperiksaan di sekolah lain!" Ya, ibu itu masih mahu melindungi kemaluan maruah anaknya yang masih bersisa.

Nah...di situ, ibu itu tidak boleh bertindak sendirian. Dia terpaksa meminta bantuan beberapa pihak. Dan dalam proses itu, semakin ramai orang yang tahu akan peristiwa yang memalukan itu.

Biasanya, PPD, Jabatan Kebajikan Masyrakat...dan polis juga akan datang ke sekolah. Beberapa sesi soal siasat dn soal jawab akan belaku. Beberapa borang terpaksa diisi. Beberapa prosedur terpaksa dipatuhi. Dan biasanya, beberapa guru akan dipanggil.....ditanya, kenapa selama sembilan bulan, tiada seorang guru pun sedar bahawa di kelas mereka ada seorang murid yang sedang memproses embrio, hingga menjadi janin....hinggalah menjadi budak?



Tak pekakah cikgu? Tak prihatinkah cikgu terhadap 'cuma' beberapa puluh murid dalam kelasnya yang ditemui 'cuma' 40 minit satu sesi P&P itu????

Kadang-kadang, kesalahan seolah-olah  dijatuhkan kepada guru-guru. Guru-guru yang tidak peka Guru-guru yang tidak perihatin. Guru-guru juga yang tidak waspada.

Bagaimana ibu 'budak' itu yang tinggal serumah? Tidakkah dia tahu akan perubahan batang tubuh anak daranya? Dia kan melihatnya hari-hari? Dan apabila berlaku kejadian begini, siapa yang berlari ke sana ke mari menguruskan hal anak itu? Ibukah? Guru juga.....pecacai sungguh!

Bercakap dari pengalaman......walaupun saya pernah mengandung 7 kali (ya, tujuh..4 anak, dan 3 kali keguguuran) saya masih belum arif untuk melihat badan perempuan samada dia hamil atau tidak, kecuali perutnya jelas memboyot. Budak-budak sekarang memang licik....licik melakukan dosa, dan bijak juga menyembunyikan kandungannya. Tak taulah dia ikat perut dia macam mana. Kalau sudah memakai baju kurung sekolah yang longgar dan bertudung labuh (Ya, tudung labuh-maaf), cikgu memang tak perasan bahawa dalam kelasnya sedang ada 'lebihan seorang murid' , kerana ada yang sedang bebadan 2!!! 




Cikgu bukan searif Mak Bidan Senah...atau Bomoh Mak Itam...yang pandai menelek orang mengandung!!!!



Rakan Kaunselor di sekolah saya, pernah memanggil seorang ibu, untuk sama-sama 'membaiki' akhlak anaknya yang terlalu liar....
Tapi ibu itu menempelak pihak sekolah;

"Hal anak saya di luar sekolah, cikgu jangan campur. Itu saya punya tanggungjawab!!!"





Dan...tugas Ketua Pengawas juga bertambah kali ini...

Itu tidak mengapa. Kerana itu memang di bawah tugasnya.
Cuma, yang Ketua Pengawas terkilan, sepanjang proses itu, mengapakah hanya ibu calon itu sendirian???

Ke manakah gerangan bapanya? Seorang lelaki yang diberi kelebihan oleh Allah untuk menjadi Ketua Keluarga...dan hak sebagai seorang WALI MUJBIR kepada anak perempuannya?

Entahlah...







***Ahhh, walau apapun ceritanya tentang calon SPM yang telah menjadi ibu itu, saya tetap dikuasai rasa ngeri. Setiap kali lepas melahirkan, seminggu pun saya belum boleh berjalan dengan betul. Segalanya dibantu dan dimanja-manja oleh suami, ibu dan ibu mertua. Tapi, ibu muda itu.......


Jam 3 melahirkan...sendirian dengan 'koyakan' yang parah tanpa melalui proses episiotomi pada perineum yang betul untuk meluaskan lorong keluar kepala budak....jam 8 sudah mengadap soalan peperiksaan. Fuhhh!!! Terkepit-kepit saya membayangkannya! Ngeri!


Ya Allah...peliharalah kesucian zuriat dan keturunanku. Amin.



***Entri ini adalah cerita benar, tanpa menonjolkan 
identiti sebenar mana-mana pihak, individu atau institusi
Maaf, kalau ada yang tidak senang.

