Suka tak?

20110113

Gimik polemik.

Polemik Interlok masih berterusan dengan golongan tertentu masih terus mendesak mahukan novel Interlok karya besar Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain diharamkan daripada senarai Komponen Sastera (KOMSAS) Dalam Bahasa Melayu Tingkatan Lima di Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan bermula tahun ini, 2011. Golongan berkenaan mendakwa, kononnya novel Interlok mengandungi elemen-elemen yang menghina kaum India di negara ini.

Polemik ini menyebabkan saya menyelongkar semula koleksi karya-karya besar dalam rak-rak kutub khanah kecil saya, dan membaca semula karya yang telah saya khatam mencerna dan menghazam isinya beberapa tahun dulu ini...
Antara koleksi kecintaan saya, Edisi Kedua Cetakan Pertama 1996 sejak ditulis pada 1971 ini, saya telusuri semula, dari halaman ke halaman.

Novel yang terbahagi kepada 4 bahagian (Bab) , yang dinamai Buku Satu, Buku Dua, Buku Tiga dan Buku 4 oleh penulis...

Buku Satu (Keluarga Seman)~ Biar Lambat Asal Selamat'~Pepatah Melayu.

Buku Dua (Keluarga Cing Huat)~Kalau tak berwang, ke mana pergi terbuang~ Pepatah Cina.

Buku Tiga (Keluarga Maniam)~Varuntinal varataku illai /Hati yang tetap akan mencapai kemenangan~ Pepatah Tamil.

Buku Empat (Interlok)~Bersekutu Bertambah Mutu~Lambang Negara



...saya telusuri plot novel dari para ke para. Saya tidak nampak di mana relevannya tuduhan yang merendah-rendahkan karya yang tinggi nilainya ini. Saya tidak nampak unsur penghinaan. Nada kritikan memang ada, tetapi penulis menulis tentang realiti ketiga-tiga kaum....

Sebagai guru Bahasa Melayu dan Sejarah SPM, meski murid-murid di negeri saya tidak menggunakan novel ini sebagai teks mereka, saya dengan yakin mengatakan bahawa Interlok bukan wadah paparan penghinaan kepada mana-mana kaum, sebaliknya menggarap paparan realiti sebenar tentang situasi yang berlaku pada zaman berkenaan.

Bukankan 5 kasta, Brahmin, Ksatriya, Vaisya, Sudra dan Pariah ini telah wujud sejak turun temurun? Apakah kaum India di Malaysia mahu mengatakan bahawa kasta-kasta ini sekadar dongengan yang dicipta oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia, terutamanya bangsa Melayu? Interlokkah yang mereka cipta kasta-kasta ini? Atau, Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussainkah yang sengaja mengarang dan mereka kasta-kasta ini saat beliau menggarap Interloknya 40 tahun yang lalu?

Ya, karya ini telah dilahirkan 40 tahun yang lalu. Bukan karya kontemporari yang dicipta atas desakan  untuk menghina kaum India di negara ini atau demi memenuhi citarasa politik mana-mana pihak.

Saya tidak berminat langsung untuk sama-sama mengheret isu ini ke dalam kancah politik. Langsung saya tidak berminat. Saya lelah, dan 'pegel' apabila melihat senario politik mutakhir yang cenderung untuk mengeksploitasi apa-apa saja isu menjadi isu politik murahan, terutama isu perpaduan kaum yang menjadi senjata dan kunci utama yang wajib dijaga dan dipelihara demi kelangsungan hidup rakyat pelbagai kaum di negara tercinta ini.


Ironinya, Ahli Parlimen Kota Raja,  telah turut hadir bersama-sama 100 penduduk India membakar naskah-naskah Interlok dalam demontrasi di Dewan Sentosa Majlis Perbandaran Klang, dengan YB itu  dengan alasan "Demi menunjukkan kebersamaan ketika mereka perlukan pemimpin!"

Duhai...sudahkah mereka membaca Interlok?


Apalah dosa Interlok yang mengangkat martabat Maniam, salah seorang imigran dari sebuah desa di Tricur, Kerala yang ingin mengadu untung nasibnya di 'Negara Emas' yang kabarnya di mana-mana sahaja ada peluang pekerjaan dalam garapan ceritanya? Sudahkah sahabat-sahabat saya yang berbangsa India membaca dan memahami plot cerita novel berkenaan? Salahkan Datuk Abdullah Hussain apabila menceritakan perkara yang benar bahawa golongan Paria telah dibawa masuk oleh Penjajah Inggeris ke Tanah Melayu untuk memenuhi keperluan tenaga buruh di ladang-ladang getah dan menjadi buruh keretapi?

