Suka tak?

20110129

Cerita Budak Kampung (Siri II)

Lepas ambil Nabil di asrama, kami bermalam di rumah emak. Bukan balik kampung, ya! Saya memang orang kampung yang tinggal di kampung.

Malam itu, balik dari Masjid, ckZahan dan bapa mertuanya bawa balik dua bungkus 'berkat  ambeng' dari kenduri rumah jiran. Ambeng kenduri, lebih original dari yang dijual di pasar malam (yang selalu disebut nasi ambang oleh orang bukan Jawa)  atau mana-mana kerana keberkatan 'konsepnya'.

Saya letak dalam talam besar. Ayam panggang itu tambahan. Yang itu memang saya beli dari pasar malam Sabak Bernam.

Untuk memuaskan rasa, saya buat sedikit sambal belacan, dan hidangkan kacang botor. Panjang tak? Membuktikan betapa sejuk jiwa yang menanamnya...


Kalau mahu daun selom, tinggal petik saja di sudut dapur dalam rumah mak. Rajin kan mak saya...macam tak cukup tanah. Walaupun tanah keliling rumahnya sangat luas, dia masih sempat buat tanaman hidroponik dalam rumah...

Nabil sedang tunduk mendengar leteran kakaknya, Diba;
"Asal balik saja angkut kain baju kotor. Kakakkkkkk juga yang kena basuh!"

Berleterpun....dia buat juga kerja tu. Diba, memang begitulah...
Di satu sudut dalam bilik air bapak yang memang sangat besar ini, kolah besar ini menjadi tumpuan Nuha...
Salah satu bilik air yang ada di rumah bapak. Kolah sengaja dibuat besar begini untuk menampung anak cucu bapak yang hampir mencapai angka 70 orang. Kalau semua balik serentak.....

Melepas rindu...Nuha dan abangnya bermain bola tampar lepas berjoging di jalan kampung...


Ibu mereka. melawat kawasan....melihat-lihat atas dan bawah...hahahahaha


Hmmm....

Seorang staf Convent yang setia, berjaya mengupas durian....


Bukan untuk dia, tapi untuk anak-anaknya...sila percaya. Hahaha...


Tuan Tanah Kedaung Mak saya sedang mengawasi pekerja di ladang kelapa sawitnya...


Semua kena upah orang buat sekarang...

Bukan mudah mencari anak muda tempatan yang mahu melakukan kerja-kerja ini. Mujur ada Mat ni...


Ya lah, nak harapkan siapa lagi. 10 anaknya semua punya kerjaya masing-masing di merata pelusuk dunia...


Nak harapkan anaknya yang bernama ckLah itu?

Ceh...baru kena gigit nyamuk sikit pun sibuk nak ambil gambar, dan tunjuk dalam blog...hahahaha

"Tengok ni!!! Habis darah kita tawwwww!!!" :D


Err....tunjuk kaki . Maaf ya!


.

40 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. seronoknya hidup kat kampung..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ckLah...

    Bila tunjuk nyamuk tu, saya pun tak tahan. Betul ker kalau nyamuk suka gigit kita sebab cholestrol tinggi..

    ReplyDelete
  3. Abdul Razak;
    Ya ke macam tu? Masa ke hospital Khamis lalu, doktor dah kurangkan dos Lovastatin saya kerana tahap kolestrol sudah ke paras stabil....4.2. Nnyamuk kebun ni , dia tak kira orang..;D

    ReplyDelete
  4. Hamizah;
    Hidup kat mana-mana pun seronok kalau kita memilih untuk menjadikannya seronok...

    :D

    ReplyDelete
  5. durian dah gugur...
    cklah jgn makan taw! rasa jek sikit..buat ubat. hiks!

    ReplyDelete
  6. kakNgah;
    Baik Madam. ckLah tak makan....ambil bau dan jilat jari je. Hehe

    ReplyDelete
  7. patut ada bau deghoyan... buat tempoyak ckLah

    kat sini daun deghoyan je yang gugur

    ReplyDelete
  8. ibu intan;
    Tempoyak dan lempuk...itu menu wajib setiap musim. <3

    ReplyDelete
  9. bila berkumpul ramai2 kat kg ada beberapa kali insiden anak2 tak boleh tahan godaan kolah nenek...

    dan akhirnya terjun dan berkubang dalam tuuu..

    sudahnya terpaksala buang jugak air tu dan ganti dengan air lain.. dahla kat umah tekanan air teruk... nak memenuhkan kolah tu bercinta sungguh!

    ReplyDelete
  10. salam cikgu
    makmur nya....especially durian yang macam menanti masa untk turun

    ReplyDelete
  11. hihi maknanya nyamuk suka lah tu, darah manis..eh nyamuk jantan kot

    ReplyDelete
  12. sy tumpang sronok membaca nukilan cklah kali ini :)

    ReplyDelete
  13. rumah abah kat kampung ada kolah juga tapi besar seciput je. Itupun masa anak2 kpah kecik dulu dorang mesti masuk berendam dalam kolam tu kalau balik kampung. Tejerit2 mak dan abah..
    Agaknya kalau dapat kolam sebesar kolam pak aji tu, alamat sehari suntuk tak keluar..

    teliur tengok durian..