20101122

Tawakkal-na Ila Allah....

Pada zaman dahulu kala,  beraya di Manila 1993 (kiri) dan 1994 (kanan), masing-masing dengan baju raya yang ditaja kakak saya. Dua tahun berturut-turut beliau menaja baju raya anak-anak saudara...kerana itu 'rezekinya murah' Alhamdulillah...

3 yang saya namakan itu adalah calon-calon SPM tahun ini....(walaupun nampak macam tak sebaya) Yang memangku Dia di kiri tu, akan megawas dewan SPM esok...
3 orang  itu adalah;-

Calon 1- Aten-Anak sulung abang saya, seorang professor di sebuat IPTA. Aten ni calon istimewa kerana dia hanya mengambil subjek teras termasuk BM untuk membolehkannya 'mempunyai' sijil SPM. Dia tidak ada PMR dan SPM kerana membesar di negara orang. Tapi kini dia kembali belajar di sini mengikut ayah dan ibunya yang kembali bertugas di Malaysia. 'Terlalu muda', untuk ditinggalkan sendirian di luar negara, kata abang saya. Di saat rakan-rakan sebayanya menduduki SPM  tahun lalu, dia sudah memegang 'A Level-Medicine' dari UK.
Aten (kanan) dalam kelasnya, sedang mengikuti program Ijazah Pertama di sebuah kolej universiti sains perubatan swasta di Cyberjaya. Seorang remaja yang terpuji akhlaknya, meski dibesarkan di negara orang putih. (Gambar curi dari  fbnya)


Bahan bantu  terakhir yang saya sebagai pemeriksa kertas SPM seorang mak saudara,  poskan kepada Aten...Soalan Percubaan Semua Negeri di Malaysia...semoga dapat membantu!



Calon 2- Eman -Anak ke 4 kakak saya, cikgu Sim.. Selain sepupu Dia, Eman juga adalah saudara sesusu Dia, kerana mereka pernah disusui orang yang sama. Eman pelajar Sekolah Agama di Sabak Bernam. Dalam 6 orang adik-beradiknya, dan 8 orang termasuk mak dan abah Eman, Eman seorang yang tidak pernah saya lihat kelibatnya di facebook.

"Memancing lagi syiooooook!" Kata Eman...
Aiman, dengan hobinya memancing, menjelajah segala parit, sungai, sampai ke laut...Tak serik, meski pernah dikejarkan ke hospital kerana sengatan sembilang!!! (Gambar curi dari fb abahnya)

Antara tangkapan Eman pada suatu malam, di kunci air berdekatan rumahnya, entri rezeki selepas solat sunat gerhana....
Gambar curi dari fb abahnya Tuan Haji Nash!.



Calon 3- Dia- Anak sulung saya dan juga murid saya kerana saya memang cikgu BMnya di sekolah, dan cikgu tuisyennya untuk beberapa subjek di rumah. 
Dia, sebagai 'orang kuat' ko-op sekolah, (sebab badan dia besar)sedang membaca perutusan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi semasa Pelancaran Minggu Koperai Sekolah.


Dah besar-besar kamu semua...rasa baru saja melihat Dia dan Eman bermain dan bergaduh...




Juga kepada semua anak didik saya, terutamanya murid 5 Bestari dan 5 Gigih.....

Semoga semuanya berjaya...



Peristiwa berdarah di subuh Raya Korban.....

(Alang-alang cuti, hari ini buat 2 entri panjaaang dan lebarrrrrrr...kerana mulai esok, tuan punya blog akan dikuarantin beberapa hari)


"Kalau cerita pasal mak dia, bukan main bangga ckLah ya!"
Pernah saya menerima komen begitu dalam entri berkaitan mak saya.


Dalam dunia ini, siapakah yang tidak bangga dengan mak mereka? Semua anak punya rasa itu, cuma cara menzahirkannya mungkin tak sama. Kalau ada anak rasa malu dengan mak mereka, mungkin ada masalah, samada pada anak, atau pada maknya. Wllahu'alam....

Saya mengaku, kalau pasal mak saya, saya memang bangga...meski mak saya bukan siapa-siapa. Mak, hanya seorang wanita desa, suri rumah biasa. Pendidikannya pun setakat tingkatan 3 di Ma'ahad Ehya Es-Syarif Gunung Semanggol....sebelum merdekadulu...Sudah banyak entri yang saya tulis tentang mak. Tapi, sebagai sikuen dari entri yang ini, saya sarankan anda klik entri yang berikut:-

Entri  Jangan main-main sama saya





...dah klik dah? Saya sarankan begitu, kerana ceritanya ada kaitan!