Fakta sejarah yang mengatakan bahawa di dalam kapal-kapal imigran itu bersesak-sesak dengan golongan paria tidak mungkin diputar-belit oleh Abdullah, dengan menukarnya kepada Brahmin atau Ksatriya demi menjaga sensitiviti kaum India Malaysia akan datang? Sasterawan Negara itu bukan bangsa yang gemar berputar-belit! Fakta adalah fakta. Sejarah, tidak semuanya manis dan sedap.

Apakah sahabat-sahabat India saya ingin menafikan tentang kewujudan kasta-kasta ini dalam adat dan agama mereka atau adakah gelaran-gelaran kasta ini hanya diguna-pakai di India sahaja? Atau, adakah agama Hindu yang diamalkan di Malaysia tidak sama dengan agama Hindu yang lahir di India sejak awal kewujudan Tamadun Dunia itu?

Semoga sahabat-sahabat India saya tidak terjebak dengan polemik politik murahan yang boleh menjejaskan perpaduan kaum yang telah diacukan wadah dan asasnya sejak para tokoh kemerdekaan mahu membentuk Perlembagaan negara ini? Renungkanlah secara ilmiah dan rasional. Hayatilah teks itu sebagai satu wacana sosiobudaya dan Sejarah yang ikhlas, bukan berdasarkan sentimen politik yang sempit!

Secara pribadi, saya memang guru Bahasa Melayu dan Sejarah. Pelanggan saya adalah murid pelbagai kaum yang perlu saya layan dengan 'peringatan' bahawa saya tidak boleh sesekali bersifat 'rasis' saat menangani mereka. Adalah menjadi tugas saya untuk memberi anak-anak muda yang masih mentah ini faham akan kebenaran sejarah nenek moyang mereka, tidak kira India, Cina, malah Melayu sendiri! Sayangnya, anak-anak muda yang masih hijau ini sering diasak kekeliruan dek olah dan onar golongan dewasa dan bijak pandai yang lebih TUA dari mereka, yang diharapkan menjadi suri teladan....
Imej sekadar hiasan: Ini antara kelas Bahasa Melayu saya. Remaja pelbagai kaum ini saya didik untuk meluahkan pendapat mereka tentang sesuatu isu menggunakan forum sebagai medium yang beretika di dalam kelas. Semoga dewasa kelak, mereka menjadi golongan bijak pandai yang matang, dan tahu jati diri serta akar umbi mereka. 


Interlok, buah minda Sasterawan Negara yang menjadi mangsa poliemik politik sempit ini adalah sebuah karya besar. Bukan karya picisan yang sekadar berbicara tentang cinta nafsu yang membuai naluri dan imaginasi pembacanya secara membabi buta semata-mata. Interlok sebuah karya yang perlu dibaca dengan minda! Penulis bersikap jujur menceritakan situasi dan konflik perkauman sebenar, dan hasilnya karya seni yang tidak hipokrit atau 'bodek'. Kisah sikap orang Melayu yang tidak mahu berusaha, kisah taukeh kedai runcit Cina yang mendapatkan tanah orang Melayu yang tidak mampu melunaskan hutang di kedai runcit, dan kisah kedaifan orang India dari negara asal, adalah sebuah realiti. 

Interlok adalah sebuah catatan yang jika dihalusi dan diteliti ....(bukan sekadar mendengar kecoh-kecoh orang yang memang tabiatnya suka 'bikin kecoh')...mampu menyedarkan semua kaum tentang jati diri dan akar umbinya, tidak kira apa-apa kaum pun!

Seorang penulis, saat menggarap plot cerita novelnya, berhak memasukkan fakta sebagai penguat plot, meskipun memasukkan fakta di dalam novel itu bukanlah wajib. Itulah kuasa penulisan kreatif!!!





Bacalah!


Bacalah!


Bacalah, atau fahamilah dahulu sebelum  kita sama-sama turut sibuk-sibuk untuk mengulas sesuatu isu yang sedang hangat, termasuklah isu Interlok ini.

Jangan seperti ayam si tombong, kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi!



Pengakuan Pemilik Blog: Ini bukan entri rasis atau bercitarasa politik.
Sekadar pandangan seorang guru kecil yang berpengalaman kecil.

89 catatan pelayar @XIIINAM:

  1. kupasan yang menarik dan bernas walau tidak secara keseluruhan menyentuh stiap plot penceritaan. Bersetuju, polimik ini harus dihentikan.

    ReplyDelete
  2. Imanshah;
    ckLah cuma mahu menyentuh tentang isu kasta yang dijadikan bahan polemik itu saja. Plot ceritanya memang menarik...menggunakan gaya bahasa yang cantik dan mudah difaham...maklumlah, buah minda seorang Sasterawan Negara...