    ReplyDelete
  14. xthn tgk nasi ambeng cklat tu....lapo nie...
    Tgk pic bawah tiba2 nk mengalir air mata.....rindu kg....
    beruntungkan dok kg sndiri..kalu xdrive 10+++jam jgn harap la sy nk jejak kg....

    ReplyDelete
  15. Harga durian di Sibu masih mahal. Baru nak bermula musim durian di sini.. Lama tak makan pulut dengan durian...

    Di sini orang makan durian dengan sagu atau sagon..

    ReplyDelete
  16. mrs Azmi;
    Kes terterjun ke dalam kolah tu....dah biasa sangat. Embah tak marah pun cucu2 dia. Cuba kalau anak2nya dulu......mau dihambat dengan seludang kelapa.Hahaha

    ReplyDelete
  17. Azani;Durian banyak....org macam kita ni mampu tengok sajalah......tak boleh 'belasah' sangat nanti mudarat...hehe.

    ReplyDelete
  18. imanshah;
    Memang tepat tu....kandungan gula dlm darah ada lebih. Hehe....


    Embah kata, nyamuk jantan tak hisap darah......:D

    ReplyDelete
  19. maksu;
    Cerita biasa di kampung...

    ReplyDelete
  20. kakPah;
    Cucu2 bapak pun ada beberapa grup. Grup lapan tahun ke bawah tulah yg selalu terlepas masuk tu....hahaha. Asal depa masuk ramai2 mesti ada mak ayah yg terjerit2 suruh keluar.Kadang2 sabun pun habis dema bancuh kat dlm.... Memang bimbang....

    ReplyDelete
  21. nza;
    Adik beradik ckLah yg lain pun semua jauh-jauh....syukurlah ckLah terus dditugaskan di kampung ni...

    ReplyDelete
  22. Mohamad;
    Saya pun tk reti makan pulut dengan durian....lemak sgt nanti pening. Orang utara (Perlis) biasa makaan pulut dgn mangga, kan cikgu...


    Bapa saya tk pernah jual durian dia....biasanya, siapa nk dtg makan, dia kasi saja. Kalau tak, tk ada sesiapa yg habiskan kecuali monyet dan tupai.

    ReplyDelete
  23. Ehh betullah.!

    Citer CKLAH nak sama dgn citer saya kalu di kampung (cuma dah jarang balik sbb Bonda tak duduk situ).

    Kolah (kolam tapi kami sebut kolah) besar tu sama gak lbhkurang d rumah kg saya. Ada 3 dgn tujuan anak cucu berimpun.

    Kelapa sawit memang kami pun upahkan orang juga.

    cuma kami takda pokok durian.. Wuaaaa cemburu sama CKLAH bab ini...!!
    uishhh hehehehhe

    ReplyDelete
  24. AzieAzah;
    Cerita anak kampung yang tipikal..hehe

    ReplyDelete
  25. dulu aku suka tengok nyamuk hisap darah kat lengan, serasa macam kepuasan masa dia cucuk straw ke dalam kulit. Pastu tunggu perut dia penuh baru tepuk.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum ckLah

    sejuk tangan bonda ckLah
    semua yg ditanam menjadi ajer

    Wassalam

    ReplyDelete
  27. ya2,,nabilah percaya Ck Lah kopek durian utk anak2 beliau je.. ;)

    ReplyDelete
  28. bestnya teringat mak kat kampung. CKlah sonok tengok buah doyan yang bergayutan kat pokok tuh

    ReplyDelete
  29. seronok balik selalu ya..
    sebab ada dusun dan banyak hasil tanaman yang lain

    ReplyDelete
  30. sampai sekarang tak pernah lagi merasa nasi ambeng.... haaiiihh..


    .
    .


    .
    .

    .
    .

    errr... paham dak? paham dak?
    bila nak ajak kita makan nasi ambeng? hihihi

    ReplyDelete
  31. nyamuk menghisap dara ckLah.

    eh ralat.

    nyamuk menghisap darah ckLah


    :D

    ReplyDelete
  32. Rozali;
    Dah kerja bonda...sejak berpuluh tahun lalu...


    :D

    ReplyDelete
  33. rynas;
    Dapat makan lagi seronok,,,


    :D

    ReplyDelete
  34. sal;
    Seronok balik selalu....sebab ada mak...



    :D

    ReplyDelete
  35. kts;
    Errr...err.....nak buat-buat tak fahamlah...Hehehe.Nanti kalau ckLah buat kenduri, ckLh buat konsep nasi ambeng yang original...:D

    ReplyDelete
  36. KTS:
    Dara mak dara tu....dah lama habessss! Hu hu hu...

    ReplyDelete
  37. cemomoi;
    Meh turun ke Manila...

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...