Ya...begitulah mak saya.
Nampak lembut...tapi, jangan main-main! Macam anaknya!
Dan subuh Hari Raya Korban lalu, satu nyawa lagi terkorban di tangan tua mak saya!!!

 Tangan saya yang berjarak lebih hampir dengan kamera kelihatan sama besar dengan ular itu...tapi sebenarnya ular itu lebih besar dari tangan saya...Masa ini, ekornya masih melibas-libas dan cuba membelit buluh yang saya pegan meski kepalanya sudah hancur.

Mengucap panjang saya.....membayangkan bagaimana warga emas ini bertarung dengan Sang Batik Sepanjang 2 meter ini....hanya berbekalkan lampu picit dan sebilah parang!!!!

 Lihatlah....kesan tetakan di sepanjang tubuh sang sawa itu.....dia lakukan sendirian di subuh gelap!!!

Hmmm....bapak saya juga sudah tak terkata apa-apa. Dulu, kalau ada musuh mengintai ayam-ayam dan ternakan mereka, bapak tembak saja dengan senapang patahnya. Tapi kini, bapak telah uzur...senapang dan lesen senjata apinya juga sudah diserahkan semula kepada pihak berkuasa.




Itu peristiwa sebelah pagi.....dia mengerjakan ular...

Petang...lihat siapa pula menjadi mangsa embah yang tak betah duduk diam ini?

Oooooooooooooooooowh...bukan ular lagi ya!
Mak mengolah pula ekor lembu peliharaannya yang telah dikorbankan di Masjid pada sebelah paginya...

Petang itu kami menikmati sup lembu korban hasil peliharaan mak.....
Dalam bahasa Jawa kalau disebut SOP BUNTUT SAPI! Saya tak lalu makan.
Dalam bahasa Melayu disebut Sup Ekor Lembu.....saya makan pulak. Pelik, kan! :D

Lihatlah koleksi pinggan mangkuk corak 'BUNGA KANGKUNG MADE IN CHINA' mak yang masih elok tersimpan ini!!!


Aduhaiiiii..........mak!

Mak memang pernah menerima beberapa anugerah seperti....

Ini....
Dan ini....meski tanpa anugerah ini pun, dia tetap ibu mithali kami 10 beradik, kerana kata mak, kami 10 beradik adalah anugerah paling berharga buat diri beliau! Terima kasih makkkk!!!!
Tapi....itu semua anugerah sebagai refleksi pandangan orang terhadap mak saya....


Kalau ditanya apa lagi anugerah yang mak saya ....wanita perkasa tapi lembut ala-ala Tun Kudu dan Tun Teja ini patut dapat?

Saya pilih....

"ANUGERAH WANITA WARGA EMAS PERKASA"

Rekod mak tahun lepas, membunuh 3 ular dan satu biawak belum dipecahkan kerana tahun ini dia hanya berjaya membunuh dua ekor sawa. Ular lain yang kecik-kecik...jangan cerita lah. What is thaaaaat!!!

Komen sinis dalam entri yang saya link di atas...



"YA YA YA...saya memang sedang membuat entri menunjuk-nunjuk, di bawah sedar tanpa dipaksa mana-mana pihak!!!!" Hahahaha...tak payah panggil bomba dan TV3! 

Memo:
Isk...ckLah ni tak senonoh! Buat entri campur-campur... ularlah... buntutlah... sup lah... Hilang selera kita tau!!!  :D


20101119

'Mustika' Buat Ibu!

Usai majlis di sekolah sendiri...ckZahan tunggu di luar pagar, dan terus memacu kereta ke sekolah Nuha.

Majlis di sekolahnya bermula tengahari.
Sebagai seorang guru, saya sudah biasa dengan majlis hari anugerah. Biasanya, beginilah ghairahnya ibu bapa setiap kali hingga kekadang boleh menjejaskan protokol majlis. Agaknya mereka pun nak masukkan ke dalam blog atau facebook masing-masing kot! Ha...ha...!
Orang sibuk-sibuk ambil gambar anak, ibu Nuha sibuk rakam gambar ragam mak bapak orang dari tempat duduknya...he.he..