    ReplyDelete
  3. Salam cikgu,

    Apabila sesuatu isu dipolemikkan akan begini kesudahannya. Rata-rata mereka rasanya belum membaca intipati yg tersurat tapi mendengar laungan besar sebuah pertuduhan yg hakikatnya tidak tahu/pasti.

    Kalau bahan utk digunakan di institusi sekolah pun hendak dipolitikkan alamatnya anak-anak akan hancur berderai.

    ReplyDelete
  4. salam ckLah,
    t kasih ckLah. stuju dgn pendapat ckLah dan isu begini akan terus berlegar di sekeliling selagi kita berada di kepompong yang sama.

    p/s- sebagai peminat sastera melayu, saya turut terkesima dgn isu ini.

    ReplyDelete
  5. kakZakie;
    Budaya ikut-ikutan...sudah mula diwarisi anak-anak remaja dibangku sekolah.

    Semoga keputusan Kementerian tidak menarik balik teks ini akan terus kekal dan tidak alah kepada mana-mana desakan.

    ReplyDelete
  6. piewahid;
    Sebal dengan senario yang berlaku mutakhir ini....

    ...tapi sebagai rakyat marhaen, sekadar meluah di sini sajalah.

    ReplyDelete
  7. selamat petang cikgu..
    banyak saya kene pelajari ni...boleh belajau dari cikgu?

    ReplyDelete
  8. entahlh, jgnlh bidang pendidikan dipolitikkan..yg jd mangsa anak2 didik kita...jenerasi akn dtg...biarlh kami tenang n meneruskan perjuangan demi kejayaan mrk.!!!!

    ReplyDelete
  9. cikceriacorner;
    Kita belajar sama-sama, ya!

    :D

    ReplyDelete
  10. nza;
    Di hujung-hujung...tugas kita adalah 'yang menurut perintah'.

    ...sentiasa bersedia menyerahkan batu jemala patik. Kan!

    ReplyDelete
  11. CkLah,
    Masih diguna pakaikah "keling karam".. patut dipertahankan juga, untuk waktu-waktu begini..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...

    Nampak gayanya mereka jauh tersasar, tidak mengkaji terlebih dahulu

    ReplyDelete
  13. ye betul cklah.. karya1 Abdullah Hussain memang bermutu tinggi.. Saya pun ada Interlok, Imam, Dari Kota Cahaya.. suka baca karya beliau malah karya anak beliau pun saya suka sangat (Ahmad Patria)..

    Interlok mmg bukan novel picisan.. mmg sepatutnya terus kekal jd buku teks.. harap2 org2 atas tak melatah teruk.. saya tak tahu kisah ni maklumlah jauh, tapi sedih lah kalau mereka takut dgn bayang2 sendiri, kemudian mempropagandakannya..

    mcm cakap cklah, harap mereka baca dulu buku tu baru nak komen.. entah2 pegang buku tu pun time nak bakar tu je.. sadis sadis...

    ReplyDelete
  14. saya belum baca novel ini tapi daripada cerita yg didengar dan dari tulisan cklah saya pun taktau dimana silapnya hingga dikatakan menghina bangsa lain.

    ReplyDelete
  15. sy sokong cklah....pendidikan tidak harus dipolitikkan..hancur anak2 kita nanti..kerajaan perlu tegas pertahankan kredibiliti novel ini

    ReplyDelete
  16. salam ckLah..
    huhh..kupasan yg sgt mendalam..rata-ratanya tidak membaca malah membuat telahan sendiri..sbb tulah jadi begini..

    ReplyDelete
  17. mmg sedih bila karya yg agung telah dipolitikkan...

    ReplyDelete
  18. Mohamad;
    Kisah benar...
    Ayah saudara saya yang menjadi pengetua di sbuah sekolah di Jerantut telah diarahkan betukar serta merta ke Kuching kerana beliau telah menggunakan perkataan itu saat kesebalan sudah tidak terbendung tatkala menghadapi 4 orang murid yang didapati merokok dalam kawaan sekolah....

    ReplyDelete
  19. juneginie;
    Bagi orang yang tahu harga sebuah karya besar, memang akan merasa pedih dengan polemik murahan ini.

    Membaca karya sastera, bukan hak orang-orang sastera atau orang-orang di bidang bahasa saja. Sastera adalah hak semua orang...

    ReplyDelete
  20. julietchun;
    Polemik berpunca dari tuduhan kononnya Datuk Abdullah Hussain menghina orang India...dengan mengatakan asal usul mereka dari kasta Pariah. Percayalah, selepas membacanya, kita tidak akan terjumpa mana-mana prasa yang dikatakan menghina itu. Perkataan 'pariah' hanya disebut 3 kali....dalam frasa dan ayat yang memang terang dan mudah difahami...

    ReplyDelete
  21. sahromnasrudin;
    Kita lihat perkembangannya ....
    Semoga pihak berwajib tidak mudah akur dengan desakan sebelah pihak saja.

    ReplyDelete
  22. nurkass;
    Kupasan ckLah tak mendalam mana pun dalam ruangan yang terhad ini. Tak layak rasanya, ckLah bekas penulis novel kecil yang dah bersara ini mengulas karya besar Sasterawan Negara ini...

    ReplyDelete
  23. Abdul Razak;
    Begitulah...budaya sebegitu sudah semakin sebati mutakhir ini.

    ReplyDelete
  24. wahida;
    Politk murahan namanya tu...lagi sedihkan!

    ReplyDelete
  25. sedih melihat cara mereka2 yang konon untuk memperjuangkan

    ReplyDelete
  26. Dema baca ka tidak novel tu? saya pun kena jadi macam CkLah juga, kena korek balik buku tu. dulu dah baca tapi bila dah baca banyak buku, bukannya nak ingat semua isinya.

    ReplyDelete
  27. DinasAldi;
    Jom kita korek dan gali, agar kita menjadi faham...

    :D

    ReplyDelete
  28. kenapa tak bakar yb tu sekali dgn buku tu?

    barulah menunjukkan kebersamaan...

    ReplyDelete
  29. Aku;
    Janganlah..... :D
    Cukuplah peristiwa pembakaran di Banting Ramadhan lalu tu...
    Tak maulah terjadi di Klang pula...
    Aiyuoooo!

    ReplyDelete
  30. Dunia era tanpa sempadan dan matlamat bersaing di persada global tidak mungkin tercapai jika masih ada golongan yang berfikiran sempit, cetek dan penuh dengan emosi. Buka mata, buka hati.

    ReplyDelete
  31. CKLAH, I tertarik dgn isu ini, tersentap perasaan.

    Ingin sekali mengulas, tetapi takut terperangkap dalam kekeliruan sendiri, kerana I dah lama meninggalkan subjek sastera lagipula I memang tak miliki buku ini.

    Kesal? Teramat kesal bila yang “buta sastera” ingin menjebak diri dan membuta tuli membuat keputusan tanpa kajian.

    *Rasanya tadi dengar ada protes akan dibuat di Rumah GAPENA Sabtu ini (dekat jer dgn umah I). Mereka akan menyokong Interlok dikekalkan.

    ReplyDelete
  32. Dr Sam:
    Begitulah...
    Dan entri ini saya tulis untuk yang terbuka minda dan hati saat menbacanya. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  33. azieazah;
    Memang ada sesuatu yang menyentap di sebalik isu ini, namun untuk membicarakannya secara berlebihan, ada pula batas-batas etika yang perlu dijaga.

    ckLah pun dulu tak mengambil subjek Kesusasteraan Melayu semasa SPM, tapi gemar amat membaca karya-karya sastera sebegini. Di UM barulah mengenali Pensyarah yang terdiri daripada nama-nama besar dalam dunia penulisan dan sastera tanah air...seperti yang ckLah senaraikan dalam entri khas buat mereka (bekas-bekas guru ckLah) semasa hari guru tahun lepas...

    Buta sastera, kalau ditambah dengan buta sejarah....memang beginilah jadinya kan Azie.

    ReplyDelete
  34. aku secara peribadi, terkesan dgn isu ini...kena pulak thn ini masuk sekolah 1Malaysia hhmmmm...banyak perkara membuku di hati...

    CkLah:..teringin nak berforum dgn kamu...

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum ckLah

    mereka tahu, tapi...tanpa sedar mereka menunjukan yg mereka dlm..
    politik murahan

    Wassalam

    ReplyDelete
  36. Rozali;
    Tahu...tapi tanpa sedar...
    Akibatnya, segalanya menjadi nanar...

    ReplyDelete
  37. salam kak..
    saye bukanlah penggemar novel..
    bukan juga aliran sastera..
    tapi saye tertarik dan setuju dgn ape yg dicoretkan..
    kenapa segala isu prlu dikaitkn dgn politik..
    yg fakta tetap fakta..
    nak jaga sensitiviti kaum buat apa..
    sesame kaum sndiri pun tak terjaga...
    grr...

    takmo ckp lbh,nnt kena gam...
    hehe

    ReplyDelete
  38. hysman;
    Bukan penggemar novel? Alaaaaa, patutlah kau tak pernah jumpa novel ckLah ya! Hehe...gurau ya!


    ckLah pun tidak menggemari semua jenis novel.....genre penulisan tertentu sahaja, contohnya yang seperti ini...

    ckLah pun....tak boleh cakap lebih, walaupun mereka 'sooda lebey!'