Masa turun dari pentas, dia tergamam tengok abangnya (Nabil) pegang kamera di pinggir pentas, selepas matanya meliar tercari-cari tiada kelibat warisnya sibuk-sibuk di hadapan pentas....Ha..ha..ha..kat sekolah orang, ibu malu-malu sikitlah nak usung kamera....
('Dapat nombor dua aje bu..!'katanya! Tak apalah Nuha. Ibu tahu bagaimana persaingan di sekolah Nuha tu! Sekolah perempuan.....ibu faham sangat, kerana ibu juga mengajar di sekolah perempuan!!!!)


.Terus dia berlari kalut-kalut ke bilik persalinan....dan muncul semula untuk membuat persembahan 'instrumental nusantara' bersama rakan-rakannya dari Kelab Kebudayaan Sekolah.
"Nuha ingat,  abah seorang saja nak datang!" Katanya tersengih-sengih....
Apa tidaknya...
Satu keluarga datang!!!

Seronok benar dia....walaupun hanya berdiri pegang angklung di baris belakang kat tepi tiang kanan sekali tu.
"Yang kat depan semua kakak-kakak tahun 6. Nuha tahun 4 kena duduk belakang!" Lapornya kepada pemberita :D.
video

(Saya kerat video orkestra Nuha ni ya...ambil hujung saja...malas dah nak convert dan edit video daripada telefon cap kapak ni...ha..ha..)


Dah beberapa minit.........baru dapat tangkap mereka main lagu 'Mustika'.
Hihihi..


Kalau M Nasir tengok ni, mau nangis...



**Semua peristiwa dirakam oleh abang Nuha, ,Nabil. Ibu duduk sopan-sopan dan malu-malu di tempat duduk dia saja.Ha ha ha

20101116

Eid Mubarak!

Selamat Hari Raya Korban untuk semua yang sering menyapa di sini...

Cerita bagaimana keluarga besar saya membesarkan Eidul Adha, sila klik ke sini.

....kalau sudi!




***blog xiiinam bercuti sekejap. Ya!

20101115

YM kuasa 2!!!

"Adooooooi, pelan-pelan sikitlah mbak! Sakit ni!" Yang diurut merungut.


"Ya ampun madam, gimana sih? Kalok pelan sih, namanya bukan urut! Itu panggilnya belai!" Jawab yang mengurut.




(Teruskan sesi urut-mengurut.)




"Aaaaaaaaaaaaaaaa...adeh..adeh..adeh! Alaaaa...mbak boleh potong kuku dulu tak mbak! Sakit woooo cengkaman mbak ni!" Rungut yang diurut.

"Kuku saya enggak panjang madam! Baru san dipotong habis kramas pagi Jumaat kelmarin! Ini lihat! Pendek semua!" Tingkah yang mengurut.



(Teruskan sesi urut mengurut.)




"Maaaaaaaaaaak! Janganlah picit macam tu mbak! Buat macam ni...bla...bla...bla.....!" Yang diurut mula mengarut!

"Madam sih! Mau diurut lagi apa enggak??? Kalau nggak mau ya setoplah! Urutin saja sendiri kalo sok tahu kayak gini!" Yang mengurut, merungut.


"Aik...merajuk pulak....! Yalah...yalah...urutlah terus!" Kata yang diurut.
"Ngapaan sih mbak, kok sensitif mbanget?  Kondisi feelnya lagi enggak strong, ya mbak?" Eh, apa pula yang diurut cakap Indon lebih-lebih ni! Kau kan cikgu BM!!!




(Teruskan sesi urut mengurut. Tanpa rungutan.
Terus mengurut. Tanpa merungut.
Tanpa mengarut.)





"Watchaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!" Laungan yang diurut.....sambil menerajang udara!

"Aduh Madam! Apa-apaan sih??? Bikin gue shock!" Kata yang mengurut lalu menguatkan cengkaman!



"Fuhhh!!! Perrgghhh!!!" Muka yang diurut berkerut-kerut.....menahan cengkaman maut yang mengurut!