    ReplyDelete
  39. Salam ckLah,

    Terima kasih di atas kupasan yg bernas ni. Saya belum membaca novel ini dan mungkin tak berkesempatan membacanya.

    Apa yg saya rasa skrg ialah phenomena 'kadok naik junjung'.

    ReplyDelete
  40. salam Cikgu..
    memang ketinggalan kapal laut saya ni..buku "interlock" tu mende..?he he

    ReplyDelete
  41. CKlah saya tidak berkesempatan membaca karya agung Interlok ini tetapi sangat tidak suka apabila ada orang yang kurang bijak dan pandai mencampuri urusan ..yang bukan bidang kuasanya. Adakah dia tahu mengapa penulis menulis sebegitu...adakah dia tahu novel sejarah dan fakta benar berkaitan sejarah. jangan takut dengan bayang-bayang sendiri kemudian mempolemikkan ia menjadi isu besar. harap kerajaan tidak tunduk dengan golongan rakyat picisan yang rendah ilmu dan akhlak ini.

    ReplyDelete
  42. Saya pernah membaca Interlok ketika bersekolah dahulu.

    Orang yang tidak membaca tetapi cuba memberi komen sudah tentu tidak tahu apa cerita yang terkandung.

    Memang hati mereka tu dah BUTA.

    ReplyDelete
  43. Yunus Badawi;
    Siapakah kaduk? Dan siapa bula junjungnya?

    ReplyDelete
  44. NubsyiRagbar;
    BUTA satu hal. MERAPU MERABAN satu hal lagi...

    ReplyDelete
  45. rynas;
    Sebab tak tahulah dia buat-buat tahu...dan akhirnya, kedangkalan terserlah....

    ReplyDelete
  46. zulkbo;
    Tak mengapa...
    Kecenderungan manusia ni kan berbeza-beza.
    Ada yang gemar politik, ada yang gemar sukan, ada yang gemar perkara-perkara ilmiah, ada yang gemar dunia hiburn dan gosip-gosip dunia artis. Tak gitu?


    'Interlock'? Wallahualam. ckLah sedang bicara tentang Interlok dik....Judul Novel Berbahasa Melayu. :D

    ReplyDelete
  47. cklah, kakpah kena cari novel ini lepas ni. Memang belum baca. Tapi cklah dah buat kupasan yang baik.

    ReplyDelete
  48. Saya pun tak rasa novel itu ada unsur perkauman. Bila dijadikan salah satu buku KOMSAS, saya berlagak juga dgn adik saya sebab saya dah 10 tahun habis baca novel tu.

    ReplyDelete
  49. aduh.. menarik sggh intipati interlok ni. harus msk senarai novel wajip baca. agak2 cklah la.. blh dpt lg ke ke empat2 siri ni???

    ReplyDelete
  50. saya ken abaca sendiri isi kandungan baru boleh komen

    ReplyDelete
  51. "Iqra'".. maka sebab itulah.. surah Al-Iqra' diturunkan!!...

    .. pilihanraya nk dekat dah kootttt......

    kesian betul.. "bukan mata mereka itu yang buta.. tetapi hati di dalam dada.."..

    Buta hati membuatkan mereka gila.. gila nama.. gila kuasa.. hingga terzahir melata kegilaan itu..

    teringat bait akhir lagu "Anak ayam dikejar musang"..

    "oh kasihan.. oh kasihan..
    aduh kasihaaan.
    .

    ....

    aduuhhaaaiiii..

    ReplyDelete
  52. kakPah;
    Selamat mencari..semoga berjumpa jawapannya. :D

    ReplyDelete
  53. bungacahaya;
    Oooo, kalau dah baca baru boleh berlagak ya? Hahaha

    ReplyDelete
  54. Alimaz;
    Elok tu....pelan2 baca...

    ReplyDelete
  55. Tiny;
    Golongan yang suka 'bikin kecoh dan putar belit' itu, dia tak kira musim pilihan raya atau tidak. Tak senang duduk dia kalau tidk menimbulkan onar dan berbuat olah....

    Kesian kan!

    ReplyDelete
  56. kakNgah;
    Maksud Buku Satu sampai Buku 4 tu bukan siri Ngah. Itu tajuk setiap bab Novel ni. Alahhh, pinjam saja dari budak2 tingkatan 5 sekolah2 Selangor, Wilayah, dan Negeri Sembilan...mereka tentu ada.