...dan dialog-dialog antara yang mengurut dan yang merungut seterusnya, tidak sesuai untuk dipaparkan.
(Ketika begini, Yang Mengurut lebih berkuasa dari Yang Merungut)
:D


Jalan masih berdengkot-dengkot.....
Dan...
Kalaulah ibu pakai tongkat.......
Hmmm anak bertuah...(namie ahun =refleks Nuha Eiman)



...alasan tak pergi Hari Anugerah Nuha ...kerana pada masa yang sama, ibu pun ada majlis yang perlu ibu hadir, di sekolah sendiri, demi anak-anak orang! Tak apalah Nuha, kali ini dapat nombor dua, abah seorang pergi Hari Anugerah. Tahun depan, kekalkan semua 'A' dan dapatkan nombor satu...ibu akan datang sekali!!!



...Syafakillah ckLah!!!





............................kejadian ini tiada kaitan dengan babak dikejar sapi dalam entri lepas. Bukan salah sapi. Dia tiada kena mengena dalam ini wayang!
:D
:D
Selamat Hari Raya Korban.
Maaf zahir dan batin!

20101112

Pahit di mulut, so belakang rumah, jaga lembu, dan korban!

Gorengan Emping Melinjo , Diba.

Ibu : Dari tadi asyik mengunyah emping melinjo tu! Nanti kalau berhenti, pahit mulut tau!

Diba : Sebab tu Diba tak nak berhenti.

Huh...bertuah punya anak!!! Kalau dah lidah Jawa tu....





Emping melinjo?
Pernah dengar tak?
Mungkin ramai yang tak biasa dengar...sebab itulah agaknya dia tergolong dalam kumpulan makanan/buah/sayuran eksotik....

Selalunya sesiapa yang balik dari Indonesia atau Sabah, ini antara buah tangan yang dibeli. Mungkin lain orang, lain sebutannya. Ada yang sebut melinja, belinjau, belinjo, atau malinja. Tapi, orang Jawa sebut melinjo. Nama saintifiknya GNETUM GNEMON!!! Tak tau macam mana nak menyebutnya! :D

Daunnya yang masih muda pula disebut daun so...
So? So what!
Sedap dibuat sayur bening...makan dengan nasi panas dan sambal kicap. Ada pula perkasam gelama! Resepi orang Jawa juga tu...
Kalau sudah masak, buahnya bewarna merah begini...
Di sebalik kulit merah itu ada tempurung nipis, dan isinya bewarna putih. Boleh direbus, dan dimakan begitu saja. Isinya itulah yang diketuk sehingga menjadi emping....dikeringkan dan digoreng begitu saja atau disira dengan gula atau cili.


......inilah antara makanan yang membesarkan saya. Masih ada pokoknya di belakang rumah mak saya.



Hah? Belakang rumah?
Ya! Kenapa? Tak percaya?


Jom ikut ckLah pergi belakang rumah ckLah. Jom!


Jomlahhhh....kita cari buah melinja!




Eh.....kenapa pokok-pokok belakang rumah ckLah jadi macam ni? Kenapa? Kenapa? Alam buniankah?


Aik...kenapa semua binatang bertukar jadi lap lip lap lip macam ni? Kenapa? Kenapa?



Ooooooooooops! Salah gambar lah...sesat pula ke I-City!

Berangan kejap ya!
:D


Okeylah...saya nak pergi tengok lembu kat belakang rumah. Esok-esok orang nak sembelih buat korban....takut hilang pulak! Kena bayar nanti!!!

Haih...ada lagi. Lega...

"Abang Bu....hai!"

"Pssst...! Sinilah! Janganlah jual mahal bang!!!!"
"Ooooooooooops...ooops...ooooops...abang...tolong! Dia kejar kita...!!! Opocot...!!!" Fuhh...tak cukup tanah kau lari ckLah!

"Oit makcik! Yang pi melaram baju merah tengah panas rembang depan lembu tu buat apa?"





SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA untuk semua.....

Kepada para Hujjaj di Makah semoga sihat semuanya. Kalau tak sihat, segera jumpa doktor...

Saja nak tunjuk (tiba-tiba), gambar salah seorang adik saya, Dr Haji Hanif yang bertugas merawat para hujjaj  yang sakit di Makah...yang gagah perkasa dan berkalung stetoskop itulah...
Bertuah dia dapat bertugas sambil mengerjakan haji untuk kali yang...ke berapa entah!



Rindu....



Labbai kallahu...



**
Urusan jual beli lembu lebih hangat dari biasa sehari dua ini.
Ana sibuk jaga unta lembulah!

Lembu  lebih memerlukan ckLah...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...