    ReplyDelete
  57. Masa kamu berbahas tu CkLah, gua tecit lagi..baru form 2..hahahahaha..eh silap...form 1...Che Azhar..yes..aku suka pidato dia...hahaha (cuma Bg.Lokman..gagap..hehehe)

    ReplyDelete
  58. cikgooden;
    Oooooo. Mujur kecik lagi. Kalau dah besar mesti kau 'urat' ckLah. :D

    ReplyDelete
  59. maknanya.. 1 buku jek la..??
    nak cuba tanya anak klong la.. kot2 dia ada. buku ni utk pelajar semua aliran ke??



    ppssst.
    zmn sekarang masih ada subjek sastera ke?? kite dulu amik sastera sbb xder pilihan lain. sklh luar bandar.

    ReplyDelete
  60. Ngah:
    -Ya, satu novel.
    -Hanya digunakan di Negeri Selangor, Negeri Sembilan, dan Wilayah Persekutuan. Kami di Perak gunakan Novel lain.

    -Ini teks wajib dalam KOMSAS (Komponen Sastera) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

    -Sastera masih ada lagi, tapi di sekolah ckLah subjek itu tidak ditawarkan kepada murid. Kami ajar KOMSAS dalam subjek BM.

    ReplyDelete
  61. Salam ckLah
    Sy suka baca novel..penggemar novel tapi novel Sastrawan Negara ni tak penah lagi baca..... pasti menarik hingga menjadi issu yg sgt hangat..dan sensitif..ada ke lagi kat pasaran?

    ReplyDelete
  62. Idalara;
    Novel ini bukan Novel berisu sensitif pun...(bagi yang telah membacanyalah)


    Apabila sudah dijadikan Teks wajib, sudah pasti diulang cetak dengan banyak untuk memenuhi keperluan SPBT, tapi untuk Edisi Muridlah...

    ReplyDelete
  63. sya tbca BH 15 Jan..
    1.Bekas Pensy JabatAN Kesust USM, Dr Fatimah Busu berkata Interlok mgmbil latar blkg negara pd 1957-1910 tanpa berselindung.Ia dibaca utk mndptkn dan menggali ilmu, tidak dianggap karya remeh temeh.
    2.Menurut Dr Mohd Hanafi ,peg Perancng DBP,Interlok adalah berdasarkan perspektif dan fakta yg dikutip dari kenalan penulis iaitu srjana India.
    3.Pensy IPGM kampus BM,Raja Rajeswari Seetth Raman meminta Interlok dibaca secara bersepadu,tidak membaca hanya frasa tertentu shj..ia juga menjulang watak maniam yg baik.

    ReplyDelete
  64. Salsuria;
    Semua yang terpapar itu memang betul...


    Dan memang bukan semua orang India yang menyokong polemik ini. Bagi yang memahami apa itu Sejarah dan Penulisan, mereka tidak apa-apa. Yang tak tahu menahu langsung, lagi tak apa-apa.

    Yang sibuk-sibuk melatah itu, kebanyakannya yang tak tahu, tapi buat-buat tahu. Tak pandai, tapi memandai-mandai.

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum ckLah.

    Salah guna dan sengaja salah faham semangat 1Malaysia, menyebabkan banyak isu dipolitikkan oleh para politikus yang ketandusan penyokong, sehingga sanggup mengheret masyarakat yang 'sekepala' dengannya kembali jahil dan menjadi jahil.

    Banyak perkara yang sebelum ini tiada isu dan tidak memecahbelahkan kesepaduan masyarakat kita, sengaja di'api-apikan' dan nampak seolah ia bertentangan dengan semangat 1Malaysia.

    Mungkin selepas ini akan banyak lagi isu yang telah disepakati, dirungkai semula demi mendapat populariti dan di'kenali' seangtero Malaysia.

    Kebanyakan yang menentang Interlok belum atau tak pernah meng'khatami'nya, lantas bangun menentangnya atas dasar semangat tolong kawan yang tak kena pada tempatnya.

    Kenapa 40 tahun yang lepas tidak timbul isu perkauman dan penghinaan ini. Apakah 40 tahun yang lalu rakyat pelbagai kaum dalam Malaysia terlalu jahil (bahasa yang lembut) atau bodoh (bahasa kasar) ataukah zaman mutaakhir ini 'mereka; menjadi 'terlalu cerdik' sehingga gagal mengasingkan antara baik dan buruk.

    Sekadar berkongsi pandangan. TQ

    ReplyDelete
  66. Kupasan yang menarik...saya juga dah baca novel ni, tak nampak di mana punca yang menyebabkan 'mereka' ni terasa sangat...macam tak sekolah...

    p/s: tq follow akak, saling menyambung ukhwah di maya...

    ReplyDelete
  67. cikgu Nurin;
    Bukan tak sekolah...tapi masa sekolah dulu banyak tuang. Zaman ini pun, anak-anak 'mereka' di sekolah banyak putar belitnya...

    Sama-sama...:D

    ReplyDelete
  68. Admin P&P;
    Terima kasih atas perkongsian pandangan tuan.

    Secara pribadi, sebagai guru Bahasa Melayu dan Sejarah, serta pecinta Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia, entri ini adalah menifestasi rasa terkilan saya dengan onar dan olah yang semakin kerap dilakukan oleh golongan 'dewasa' yang telah tamat sekolah dan sepatutnya menjadi suri teladan anak-anak remaja yang masih dibangku sekolah.

    Setiap kali mengajari mereka tentang memartabatkan bahasa Melayu, tentang kontrak sosial, tentang Keluhuran Perlembagaan, tentang Kesopanan dan Kesusilaan...jiwa dan minda sentiasa berharap, agar apa-apa yang disampaikan meresap menjadi penguat jati diri mereka. Tapi, apabila keluar dari sekolah, warna-warni masyarakat yang ada, mencemarkan 'kanvas' mereka yang telah dilukis cantik...

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  69. Betul cikgu. Saya dah baca novel Interlok tu. Timbul juga rasa patriotik kadang-kadang. Terasa macam kembali ke zaman membaca Merdeka! Merdeka! dulu. Walaupun banyak latar tempat dalam Interlok, tapi jalan ceritanya seronok. Kita sendiri dapat tahu macam mana orang dulu-dulu hidup berkelompok mengikut kaum dan lama-lama sedar yang India perlukan Melayu Cina perlukan India dan Melayu perlukan Cina dan sebagainya. Jujur, saya suka Interlok.

    p/s : Kembara Amira pening-pening kepala sikit sebab banyak watak. Hee. :)

    ReplyDelete
  70. Fazira:
    Murid macam ni yang cikgu sayang ni.

    Syabas, kerana telah membaca Novel Sasterawan Negara, di saat rakan-rakan sebaya yang lain lebih memilih novel-novel cinta remaja, atau tidak minat membaca langsung kerana tarikan dunia sosial siber.

    Kembara Amira dan Azfa Hanani? Jujurnya, cikgu pun kurang gemar mengajarkannya, tapi tiada pilihan, kan! 'Nilainya' sangat jauh berbeza dengan Interlok...Sayang, zon kita tak dapat novel itu.

    ReplyDelete
  71. politikus yang hidup dengan memainkan isu perkauman tidak harus diberi tempat.Sejarah adalah perkara benar yg mencatatkan masa, tarikh atau tempat berbanding mitos yg mungkin khayalan sesuatu karya.Orang melayu sendiri masih tidak malu menggunakan istilah"patik"walaupun ertinya tidak enak didengar.

    ReplyDelete
  72. kalau belum baca novel ni.. baik tutup mulut dulu.. gi kedai beli dan baca..sikap orang kita kadang-kadang memalukan..

    ReplyDelete
  73. 100% setuju...pendidikan tidak boleh dipolitikkan!!!
    suka title occupation tu,operator kilang modal insan...100% setuju jugak...
    i folow...

    ReplyDelete
  74. a samad jaafar;
    Sungguh, kan! Sikab bagai si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. Mudah benar melatah dan menyalak...

    ReplyDelete
  75. abadi romeo;
    Memang benar...
    Terjadinya polemik ini semata-mata kerana ada golongan yang kurang cerdik memahami genre sastera dan fakta sejarah. Tambah parah lagi apabila lebih ramai lagi golongan yang umpama burung kakak tua....mengikut dan mengajuk tanpa memahami.

    ReplyDelete
  76. Sham;
    Sebagai guru, saya sentiasa akur dan bersedia 'menyerah batu jemala patik'. Memang banyak yang terbuku tentang senario sistem pendidikan kita, tapi, saya hanya golongan 'Yang Menurut Perintah'. Terus mengacu produk yang bukan boleh diukur sekadar kuantiti dan kualiti secara fizikal...maka itu saya gelar kerja saya 'operator kilang modal insan'.

    Setakat ini saya mengesan 2 'follower' saya menulis pekerjaan yg serupa. Satu di blog, satu di fb.

    Terima kasih ikut,ya!

    ReplyDelete
  77. alhamdulillah saya selesai membaca entri ini dengan teliti. saya tidak mahu mengomen tanpa membacanya dengan halus dahulu lebih2 lagi tulisan ini membicarakan suatu isu semasa yang serius.

    sebelum ini telah dua tiga kali saya jeling, tetapi pagi ini ada kelapangan sedikit, maka barulah saya dapat membacanya dengan tenang.

    orang yang jahil atau bodoh sememangnya senang dimainkan dan dimanipulasi emosinya oleh orang yang berkepentingan.

    orang yang berkepentingan sentiasa sahaja mencari peluang dan ruang untuk dimanipulasi demi mencapai cita-cita mereka. "aku peduli apa dengan fakta atau kebenaran kalau kebenaran itu menghalang aku dari mencapai tujuan ku"

    dalam isu ini kedua-dua golongan ini iaitu orang yang jahil/bodoh dan opportunis berganding bahu bikin kecoh. walaupun hati saya sakit, tetapi saya tidaklah bimbang sangat kerana memang resam golongan ini memang begitu. lainkan kalau isu ini di ketengahkan oleh mereka yang cerdik pandai dan waras pemikirannya.

    itu yang malas nak komen tu .. terlebih sudah !

    * 'pegel' tu apa maknnya cikgu ?

    ReplyDelete
  78. al-lavendari;
    Malas nak komen tak apa...
    Sekadar sudi menjeling-jeling pun tak apa juga...

    Kecenderungan dan minat orang tak sama, kan! Ada yang gemar perkara-perkara ilmiah, ada yang gemar isu politik, ada yang memilih sukan, ada juga yang selesa berbicara tentang dunia hiburan dan gosip tentang artis. Tidak kurang juga yang cenderung memperkatakan hal orang lain dalam blognya. Betul tak tuan?

    Dalam hal Interlok ini, saya merasa sebagai sebahagian dari dunia itu, meski peranan saya sekadar ibarat kolek di tengah lautan. Saya seorang guru Bahasa Melayu yang terlibat dengan KOMSAS. Saya juga seorang guru Sejarah...yang tidak dapat mengelak daripada disoal bertubi-tubi oleh murid-murid saya yang masih mentah tentang isu yang ditimbulkan oleh golongan dewasa dan TUA yang sepatutnya lebih bijak dan menjadi suri teladan mereka.

    ...dan saya tahu, ada di antara murid-murid saya memang membaca entri ini, lalu mereka memberi komen dalam facebook. Saya memang tidak benarkan mereka menulis komen di sini...tapi, nampaknya ada seorang murid sudah terlepas masuk ke sini dalam komen di atas.


    **Pegel: dalam bahasa Jawa maksudnya lebih kurang geram. Boleh juga digunakan untuk sengal-sengal badan kerana keletihan.

    :D

    ReplyDelete
  79. biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

    sekarang ada isu yang lebih menyakitkan hati dibangikitkan .. isu laungan azan.

    nampaknya kaduk sudah naik junjung, cacing sudah naik ke mata !

    ReplyDelete
  80. al lavendari;
    Si luncai yang terjun tu, biarkan dia terjun.

    Tapi, ramai lagi teman seangkatan Luncai seperti Pak Pandir, Abu Nawas, Lebai Malang, dan lain-lain yang semakin membuat onar.

    Golongan kariwalei itu, semakin mengarut-ngarut tuntutan mereka sekarang. Yang masih di bangku sekolah pun, perangainya memang begitu... ditambah pula sokongan dari ibu bapa yang memang sama cita dan rasa.

    ReplyDelete
  81. dah takde isu le tu... bodo je dorang ni nak menafikan sejarah

    ReplyDelete
  82. cemomoi;
    ..dan mereka akan terus mencari isu. Kita tengok apa pula selepas ini.

    ReplyDelete
  83. ada saja yg tak puas hti.. moga ada pnyelesaiannya

    ReplyDelete
  84. SALAM,
    INI SEMUA ANGKARA POLITIK ! KECOH YANG TAK PERLU !

    ReplyDelete
  85. Luah Fikiran;
    Politik murahan, kan!

    ReplyDelete
  86. Salam Raza

    Bahas? Mai sini (OKOB posting baru)nak bahas sikit dgn hang :-)

    Salam Cikgooden

    Ingat kau pasai gagap ni yeah? Mmg aku gagap! Rasanya Darjah baru ok sikit (ntah berapa kali kena sepak dgn orgtua-katanya berubat!) Sek menengah tu ada le sikit-sikit lagi.

    Skrg pun (cari makan dgn bercakap!) kdg-kdg tergagap lagi.

    Jgn main-main dgn org gagap ini - yg dah jadi MB pun ada! :-)

    ReplyDelete
  87. Lukman;
    Tak tau nak jawab, kerana bukan komen tentang isi entri.

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...

Kaki blog seorang kaki blog...

Kaki blog seorang kaki blog...